Anda di halaman 1dari 30

TUGASAN

JANUARI 2015 SEMESTER

KOD KURSUS
EKM 322
NAMA KURSUS

KESUSASTERAAN MELAYU

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NORLIZA BINTI HJ MOHAMAD

NO. MATRIK

E30209120152

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT
PEMBELAJARAN

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

2|Page

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

BAHAGIAN A
1. Rasional Kajian
3|Page

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) digubal untuk memberi tumpuan pada
empat kemahiran, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul dalam

usaha

memperkasakan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Bagi menjadikan mata


pelajaran ini kian menarik dan berdaya saing,
daripada suatu elemen baharu

kurikulum Bahasa Melayu yang terdiri

telah diperkenalkan dalam kurikulum huraian sukatan

pelajaran Bahasa Melayu KSSR, iaitu seni bahasa, sementara didik hibur menjadi salah
satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Seni bahasa ini merujuk keupayaan
murid untuk memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui
pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Oleh yang demikaian, kajian ini
dibuat untuk mengenal pasti keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa
sepanjang pelaksanaan kurikulum KSSR ini. Selain itu, kajian ini boleh dijadikan tali ukur
untuk menilai sejauh mana guru dapat menerapkan elemen dan teks sastera dalam
meningkatkan keberkesanan kemahiran pembacaan murid.
Fokus kajian ini untuk melihat bagaimana kemahiran seni bahasa dapat memberikan
penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan
dikuasai oleh murid. Standard kandungan dan standard pembelajaran ini berpaksikan sistem
kemahiran bahasa dan sistem bahasa yang disokong oleh elemen pengisian kurikulum. Kajian
ini turut membincangkan kepentingan unsur seni bahasa yang terdapat dalam KSSR. Aspek
seni bahasa ini merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa
yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan dalam konteks pendekatan didik
hibur (pembelajaran yang menyeronokkan). Oleh itu, didik hibur ini dilihat dapat
mengupayakan dan membolehkan bahasa yang indah itu dapat diperoleh secara mudah
daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon, mendeklamasi atau berpuisi itu dilaksanakan
secara lebih santai tetapi bermakna. Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa dari
segi pembentukan gaya bahasa khususnya ayat yang menggunakan unsur simile, peribahasa,
bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam teks yang dibaca. Oleh itu, melalui idea
yang kreatif, pembelajaran seni bahasa ini diharapkan akan dapat melahirkan murid yang
menguasai kemahiran lisan dan penulisan dengan baik.

2. Kaedah Pengumpulan Data


4|Page

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif deskriptif dengan
menggunakan borang soal selidik yang dibina oleh pengkaji bagi mendapatkan maklum
balas daripada responden.Kajian tinjauan bermatlamat mengumpulkan maklumat mengenai
pemboleh ubah yang berkaitan dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pemboleh
ubah tersebut wujud. Kajian deskriptif ini amat sesuai digunakan dalam kajian ini kerana
memudahkan pengkaji untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Soal selidik yang
digunakan

untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan,

kehendak dan sebagainya. Soal selidik adalah sesuai dan berkesan digunakan bagi populasi
yang besar dan

meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek

terhadap

rangsangan soalan yang diberikan.


Bagi mendapatkan data, satu set soal selidik telah digubal. Soal selidik yang
digunakan untuk responden dalam kajian ini terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian A
berkaitan latar belakang sampel kajian (guru KSSR Bahasa Malaysia sahaja) seperti lokasi
sekolah, jantina, kaum, umur, kelulusan akademik dan pengkhususan. Maklumat yang
diperoleh daripada bahagian ini bertujuan untuk memerihalkan latar belakang responden.
Bahagian B pula untuk melihat tahap kefahaman terhadap huraian sukatan aspek seni bahasa
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terhadap murid-murid sekolah rendah. Seterusnya
bahagian C pula bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan teks dan bahan bantu mengajar
dalam P&P seni bahasa dan bahagian D untuk melihat tahap pembacaan murid terhadap
elemen sastera. Pada bahagian akhir borang soal selidik pula, pengkaji juga menyelitkan
soalan berstruktur untuk para guru memberikan pandangan secara umum dan bebas tentang
pelaksanaan KSSR ini.
Penganalisisan data telah dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Package for
Sosial Science (SPSS) for window versi 16.0. Data yang diperoleh daripada responden telah
dikumpulkan dan dianalisis sebaik mungkin sebagai usaha untuk menjayakan kajian ini.
Kajian rintis juga telah dilakukan bagi menganalisis kebolehpercayaan instrumen kajian soal
selidik yang dijalankan. Kajian rintis ini dilaksanakan di SekolahKebangsaan Bandar Tun
Razak (1), Kuala Lumpur, yang melibatkan 30 orang responden. Penggunaan perisian ini
sebagai kaedah analisis data statistik deskriptif bermatlamat untuk memperihalkan data
dengan sejelas mungkin. Oleh itu, analisis statistik deskriptif cuba membuat ringkasan dan
klasifikasi terhadap data supaya pengguna dan penyelidik dapat sama-sama memahami
data dengan mudah. Sementara itu, statistik deskriptif digunakan untuk menentukan
peratusan, min dan sisihan piawai. Tujuan penganalisisan ini adalah untuk membolehkan
penyelidik membuat gambaran set data yang terkumpul serta mengkaji taburan kekerapan.
5|Page

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Dapatan analisis kajian telah dipaparkan dalam bentuk jadual serta dibincangkan mengikut
setiap item berpandukan objektif dan pemboleh ubah yang telah ditetapkan. Statistik
deskriptif digunakan untuk mengumpul data dan membuat rumusan serta menyampaikan
rumusan dalam bentuk yang lebih mudah difahami oleh semua golongan.
3. Dapatan Kajian
Kajian ini menggunakan statistik deskriptif untuk melihat kekerapan dan
min responden terhadap setiap item dalam soal selidik yang dilakukan. Markah
ujian yang didapati itu dianalisis dengan menggunakan kekerapan

dan

peratusan. Berdasarkan analisis yang dijalankan dapatan kajian menunjukkan


bahawa para guru mengakui bahawa penggunaan bahasa sastera dalam P&P
seni bahasa membawa manfaat penting kepada guru dan murid. Selain itu, guru
juga memahami

konsep terhadap huraian sukatan pelajaran seni bahasa dan

tahap pembacaan murid terhadap elemen sastera juga berlaku peningkatan.


