Anda di halaman 1dari 31

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGA 1024
POLITIK DAN PENTADBIRAN
TAJUK:
SISTEM DUA PARTI: SEJAUHMANAKAH AMALANNYA DI
MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK:

DISEDIAKAN OLEH:

ISI KANDUNGAN

1.1
1.2
1.3
1.4

PENGENALAN
DEMOKRASI
CIRI-CIRI DEMOKRASI
SISTEM PARTI
1.4.1 Konsep Dua Parti

2
4
6
8
10

2.1

AMALAN SISTEM DUA PARTI DI MALAYSIA


2.1.1 Trend Pilihanraya Umum Ke-12
2.1.2 Malaysia Menuju Ke Arah Sistem Dua Parti
2.1.3 Maufakat

11
11
14
17

3.1

MUNCUL KUASA POLITIK BARU DALAM SISTEM


POLITIK MALAYSIA
PERBANDINGAN AMALAN SISTEM PARI DI A.S
3.2.1 Amalan Sistem Dua Parti di A.S
3.2.2 Kelebihan Pilihnraya A.S Yang Bercirikan
Demokrasi

3.2

4.1
4.2

5.1

KELEBIHAN SISTEM DUA PARTI DI A.S DALAM


PELAKSANAAN DI MALAYSIA
PENIALAIN SISTEM DUA PARTI BERDASARKAN
KEHENDAK DAN KEMAMPUAN MEREKA
KESIMPULAN

20
21
21
22

23
26
27

RUJUKAN

30

SISTEM DUA PARTI: SEJAUHMANAKAH AMALANYA DI MALAYSIA


1

1.1

PENGENALAN

Politik kepartian pada asasnya lahir dari sistem demokrasi. Di Malaysia, ia bermula pada
tahun 1955 apabila ia menerima sistem demokrasi sebagai kaedah pemerintahan di samping
sistem beraja. Tiada dalam pengalaman Islam sepanjang sejarah, tertubuhnya parti politik
dalam sistem pemerintahan negara. Ini bermakna kehidupan demokrasi dalam sistem politik
Islam adalah satu pengalaman baru bagi umat Islam. Bagaimana amalan demokrasi harus
disaring untuk mencapai objektif kehidupan berteraskan maqasid syara belum sampai ke
tahap matang.

Setelah melalui 12 Pilihanraya Umum, Malaysia sekarang bersedia untuk menghadapi


Pilihanraya yang ke 13 seolah-olah sudah wujud sistem dua parti di negara ini. Walaupun
perkara ini masih kabur tetapi pertembungan diantara 2 gabungan kuasa besar akan pasti
merintis satu pola baru dalam dinamika politik Malaysia. Dua gabungan iaitu Barisan
Nasional dan Pakatan Rakyat terdiri daripada komponen-komponen parti politik yang
mempunyai ideologi dan kepentingan tersendiri. Gabungan yang dibentuk ini adalah
bertujuan menguatkan semua parti-parti yang terlibat dalam pilihanraya. Di Malaysia, tidak
ada satu parti pun yang berani berkata bahawa ia boleh menubuhkan kerajaan tanpa ikatan
dengan parti-parti komponen yang lain.

Dalam Pilihanraya Umum ke 12, Barisan Nasional yang mempunyai satu gabungan kuat
UMNO, MCA, Gerakan, PPP dan parti-parti lain bertembung dengan satu daripada parti
pembangkang samada DAP, PAS ataupun PKR. Pertarungan diantara kerajaan dan
pembangkang di gelanggang pilihanraya seolah-olah 'pipit berperang dengan garuda'.
Pembangkang tidak pernah mempunyai satu gabungan yang kukuh. Hubungan diantara parti-

parti pembangkang adalah lemah dan hanya sekadar menepati strategi satu lawan satu dalam
pilihanraya umum yang lepas. Tetapi, dalam pilihanraya itu, satu tsunami politik telah
mengubah corak permainan politik di negara ini. Ketiga-tiga parti pembangkang yang utama
telah menzahirkan satu gabungan yang nyata dan kukuh iaitu Pakatan Rakyat. Malah
gabungan ini telah berjaya menubuhkan kerajaan di 5 buah negeri selepas pilihanraya
tersebut. Oleh yang demikian wujudlah sistem 2 gabungan parti-parti politik yang tidak
pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

Ini adalah satu perkembagan positif dan perlu diterima secara hati terbuka oleh seluruh rakyat
negara kita. Ini membuktikan negara kita sedang melalui evolusi politik yang lebih matang.
"apabila politik sesebuah negara sudah matang, bilangan parti-parti politik yang banyak akan
menjadi semakin kurang dan menguncup", kata Ahmad Boestamam, seorang tokoh politik
yang terkemuka di negara kita. Kini, rakyat sudah bersedia untuk membuat perubahan.
Mereka bukan lagi terbelenggu dengan dogma 'Barisan Nasional harus menjadi kerajaan,
yang lain menjadi pembangkang'.

Rakyat sedar bahawa mereka sudah mempunyai alternatif untuk mengubah kerajaan yang
memerintah. Tambahan pula, Pakatan Rakyat yang dianggap sebagai pembangkang juga telah
membuktikan kehandalan mereka memerintah negeri-negeri di bawah kekuasaannya. Malah
rekod atau prestasi pencapaian Pakatan Rakyat adalah lebih mantap dan hebat daripada
negeri-negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Sebagai contoh, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, German dan
lain-lain lagi sudah lama mengamalkan sistem 2 parti. Rakyat hanya memilih diantara 2 parti

yang bertanding. Sering kali rakyat memilih secara bergilir-gilir untuk memberi peluang
kepada kedua-dua parti untuk memerintah negara. Rakyat dapat membuat satu penilaian yang
bijak berdasarkan polisi-polisi yang diketengahkan oleh kedua-dua pihak yang bertanding. Ini
mewujudkan persaingan yang hebat serta melahirkan dasar-dasar negara yang membina dan
bernas untuk kepentingan rakyat jelata. Tambahan pula sistem ini berpotensi untuk mengikis
amalan rasuah, kronisme dan nepotisme. Rakyat negara kita seharusnya membuka minda
menerima sistem 2 parti ini untuk pembangunan yang lebih ketara.

Sistem ini membenarkan peralihan kuasa yang licin daripada satu pihak kepada pihak yang
lain. Ini dapat membendung pemusatan kuasa yang terlampau dan terlalu lama dipegang satu
pihak yang menjadi kerajaan. Sistem 2 parti ini juga korelasi dengan falsafah yang
mengingatkan kita bahawa 'power corrupts, absolute power corrupts absolutely'. Sejak
tsunami pilihanraya 2008, politik Malaysia buat pertama kalinya memberi satu harapan
bahawa pembangkang mempunyai peluang untuk memerintah negara ini. Walaupun
kewujudan sistem 2 parti masih samar-samar di negara kita, tetapi pembentukan 2 gabungan
politik itu sendiri boleh dianggap sebagai kematangan politik yang licau serta berjaya
melakar hala tuju negara ke tahap yang lebih cegat dan cekang ( Sivakumar, 2011).

