Anda di halaman 1dari 27

Penghargaan

Semasa membuat projek ini, kami telah mendapat bantuan dan sokongan daripada
ibu bapa, guru serta pengetua dan juga rakan-rakan yang menyertai kumpulan kami.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah Tinggi
Kluang sebab memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Selain itu, ibu bapa
kami juga memberi sokongan kepada kami. Semasa menjalankan projek ini, kami
telah menhadapi pelbagai masalah. Namun, dengan dorongan ibu bapa kami, kami
dapat menjalankan kajian ini dengan sempurna.

Di samping itu, kami juga hendak berterima kasih kepada guru bimbingan kami iaitu
Pn Norzaidah yang sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami.
Dengan ini, kami dapat menjalankan projek ini dengan secepat mungkin.

Akhir sekali, tidak lupa juga rakan-rakan satu kumpulan kami kerana telah memberi
sepenuh kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat untuk menyempurnakan
kajian ini.
Isi Kandungan
Penghargaan
i

Isi Kangungan
ii

Sinopsis
1

1.0 Pengenalan
2

2.0 Definisi
Konsep 3

3.0 Objektif
kajian 4

4.0 Kesan Negatif Sistem Kuliah dan


Tutorial 5-6

5.0 Keputusan
Kajian 7-16

6.0
Cadangan
17

7.0
Rumusan
18

Rujukan
19

Lampiran
20
SINOPSIS

Kolokium merupakan perjumpaan atau persidangan yang bersifat


tidak formal untuk membincangkan perkara yang biasanya bersifat
ilmiah, perbincangan secara berkumpulan. Kumpulan kami telah
memilih tajuk “Pro Dan Kontra Sistem Kuliah Dan Tutorial”. Tetapi
selepas melalui perbincangan dengan guru kami, kami telah
mencapai kata sepakat untuk hanya membincangkan “Keburukan
Sistem Kuliah Dan Tutorial”.

Dalam bidang akademik, kolokium mengandungi syarahan yang


diberikan oleh ahli komuniti akademik tentang kerjanya kepada
rakan yang bekerja dalam bidang berdekatan. Dalam hal ini,
kumpulan kami akan membuat pembentangan mengenai
“Keburukan Sistem Kuliah Dan Tutorial”. Kemudian, kami akan
membincangkan topik ini dengan para pendengar kami dan mereka
akan bersoal jawab dengan kami untuk menanyakan perkara yang
tidak difahami dan mereka juga akan menilai kerja yang kami
bentangkan

Pengenalan

Tingkatan 6 sekarang dikenali sebagai pra-universiti. Ia merujuk


kepada laluan ke university selepas peringkat menengah sama ada
tingkatan 6 atau matrikulasi. Sekarang sistem kuliah dan tutorial
diperkenalkan di peringkat Tingkatan 6 menggantikan sistem
pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan untuk
memudahkan pelajar-pelajar untuk menyesuaikan diri di universiti
dengan sistem ini kelak. Kertas kerja kami memfokuskan soal
selidik tentang penerimaan pelajar serta guru terhadap sistem yang
baru ini.
Definisi Konsep

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pada halaman 724 sistem kuliah bermaksud
pelajaran yang disampaikan secara bersyarah atau berpidato oleh mahaguru atau
pensyarah di universiti atau maktab. Manakala pada halaman 1501 sistem tutorial
ialah kelas perbincangan yang diadakan dengan bimbingan seorang tutor dalam mata
pelajaran tertentu.
Kesan Negatif Sistem Kuliah dan

Tutorial

1. Kuliah gagal untuk menyediakan instruktur dengan umpan balik


tentang lingkup pembelajaran yang dipelajari oleh pelajar.

2. Pelajar akan sentiasa pasif dalam masa kuliah kerana tidak ada
mekanisme untuk memastikan bahawa mereka secara intelektual
yang terlibat dengan materi.
3. Maklumat cenderung dilupakan dengan cepat ketika pelajar
menjadikan pasif.

