Anda di halaman 1dari 17

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

1.0 PENGENALAN
Maksud sistem kewangan ialah pasaran-pasaran dan peraturan-peraturan
tentang tindakan perdagangan, mempercepatkan aliran dana daripada pembeli kepada
penjual dan daripada penyimpan kepada peminjam. Di mana sistem kewangan
haruslah menyediakan pemindahan dana dengan licin dan cekap daripada unit lebihan
kepada unit kurangan. Ia mestilah mengekalkan kebolehpercayaan yang munasabah
ketika menghadapi kejadian-kejadian buruk ekonomi. Di samping itu, pengurusan
kewangan hendaklah mampu menyesuaikan keadaan organisasi dengan segala
perubahan keperluan ekonomi selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara.
Manakala fungsi utama sistem kewangan ialah menguruskan kumpulan wang secara
berkesan serta merangkumi penyediaan kumpulan wang yang mengcukupi untuk
pencapaian matlamat-matlamat organisasi.
Manakala pentadbiran sistem kewangan awam adalah proses yang melibatkan
jentera pentadbiran dan kaedah-kaedah di mana dana untuk membiayai perbelanjaan
awam diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan. Termasuklah proses-proses yang
melibatkan perancangan, pembentukan dan pelaksanaan dasar-dasar mengenai
pencukaian, belanjawan, perbelanjaan, perolehan, perakaunan dan lain-lain yang
berkaitan dengannya. Terdapat lima komponen utama pengurusan awam iaitu
perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, kawalan dan penilaian.

1 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

2.0 SISTEM KEWANGAN KERAJAAN


Sistem kewangan kerajaan terbahagi kepada tiga peringkat iaitu kerajaan pusat
(persekutuan), kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Sistem kewangan kerajaan
merangkumi maklumat tentang aktiviti-aktiviti kewangan amat diperlukan untuk
beberapa tujuan tertentu. Pertama, sebahagian besar sumber pendapatan kerajaan
diperoleh daripada cukai pendapatan yang dikutip daripada syarikat. Keupayaan
kerajaan membelanjakan wang negara untuk tujuan pembangunan bergantung pada
kewujudan sumber kewangan. Laporan kewangan tahunan dapat menunjukkan jumlah
pendapatan yang boleh dicukai. Kedua, kerajaan memerlukan maklumat seperti laporan
kewangan untuk mengetahui setakat mana hasil daripada aktiviti perniagaan telah
membantu menambahkan lagi hasil keluaran negara kasar. Oleh itu, kerajaan perlu
mengawal dan menguasai pertumbuhan perniagaan dan perdagangan di dalam negara
untuk menentukan pertumbuhan ekonomi yang lebih seimbang. Seterusnya, dasar
negara untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi bergantung pada ukuran
kuantitatif aktiviti-aktiviti perniagaan seperti yang dilaporkan di dalam penyata
kewangan.
Sistem kewangan kerajaan negeri adalah terletak dibawah sistem kerajaan
pusat. Kewujudan kerajaan negeri antara lain bermatlamat memberi perkhidmatan yang
cekap dan berkesan kepada orang ramai terutamanya masyarakat setempat. Bagi
mencapai hasrat ini sistem pentadbiran kewangan yang cekap haruslah diberi
penekanan. Pentadbiran kewangan kerajaan negeri adalah tidak berkait dengan politik
ini kerana pendekatan teknikal iaitu menelitikan persoalan-persoalan tentang kuasa
kewangan, sumber-sumber hasil, prosedur dan proses pentadbiran belanjawan seperti
2 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

perakaunan, pelaporan, audit, pengurusan hasil dan sebagainya adalah digunakan


dalam membincangkan perjalanan kewangan kerajaan negeri.
Manakala pentadbiran kewangan negeri merujuk kepada kegiatan menentukan,
mengenakan, memungut, menyimpan, membelanjakan dan mengakaunkan hasil yang
diperuntukan kepada kerajaan negeri. Sebagai peringkat kerajaan yang kedua ia mesti
menjalin hubungan yang baik dan mempertimbangkan kehendak kerajaan tempatan
dan persekutuan dalam segala tindakan dan keputusan kewangannya.

