Anda di halaman 1dari 16

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA

NAMA
NO.MATRIK

:NOOR HALIZAH BT HJ AHMAD


:741217025742001

NAMA PENSYARAH

:ZULKIFFLI BIN MOHD NOOR

SUBJEK

:AL TAJWID (HBQE 2103)

PENDAHULUAN

PENGERTIAN ILMU TAJWID


Tajwid menurut bahasa (ethimologi) adalah memperindah sesuatu
dan menurut istilah adalah mengeluarkan setiap huruf dari tempat
keluarnya (makhrojnya) dengan memberi hak dan mustahaknya.Apa yang
dimaksudkan dengan hak huruf adalah sifat asli yang selalu bersama
dengan

huruf

tersebut,

seperti

al-jahr,

isti'la,

istifal

dan

lain

sebagainya.Walaubagaimanapun huruf adalah sifat yang nampak boleh


dilihat seperti tafkhim, tarqiq, ikhfa dan lain sebagainya.Maka dengan itu
dikatakan Ilmu Tajwid adalah pengetahuan tentang cara-cara membaca
Al-Quran dengan mengeluarkan huruf dari makhrojnya.Dengan itu Ilmu
Tajwid adalah ilmu mengenai bagaimana cara membaca Al Quran yang
baik dan benar.

HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID


Belajar ilmu tajwid itu hukumnya Fardhu Kifayah, dengan membaca
Al-Quran dengan baik (sesuai dengan ilmu tajwid) itu hukumnya Fardhu
Ain. Walaubagaimanapun bacaan Al-Quran kita akan menentukan sah
atau tidaknya solat kita, Disebabkan itu ada beberapa rukun solat yang
berkenaan dengan bacaan yang harus fasih dan benar sehingga tidak
merubah maknanya. Diantaranya seperti membaca surat Al-Fatihah,
bacaan tahyat akhir serta selawat kepada Nabi Muhammad dalam
solat.Namun begitu

seorang Qari bacaannya bagus dan benar namun

sama sekali tidak mengetahui istilah-istilah dalam Ilmu Tajwid, misalnya


izh-har, mad dan lain sebagainya. Baginya itu sudah cukup jika kaum
muslimin yang lain telah banyak yang mempelajari teori Ilmu Tajwid..
Akan tetapi wajib hukumnya bagi orang yang belum mampu membaca AlQuran

sesuai

dengan

kaedah-kaedah

ilmu

Tajwid

untuk

berusaha

membaiki bacaannya sehingga mencapai standard yang telah ditetapkan


oleh Rasulullah SAW.

KEPENTINGAN TAJWID DALAM BACAAN AL-QURAN

Ilmu tajwid adalah ilmu yang berhubung dengan seagung-agung


kitab iaitu al-Quran. Maka tidak dapat dinafikan lagi tentang kepentingan
serta faedah mempelajari ilmu tajwid. Antara kepentingan-kepentingan
membaca al-Quran dengan mengamalkan hukum tajwid ialah seperti
berikut:

1. Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam menbaca al-Quran.

Dengan

mempraktikkan

ilmu

Tajwid

dalam

pembacaan

al-Quran,

seseorang itu akan terhindar daripada melakukan kesalahan-kesalahan


yang merosakkan bacaan atau mencacatknya. Sekiranya membaca alQuran dengan tajwid yang betul merupakan stu kewajipan bagi setiap
muslim, maka membacanya dengan tajwid yang salah merupakan suatu
dosa. Kesalahan dalam bacaan al-Quran terbahagi kepada dua, iaitu:-

i. Kesalahan Nyata ()

Al-Lahn al-Jali ( ) ditakrifkan oleh Ibn al-Jazari sebagai kesalahan


yang berlaku pada lafaz yang membawa kepada kerosakan makna dan
uruf bacaan. Kesalahan nyata bermaksud kesalahan yang dilakukan pada
struktur

perkataan

sama

ada

kesalahan

itu

mencacatkan

makna

perkataan atau tidak. Perkataan Jali ( ) di sini bermaksud sesuatu


kesalahan yang dapat disedari dengan jelas dan terang-terangan. Seorang
ulama

Mutaakhirin,

Dr.