4. Cikgu mengganggap bahawa semua pelajar belajar dengan


kelajuan yang sama dan berada pada tahap yang sama
pemahaman.

5. Kuliah tidak berpadanan untuk mengajar pelajar yang berfikir


arahan yang lebih tinggi seperti aplikasi,analisis,sintesis,atau
evaluasi,untuk mengajar keterampilan motorik,atau untuk
menpegaruhi sikap atau nilai.

6. Kuliah tidak berpadanan untuk mengajar kompleks,bahan alstrak.

7. Kuliah yang berkesan memerlukan speaker.

8. Kuliah menekankan belajar dengan mendengarkan yang


merupakan kerugian bagi pelajar yang mempunyai gaya belajar
yang lainnya.
9. Pelajar tidak dapat berkonsentrasi selepas lima belas minit hingga
dua puluh lima minit.

10. Sistem kuliah sangat susah untuk mengekalkan minat dan


perhatian pelajar selama satu jam penuh dan lima puluh minit dari
kuliah.

11. Informasi kuliah akan cepat dilupakan, selama dan setelah


kuliah

12. Kuliah tidak berkesan bila tujuan pengajaran berfikir.

13. Pelajar tidak aktif ketika mendengarkan sahaja.Mereka akan


berasa bosan dan kurang minat dengan sistem kuliah ini.

14. Pelajar (terutamanya pelajar kurang matang) cenderung hilang


minat selepas masa yang singkat.

15. Mungkin tidak akan berkesan untuk berfikir tahap tinggi


kemahiran, bergantung pada pengetahuan dan kemahiran daripada
guru.

16. Pelajar tidak dapat fokus.


Objektif Kajian

Objektif Umum

1. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar


dalam sistem pembelajaran kuliah dan tutorial.
2. Mengenalpasti cara-cara atau langkah-langkah yang perlu
diambil untuk memastikan sistem kuliah dan tutorial dapat
dijalankan dengan lebih berkesan.
3. Mengenalpasti tempoh waktu para pelajar dapat memberikan
perhatian yang maksimum ketika proses pengajaran.

Objektif Khusus

1. Mengenalpasti pendapat para pelajar sama ada setuju atau


tidak sistem kuliah dan tutorial dijalankankan untuk pelajar
pra-universiti.
2. Mengenalpasti sama ada sistem pembelajaran kuliah dan
tutorial sesuai untuk dipraktikkan kepada para pelajar pra
universiti.
3. Mengenalpasti sistem pembelajaran yang sesuai untuk pelajar
pra-universiti sama ada sistem pembelajaran kuliah dan
tutorial atau sistem pengajaran dan pembelajaran.
4. Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam pelajaran
melalui sistem pembelajaran kuliah dan tutorial.
5. Mengenalpasti kekurangan bilik kuliah yang menyebabkan
sistem pembelajaran kuliah dan tutorial kurang berkesan atau
tidak sama dengan peringkat matrikulasi dan universiti

Penyelidikan Pandangan Pelajar Mengenai Sistem


Kuliah

Survey (Tingkatan 6 Atas)

Perkara Ya Tidak
100% perhatian 8 52

Pemahaman pembelajaran melalui 20 40


‘slide show’
Keselesaan 3 57
Masa kuliah terlau panjang 48 12

Pendapat mengenai susunan kerusi 21 39


dan meja
Masalah melihat ‘screen’ di bilik kuliah 22 38
Pemahaman sistem kuliah tanpa 13 47
sistem tutorial
Graf Menunjukkan Pandangan Pelajar Terhadap Sistem
Kuliah(Tingkatan 6 Atas)
Tafsiran Data (Tingkatan 6 Atas)

Kumpulan kami telah melakukan soal selidik mengenai tajuk


Keburukan Sistem Kuliah & Tutorial. Hasil daripada soal selidik yang
kami dapati menunjukkan yang Sistem Kuliah tidak sesuai
dipraktikkan untuk pelajar-pelajar Pra-U. Kami telah melakukan soal
selidik ini terhadap 60 orang pelajar Tingkatan 6 atas.

