Anda di halaman 1dari 22

BAHAGIAN A: ESEI BERTAJUK ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang agama dan berbeza budaya. Pendidikan
mempunyai peranan yang sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum dan
pembangunan negara. Banyak isu semasa pendidikan yang dihadapi oleh guru. Mengikut
Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang
dibincangkan. Semasa pula merujuk pada ketika yang sama (Kamus Dewan, 2007).
Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru khasnya dalam melaksanakan
tanggungjawab demi mencapai misi KPM.
Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan
politik adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Masalah yang timbul
dari cabaran tersebut adalah seperti melibatkan usaha untuk pembangunan rohani, akhlak,
sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Sistem pendidikan negara juga tidak terlepas
daripada cabaran semasa yang memerlukan tindakan holistik agar masyarakat memperoleh
mutu pendidikan yang setara dengan masyarakat di luar negara. Dalam merealisasikan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, pelbagai isu perlu ditangani.
Isu integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan UNESCO,
globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi
maklumat (TMK) serta gejala sosial adalah antara isu-isu yang perlu ditangani oleh para
pendidik.
Isu gejala sosial dipilih dan dihuraikan dengan lebih terperinci dalam esei ini. Gejala
bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh
yang terdapat dalam kamus dan istilah, pengertian yang kerap diberikan adalah gejala
(petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk
maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal
(istilah perubatan). Sosial pula ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan
masyarakat dan kemasyarakatan.
Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing. Gejala sosial dapat diklasifikasikan
sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu. Jenayah ini bukan sahaja
dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut terlibat dalam
masalah. Namun, oleh kerana murid-murid merupakan bakal pewaris negara, maka
kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap
lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang
1

kenakalan murid yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka
ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan murid benar-benar
membimbangkan kita. Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan
negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada
kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun
negara.
Boleh dikatakan setiap hari akhbar memaparkan kes mengenai gejala sosial yang
tidak pernah ketinggalan mendapat perhatian umum. Pengkelasan masalah sosial boleh
dikelaskan kepada tiga jenis iaitu;
I.
II.

Jenis kesalahan jenayah seperti mencuri basikal, melawan guru,


bertumbuk sesama pelajar, berjudi dan mencuri kertas soalan ujian.
Jenis kesalahan gengsterisme seperti menjadi ahli kumpulan geng,
mengutip duit pau daripada pelajar lain, mencari gaduh dengan kumpulan
lain, memaksa kumpulan lain untuk menjadi ahli kumpulan dalam geng dan

III.

berkelakuan seperti samseng.


Jenis kesalahan kurang sopan dan biadab seperti menghisap serta
menyimpan rokok, mengganggu pelajar perempuan, melawan pengawas,
bising dalam bilik darjah, minum serta menyimpan minuman keras,
berbohong, berambut panjang, mengeluarkan kata-kata lucah, menonton
dan menyimpan filem lucah dan lain-lain.

Menurut pakar perkembangan kanak-kanak Bronfenbrenner, menjelaskan dalam


teori perkembangan kanak-kanak bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh
persekitaran. Dalam teori ekologi yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner, persekitaran
rumah merupakan persekitaran yang paling dekat dengan anak di mana ia mengandungi
nilai-nilai, pengawalan dan tradisi yang memainkan peranan penting sebagai agen
pembangunan dalam pembangunan kanak-kanak (Zahyah Hanafi, 2008).
Mumtaj Hassan dari Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang , UUM dalam
artikel bertajuk Kanak-Kanak dan Jenayah: Pendekatan Akta Kanak-Kanak 2001
menyatakan bahawa sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi seseorang kanakkanak itu untuk melakukan kesalahan yang bersifat jenayah. Antaranya termasuklah faktor
kurangnya pendidikan agama, longgarnya institusi kekeluargaan, pengaruh negatif rakan
sebaya, kesan persekitaran yang tidak sihat, naluri ingin mencuba, pengaruh media massa
dan sebagainya. Dalam pada itu, Mohd Reduan Aslie (2009) menjelaskan dalam ilmu
kriminologi kecenderungan seseorang melakukan kesalahan bermula daripada zaman
kanak-kanak. Apa yang dapat dikesan di sini ialah, gejala sosial yang berlaku berleluasa
2