3 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

3.0 ANALISIS PENYATA KEWANGAN


Penyata Kewangan merupakan satu struktur kewangan yang mengandungi
Kunci Kira-kira, Penyata Pendapatan, Penyata Pergerakan di dalam Ekuiti, Penyata
Aliran Tunai dan Polisi Perakaunan dan Nota Penjelasan yang berfungsi untuk
mempersembahkan kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan. Maklumat yang
sering dilihat dalam penyata kewangan ialah Aset, Liabiliti, Ekuiti, Untung dan Rugi dan
Aliran Tunai. Analisis nisbah yang boleh digunakan dalam mengukur prestasi ialah
nisbah-nisbah keberuntungan (profitability ratios), nisbah-nisbah kecekapan (efficiency
ratios), dan nisbah-nisbah kecairan (liquidity ratios). Penyata kewangan perlu
disediakan berakhir 31 Disember dalam tahun berkenaan. Bagi penyata kewangan
kerajaan, hendaklah dikemukakan kepada Audit Negara pada tarikh yang telah
ditetapkan beserta semua geran kerajaan, pendapatan Universiti dan lain-lain terimaan
hendaklah dilaporkan dalam penyata tersebut.
Oleh itu, analisis penyata kewangan adalah penting bagi tujuan pengamatan dan
penilitian yang sistematik terhadap maklumat yang dipersembahkan untuk mengetahui
kekuatan atau kelemahan sesebuah organisasi berdasarkan prestasi masa lalu. Di
samping itu, analisis ini digunakan kerajaan untuk membuat sesuatu keputusan dan
perancangan bagi menilai kedudukan kewangan dan prestasi pentadbiran kerajaan
negeri serta untuk mengukur kekuatan dan keupayaan kerajaan negeri. Fokus utama
analisis dilakukan ke atas butir-butir di dalam penyata kewangan seperti kunci kira-kira
dan penyata Pendapatan adalah untuk Menilai aspek keberkesanan dan kecekapan
pengurusan seperti untung rugi, modal, perolehan, kos jualan, dan lain-lain hal yang
berkaitan dengan pengurusan kewangan kerajaan negeri.
4 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

3.1 Analisis Penyata Kewangan Negeri Perlis bagi Tahun 2010 dan 2011
Analisis penyata kewangan Negeri Perlis bermula dengan Kumpulan Wang
Disatukan terdiri daripada tiga akaun iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Pinjaman
Disatukan dan Akaun Amanah Disatukan. Pada tahun 2011, analisis mendapati
Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri mengalami peningkatan ketara sejumlah
RM20.38 juta atau 63.6% iaitu dari RM32.03 juta pada tahun 2010 menjadi RM52.41
juta pada tahun 2011. Ia merupakan catatan Kumpulan Wang Disatukan kedua tertinggi
yang pernah direkodkan oleh Kerajaan Negeri selepas RM53.06 juta pada tahun 2001.
Peningkatan ini antara lain disebabkan oleh Pelbagai Kumpulan Wang Amanah
Kerajaan meningkat sejumlah RM42.35 juta atau 63.5% menjadi RM109.07 juta
berbanding RM66.72 juta pada tahun 2010.

Jadual 1.0 Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Tahun 2010 Dan 2011

Analisis perbandingan kedudukan Wang Tunai menunjukkan peningkatan


sejumlah RM20.38 juta atau 63.6% menjadi RM52.41 juta pada tahun 2011 berbanding
5 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

RM32.03 juta pada tahun 2010. Peningkatan wang tunai berjumlah RM20.38 juta
antaranya disebabkan oleh terimaan Pendahuluan Daripada Kerajaan Persekutuan
berjumlah RM50 juta pada tahun 2011.

Jadual 2.0 Pungutan Wang Tunai

Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Perlis pada


tahun 2011 adalah memuaskan. Pada tahun 2011, baki Kumpulan Wang Disatukan
meningkat menjadi RM52.41 juta berbanding RM32.03 juta pada tahun 2010. Kutipan
hasil pada tahun 2011 menurun sejumlah RM18.68 juta atau 16% menjadi RM97.81
juta manakala perbelanjaan mengurus termasuk pindahan ke dalam Kumpulan Wang
Pembangunan meningkat sejumlah RM34.86 juta atau 31.9% menjadi RM144.07 juta.
Kerajaan Negeri mencatatkan defisit bagi Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM46.26
juta berbanding surplus berjumlah RM7.28 juta pada tahun 2010.
Hutang Awam Kerajaan Negeri telah menurun sejumlah RM73.80 juta atau
17.7% menjadi RM342.49 juta. Tunggakan bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan
Persekutuan menurun sejumlah RM3.53 juta atau 2.1% menjadi RM161.13 juta
berbanding RM164.66 juta pada tahun 2010. Tunggakan hasil Kerajaan Negeri pada