AbdulAziz

Abdul

Fattah

al-Qari

talah

mengemukakan takrifan dengan berkata: Kesalahan yang berlaku pada


lafaz-lafaz dan menyebabkan kerosakan makna kalimah secara jelas dan
perkara tersebut diketahui oleh ulama dan juga orang awam.

Hukum melakukan kesalahan nyata ini adalah haram secara Ijmak Ulama
tidak kira kesalahan itu dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja atau
tidak diendahkan.

ii. Kesalahan Tersembunyi ()

Al-Lahn al-Khafi ( ) ditakrifkan sebagai kesalah yang dilakukan


pada sebutan, di mana kesalahan itu menyalahi cara sebutan yang telah
ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat al-Quran tanpa merosakkan
makna. Kesalahan tersembunyi ini hanya dapat disedari oleh mereka yang
mahir dalam tajwid dan ia tidak disedari oleh orang awam.Bagi mencapai
kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak ayat al Quran dan Hadis
Rasulullah saw yang menerangkan kelebihan membaca al Quran serta
jaminan kebahagiaan baginya.
Dalam al Quran Allah swt berfirman maksudnya Sesungguhnya
orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan
sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada
mereka secara sembunyi atau terang-terangan, mereka mengharapkan
perniagaan

yang

tidak

akan

mengalami

kerugian;

supaya

Allah

menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka limpah


kurniaNya.

Sesungguhnya

Allah

Maha

Pengampun

lagi

sentiasa

membalas dengan sebaik-baiknya al Fathir 29-30.Hadis riwayat Uthman


bin Affan r.a dimana Rasulullah saw bersabda maksudnya Sebaik-baik

kamu ialah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya Sahih Al


Bukhari 4639Hadis riwayat Abu Umamah al Bahili r.a dimana Rasulullah
saw bersabda maksudnya Bacalah al Quran, sesungguhnya ia akan
datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya..
Sahih Muslim 1338 Hadis riwayat Imam Asim r.h dimana Rasulullah saw
bersabda maksudnya Dikatakan kepada alhi al Quran (di akhirat),
bacalah al Quran, meningkat (darjat) kamu dan elokkanlah bacaan kamu
sepertimana

kamu

mengelokkan

bacaan

di

dunia,

sesungguhnya

kedudukan kamu (di akhirat) adalah pada ayat terakhir yang kamu baca
itu Jami at Tirmizi 2838
MASALAH YANG DIHADAPI MURID DALAM ILMU TAJWID

Antara sebab dan punca murid-murid lemah dalam pembacaan AlQuran, berkemungkinan adalah kerana berpunca dari diri individu muridmurid itu sendiri iaitu mereka kurang mengambik perhatian sewaktu guru
mengajar.Murid-murid hanya mengharapkan membaca dan belajar AlQuran di sekolah dan juga kurang mengamalkan pembacaan Al-Quran di
rumah.Murid-murid juga tidak mengikuti kelas-kelas tambahan seperti di
masjid, surau atau di rumah..Namun begitu murid-murid menganggap
pelajaran Al-Quran kurang penting berbanding dengan pelajaran-pelajaran
yang lain, perkara ini menyebabkan mereka tidak mengambil berat untuk
berusaha meningkatkan pembacaan Al-Quran pada tahap yang lebih
baik..Faktor lain juga kurangnya kerjasama dan perhatian daripada ibu
bapa

murid

dalam

memantau

pelajaran

Al-Quran

mereka

yang

berkemungkinan disebabkan ibu bapa juga kurang mahir dalam bidang AlQuran dan juga