1.2

DEMOKRASI

Dari segi etimologi, demokrasi berakar kata dari perkataan Yunani iaitu Demo dan
Kratia yang membawa maksud pemerintahan oleh rakyat. Menurut Syed Ahmad (1994:9698), demokrasi bukan sahaja mementingkan aspek keadilan dankesaksamaan di dalam
perlaksanaan nya, tetapi juga menitikberatkan penyertaan rakyatdi dalam proses pemilihan
kerajaan. Pada umumnya demokrasi merupakan ideal pemerintahan terunggul yang dikejar
oleh kebanyakan masyarakat dunia, baik masyarakat politik ataupun sivil. Secara praktisnya

demokrasi bukan sahaja telah diperkenalkan oleh negara yang berpaksikankepada sistem
liberalisme seperti Amerika Syarikat dan Britain, tetapi juga oleh negara-negara yang
dikategorikan sebagai autolitarian yang mengamalkan sistem monarki, komunisme dan
sosialisme seperti Rusia dan China. Disebabkan ini, menurut Crick (1964) Demokrasi telah
menjadi perkataan yang paling kacau dalam arena hal ehwalawam. Ia telah menjadi gundik
kepada semua orang (Crick 1964: 56).

Tahap demokrasi sesebuah negara seringkali di ukur melalui pilihanraya yang bersih,
kebebasan-kebebasan awam, kehakiman yang telus, bebas berorganisasi,masyarakat sivil dan
pemerintahan yang berasaskan majoriti (Zaini 2006:29). Ini membawa maksud, walaupun
sesebuah kerajaan itu berjaya membawa kemakmuran ekonomi kepada rakyat dan negara
tetapi jika ia mengenepikan tonggak-tonggak di atas,maka secara tidak langsung ia membawa
konotasi bahawa kerajaan tersebut bersifatautokratik.

Demokrasi juga dirujuk sebagai sebuah sistem berkerajaan yang berlandaskan kehendak
kepada masyarakat, dalam erti kata lain masyarakat dalam sistem demokrasi bertindak
sebagai pemerintah atau raja, selaras dengan maksud literal demokrasi itusendiri iaitu
pemerintahan masyarakat (demokratos). Dalam usaha untuk mencapai mengekalkan atau
menambahbaik sistem demokrasi ini, maka wujud beberapa ciri atau elemen penting yang
menjadi angkubah kepada darjah praktis demokrasi antaranya pilihanraya, masyarakat sivil,
pembahagian kuasa, keadilan sosial, parti politik,kebebasan kehakiman, kedaulatan undangundang dan hak serta kebebasan asasi.

Ciri-ciri ini dilihat oleh kebanyakan sarjana sebagai penting dalam menjamin kelangsungan
masyarakat dalam sistem itu sendiri. Ini kerana dengan ciri-ciri ini, sebuah masyarakat yang

demokratik boleh dibentuk sekaligus berupaya untuk bersifat kritikal kepada pemerintah dan
mungkin juga boleh menawarkan alternatif, pilihan atau antidote yang sesuai untuk mengatasi
atau mengubati masalah atau penyakit yang dihadapi dalam pemerintahan baik dari segi
politik, ekonomi mahupun sosial (Shively 1997 : 114).

Tanpa ciri-ciri masyarakat demokratik ini, maka segala perjalanan pemerintahan Negara akan
disandarkan kepada individu-individu tertentu yang terhad dari sudut bilngan dan pemikiran
sekalugus memungkinkan mereka melaksanakan dasar/polisi danmembuat keputusan melalui
pertimbangan yang sempit, kurang kritikal dan tidak mengambil kira kedudukan masyarakat
terbanyak. Lebih teruk lagi keadaan ini cenderung untuk membuat segelintir penguasa bukan
sahaja boleh terus berkuasa, malah menguatkan lagi cengkaman mereka dalam pemerintahan
sekaligus menuju atau membentuk pemerintahan yang autokratik.

Walaubagaimanapun, kesemua sarjana tersebut sependapat bahawa proses pendemokrasian


itu perlu sebagai syarat kepada pemerintahan negara yang lebih adil dan saksama. Melihat
kepada negara Amerika Syarikat, mereka sering berusaha ke arah memantapkan sistem
demokrasi yang sedia ada dengan memperbaikinya dari masa kesemasa dengan memenuhi
segala ciri-ciri dan sifat demokrasi yang telah ditetapkan oleh masyarakat dunia.

1.3

CIRI-CIRI DEMOKRASI

Terdapat banyak elemen yang menunjukan ciri-ciri demokrasi ini kerana demokrasi itu
sendiri terlalu luas untuk diperbincangkan. Hakikatnya satu ciri terpenting demokratik adalah
terdapat semangat undang-undang (spirit of the low) iaitu pengubalan undang-undang itu
sendiri yang mengikat kehidupan individu dalam masyarakat dan bukan dari institusi yang
diwujudkan. Ini bermakna semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari

segi aturan undang-undang. Dalam pada itu, penekanan demokrasi yang meningkatkan
kedaulatan rakyat ialah mesti wujud pergerakan atau partisipasi dalam aktiviti sosial dan
politik. Ini dilihat dengan rakyat melibatkan diri dalam badan-badan bukan kerajaan (NGO)
yang memainkan peranan dalam menjaga kepentingan masyarakat. Perspektif partisipasi ini
perlu dipraktikkan semaksima mungkin oleh masyarakat kerana ianya dapat mengimbangi
kelemahan kerajaan, kerana ia akan menjadi mata ketiga dalam melihat perjalanan
pentadbiran oleh kerajaan yang dipilih. Selain itu, masyarakat homogen juga ciri yang
terdapat dalam demokrasi yang subur.

Dalam erti kata lain masyarakat homogen adalah masyarakat yang lebih mudahdan bersedia
untuk persetujuan politik (political consensus) dan ini dapat menentukan persoalan keabsahan
politik (political legitimacy). Institusi kerajaan yang disokong oleh rakyat seharus
mempunyai institusi demokratik dan perlembagaan di mana perkara- perkara yang berkaitan
dengan hal mengundi untuk semua, penubuhan dewan-dewan perundangan melalui proses
pilihanraya, pelantikan ketua eksekutif oleh rakyat dan mendapat kepercayaan ahli-ahli
dewan. Perlembagaan perlu juga memperuntukan kewujudan satu badan kehakiman yang
benar-benar bebas bagi mempertahankan hak-hak asasi warganegara agar tidak dicabuli.

Demokrasi juga berpegang kepada prinsip-prinsip persaingan, pilihan dancampurtangan


kerajaan yang minima walaupun ia mendorong kepada demokrasi liberal.Sistem demokrasi
juga lebih berjaya apabila pengagihan kekayaan negara yang adil dalam masyarakat. Dengan
memiliki status ekonomi lebih baik juga merupakan ciridemokrasi dimana orang ramai lebih
bersedia untuk mempertingkatkan ilmu pengatahuan. Tahap literasi yang tinggi menyebabkan
warganegara lebih bersedia untuk mendokong demokrasi. Rakyat yang berpendidikan dan
berpengatahuan akanmengetahui hak-hak mereka dan tanggungjawab sivik

1.4

SISTEM PARTI

Terdapat dua sebab mengapa, dalam pengkelasan sistem parti adalah penting.
i.