Dalam kajian yang kami lakukan, terdapat 15.4% ataupun 8 orang


pelajar sahaja yang hanya dapat menumpukan 100% perhatian
dalam pengajaran guru dalam sistem kuliah. 84.6% ataupun 52
orang pelajar yang lain tidak dapat menumpukan perhatian
mereka.

Daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik, hanya 33.3%


daripada mereka ataupun 20 orang daripada mereka yang dapat
memahami pengajaran dan pembelajaran melalui “slide show”.
66.7% ataupun 40 orang pelajar yang selebihnya menunjukkan
respons yang negative.

Apabila ditanya pelajar tentang keselesaan di bilik kuliah, hanya


segelintir daripada mereka yang dapat menyesuaikan diri. Hanya 3
orang ataupun 5% daripada pelajar yang disoal selidik yang berasa
selesa. 57 orang atau 95% pelajar tidak berasa selesa di dalam bilik
kuliah dan termasuk juga persekitarannya.
48 orang pelajar atau 80% daripada pelajar yang disoal selidik
bersetuju bahawa masa kuliah terlalu panjang. Hal ini adalah kerana
pelajar-pelajar tidak dapat menumpukan perhatian mereka untuk
jangka masa yang panjang. Oleh itu, ada di antara mereka yang
mencadangkan bahawa masa kuliah patut dipendekkan.

65% daripada pelajar yang disoal selidik atau 39 orang pelajar tidak
berpuas hati dengan susunan kerusi dan meja di bilik kuliah kerana
pelajar yang duduk di bahagian belakang tidak dapat mendengar
pengajaran guru dan juga tidak dapat melihat screen di hadapan.

Ramai pelajar mempunyai masalah melihat screen yang terdapat di


bilik kuliah. Dalam kajian kami terdapat 63.3% daripada 60 pelajar
yang disoal selidik yang mengemukakan masalah ini. Hal ini adalah
kerana screen diletakkan di tepi bilik kuliah. Ia sepatutnya
diletakkan di tengah-tengah bilik kuliah untuk memudahkan semua
pelajar supaya dapat melihat screen di hadapan mereka.

78.3% daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik menyatakan


yang mereka tidak dapat memahami pengajaran guru melalui
sistem kuliah tanpa sistem tutorial. Dalam erti kata lain, pelajar
dapat memahami sistem kuliah dengan lebih baik jika adanya
sistem tutorial.

Secara konklusinya, sistem kuliah masih ada kekurangannya. Oleh


itu, masalah ini haruslah diselesaikan dengan segera supaya dapat
menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian mereka
terhadap pelajaran dan seiring dengan itu ia juga dapat
meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.
Penyelidikan Pandangan Pelajar Mengenai Sistem
Kuliah (Tingkatan 6 Bawah)

Perkara Ya Tidak

100% perhatian 8 52

Pemahaman pembelajaran melalui ‘slide 30 30


show’
Keselesaan 50 10

Masa kuliah terlau panjang 53 7

Pendapat mengenai susunan kerusi dan 13 47


meja
Masalah melihat ‘screen’ di bilik kuliah 40 20

Pemahaman sistem kuliah tanpa sistem 4 56


tutorial
Graf Menunjukkan Pandangan Pelajar Terhadap Sistem
Kuliah(Tingkatan 6 Bawah)
Tafsiran Data (Tingkatan 6 Bawah)

Kumpulan kami telah melakukan soal selidik mengenai tajuk


Keburukan Sistem Kuliah & Tutorial. Hasil daripada soal selidik yang
kami dapati menunjukkan yang Sistem Kuliah tidak sesuai
dipraktikkan untuk pelajar-pelajar Pra-U. Kami telah melakukan soal
selidik ini terhadap 60 orang pelajar Tingkatan 6 bawah.