pada masa kini dilihat tiada penghujungnya. Menurut kajian yang dijalankan oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan, kadar jenayah dalam kalangan
pelajar meningkat secara drastik malah budaya gengsterisme berada di tahap yang
membimbangkan (Abdullah Sani Yahaya, 2005).
Era modenisasi dan globalisasi memberikan impak yang besar kepada golongan
murid di sekolah sama ada di bandar atau luar bandar. Pengaruh media massa yang
mengambil peranan guru dan ibu bapa dengan memaparkan budaya yang berbeza dengan
masyarakat tempatan telah menyebabkan murid membentuk sistem nilai yang tersendiri.
Manakala nilai-nilai tradisi berasaskan budaya semakin terhakis kerana desakan luar
kawalan media massa yang turut mempengaruhi sosio budaya murid. Oleh itu, murid
merupakan golongan yang sering terdedah dengan pelbagai masalah sosial. Antara gejala
sosial di sekolah yang sering kita dengar ialah gengsterisme, buli, vandalisme, merokok,
berjudi, melepak dan ponteng sekolah. Masalah ini mencabar kewibawaan dan kredibiliti
guru dalam menangani sikap dan tingkah laku murid yang negatif ini.
Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2001), masalah keruntuhan moral di kalangan
generasi muda dewasa ini amat membimbangkan dan mencabar peranan sistem pendidikan
dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan moral kepada masyarakat. Tambah beliau
lagi tanpa mempunyai wawasan moral yang kuat, sekolah dan sistem pendidikan di negara
ini tidak mungkin dapat melaksanakan wawasan dan misi perjuangan ke arah membentuk
golongan muda yang berhemah dan bermoral.

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa,

dalam cabaran globalisasi kini, guru berperanan penting dalam membentuk dan
mengukuhkan jati diri anak murid di sekolah.
Richard Layard (2009), menyatakan bahawa pada masa kini bagi perkembangan
anak-anak, mereka memerlukan keluarga bahagia, gaya hidup positif, nilai-nilai baik,
persekitaran sekolah yang baik, kesihatan mental yang baik dan wang yang mencukupi
untuk hidup dalam kalangan rakan-rakan mereka tanpa rasa malu. Walaubagaimanapun,
untuk memberikan ke semua di atas adalah suatu cabaran masyarakat terhadap anak-anak
kini. Gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja menjadi persoalan kepada
masyarakat. Banyak pihak yang menuding jari kepada sistem pendidikan negara
disebabkan masalah ini. Akibatnya, terdapat pihak yang merasakan sistem pendidikan
negara mempunyai kelemahan dalam melahirkan generasi yang berkualiti.
Punca-punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan
modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada
3

arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi
ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (cityculture)
menuruti landasan barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi
maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan
agenda globalisasi. Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap
perkara baru dan trendy, yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh
terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan murid sekolah.
Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tattoo bahkan sampai
kepada hal-hal yang sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas
yang boleh menjurus kepada masalah-masalah gejala sosial yang lebih serius.
Dalam dunia serba moden ini, masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan;
oleh sebab itu, mereka menjadi semakin individualistik dan materialistik. Perbandingan
dengan masyarakat tradisional, masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif
dan tidak lagi menganggap saudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan. Bukan
saja berpaling daripada budaya kita sebagai orang Melayu tetapi juga daripada tuntutan
agama Islam. Sebagai mana yang kita semua sedia maklum, ukhuwah atau persaudaraan
adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan dapat
mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim.
Pengaruh modenisasi dan globalisasi ini lebih terasa dan ketara dengan bantuan
berbagai alat media massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber
maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi
yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat,
namun tidak semua maklumat-maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur. Ini
menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang
dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan
perasaan ingin tahu dan ingin mencuba sendiri mengikut apa yang ditonton.
Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada
pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan
sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran
kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh
menjurus ke arah pemikiran negatif.
Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu
bapa seharusnya mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap
4

sambil lewa terhadap pendidikan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor
punca gejala sosial. Komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, menyebabkan masa
diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak-anak kurang mendapat kasih
sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan
kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian
dan pergaduhan turut mempengaruhi murid untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak
sihat.