Sistem parti secara umum membincangkan bagaimana anda tahu mengenai


pertandingan serta kerjasama antara pihak-pihak yang berbeza dalam sistem tersebut.

ii.

Satu usaha pengkelasan sistem parti adalah penting dan kerna system membantu
menyediakan pemahaman berguna kepada seoseorang bagaimana ia berfungsi. Dalam
hal ini ia merupakan satu perjalanan atau kaedah dalam mengenal pasti sesuatu
identiti mengenai sesebuah parti

Dua perkara yang ini penting mengapa mengklasifikasikan sistem parti dianggap sebagai
langkah yang penting untuk membandingkan pelbagai sistem dalam parti (Ware, 1996:147).
Kerana melaluinya masyarakat boleh menentukan dasar atau konsep yang dibawa dalam
demokrasi liberal dalam sesebuah sistem politik, yang boleh menentukan arah tujuan mereka
dan kemampuannya dalam mempengaruhi pemikiran rakyat.

Pada pandangan sarjana seperti Carl J. Friedrich, parti politik adalah sekelompok manusia
berorganisasi secara stabil dengan tujuan merenut atau mempertahankan penguasaan terhadap
pemerintahan bagi pimpinannya partinya dan berdasarkan penguasaan ini memberi manfaat
kepada anggota partinya yang bersifat adil ataumaterial.Dalam sistem demokrasi, parti adalah
elemen utama untuk menjalankan proses pilihanraya. Sistem parti boleh dibahagikan kepada
empat kategori, iaitu sistem satu parti, sistem parti dominan, sistem dua parti dan sistem
banyak parti. Sistem satu parti kebanyakan terdapat di negara yang mengamalkan
pemerintahan totalitarian.

Dalam negara totalitarian kiri iaitu komunis cuma satu parti sahaja wujud dan dibenarkan di
negara tersebut. Sebagai contoh, di Republik China, Korea Utara dan Cuba.Selain itu, sistem
parti dominan merupakan situasi terdapat sistem banyak partitetapi Cuma satu parti sahaja
yang menang atau sentiasa memenangi pilihanraya danmemerintah negara. Di antara negaranegara yang terdapat satu parti dominan ialah Malaysia, India (parti dominannya ialah Parti
Kongres), Mexico (InstitutionalRevolutionary Party) dan lain-lain lagi.

Sistem banyak parti merupakan situasi dimana terdapat banyak parti yang berjayamenghantar
wakilnya sehingga memenangi pilihanraya dan tidak terdapat parti yangmemenangi majoriti
serta berjaya membentuk kerajaan. Atas faktor ini, seringdiwujudkan kerajaan campuran bagi
negara seperti ini. Sebagai contoh, negara yang mengamalkan sistem ini seperti Denmark,
Holland, Itali, Brazil dan Belgium. Sistem dua parti merupakan kerelevanan kewujudan parti
tersebut disamping adanya parti-parti lain. Ini bermakna hanya dua parti sahaja yang
memenangi pilihanraya dan berjaya membentuk kerajaan.

Di antara negara yang terdapat sistem dua parti ialah Amerika Syarikat, Britain dan New
Zealand. Di Britain, dua parti yang sering bertukar ganti memerintah negara tersebut ialah
Parti Buruh dan Parti Konservatif. Di AmerikaSyarikat pula, dua parti utama ialah Parti
Republikan dan Parti Demokrat yang menjadi parti yang mendominasi setiap kali pilihanraya
diadakan.

1.4.1

Konsep Dua Parti

Satu sistem dua parti adalah satu sistem di mana dua parti politik utama menguasai mengundi
di hampir semua pilihan raya di setiap peringkat kerajaan dan, hasilnya, semua atau hampir

semua pejabat dipilih adalah ahli salah satu daripada kedua-dua pihak utama. Di bawah
sistem dua parti, salah satu daripada kedua-dua pihak biasanya memegang majoriti dalam
badan perundangan dan biasanya dirujuk sebagai parti majoriti manakala yang lain adalah
parti minoriti.

Walaupun istilah sistem dua parti adalah agak tidak tepat dan telah digunakan di negaranegara yang berbeza bermakna perkara yang berbeza, terdapat persetujuan besar bahawa
sistem dianggap bersifat dua parti apabila keputusan pilihan raya menunjukkan konsisten
bahawa semua atau hampir semua yang dipilih pegawai hanya tergolong kepada salah satu
daripada kedua-dua pihak utama, seperti di Amerika Syarikat. Ini boleh membawa kepada
langkah-langkah nondemocratic yang mengurangkan akses undi bagi pihak lain. Dalam kes
ini, peluang untuk calon-calon pihak ketiga yang memenangi pilihanraya untuk apa-apa
jawatan adalah jauh, walaupun ia adalah mungkin untuk kumpulan dalam parti yang lebih
besar, atau dalam pembangkang kepada satu atau kedua-duanya, untuk mengenakan pengaruh
ke atas kedua-dua pihak utama.

Terdapat dua pihak bersaing untuk berkuasa. Dalam hal ini pihak yang menang akan
memerintah, dan pihak yang kalah akan menjadi pembangkang yang setia. Keadaan ini boleh
dilihat dalam proses piliharanya ke 12. Di mana parti-parti kerajaan dan pembangkang telah
bergabung atas satu perjuangan dan wujud perlawanan dua penjuru iaitu parti pemerintah
atau Barisan Nasional dan parti pembangkang yang dikenali Pakatan Rakyat yang begitu
banyak. Jika PRU sebelumnya wujud perlawanan 3 penjuru terutama membabitkan parti
lawan kini menjadi trend perlawanan hanya membabitkan 2 penjuru iaitu pemerintah dan
pembangkang.

10

2.1

AMALAN SISTEM DUA PARTI DI MALAYSIA KINI

2.1.1

Trend Pilihanraya Umum Ke-12

Perubahan keputusan pilihan raya ke 12 (2008) ini dapat dilihat dengan jelas dari segi
keputusan parlimen dimana Pakatan Rakyat memenangi 82 kerusi dan BN mendapat 140
kerusi (semua kerusi parlimen berjumlah 222). Peningkatan yang besar dicapai oleh PKR
iaitu daripada 1 kerusi 2004 kepada 31 kerusi dan PAS daripada 7 kerusi dalam pilihan raya
2004 kepada 23 kerusi. Parti-parti komponen BN iaitu UMNO, MCA dan MIC merosot
pencapaiannya, iaitu UMNO 79 kerusi (daripada Perubahan keputusan pilihan raya ke 12
(2008) ini dapat dilihat dengan jelas dari segi keputusan parlimen dimana Pakatan Rakyat
memenangi 82 kerusi dan BN mendapat 140 kerusi (semua kerusi parlimen berjumlah 222).