kurang pemerhatian daripada guru yang mengajar di

luar persekolahan kerana tidak membuat teguran pada kesalahankesalahan bacaan Al-Quran murid-murid yang mana ada diantara muridmurid sudah membaca Al-Quran sehingga juz 30 tetapi apabila di tasmi
didapati bacaan murid-murid masih kurang sempurna, sebutan huruf tidak
betul dan kurang tepat. Perkara ini juga mungkin berpunca daripada guru
itu sendiri yang mana kebanyakan daripada guru-guru hanya mengahar

dengan cara penerangan dan latih tubi sahaja, tidak ada penggunaan alat
bantu mengajar, Cuma menggunakan papan putih dan pen sahaja.
Kepelbagaian kaedah dan alat bantu juga boleh membantu pengajaran
dan menarik perhatian serta minat murid-murid pada pelajaran yang di
ajarkan.

MENGATASI MASALAH DAN KELEMAHAN MURID DALAM ILMU


TAJWID
1.

FAKTOR MURID
Murid-murid seharusnya sentiasa menyedari kepentingan ilmu

dalam kehidupan mereka termasuklah ilmu yang berhubung dengan AlQuran. Kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab mereka sebagai
seorang pelajar adalah amat penting kerana ianya akan membentuk
keperibadian diri mereka, di samping bimbingan dan tunjuk ajar daripada
ibu bapa serta guru adalah amat penting.

2.

FAKTOR IBU BAPA

Ibu bapa selaku pendidik awal murid-murid sejak dari kecil perlulah
memberi dorongan dan bimbingan yang padu pada anak-anak mereka.
Anak-anak juga boleh dilatih untuk mempelajari Al-Quran sejak mereka
kecil lagi. Pendidikan awal adalah penting bagi seseorang kanak-kanak
dalam usaha menjadikan mereka sebagai seorang yang celik Al-Quran. Ibu
bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka supaya mengenali dan
mencintai Al-Quran, ibu bapa juga mengambil peranan penting dalam
menangani masalah anak-anak mereka dalam pembacaan Al-Quran.
Mereka juga perlu memberi perhatian kepada anak-anak mereka dengan
memberikan tunjuk ajar dan meluangkan masa untuk membaca Al- Quran
bersama-sama. Perkara ini boleh mendorong anak-anak untuk minat
dalam mata pelajaran Al-Quran. Jika ibu bapa kurang berkemahiran dalam

bidan Al-Quran, maka adalah lebih baik jika mereka mendatangkan guru
untuk mengajar anak-anak mereka atau menghantar mereka belajar ke
masjid-masjid atau surau-surau. Perkara ini sedikit sebanyak boleh
membantu

anak-anak

mereka

untuk

lebih

memahami

dan

dapat

membaca Al-Quran dengan baik dan sempurna. Hal ini akan mengelakkan
anak-anak mereka tercicir dan tertinggal dalam pelajaran Al-Quran di
sekolah-sekolah

dan

mereka

pula

tidak

berasa

renda

diri

akibat

kekurangan yang ada pada diri mereka.

3.

FAKTOR GURU

Guru juga adalah salah satu factor yang boleh menolong dan
membantu murid-murid untuk memperbaiki mutu bacaan mereka. Guru
adalah merupakan pendidik atau pembimbing utama kepada murid-murid
terutama kepada mereka yang belajar dalam kategori dal. Oleh itu, guruguru perlulah mempunyai kemahiran di dalam pengajaran Al-Quran.
Guru-guru hendaklah mempunyai mutu bacaan Al-Quran yang baik,
sebutan huruf yang sempurna dan mempunyai pengetahuan dalam ilmu
tajwid supaya bacaan guru baik dan sempurna. Jika guru mempunyai
bacaan Al-Quran yang tidak betul dan kurang sempurna maka perkara ini
akan mempengaruhi bacaan murid-murid yang mana sudah setentunya
mereka juga akan membaca dengan salah dan kurang sempurna.Guruguru juga perlulah tegas dalam menjalankan tugas serta prihatin terhadap
keperluan murid-murid. Mereka perlulah memahami kelemahan dan
kemampuan murid-murid agar mereka tidak berasa tertekan dengan
tindakan yang di ambil. Guru-guru perlu mendidik murid-murid dengan
didikan yang sesuai sepertimana yang disarankan Islam. Selain itu,
peneguhan dengan memberikan imbuhan atau ganjaran kepada mereka
yang boleh membaca Al-Quran dengan cepat dan lancer merupakan satu
motivasi kepada mereka. Hal ini adala satu tindakan yang positif dan
menjadi dorongan kepada murid-murid untuk lebih menggandakan lagi