Dapatan ini menunjukkan bahawa seni bahasa merupakan satu pola kurikulum
yang baharu dan umumnya dapat meningkatkan mutu atau tahap kefahaman
murid. Selain itu kajian ini juga memaparkan beberapa dapatan berkaitan
dengan pelaksanaan elemen sasteranya seperti berikut :

3.1 Tahap Pembacaan Murid terhadap Elemen Sastera


Pengajaran seni bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia diajar oleh
para guru menggunakan salah satu teknik, iaitu teknik didik hibur. Kaedah,
teknik dan pendekatan guru dalam penyampaian P&P itu telah membuktikan
bahawa matlamat pengajaran melalui nyanyian, berpantun, bersketsa dan
sebagainya supaya murid dapat menyebut dan memahamiunsur seni bahasa
dalam lagu adalah tinggi. Selain itu, penerapan eleman seni bahasa dengan
tujuan dan sasaran yang betul telah dapat melahirkan murid yang dapat melafaz
dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang
indah serta sedap didengar .Hal ini turut membenarkan reaksi dan tanggapan
guru, iaitu guru bersetuju bahawa elemen sastera dapat membantu murid
memahami

teks

dengan

lebih

berkesan.

Elemen

sastera

juga

dapat

meningkatkan penguasaan bacaan murid secara mekanis. Seperti yang kita


maklumbahawa bacaan mekanis ialah bacaan yang dilakukan secara senyap
seperti membaca dalam hati yang bertujuan untuk memahami sesuatu teks
dengan mendalam, manakala bacaan mentalis ialah bacaan secara kuat,
perkataan dalam teks disebut secara kuat dan tepat serta menggunakan tanda
bacaan yang betul. Selain itu, elemen sastera juga dikatakan pelengkap kepada
P&P seni bahasa.

6|Page

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

3.2 Manfaat Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran


dan Pembelajaran Seni Bahasa
Kajian ini telah menemukan suatu persepsi positif terhadap keberkesanan
dan manfaat atau faedah elemen sastera dalam P&P seni bahasa kepada murid.
Item ini diajukan kepada guru untuk melihat kemajuan dan prestasi murid
berdasarkan pemerhatian guru.Hal ini membuktikan bahawa seni bahasa telah
dapat membantu mutu penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan
menaakul). Peningkatan ini turut dapat dikaitkan dengan mutu kaedah atau
pendekatan yang diguna pakai guru dapat membantu murid yang lemah dalam
memahami teks yang dibaca. kecekapan pedagogimereka semakin meningkat
selepas pelaksanaan seni bahasa seperti yang disasarkan oleh sukatan KSSR.

3.3 Pengajaran Seni Bahasa Guru Berdasarkan KSSR


Guru menggunakan pendekatan yang tersendiri sewaktu mengajar seni
bahasa dalam bilik

darjah dan

mengaplikasi teknik didik hibur dalam

pembelajaran seni bahasa mereka di sekolah. Guru juga mempelbagaikan teknik


pengajaran seni bahasa ini selain daripada menggunakan teknik didik hibur dan
terdapat perbezaan cara pengajaran seni bahasa ini.
para guru memahami

Kajian juga menunjukkan

pelaksanaan elemen sastera dalam sukatan pelajaran

sekolah rendah dan guru mengetahui secara tepat tentang penggunaan seni
bahasa dalam

pengajaran mereka .Hal ini membuktikan bahawa seni bahasa

merupakan satu kaedah penting dalam membantu cara P&P guru Bahasa
Melayu. Kepelbagaian dan keterbukaan dalam P&P seni bahasa dilihat menjadi
faktor penting dalam usaha meningkatkan keyakinan diri guru dan pemahaman
murid.

3.4 Penggunaan Teks Sastera dan Bahan Mengajar dalam


Pembelajaran Seni Bahasa
Selepas dianalisis data hasil daripada maklumat dan jawapan responden,
didapati bahawa para guru yang terlibat dalam kajian ini masing-masing berpuas
hati dengan bahan puisi dan prosa seni bahasa yang digunakan sebagai teks
semasa P&P seni bahasa dijalankan,

menunjukkan guru menggunakan bahan

bantu mengajar multimedia sastera yang lain seperti perisian komputer dan
sebagainya. Selain itu, guru turut menggunakan bahan bantu mengajar bukan
elektronik seperti kad, gambar, carta dan buku bagi membantu kefahaman
murid. Di samping itu juga, para guru mengakui bahawa bahan bantu mengajar
seni bahasa bersifat kreatif

dan kebanyakan bahan bantu mengajar itu

dihasilkan sendiri oleh guru. Hal ini membuktikan bahawa bahan sastera

7|Page

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang dianjurkan kerana sifatnya
yang bersahaja, menyeronokkan dan boleh disampaikan dalam pelbagai teknik.
Oleh itu, dapatan kajian ini telah dapat memberikan jawapan bahawa
terdapat empat persoalan yang sering membelenggu P&P guru Bahasa Melayu.
Empat persoalan yang dapat membantu meningkatkan mutu P&P guru bahasa
dengan merujuk elemen seni bahasa ialah:
a. keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa;
b. keberkesanan teks sastera terhadap peningkatan tahap pembacaan
murid;
c. fungsi teks sastera terhadap pemahaman pembacaan murid;
d. perkaitan tahap pembacaan murid dengan pembelajaran mata pelajaran
bahasa.