6 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

tahun 2011 berjumlah RM24.05 juta manakala tunggakan bayaran balik pinjaman
daripada Agensi Negeri berjumlah RM68.77 juta.
Bagi memperkukuhkan lagi kedudukan kewangan, Kerajaan Negeri hendaklah
berusaha mengutip tunggakan hasilnya yang berjumlah RM24.05 juta dan mengambil
tindakan lebih tegas menuntut tunggakan bayaran balik pinjaman daripada PKENPs
yang berjumlah RM68.77 juta. Pendahuluan Daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah
RM69.82 juta dan Hutang Awam Kerajaan Negeri berjumlah RM342.49 juta hendaklah
dibayar balik mengikut jumlah dan tempoh masa ditetapkan bagi memastikan
tunggakan bayaran balik pinjaman yang berjumlah RM161.13 juta tidak terus
meningkat. Selain itu, Kerajaan Negeri perlu meneruskan amalan perbelanjaan
berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan sumbangannya kepada rakyat.

3.2 Analisis Penyata Kewangan Negeri Selangor bagi Tahun 2010 dan 2011
Mengikut Penyata Kedudukan Kewangan, jumlah Kumpulan Wang Disatukan
pada akhir tahun 2011 adalah RM1,944.01 juta. Jumlah tersebut terdiri daripada aset
berbentuk wang tunai RM390.89 juta dan pelaburan sejumlah RM1,553.12 juta.
Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Negeri Selangor bagi tahun 2011 berbanding
tahun 2010. Analisis penyata kewangan ini mendapati Kumpulan Wang Disatukan
meningkat sejumlah RM357.13 juta (22.5%) kepada RM1,944.01 juta pada tahun 2011
berbanding RM1,586.88 juta pada tahun 2010. Peningkatan ini disebabkan oleh
peningkatan Akaun Hasil Disatukan sejumlah RM180.50 juta (24.7%) dan Akaun
Amanah Disatukan sejumlah RM176.63 juta (20.7%). Secara keseluruhannya untuk
7 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

tempoh 5 tahun Kumpulan Wang Disatukan menunjukkan trend meningkat yang baik
daripada sejumlah RM1,386.74 juta pada tahun 2007 kepada RM1,944.01 juta pada
tahun 2011 yang merupakan paras yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun.

Jadual 3.0 Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Tahun 2010 Dan 2011

Jadual 2.0 Pungutan Wang Tunai

Antara punca perubahan ketiga-tiga hasil ini ialah:


i.

Hasil bukan cukai : Penguatkuasaan Garis Panduan Pembayaran Borang 7G


oleh Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor, peningkatan permohonan Tukar
Kategori dan Syarat Tanah, kutipan premium dari pembayaran Borang 5A,
8 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

pengiraan premium tanah yang dikenakan berdasarkan nilai pasaran dan


Program Pemutihan Kilang Haram yang dilanjutkan sehingga bulan Disember
2012. Pelaburan simpanan tetap Kerajaan Negeri yang telah meningkat
sebanyak RM470 juta pada tahun 2011 serta penerimaan faedah yang telah
matang daripada pelaburan di AmBank sejumlah RM7.32 juta. Pertambahan
pembukaan kawasan perlombongan pasir di Negeri Selangor oleh Pihak
Berkuasa Negeri, kenaikan kadar cukai Royalti Batu Batan daripada aktiviti kuari
dan royalti tambahan yang dikenakan kepada pemegang permit yang
ii.

mengeluarkan bahan batuan melebihi anggaran asal pengeluaran.


Hasil Cukai : Kenaikan kadar cukai Royalti Batu Batan(Kuari Dalam Hutan
Simpanan Kekal) daripada RM3.00 semeter padu persegi (m) kepada RM5.20
(m) yang telah berkuat kuasa mulai 1 Disember 2010 dan peningkatan
pengeluaran batu batan di kuari. Pertambahan permohonan tukar syarat tanah
oleh pemaju/pemilik tanah yang telah merancang untuk memajukan tanah
mereka selaras dengan permintaan yang tinggiterhadap keperluan perumahan
dan industri. Pemantauan berterusan ke atas premis hiburan secara menyeluruh.
Selain itu, Unit Cukai Hiburan Perbendaharaan Negeri juga memeriksa dan
memberi surat peringatan kepada pengusaha premis panggung wayang supaya

iii.

pembayaran cukai dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan


Terimaan bukan hasil : Penurunan perbelanjaan yang dilaraskan ke Akaun Hasil
Disatukan pada tahun 2011. Berdasarkan hasil bancian oleh Jabatan
Perangkaan Negeri Selangor, didapati jumlah penduduk negeri pada tahun 2011
(5.06 juta orang) adalah berkurangan daripada tahun 2010 (6.62 juta orang).
Pelarasan cek yang tidak dituntut melebihi 6 tahun yang dikreditkan ke hasil

9 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

selaras dengan Arahan Perbendaharaan 118(c) -Cek Dan Pindahan Dana


Elektronik Terbatal.