usaha dalam pembelajaran Al-Quran.

Untuk

meningkatkan

lagi

penguasaan dan juga kemahiran murid-murid dalam pembelajaran AlQuran, guru-guru seharusnya mencari kaedah-kaedah yang lebih sesuai
untuk diaplikasikan dalam pengajaran. Mempelbagaikan alat bantu
mengajar juga dapat membantu kefahaman murid-murid dalam pelajaran
Al-Quran.Keprihatinan guru-guru terhadap murid-murid adalah perkara
yang paling penting. Guru perlu mengambil berat berhubung dengan
masalah-masalah yang dihadapai murid-murid terutama sekali hal-hal
yang berhubungkait dengan pembelajaran Al-Quran, kerana mereka ini
memerlukan pemerhatian yang lebih.Amalan pengajaran Al-Quran yang
berkesan juga berkait rapat dengan sifat dan ciri-ciri yang dimiliki oleh
seorang guru. Seorang guru perlu muhasabah diri dan menjaga tingkah
laku serta keperibadian yang baik dan mengikut garis batasan yang
disyariatkan falam Islam di samping ikhlas, iaitu segala usaha yang
dilakukan adalah bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah.Guru juga
perlu sentiasa bersabar dalam melaksanakan tanggungjawwab dan
tugasnya kerana untuk menangani murid-murid yang belajar dalam
kategori dal ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan usaha yang
gigih demi untuk membantu meningkatkan pencapaian pembelajaran
mereka kepada tahap yang lebih baik. Guru juga perlu jujur dengan apa
yang disampaikan yang mana guru perlulah melaksanakan pengajarannya
dengan sebaiknya dan tidak hanya sekadar untuk mengajar sahaja.

HUKUM MAD

PEMBAHAGIAN MAD

MAD ASLI

Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga
dikenali dengan Mad Tabi'ie.
Mad Asli terjadi apabila :
Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas.
Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan.
Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah.

MAD FAR'IE

Mad Far'ie dibaca lebih daripada kadar Mad Asli. Kadar harakatnya
mengikut jenis Mad.
Mad ini terbahagi kepada beberapa bahagian:

a)Mad Wajib Muttashil


b)Mad Jaiz Munfashil
b)Mad 'Aridh Lissukun
c)Mad Badal

d)Mad 'Iwadh
e)Mad Laiin
f)Mad Tamkin
g)Mad Farqi
h)Mad Shilah Qashirah
i)Mad Shilah Thowilah
j)Mad Harfi
k)Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
l)Mad Lazim Harfi Mutsaqal
m)Mad Lazim Kilmi Mukhafaff
n)Mad Lazim Kilmi Mutsaqal
Berikut adalah beberapa contoh hukum mad:
Mad Fari yang bertemu dengan Sukun atau Tasydid ada 5 macam:

a. Mad Farqi, yaitu mad badal sesudahnya berupa huruf yang bertasydid.
Panjang 6 harakat. Mad ini hanya terjadi pada 2 kalimat dan terdapat di
dalam tiga surat, yakni surat Al-Anam : 143-144, Yunus : 59 dan AnNaml : 59.

