Anda di halaman 1dari 18

1

Pembelajaran Berasaskan Projek Pertandingan untuk Memupuk Minat


Pelajar Terhadap Sains
Mispuah Hassan, Lilia Halim, Norbaizura Haris, Farihah Mohd Jamel & Nor Mazliana
Abdul Hashim
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
mispuahhassan@yahoo.com

Abstrak
Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti masalah dalam pendidikan sains di sekolah dan
membantu mengatasinya. Kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran sains telah dikenal pasti sebagai
masalah utama di sekolah yang dipilih. Dari itu, penyelidik telah mencadangkan aktiviti pembelajaran dengan
menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek Pertandingan (PBPP) sebagai langkah untuk menarik
minat pelajar terhadap mata pelajaran sains. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 35 orang murid
tingkatan dua di sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Kajian ini dilaksanakan dengan
menjalankan pertandingan projek berkumpulan menghasilkan penapis air dan buku skrap. Kaedah
pengumpulan data adalah temubual separa berstruktur ke atas pelajar, soal selidik, serta melalui pemerhatian.
Pandangan 7 orang guru/pakar mengenai PBPP diperolehi menggunakan borang penilaian pakar. Data
dianalisis secara deskriptif. Dapatan menunjukkan kaedah PBPP telah memberi kesan positif dari segi
peningkatan tahap minat dan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran sains. Penelitian ini memberi
peluang kepada guru untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui penggunaan
kaedah pembelajaran berasaskan projek (PBP). Pembelajaran berasaskan projek ini menekankan
pembelajaran terbuka, pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif dimana ia membenarkan pelajar
untuk belajar secara berkumpulan dan berinteraksi dengan rakan untuk menghasilkan produk/artifak sebagai
hasil pembelajaran mereka. Peranan guru adalah sebagai fasilitator. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan
kaedah pembelajaran berasaskan projek pertandingan ini dapat meningkatkan minat pelajar terhadap sains.
Inovasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran sains ini diharapkan dapat membentuk generasi akan
datang yang berfikiran kreatif dan inovatif dalam bidang sains dan teknologi serta memiliki kemahiran abad
ke-21.
Kata Kunci : Pembelajaran Berasaskan Projek Pertandingan, Minat Pelajar, Produk/Artifak,
Kolaboratif, Kemahiran Abad Ke-21.

PENDAHULUAN
Pembelajaran berasaskan projek (PBP) diasaskan oleh pendekatan teori pembelajaran
konstruktivis oleh Piaget (1953), Vygotsky (1962) dan Bandura (1977), pembelajaran melalui
pengalaman oleh Dewey (1938) dan teori constructionisme oleh Papert (1980). Kaedah
pembelajaran yang diinspirasikan oleh Papert ini memerlukan pelajar membina model mental
untuk memahami dunia persekitaran mereka. Walau bagaimanapun, pembelajaran yang
efektif berlaku apabila pelajar menghasilkan produk/artifak sebagai hasil pembelajaran
mereka. Teknologi yang diintegrasikan dengan pembelajaran bertindak sebagai alat untuk
menghasilkan produk akhir proses pembelajaran hasil daripada perbincangan bersama rakanrakan serta bimbingan daripada guru. PBP merupakan sejenis pembelajaran inkuiri yang
bersifat terbuka dan dimotivasikan oleh perasaan ingin tahu pelajar (Stephanie 2010). Melalui
PBP pelajar terdorong untuk mencari jawapan kepada persoalan mencabar yang melibatkan
teori dan prinsip dalam sesuatu disiplin ilmu (Thomas 2000).
PBP telah terbukti sebagai satu kaedah terbaik yang boleh digunakan oleh guru untuk
meningkatkan impak pembelajaran. Terdapat pelbagai istilah yang digunakan oleh pengkaji
untuk menerangkan ciri-ciri PBP. Antaranya PBP adalah suatu model instructional yang

menggunakan kemahiran spesifik untuk menghasilkan produk yang autentik (Harel & Papert
1991; Blumenferd et al. 1991; Bransford & Stein 1993: Moursund 1999; Thomas 2000; Grant
2002; Clark 2006; Bell 2010). PBP menggunakan pendekatan dinamik yang menggalakkan
pelajar untuk meneroka cabaran dan masalah dalam dunia yang sebenar (Moursund 1999;
Gultekin 2005; Blumenfeld et al. 1991; The George Lucas Foundation 2012). Menurut
Stephanie (2010), PBP merupakan suatu pendekatan yang boleh meningkatkan kemahiran
abad ke-21 pelajar di mana kemahiran ini amat penting untuk menyediakan pelajar
menghadapi dunia pekerjaan yang sangat mencabar dan bersifat global.
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) adalah sejenis pendekatan yang memerlukan
pelajar menangani masalah secara penghasilan produk sebagai artifak pembelajaran.
Menerusi penghasilan artifak ini, pelajar bertindak sebagai seorang penyelesai masalah,
pembuat keputusan, perekacipta dan penyelidik. Ia merupakan sejenis pembelajaran inkuiri
yang bersifat terbuka dan dimotivasikan oleh perasaan ingin tahu seseorang pelajar
(Mioduser & Betzer 2003). Menerusi pembelajaran berasaskan projek, pelajar berusaha
menjawab persoalan-persoalan yang melibatkan sesuatu prinsip atau teori sesuatu disiplin
ilmu (Thomas 2000).
Banyak kajian telah membuktikan kelebihan PBP berbanding kaedah pembelajaran
konvensional, antaranya pelajar yang terlibat dengan PBP lebih bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka (Penuel & Mean 2000; SRI 2000; Boaler 1997). PBP juga
meningkatkan kehadiran pelajar ke sekolah (Thomas 2000) kerana aktiviti PBP
memotivasikan mereka seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar (Thomas 2000;
Geier et al. 2008; Gultekin 2005; Kurcharski et al. 2005). PBP boleh diaplikasikan oleh guru
untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar kerana pendekatan PBP adalah berpusatkan
pelajar di mana pelajar terlibat sepenuhnya untuk menjayakan tugasan projek. Menerusi PBP
juga pelajar mendapat lebih pendedahan tentang pemikiran aras tinggi, kemahiran
menyelesaikan masalah, kerjasama dan kemahiran berkomunikasi (Chan Lin & Lin Juan
2008; Mioduser & Betzer 2003; SRI 2000).
Pendekatan pembelajaran berasaskan pertandingan pula merupakan satu pendekatan
pembelajaran yang strategik untuk meningkatkan pencapaian pelajar (Biggs 1976). Shindler
(2007), mendefinisikan pertandingan sihat sebagai satu aktiviti pendek di mana hasil
pembelajaran perlu dicapai dan fokus utama ialah proses pembelajaran berbanding hasil
pembelajaran tersebut. Sekiranya objektif pembelajaran adalah jelas, ringkas dan tidak sukar
dicapai, pembelajaran berasaskan pertandingan akan menunjukkan hasil yang lebih signifikan
dan keseluruhan proses pembelajaran akan mengambil masa yang lebih pendek (Stipek
1992).
Menurut Graham (1976) terdapat tiga jenis pertandingan iaitu pertandingan secara
langsung, tidak langsung dan kooperatif yang menunjukkan komponen positif dan negatif.
Dari sudut positif, pertandingan yang diatur dengan baik akan meningkatkan motivasi,
menggalakkan pembelajaran aktif pelajar dan sesuai untuk pelajar-pelajar dalam kategori
pandai (Verhoeff 1997; Lawrence 2004). Selain meningkatkan motivasi pelajar, Fulu (2007)
turut menyatakan bahawa pertandingan memberikan pengiktirafan dan meningkatkan harga
diri pelajar. Fasli & Michalakopoulos (2005) menegaskan yang elemen persaingan dalam
pertandingan bertindak sebagai insentif kepada pelajar untuk lebih berusaha, malahan pelajar
yang lemah turut terlibat dalam aktiviti berkenaan.