Prestasi kewangan Kerajaan Negeri pada tahun 2011 meningkat daripada tahun
2010 dengan peningkatan lebihan hasil berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan
pembangunan. Lebihan hasil meningkat sejumlah RM61.48 juta (51.6%) kepada
RM180.62 juta pada tahun 2011 berbanding RM119.14 juta pada tahun 2010.
Peningkatan ini adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah hasil di samping
penurunan jumlah perbelanjaan pembangunan walaupun perbelanjaan mengurus
mengalami sedikit peningkatan.
Analisis kewangan menunjukkan pada tahun 2011, baki hutang Kerajaan Negeri
kepada Kerajaan Persekutuan telah menurun sejumlah RM25.01 juta (2.5%) menjadi
RM979.63 juta berbanding RM1,004.64 juta pada tahun 2010. Penurunan ini
disebabkan penjadualan semula pinjaman Projek Bekalan Air dengan mengambil kira
bayaran yang telah dibuat oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kepada
Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 sejumlah RM9.27 juta pada awal tahun 2011.
Selain itu, Kerajaan Negeri telah membuat bayaran balik hutang sejumlah RM15.74 juta
bagi menjelaskan pinjaman bagi Rumah Awam Kos Rendah dan Pinjaman Pelbagai
masing-masing sejumlah RM14.64 juta dan RM1.10 juta.
Secara keseluruhannya, analisis kewangan mendapati kedudukan kewangan
Kerajaan Negeri adalah baik. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir
31 Disember 2011 mencatatkan baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM1,944.01
10 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

juta meningkat sejumlah RM357.13 juta berbanding RM1,586.88 juta pada tahun 2010.
Jumlah kutipan hasil pada tahun 2011 telah mencatatkan peningkatan sejumlah
RM62.50 juta (4%). Manakala jumlah tunggakan hasil menurun sejumlah RM75.26 juta
(15%). Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri telah mencatatkan surplus sejumlah
RM180.50 juta berbanding surplus RM124.24 juta pada tahun 2010. Pulangan atas
pelaburan jangka panjang yang dilakukan adalah tidak memuaskan di mana secara
purata, Kerajaan Negeri Selangor hanya mendapat pulangan dividen sejumlah RM5.91
juta (1.6%) berbanding pelaburan sejumlah RM376.51 juta bagi tempoh 5 tahun iaitu
tahun 2007 hingga 2011. Baki pinjaman boleh dituntut menurun sejumlah RM50.88 juta
(7.8%) dan tunggakan bayaran balik pinjaman boleh dituntut meningkat sejumlah
RM10.63 juta. Prestasi pembayaran hutang awam pada tahun 2011 adalah sangat baik
kerana baki hutang awam telah menurun sejumlah RM25.01 juta manakala tunggakan
bayaran balik pinjaman mencatatkan penurunan sejumlah RM604.97 juta.
Kerajaan Negeri disyorkan supaya meneruskan perbelanjaan berhemat dan
terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan
terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut. Kerajaan Negeri juga
hendaklah mengambil tindakan terhadap syarikat subsidiari Kerajaan Negeri bagi
mendapatkan pulangan dividen terhadap pelaburan yang dibuat.

3.3 Faktor Yang Mempengaruhi Penyata Kewangan


Secara umumnya bagi negeri Perlis, pendapatan kerajaan pada tahun semasa
yang menurun ekoran kutipan hasil cukai dan bukan cukai rendah. Hal ini akan
11 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