Peningkatan yang besar dicapai oleh PKR iaitu daripada 1 kerusi 2004 kepada 31 kerusi dan
PAS daripada 7 kerusi dalam pilihan raya 2004 kepada 23 kerusi. Parti-parti komponen BN
iaitu UMNO, MCA dan MIC merosot pencapaiannya, iaitu UMNO 79 kerusi (daripada
Daripada perkembangan ini dapat dilihat telah wujud dua parti politik/gabungan parti politik
yang dapat dilihat sebagai asas kepada pembentukan dua parti. Dalam pilihan raya-pilihan
raya sebelum ini tidak wujud pakatan yang jelas di antara parti-parti politik pembangkang
seperti yang berlaku dalam pilihanraya 2008 (Mohd Noor Yazid).
.

11

Jadual 1
Apakah yang sedang berlaku dalam politik dan keputusan pilihan raya Malaysia kini dilihat
oleh penulis sebagai satu proses awal kepada pembentukan sistem politik dua parti seperti
yang diamalkan di 12ating-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Sama
ada perkembangan ini menjadi 12ating12 atau tidak ianya sedang menuju kepada
pembentukan dua parti adalah mempunyai hubungan atau bergantung kepada 12ating-faktor
seperti berikut:

Pertamanya, adakah keputusan pilihan raya ke-12, 8 Mac 2008 yang lalu akan terus kekal
dalam pilihan rayapilihan raya akan 12ating; Pengekalan keputusan pilihan raya seperti yang
berlaku pada 8 Mac itu dilihat penting 12ating12 pembentukan sistem dua parti. Kedudukan
pembangkang: kerajaan pada kedudukan 82:140 adalah suatu yang penting sebagai asas
permulaan. Ini dilihat bahawa pihak kerajaan tidaklah begitu kuat kedudukannya, manakala
pihak pembangkang juga tidak pula dilihat sebagai satu kedudukan yang sangat lemah.

12

Keadaan akan lebih baik jika jurang perbezaan pembangkang: kerajaan itu menjadi lebih
kecil sedikit (misalnya 20, iaitu pada kedudukan 102:129). Pembentukan sistem dua parti
akan terbantut jika keputusan pilihan raya akan 13ating pihak pembangkang tidak dapat
mengekalkan apa yang dicapai sekarang iaitu 82 ahli parlimen. Jadi disini kita harus meneliti
bahawa pencapaian pembangkang sekarang berasaskan satu sebab-sebab semasa tertentu atau
memang pengundi Malaysia telah mencapai satu tahap kematangan tertentu dalam proses
awal mewujudkan sistem dua parti.

Jadual 2
Kedua, kekuatan gabungan dan pakatan rakyat, sama ada akan terus kuat atau berpecah/
menghadapi masalah dalam masa yang terdekat; Komponen parti-parti Pakatan Rakyat (iaitu
PKR, PAS, DAP) adalah terdiri daripada parti-parti politik yang mempunyai asas dan
latarbelakang yang berbeza. Misalnya di antara PAS dan DAP mempunyai asas falsafah yang
berbeza. PAS berasaskan kepada Islam dan bercita-cita membentuk Negara Islam dalam
jangkapanjang. Falsafah PAS ini sangat berbeza dengan dasar perjuangan DAP. PKR juga
dalam beberapa aspek berbeza dengan PAS kerana ianya berasakan kepada keadilan untuk
semua yang tidak berasaskan kepada bangsa dan agama tertentu yang jelas. Persoalan ini
13

penting kerana jika pakatan ini berpecah maka kekuatan Pakatan Rakyat akan hilang dan
pakatan yang kuat serta berupaya bagi menandingi Barisan Nasional akan hilang. Misalnya
pihak PAS tidak akan menyokong pembentukan sebuah kerajaan yang terdiri daripada ramai
anggota yang bukan-Islam dan tidak melindungi kepentingan hak-hak kedudukan orang
Melayu dan agama Islam. Jadi faktor atau falsafah umum yang dapat diterima oleh semua
anggota Pakatan Rakyat yang dapat merapatkan hubungan adalah penting (Mohd Noor Yazid,
2008).

Jika trend dan struktur keputusan dalam pilihan raya akan datang tidak banyak berubah,
kemungkinan sistem dua parti itu akan terbentuk, tetapi jika perubahan mendadak berlaku
dan trenda asal keputusan pilihan raya sebelum ini kembali semula (Barisan Nasional menang
besar, Pakatan Rakyat kalah teruk semula) maka sistem dua parti tidak mungkin terbentuk
dalam masa terdekat ini. Sebaliknya jika PR terus diterima pengundi maka sistem dua parti
akan lebih mungkin terbentuk. Mahu tidak mahu kalau kita benar-benar impikan tahap
Negara maju, maka sistem dua parti adalah salah satu unsur yang mungkin berlaku kerana
ianya adalah sebahagian daripada apa yang berlaku/ ciri-ciri Negara maju. Kebangkitan pihak
pembangkang bukan dilihat kerana adanya kelemahan pihak kerajaan, tetapi bagi
pembentukan sebuah kerajaan yang lebih baik.

2.1.2

Malaysia Menuju ke Arah Sistem Dua Parti

Jika kita berpeluang mengkaji sistem politik bagi negara dunia pertama, maka kita akan
mendapati majoritinya mengamalkan sistem dua parti di mana kedua-kedua parti politik
mempunyai peluang seimbang untuk memenangi pilihanraya. Sekiranya kita ingin
mengambil contoh, maka dilihat Amerika Syarikat merupakan misal terbaik dalam
mengamalkan sistem dua parti ini. Sudah menjadi kebiasaan bagi Parti Democrat dan Parti

14

Republican untuk bergilir-gilir menerajui tampuk pemerintahan Amerika kerana faktor


keseimbangan peluang sebagaimana yang disebutkan tadi.

Penulis berpendapat sistem dua parti dapat membawa kebaikan kepada rakyat kerana ianya
akan mewujudkan check and balance di dalam pentadbiran kerajaan kerana kebiasaannya
parti yang memenangi pilihanraya hanya akan menang dengan majoriti mudah untuk
membentuk kerajaan, maka ia akan menjadikan parti yang kalah dapat bertindak sebagai
pembangkang yang kuat bagi mengawal kerajaan agar telus di dalam pentadbiran serta tidak
boleh meminda perlembagaan negara dengan sesuka hati tanpa memperolehi persetujuan dari
parti pembangkang. Dengan kata lain, pembangkang dapat memberikan peranan yang begitu
besar dan bermakna di dalam sistem tersebut.

Di samping itu, dengan kewujudan pentadbiran kerajaan yang telus membawa kepada impak
yang tidak sedikit kepada ekonomi negara pengamal sistem dua parti seperti peluang untuk
menghasilkan pelaburan terus dari luar negara yang besar kerana pelabur mengambil berat
status bersih rasuah sesebuah negara itu sebelum melabur.