Dari sudut negatif pula, kajian oleh Hamacheck (1985) mendapati, tekanan yang
terhasil dalam pertandingan akan menurunkan kepercayaan di kalangan rakan sekumpulan,
memberi kesan kepada perpaduan dan kreativiti kumpulan. Dapatan ini turut disokong oleh
Vockell (2004). Walaubagaimanapun lebih banyak pengkaji bersetuju pertandingan
mempunyai kebaikan dalam pendidikan. Thousand, Villa & Nevin (1994) menyatakan
bahawa matlamat kooperatif menjadikan pelajar mengambil berat tentang tanggungjawab dan
tugasan yang diberi demi kumpulan mereka. Selain elemen-elemen positif yang dilihat di
dalam kajian-kajian sebelumnya, kajian oleh Cantador & Conde (2010) menambah satu lagi
elemen iaitu atmosfera sosial. Pertandingan mewujudkan atmosfera sosial yang positif di
kalangan ahli kumpulan dan juga dengan kumpulan yang lain.
Pembelajaran berasaskan projek juga boleh menerapkan kemahiran abad ke-21 di
kalangan pelajar. Kajian oleh Rukiah dan Kamisah (2014) mengenai persepsi pelajar terhadap
sains serta hubungannya dengan kemahiran abad ke-21 menunjukkan bahawa tahap persepsi
pelajar terhadap sains, persepsi pelajar terhadap proses PdP sains dan tahap persepsi pelajar
terhadap kemahiran abad ke-21 adalah pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga
menunjukkan komponen kemahiran literasi era digital, pemikiran inventif serta kemahiran
norma dan nilai merupakan faktor penyumbang terbesar kepada persepsi pelajar terhadap
sains. Berdasarkan dapatan kajian, pengaplikasian kemahiran abad ke-21 dalam PdP dapat
membantu pelajar menghadapi kehidupan mencabar seterusnya mewujudkan daya saing yang
positif pada masa akan datang. Selain itu, menurut Syarifah Alwiyah Alsagoff (1984) dan
Boyle (1997) setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan guru
seharusnya menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh menangani
kepelbagaian pelajar ini. Dapatan kajian menunujukkan PBP mampu untuk memenuhi
keperluan kepelbagaian stail pembelajaran ini kerana ciri PBP yang meluas memberi peluang
serta kebebasan kepada pelajar memilih tajuk dan aktiviti berdasarkan minat dan bakat
mereka (Solomon 2003; Newell 2003, Clark 2006; Bell 2010).
Justeru berdasarkan kepada kelebihan-kelebihan tersebut, maka dapat disimpulkan
bahawa kaedah pembelajaran bersaskan projek pertandingan sesuai digunakan untuk
memupuk minat pelajar terhadap sains.
PERNYATAAN MASALAH
Kebelakangan ini, didapati minat pelajar terhadap sains semakin menurun. Penyertaan pelajar
sekolah menengah dalam aliran sains masih belum berjaya mencapai nisbah yang telah
ditetapkan pada tahun 1967. Menurut statistik yang diterbitkan oleh KPM dari tahun 1981
sehingga 2010, peratusan pelajar sekolah menengah yang menyertai aliran sains belum
pernah mencapai nisbah sains sastera 60 : 40 (Ruhaiza 2012). Isu peminggiran mata pelajaran
sains, khususnya dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah dan menengah atas
merupakan satu masalah yang serius kepada negara. Hubungan yang nyata dan signifikan
bagi permasalahan penurunan minat terhadap sains dan pengurangan mereka yang akan
menceburkan diri dalam kerjaya yang berkaitan dengan bidang sains merupakan satu isu yang
perlu ditangani segera. Ini adalah kerana dalam realiti dunia tanpa sempadan masa kini,
keupayaan menghasilkan sumber tenaga manusia yang mampu menyumbang kepada negara
serta berdaya saing sering kali digunakan sebagai petunjuk kemajuan dan kemandirian
sesebuah negara atau bangsa. Justeru, dalam menyediakan sumber tenaga manusia yang
mencukupi serta memiliki kemahiran yang diperlukan, kesediaan pelajar untuk menyertai

bidang sains perlu ditingkatkan dan penguasaan kognitif pelajar dalam disiplin tersebut perlu
diperbaiki agar kenyataan misi Wawasan 2020 dapat direalisasikan.
Sesetengah pelajar beranggapan bahawa kerjaya sains tidak menjamin peluang
pekerjaan serta tidak menawarkan pendapatan yang lumayan berbanding bidang-bidang yang
lain. Ringkasnya, persepsi yang ditunjukkan oleh pelajar terhadap sains adalah terlalu negatif.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab terutamanya Kementerian
Pendidikan untuk mengatasi dan mengubah persepsi serta sikap negatif pelajar terhadap
sains. Pihak Kementerian Pendidikan berusaha sedaya upaya dengan pelbagai perubahan dan
aktiviti bagi menambahkan bilangan pelajar dalam aliran sains antaranya, memperkenalkan
mata pelajaran sains dari peringkat awal iaitu kepada pelajar Tahun Satu mulai 2002,
mengadakan aktiviti pameran dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memupuk kesedaran dan
minat dalam sains dan lain-lain lagi. Pembelajaran sains seharusnya menjana pemikiran kritis
dan kreatif pelajar yang amat diperlukan pada abad ke-21 ini. Masalah ini ditambahkan lagi
oleh kurangnya pengamalan budaya empirikal dalam kalangan warga Malaysia (Hani 2001).
Budaya pelajar di Malaysia menganggap bahawa bidang Sains hanya dipelopori oleh pelajar
yang pandai (Akhbar 1997) turut menjadi faktor kemerosotan penyertaan pelajar dalam sains.
Tidak dinafikan, pelajar yang masuk ke aliran sains terutamanya Sains Tulen di Tingkatan
Empat terdiri daripada pelajar yang mendapat gred yang baik terutamanya bagi mata
pelajaran sains dan matematik berdasarkan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Keadaan
ini memberikan tekanan kepada pelajar dan menyekat peluang pelajar yang agak lemah untuk
menceburi bidang sains walaupun mereka meminati bidang tersebut.
Pembelajaran sains di sekolah pada hari ini telah menyumbang kepada pelajar kurang
berminat untuk memilih aliran sains (Ismail 2005) apabila memasuki menengah atas .
Penyertaan pelajar sekolah menengah dalam aliran sains masih belum berjaya mencapai
nisbah yang telah ditetapkan pada tahun 1967. Menurut statistik yang diterbitkan oleh KPM
dari tahun 1981 sehingga 2010, peratusan pelajar sekolah menengah yang menyertai aliran
sains belum pernah mencapai nisbah sains sastera 60 : 40. Pelbagai pandangan telah
diutarakan untuk menjelaskan fenomena penurunan minat pelajar terhadap sains, antaranya
seperti yang dilaporkan oleh Razila (1998) iaitu pelajar menganggap bahawa mata pelajaran
sains bukan sahaja membosankan tetapi terlalu abstrak, sukar difahami (Syed Zin 2003;
Rojahan 2004), miskonsepsi dalam sains (Siow 1995), membebankan dan memerlukan
pelajar menghafal fakta-fakta. Berdasarkan kajian, kebanyakan guru memilih untuk
menggunakan kaedah konvensional yang berpusatkan guru dan berorientasikan peperiksaan
(Salwa 2012; Chiel et al. 2010; Lim 2007) yang memberi fokus kepada lulus dalam
peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sehingga mengorbankan aktiviti amali. Kajian oleh
Subahan (2009) mendapati walau sebanyak mana inovasi dilakukan dalam pengajaran sains,
guru sains masih lagi menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Penglibatan pelajar
kurang aktif menyebabkan mereka menghafal konsep-konsep tanpa memahaminya (Sharifah
Maimunah & Lewin 1993), menyalin nota di papan hitam. Pencapaian pelajar dan
penguasaan kemahiran proses sains berada pada tahap yang rendah. Pendekatan inkuiri
penemuan yang kurang diimplimentasi semasa pengajaran dan pembelajaran (Khalidah 2002)
mempengaruhi minat dan kebolehan pelajar untuk terlibat secara aktif dalam penyiasatan
saintifik.
Tinjauan umum di sekolah-sekolah menengah menunjukkan prestasi pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran sains masih pada tahap yang rendah (Zaharah 2009). Sikap
pelajar terhadap mata pelajaran sains (Lilia et al. 2002) dan pedagogi berkesan adalah aspek

