Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti dan sumbangan ASAS 50

Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan sajak. Sajaksajak penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan, Mutiara,
Kencana, Utusan Zaman dan Mastika. Sajak ASAS 50 membawa persoalan
perjuangan kemerdekaan , nasib kaum buruh, dan kemiskinan petani yang selari
dengan slogannya Seni Untuk Masyarakat.Penyajak ASAS 50 adalah Usman
Awang(Tongkat Warrant) dan Masuri SN. Sajak Nelayan, Gadis Kuburan, Pak
Utih, Nasib Buruh dan Ke Makam Bonda karya Usman Awang. Antologi Puisi
Baru, Awan Putih, Warna Suasana karya Masuri SN.
Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang penulisan cerpen.
Cerpen-cerpen penulis ASAS 50 tersiar dalam akhbar dan majalah Hiburan,
Juita,Mutiara, Mastika, Utusan Zaman .Cerpen ASAS 50 membawa persoalan
darurat , nasib kaum buruh, dan ketidakadilan sosial yang selari dengan
slogannya Seni Untuk Masyarakat. Cerpenis ASAS 50 adalah Keris Mas, Awa nilSarkam dan A. Samad Said. Cerpen ASAS 50 Antologi Cerpen Mekar dan Segar
dan Patah Tumbuh karya Keris Mas.
Penulis Angkatan ASAS 50 bergiat cergas dalam bidang kritikan sastera. Tulisan
kritikan sastera ASAS 50 banyak tersiar dalam majalah Mastika dan Utusan
Zaman .Penghasilan tulisan kritikan sastera ASAS 50 memperjuangkan slogan
Seni Untuk Masyarakat dan fungsi kesusasteraan kepada masyarakat.Berlaku
polimek antara Asraf Seni Untuk Masyarakat dengan Hamzah Seni Untuk
Seni menyebabkan Hamzah keluar dari ASAS 50. Pengkritik ASAS 50 adalah
Asraf, Keris Mas dan Hamzah. Tulisan kritikan Aasas 50 Mencari Pembaharuan
Dalam Kesusasteraan Melayu dan Esei Sastera ASAS 50 (Antologi Esei Kritikan
bersama) karya Araf. Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama) dan Di
sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972 (antologi bersama) karya
Keris Mas.
Penulis Angkatan ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan novel. Penulisan
novel juga diceburi oleh penulis ASAS 50 walaupun tidak begitu cergas dan
popular Persoalan utama penulisan novel ASAS 50 ialah percintaan muda-mudi,
kemiskinan dan ketidak adilan sosial. Penulis novel ASAS 50 adalah Rosmera dan
Wijaya Mala (Abu Yazid Abidin) Novel Perempuan Berbaju Hijau, Melati Korban
Cinta Suci, Pelukis Muda dan Meja Bola karya Rosmera. Novel Mata Intan, Saka
Kampung Gergasi , Muda Tak Sudah karya Wijaya Mala.
Penulis ASAS 50 juga menceburi bidang penulisan Bahasa. Penulis ASAS 50 gigih
berusaha bagi memperkembangkan dan mendaulatkan bahasa Melayu di sekitar
tahun 50-an. Berhasil menjadikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi dengan
tidak melupakan tulisan jawi. Tokoh bahasa ASAS 50 adalah Asraf ASAS 50
menjayakan Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu I, II dan III.