Dalam konteks Malaysia, sistem dua parti boleh dilihat sebagai jalan terbaik untuk
meneruskan pembangunan politik yag telah dilalui oleh negara ini. Sistem ini dapat
menawarkan kebebasan memilih yang paling tinggi kepada warganegara dan seterusnya
mengelakkan negara dari dikuasai secara mutlak oleh mana- mana pihak. Penulis mendapati
antara halangan ke arah kelahiran sistem ini ialah sifat perkauman yang masih menebal,
kefahaman agama yang sempit dan kedaerahan. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
perlu toleran terhadap perbezaan di antara mereka di mana cara terbaik adalah melalui
pembudayaan dialog-dialog dalam bentuk intra dan inter parti, agama, budaya, dan bahasa.

15

Di sini isu hangat yang melanda masyarakat sekarang seperti konsep Negara Islam boleh
diperbincangkan dan diperdebatkan untuk difahami secara jelas dan mendalam akan
kebaikannya oleh segenap lapisan masyarakat.

Dalam menjayakan sistem dua parti ini,di pihak Barisan Nasional (BN), mereka sebagai parti
pemerintah perlu membuka ruang demokrasi dengan lebih luas seperti antara lain merujuk
kepada Suruhanraja Pilihanraya yang telus dan bebas yang dipertanggungjawabkan terus di
bawah Parlimen, proses pilihanraya yang adil dan bebas, sistem kehakiman yang juga bebas
dan adil, pegawai perkhidmatan awam yang tidak memihak dan media massa yang bebas.
Seterusnya sebagai parti pemerintah yang sudah lama berkuasa, mereka wajar menunjukkan
sikap matang dan terbuka untuk menerima budaya bahawa pengundi mempunyai kuasa
mutlak di dalam menentukan parti mana yang akan dipilih tanpa mengenakan sebarang
ugutan kepada mereka (Abu Mujahed, 2001). Manakala di pihak Pakatan Rakyat pula perlu
membuktikan tanggapan umum sekarang bahawa pakatan mereka hanyalah bersifat a
marriage of convenience itu tidak tepat dengan melalui bukti secara praktikal.
Pertelingkahan terbuka sesama pemimpin di dalam Pakatan Rakyat perlulah dihentikan di
mana ia sewajarnya diselesaikan di meja rundingan sebagaimana yang diamalkan oleh BN.

Manifesto Bersama Pakatan Rakyat dirasakan mampu diperbaiki lagi dari semasa ke semasa
sesuai dengan perkembangan terbaru negara. Kerjasama Pakatan Rakyat juga mesti
dimantapkan sehingga ke peringkat akar umbi di mana ahli- ahli di bawah dapat bekerjasama
dalam mengadakan pelbagai program untuk rakyat. Seterusnya, kewujudan satu simbol
sahaja yang mewakili Pakatan Rakyat khususnya di dalam setiap pilihanraya dirasakan boleh
meningkatkan semangat perpaduan sesama parti komponen di mana Pakatan Rakyat
diutamakan dahulu berbanding partinya sendiri.

16

Rakyat Malaysia sedang menyaksikan, malah terlibat sama dalam satu perubahan politik
tanah air kita. Buat pertama kalinya, sejak 2008, rakyat Malaysia mula mencatatkan
perubahan politik negara. Rakyat Malaysia buat pertama kalinya, memberitahu kepada dunia
tentang bagaimana negara ini ditadbir. Rakyat juga dengan jumlah yang besar telah bersetuju
untuk memilih atau mengundi calon-calon Pakatan Rakyat di mana Barisan Nasional telah
kehilangan banyak kerusi di Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ini adalah hak
rakyat.

Perubahan politik ini secara langsung akan membawa negara kita ke satu sistem politik
tanahair yang baru iaitu sistem 2 parti atau 2 party system. Di negara-negara yang
mengamalkan sistem demokrasi, kerajaan monopoli ini sudah lama berakhir, lihat sajalah
negara-negara demokrasi seperti England, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.
Mereka semunya mempunyai sistem 2 parti. Dan kita tidak perlu melihat negara yang jauh.

Kita lihat sajalah negara-negara jiran kita Thailand, Indonesia dan Philippine, mereka juga
mengamalkan sistem 2 parti. Sistem 2 parti adalah baik kerana ia menggalakkan persaingan
antara parti dari segi dasar-dasar dan perlaksanannnya. Ia boleh mewujudkan check dan
balance. Ia adalah baik untuk rakyat. Ia adalah seperti juga persaingan antara syarikatsyarikat yang memberikan perkhidmatan kepada pengguna-pengguna.

2.1.3

Maufakat

BN yang bermula sebagai Parti Perikatan ditubuhkan menerusi permuafakatan antara partiparti komponen yang beroperasi atas asas perkauman. Permuafakatan atau konsosionalime
adalah pendekatan gagasan Lijphart yang mengkaji kewujudan kerajaan campuran di
Malaysia yang berpandukan kepada amalan di Belgium (Wan Abdul Rahman Wan Abdul

17

Latif, 2002). Di Malaysia, BN berupaya menyatukan kesemua parti-parti yang mewakili


kaum di Semenanjung, Sabah dan Sarawak di dalam satu entiti politik. Oleh yang demikian,
permuafakatan BN bukan sekadar perkongsian kuasa politik, ia memberi impak sebenar
dalam masyarakat majmuk Malaysia. Ia melahirkan hubungan memampas (Wan Abdul
Rahman Wan Abdul Latif, 2002) antara kaum yang berkesan khususnya antara Melayu dan
Cina. Kuasa politik milik Melayu melalui instrumen paksaan negara yang sah seperti polis
dan tentera membekalkan kestabilan politik dan ia dipampas oleh pembangunan ekonomi
yang didominasi oleh kaum Cina (Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, 2002).

Selain politik (perkongsian kuasa), amalan permuafakatan BN diterjemahkan dalam konteks


(perkongsian) ekonomi. Menerusi BN dan dasar DEB, peluang-peluang ekonomi dan sosial
dapat dikongsi bersama oleh semua kaum yang membentuk masyarakat Malaysia. Di sebalik
gagasan hak istimewa orang Melayu dan bumiputra, kaum bukan bumiputra tidak dihalang
untuk maju. Permuafakatan BN dikenalpasti menguntungkan setiap kaum walaupun setiap
parti komponen beroperasi atas asas perkauman. Oleh itu, kejayaan selama 51 tahun adalah
berikutan asas penubuhan BN yang selari dengan asas politik Malaysia, iaitu perkauman. Hal
ini selari dengan kontrak sosial yang didapati mempunyai asas prinsip pampasan (Wan Abdul
Rahman Wan Abdul Latif, 2002).

yang mendasari perlembagaan Malaysia (Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, 2002).
Dengan itu, asas perkauman yang mempunyai ciri persaingan ditumpul dan dikendurkan oleh
permuafakatan yang dicirikan oleh perkongsian kuasa dan hubungan yang memampas antara
parti komponen. Senario ini menyumbang kepada kestabilan politik dan kerjasama yang
berterusan dalam BN. Ia dilihat sebagai satu sebab wujudnya pembentukan sistem dua parti
di Malaysia.

