Anda di halaman 1dari 4

Langkah pertama dalam penetapan matlamat ialah memupuk kemahuan yang

berkobar-kobar. Semakin besar kemahuan anda , semakin anda hendak mencapai


sesuatu perkara, semakin tinggi kebrangkalian anda mencapai matlamat tersebut.
Kemahuan yang berkobar-kobar menyemarakkan kekuatan untuk anda terus mara ke
depan, mengatasi sebarang bentuk masalah, resahan , kegagalan dan penghalang.
Kemahuan ini hendaklah berbentuk peribadi. Setiap kali kita terfikir tentang menetap
matlamat hidup , tidak kira apa matlamat sekalipun; ia perlulah milik anda. Ia boleh
memotivasikan diri anda dan bukan menjadi ikutan hajat orang lain. Anda perlulah jujur
dengan diri sendiri. Tanya diri anda , apakah yang anda hajatkan. Tetapkan matlamat
hidup diri anda sendiri.

Kedua , membina keyakinan diri. Setiap kejadian dunia uar adalah suatu bayangan
dunia dalaman anda, dan dunia dalaman anda adalah terbina oleh hal-hal yang anda
yakin. Satu lagi ialah kepercayaan, ini bermaksud hal yang paling anda yakin dalam
jiwa raga anda. Ia juga disebut cekal, anda perlu memastikan diri anda boleh mencapai
matlamat hidup anda. Anda perlu percaya secara menyeluruh tentang keupayaan anda
untuk memerolehinya. Adalah baik jika anda boleh menetapkan satu matlamat hidup
yang kecil , capainya dan terus mengejar matlamat hidup ke tahap yang lebih besar.
Dengan ini , anda akan percaya untuk mencapai matlamat hidup yang telah anda
tetapkan. Langkah ketiga, tuliskan matlamat hidup anda. Gunkan pen dan kertas
kosong. Hanya jika anda tuliskan matlamat hidup anda , anda dapat corakkan
rancangan secara teliti dan terperinci. Bila matlamat hidup ini menjadi jelas, ia akan
menjadi suatu gambaran yang menyeluruh di depan anda. Minda Separa Sedar anda
akan mula terjaga dan berkata, wow, nampaknya ini suatu yang benar. Anda tidak
akan lari dari janji untuk mengejar matlamat hidup tersebut. Kerana anda hendak
mengejar kejayaan, maka tiada ruang untuk pilihan anda. Anda hendaklah menuliskan
matlamat hidup anda dan gambarkan secara menyeluruh di depan anda Janji seratus
peratus untuk dapat mencapai matlamat tersebut.
Langkah keempat, tanya diri anda satu soalan, Mengapa anda hendak
melakukannya? Soalan ini membawa dua tujuan, yang pertama , ia memastikan
matlamat hidup ini sebagai matlamat hidup anda. kedua , soalan ini akan menguatkan
azam anda untuk mengecapi matlamat hidup anda. Semakin banyak sebab di sebalik

tindakan anda , azam untuk mencapai matlamat hidup menjadi semakin kuat,
keupayaan anda juga akan meningkat. Langkah ke lima, fahami dan analisis
kedudukan anda sekarang. Bila anda tahu cara memulakan tindakan anda, maka
langkah seterusnya menjadi lebih mudah. Untuk mengetahui kedudukan anda
sekarang, kaji kekuatan dan kelemahan diri dan seterusnya senaraikan bidang yang
perlu anda pelajari. Satu dari kelemahan orang dalam membina matlamat hidup ialah
terlalu gopoh mengatur strategi tindakan tanpa menilai terlebih dahulu landasan yang
mereka miliki.
Langkah keenam ialah mendirikan tarikh pencapaian yang dihasratkan. Matlamat hidup
yang tidak mempunyai tarikh akhir tidak dikenali sebagai suatu matlamat. Selain itu,
anda perlu mendirikan tarikh pencapaian mini. Ini bermaksud jika anda membentuk
matlamat tahunan, anda juga perlu mendirikan dua belas matlamat bulanan, dua
matlamat setengah tahun dan empat matlamat suku tahun. Anda juga perlu mendirikan
sistem penghargaan diri untuk menguatkan kemahuan dan mencetuskan kesungguhan
yang berkobar-kobar.
Langkah ketujuh ialah mengenalpasti semua penghalang yang membantutkan
perkembangan anda. Makna kejayaan juga berlandaskan penghalang. Tidak ada
kejayaan yang tidak terbina oleh penghalang. Dalam masa anda berjuang menuju
matlamat anda, setiap penghalang yang anda temui adalah untuk membantu diri anda
mencapai matlamat anda. Maka, amatlah penting untuk mengenal dan menyenaraikan
semua penghalang dan kemudian aturkannya mengikut keutamaan. Penghalang yang
terpenting hendaklah diselesaikan dahulu dengan bersungguh-sungguh. Ini kerana
penghalang yang terbesar merupakan batu besar yang bakal menghalang perjalanan
anda.
Langkah kelapan ialah mengenalpasti ilmu dan kepakaran yang perlu anda miliki. Kita
hidup dalam dunia yang berlandaskan ilmu pengetahuna. Tidak kita apa matlamat
hidup yang anda hajatkan, anda pasti memerlukan banyak ilmu pengetahuan untuk
mendokong perlaksanaannya. Anda perlu terus memajukan diri dengan membaca
buku, mengikut seminar dan menerap lebih ilmu pengetahun untuk mencapai matlamat
anda. Terlebih dahulu, anda perlu tahu bidang ilmu yang anda hendakkan.
Seterusnya, aturkan bidang ilmu yang perlu dicari mengikut keutamaan. Tambahan
lagi, anda perlu mengunakan teknik bertanya untuk mencapai kejayaan anda. Sentiasa
bertanya pada orang lain merupakan pendekatan penting dalam kejayaan anda.