Kajian Amaludin dan Khadijah juga mendapati bahawa sejarah keluarga adalah
antara faktor yang ketara dalam menyumbang kepada peningkatan masalah sosial .
Bilangan kes perceraian ibu bapa misalnya, dan kurangnya kemahiran dalam mendidik
memberikan kesan negatif ke atas perkembangan sahsiah dan mentaliti anak-anak. Mereka
terasa terpinggir, terabai dan jauh daripada kasih sayang.

Keengganan sebahagian pasangan mendalami ilmu kemahiran keibubapaan


(parenting) adalah suatu tindakan yang merugikan. Pendedahan yang terhad ini
menyebabkan kaedah mengurus hal ehwal keluarga menjadi kurang mantap dan kucarkacir. Selain itu, akibat kurangnya tumpuan terhadap aspek pembangunan keluarga sebagai
salah satu aspek penting pembangunan modal insan, telah menyebabkan berlakunya keskes keganasan rumah tangga. Persekitaran masyarakat amat bermakna bagi
perkembangan fizikal, mental dan rohani seorang remaja. Suasana yang tidak sihat,
memudahkan nafsu remaja terangsang untuk bertindak seperti rakan-rakan sekumpulannya.
Peranan media juga amat kuat dalam mempengaruhi pembentukan minda remaja yang
sihat. Aksi yang ganas dan kurang bermoral boleh didapati dengan mudah melalui VCD,
video, majalah dan televisyen. Kesan sampingan aktiviti-aktiviti ini ialah pengikisan nilai-nilai
murni dan adab masyarakat. Lama kelamaan nilai-nilai berkenaan digantikan dengan nilainilai barat yang berbeza daripada masyarakat timur.

Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup
memalukan. Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya Melayu
sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi
negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan
maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran
sempit. Sedar atau tidak, mereka sebenarnya memainkan peranan dalam melonjaknya
5

jumlah kes rogol dan seks bebas. Kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalah
dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang telah ditetapkan.
Di zaman moden ini, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih
maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan
ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya
perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala-gejala sosial seperti
pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya. Bercinta tidak pernah dianggap
salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada insan lain dan pencipta-Nya
merupakan golongan manusia yang rugi. Islam sendiri menggalakkan umatnya saling kenal
mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada
cara untuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau
bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam yang di antaranya adalah
mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya.
Sekiranya masa lapang golongan belia terbatas, mereka akan rasa kurang berminat
pada kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Walau bagaimanapun, pengisian masa
lapang yang kurang terarah, akan mendesak remaja untuk melakukan aktiviti yang tidak
bermanfaat seperti perbuatan negatif. Rakan-rakan menjadi orang yang rapat dengan
mereka. Rakan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap
memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu
sikap remaja itu sendiri turut menyumbang kepada gejala sosial di mana kadangkala
mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan
rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan
mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa kawan juga
kadangkala boleh makan kawan. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke
dalam gejala sosial.

Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang
memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut
dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat
dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa
yang terlintas di fikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan
mereka itu kelak. Tarikan yang kuat terhadap pergaulan bebas dan pengaruh rakan sebaya
dikenal pasti menjadi sebab utama remaja mudah melanggar nilai dan norma masyarakat.
6

Keadaan ini sangat berkait rapat dengan pengaruh emosi yang sangat mudah meresapi jiwa
remaja, iaitu mahu melakukan sesuatu yang menyeronokkan, mencabar dan memberi
kepuasan diri.