18

Justeru, sifat permuafakatan BN ini memberikan kelebihan besar baginya dalam menghadapi
persaingan dengan parti-parti lain di Malaysia. Wujud kesedaran tentang keperluan
bermuafakat oleh parti-parti pesaing sepertimana ditunjukkan menerusi Gagasan Rakyat,
Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Barisan Alternatif (BA). Selepas Pilihan Raya
Umum ke 12 (PRU12) pada Mac 2008, muncul pula Pakatan Rakyat (PR) yang berupaya
menafikan majoriti dua per tiga BN di Dewan Rakyat dan menguasai lima pemerintahan
negeri.

Menggunakan formula BN, iaitu permuafakatan dan perkongsian kuasa, PR adalah gabungan
parti pesaing yang terkuat pernah muncul dalam sejarah politik Malaysia. Namun, PR
terlepas pandang tentang keperluan bermuafakat dengan parti-parti di Sabah dan Sarawak
sebelum PRU12. Kegagalan gagasan September 16 oleh PR menjelaskan kekuatan dan
kelangsungan BN adalah kerana ciri permuafakatannya yang menyeluruh. Permuafakatan BN
juga adalah kerjasama yang rapat. BN adalah entiti yang telah diperbadankan yang
mempunyai struktur organisasi yang teratur. Sesuai dengan komposisi kaum, UMNO adalah
parti terbesar dalam BN. Oleh itu, UMNO adalah ketua dalam BN. Presiden UMNO adalah
juga Pengerusi BN.

Hal ini diperakui oleh parti-parti komponen lain. Selain itu, sebagai sebuah entiti, kesemua
parti menggunakan lambang yang sama ketika bersaing dalam pilihan raya. Oleh itu, BN
bukan kerjasama longgar antara parti politik. la adalah entiti kukuh yang mempunyai tradisi,
amalan dan hala tuju yang jelas. Di sebalik pelbagai isu yang muncul selepas PRU12 seperti
lompat parti, undi tidak percaya, dan krisis kepimpinan, BN terus kukuh sebagai pemerintah
dalam hal ini menuju kea rah membentuk parti pemerintah.

19

3.1

MUNCUL KUASA POLITIK BARU DALAM SISTEM POLITIK MALAYSIA

Pemimpin adalah manusia. Mereka mempunyai nafsu yang menghalang cita-cita mereka
untuk melakukan kebaikan. Walaupun dasar dan perancangan parti amat baik, tetapi
penyelewengan tetap berlaku disebabkan ada dikalangan mereka tidak dapat mengawal nafsu
apabila memiliki kekuasaan dan kekayaan terbuka luas. Justeru itu kita sebagai rakyat perlu
mempunyai kekuatan untuk mengawal mereka. Di samping kita memilih pemimpin yang
dilihat jujur serta amanah, kita juga perlu mewujudkan sistem kawalan politik dan
perundangan yang kukuh agar dapat mengawal mereka. Negara maju seperti Amerika, Jepun,
Korea dan lainnya bukannya mempunyai pemimpin yang benar-benar jujur, tetapi di negara
mereka wujud mekanisme politik dan perundangan yang kukuh sehingga para pemimpinnya
dapat dikawal dan tidak boleh bertindak sesuka hati.

Negara tersebut memiliki rakyat yang matang dan akan bertindak menegur atau menghukum
mereka dalam pilihanraya jika berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
Sudah sampai masanya Malaysia menuju kepada politik baru dengan kita mendukung
kewujudan dua sistem parti iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) demi
kesuburan demokrasi dan kebaikan rakyat. Dengan adanya sistem dua parti ini, akan
berlakunya keseimbangan dan kawalan kuasa antara kedua-dua pihak apabila mereka diberi
amanah untuk memerintah.

Maka merujuk kepada permuafakatan dan perjanjian ini, tiada sebab lagi bagi rakyat
Malaysia terutama orang Melayu bimbang untuk membuat perubahan atau pergiliran manamana gagasan parti sebagai kerajaan. Cumanya, rakyat kini perlu menjadi watchdog' dan
lebih peka dalam menilai prestasi antara dua gagasan ini untuk diserahkan amanah mentadbir
negara dalam pilihanraya akan datang. Wacana, debat,diolag antara dua pihak yang

20

bertanding serta kebebasan media massa perlu dihidupkan agar sistem demokrasi benar-benar
subur.

Pemimpin akan terkawal apabila rakyat menggunakan hak mereka secara bijaksana tanpa
dipengaruhi sentimen emosi kepartian yang melampau. Dalam masa yang sama, ketelusan
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) amatlah diperlukan bagi menjamin keberkesanan kuasa
rakyat dan memastikan hak tersebut terus terpelihara.

3.2

PERBANDINGAN AMALAN SISTEM DUA PARTI DI AMERIKA SYARIKAT

Sistem kepartian di Amerika Syarikat bersifat decentralized, di mana calon-calon mengumpul


dana sendiri. Serta calon berkempen juga untuk diri sendiri. Calon perlu berusaha untuk
mendekati pengundi secara sendiri atau melalui media massa dan elektronik dari bandar ke
bandar. Parti bersifat tidak aktif dan adakalanya tidak berperanan kerana calon harus berusaha
sendiri mendekati pengundi untuk memenangi pilihanraya.

3.2.1

Amalan Sistem Dua Parti Di Amerika

Sistem ini diamalkan di Amerika Syarikat, namun bukanlah bermakna tiada wujudnya parti
lain namun ia lebih menjurus kepada pengaruh dan kerelevenan parti tersebut didalam corak
demokrasi Amerika. Dua parti tersebut ialah Parti Republikan (1854) dan Parti
demokrat(192). Namun parti-parti lain yang ada di Amerika ialah seperti Parti Libertarian
(1971), Cinstitution Party(1992) dan Green Party (1996). Akan tetapi parti- parti ini tidak
pernah memenangi kerusi dalam pilihanraya.Terdapat perbezaan yang ketara antara antara
Parti Demokrat dengan Parti Republikan.

21

Antara ciri-ciri parti Republikan ialah terdiri dari kelas pertengahan yangkebanyakannya
mempunyai harta yang banyak dan kaya. Parti ini juga mendapatsokongan dari golongan
orang kulit putih, orang yang tinggal di luar bandar, orang kaya,kebanyakannya yang berusia,
orang berpendidikan dan golongan professional serta hali perniagaaan. Parti Republikan lebih
bercirikan konservatif. Manakala bagi Parti Demokrat kebanyakan mereka terdiri dari kelas
pekerja.Mendapat sokongan dari golongan pekerja, orang Yahudi dan spanish, orang muda,
pekerja yang berpendapatan rendah dan orang yang tinggal di bandar. Parti ini lebih bersifat
liberal.

3.2.2

Kelebihan Pilihanraya Amerika Syarikat yang Bercirikan Demokrasi

Terlalu banyak elemen demokrasi yang saling berkaitan merangkumi antara satu sama lain
dalam memperjelaskan kelebihan pilhanraya di Amerika Syarikat yang di lihat demokrasinya
begitu subur. Sebagai sebuah negara yang kaya, sememangnya tidak menjadi masalah yang
besar untuk Amerika menjalankan sistem demokrasi. Ini kerana mengikut kebanyakan
pandangan sarjana demokrasi dapat berjalan dengan baik apabila ekonomi negara tersebut
baik Amerika juga merupakan negara maju, perkembangan ilmu pengetahuan sangat
berkembang di buktikan dengan tertubuh banyaknya institusi pendidikan yang masyur
seantero dunia.