3.5 Pandangan Guru terhadap Pelaksanaan Seni Bahasa dalam


Sistem KSSR
Secara keseluruhannya didapati 30 peratus guru mempunyai pandangan
yang positif terhadap pelaksanaan seni bahasa. Kajian mendapati bahawa para
guru dapat memberikan tumpuan, dan suasana pembelajaran menjadi lebih
menarik. Guru mendapati bahawa murid berupaya meningkatkan
kemahiran mendengar berpandukan Aras Kefahaman Taksonomi Bloom. Soalan
pemahaman daripada teks sastera menjadi lebih mudah dijawab dan hasilnya
menunjukkan pencapaian markah yang tinggi. Faktor kejayaan guru disebabkan
oleh penglibatan sepenuhnya guru sebagai pelaksana didik hibur tersebut.
Maka ciri guru yang dapat dirumuskan kesan daripada kajian seni bahasa ini
seterusnya dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran 3M.
Pengajaran guru
perlu diterima dengan baik oleh murid. Penerimaan murid terhadap
pembelajaran seni bahasa khususnya apabila dikaitkan dengan teks sastera
seperti pantun dan lagu puisi (lagu rakyat) membuktikan bahawa keyakinan diri
murid bertambah meningkat dari satu tahap ke tahap yang lebih baik.
Hasil kajian ini menunjukkan 60 peratus daripada murid-murid yang
berusia 7-8 tahun berupaya membina keyakinan diri dengan begitu baik. Hal ini
menyebabkan, kemahiran lisan murid di dalam bilik darjah dapat ditingkatkan.
Malah lebih penting daripada itu, dalam aspek bercerita, lakonan dan nyanyian,
penglibatan dan kesungguhan murid itu benar-benar menunjukkan peratusan

8|Page

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

yang besar dan hal ini bermakna guru telah berjaya dalam proses P&P mereka.
Kesimpulan yang boleh dirumuskan daripada pendekatan seni bahasa ini ialah
guru yang melaksanakan pendekatan ini wajar bersifat:
i.
ii.
iii.
iv.

Santai Mendengar lagu dan membaca seni kata lagu yang digemari.
Kelakar Mengubah suai seni kata lagu mengikut jalan tema sendiri.
Seronok dan gembira Banyak aktiviti nyanyian dan gerak badan.
Semangat mencuba Usaha murid untuk menghasilkan cerita ringkas

v.

daripada tema atau perkataan dalam seni kata lagu berkenaan.


Tidak takut dan kurang stres Guru turut menyanyi bersama-sama
murid.

4. Implikasi Dapatan Kajian Terhadap Pengajaran Bahasa Melayu


Berdasarkan dapatan kajian, didapati seni bahasa KSSR sesuai digunakan dan
dilaksanakan dalam P&P murid sebagai ganti kepada modul kurikulum KBSR. Semua
responden bersetuju tentang pelaksanaan seni bahasa yang diperkenalkan dalam KSSR dan
yakin bahawa modul terbaharu ini akan meningkatkan kecemerlangan murid dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kemahiran murid dalam aspek membaca, menulis,
keupayaan lisan serta menaakul juga didapati bertambah baik. Dari aspek guru pula, KSSR
membawa pembaharuan dalam teknik dan kaedah mengajar yang
mencabar guru dalam melaksanakan kurikulum standard ini serta dalam masa yang sama
memberi input yang positif kepada murid. Pandangan yang dikatakan mencabar merujuk
KSSR ini kadangkala menghambat guru supaya lebih kreatif, inovasi dan sentiasa maju ke
hadapan tanpa mencicirkan perkara yang sedia ada. Namun pada masa yang sama, guru tetap
tertekan dengan beberapa aspek kesan daripada pelaksanaan kurikulum KSSR ini.
Terdapat dua perkara yang ditekankan oleh guru tentang perkara yang menjadi
bebanan mereka apabila KSSR ini dilaksanakan, iaitu beban kerja pengkeranian dan beban
dari segi penyediaan bahan pengajaran. Kesan daripada bebanan ini, guru mendapati prestasi
tugas mereka agak terganggu dan mungkin membawa impak yang negatif kepada murid.
Sebagai rumusan, pelaksanaan elemen sastera dalam P&P seni bahasa KSSR ini membawa
9|Page

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

satu transformasi yang baik selari dengan arus perdana transformasi pendidikan negara. Oleh
itu, kerjasama semua pihak dalam penghayatan didik hibur yang sebenar perlu dihayati
supaya murid dan guru dapat menggembleng kerjasama yang sebaik-baiknya.
Pelaksanaan elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa dilihat
bersifat sebagai satu pendekatan didik hibur dalam kaitannya dengan pedagogi KSSR.
Saranan murni ini juga perlu dijadikan sebagai usaha untuk memperkaya strategi dan
pendekatan P&P guru. Dalam hal yang bersifat modal insan, penguasaan pelbagai kaedah,
pendekatan dan teknik dalam P&P bukan sahaja dapat memperlihatkan bakat terpendam
seseorang guru malah lebih penting daripada itu ialah bagaimana seseorang guru mampu
menjadikan dirinya seorang pelakon yang seimbang dalam konteks jasmani, emosi rohani
dan intelek. Manakala murid yang berperanan sebagai pelajar pula akan dapat melihat
seterusnya mewarisi ciri kreativiti yang dimiliki oleh guru. Di samping seronok menikmati isi
pelajaran, guru dan murid sebenarnya telah berganding bahu mencipta suasana yang harmoni
di dalam bilik darjah khususnya dalam waktu pengajaran dan pembelajaran yang pendek
tetapi amat berat tanggungjawab pengisiannya.
Pengajaran dan pembelajaran berunsurkan didik hibur mestilah memeiliki beberapa
ciri-ciri tertentu. Antaranya sesi pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah bersifat
menyeronokkan di mana terkandung unsur kelakar, kecindan, unsur estetik, permainan
muzik, lakonan dan lain-lain. Didik hibur dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan
ketakutan murid terhadap guru. Ini kerana suasana pengajaran dan pembelajaran yang santai
dan positif akan membuatkan murid tertunggu-tunggu untuk mengikuti sesi pembelajaran
pada hari yang akan datang. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berpusatkan murid
kerana melibatkan seramai murid dalam aktiviti berbahasa. Misalnya, aktiviti lakonan yang
dapat mendedahkan murid dalam kemahiran berdialog dengan baik. Selain itu, penggunaan
ICT dan BBM yang menarik ternyata berkesan untuk menarik minat dan fokus murid
terhadap isi pelajaran yang disampaikan.