Dalam tempoh pembangunan yang semakin pesat serta persaingan yang bersifat
global, anak muda atau remaja kini semakin diorientasi dengan kemewahan. Kesannya
mereka kurang berminat dengan program-program pemantapan jati diri serta pengukuhan
peribadi mereka dalam menghadapi cabaran. Ini seterusnya mengakibatkan mereka gagal
mencari jalan penyelesaian yang kreatif dan berhikmah terhadap cabaran dan dugaan yang
mendatang.

Masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan
kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan negara. Remaja
pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada
masa akan datang. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku
seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menangani
permasalahan yang kian meruncing ini. Pembentukan jati diri dan kemuliaan akhlak, akan
rapuh di mata masyarakat kita sendiri. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi
seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka
peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak
yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara.
Seseorang insan yang dilahirkan di dunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang
tiada kotorannya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak
mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik
akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan
perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.
Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya
dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya,
kebanyakan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya,
sebaliknya memalukan agama, bangsa dan negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala
sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.

Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi keluargalah
kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah
institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang
dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia
datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh
sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang
besar ke atas kebahagiaan dan keharmonian sesuatu institusi keluarga itu. Akibat daripada
wujudnya ketidak harmonian dalam keluarga, pastinya akan berlaku penceraian. Ini akan
menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang
tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain
seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan
masalah-masalah yang lain.
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan
melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini
sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak-pihak
yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti,
masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja-remaja Melayu terutamanya
akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat
kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara
ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya
perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curigamencurigai akan bertakhta di hati masyarakat. Hal ini memberi kesan apabila berlaku
pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini
melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga
akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan
remaja semakin meningkat.
Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditangani segera akan
menyebabkan negara kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini
akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan
sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak
yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara
juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial, sekaligus meningkatkan kos
perbelanjaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar
akan meresap masuk ke dalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu
menjaga akhlak mereka. Kesan paling utama ialah akhlak remaja Islam akan hancur dan
8

rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah
serong dan buruk.

Langkah utama mengatasi masalah sosial di Malaysia ialah sentiasa menambahbaik


sistem pendidikan supaya menjadikan nilai sebagai teras. Seorang pakar pendidikan,
Musgrave (1978) dalam bukunya The Moral Curriculum : A Sociological Analysis
menegaskan agenda penting pendidikan dalam sesebuah negara haruslah merangkumi
usaha membangunkan aspek-aspek moral individu dan masyarakat. Manakala seorang
pengkaji pendidikan dan kemasyarakatan Lickona turut bersetuju bahawa penekanan
tradisional pendidikan ialah mencorakkan perkembangan dan pembentukan watak
seseorang bagi melahirkan individu yang baik.

Kepentingan pendidikan dan persekolahan sebagai institusi sosial yang membentuk


nilai disokong kuat oleh Narol (1983) yang mengemukakan Teori Moral Order. Beliau
menganggap masalah sosial yang berlaku boleh diatasi jika wujud moral order atau tatacara
moral yang mempengaruhi situasi dan mendasari segala masalah sosial manusia. Oleh itu
institusi sekolah berperanan menegakkan moral order ini khususnya golongan remaja.
Sekolah sebagai institusi pendidikan formal merupakan agen yang bertanggungjawab
memindahkan nilai-nilai masyarakat kepada kanak-kanak dan generasi muda.
Kekuatan dan kehebatan sesuatu masyarakat dan negara banyak bergantung kepada
perubahan nilai yang berlaku. Mahu ataupun tidak, pendidikan adalah faktor utama bagi
membina dan menanam nilai-nilai positif yang akan mendorong kepada kemajuan sosial
negara. Pendidikan yang dilihat sebagai agen perubahan sosial wajar berkembang selari
dengan perubahan ekonomi, politik dan teknologi semasa supaya nilai-nilai yang sedia ada
boleh ikut selari dengan perubahan-perubahan tersebut.