menyebabkan kerajaan mengambil langkah yang lebih berhati-hati dalam menjana


pendapatan negeri.
Manakala pendapatan kerajaan Selangor pada tahun semasa yang melonjak
ekoran kutipan cukai dan hasil komoditi tinggi akan membolehkan kerajaan terus
memperkenalkan langkah menyokong pertumbuhan dan menangani kebimbangan
mengenai kenaikan harga barangan.
Dari aspek ekonomi, penurunan hasil kutipan wang tunai menjejaskan prestasi
kerajaan negeri Perlis kerana kerajaan perlu mempergiatkan usaha bagi menambah
pendapatan negeri di samping melunaskan hutang-hutang negeri kepada agensi yang
telibat. Sementara ekonomi yang dijana oleh kerajaan negeri Selangor menunjukkan
peningkatan serta membolehkan mereka melabur untuk menjana pendapatan lebih bagi
menampung keperluan kerajaan negeri. Faktor ini juga dilihat penting kerana kerajaan
tempatan bergantung kepada kerajaan negeri. Oleh itu, kerajaan negeri harus menitik
beratkan faktor pengaruh ekonomi dalam sistem kewangan kerajaan negeri.
Dari aspek politik, kedua negeri ini mempunyai pemerintah yang berbeza di
mana kerajaan negeri Perlis di bawah pemerintahan parti kerajaan, manakala kerajaan
Selangor di bawah pimpinan parti pembangkang. Walaupun begitu, di lihat parti politik
pembangkang lebih cekap melaksanakan setiap ususan yang berkaitan dengan
kewangan kerajaan. Hal ini kerana, mereka ingin menunjukkan prestasi yang
cemerlang untuk meraih undi di masa hadapan bagi mendapat tempat dihati rakyat.
Dari

aspek

sosial,

kerajaan

negeri

Selangor

lebih

cenderung

kearah

pembangunan sosial yang seimbang kerana terdapat banyak Institusi -institusi


12 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

pengajian di sana. Tambahan pula, selangor adalah sebuah negeri yang besar dan
sedang pesat membangun serta memerlukan tenaga kerja yang ramai, mampu melatih
setiap pekerja dan rakyatnya bersatu padu dalam membantu kerajaan negeri
menaikkan tarafnya.

4.0 KESAN DAN CADANGAN


4.1 Kesan

13 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Pelbagai kesan yang boleh di dapati di dalam analisis penyata kewangan ini iaitu
prestasi parti pembangkang memerintah negeri Selangor dengan jayanya. Kemampuan
parti pembangkang menjanakan pendapatan negeri dalam tempoh masa setahun.
Sementara kerajaan negeri Perlis pula mencatat prestasi yang menurun dalam tempoh
masa setahun.
Pencapaian kerajaan negeri Selangor apabila Penguatkuasaan Garis Panduan
Pembayaran Borang 7G oleh Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor, peningkatan
permohonan Tukar Kategori dan Syarat Tanah, kutipan premium dari pembayaran
Borang 5A, pengiraan premium tanah yang dikenakan berdasarkan nilai pasaran dan
Program Pemutihan Kilang Haram yang dilanjutkan sehingga bulan Disember 2012.
Kesemua ini adalah hasil kejayaan kerajaan Selangor dalam peningkatan prestasi
penyata kewangan.
4.1 Cadangan
Dalam usaha memperbaiki serta memperkemaskan lagi sistem pengurusan
kewangan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan serta tempatan turut bekerjasama
mengambil beberapa langkah utama. Antara aspek yang boleh digunakan untuk
memperkukuhkan lagi pentadbiran kewangan kerajaan negeri ialah pengkomputeran, di
mana sektor awam sedang mengalami proses pengkomputeran yang pesat pada masa
kini. Potensi pengkomputeran amat luas dalam memberikan kesan kepada keupayaan
pihak kerajaan negeriuntuk memungut hasil dan mengawal perbelanjaan dengan lebih
baik. Sebahagian daripada masalah pungutan hasil berpunca daripada sistem
maklumat yang usang dan memerlukan jangka masa yang lama sebelum sesuatu hal

14 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

dapat dikesan. Bahagian kewangan adalah calon yang paling sesuai dalam
pengkomputeran. Rekod-rekod pemilik harta, tanggungan cukai, alamat serta butiranbutiran lain boleh dimasukkan dan dikemaskini dengan cepat. Program yang baik
menghasilkan laporan-laporan harian juga mingguan atau bulanan tentang aliran hasil
dan juga laporan tentang mereka yang mempunyai tunggakan.
Langkah seterusnya dalam usaha mempertingkatkan keupayaan kewangan
khususnya dalam mengawal perbelanjaan yang semakin meningkat dan kelihatan tidak
terkawal ialah penswastaan. Penswastaan bermaksud membenarkan firma-firma
swasta menjalankan sesuatu perkhidmatan bagi pihak penguasa tempatan. Oleh sebab
firma swasta tidak dikongkong oleh peraturan-peraturan seperti penguasa tempatan,
maka ia dapat menjalankan sesuatu kegiatan dengan lebih cekap. Penswastaan untuk
mengurangkan beban kewangan penguasa tempatan. Antara perkhidmatan yang telah
diswastakan ialah Pemungutan, pemunggahan dan pembuangan sampah, Pemotongan
rumput, Penyenggaraan jalan (pembaikan dan penurapan), Pengurusan tandas awam,
Pembinaan jalan dan parit, Pembaikan kenderaan penguasa tempatan, Pembersihan
bangunan dan tamanserta Pengurusan tapak letak kereta.
Pihak

