Anda di halaman 1dari 13

Bahagian A (30 markah)

Bahagian ini mengandungi 30 soalan. Anda diberi empat jawapan iaitu A, B, C, dan D untuk
setiap soalan. Pilih jawapan yang betul untuk setiap soalan. Masa yang dicadangkan untuk
menjawab bahagian ini ialah 45 minit.
1. Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR tentang peraturan bilik sains?
A. Murid boleh masuk ke dalam bilik sains pada bila-bila masa.
B. Murid dibenarkan masuk ke dalam bilik sains di bawah pengawasan ibu bapa.
C. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik sains tanpa kebenaran guru.
D. Ketua kelas dibenarkan masuk ke dalam bilik sains tanpa kebenaran guru.
2. Rajah 1 menunjukkan dua longgok buku yang diletakkan berhampiran dengan nyalaan
penunu Bunsen.

Rajah 1
Mengapakah tindakan ini sangat berbahaya dan dilarang?
A. Boleh mengakibatkan kebakaran.
B. Mengganggu tugas memanaskan bahan kimia.
C. Menghalang pergerakan murid di dalam bilik sains.
D. Menyukarkan murid menjalankan aktiviti sains.
3. Seorang murid menjatuhkan sebuah bikar ke atas lantai. Dia kemudiannya memungut
serpihan kaca dan mencampakkannya ke dalam bakul sampah. Apakah tindakan yang
harus kamu ambil jika kejadian ini berlaku?
A. Lapor kepada guru apabila ada masa lapang.
B. Lapor kepada guru dengan serta-merta.
C. Lapor kepada guru pada waktu rehat.
D. Lapor kepada guru selepas sekolah.
4. Mengapakah kita mesti sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan bilik sains?
A. Supaya dapat dipuji oleh guru.
B. Supaya bilik sains kelihatan cantik.
C. Supaya bilik sains bebas daripada lalat.
D. Untuk mengelakkan kemalangan.
5. Apakah pemerhatian yang dapat dibuat berdasarkan gambar dan maklumat dalam
Rajah 2?

A.
B.
C.
D.

Rajah 2
Tikus di dalam bekas kaca sangat aktif.
Tikus tidak sesuai hidup di dalam bekas kaca.
Setiap bekas kaca mengandungi seekor tikus.
Tikus di dalam bekas kaca mati selepas enam jam.

6. Rajah 3 menunjukkan sepasu pokok bunga di halaman rumah yang diletak di dalam
sebuah kotak hitam. Pokok bunga itu disiram air dua kali sehari.

Rajah 3
Ramalkan keadaan pokok selepas lima hari.
A. Pokok ini akan berbunga.
B. Bilangan daun pokok ini akan bertambah.
C. Daun-daun pokok ini akan menjadi kuning.
D. Daun-daun pokok ini akan menjadi lebih berkilat.
7. Rajah 4 menunjukkan susunan radas yang disediakan dalam satu penyiasatan untuk
mengkaji keperluan asas haiwan. Selepas seminggu, siput di dalam bekas P didapati
masih hidup tetapi siput di dalam bekas Q sudah mati.

Rajah 4
Apakah inferens yang boleh dibuat tentang keadaan siput di dalam bekas Q?
A. Kekurangan air.
B. Kekurangan udara.
C. Kekurangan makanan.
D. Kekurangan pasangan membiak.
2

8. Antara peralatan berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk menimbang berat buah
nanas?
A.

C.

B.

D.

9. Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK BETUL tentang kemahiran melakar
spesimen?
A. Spesimen yang dilakar mesti dilabelkan.
B. Lakaran dibuat dengan menggunakan pensel.
C. Semua lakaran mesti diwarnakan dengan cantik.
D. Pembaris digunakan untuk melukis garisan label.
10. Rajah 5 menunjukkan seekor ikan buntal.

Rajah 5
Apakah ciri khas ikan itu untuk melindungi diri daripada musuh?
A. Tanduk.
B. Sisik keras.
C. Duri tajam.
D. Cangkerang keras.
3

11. Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi diri daripada
musuh.

P Tanduk tajam
Q Kuku tajam
R Bulu tebal
S Kulit tebal
Antara ciri berikut, yang manakah dapat digunakan untuk mengumpulkan badak sumbu
dan kerbau dalam kumpulan yang sama?
A. P dan Q
B. P dan S

C. Q dan S
D. R dan S

12. Antara yang berikut, yang manakah BUKAN ciri atau tingkah laku unta untuk
menyesuaikan diri di kawasan gurun?
A. Bonggol untuk menyimpan lemak.
B. Berendam dalam pasir untuk menyejukkan badan.
C. Bulu yang tebal membantu memantulkan cahaya matahari yang cerah.
D. Bulu mata yang tebal dan panjang untuk melindungi mata daripada pasir.
13. Antara maklumat berikut, yang manakah TIDAK BENAR?

Haiwan

Caranya melindungi diri daripada cuaca melampau

A.

Penguin

Mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulit.

B.