Sekolah adalah institusi penting dalam pembentukan nilai kerana para pelajar
menghabiskan masa selama enam hingga lapan jam sehari di situ. Para pelajar tanpa
mengira agama, bangsa dan latar belakang mempelajari nilai-nilai baru setiap hari dalam
aktiviti yang dilakukan bersama. Mereka belajar tentang peraturan, menghormati, kasih
sayang, etika dan kerjasama melalui silibus pendidikan yang dibentuk secara berhati-hati,
diajar oleh guru yang terlatih dan melalui proses komunikasi setiap hari. Perkara pokok
9

dalam pembentukan nilai ini ialah pendidikan nilai tidak boleh dihalang oleh sesiapa sahaja
walaupun ia cuba berbuat demikian. Sebaliknya nilai ini perlu didedahkan dengan sebaikbaiknya.

Seterusnya, bagi menangani isu gejala sosial ini, pendekatan "Mencegah adalah
lebih baik dari mengubati". Justeru itu institusi keluarga memainkan peranan yang lebih
penting dari aspek yang lebih luas seperti institusi pendidikan atau masyarakat. Masalah ini
dapat diselesaikan seandainya ibu bapa memberikan perhatian rapi kepada anak-anak
sejak mereka kecil dan sentiasa sedia berkongsi masalah dengan mereka. Ibu bapa
seharusnya menjadi kawan kepada anak mereka sendiri di samping menimbulkan
persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang sihat serta cemerlang. Kekeliruan
perasaan, tidak dihargai dan terasing dalam keluarga sendiri lantaran kesibukan ibu bapa
antara punca lain mendorong remaja melakukan kegiatan jenayah. Dalam masa yang sama
ibu bapa harus bersikap tegas dalam mendidik anak-anak.
Komunikasi dua hala yang sihat akan membantu anak meluahkan masalah mereka.
Ibu bapa perlu belajar menyelami dan memenangi jiwa anak supaya anak remaja yang
biasanya bersikap egosentrik dapat dilembutkan. Selain itu tingkatkan penghayatan anakanak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip
akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah,
sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah
menjadi role model kepada anak dan memainkan peranan penting dalam membentuk
akhlak anak-anak.

Golongan muda harus didedahkan dengan nilai-nilai yang baik dan diterima oleh
masyarakat sejak kecil lagi. Walaupun keluarga adalah penentu masa depan anak-anak,
dengan peningkatan masalah sosial hari ini yang melibatkan remaja, timbul persoalan sama
ada keluarga mempunyai cukup kekuatan bagi membentuk adab dan akhlak yang mulia
pada anak-anak. Di sinilah peranan kerajaan yang harus bertanggungjawab mengatasi
masalah sosial ini melalui pendidikan formal, penguatkuasaan dan pemulihan. Sebagai
sebuah negara yang sedang meningkat maju, Malaysia harus bijak menyusun
pembangunan dan pemodenan supaya masalah sosial ini tidak akan mengganggu
kesejahteraan dan kebahagian masyarakat keseluruhannya.