yang berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sains. Dari segi kaedah
pengajaran sains, secara keseluruhannya guru-guru sains di Malaysia kurang bersedia
mengajar topik-topik sains (Yazid 2008) berbanding di peringkat antarabangsa. Sistem
pendidikan yang berorientasikan peperiksaan (Lim 2007) menyebabkan kaedah pengajaran
dan pembelajaran berpusatkan guru dan guru kurang memberi peluang kepada pelajar untuk
membina dan meneroka sendiri pembelajaran mereka.
Justeru, kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek merupakan suatu
kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains pelajar masa kini.
Bagaimanapun sesuatu projek memerlukan perancangan terperinci serta kaedah pelaksanaan
yang sistematik di samping keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai. Sehubungan itu
kajian ini cuba untuk merungkai persoalan berkaitan keperluan serta cabaran dari aspek
perancangan dan pelaksanaan projek bagi meneliti kesesuaiannya dalam membawa nilai
tambah ilmu kepada pelajar serta sumbangannya kepada pembelajaran. Dalam usaha
meningkatkan penglibatan pelajar dalam aliran sains, kajian ini direka bentuk sedemikian
rupa untuk membina aktiviti yang dapat meningkatkan minat terhadap sains dan mengubah
sikap pelajar terhadap sains di sebuah sekolah yang dipilih. Dapatan kajian akan dapat
menyediakan maklumat sejauh manakah minat pelajar meningkat selepas menjalani aktiviti
Pembelajaran Berasaskan Projek Pertandingan (PBPP) dan perubahan sikap pelajar-pelajar
terhadap sains.
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut :
1. Apakah pandangan guru/pakar terhadap pembelajaran sains berasaskan projek
pertandingan?
2. Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap sains menggunakan aktiviti
pembelajaran berasaskan projek pertandingan?
3. Apakah penilaian pelajar terhadap aktiviti pembelajaran berasaskan projek
pertandingan?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini melibatkan 35 orang pelajar tingkatan dua SMK Dato Lokman,
Kuala Lumpur. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual
separa berstruktur, soal selidik serta melalui pemerhatian. Kaedah temubual yang digunakan
ialah temubual bersemuka individu. Selain itu pandangan 7 orang guru/pakar terhadap PBPP
diperolehi menggunakan borang penilaian pakar. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Transkripsi ini telah dianalisis secara manual dengan mencetak transkripsi dan membaca
berulang kali dengan teliti bagi melihat aspek konteks secara lebih meluas. Melalui proses ini
pengkaji berupaya melihat perubahan minat pelajar terhadap sains melalui aktiviti yang
dijalankan. Kaedah yang digunakan dalam menganalisis data temubual adalah secara
tipologi: analisis tematik. Menurut Chua (2012) melalui analisis domain, tema dan kod
diperkembangkan daripada data kajian sendiri dan bukannya ditentukan sebelum analisis
dilakukan yang mana proses pengkodan ini dikenali sebagai pengkodan induktif. Dapatan
utama bagi kajian ini adalah berdasarkan objektif kajian serta menjawab persoalan-persoalan
kajian yang telah dinyatakan di peringkat Pendahuluan.

1.

Pandangan guru/pakar
pertandingan

terhadap

pembelajaran

sains

berasaskan

projek

Penilaian guru/pakar yang dibuat di dalam kajian ini adalah berdasarkan borang penilaian
pakar. Borang ini diedarkan kepada guru/pakar bagi menilai aktiviti pembelajaran berasaskan
projek pertandingan yang telah dicadangkan. Pakar yang dipilih merupakan guru-guru yang
mengajar sains dan guru yang terlibat sebagai pembina modul pengajaran di Bahagian
Perkembangan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia. Jadual 1 menunjukkan
analisis dapatan penilaian yang telah diberikan oleh tujuh orang guru/pakar. Penilaian yang
dibuat berdasarkan skala yang berikut :
Jadual 1 Analisis Penilaian Guru/Pakar
Tahap penilaian
KRITERIA

SaSangat Tidak
Tidak setuju
Setuju
Kandungan aktiviti ini sesuai dengan tahap
akademik pelajar
Kandungan aktiviti ini boleh dilaksanakan
dengan sempurna
Kandungan aktiviti ini sesuai dengan masa
28.6%
yang diperuntukkan
Kandungan aktiviti ini dapat memupuk
kemahiran proses sains
Kandungan aktiviti ini boleh mencungkil
kreativiti dan inovasi pelajar
Kandungan aktiviti ini dapat memupuk
sikap saintifik
Kandungan aktiviti ini dapat memupuk
nilai-nilai murni dalam diri pelajar
Kandungan aktiviti ini dapat memberikan
kefahaman tentang konsep sains kepada
pelajar dengan lebih berkesan
Kandungan aktiviti ini boleh meningkatkan
minat pelajar terhadap mata pelajaran sains
Kandungan aktiviti ini boleh meningkatkan
sikap positif pelajar terhadap mata
pelajaran sains