Apabila pendidikan dapat disampaikan masyarakat akan mempunyai ilmu pengetahuan dan
ini akan menjadikan masyarakat atau rakyat Amerika itu mempunyai kesedaran dan merasa
tanggungjawab dalam menjaga hak dan keperluan mereka. Berpaksikan kepada kesedaran
sivik inilah yang menyebabkan mereka cenderung melibatkan diri dalam hal-hal negara,
ekonomi, budaya, politik dan lain-lain dengan kata lain berpartisipasi. Terdapat banyak
kumpulan-kumpulan yang sangat aktif dalam memperjuangkan hak-hak mereka seperti

22

kumpulan berkepentingan (interestgroup), kumpulan pendesak, dan pandangan umum (public


opinion).

Dalam sebuah negara demokrasi masyarakat sivilnya mestilah berperanan dalam


menyuburkan amalan demokratik. Dalam First Amendment telah memberi jaminan akan
kebebasan hak beragama, bersuara, berkumpul dan menjalankan petition. Ini merupakan
kelebihan yang ada dalam pilihanraya di Amerika di mana interest group bukan sahaja
menjaga kepentingan mereka tetapi dalam masa yang sama menyertai secara tidak langsung
dalam pilihanraya dengan membantu calon yang mereka sukai untuk memenangi pilhanraya.
Bantuan tersebut termasuklah dengan menyalurkan kewangan, tenaga sokongan dan
berkempen atau melobi untuk calon tertentu. Antara contoh interestgroup ialah economic
policy, National Peanut Council (1941) dan equality Policy (National Organization for
Women (1966).

Berpaksikan pada kelebihan yang nyata dalam pilihanraya Amerika, pada kebiasaannya hasil
polls akan disiarkan oleh pihak media yang sentiasa member kerjasama kerana media adalah
public property atau berkhidmat untuk kepentingan dankeperluan orang awam. Oleh itu
maklumat sentiasa akan sampai dengan masyarakat umum dengan jelas. Media juga memberi
peluang untuk calon pilihanraya berkempen secara adil dan samarata. Dimana calon
memperjelaskan agenda, sumbang bakti dan kelebihan bagi kewajaran rakyat mengundi
beliau, calon juga dibenarkan berdiskusi antara pihak lawan seperti diskusi yang diadakan
antara calon demokrat Barrack Obama dengan calon republikan John Mc Cain. Media di
Amerika sangat adil dan ini merupakan kelebihan yang jarang ada dalam negara pengamal
demokrasi yang lain.

23

4.1

KELEBIHAN SISTEM DUA PARTI DI AMERIKAN DALAM KONTEKS


PELAKSANAAN DI MALAYSIA

Berpaksikan partisipasi, masyarakat sentiasa merasa tanggungjawab mereka untuk terus


terlibat dalam pilihanraya. Ini kerana supaya wakil rakyat yang dipilih dapat menjaga
kebajikan dan hak-hak rakyat. Di samping memastikan calon-calon yang disokong
memenangi pilihanraya dan menunaikan agenda pilihanraya yang menguntungkan pengundi.
Kelebihan sistem dua parti secara jelas menunjukkan yang terdapatnya pilihan bagi pengundi
dalam memilih calon yang benar-benar berkelayakan. Pilihan atau alternatif ini penting dalam
syarat negara demokrasi..

Kelebihan juga dilihat dengan pertandingan pilhanraya presiden adalah merekayang benar
berkaliber, berkelayakan, berpengaruh dan mempunyai idealisme dalam memajukan
Amerika. Ini kerana proses pemilihan calon berlaku adalah lama, ia bermula dengan
pertandiangan calon dalam parti iaitu sesama sendiri dalam mencari persetujuanahli parti
memilih siapa calon yang akan mewakili parti dalam pilihanraya presiden. Persaingan yang
wujud adalah pra-syarat demokrasi yang telah dipenuhi oleh sistem ini

Sistem dua parti juga telah menyaksikan tatacara demokrasi dengan bukti fakta dengan
kemenangan yang diperolehi oleh Parti Republikan di kerusi presiden berbanding Parti
Demokrat. Dalam pada itu, sistem ini membolehkan pengundi memilih mana-mana parti
walaupun bukan daripada ahli parti tersebut. Ini kerana apabila mereka berkerja dalam sektor
swasta mahupun kerajaan, tiada berlakunya perbezaan kerana ia bersifat terbuka.Sebagai dua
parti yang relevan, mereka saling lengkap melengkapi dan bertindak apabila berlakunya
sesuatu yang dilakukan oleh pihak lawan yang akan merbahayakan negara. Dalam erti kata
lain, sistem dua parti telah memenuhi syarat yang wujudnya check and balance kawal

24

seimbang yang dilakukan oleh pembangkang di negara pengamal demokrasi yang lain. Selain
itu sistem ini juga dapat menggalakkan pembentukan majoriti dan mengurangkan fahaman
yang berkepentingan sendiri serta menggalakkan lagi perpaduan sosial di kalangan rakyat.

Seterusnya menjamin hak-hak berikut:


Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
Kemasukan hak istimewa Orang Melayu, agama Islam (perkara 3 (1) dan bahasa Melayu
(perkara152) adalah untuk berlaku adil kepada pendudukperibumi Negara ini.

Mengelakkan penyalahgunaan kuasa


Terdapat beberapa peruntukan khas kepada YDPAdan raja-raja Melayu. Walau pun mereka
mempunyaibidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka tertakluk kepada (Bahagian
4, Bab 3,Perkara 40). Maka dengan ini dapat mengelak penyalahgunaan kuasa.

Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat


Perlembagaan bukan sahaja peruntukkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat
(Bahagian

2,

Perkara

5-13).

Ini

dapat

mengelakkan

dominasi

kuasa

oleh

pihak tertentu.

Menjamin keamanan dan kestabilan Negara


Melalui sekatan-sekatan dalam perlembagaan yangmengasasi pergerakan setiap warganegara
(Bahagian 2,Perkara 10).

25

4.2

PENILAIAN SISTEM DUA PARTI BERDASARKAN KEHENDAK DAN


KEMAMPUAN KITA

Penganjur sistem dwi-parti mendakwa sistem ini baik, kerana apabila kerajaan buat silap,
parti pembangkang boleh mengkritik dan membetulkannya. Dengan perkataan lain, sistem ini
boleh mengimbangi dan menyekat yang lain. Dengan itu, menghalang dasar dan tindakan
kerajaan yang boleh membawa keburukan kepada rakyat.

Hujah ini memang ada benarnya. Namun demikian, hujah ini menafikan kemungkinan
pembetulan dibuat dari dalam. Manusia itu makhluk yang berakal. Ia boleh dididik. Apabila
koreksi dan pembaikan dibuat dari dalam, maka tenaga masyarakat itu sepenuhnya dapat
digunakan, dan dengan itu, menolak pembaziran tenaga.

