Anda di halaman 1dari 3

Jurnal Minggu 2

LATIHAN DAN KERJA RUMAH MURID

MASALAH
Segelintir murid-murid seringkali mengabaikan latihan dan kerja rumah yang diberikan guru
kepadanya setiap hari. pelbagai sebab dan punca masalah ini sering barlaku dan terus
menjadi masalah biasa bagi semua sekolah di negara kita. Seringkali juga, guru berasa
pening apabila murid sambil lewa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam
menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru. Murid kelihatan seperti terlalu letih semasa
membuat latian yang diberikan oleh guru terutamanya bagi kumpulan yang lemah. Murid
juga tidak menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan dan sering tidak membawa
buku latihan untuk menampal lembaran kerja dan nota yang diberikan. Keadaan ini
seumpama mematahkan semangat seorang guru dalam impiannya bagi membentuk murid
yang cemerlang serta berkaliber.

ANALISIS MASALAH
Segelintir murid di kelas saya malas dan tidak berusaha untuk menyiapkan kerja dan latihan
yang diberikan pada waktu-waktu tertentu. Ada pula yang menggunakan masa yang
diberikan untuk membuat latihan untuk berbual dengan rakan atau bermain.
Antara murid yang bermasalah adalah:
1. Devendran
2. Swetha

Tindakan ini juga mengganggu rakan lain yang ingin membuat kerja sekolah. Apabila ditanya
tentang masalah yang dihadapi untuk menyiapkan kerja yang diberi, murid-murid akan
mendiamkan diri dan cuba mencari alasan, pelbagai alasan yang sama sering diberi untuk
melarikan diri. Antara alasan yang diberikan seperti letih, sibuk, tidak larat, dan pelbagai
alasan yang tidak logik.

Selain itu, terdapat murid-murid yang sering tidak membawa buku latihan untuk
menampal lembaran kerja dan nota, walaupun telah diberi peringatan beberapa kali.
Masalah ini jarang berlaku bagi kumpulan yang pandai dan ia selalunya berlaku bagi
kumpulan lemah sahaja. Dalam hal yang sedemikian sebagai seorang guru tiada pilih kasih
dalam memastikan murid-murid dapat menimba ilmu pengetahuan yang berguna.

CADANGAN

Sistem

kawalan

sosial

mengkehendakkan

tentang

ganjaran

dan

dendaan.

Penyelesaian masalah ini dilakukan dengan mengenalpasti murid -murid yang sering tidak
membuat latihan dan kerja rumah. Saya akan menyenaraikan nama murid yang bermasalah
ini dengan bergerak ke setiap kumpulan untuk mengenalpasti nama mereka. Teguran dan
amaran lisan akan dikenakan dahulu. Sekiranya murid-murid masih leka, saya akan
menyuruh mereka datang ke hadapan saya dan membuat latihan tersebut di hadapan saya.
Ini membolehkan saya memerhatikan kerja mereka dan murid-murid itu akan membuat
lembaran kerja supaya dapat balik ke tempat masing-masing.

Manakala untuk menaikkan semangat belajar murid murid, saya akan memberikan
peneguhan positif yang baik seperti bagus, pandai dan rajin apabila menyemak lembaran
kerja mereka. Teori Bandura menekankan bahawa motivasi akan mendorong penglibatan
murid dengan lebih berkesan dalam sistem pembelajaran. Kata-kata perangsang sedemikian
juga akan memberi motivasi kepada murid-murid untuk terus berusaha dengan lebih gigih
untuk menyiapkan kerja mereka kerana mereka akan berasa kerja mereka dihargai dan
disanjungi.

TINDAKAN SUSULAN

1. Lembaran kerja yang diberi harus diteliti dan disemak selalu bagi mengenalpasti muridmurid yang sering tidak menghantar buku-buku mereka.
2. Lembaran kerja murid yang tidak sempat dijawab disediakan dengan mengantungnya di
tepi kelas yang berdekatan dengan meja murid bagi memudahkan mereka mendapatkan
lembaran kerja tersebut.
3. Pertandingan berbentuk kuiz berkumpulan akan diberikan kepada murid-murid yang dapat
menjawab dengan betul akan diberi hadiah sebagai perangsang dan motivasi.

TINDAKAN SUSULAN
Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan diambil
perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Murid-murid juga
harus diberi kesedaran oleh guru tentang kelemahan diri mereka. Guru perlu sabar dan
sanggup berusaha keras untuk mempertingkatkan prestasi murid melalui pantauan
berterusan terhadap latihan dan kerja rumah murid.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, masalah latihan dan kerja rumah murid ini bukanlah menjadi isu
besar yang menjadi masalah utama saya untuk menjalankan sesi P&P sapa. Murid-murid
adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan
datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru
itu sendiri untuk mengatasinya.