Langkah kesembilan , tanya diri anda siapakah pelanggan anda. Anda dan saya
mempunyai pelanggan yang tersendiri. Kita semua hidup dalam dunia mengejar
kepuasan pelanggan. Setiap orang yang boleh membantu anda mencapai matlamat
hidup anda adalah pelanggan anda. Rukun balasan dan Rukun Menyemai menyatakan
hasil menuai sentiasa lebih tinggi dari apa yang anda semaikan. Jika anda berusaha
dengan gigih untuk menyemai, hasil anda pasti akan lebih lumayan dari apa yang anda
semai. Selain itu, Rukun balasan juga menyatakan , tidak kira siapa pelanggan anda ,
hasil yang anda kecapi adalah sejajar dengan tahap perkhidmatan yang anda berikan.
Jika anda hendak meningkatkan pulangan , anda juga perlu meningkatkan nilai
perkhidmatan anda. Rukun balasan juga menjelaskan , selagi anda berusaha
meningkatkan kualiti perkhidmatan anda, ganjaran anda tetap meningkat. Seterusnya,
rukun gandaan meminta anda sentiasa melakukan lebih dari apa yang diperlukan,
sentiasa berjalan lebih dari yang diminta.
Langkah ke sepuluh , tetapkan satu rancangan susulan dan sentiasa memperbaharui
rancangan ini. Setiap individu yang berjaya adalah individu yang merancang.
Merancang adalah bermaksud anda mendirikan jadual tindakan yang meliputi semua
aspek matlamat hidup anda. Kemudian , susunkan setiap tindakan yang dirancang
mengikut keutamaan. Manakah yang perlu anda lakukan dahulu, manakah yang
terpenting dan manakah yang kedua penting. Masa anda melaksanakan rancangan
anda, anda juga perlu memperbaharui rancangan tersebut mengikut keperluan semasa.
Langkah ke sebelas ialah menjadikan matlamat hidup sebagai suatu gambaran minda.
Teknik gambaran ini jauh lebih penting dari semua langkah sebelum ini. Teknik ini
meminta anda menjadikan matlamat hidup sebagai suatu turutan bersiri dalam minda
dan bayangkan akibat yang bakal dikecapi. Lihat diri anda pada tahap anda telah
berjaya. Terus bayangkan siri gambaran ini dalam layar minda anda. Terus lakukan
bayangan ini sehingga minda anda menerima kenyataan tersebut. Terus lakukan
dengan bersungguh-sungguh bagi mendirikan imej minda yang nyata. Anda juga perlu
ulangi proses yang sama pada setiap ketika untuk mengingatkan anda telah mencapai
matlamat tersebut. Imej ini pasti akan melekat dengan kuat dalam Minda Separa Sedar.
Langkah ke dua belas, gunakan kecekalan yang kukuh menyusuri matlamat anda
sehingga berjaya. Kejayaan anda berlandaskan keupayaan anda meneruskan
perjuangan anda lebih lama dari orang lain. Bila setiap perkara di sekitar anda telah
kecundang, satu pilihan yang perlu anda tegakkan ialah meneruskan usaha dan tidak

mengalah, ini bermaksud kecekalan membuahkan hasil yang dihasrtkan. President


Britain, Winston Churchil diminta menyampaikan suatu ceramah yang pendek dalam
suatu persidangan universti. Beliau diminta menjelaskan sebab dan cara beliau
berjaya. Dalam ucapannya, beliau hanya menggunakan enam perkataan untuk
menggambarkan sebab kejayaan dirinya, iaitu, jangan, jangan sekali anda melepaskan
tangan
Akhirnya, sikap kecekalan merupakan syarat yang patut dimiliki oleh sesiapa yang
mahu berjaya. Ini kerana kecekalan merupakan garis pengukur keyakinan diri sendiri.
Setiap kali anda meneruskan perjuangan dalam masa berhadapan dengan cabaran dan
masalah, keyakinan untuk berjaya akan meningkat. Ini perlu diteruskan sehingga anda
tidak lagi mempunyai sebanrang penghalang dan mencapai matlamat yang anda
hajatkan.

Anda mungkin juga menyukai