Dalam kajian yang kami lakukan, terdapat 15.4% ataupun 8 orang


pelajar sahaja yang hanya dapat menumpukan 100% perhatian
dalam pengajaran guru dalam sistem kuliah. 84.6% ataupun 52
orang pelajar yang lain tidak dapat menumpukan perhatian
mereka.

Daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik, separuh daripada 60


pelajar dapat memahami pengajaran melalui ‘slide show’ iaitu 50%
ataupun 30 pelajar.Keputusan ini sama dengan pelajar yang tidak
memahami pengajaran melalui ‘slide show’.

Apabila ditanya pelajar tentang keselesaan di bilik kuliah, hanya


segelintir daripada mereka yang dapat menyesuaikan diri. Hanya 10
orang ataupun 16.7% daripada pelajar yang disoal selidik yang
berasa selesa. Sebanyak 50 orang atau 83.3% pelajar tidak berasa
selesa di dalam bilik kuliah dan termasuk juga persekitarannya.

Sebanyak 57 orang pelajar atau 95% daripada pelajar yang disoal


selidik bersetuju bahawa masa kuliah terlalu panjang. Hal ini adalah
kerana pelajar-pelajar tidak dapat menumpukan perhatian mereka
untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, ada di antara mereka
yang mencadangkan bahawa masa kuliah patut dipendekkan.

78.3% daripada pelajar yang disoal selidik atau 47 orang pelajar


tidak berpuas hati dengan susunan kerusi dan meja di bilik kuliah
kerana pelajar yang duduk di bahagian belakang tidak dapat
mendengar pengajaran guru dan juga tidak dapat melihat screen di
hadapan.

Ramai pelajar mempunyai masalah melihat screen yang terdapat di


bilik kuliah. Dalam kajian kami terdapat 66.7% daripada 60 pelajar
yang disoal selidik yang mengemukakan masalah ini. Hal ini adalah
kerana screen diletakkan di tepi bilik kuliah. Ia sepatutnya
diletakkan di tengah-tengah bilik kuliah untuk memudahkan semua
pelajar supaya dapat melihat screen di hadapan mereka.

93.3% daripada 60 orang pelajar yang disoal selidik menyatakan


yang mereka tidak dapat memahami pengajaran guru melalui
sistem kuliah tanpa sistem tutorial. Dalam erti kata lain, pelajar
dapat memahami sistem kuliah dengan lebih baik jika adanya
sistem tutorial.

Secara konklusinya, sistem kuliah masih ada kekurangannya. Oleh


itu, masalah ini haruslah diselesaikan dengan segera supaya dapat
menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian mereka
terhadap pelajaran dan seiring dengan itu ia juga dapat
meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.

Penyelidikan Perbandingan Antara


Sistem Kuliah & Tutorial Dengan P&P
Biasa
Sistem Pembelajaran Bilangan Pelajar
Sistem Kuliah dan Tutorial 25
Sistem Pengajaran dan 95
Pembelajaran
Carta Menunjukkan Pilihan Sistem Pembelajaran Oleh
Pelajar Prauniversiti
Tafsiran Data Bagi Pilihan Sistem Pengajaran Oleh
Pelajar Pra-U
 Sebanyak 120 pelajar Pra-U telah menyertai kajian yang dibuat oleh
kami mengenai kefahaman antara sistem kuliah dan tutorial dengan
sistam P&P seperti biasa. Menurut keputusan kajian, sebanyak 95
orang pelajar ataupun 79.2% daripada 120 orang pelajar lebih
memahami sistem pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.
Pilihan ini telah melebihi sistem pengajaran melalui sistem kuliah
dan tutorial sebanyak 58.4% iaitu sebanyak 70 orang pelajar. Ini
telah menunjukkan sebahagian besar pelajar tidak dapat
memahami sistem pengajaran yang kami jalankan sekarang iaitu
sistem kuliah dan tutorial.