Tidak
pasti

Setuju Sangat
Setuju
71.4%

28.6%

14.3%

71.4%

14.3%

42.9%

14.3%

14.3%

42.9%

57.1%

71.4%

28.6%

85.7%

14.3%

85.7%

14.3%

100%
71.4%

28.6%

85.7%

14.3%

Dapatan menunjukkan 71.4% guru/pakar memberi penilaian setuju dan 28.6%


memberikan penilaian sangat setuju bahawa kandungan aktiviti ini sesuai dengan tahap
akademik pelajar. Seramai 14.3% menyatakan tidak pasti, 71.4% guru/pakar menyatakan
setuju, dan 14.3% guru/pakar menyatakan sangat setuju bahawa kandungan aktiviti ini boleh
dilaksanakan dengan sempurna. Antara ulasan yang diberikan adalah seperti berikut:
Syabas! Aktiviti ini sangat menarikG/P 3
Secara keseluruhan, anda berjaya mencadangkan satu aktiviti PdP yang sesuai
dengan tahap pengetahuan pelajarG/P 4

Bagi kriteria kesesuaian masa pula, 28.6% tidak bersetuju, 42.9% guru menyatakan
tidak pasti,14.3% menyatakan setuju dan hanya 14.3% sahaja menyatakan sangat setuju
bahawa kandungan aktiviti ini sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Pernyataan ini juga
digambarkan melalui ayat-ayat yang ditulis pada bahagian ulasan dan cadangan penambahbaikan. Antara pernyataan yang diberikan adalah seperti berikut:
Masa penstrukturan idea dikurangkan kerana masa yang terlalu lama akan
membuatkan pelajar membuang masa seperti berbual kosong.. G/P 6
..masa yang diberikan agak suntuk untuk pembinaan model.....
G/P 5
Sementara itu, seramai 42.9% guru/pakar setuju dan 57.1% menyatakan sangat setuju
bahawa kandungan aktiviti ini dapat memupuk kemahiran proses sains. 71.4% guru
menyatakan setuju dan 28.6% pakar sangat setuju bahawa kandungan aktiviti-aktiviti ini
boleh mencungkil kreativiti dan inovasi pelajar. Antara ulasan yang diberikan adalah seperti
berikut:
..aktiviti yang dijalankan menggalakkan pelajar untuk lebih aktif dalam kelas, dapat
mendidik pelajar untuk lebih kreatif, paling penting pelajar tidak bosan di dalam
kelas.G/P 7
Apabila diajukan soalan adakah kandungan aktiviti ini dapat memupuk sikap saintifik,
85.7% guru pakar menyatakan setuju dan bakinya 14.3% guru menyatakan sangat setuju.
Kesemua guru/pakar 100% menyatakan setuju bahawa kandungan aktiviti ini dapat
memberikan kefahaman tentang konsep sains kepada pelajar dengan lebih berkesan.
Dalam aspek penerapan nilai pula, 85.7% guru menyatakan setuju dan 14.3% guru
sangat setuju bahawa kandungan aktiviti ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri
pelajar. Antara nilai yang dapat diterapkan adalah sikap bertolak ansur, bekerja sama, yakin
dan berani untuk mengemukakan idea dan pendapat. Nilai-nilai ini sangat diperlukan sewaktu
pelajar menjalankan dan membentangkan model/produk yang telah dihasilkan oleh kumpulan
mereka. Dapatan ini menyokong hasil kajian-kajian terdahulu bahawa pelajar yang terlibat
dengan projek didapati lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka berbanding
ketika mengikuti pembelajaran tradisional (Penuel & Means 2000; SRI 2000; Boaler 1997).
Selain itu, 71.4% guru menyatakan setuju dan 28.6% menyatakan sangat setuju
bahawa kandungan aktiviti ini boleh meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran
sains. Tambahan pula 85.7% guru bersetuju dan 14.3% sangat bersetuju bahawa kandungan
aktiviti ini boleh meningkatkan sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran sains seperti
yang diharapkan oleh penyelidik.
Secara kesimpulannya, dapatan menunjukkan bahawa kebanyakkan guru/pakar ini
bersetuju bahawa aktiviti PBPP akan menarik minat pelajar untuk belajar sains dan
seterusnya memberikan tumpuan yang lebih baik di dalam kelas nanti. Penyelidik telah
membuat penambahbaikan berdasarkan komen dan ulasan yang telah diperoleh sebelum
menjalankan aktiviti kepada pelajar yang dipilih.

8
2. Perubahan minat pelajar terhadap sains menggunakan aktiviti pembelajaran

berasaskan projek pertandingan?


Bagaimana perasaan anda sebelum dan selepas terlibat dalam pertandingan projek
sains?
Berikut jawapan pelajar tentang minat mereka terhadap sains

Sebelum pertandingan rasa macam takut, teruja, bosan sikit selepas pertandingan
ini saya rasa gembira( L1P1, L2P1, L4P1, P1P1, P2P1, P3P1 (L3-4))
Sebelum pertandingan saya memang berminat dengan sains..selepas pertandingan ini
saya rasa lebih berminat... (L3P1, P4P1 P5P1 (L3-4))
Apakah minat anda tentang sains bertambah setelah terlibat dalam pertandingan
projek sains?

bolehlaa... (L1P2, P5P2 (L6))


ya, bertambah sikit....( L2P2, L3P2 (L6))
ya..saya semakin bertambah minat dengan sains.. (L4P2, P1P2, P2P2, P3P2, P4P2
(L6))
Pendapat dan pandangan responden yang telah menyertai aktiviti ini digunakan
sebagai satu kaedah membuat penilaian dan refleksi ke atas kaedah pembelajaran alternatif
yang dicadangkan oleh penyelidik. Ia amat perlu supaya aktiviti yang dicadangkan
bersesuaian dan boleh diaplikasikan oleh guru seterusnya. Sintesis daripada dapatan temubual
pelajar ini mendapati tujuh orang responden memberikan penilaian sangat sesuai sementara
dua responden memberikan penilaian sesuai aktiviti pembelajaran berasaskan projek
pertandingan ini dijalankan bagi meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains.
Dapat diperhatikan bahawa pelajar-pelajar sangat seronok menjalankan aktiviti ini, keceriaan
jelas terpancar pada wajah mereka.

3. Penilaian pelajar terhadap aktiviti pembelajaran berasaskan projek pertandingan?


3.1 Sebelum ini pernahkah anda terlibat dalam pertandingan berkaitan sains? Boleh
kongsi dengan saya pengalaman anda.
tidak pernah... (L1P3, L4P3, P1P3, P3P3 (P9))
tidak pernah, ini kali pertama saya menyertai pertandingan dalam sains... (L2P3,
P2P3 (P9))
pernah, pengalaman tersebut telah meningkatkan minat saya terhadap sains
L3P3(P9)
ya..saya semakin bertambah minat dengan sains... P4P3(P9)
ya, seronok masuk bertanding, dapat pengalaman baru... P5P3(P9)

Dapatan daripada temubual menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tidak pernah


menyertai aktiviti pertandingan berkaitan dengan sains sebelum ini. Hanya dua orang pelajar
pernah menyertai pertandingan dan mereka memang mengakui dengan menyertai aktiviti
pertandingan sebegini, minat mereka terhadap sains telah bertambah.

