Anda di halaman 1dari 4

BAB 7 : KOMEN DAN CADANGAN

7.1 PENGENALAN

Sepanjang penglibatan saya semasa menjalani latihan industri, di sini


terdapat beberapa kelemahan dan permasalahan yang timbul. Memandangkan
perkara begini merupakan hal yang sering berlaku, ia dianggap sebagai perkara
yang remeh temeh tetapi jika ia dilihat dalam tempoh jangka masa panjang ia akan
menjejaskan prestasi dan perkara ini boleh menular menjadi budaya sebati di
dalam syarikat ini.

Segala komen dan cadangan yang dikemukakan diharap dapat


meningkatkan lagi sistem latihan industri dan dapat memberi manfaat kepada kita
bersama. Kita harus berusaha memperbaiki mutu latihan yang dijalankan.
7.2 KOMEN

1. Tahap Kesedaran Tentang Pemakaian Topi Keselamatan Kurang


Dipraktikkan

Ketika sedang melakukan pekerjaan, pemakaian topi keselamatan masih


lagi tidak dipakai semasa bekerja. Walaupun ia dianggap remeh tetapi
ianya adalah amat penting untuk mengelakkan sebarang bahaya
kecelakaan yang boleh menimpa terhadap seseorang pekerja. Lagipun
pemakaian topi ini wajib menentukan tahap keselamatan kepada pekerja
dan sememangnya setiap pekerja dibekalkan sebiji topi setiap sorang. Apa
yang menyedihkan topi tersebut hanya dipakai ketika pemeriksaan sahaja
dan tidak diamalkan semasa bekerja.

1. Peralatan Yang Digunakan Tidak Lengkap Dan Bermutu.

Peralatan yang digunakan oleh pekerja kadang-kadang tidak lengkap dan


kurang berfungsi sepenuhnya untuk melakukan kerja. Sedangkan
pekerjaan yang dibuat tersebut boleh disiapkan dalam masa yang singkat
tetapi di sini terdapat pembaziran waktu bekerja dikalangan pekerja akibat
peralatan yang tidak lengkap dan barang yang tidak berfungsi sepenuhnya.
Contohnya seperti pemotong besi yang tumpul, peralatan yang sentiasa
hilang dan sebagainya.

2. Stok Yang Tidak Mencukupi

Terdapat beberapa peralatan yang sentiasa tidak mencukupi untuk


digunakan ketika kerja pembinaan hendak dbuat. Kadang-kadang
penyediaan bahan yang tidak lengkap ini menyukarkan pekerja untuk
melakukan kerja dengan cepat kerana peralatan yang ingin digunakan
tiada. Ini merugikan masa pekerja dan juga syarikat kerana jika tiada
peralatan kerja maka kerja akan tidak berjalan.

7.3 CADANGAN

1. Dicadangkan supaya bahagian latihan industri atau pihak yang terlibat


dapat menyelenggarakan latihan industri di syarikat yang menempatkan para
pelajar yang membuat latihan industri untuk membuat perjumpaan
membincangkan hal-hal mengenai latihan yang telah dijalankan dalam tempoh 2
minggu sekali. Ini bukan saja dapat memudahkan para pelatih malah setidak-
setidaknya para pelatih dapat membiasakan diri dalam berinteraksi dengan pihak
atasan atau pihak yang lebih dewasa serta melihat perkembangan pelajar dalam
melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh firma berkenaan.

2. Dalam penyediaan buku laporan juga, pihak politeknik juga seharusnya


memberi banyak masa kepada pelajar kerana tempoh satu bulan tidak berapa
mencukupi untuk pelajar menyiapkan sepenuhnya buku laporan ini kerana tempoh
tamat latihan industri ini pada pertengahan bulan Disember. Firma tempat saya
membuat latihan industri mempunyai projek diluar kawasan tempat saya tinggal
dan terpaksa tinggal ditempat projek tersebut. Oleh sebab itu saya tidak sempat
untuk menyiapkan laporan secara perlahan-lahan dan terpaksa membuat
sekaligus pada masa satu bulan cuti semester, jadi hasil kerja saya mungkin tidak
seberapa. Saya harap pihak politeknik memperawalkan tempoh tamat latihan
untuk memudahkan pelajar menyiapkan laporan tersebut.
3. Mencadangkan agar mewujudkan satu skim insentif selepas tamat latihan,
supaya dapat mendorong para pelajar lebih rajin dan memiliki semangat kerja
yang tinggi.

4. Mencadangkan agar firma menyediakan sedikit wang saku kepada pelajar


yang mengikuti latihan di tempat mereka agar pelajar lebih bersemangat semasa
menjalani latihan industri.

5. Mencadangkan agar pihak politeknik menetapkan perlindungan kepada


pelajar yang menjalani latihan industri yang selama ini tidak diberikan. Ini adalah
untuk kebaikan para pelajar sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini
semasa menjalani latihan.