10 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

BAHAGAIAN B

1. Perkembangan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu


Bahasa Melayu Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan
pendatang luar ke Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini
bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah
Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil beberapa kajian telah
menunjukkan wujudnya pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi
terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan sejarah,budaya
dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan barat ini.
Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan
Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara sedikit demi
sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula
menggusur dari istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam
masyarakat umum.Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula
11 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

memasyarakat dan merakyat. Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak
hasil penulisan seperti buku Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lainlain.Selain itu, zaman ini turut mencetak banyak kitab kitab agama di Asia Tenggara. Abdul
Rashid Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada
abad ke -19. Antaranya ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat, perkembangan
teknologi cetak ,serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan
bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.
Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang menyebabkan bahasa
Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada Bahasa
Melayu zaman peralihan dikatakan bermula pada pertengahan abad 19 membawa kepada
awal abad 20. Abad ke-19 adalah abad kebanjiran pendatang luar Asia Tenggara. Pada masa
ini pelbagai bangsa terutama dari barat datang untuk menguasai Asia Tenggara. Orang-orang
Belanda menguasai sebahagian besar kepulauan Melayu yang kemudian dikenali sebagai
Indonesia. Inggeris pula menguasai negeri-negeri Melayu terutama di Semenanjung Tanah
Melayu, Brunai, Sarawak dan Borneo Utara. Orang Perancis pula menguasai Indo-China,
orang Portugis di Timor Timur, manakala orang Sepanyol dan kemudiannya Amerika
menguasai Filipina.
Bangsa-bangsa Barat ini bukan sahaja menguasai perdagangan tetapi juga politik. Bagi
meneguhkan penguasaan mereka, pihak penjajah telah mengkaji bahasa dan budaya
peribumi, sehinga dengan itu timbul pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan
budaya peribumi, terutama Melayu di universiti-universiti di Barat, misalnya di Belanda dan
Inggeris. Pada masa yang sama penjajah barat memperkenalkan beberapa teknologi moden
seperti alat pencetak, kapal api dan lain-lain termasuk penerbitan akhbar, majalah dan jurnal
serta percetakan buku-buku dan kitab-kitab (Ahmat Adam. 1992 ).

12 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Bertitik-tolak dari sinilah perkataan-perkataan dari bahasa barat seperti Inggeris dan
Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu sediit demi sedikit. Akibat dari itu juga pusat
kegiatan penulisan Melayu mula mengusur dari istana-istana ke dalam masyarakat umum. Ini
menjadikan kegiatan penulisan mula bersifat kemasyarakatan dan kerakyatan.Pada zaman ini
juga terdapat banyak buku-buku Melayu tulin sempat dicetak. Misalnya buku Sejarah
Melayu, Taj al-Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain. Begitu juga dengan kitab-kitab agama
yang terkenal banyak dicetak pada zaman ini terutamanya di Asia Barat seperti di Istanbul
dan Mesir.
Suatu perkara yang terjadi pada zaman ini dan tidak wujud pada zaman bahasa Melayu
klasik ialah pencetakan dan penerbitan majalah dan akhbar Melayu. Contohnya Soerat Kabar
Bahasa Malaijoe yang diterbitkan di Surabaya, Jawa Timur pada tahun 1856. Akhbar Bintang
Timor di Padang Sumatera Barat (1865), Jawi Peranakan di Singapura (1876). Selain dari itu
terdapat juga akhbar Melayu Alamat Langkapuri di Colombo, Sri Lanka (1869). Malah di
Melaka sendiri pada tahun 1821 terbitnya majalah Melayu Bustan Arifin, begitu juga majalah
Bintang Oetara yang diterbitkan di Rotterdam, Belanda pada tahun 1856 M ( Ahmat Adam.
1992)
Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada abad ke-19 ini seperti satu pertembungan budaya
Melayu dengan Barat. Perkembangan teknologi cetak dan teknologi-teknologi lain serta
perkembangan perhubungan yang lebih mudah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada
pengaruh barat. Dengan itu sedikit demi sedikit bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur
Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa Melayu. Hal ini ditambah lagi
dengan penguasaan Inggeris serta penjajah lain terhadap penerbitan kebanyakan akhbar dan
majalah Melayu.
Namun begitu satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah penjajah turut membantu
perkembangan penggunaan bahasa Melayu secara tidak lansung di Asia Tenggara. Sebagai

13 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

contoh, pada tahun 1821 Sekolah Melayu telah ditubuhkan di Pulau Pinang dan kemudiannya
diikuti oleh Negeri-negeri Selat yang lain.
Hal yang sama turut berlaku di Indonesia. Kerajaan Belanda telah mengiktiraf bahasa Melayu
Riau sebagai bahasa Melayu tinggi dan menjadi alat perhubungan utama peribumi Indonesia.
Bahasa Melayu Riau menjadi bahasa utama di sekolah-sekolah bukan sahaja di Riau tetapi
juga di Sumatera Timur dan Pulau Jawa. Dengan keadaan sedemikian, abad ke-19 ini
meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di seluruh pelosok nusantara.
Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi
sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah
apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu tetap
menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang
berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah
Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris
mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.
Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui bahasa Melayu dan tulisan Jawi
adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian daripada
Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20, tertumpunya
kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan bahasa Melayu selanjutnya.
Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab Al-Hakim oleh Tajuddin
Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan Sabil Al-Hidayat oleh Sayyed Aluwi
Baaluwi (1899 M).
Hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia persuratan Melayu ialah
karya Raja Ali Haji, iaitu Bustan Al-Katibin (1857 M), Pengetahuan Bahasa (1859 M),
Salasilah Melayu dan Bugis (1865 M) dan Tuhfat Al-Nafis (1865 M). Pada masa itu juga
di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti Hikayat Negeri Johor dan Kitab