3.2 Pada pandangan anda, adakah aktiviti ini sesuai digunakan dalam sesi
pembelajaran sains di sekolah, rasanya apakah cara terbaik untuk menjalankan
aktiviti seperti ini?
saya rasa sangat sesuai, kalau boleh 2 kali seminggu, buat kat makmal. Aktiviti
dijalankan dalam kumpulan... (L1P4 (L13-14))
saya rasa sesuai, kalau boleh kerap sikit, buat kat makmal sains pun ok juga.. Aktiviti
ini seronok dijalankan dalam kumpulan... (L2P4 (L13-14))
saya rasa sangat sesuai, kalau boleh 1 kali sebulan, buat kat makmal. Aktiviti
dijalankan dalam kumpulan, satu kumpulan 3 orang... (L3P4 (L13-14))
saya rasa sangat sesuai, kalau boleh 1 kali setahun, buat kat makmal. Aktiviti
dijalankan secara individu lagi seronok. (L4P4 (L13-14))
saya rasa sangat sesuai, kalau boleh 2 kali setahun, buat kat makmal. Saya lagi suka
aktiviti dijalankan secara individu lagi mencabar... (P1P4, P2P4 (L13-14))
saya rasa sangat sesuai, kalau boleh 4 kali setahun, buat kat Pusat Sains ok juga..
Saya lagi suka aktiviti dijalankan secara berkumpulan, lagi banyak idea... (P3P4
(L13-14))
saya rasa sangat sesuai, kalau boleh setiap minggu, buat kat Pusat Sains ok juga
Saya suka aktiviti dijalankan secara berkumpulan (P4P4, P5P4 (L13-14))
Apabila diajukan pandangan berkaitan kaedah berkumpulan atau individu lebih
sesuai, seramai tujuh responden menyatakan aktiviti ini sesuai dijalankan secara berkumpulan
dan hanya dua orang berpendapat bahawa aktiviti ini sekiranya dijalankan secara individu
adalah lebih baik dan mencabar. Ini menunjukkan kecenderungan responden kajian ini
adalah untuk menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Pembelajaran berkumpulan juga
merupakan satu kaedah yang baik kerana ia dapat memupuk nilai-nilai yang baik seperti
melatih pelajar untuk bekerjasama dan bertoleransi sesama ahli kumpulan. Dapatan ini
disokong oleh kajian Roth et al. (1995) dan Massey et al. (2006) yang menyatakan bahawa
pelajar perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, menghormati pandangan rakan, memberi
idea dan pandangan sendiri serta membuat persembahan laporan projek kumpulan masingmasing untuk mematikan mereka berjaya.

Analisis cadangan kekerapan aktiviti pembelajaran ini menunjukkan responden lebih


suka aktiviti sebegini dijalankan dengan lebih kerap seperti sekali dalam seminggu, sekali
sebulan dan sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini menunjukkan mereka teruja untuk
terlibat dalam aktiviti sebegini kerana mereka kurang mendapat peluang sebelum ini.

10

3.3 Kenapa anda rasa aktiviti ini sesuai/seronok? Adakah seronok dapat hadiah? Apa
perasaan anda sekiranya menang atau kalah?
Seronok sebab saya boleh berbincang dengan kawan-kawan, mungkin sebab hadiah
jugak, semangat.... (L1P5, P2P5 (L16))
saya boleh berbincang dengan kawan-kawan, boleh tunjuk skill..takde hadiah pun
ok.... (L2P5, L3P5, P4P5 (L16))
saya boleh gunakan ilmu yang dipelajari sebelum ini, ya, hadiah jadi motivasi....
(L4P5, P1P5, P3P5 (L16))
saya boleh gunakan ilmu yang dipelajari sebelum ini, mestilah seronok dapat hadiah.
Tapi takde hadiah pun takpe...( P5P5, P4P6, P5P6 (L16-17))
kalau menang, saya rasa gembira dan bangga, kalau tak berjaya tu gembira juga
sebab dapat pengalaman.. (L1P6, L2P6 (L18-19))
kalau menang, saya rasa gembira, kalau tak berjaya tu saya akan berusaha lebih
gigih.. (L3P6, L4P6, P1P6, P2P6, P3P6 (L18-19))
Melalui kajian ini juga, penyelidik mendapati aktiviti di luar kelas sebenarnya lebih
menarik minat murid. Ini dibuktikan melalui perlaksanaan aktiviti Pertandingan Membina
Penapis Air di mana mereka kelihatan gembira semasa menjalankan aktiviti. Walaupun
aktiviti tersebut agak meletihkan, namun murid-murid lebih bersemangat untuk belajar.
Aktiviti begini juga lebih menggalakkan murid menggunakan kelima-lima deria dan merasai
sendiri pengalaman melihat, menyentuh dan menghidu seperti yang diperlukan dalam
kemahiran proses sains (memerhati). Pengalaman itu juga lebih mengekalkan ingatan mereka
berbanding dengan hanya melihat gambar model.
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) memenuhi ciri-ciri pendekatan pembelajaran
berasaskan pengalaman. Pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar terbahagi kepada dua.
Pertama ialah pembelajaran yang dilalui oleh pelajar dalam keadaan di mana mereka telah
diberikan peluang untuk memperolehi dan mengaplikasikan ilmu serta kemahiran dalam satu
situasi yang sebenar. Oleh itu pembelajaran berasaskan pengalaman adalah melibatkan
pengalaman sebenar dengan fenomena yang dikaji dan bukannya hanya berfikir tentang
fenomena tersebut atau memikirkan cara bagaimana hendak mengalaminya (Borzak 1981).
Kedua ialah pembelajaran yang berlaku hasil daripada penglibatan terus dengan pengalaman
kehidupan (primary experience, learning that occurs as a direct participation in the events of
life) (Borzak 1981; Houle 1980). Pembelajaran terhasil akibat tindak balas atau refleksi
terhadap pengalaman seharian dan inilah sebenarnya cara di mana kebanyakan daripada kita
belajar.

3.4 Apa cadangan atau harapan anda berkaitan perlaksanaan pertandingan projek ini?
pertandingan projek sains ini sangat bagus untuk menaikkan rasa suka pelajar
terhadap mata pelajaran sains... (L1P7 (L22-23))
pertandingan projek sains ini amat bagus untuk memupuk minat terhadap mata
pelajaran sains... (L2P7, L3P7 (L21-22))
saya berharap pertandingan projek sains ini dapat dijalankan dengan lebih banyak
eksperimen.. (L4P7, P1P7, P2P7, P3P7, P4P7 (L21-22))