Dalam sejarah pemerintahan negara, kita melihat sistem yang diperkenalkan oleh perdana
menteri kita yang kedua, Tun Abd. Razak menuju kepada sistem yang lebih baik ini. Sistem
ini bukan saja mengelak daripada pembaziran tenaga; ia juga boleh manfaatkan semua aliran
fikiran yang ada dalam masyarakat.

Sebaliknya, kita melihat bahawa sistem dwi-parti gagal menghalang kemunculan


kolonialisme dan imperialisme dalam sejarah, dan gagal menghalang kezaliman dengan
penubuhan negara cauvinis kolonial Israel. Juga pada akhirnya, ia menyebabkan kerajaan
menjadi lemah kerana ia terpaksa bergabung dengan parti-parti kecil.

Kalau kita mengkaji perkara ini dengan kritis dan teliti, kita akan dapati bahawa ia lebih
bersifat mitos daripada realiti. Kita semua tahu Eropah sebagai pusat penjajahan yang telah
menjajah negara-negera Dunia Ketiga: India, Asia Tenggara, Asia Barat dan Afrika. Mengapa

26

sistem sekatan ini tidak menyekat sistem penjajahan Eropah. Amerika Syarikat sendiri sebuah
republik (Eropah tanpa feudalisme) baru-baru ini telah menjajah Afghanistan, Iraq dan Libya.
Nyatlah konsep sekatan ini metos!

Di Eropah sendiri, tempat lahirnya sistem ini, kita sedang melihat kerajaan-kerajaan mereka
mendirikan gabungan dengan pelbagai parti berlainan ideologi untuk membolehkan mereka
memerintah. Dengan demikian, mereka lemah. Apa lagi sekarang sistem yang dipanggil
Liberalisme ini sedang runtuh, kerana kebangkrapan ideologi ini. Jangan lupa ideologi
Komunisme, yang berasal dari Barat Kristian, juga sudah runtuh.

Sudah sampai masanya kita di Malaysia mengkaji semula sistem ini, serta menggantikannya
dengan sebuah sistem pemerintahan yang lebih baik. Semua parti dalam masyarakat kita,
mewakili pelbagai suku kaum dan ideologi, boleh wujud, tetapi mereka mesti wujud dalam
uatu permuafakatan yang besar (Kassim Ahmad, 2012).

Tuhan memerintahkan kita dalam Quran supaya mengendalikan urusan kita melalui
musyawarah atau perundingan. Dia juga memerintahkan kita supaya memerintah dengan adil.
Bolehkah kita panggil ini demokrasi? Abraham Lincoln mentakfrikan demokrasi sebagai
"sebuah pemerintahan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat".

5.1

KESIMPULAN

Apa yang dimaksudakan dengan dua parti adalah sistem di mana dua parti adalah cukup kuat
untuk dipilih oleh rakyat supaya menjadi parti pemerintah. Kebanyakan negara-negara maju
mempuynyai sistem ini, iaitu seperti Parti Demokratik dan Republikan di Amerika Syarikat,
dan Parti Buruh dan Konservatif di Britain. Sistem dua parti bagus bagi Amerika Syarikat

27

kerana ia dapat memberikanalternatif kepada rakyat untuk memilih parti atau calon yang
disukai. Di samping itu,mewujudkan kawalan dalam kerajaan dimana perwakilan yang ada
bukanlah untuk mengubah polisi kerajaan tetapi untuk mengawal pergerakan kerajaan.
Perbazaan kedua-dua parti adalah sedikait sahaja dan secara umumnya adalah samaSelain itu,
partisipasi masyarakat sentiasa merasa tanggungjawab mereka untuk terus terlibat dalam
pilihanraya. Ini keran wakil rakyat yang dipilih dapat menjagakebajikan dan hak-hak rakyat.
Di samping memastikan calon-calon yang disokongmemenangi pilihanraya dan menunaikan
agenda pilihanraya yang menguntungkan pengundi. Kelebihan sistem dua parti secara jelas
menunjukkan yang terdapatnya pilihan bagi pengundi dalam memilih calon yang benar-benar
berkelayakan. Pilihan ataualternatif ini penting dalam syarat negara demokrasi dan ia dapat
menunjukkan sistem pilihanraya Amerika Syarikat memenuhi syarat demokrasi.

Berpaksikan partisipasi, masyarakat sentiasa merasa tanggungjawab mereka untuk terus


terlibat dalam pilihanraya. Ini kerana supaya wakil rakyat yang dipilih dapatmenjaga
kebajikan dan hak-hak rakyat. Di samping memastikan calon-calon yang disokong
memenangi pilihanraya dan menunaikan agenda pilihanraya yangmenguntungkan pengundi.
Kelebihan sistem dua parti secara jelas menunjukkan yangterdapatnya pilihan bagi pengundi
dalam memilih calon yang benar-benar berkelayakan.Pilihan atau alternatif ini penting dalam
syarat negara demokrasi. Kelebihan juga dilihat dengan pertandingan pilhanraya presiden
adalah merekayang benar berkaliber, berkelayakan, berpengaruh dan mempunyai idealisme
dalam memajukan Amerika. Ini kerana proses pemilihan calon berlaku adalah lama, ia
bermula dengan pertandiangan calon dalam parti iaitu sesama sendiri dalam mencari
persetujuan ahli parti memilih siapa calon yang akan mewakili parti dalam pilihanraya
presiden. Persaingan yang wujud adalah pra-syarat demokrasi yang telah dipenuhi oleh
sistem ini. Sistem dua parti juga telah menyaksikan tatacara demokrasi dengan bukti

28

faktadengan kemenangan yang diperolehi oleh Parti Republikan di kerusi presiden


berbandingParti Demokrat. Dalam pada itu, sistem ini membolehkan pengundi memilih
mana-mana parti walaupun bukan daripada ahli parti tersebut. Ini kerana apabila mereka
berkerja dalam sektor swasta mahupun kerajaan, tiada berlakunya perbezaan kerana ia
bersifat terbuka.

29

Rujukan
Abu Mujahed Abdullah Azzam. (2001). Malaysia Menuju ke Arah Sistem Dua Parti?. Atas
talian 12 Febuaru 2013, dari http://www.tranungkite.net/lama/julai/mujahed3.htm
Kassim Ahmad. (2012). Sistem dwi-parti sesuai tuntutan Islam?. Atas talian 13 Febuari 2013,
dari

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121102/re_03/Sistem-dwi-parti-

sesuai-tuntutan-Islam
Mohd Noor Yazid. (2008). Keputusan Pilihan Raya Umum 2008; Mungkinkah Terbentuknya
Sistem Dua Parti Dl Malaysia?. Shah Alam: Penerbit UITM
V. Sivakumar. (2011). PRU13: Melahirkan kematangan politik sistem 2 parti. Atas talian 12
Febuari 2013, dari http://dapmalaysia.org/english/2011/sep11/bul/bul4693.htm
Ware. A. (1996). Political Parties and Party Systems. Oxford: Oxford University Press

30

Anda mungkin juga menyukai