Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
ISI
(KEBAIKAN/MANFAAT)
1-Mengatasi Krisis Tenaga.
-Sumber alternatif yang berjaya dihasilkan oleh pakar penyelidik mempunyai banyak
kelebihan kepada kehiupan manusia.
- Antara kelebihan sumber alternatif kepada negara dan kehidupan manusia ialah
mengatasi krisis tenaga.
- Malaysia yang juga tidak lari dalam masalah pada masa akan datang iaitu
kehabisan bahan fosil.
- Sememangnya bahan fosil ini membantu masyarakat dalam menjalankan kegiatan
seharian.
- Bahan fosil membantu kepada kenderaan, arang batu banyak digunakan dalam
perindustrian dan sebagainya.
- Dengan kewujudan sumber alternatif ini dapat mengurangkan penggunaan bahan
fosil yang semakin kepupusan.
- Oleh itu, bahan fosil ini akan dapat diwarisi kepada generasi akan datang.
2-Kebersihan Alam Sekitar.
-Selain itu, kewujudan sumber alternatif memberi kebaikan dari segi mutu
kebersihan alam sekitar.
- Hal ini kerana sumber alternatif ini tidak mencemarkan alam sekitar berbanding
dengan bahan fosil yang menjejaskan alam sekitar.
- Penggunaan bahan fosil yang tidak terkawal dan sampai ke tahap maksimum akan
memudaratkan alam sekitar.
- Misalnya, tenaga hidroelektrik banyak digunakan dalam penjanaan tenaga elektrik.
- Empangan hidroelektrik banyak membantu masyarakat untuk mendapatkan tenaga
elektrik yang mencukupi dan ia tidak melibatkan pencemaran alam sekitar sebalilnya
kegiatan pembersihan perlu dilakukan untuk penjanaan elektrik yang sempurna.
- Sumber tenaga alternatif yang dapat dikitar semula juga dapat mengurangkan
bebanan ekonomi negara di mana terpaksa menggunakan modal yang besar untuk
mewujudkan sumber alternatif yang baru.
- Penjimatan penggunaan bahan yang tidak boleh dikitar semula adalah langkah
yang positif ke arah mengekalkan adanya bahan-bahan penting itu.
- Contohnya bahan sisa buang biojisim yang boleh diproses untuk menghasilkan gas
metana ataupun tenaga elektrik.
3-Bidang Perubatan
-Sumber alternatif juga boleh digunakan dalam perubatan.
- Apabila pembangunan Negara dalam sains dan teknologi dikecapi, ramai pakarpakar dalam bidang penyelidikan dapat dilahirkan.
- Hasil daripada penyelidikan di dapati bahawa tenaga nuklear mampu digunakan
untuk tujuan perubatan.
-Tenaga nuklear yang digunakan dalam perubatan misalnya untuk mengenal pasti
penyakit yang berkaitan dengan bakteria-bakteria halus dalam badan dan mengesan
penyakit barah.
- Selain itu, sinaran gamma yang terhasil daripada tenaga nuklear dapat mencegah
penyakit kanser.
- Sehubungan dengan itu, sinaran gamma juga dapat mengesan sistem organ dan
tulang dalaman manusia.
Dengan kejayaan ini,masyarakat akan dapat mengesan penyakit yang berbahaya
pada tahap awal.
- Hal ini juga akan mengurangkan pergantungan masyarakat untuk mendapatkan
rawatan di luar negara.
ISI(KEBURUKAN)
1-Pencemaran Alam
-Pencemaran air akan berlaku apabila benteng di bina untuk penjanaan kuasa hidro
eletrik.
- Pembinaan benteng pertahanan air akan menjejaskan kualiti air semula jadi.
- Pencemaran air turut merebak ke kawasan lain seperti sungai, laut dan tasik.
- Bagi penjanaan kuasa melalui sumber tenaga nuklear dan biogas pula, kualiti dan
keselamatan alam tergugat kerana bocoran yang berlaku semasa proses penjanaan
kuasa berlaku.
2-Kesihatan Manusia.
-Penjanaan tenaga melalui biogas, hidro eletrik dan nuklear akan mewujudkan
pencemaran alam seperti pencemaran udara dan air.
- Kesihatan manusia akan terjejas ekoran pencemaran yang berlaku serta terdedah
kepada risiko menghidap penyakit barah seperti penyakit kanser kulit yang di
sebabkan oleh bocoron sinaran tenaga nuklear.