11

saya berharap pertandingan projek sains ini dapat dijalankan dengan lebih banyak.
Pelajar sekarang malas, seronok belajar sambil main-main... (P5P7 (L21-22))
3.5 Adakah terdapat perubahan minat pelajar terhadap sains menggunakan aktiviti
pembelajaran berasaskan projek pertandingan?
Hasil daripada analisis temubual dengan pelajar yang melibatkan diri dalam
pertandingan projek membina penapis air, perubahan minat yang agak ketara dapat
diperhatikan. Daripada analisis temu bual didapati bahawa berlaku perubahan terhadap minat
pelajar. Dapat diperhatikan pelajar berasa kurang yakin dan tidak begitu berminat dengan
sains di awal sesi sebelum aktiviti dijalankan. Ini dapat digambarkan dari ungkapanungkapan
rasa macam bosan sikit.,
biasa je dan
saya rasa takut juga..
Pernyataan-pernyataan ini dikategorikan sebagai pernyataan yang bersifat negatif.
Hanya seorang responden yang menyatakan bahawa beliau sememangnya berminat dengan
sains, tetapi juga menyatakan bahawa minatnya bertambah selepas aktiviti ini dijalankan.
Sebaliknya, selepas menjalankan aktiviti yang disediakan, perasaan negatif ini telah berubah,
antara dialog yang diberikan adalah
saya rasa seronok..,
..saya rasa lebih berminatdan
..saya rasa teruja dan gembira.
Ungkapan-ungkapan ini menunjukkan perubahan yang positif. Semua responden,
100% bersetuju bahawa minat mereka bertambah dengan aktiviti ini. Contoh dialog bagi
menggambarkan pernyataan ini adalah seperti berikut:
ya..saya rasa semakin bertambah minat dengan sainsP1P2(L6)
ya..minat saya semakin bertambah ..P2P2(L6)
Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa aktiviti pembelajaran berasaskan
projek pertandingan ini mampu untuk meningkatkan minat pelajar. Mereka juga memperoleh
kemahiran belajar sains secara tidak langsung dan dapat menggunakan pendekatan
kontekstual pada sesuatu konsep sains. Aktiviti ini dapat membantu pelajar meningkatkan
keyakinan diri, kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana PdP
lebih ceria dan menyeronokkan. Dapatan ini disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh
penyelidik-penyelidik sebelum ini bahawa kaedah pengajaran berasaskan projek berjaya
meningkatkan minat pelajar terhadap sains (Christidou 2011). Pelajar yang terlibat dengan
projek didapati lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka berbanding ketika
mengikuti pembelajaran tradisional (Penuel & Means 2000; SRI 2000; Boaler 1997).
CADANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

12

Minat memainkan peranan yang penting bagi membantu seseorang pelajar mencapai
kejayaan dalam dunia pendidikan. Minat yang wujud dalam diri seseorang pelajar akan
mempengaruhi proses pembelajaran mereka. Kebimbangan melanda apabila situasi hari ini
menunjukkan bahawa dasar 60:40 aliran sains sastera masih belum dicapai. Malahan
kerisauan bertambah apabila peratusan pelajar yang memilih aliran sains ini dilihat semakin
berkurangan dan semakin menjauhi nisbah 60% yang dihasratkan (Zanaton, Lilia & Kamisah
2006; Sapora 2010; Fatin et al. 2012).
Peranan guru sangat penting dalam menarik minat pelajar terhadap sains. Dapatan
kajian menunjukkan antara faktor pelajar tidak minat terhadap sains adalah kerana kaedah
pengajaran guru yang bersifat rutin dan tidak menarik. Oleh yang demikian, kajian ini
mencadangkan perlunya dilakukan penyegaran semula terhadap aktiviti PdP sains di sekolah
supaya dapat meningkatkan kembali minat pelajar terhadap sains. Antara usaha yang boleh
dilakukan ialah menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti pembelajaran
berasaskan projek (Penuel & Means 2000; SRI 2000; Boaler 1997). Pembelajaran berasaskan
projek adalah sejenis pendekatan yang memerlukan pelajar menangani masalah secara
penghasilan produk sebagai artifak pembelajaran. Menerusi penghasilan artifak ini, pelajar
bertindak sebagai seorang penyelesai masalah, pembuat keputusan, perekacipta dan
penyelidik. Ia merupakan sejenis pembelajaran inkuiri yang bersifat terbuka dan
dimotivasikan oleh perasaan ingin tahu seseorang pelajar. Pelajar yang terlibat dengan projek
didapati lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka berbanding ketika mengikuti
pembelajaran tradisional (Penuel & Means 2000; SRI 2000; Boaler 1997). Walaupun aktiviti
sebegini dikatakan memerlukan masa yang agak panjang, namun dapatan kajian
menunjukkan ia mampu meningkatkan minat pelajar. Oleh yang demikian, pihak guru perlu
merancang aktiviti pengajaran mereka supaya aktiviti sebegini dapat dilaksanakan dengan
berkesan.
Selain itu, dalam perlaksanaan PBPP guru perlu mempunyai ciri-ciri sebagai
fasilitator yang baik. Cropley (1997) telah menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku guru yang
memupuk kreativiti dalam bilik darjah:
a) Menggalakkan pelajar untuk belajar secara bebas.
b) Memiliki stail pengajaran yang saling bekerjasama dengan pelajar dan bersepadu
secara sosial.
c) Memotivasikan pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan sebagai asas kepada
pemikiran divergen.
d) Menangguhkan sebarang penilaian terhadap idea yang dikemukakan oleh pelajar
kecuali setelah idea-idea tersebut telah diteliti dan diungkapkan dengan jelas.
e) Menggalakkan pelajar berfikir secara fleksibel.
f) Menggalakkan pelajar melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea yang mereka
keluarkan.
g) Mengambil segala cadangan dan soalan pelajar secara serius atau bersungguhsungguh.
h) Menawarkan kepada pelajar peluang-peluang untuk melakukan tugasan dengan
menggunakan pelbagai bahan dalam berbagai keadaan.
i) Membantu pelajar belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan dan kegagalan
supaya pelajar akan tabah untuk mencuba sesuatu yang baru dan luarbiasa.
Ringkasnya, terdapat pelbagai gaya pengajaran yang telah disarankan oleh pakarpakar. Terpulanglah kepada komitmen para guru untuk melaksanakannya di dalam bilik
darjah.