Beruang kutub

Mempunyai telinga yang kecil.

C.

Burung bangau

Berendam dalam air yang sejuk.

D.

Tupai

Tidur sepanjang musim sejuk.

14. Rajah 6 menunjukkan satu model haiwan yang direka cipta.

Ciri-ciri haiwan rekaan ini:


Saiz badan seperti kucing.
Berbulu panjang dan tebal.
Bulu boleh kembang menjadi keras dan tajam apabila

diganggu.
Mempunyai taring dan kuku yang tajam.

Rajah 6
Antara yang berikut, yang manakah TIDAK BETUL tentang kegunaan ciri-ciri haiwan itu?
A. Menyerang musuh dengan kuku dan taring yang tajam.
B. Bulu yang tebal menyejukkan badan semasa musim panas.
C. Kembangkan bulu apabila diserang untuk menakutkan musuh.
D. Mempertahankan diri dengan bulu yang keras dan tajam apabila diganggu.
15. Rajah 7 menunjukkan cara ibu kucing menyusui dan menjaga anak-anaknya.

Menyusui anak

Menjaga anak

Rajah 7
Apakah tujuan tindakan kucing itu?
A. Melindungi anak kucing.
B. Memastikan kemandirian spesies kucing.
C. Memastikan anak-anak kucing mendapat makanan.
D. Memastikan anak-anak kucing tidak berlawan antara satu sama lain.
16. Bagaimanakah penyu memastikan keselamatan telurnya?
I.
Bertelur pada waktu malam.
II.
Menimbus telurnya di dalam pasir.
III.
Mengeram telurnya sehingga menetas.
IV.
Membawa anak-anak yang baru menetas ke dalam laut.
A.
B.
C.
D.

I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV

17. Rajah 8 menunjukkan satu kaedah pengelasan haiwan.

Haiwan

X
Menghasilkan beberapa biji telur.
Mengeram
telur
sehingga
menetas.

Y
Menghasilkan banyak telur.
Membiarkan
telur
menetas
sendiri.

Rajah 8
Antara haiwan berikut, yang manakah dikelaskan dengan BETUL dalam kumpulan X dan
Y?

A.

Ayam

Nyamuk

B.

Ular

Buaya

C.

Itik

Banggau

D.

Penyu

Siput

18. Antara tindakan berikut, yang manakah TIDAK membantu memastikan kemandirian
spesies?
A. Bergerak dalam kumpulan.
B. Mencari makanan untuk anak.
C. Membiarkan anak haiwan melindungi dirinya sendiri.
D. Membawa anak haiwan bersama ke mana-mana.
19. Antara haiwan dan cara penjagaan anaknya, yang manakah TIDAK BETUL?

A.

Kucing

Menyerang apabila anaknya diganggu.

B.

Kanggaru

Membawa anak di dalam kantungnya.

C.

Rusa

Melindungi anak dengan kuku dan taring yang tajam.

D.

Kala jengking

Membawa anaknya di belakang badannya.

20. Rajah 9 menunjukkan empat jenis hidupan.

Rajah 9
Antara rantai makanan berikut, yang manakah BETUL?
A. P Q R S
B. Q S P R
C. R P S Q
D. S Q R P
21. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber tenaga utama dalam
pemakanan hidupan?
A. Tumbuhan.
B. Manusia.
C. Haiwan.
D. Matahari.
22. Rajah 10 menunjukkan satu siratan makanan.

Rajah 10
Pengelasan manakah yang betul?

Herbivor

Karnivor

Omnivor

A.

Q, S, T

R, U

B.

S, T

R, U

C.

R, U

Q, S

D.

R, S, U

23. Rajah 11 menunjukkan satu siratan makanan.

Rajah 11
Berapakah rantai makanan yang terdapat dalam siratan makanan ini?
A. 4
B. 5
C. 6
D. 7
24. Rajah 12 menunjukkan satu siratan makanan.

Rajah 12
Apakah yang akan berlaku jika bilangan N berkurang?
A. Bilangan O berkurang.
C. Bilangan L berkurang.
B. Bilangan M berkurang.
D. Bilangan P bertambah.
25. Antara pernyataan berikut, yang manakah TIDAK BENAR?
A. Sejenis haiwan boleh menjadi sumber makanan kepada haiwan lain.
B. Kepupusan spesies tumbuhan tertentu boleh menyebabkan sesetengah spesies
haiwan menjadi pupus.
C. Kepupusan spesies haiwan tertentu boleh menyebabkan sesetengah spesies haiwan
lain menjadi pupus.
D. Manusia tidak dipengaruhi oleh kepupusan sebarang spesies tumbuhan ataupun
haiwan.
26. Rajah 13 menunjukkan sepohon pokok keladi.

Rajah 13
Apakah ciri khas tumbuhan itu untuk melindungi dirinya daripada musuh?
A. Daun yang beracun.
B. Buah yang berbau busuk.
C. Daun yang menghasilkan getah.
D. Bulu halus pada permukaan daun.
27. Satu penyiasatan dijalankan oleh sekumpulan murid ke atas seekor siput dan sejenis
daun. Rajah 14 menunjukkan pemerhatian yang dibuat selepas dua jam.