14 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Pemimpin Johor. Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan bahasa
Melayu sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara.
Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, bahasa Melayu menjadi
satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di
institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama.
Perhubungan antara rakyat juga menggunakan bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat
perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya
terdiri daripada orang Melayu.
Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku
Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di NegeriNegeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai
Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki
mempelajari bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sebelum
disahkan dalam jawatan.
Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa
Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt,
J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.
Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan bahasa Melayu mula
terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap bahasa Melayu membawa
tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan.
Orang-orang Inggeris menjadi tuan dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup
mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka.
Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan bahasa Melayu menerima tekanan,

15 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan barat tetapi
cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab. Kemerosotan bahasa Melayu tidak
berterusan. Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu
mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan,
sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu
memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk
menyuarakan hasrat ini. Perjuangan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan
politik membebaskan tanah air daripada penjajahan.
Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa Bahasa Kebangsaan negara ini adalah
bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan
dengan undang-undang Parlimen. Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi
bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh Kepulauan
Melayu.
Setelah meneliti era dua zaman perkembangan bahasa Melayu; zaman klasik dan zaman
peralihan, eloklah pula ditinjau sepintas lalu bahasa Melayu zaman moden bagi menjelaskan
pemahaman terhadap sejarah perkembangan bahasa Melayu. Tinjauan sepintas lalu ini akan
menjelaskan akan peri pentingnya zaman peralihan ( pertengahan abad ke-19 hingga awal
abad ke-20 ) kepada sejarah perkembangan bahasa Melayu.
Bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk baru iaitu bahasa
Melayu Moden apabila menjelangnya abad ke-20. Prosesnya berjalan mengikut urutan waktu
tetapi lancar. Ianya bermula dengan pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa urusan
pemerintahan di negeri-negeri Melayu. Keadaan menjadi semakin kukuh apabila munculnya
teknologi percetakan yang dibawa oleh penjajah ke Tanah Melayu. Penerbitan akhbar,
majalah dan buku-buku telah menyemarakkan lagi perkembangan bahasa Melayu.

16 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Pada pertengahan abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa terpenting di
Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara. Hal yang sama
berlaku di Indonesia yang dijajah oleh Belanda. Di Indonesia, pada tahun 1928 tercatatnya
peristiwa penting dalam kalendar sejarah bahasa Melayu apabila diadakan Sumpah Pemuda
yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa persatuan bagi negara dan bangsa Indonesia
( Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu : 1994).
Peristiwa ini membawa kepada terangkatnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara Indonesia yang kemudiannya dikenali dengan Bahasa Indonesia pada 1945. Hal yang
sama terjadi di Tanah Melayu pada tahun 1967. Manakala di Brunei Darulsalam bahasa
Melayu telah dijadikan bahasa rasmi pada tahun 1959 dan di Singapura pada tahun 1965
( Amat Jauhari Moain : 1994 ).
Bahasa Melayu Moden terus berkembang dan menjadi utuh apabila penerbitan
majalah, akhbar, buku, jurnal menjadikan bahasa Melayu sebagai wadah untuk
menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan. Tujuannya bukan sekadar meningkatkan
kecerdasan berfikir dan perluasan ilmu tetapi juga untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu. Anatara akhbar dan majalah yang memainkan peranan berkenaan ialah al-Imam
(1906), Panji Poestaka dan Poesdjangga Baroe (1933), Warta Malaya, Lembaga Melayu dan
lain-lain lagi diterbitkan di sekitar separuh awal abad kedua puluh.
Bagi

mengukuhkan

lagi

kedudukan

bahasa

Melayu

serta

memastikan

perkembangannya tidak terbantut maka berbagai usaha telah dijalankan. Antaranya


penubuhan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor ( Pa. Ba. Mim. Pa. Ba.)
yang kemudiannya diikuti dengan tertubuhnya Pejabat Karang Mengarang SITC, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Institusi-institusi Pengajian Tinggi, Jawatakuasa Tetap Bahasa Melayu,
serta tertubuhnya Kementerian Pelajaran.( Abdul Samad Ahmad : 1966).Melihat kepada
perkembangan istilah dan perbendaharaan kata, pada zaman bahasa Melayu Moden ini,

17 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

munculnya istilah-istilah baru sama ada pinjaman dari bahasa asing mahupun pinjaman dari
bahasa serumpun. Istilah-istilah asing yang tiada dalam bahasa Melayu telah diterjemahkan
ke dalam bahasa Melayu. Ini menjadikan bahasa Melayu kaya dengan istilah-istilahnya
walaupun ada di antaranya dipinjam dari istilah Inggeris, Belanda, Portugis, Arab, Sanskrit,
Jawa, Indonesia, Brunei dan sebagainya.
Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meningkat mendorong lahirnya kerjasama
kebahasaan antara Tanah Melayu dan Indonesia pada tahun 1959. Kerjasama ini dikukuhkan
lagi apabila pada tahun 1972 majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) ditubuhkan. Pada
tahun 1985 kedudukannya semakin meningkat apabila MBIM menjadi MABBIM atau Majlis
Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia ditubuhkan.
Peningkatan mutu bahasa Melayu semakin jelas terserlah apabila bahasa ini digunakan
dalam pelbagai laras dan wacana dalam pengajaran pelbagai ilmu dari peringkat rendah
hingga ke peringkat pengajian tinggi.
2. Pengaruh kedatangan Barat Terhadap Perkembangan Kesusasteraan Melayu
Era kedatangan Barat ke tanah Melayu bermula dengan bertapaknya kuasa
Portugis di Melaka dengan kejatuhan kesultanan Melaka pada tahun 1511. Penjajahan Barat
pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 di wilayah kebudayaan Melayu di Asia Tenggara telah
mencetuskan pelbagai jenis penentangan oleh bangsa Melayu terhadap penjajahan. Namun
begitu, keruntuhan kerajaan Melayu Melaka tidak meruntuhkan bahasa Melayu. Banyak
pengkaji terus menjalankan penyelidikan tentang bahasa Melayu. Antaranya ialah Pigafetta,
seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun
kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Dokumen ini
merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu
dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua.
Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh dari tempat asal bahasa Melayu menggambarkan
betapa luasnya bahasa Melayu tersebar.
18 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Seorang lagi pengkaji ialah Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda
pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai
kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa bahasa Melayu
dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur. Penulisan
tentang bahasa Melayu yang penting pada zaman ini ialah daftar kata Pigafetta yang
merakamkan perbualan Magellan dengan lelaki Melayu beragama Kristian bernama
Hendrick. Pigafetta mempelajari bahasa yang dituturkan dan menyalin beberapa perkataan
dalam bahasa Itali dan dipadankan dengan perkataan Melayu. Oleh sebab beliau bukan ahli
bahasa, maka pertuturan yang disalin adalah berdasarkan ejaan Itali. Beliau telah berjaya
mengumpulkan 426 perkataan dan rangkai kata bahasa Melayu.
Senarai ini kemudiannya disusun semula oleh Alessandrio Bausani dan dijadikan
buku