13

Selain itu, pihak sekolah juga berperanan untuk menganjurkan program yang dapat
memberi pendedahan kepada guru-guru berkaitan teknik pengajaran yang lebih berkesan dan
menarik supaya mereka dapat mengaplikasikannya di dalam bilik darjah. Pembelajaran
berasaskan projek ini memerlukan kerjasama pihak-pihak swasta untuk memberi sumbangan
dalam bentuk kewangan dan latihan kepakaran. Sesi perkongsian ilmu boleh dijalankan untuk
menganjurkan program bagi meningkatkan minat pelajar terhadap sains seperti Petrosains,
Pusat Sains Negara, Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), badan korporat
dan sebagainya. Program kerjasama juga boleh dijalankan bersama-sama dengan pelajar
mahupun pensyarah-pensyarah institut pengajian tinggi yang sememangnya mempunyai
kemahiran dan kepakaran yang luas dalam bidang ini. Memberi kursus berkaitan PBPP
kepada bakal guru dan guru yang telah berada dalam perkhidmatan. Ini adalah kerana proses
pembangunan guru yang berkualiti adalah satu proses yang panjang dan berterusan bermula
dari mereka mula berkhidmat sehinggalah mereka bersara (Muzirah & Nurhana 2013). Satu
bentuk program pembangunan profesional yang dapat menyokong proses
memperkembangkan kemampuan guru secara terus menerus amat diperlukan bagi
memastikan sikap dan minda guru berubah seiring dengan peredaran global. Dalam keadaan
apabila seseorang guru perlu melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran,
mereka mungkin tidak mengetahui cara untuk menangani perubahan tersebut (Muzirah &
Nurhana 2013). Bantuan dan sokongan perlu diberi kepada guru-guru untuk mengekalkan
mereka supaya sentiasa berada dalam keadaan yang kemas kini (update) dengan iklim
pendidikan abad ke-21.
Dapatan penilaian guru/pakar menunjukkan bahawa aktiviti PBPP ini sesuai dengan
kandungan pembelajaran dan dapat mengukur sikap saintifik pelajar. Sehubungan itu, kajian
ini mencadangkan supaya guru-guru dapat menggunakan kaedah ini sewaktu menjalankan
aktiviti pentaksiran penilaian berasaskan sekolah (PBS). Menurut Dokumen Standard
Penilaian PBS, untuk mencapai tahap tertinggi, (band 6), pelajar dikehendaki untuk
mempersembahkan aktiviti projek yang telah dibina dengan berkesan. Guru-guru dapat
membuat penilaian yang lebih berkesan dengan memberi peluang kepada pelajar
mempamerkan bakat dan kemahiran berkomunikasi yang tersendiri. Dapatan yang diperoleh
daripada kajian ini memberikan implikasi secara langsung ke atas perlaksanaan pendidikan
sains di Malaysia khususnya di peringkat menengah.
KESIMPULAN
Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan yang positif dari segi minat pelajar dalam
mata pelajaran sains. Pendedahan aktiviti ini diharapkan boleh menjadikan panduan kepada
guru untuk melakukan inovasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran sains supaya ia
lebih menyeronokkan dan meningkatkan minat pelajar. Kesimpulannya PBPP merupakan
satu kaedah alternatif yang patut digunakan oleh guru masa kini. PBPP jika
diimplementasikan secara terancang dan teratur akan membawa kepada peningkatan minat
pelajar terhadap mata pelajaran sains, meningkatkan tahap literasi sains di kalangan warga
Malaysia serta menyumbang kepada peningkatan kualiti sains dan teknologi di negara ini.
Pada masa hadapan warga Malaysia yang harus dilahirkan bukan hanya pengguna produk
sains dan teknologi, malahan berkemampuan menghasilkan ciptaan-ciptaan baru, bersifat
inventif dan memiliki kemahiran abad ke-21 supaya mereka mampu bersaing di peringkat
global.
.

14

RUJUKAN
Aimeur, E. & Frasson, C. (1996). Analyzing a new learning strategy according to different
knowledge levels. Computers & Education 27: 115-127
Akhbar Ibrahim. (1997). Attrition to science and technology: The Malaysian case.
Conference on Science and Technology Education. Kuala Lumpur Malaysia.
Barringto ,B. L. dan B. Hendricks.
Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. New York: Prentice Hall.
Bell, T., Urhahne, D., Schanze, S and Ploetzner, R. (2010). Collaborative inquiry learning:
models, tools and challenges. International Journal of Science Education. 3(1): 349377.
Biggs, J. B. (1976). Dimensions of Study Behavior: Another Look at ATI. British Journal of
Educational Psycology 46: 68-80.
Blumenfeld, P. C., Soloway, E., Marx, R. W., Krajcik, J. S., Guzdial, M., & Palincsar, A.
(1991). Motivating project-based learning: Sustaining the doing, supporting the
learning. Educational Psychologist 26(3): 369-398.
Boaler, J. (1997). Experiencing School Mathematics: Teaching Styles, Sex and Settings.
Buckingham, UK: Open University Press.
Borzak, L. (ed.) (1981). Field Study. A source book for experiential learning. Beverley Hills:
Sage Publications.
Boyle, T. (1997). Design for Multimedia Learning. London: Prentice Hall.
Bransford, J.D. & Stein, B.S. (1993). The Ideal Problem Solver (2nd ed.). New York:
Freeman.
Cantador, I. & Conde, J.M. (2010). Effects of Competition in Education: A Case Study in an
e-Learning Environment, Universidad Autonoma de Madrid.
Chan Lin, Lin Juan. (2008). Technology Integration Applied to Project-based Learning in
Science. Innovation in Education and Teaching International 45: 55-65.
Chiel, H. J., McManus, J.M. & Shaw, K. M. (2010). From Biology to mathematical models
and back: Teaching modeling to biology students, and biology to math and engineering
students. CBE-Life Sciences Education 9: 248-265.
Christidou, V. (2011). Interest, attitudes and images related to Science : Combining students
voices with the voices of school Science. Teachers and Popular Science 6(2): 141-159.

15

Clark, A. (2006). Changing classroom practice to include the project approach. Early
Childhood Research & Practice 8(2): 37-46.
Cropley, A.J. (1997). Creativity & cognition: producing effective novelty. Roeper Review 21:
253-263.
Dewey, J. (1938). Experience and Education. New York: Macmillan.
Fasli, M., Michalakopoulos, M. (2005) Supporting Active Learning through Game-like
Exercises. Proceedings of the 5th IEEE International Conference of Advanced Learning
Technologies (ICALT 2005), hlm. 730-734.
Fatin Aliah Phang, Mohd Salleh Abu, Mohammad Bilal Ali & Salmiza Salleh. (2012). Faktor
penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis
sorotan tesis. Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, The Zon Regency, Johor
Bahru, Johor.
Fulu, I. (2007). Enhancing Learning Through Competitions. School of InfoComm Technology,
Ngee Ann Polytechnic.
Geier, R., Blumenfeld, P.C., Marx, R.W., Krajcik, J.S., Fishman, B., Soloway, E. & ClayChambers, J. (2008). Standardized test outcomes for students engaged in inquiry-based
science curricula in the context of urban reform. Journal of Research in Science
Teaching 45(8): 922-939.
Graham, P.J. (1976). The competitive emphasis of sport: A need for reflection. Paper
presented at the International Congress of Physical Activity Sciences, Quebec City,
Quebec, CA.
Grant, M. M. (2002). Getting a grip on project-based learning: Theory, cases and
recommendations. Meridian: A Middle School Computer Technologies Journal 5(1).
Gltekin, M. (2005). The effect of project based learning on learning outcomes in the 5th
grade social studies course in primary education. Educational Sciences: Theory &
Practice 5(2): 548-556.
Hamacheck, D.E., (1985). Psychology in Teaching, Learning and Growth. Massachusetts:
Allyn & Bacon.
Hani Ismail. (2001). Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar menengah rendah
dalam mata pelajaran sains. Kertas projek Sarjana, Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Harel, J. R. & Papert, S. (1991). Constructionism. Norwood, NJ: Ablex.
Houle, C. (1980). Continuing Learning in the Professions. San Francisco: Jossey-Bass.
Ismail Md. Salleh. (2005). Strategi bagi Rancangan Malaysia Kesembilan untuk
Meningkatkan Pembangunan Insan. Conferences on Challenges in Human
Development in Malaysia: Ideas For The Ninth Malaysian Pelan. 11-12 Julai.