Cadangan
1. Memendekkan masa kuliah
-Merujuk pada kajian, kebanyakan pelajar berasa masa kuliah terlalu
panjang dan membosankan sehingga menyebabkan mereka tidak
dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa kuliah dijalankan.
Oleh itu daripada cadangan pelajar, satu setengah jam adalah masa
yang dicadangkan oleh kebanyakan pelajar.

2. Menaik taraf sistem suara yang sedia ada

-Menurut kajian, kebanyakan pelajar tidak dapat mendengar dengan


jelas kepada maklumat yang disampaikan oleh guru di hadapan.
Terutama pelajar yang duduk di belakang. Ini akan mejejaskan
pembelajaran dan keputusan pelajar. Justeru, dengan bantuan
sistem suara pelajar dapt mendengar dengan lebih jelas dan lebih
memahami ajaran yang disampaikan oleh guru.

3. ‘Screen’ perlu dibesarkan

-Menurut kajian, pelajar telah menghadapi masalah melihat ‘screen’


di hadapan. Kajian mengatakan di bilik kuliah terlalu kecil sehingga
menyebabkan mereka tidak dapat melihat nota yang di sampaikan
oleh guru yang mengajar. Letakan ‘screen’ juga merupakan satu
masalah kepada pelajar. Pelajar yang duduk di sebelah kiri mendapi
masalah ini. Dengan meletakkan ‘screen’ di tengah-tengah bilik
kuliah, semua pelajar dapat melihat dengan lebih jelas dan teliti.

4. Menaik taraf bilik kuliah yang sedia ada

-Menurut kajian, pelajar berasa tidak selesa belajar di bilik kuliah


dengan suasana yang panas dan bising. Bilik kuliah yang dapat
dimasuki hampir lapan puluh orang pelajar dengan hanya lima buah
kipas telah menyebabkan pelajar berasa tidak selesa belajar di
dalam bilik kuliah. Oleh itu, ada sebahagian pelajar mencadangkan
untuk memasang alat penghawa dingin di bilik kuliah untuk
menambahbaikkan suasana yang terlalu panas dan tidak selesa
supaya mereka dapat belajar dengan suasana yang lebih selesa.

Rujukan

1. www.wcer.wisc.edu.com
2. www.amazon.com

3. www.wiki.answers.com

4. www.books.google.com

5. www.teachphilosophy.org.com

6. www.samford.edu.com

7. www.adprima.com

8. www.kuliahonline.unikom.com

9. www.scribd.com

10. Bahan sumber yang tidak diterbitkan:Kolokium Pelajar-pelajar Pra-


universiti Sekolah-sekolah Menengah Negeri Johor 2009

Rumusan
Menurut kajian yang dijalankan oleh kami, banyak bukti telah
membuktikan bahawa sistem kuliah dan tutorial masih mempunyai
kekurangannya. Seperti yang dilihat, pelajar sendiri merasakan
sistem kuliah dan tutorial ini tidak membantu mereka dalam
pembelajaran malah sistem ini telah manjadi suatu halangan
pembelajaran bagi pelajar. Dengan fakta yang sedia ada dan
keputusan soal selidik kami, seramai 95 orang pelajar dari 120
orang pelajar yang disoal selidik telah memilih sistem pengajaran
dan pembelajaran seperti biasa.

Secara tuntasnya, dengan bukti yang dibuktikan oleh kumpulan


kami, kami tidak setuju sistem kuliah dan tutorial yang masih
mempunyai kekurangan dijalankan di sekolah.
KETIDAKSESUAIAN SISTEM KULIAH DAN
TUTORIAL DIJALANKAN DI SEKOLAH

NG YEE XVAN

YASHENI A/P TINABALAN

ONG SEOW YIN

SINUSHA A/P MURTHY

LIM HUEY JIUAN

NURUL FARHANAH BINTI MISLAN


SEKOLAH TINGGI KLUANG