Lafazhnya:

b. Mad Lazim Kilmiy Mutsaqqal, yaitu apabila huruf atau bacaan mad
sesudahnya berupa huruf yang bertasydid. Panjangnya 6 harakat.
Contoh:

c. Mad Lazim Kilmiy Mukhoffaf, yaitu mad badal sesudahnya terdapat


huruf sukun. Panjangnya 6 harakat, dan mad ini hanya terdapat pada

surat Yunus: 51 dan 91. Contoh:



d. Mad Lazim Harfiy Mutsaqqal, yaitu mad yang terjadi pada huruf
Muqaththaah yang terdapat di sebagian beberapa awal surat. Cara
membaca huruf tersebut sesuai dengan nama hurufnya, dibaca panjang 6
harakat dan diidghamkan. Contoh:
=

=

e. Mad Lazim Harfiy Mukhaffaf, yaitu mad yang terjadi pada huruf
Muqaththaah yang terdapat disebagian beberapa awal surat. Cara
membaca huruf tersebut sesuai dengan nama hurufnya, dibaca panjang 6
harakat, tetapi tanpa diidghamkan. Contoh:

=


=
1) MAD 'ARIDH LIL SUKUN
Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang
mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf.
Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4
harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama
berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6
harakat kerana menyerupai Mad Lazim.

2) MAD BADAL
Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam
satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf
Mad.Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah
gantian daripada Hamzah. Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad
mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Mad
Badal terjadi dalam 4 keadaan:
Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal.
Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja.
Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja.
Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja
(ibtida').
Kadar bacaannya adalah 2 harakat.

3) MAD 'IWAD
Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas
kecuali pada huruf Ta' Marbutah.
Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie yang
terjadi kerana waqaf.

4) MAD JAIZ MUNFASHIL


Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah
dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja. Dinamakan Mad Jaiz
Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan
ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil
kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua kalimah yang
berasingan.Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz
Munfashil ada dua keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah
Resam al-Quran: Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah
antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara
keduanya. Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas
Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam
satu kalimah. Keadaan ini berlaku pada dua situasi : Ya' al-Nida' (kata
seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah.
Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.

5) MAD LIIN
Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang
mendatang ketika waqaf sahaja. Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2,
4 dan 6. Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh
dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh
Lil Sukun

6) MAD SILAH QASIRAH


Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir.
Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah,
sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat
huruf yang berbaris.
Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas
ha' tidak ada hamzah qat'ie.

7) MAD SILAH TOWILAH


Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara
mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah,
sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat
huruf yang berbaris.Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu
memerhatikan selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie :

KESIMPULAN

Berdasarkan fator-faktor ini, diharapkan pihak-pihak berkenaan akan


meningkatkan pengusaan murid-murid dalam pelajaran Al-Quran. Sebagai

guru Al-Quran perlulah mempunyai kemahiran pedagogi pengajaran AlQuran yang tinggi untuk menjamin keberkesanan pengajaran Al-Quran.
Guru juga semasa mengajar Al-Quran perlu menanamkan sikap dan ciriciri seorang guru Al-Quran yang berketrampilan dan berilmu jika ingin
memajukan murid-murid dalam pembelajaran mereka. Pelbagai usaha
perlu dilakukan oleh guru agar murid-murid tidak berterusan lemah dalam
pengusaan pembacaan Al-Quran. Keprihatinan, tanggungjawab, tunjuk
ajar guru dan amalan pengajaran guru yang betul dan sempurna
memainkan peranan penting demi menjamin pengusaan murid-murid
dalam kemahiran bacaan Al-Quran dan lahirnya generasi celik Al-Quran.
Guru bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaiakan ilmu AlQuran semata-mata tetapi untuk membentuk murid-murid sebagai
persediaan kepada kehidupan mereka yang seterusnya dan kebahagiaan
serta keselamatan hidup dunia dan akhirat.

RUJUKAN

http://www.ilmutajwid.com/
http://belajarmembacaalquran.com/
http://www.alquran-sunnah.com/
http://e-tajwidquran.blogspot.com/
Tajwid Lengkap Asy-SyafiiAbu Yala Kurnaedi, Lc

Anda mungkin juga menyukai