16

Kamisah Osman & Neelavany Marimuthu. (2010). Setting new learning targets for the 21st
century science education in Malaysia. Procedia Social and Behavioral Sciences 2
2010, hlm. 3737-3741.
Khalijah Hj Ahmad (2002). Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan penerapan
proses sains : Amalan di kalangan guru-guru sains di daerah Pontian. Tesis Sarjana,
UTM.
Kolodner, J. (2002). Learning by design TM: Iterations of Design Challenges for Better
Learning of Science Skills. Cognitive Studies 9(3): 338-350.
Kucharski, G., Rust, J., & Ring, T. (2005). Evaluation of the ecological, futures, and global
(EFG) curriculum: A project based approach. Education 125(4): 652-670.
Laporan Kementerian Pelajaran Malaysia 1993. Kemerosotan pelajar sains. Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lawrence, R. (2004). Teaching Data Structures Using Competitive Games. IEEE
Transactions on Education 47(4): 459-466.
Lilia Halim, Kamisah Osman & Zanaton Hj. Ikhsan. (2002). Perkaitan di antara sikap
saintifik dan sikap terhadap sains di kalangan pelajar sekolah menengah. Laporan
Penyelidikan Jangka Pendek. Fakulti Pendidikan : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lim, T.C. (2007). Hubungan antara pendekatan pengajaran guru dengan pendekatan
pembelajaran pelajar mata pelajaran kimia tingkatan empat. Tesis Sarjana, Universiti
Teknologi Malaysia.
Massey, A. P., Ramesh, V., & Khatri, V. (2006). Design, Development and Assessment of
Mobile Applications: The Case for Problem-Based Learning. IEEE Transactions on
Education 49(2): 183192.
Mioduser, D., & Betzer, N. (2003). The Contribution of Project-based Learning to High
Achievers Acquisition of Technological Knowledge and Skills. International Journal of
Technology and Design Education 18: 59-77.
Moursund, D. (1999). Project-based learning using information technology. Eugene, OR:
International Society for Technology in Education.
Muzirah Ab Mokhti & Nurhana Mohamad Rafiuddin. (2013). Persepsi Guru Sains yang
Mengamalkan Lesson Study sebagai Program Pembangunan Profesional Guru
Terhadap Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran. Proceeding of the Global
Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1) 11-12 March 2013, Kuala
Lumpur. Organized by WorldConferences.net.
Newell, R. J. (2003). Passion for learning: How project-based learning meets the needs of
21st-century students. Lanham, Md.: Scarecrow Press.
Papert, S. (1980). Mindstorm : Children, Computers and Powerful Ideas. New York: Basic
Books.

17

Penuel, W. R., & Means, B. (2000). Designing a Performance Assessment to Measure


Students Communication Skills in Multimedia-supported, Project-based Learning.
Annual Meeting of the America Educational research Association, New Orleans.
Piaget, J. (1953). The Origins of Intelligence in Children. New York, NY: Basic Books.
Razila Abd. Kadir. (1998). Pemilihan aliran sains di kalangan pelajar Tingkatan Empat.
Latihan Ilmiah: Fakulti Pendidikan, UKM.
Roth, W.M. (1995). Authentic school science. Knowing and learning in open-inquiry science
laboratories. Dordrecht : Kluwer.
Rojahan Hj. Abdullah. (2004). Pencapaian dan kesalahan konsep dalam kerja, tenaga dan
kuasa di kalangan pelajar tingkatan lima Aliran Teknikal. Tesis Sarjana, UM.
Ruhaiza, R. (2012). Anggap Bidang Sains
http://www.hmetro.com.my/. [16 April 2014].

Tak

Berbaloi.

Retrieved

from

Rukiah Mohamed Ibrahim & Kamisah Osman. (2014). Persepsi pelajar terhadap sains dan
hubungannya dengan kemahiran abad ke-21. Proceeding International Seminar on
Global Education II 2014, hlm. 2827-2845.
Salwa Baba. (2012). Hubungan antara pendekatan pengajaran guru biologi dan pendekatan
pembelajaran pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran biologi. Tesis Sarjana.
Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sapora Sipon. (2010). Peranan kaunselor sekolah mempertingkatkan kerjaya dalam bidang
sains dan matematik di kalangan pelajar bumiputera. Jurnal Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan.
Sharifah Maimunah Syed Zin & Lewin, K.M. (1993). Insight Into Science Education:
Planning ang Policy Priorities in Malaysia. Laporan Kajian Bersama Kementerian
Pendidikan Malaysia dan International Institute for Educational Planning. ENESCO.
Paris: IIPPs Prinshop.
Shindler, J. (2007). Transformative Classroom Managemen. Massachusetts: Pearson Allyn &
Bacon Press.
Siow Heng Loke. (1993). Pergerakan Konsepsi Alternatif: Pengaruh dan Implikasinya ke
atas Pendidikan Sains di Malaysia. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti
Malaya.
Solomon, G. (2003). Project Based Learning: A Primer. Technology and Learning 23(6).
SRI International. (2000). Silicon Valley Challenge 2000: Year 4 Report. San Jose, CA: Joint
Venture, Silicon Valley Network.
Stephanie Bell. (2010). Project-based learning for the 21st century: Skills for the future, the
clearing house. Journal of Educational Strategies, Issues and Ideas 83(2): 39-43.

18

Stipek, D.J. (1992). Motivation to Learn: From Theory to Practice, 2 ed. Massachusetts:
Allyn & Bacon.
Subahan M. M. (2009). Teachers Profesional Knowledge in Science and Mathematics
Educational: Views From Malaysia and Abroad, hlm. 1-33. Fakulti Pendidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Syarifah Alwiah Alsagoff. (1981). Pengenalan pengajaran individu dengan tumpuan khas
kepada modul pengajaran dan modul pembelajaran. Jurnal Pendidik dan Pendidikan
3(1): 54-62.
Syarifah Alwiah Alsagoff. (1984). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Syed
Zin,
S.M,
(2002).
Malaysia.
Retrieved
from
http://www.ibe.unesco.org/curriculum/China/Pdf/IIMalaysia.pdf [17 Ogos 2013].
The George Lucas Foundation (2011). What Works in Education. Retrieved from
http://www.edutopia.org. [24 Mei 2014].
Thomas, J. W. (2000). A Review of research on Project-based Learning. Laporan Autodesk
Foundation.
Retrieved
from
http://www.bie.org/index.php/site/RE/pbl_research/29[25/5/2013].
Thousand, J., Villa, A. & Nevin, A. (1994). Creativity and Collaborative Learning. Brookes.
Verhoeff, T. (1997). The role of competitions in education. Proceeding of the Future World
Educating for the 21st Century Conference and Exhibition.
Vockell, E. (2004). Educational Psycology: A practical Approach. Purdue University.
Vygotsky, L.S. (1962). Thought and language. Cambridge, MA: MIT Press.
Yazid Yusof. (2008). Profil pengajaran berkesan mata pelajaran sains di sekolah menengah
harian di Seremban, Negeri Sembilan. Tesis Sarjana, UM.
Zaharah Mohd Nadzir. (2009). Hubungan antara Persepsi Pelajar Tentang Persekitaran
Sekolah, Motivasi Akademik dan Strategi Pembelajaran dengan Pencapaian dalam
Mata Pelajaran Sains. Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zanaton Haji Iksan, Lilia Halim dan Kamisah Osman. (2006). Sikap terhadap sains dalam
kalangan pelajar sains di peringkat menengah dan matrikulasi. Pertanika J. Soc. Sci &
Hum 14(2): 131-147.