Perbendaharaan kata Itali-Melayu yang pertama. Sarjana Barat yang berusaha

mengembangkan bahasa Melayu ialah Casper Wittens yang menyusun kamus bahasa
Melayu-Belanda dan diperbaiki oleh Sebastian Danckaerts dan diterbitkan oleh Gravenhaghe
pada tahun 1623 Masihi

dan di Batavia pada tahun 1707 Masihi. Kamus ini telah

diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh David Haex dan diterbitkan di Rom pada tahun
1631 Masihi.

Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah

bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah kepulauan Melayu,


menggambarkan kepentingan bahasa Melayu seperti berikut, Bahasa

telah

mereka, bahasa

Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh
kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di
mana-mana sahaja oleh setiap orang.
Selain daripada itu, penggunaan bahasa Melayu meluas dalam warkah-warkah rasmi
sebagai utusan daripada raja Melayu. Antaranya ialah surat Sultan Aceh kepada Kapitan
Inggeris, James Lancester (1601), surat Sultan Alauddin Shah dari Aceh kepada Harry

19 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Middleton (1602) dan surat sultan Aceh kepada raja Inggeris, King James (1612). Ketiga-tiga
surat ini tersimpan di Perpustakaan Bodelein, London. Thomas Bowrey menyusun kamus
Inggeris-Melayu pada tahun 1701 Masihi dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu.
Kamus ini mencatat semua perkataan yang diingatinya (daripada bahasa lisan) sehingga
berlaku banyak kesalahan ejaan.
George Werndley seorang sarjana Bahasa Melayu menulis Nahu Melayu yang
diterbitkan di Amsterdam pada tahun 1736 Masihi, M. John Howison menyusun kamus
Inggeris-Melayu pada tahun 1801 dan P. Farve menyusun kamus Perancis-Melayu pada tahun
1871 Masihi.
Zaman kedatangan Portugis merupakan detik permulaan pengaruh bangsa Eropah
kepada bahasa dan kebudayaan Melayu. Selain daripada kuasa Portugis, pengaruh bahasa
Belanda juga kelihatan dalam bahasa Melayu khususnya perkembangan di Indonesia. Bagi
Tanah Melayu pula, pengaruh Barat yang paling banyak mempengaruhi bahasa Melayu ialah
kedatangan kuasa Inggerispada awal abad ke-19. Pengaruh ini masih lagi kelihatan
khususnya dalam perkembangan ilmu Bahasa Melayu dan perkembangan peristilahan dalam
pelbagai bidang.
Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku
Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di NegeriNegeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai
Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki
mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum
disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat
yang tinggi terhadap bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu.
Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden,
W.G. Shellabear dan J. Crawford. William Marsden telah menulis A Grammar of Malayan

20 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Language pada tahun 1812 masihi. Beliau telah mengutarakan beberapa hal penting dalam
perkembangan bahasa Melayu, iaitu bahasa Melayu itu indah, susunan ayatnya teratur, dan
nahunya sederhana. Penyebutannya juga mudah dan mudah diselaraskan dengan kata
pinjaman. Bahasa Melayu dikatakan bukan berasal daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa
Sanskritlah yang memperkayakan bahasa Melayu. Tajuk-tajuk kecil dalam buku ini ialah
abjad Jawi, konsonan dan vokal, tanda bacaan tulisan Jawi, golongan kata, bahagian ayat,
nama sifat, perbandingan, bilangan, ganti nama, penunjuk, sendi, keterangan, penghubung,
seruan, pengimbuhan, binaan ayat, dialek, prosodi dan praksis. Marsden mengatakan bahawa
orang Melayu telah mengambil 28 huruf Arab, dan mencipta beberapa huruf lagi dengan
menambah titik tertentu pada bentuk yang sudah sedia ada.
Apabila melangkah masuk abad ke-20, banyak perubahan berlaku. Negeri-negeri
Melayu yang dahulunya masih bebas terpaksa tunduk di bawah kolonial Barat antaranya
negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor mula ditakluki oleh penjajah Inggeris,
manakala kerajaan Melayu Riau dihancurkan oleh Belanda. Pengaruh budaya dan tamadun
Barat semakin kukuh. Dengan kekukuhan ini, dominasi penjajahan, budaya dan tamadun
Barat berkembang di alam Melayu. Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa peribumi yang lain
jatuh menjadi bahasa vernakular. Pendidikan Barat dikembangkan dengan mendirikan
sekolah-sekolah berbahasa penjajah dan sekolah-sekolah Kristian di merata-rata tempat di
seluruh Nusantara; pegawai-pegawai penjajah disebarkan ke seluruh tanah jajahan bagi
mengukuhkan kekuasaan penjajahan mereka. Bangsa Melayu menjadi anak jajahan sahaja.
Menurut rencana yang dipetik dari web www.ib.edu.my/bmne /bahasa/ perkembangan
bahasamelayu menyatakan bahawa pada awal abad ke-20, penjajah Belanda mengamalkan
Dasar Etika (Ethical Policy). Tulisan Rumi dipakai untuk bahasa Melayu dan dibakukan
ejaannya. Setelah kerajaan Penjajah Belanda mengadakan sebuah Suruhanjaya iaitu
Cominissie voor de Inlandsche School en Volkslectuur (1908) diketuai Dr. G.A.J. Hazeu.