10

Pendidikan merupakan asas mobiliti sosial. Namun, visi dan cita-cita yang luhur ini
tidak akan tercapai seandainya gejala sosial di kalangan pelajar tidak dapat dibendung.
Setiap remaja perlu didekati supaya mereka menghayati keunggulan disiplin. Keunggulan
ini dapat dipraktikkan melalui kerjasama semua pihak, iaitu pentadbir sekolah , guru disiplin,
kaunselor, dan ibu bapa pelajar. Secara tidak langsung gejala sosial yang semakin
meningkat peratusnya dapat dikurangkan.
Pendidikan berperanan penting dalam perkembangan setiap individu. Formula dan
strategi pendidikan yang sesuai perlu dicipta bagi menghasilkan generasi yang berwibawa
dan mampu bersaing dalam konteks globalisasi didorong oleh mekanisme sains dan
teknologi. Pihak-pihak tertentu seperti kerajaan, persatuan belia, masyarakat setempat
perlu merangka program dan aktiviti-aktiviti untuk golongan remaja mengisi masa lapang
mereka, sama ada kegiatan berbentuk setempat atau menerusi Gaya Hidup Rakan Muda.
Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan pula perlu mengambil langkah segera
memperluaskan program berkenaan.
Sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini
adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam alam
persekitaran. Misalnya, pembangunan yang terlalu pesat telah mengubah cara hidup
masyarakat kita. Manusia menjadi semakin individualistik dan materialistik. Lantaran itu,
keseimbangan sosial harus dipulihkan semula. Jika ini dapat dilakukan maka perhubungan
kekeluargaan serta anggota masyarakat dapat diperteguhkan. Apa yang lebih penting
setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab sosial tidak terkecuali remaja, terutama
dalam kita merealisasikan cabaran dan menangani isu-isu pendidikan. Ini hanya dapat
dijayakan dengan menyelamatkan golongan remaja daripada terjerumus ke lembah yang
tidak diingini.

Sudah sampai masanya kita sebagai rakyat Malaysia melihat usaha membendung
dan menyelesaikan masalah ini sebagai suatu agenda yang perlu diberi keutamaan. Selain
perlunya meningkatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap kesalahan-kesalahan
yang dilakukan, kita tidak seharusnya mengabaikan peranan pendidikan bagi membantu
membendung gejala berkenaan daripada berleluasa. Malah rakyat seluruhnya perlu
mempunyai kesedaran bahawa gejala ini adalah permasalahan kita bersama, bukan
semata-mata permasalahan kerajaan atau kaum keluarga pesalah-pesalah yang terlibat
dengan tindakan-tindakan ganas itu. Apa yang dimaksudkan sebagai tindakan bersama,
adalah perlunya kerjasama semua pihak tanpa mengira kaum dan agama untuk bersama11

sama membenteras gejala sosial ini daripada terus menjadi barah yang akan melumpuhkan
sistem bermasyarakat di negara ini. Dengan lain perkataan, kita sama sekali tidak boleh
membenarkan keadaan ini berterusan sewenang-wenangnya di atas nama gaya hidup
masyarakat maju. Kita harus menetapkan agenda bahawa kemajuan kita bukanlah
menyamai kemajuan di barat.

Strategi seterusnya ialah melalui pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan
menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan
ko-kurikulum di sekolah. Hal ini boleh membantu para remaja dari terjebak dengan pelbagai
gejala sosial yang tidak elok. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik
pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik
pengajaran luar kelas. Perubahan ini juga haruslah dikawal supaya setiap penggunaan
teknologi pada masa kini dapat dielakkan daripada disalahgunakan oleh para remaja.
Pihak sekolah boleh mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan
undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar
sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu
bapa dalam pengawasan disiplin. Begitu juga dengan penguatkuasaan undang-undang
oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh
pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah
mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti
kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam
membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya
kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan
pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.
Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya
bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada
guru dengan sikap terbuka dan positif.
Murid hari ini merupakan bakal pemimpin pada masa hadapan. Sekurang-kurangnya
mereka adalah pemimpin kepada diri sendiri, keluarga atau kelompok masyarakat sendiri.
Jadi pendidikan merupakan antara agenda utama negara. Murid perlu dibekalkan dengan
12

pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran agar mampu menerajui negara pada masa akan
datang.
Oleh yang demikian, apa sahaja yang menghalang pencapaian murid dari segi fizikal
dan spiritual perlu dikenal pasti dan dibanteras termasuk juga masalah sosial. Ini adalah
kerana gejala sosial adalah penghalang kepada pencapaian murid dalam bidang
pendidikan. Para pendidik haruslah sentiasa berusaha untuk menghindarkan atau
mengatasi masalah sosial dan meningkatkan pencapaian akademik anak-anak.
Kejayaan cemerlang bidang akademik juga banyak bergantung kepada keupayaan
murid dan guru menangani cabaran yang dihadapi dalam sistem pendidikan negara secara
keseluruhannya. Sebagai seorang pendidik, kitalah yang harus berusaha untuk menangani
setiap aspek yang telah dibincangkan. Didikan dan tunjuk ajar para pendidik akan menjadi
panduan kepada anak-anak yang bakal mewarisi kepimpinan negara.
BAHAGIAN B: PETA PEMIKIRAN I-THINK

13

14

15

16

BAHAGIAN C: PENULISAN REFLEKTIF


Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja kursus EDU 3093
Guru dan Cabaran Semasa. Saya sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan ini
telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan,
pensyarah dan keluarga saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ini.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu saya secara langsung atau pun tidak langsung dalam menyiapkan
tugasan projek Kursus EDU 3093 ini. Saya telah menerima tugasan projek ini daripada
pensyarah, iaitu En Mohd Musleh b Yunos. Saya telah mencuba sedaya upaya untuk
menyelesaikan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Pelbagai cabaran, masalah serta ilmu
yang tidak ternilai telah diperoleh oleh saya dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini.
Pada semester ini, saya dan rakan-rakan telah diperkenalkan dengan kursus baru
iaitu Guru dan Cabaran Semasa. Kursus ini memfokuskan tentang isu-isu dan cabarancabaran terkini yang perlu diketahui oleh seseorang guru. Sebagai seorang guru, saya perlu
bersiap sedia untuk berhadapan dan menghadapi cabaran-cabaran yang dihadapi secara
positif.

17

Tugasan projek bagi semester ini mengkehendaki saya menulis satu esei tentang
isu dan cabaran pendidikan semasa yang dihadapi oleh guru. Antara isu yang perlu
ditangani oleh para guru ialah berkaitan dengan integrasi nasional, pendemokrasian
pendidikan, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian
budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial.
Tugasan ini telah memberi banyak maklumat tentang perkara-perkara yang berhubung isuisu perpaduan dan integrasi nasional serta kepelbagaian budaya dalam kalangan rakyat
Malaysia. Isu gejala sosial telah diselusuri dengan mendalam dan saya menyedari bahawa
pelbagai gejala sosial timbul akibat daripada ledakan teknologi maklumat. Ini merupakan
cabaran terbesar yang perlu dihadapi dan ditangani oleh pihak guru.
Semasa menjalankan tugasan ini, saya mendapati tugasan projek adalah sangat
menarik dan bersesuaian dengan tugas saya sebagai seorang pendidik. Banyak maklumat
diperolehi daripada pelbagai sumber rujukan seperti artikel-artikel dari internet, surat khabar,
buku-buku dan juga majalah. Saya mendapati bahawa guru-guru mampu merealisasikan
pendidikan dalam mengharungi cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang
profesional memerlukan guru bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru
sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan
pendidikan dan juga mengamalkan kemahiran profesional.
Topik ini juga memberi input yang secukupnya di mana menyedarkan saya dengan
tanggungjawab yang perlu saya pikul sebagai seorang guru. Daripada topik ini, saya dapat
beberapa pengetahuan baru tentang isu dan cabaran pendidikan semasa. Sebagai seorang
guru, sudah semestinya menjadi tanggungjawab saya meningkatkan pembacaan kerana
seorang profesional harus berpengetahuan dan perlu melalui pendidikan formal ke tahap
yang tinggi. Selain itu, seorang guru yang profesional perlu berilmu, berkemahiran dan
berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi serta berpengetahuan mengenai kandungan
pedagogi supaya dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, maklumat berkaitan tekanan emosi dalam kalangan murid juga
diperoleh dalam tugasan ini. Saya dapat mengetahui tanda-tanda awal gangguan emosi dan
langkah-langkah menangani gangguan emosi tersebut. Saya berharap ini akan membantu
saya untuk menangani murid yang mempunyai masalah gangguan emosi dari awal sebelum
ia menjadi lebih teruk. Sebagai seorang guru, saya akan membantu murid-murid saya
daripada menghadapi masalah gangguan emosi. Saya akan berusaha untuk mengatasi
masalah mereka dengan cara-cara yang sesuai. Di samping itu, saya akan menjaga hak