Rajah 14
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat melalui penyiasatan itu?
A. Daun itu beracun.
B. Daun itu berbau busuk.
C. Semua daun dimakan oleh siput.
D. Siput memerlukan makanan untuk hidup.
28. Rajah 15 menunjukkan sejenis tumbuhan yang hidup di kawasan gurun. Antara
pernyataan berikut, yang manakah TIDAK BENAR tentang penyesuaian tumbuhan ini
dengan cuaca yang melampau?

Rajah 15
A.
B.
C.
D.

Mempunyai batang yang boleh menyimpan air.


Mempunyai akar yang panjang untuk mencari air.
Mempunyai batang yang berbulu halus untuk menyerap kelembapan.
Mempunyai daun berbentuk jarum untuk mengurangkan kehilangan air.

29. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri lalang untuk melindungi dirinya apabila angin
kencang bertiup?
I.
Akar banir yang memegang pokok dalam tanah.
9

II.
III.
IV.
A.
B.
C.
D.

Batang yang berkulit tebal supaya tidak dimusnahkan oleh angin kencang.
Daun yang kurus dan panjang supaya tidak mudah koyak oleh tiupan angin.
Batang yang mudah lentur supaya tidak mudah patah apabila ditiup angin
kencang.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV

30. Antara tumbuhan berikut, yang manakah boleh menggulungkan daun semasa cuaca
panas untuk mengurangkan kehilangan air?
I.
Pokok keladi.
II.
Pokok pisang.
III.
Kaktus.
IV.
Rafflesia.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

Bahagian B (20 markah)


Bahagian ini mengandungi 4 soalan. Jawab semua soalan. Masa yang dicadangkan
untuk menjawab bahagian ini ialah 30 minit.

1. Rajah 1 menunjukkan seorang murid yang sedang menjalankan satu aktiviti


sains yang melibatkan pemanasan air.

Rajah 1
a) Ramalkan dua kemalangan yang mungkin berlaku.
1. ____________________________________________________________
2. ____________________________________________________________
(2 markah)
b) Nyatakan langkah-langkah
kemalangan di (a).

yang

10

boleh

diambil

untuk

mengelakkan

1. ___________________________________________________________
2. ____________________________________________________________
(2 markah)
c) Apakah yang harus dilakukan dengan segera oleh murid tersebut jika
berlakunya sebarang kecederaan di dalam bilik sains?
______________________________________________________________
(1 markah)

2. Jadual 1 menunjukkan keputusan satu penyiasatan untuk membandingkan masa


yang diambil untuk melarutkan kuantiti gula pasir yang berbeza dalam 750 ml air.
Jisim gula (g)
Masa gula melarut (s)

50
5

100
8

150
13

200
20

Jadual 1
a) Apakah tujuan penyiasatan ini?
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(1 markah)
b) Nyatakan satu pemboleh ubah yang perlu dimalarkan dalam penyiasatan ini.
1. ___________________________________________________________
(1 markah)
c) Nyatakan :
(i)

Pemboleh ubah dimanipulasi,


________________________________________________________

(ii)

Pemboleh ubah bergerak balas,


________________________________________________________
(2 markah)

d) Nyatakan satu hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasi dengan


pemboleh ubah bergerak balas dalam penyiasatan ini.
11

______________________________________________________________
______________________________________________________________
(1 markah)

3. Satu penyiasatan dibuat untuk mengkaji bilangan penyu yang datang ke sebuah
pantai untuk bertelur dari tahun 2011 hingga tahun 2014. Carta palang dalam
Rajah 2 menunjukkan maklumat yang dikumpul.

Bilangan penyu

Tahun
2011

2012

2013

2014

Rajah 2
a) Tuliskan satu pemerhatian yang dapat dibuat tentang bilangan penyu yang
datang untuk bertelur dari tahun 2011 hingga tahun 2014.
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(1 markah)
b) Nyatakan satu sebab (inferens) untuk pemerhatian di (a).
______________________________________________________________
(1 markah)
c) Apakah corak perubahan bilangan penyu yang datang untuk bertelur dari
tahun 2011 hingga tahun 2014?
______________________________________________________________
(1 markah)
d) Nyatakan dua cara penyu memastikan keselamatan telurnya.
1. ___________________________________________________________
12

2. ___________________________________________________________
(2 markah)
4. Rajah 3 menunjukkan satu siratan makanan di sebuah sawah padi.

Belalang

Padi

Burung Pipit

Tikus

Katak

Ular
Rajah 3

a) Tuliskan tiga rantai makanan berdasarkan siratan makanan dalam Rajah 3.


______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(3 markah)
b) Apakah yang akan berlaku jika semua pokok padi termusnah akibat
kemarau?
______________________________________________________________
(1 markah)
c) Apakah kepentingan siratan makanan?
______________________________________________________________
(1 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

13