21 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Pada tahun 1917 Cominissie itu diubah menjadi Balai Poestaka yang dipimpin oleh Dr. D.A.
Ringkes. Balai Poestaka menerbitkan majalah bulanan Sri Poestaka (1918) dan Mingguan
Pandji Poestaka (1923). Selain itu ia menerbitkan novel-novel seperti Azab dan Sengsara oleh
Mirari Siregar (1920), Sitti Nurbaja oleh Luarah Roesli (1922), dan Salah Asoehan oleh
Abdoel Moeis (1928).
Sejarah bahasa Melayu abad ke-20 di Malaysia mengalami beberapa tahap seperti
Bahasa Melayu awal abad ke-20 dengan wujudnya Maktab Perguruan Melayu (1900, 1913,
1919) dan majalah al-Imam (1906), kemudian muncul zaman SITC - Pejabat Karang
Mengarang yang berpusat di Tanjong Malim (1922-1941), Bahasa Melayu Zaman Jepun
(1942-1945), Bahasa Melayu Pasca-Perang(1945-1949). Bahasa Melayu Pramerdeka (19501957), Bahasa Melayu Pascamerdeka (1957-1969), Bahasa Melayu Pasca 1969, dan Bahasa
Melayu Pasca 1980.
Dalam abad ke-20 Bahasa Melayu banyak berubah kerana pengaruh kolonial Barat
dan juga pengaruh dan Asia Barat serta Jepun. Jumlah sekolah Melayu semakin bertambah
banyak - berlipat-lipat kali ganda, maktab-maktab perguruan Melayu dibuka, majalah dan
akhbar pelbagai jenis diterbitkan, buku-buku bacaan sekolah, buku-buku umum dan kitabkitab agama dicetak sama ada di Malaya atau Indonesia. Bahkan ada yang dicetak di
Bombay, Cairo, Mekah -Madinah dan Istanbul. Persatuan-persatuan penulis, persatuan-persatuan kebajikan, kebudayaan, bahasa dan kesusasteraan serta politik tumbuh dengan
subur walaupun ditekan dan dicengkam oleh penjajah yang memerintah dengan cara kuku
besi. Bahasa Melayu tetap terus berkembang. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat
apabila negara-negara di Dunia Melayu mencapai kemerdekaannya - Indonesia (1945),
Malaysia (1957), Singapura (1963) dan Brunei (1984).
Di Malaysia, apabila menjelang kemerdekaan terdirilah kelas-kelas menengah Melayu
yang menjadi menengah Melayu, begitulah juga dengan terdirinya institusi-institusi yang lain

22 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Maktab Perguruan Bahasa yang kemudiannya Universiti
Kebangsaan Malaysia yang telah menjadi puncak dasar pendidikan kebangsaan. Bagi
mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu beberapa penyata, akta, dan penggubalan
Perlembagaan Negara telah diluluskan seperti Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib
(1960), Ordinan Pelajaran (1957), Perlembagaan-perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
(1957) dan Perlembagaan Malaysia (1963), Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959 dan
1995), Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa 1963, Akta Bahasa 1967, Akta Universiti dan
Kolej Universiti (1971), Akta Universiti dan Kolej Universiti - Pindaan (1975), dan pelbagai
akta yang lain termasuk Akta Pendidikan 1996.
Dalam abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang moden kerana unsurunsur moden sudah meresap ke dalam bahasa Melayu, banyak buku yang ditulis dan
diterbitkan, banyak majalah dan akhbar yang dicetak dan diedarkan dalam pelbagai bidang
dan jurusan bagi memenuhi keperluan orang Melayu dalam zaman moden ini. Perkembangan
bahasa Melayu semakin pesat selepas negara ini mencapai kemerdekaannya, terutama dalam
bidang sains dan teknologi.
Buku-buku ilmiah banyak diterbitkan antaranya teks-teks pengajian tinggi, istilahistilah banyak yang telah digubal, bahkan pada tahun 2000 ini sudah mencapai ke angka
1,000,000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Selain itu bahasa Melayu juga menjadi bahasa
pentadbiran di semua peringkat perkhidmatan awam, dalam mahkamah, dan di semua
peringkat pendidikan.

23 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

BAHAGIAN C
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 3 KSSR
Mata Pelajaran

: Bahasa Malaysia

Tahun

: 3 Cempaka

Bil Murid

: 35 orang

Tema

: Kebersihan

Tajuk

: Kebersihan Diri

Tarikh /Hari

: 14 Januari 2015

Masa

: 8.10 9.10 pagi

Standard Pembelajaran :
4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan

intonasi yang betul secara didik hibur

2.3.1 Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul

Objektif:

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i.

Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul

ii.

Membaca baris-baris pantun dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

iii.

Memadankan pantun dengan maksud dan gambar yang diberikan.

24 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Sistem Bahasa
Tatabahasa : kata nama am
Kosa kata :
Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum

Ilmu
: Sains
KBT : Kecerdasan Pelbagai- Verbal linguistik
Nilai Murni : Mengamalkan gaya hidup sihat

Nilai Murni

Menjaga Kebersihan
Kerjasama
Hormat-menghormati

Strategi

Kemahiran berfikir : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman


Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, Intrapersonal dan naturalis

Kemahiran belajar cara belajar : Mengumpul maklumat

Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan keersihan diri

TMK : Belajar TMK


Bahan bantu mengajar

Komputer Riba
LCD Projektor
Slaid MS Powerpoint
Lembaran Kerja

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui tentang cara-cara menjaga kebersihan diri

25 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Langkah/
Masa
Set
Induksi
(7 minit)

Isi pelajaran

Langkah dan Aktiviti

Video klip Lagu


Gosok Gigi

Langkah 1
( 15 minit)

Langkah 2
(15 minit)

Guru memperdengarkan lagu


Gosok Gigi kepada muridmurid.
Murid-murid mendengar dan
menyanyi bersama-sama lagu
tersebut.
Guru mengemukakan soalan
berkaitan dengan lagu
tersebut dan mengaitakn
dengan tajuk pelajaran hari
tersebut.
Murid menjawab soalan yang
dikemukakan berdasarkan
klip video yang ditonton tadi.