kementerian sedang merangka undang-undang kecil tentang tatacara

kewangan dan perakaunan bagi enghasilkan sistem pengurusan kewangan yang


sistematik dan seragam. Ini juga dijangka akan mengurangkan masalah-masalah sedia
ada yang sering berlaku dalam pentadbiran kewangan tempatan dengan kawalan
dalaman yang baik.
5.0 KESIMPULAN

15 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Pentadbiran kewangan kerajaan negeri dalam meniti arus pemodenan serta


peningkatan

taraf

hidup

masyarakat

sedaya

upaya

memperbaiki

juga

memperkemaskan strukturnya. Hal ini adalah tidak lain tidak bukan untuk memastikan
kesejahteraan masyarakat terjamin. Menerusi sumber-sumber hasil yang dinyatakan
seperti hasil cukai harta, hasil bantuan kerajaan pusat dan negeri iaitu melalui gerangeran tertentu, hasil perkhidmatan yuran dan sebagainya, pentadbiran kewangan
kerajaan negeri dapat mengekalkan prestasinya dengan baik. Tanpa bantuan kerajaan
pusat, kebanyakan kerajaan negeri tidak dapat melibatkan diri dalam kegiatan
pembangunan dan mungkin peranan mereka hanya terhad dalam funsi-fungsi wajib
sahaja. Oleh itu kerjasama dari perlbagai pihak seperti kerajaan atasan dan masyarakat
setempat amat membantu.
Tanpa pengurusan kewangan yang baik kerajaan negeri tidak boleh
menjalankan fungsinya dengan baik. Pandangan negatif awam terhadap pentadbiran
kewangan tempatan dapat dikikis jika akauntabiliti kewangan kerajaan negeri dapat
ditingkatkan. Justeru itu langkah-langkah yang dinyatakan untuk memperkemaskan
pengurusan kewangan kerajaan tempatan perlu dikuatkuasakan dengan efektif. Apa
yang lebih penting dalam persoalan ini adalah kepercayaan masyarakat sekeliling
terhadap pentadbiran kewangan kerajaan tempatan.

6.0 RUJUKAN
16 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN

GMGF 2023 PENTADBIRAN KEWANGAN

Hazman Shah Abdullah. (1992). Pentadbiran kewangan kerajaan tempatan di


semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
A. R. Zahari. ( 1991). Memahami kerajaan tempatan di Malaysia. Selanagor Darul
Ehsan: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Barjoyai Bardai. (1987). Percukaian : prinsip dan amalan di Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nuraini Yusoff et al. (2007). Bahasa melayu untuk pengurusan. Sintok: Universiti Utara
Malaysia.
Wallchutzky, I., James, S., & Singh, V. (1998). Future direction in tax administration: a
malaysian perspective. Jurnal Percukaian, 13-25.
Mohamed Afandi Ismail., & Hanafi Mat Zin. (1998). Peranan pihak berkuasa tempatan
sebagai pembekal rumah. Jurnal KPKT, 36-41.
Hatry, H et al. (1984). Analisa program bagi kerajaan tempatan dan negeri. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jabatan Audit Negara. (2013). Laporan Audit Negeri Perlis https://www.audit.gov.my
(10 Jun 2013)
Jabatan Audit Negara. (2013). Laporan Audit Negeri Selangor https://www.audit.gov.my
(10 Jun 2013)
Abdul Hakimi Johari. (2011). Pengenalan Sistem Kewangan Islam Malaysia http://akimjo.blogspot.com/2011/03/pengenalan-sistem-kewangan-islam.html (13 Jun 2013)
Mohd

Yusoff
Noordin.(2007).
Sistem
Kewangan
Malaysia.
http://knowledgecentre.wordpress.com/2007/03/28/sistem-kewangan-malaysia/
(15 Jun 2013)

17 / 210708 MOHD YAZID BIN MAZLAN