18

kanak-kanak dijamin dan dihormati. Saya juga akan berusaha untuk menjaga kanak-kanak
daripada diskriminasi oleh murid-murid lain.
Melalui tugasan projek ini juga, saya perlu mempersembahkan maklumat yang dicari
dalam bentuk peta pemikiran i-Think. Peta Pemikiran i-Think adalah alat berfikir yang
dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan
difahami serta merentasi kurikulum. Terdapat 8 peta i-Think yang boleh digunakan oleh
guru. Di antaranya ialah peta buih, peta buih berganda, peta bulatan, peta pokok, peta alir,
peta pelbagai alir, peta dakap dan peta titi. Secara tidak langsung, pengetahuan dalam
menyediakan peta pemikiran i-Think dapat saya aplikasikan dalam pengajaran saya.
Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan.
Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi
kehendak negara serta merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap
perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk
cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi setiap mereka yang
bergelar pendidik, supaya sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan dan kebolehan
prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam
perubahan kurikulum itu dapat ditangani.
Seterusnya, pencarian maklumat berkenaan cabaran terkini bagi berhadapan
dengan agenda pendidikan negara, iaitu inovasi dan perubahan dalam pendidikan. Topik ini
memberi banyak input tentang pelbagai perkara seperti strategi pengajaran inovatif,
penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran, perkembangan
persekitaran pembelajaran, reka bentuk resos dan reka bentuk penaksiran dan penilaian.
Selepas mendalami topik ini, saya mengetahui bahawa setiap guru perlu berubah pemikiran
dari lama kepada yang kreatif dan inovatif serta perlu menambahkan dimensi baharu dalam
pengajaran.
Kursus Guru dan Cabaran Semasa ini sangat membantu saya untuk menjadi guru
yang sempurna dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Kesimpulannya, profesion keguruan
merupakan profesion tertua di dunia, kini memasuki satu lagi era baru.

Dulu, peranan

utama guru ialah sebagai penyampai pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan
menyoal. Tetapi kini ia telah pun berubah, peranan guru lebih penting sebagai pemudah
cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka
dalam melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan
berkesan.
19

Seterusnya, saya dapat mengenalpasti ciri-ciri kepemimpinan yang mampu


mewujudkan kerja berpasukan, kebolehan berkomunikasi serta bertanggungjawab dari segi
akhlak, sosial dan etika. Saya juga mengetahui bahawa kepimpinan yang berkesan
memerlukan sokongan dan kerjasama para pemimpin kurikulum dan kokurikulum yang
terlibat dalam pelaksanaan organisasi sekolah. Kejayaan kepemimpinan guru di sekolah
boleh dinilai apabila mereka berjaya melahirkan murid yang kompeten, inovatif, kreatif dan
berkebolehan untuk memenuhi pasaran kerja seperti yang terdapat dalam Wawasan 2020.
Sesungguhnya, tugasan ini memberikan saya banyak info yang berguna mengenai tajuk ini.
Keseluruhannya, tugasan projek ini sangat menarik dan saya tidak menyangka
bahawa saya telah berjaya menyiapkannya. Pada mulanya tugasan ini nampak seperti agak
sukar untuk disiapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah, saya telah berjaya
melakukannya. Akhirnya tugasan kerja kursus Guru dan Cabaran Semasa EDU 3093 yang
diberikan ini telah berjaya saya siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada mereka yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya
kepada pensyarah saya.

20

21

22