Pantun Dua Kerat


Ikan keli di atas rakit,
Gosok gigi supaya
tak sakit.

Beli sotong masak


kari,
Kuku dipotong
kuman lari.

Maksud setiap
rangkap pantun

26 | P a g e

Kita
hendaklah
menggosok
gigi untuk
mengelakkan
gigi rosak.
Kuku yang
panjang

Guru mengemukakan
petikan kepada muridmurid.
Murid-murid dibimbing
untuk membaca pantun 2
kerat dalam petikan yang
diberikan.
Murid-murid membaca
pantun dengan sebutan
dan intonasi yang betul
secara kelas, individu dan
kumpulan.

Catatan
BBM
Laptop
LCD
KB

Menghubung
kait

BCB
Memproses
maklumat
Pembelajaran
Kontekstual
Menghubungkait
kan dengan
pengalaman
dalam kehidupan
BBB
Petikan pantun 2
kerat
KP
Intrapersonal
Verbal linguistik
Nilai Murni
Kebersihan
fizikal dan mental

BBB
Murid-murid dikehendaki berada
di dalam kumpulan masingmasing.
Murid-murid dikehendaki
meneliti semula setiap rangkap
pantun.
Murid murid berbincang di
dalam kumpulan masing-masing
tentang maksud setiap rangkap
pantun tersebut dengan
menggunakan ayat sendiri.

LCD
Laptop
Slaid MS
PowerPoint

KB
Menjana minda
Teknik
Pemerhatian

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Langkah 3
(15 minit)

Langkah 4
( 8 minit )

hendaklah

dipotong
supaya kita
tidak

dijangkiti
kuman
Kitah
haruslah
menggunakan
sabun semasa
mandi supaya
badan bersih
dan sihat.
Rambut
hendaklah
dibersihkan
menggunakan
syampu untuk
menggelak
dari dijangkiti
kutu.

Memadankan
gambar
dengan
maksud
pantun.

Lembaran Kerja

Ketua kumpulan membentangkan


hasil perbincangan di hadapan
kelas.
Guru mengemukakan jawapan
yang tepat di dalam slaid yang
ditunjukkan.

Nilai Murni
Bekerjasama

Guru mengedarkan murid


beberapa gambar kepada
setiap kumpulan

BBM
gambar

Murid meneliti gambar dan


memadankan ambar tersebut
dengan pantun yag sesuai.

KB
Menjana minda
KP
Intrapersonal
Verbal linguistik

Murid juga menyatakan


pendapat mereka kesan jika
tidak menjaga kebersihan.

Nilai Murni
Bekerjasama

Murid-murid mengemukakan
jawapan yang diperolehi
kepada guru.

Guru mengedarkan lembaran


kerja kepada semua murid
Murid menyaipkan latihan
yang diberikan berdasarkan
kandungan pelajaran

27 | P a g e

KP
Intrapersonal
Verbal linguistik

BBM
Lembaran
Kerja

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Penutup
( 5 minit )

Kognitif

Rumusan
isi
pelajaran
- Membaca
dengan
intonasi dan
sebutan yang
betul.

BBB
Murid diminta menyanyi lagu LCD
Gosok Gigi mengikut lirik
Skrin
yang terdapat pada klip video Lirik lagu
tersebut.
KB
Merumus
Guru memberi penekanan
Nilai
terhadap kepentingan untuk
Kebersihan
menjaga kebersihan diri
Kesyukuran
PAS
bertanggungjawa
b
KP:
Verbal linguistik
Intrapersonal

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran :

Murid-murid dapat membaca pantun 2 kerat dengan nada dan intonasi yang betul.

Murid-murid dapat menyatakan maksud pantun yang diberikan dengan menggunakan


ayat sendiri.

Memadankan gambar yang bersesuaian dengan gambar yang ditunjukkan.

Refleksi :
Murid-murid terlibat akrif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid
berminat mempelajari pantun dan mengikuti aktiviti pembelajaran yang disediakan.
Mereka juga berupaya menyampaikan maksud pantun dengan menggunakan ayat
mereka sendiri dengan bimbingan guru. Selain itu, murid-murid juga berjaya
mengenalpasti gambar yang berkaitan atau yang menerangkan tentang maksud pantun
tersebut.

28 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Lampiran : Lembaran Kerja

Tuliskan pantun yang sesuai dengan gambar yang diberi.

29 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Bibliografi
Abdullah Hassan ( 2005) Linguistik Am:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006 ) Sejarah Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.bhd.
Abdullah Hassan ( 1987) . 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2000) Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar (1993). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada
Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Awang Sariyan ( 2002) Ceritera tentang Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di
Malaysi., Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Kamal Shukri Abdullah Sani ( 2007 ) Bahasa Melayu: Apa Sudah Jadi?. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Hasnah Binti Mohamad et. al. ( 2012 ). Perbandingan Istilah Pinjaman Bahasa
Melayu dan Bahasa Korea. Jurnal Bahasa, Jilid 12 Bil 1,104 114.
Mohamad Azlam Mis. ( 2012 ). Bahasa Rojak Dalam Kalangan Penduduk di
Sarawak. Jurnal Bahasa, Jilid 12 , 220 - 228
Nik Safiah Karim. ( 2003) Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita. Selangor Darul Ehsan:
K Publishing Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa dan Abdul Hamid Mahmood.
( 2004) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

30 | P a g e