Anda di halaman 1dari 3

BAB 6 : KESIMPULAN

Dengan ini, saya rasa bersyukur Kehadrat Ilahi kerana dapat menamatkan
latihan industri di firma TA RESTU ENTERPRISE dengan jayanya tanpa timbul
masalah yang tidak dingini berlaku dalam tempoh lebih kurang 22 minggu. Semasa
menjalani latihan industri di TA RESTU ENTERPRISE , saya berasa amat berpuas
hati dengan layanan yang telah diberikan oleh kakitangan syarikat terutama Pengurus
Firma sendiri iaitu En Tengku Azman B Raja Hassan dan para pekerja di tapak bina
yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan penerangan kepada saya mengenai
dengan kerja-kerja pembinaan.

Dalam pada masa yang sama juga, saya berterima kasih kepada para pekerja
di tapak bina dan juga kepada kakitangan TA RESTU ENTERPRISE yang lain telah
banyak membantu saya mengenai selok- belok kerja pembinaan serta tidak juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang lain yang telah banyak
membantu saya.

1
Sepanjang tempoh enam bulan (1 semester) menjalani latihan industri di
syarikat tersebut, saya telah banyak diberi pendedahan dan bimbingan ke arah
pengalaman yang sebenar.

Bagaimanapun kaedah dan teknik-teknik dalam kerja pembinaan yang


diperolehi hasil daripada perkongsian bersama-sama pekerja di tapak bina, akan saya
pergunakan ilmu kemahiran teknikal sebagai pengalaman sebaik yang mungkin
apabila menempuh alam pekerjaan yang sebenar nanti. Dengan menjalani latihan
praktikal, saya juga dapat melihat dan merasai sendiri bagaimana sesebuah
bangunan atau binaan dijalankan yang bermula dari kajian tapak sehinggalah
terbentuklah sesuatu binaan yang dibina.

Saya juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai peralatan jentera serta
kegunaannya kerana sebelum ini hanya dapat melihat melalui gambar-gambar secara
teori. Disamping itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
cara untuk mengatasi masaalah yang berlaku dan langkah untuk menanganinya.
Saya juga mengambil peluang ini dengan banyak bertanya dalam hal-hal yang di
fikirkan perlu seperti bagaimana menyiapkan bangunan daripada peringkat awal lagi.

Disamping itu, saya juga dapat mempraktikkan apa yang dipelajari semasa di
Politeknik dari segi praktikal mahupun teori ke tapak bina. Ini menjadikan saya lebih
memahami dengan konsep yang diajarkan semasa berada di Politeknik. Ini sedikit
sebanyak menaikkan semangat saya untuk lebih berjaya di masa-masa yang akan
datang.

Dengan adanya latihan industri ini, secara tidak langsung memberikan


peluang kepada pelajar seperti saya untuk meluaskan serta menimba pengalaman
dan juga pengetahuan dalam melaksanakan sesuatu kerja yang telah diamanahkan.

112
Melalui latihan industri ini, banyak manfaat yang diperolehi oleh saya dan juga
kepada pelatih-pelatih yang lain terutamanya dalam memotivasikan dan
mendisplinkan diri dalam menggunakan peluang yang ada. Melalui tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan oleh jabatan tempat latihan industri, secara tidak
langsung para pelatih akan dapat mmpelajari dan mengetahui cara-cara untuk
menjalankn sesuatu kerja dengan betul mengikut arahan yang diberi walaupun
terdapat banyak lagi kekurangan pada diri sendiri untuk menjalankan tugas.

Dengan adanya latihan industri, oleh itu perhubungan yang baik di antara
kakitangan TA RESTU ENTERPRISE dengan pelatih-pelatih dapat memupukkan lagi
semangat kerjasama dan tahap berkomunikasi serta saling hormat-menghormati
antara satu yang lain.

Akhir sekali, melalui program latihan industrilah dapat tingkatkan kemahiran


dan memupuk semangat keyakinan serta meningkatkan prestasi diri walaupun
terpaksa berada dibawah pancaran terik matahari. Namun kerana minat yang
mendalam dalam diri saya, ianya tidak menjadi halangan untuk saya tempuhi.

113