Anda di halaman 1dari 6

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 - 5

BIDANG PEMBELAJARAN 1 : NILAI BERKAITAN DENGAN


PERKEMBANGAN DIRI
BIL
NILAI
1. Kepercayaan kepada
Tuhan
2. Amanah
3. Harga Diri
4. Bertanggungjawab
5. Hemah Tinggi
6. Toleransi

7. Berdikari
8. Kerajinan

9. Kasih Sayang
10. Keadilan
11. Rasional

12. Kesederhanaan

DEFINISI NILAI
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan
mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama
masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan
kepercayaan dan keyakinan orang lain.
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan
menjaga maruah diri dalam kehidupan
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan
tugas serta kewajipan dengan sempurna.
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan
seharian.
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan
faham demi kesejahteraan hidup.
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa
bergantung kepada orang lain.
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan,
kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam
melakukan sesuatu perkara.
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan
yang lahir daripada hati yang ikhlas.
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat
sebelah.
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan
dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang
wajar.
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan
tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan
tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

BIDANG PEMBELAJARAN 2 : NILAI BERKAITAN DENGAN


KEKELUARGAAN
BIL
NILAI
1. Kasih Sayang
terhadap Keluarga
2. Hormat dan taat
kepada anggota
keluarga
3. Mengekalkan Tradisi
Kekeluargaan

DEFINISI NILAI
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan
berkekalan terhadap keluarga.
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan
memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga
yang harmoni.
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan,
adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun
dalam keluarga.

4. Tanggungjawab
terhadap Keluarga

Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu


terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,
meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

BIDANG PEMBELAJARAN 3 : NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM


SEKITAR
BIL
NILAI
DEFINISI NILAI
1. Menyayangi dan
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam
Menghargai Alam
sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Sekitar
2. Keharmonian antara Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara
Manusia dengan
manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan
Alam Sekitar
manusia dan alam sekeliling terpelihara
3. Kemapanan Alam
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai
Sekitar
tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.
4. Peka terhadap IsuPrihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam
isu Alam Sekitar
sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.
BIDANG PEMBELAJARAN 4 : NILAI BERKAITAN DENGAN
PATRIOTISME
BIL
NILAI
1. Cinta akan Negara

DEFINISI NILAI
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan
kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
2. Taat Setia pada Raja Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan
dan Negara
Negara.
3. Sanggup Berkorban
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk
untuk Negara
nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.
BIDANG PEMBELAJARAN 5 : NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI
MANUSIA
BIL
NILAI
1. Melindungi Hak
Kanak-Kanak
2. Menghormati Hak
Wanita

DEFINISI NILAI
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak
bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang
boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,
masyarakat dan negara.
3. Melindungi Hak
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa
Pekerja
dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.
4. Menghormati Hak
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang
Golongan Kurang
berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka
Berupaya
sebagai insan ciptaan Tuhan.
5. Melindungi Hak
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi
Pengguna
pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta
barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.
BIDANG PEMBELAJARAN 6 : NILAI BERKAITAN DENGAN
DEMOKRASI
BIL

NILAI

DEFINISI NILAI

1. Mematuhi Peraturan
dan Undang-Undang

Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang


telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang
itu berada.
2. Kebebasan Bersuara Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan
tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.
3. Kebebasan Beragama Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan
agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Malaysia.
4. Penglibatan Diri
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
dalam Pembangunan pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undangNegara
undang dan Perlembagaan Malaysia.
5. Sikap Keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan
kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat
Malaysia.
BIDANG PEMBELAJARAN 7 : NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN
DAN KEHARMONIAN
BIL
NILAI
1. Hidup Bersama
Secara Aman
2. Saling Membantu
dan Bekerjasama
3. Saling Menghormati
antara Negara

DEFINISI NILAI
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan
mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa
mengira agama, bangsa dan budaya.
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada
peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai
sesuatu matlamat.
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk
menjamin kesejahteraan sejagat.

Unit 2: Amanah Pegangan Hidup Kita


Bidang: 1 Perkembangan Diri
Nilai: 1.2 Amanah
Definisi: Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain.
Kandungan Akademik:
Tema: Pekerja beretika negara berjaya
Tajuk Pembelajaran:
Etika kerja yang positif sebagai satu budaya

Huraian Tajuk Pembelajaran:

Amanah dalam menjalankan tugas sebagai seorang pekerja


Peraturan kerja
Imej organisasi
Banteras rasuah

Kandungan Akademik:
Tema: Amanah menjamin perhubungan yang harmonis
Tajuk Pembelajaran:
Sikap amanah menimbulkan kepercayaan orang lain
Huraian Tajuk Pembelajaran:

Sikap amanah dalam setiap perhubungan


Anggota keluarga
Rakan sebaya
Warga sekolah
Anggota masyarakat

Unit 2: Amanah Pegangan Hidup Kita


Bidang: 1 Perkembangan Diri
Nilai: 1.2 Amanah
Definisi: Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain.
Kandungan Akademik:
Tema: Sikap amanah sebagai pegangan hidup

Tajuk Pembelajaran:
Amalan amanah dalam kehidupan
Huraian Tajuk Pembelajaran:

Amalan slogan Bersih, Cekap dan Amanah dalam setiap tugas dan
tanggungjawab.
Jentera pentadbiran
Kegiatan politik

Amalan amanah mengikut perspektif agama


-Islam
-Buddha
-Hindu
-Kristian
-Sikh

Fikir dan Jawab (M/S 14)


1. Apakah maksud amanah dalam slogan BCA?
Maksud amanah dalam slogan BCA ialah sikap rela dan cuba menjalankan tugas
serta tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan.
2. Nyatakan kepentingan sikap amanah dalam kalangan pegawai
kerajaan dan ahli politik terhadap masyarakat dan negara.
Kepentingan sikap amanah dalam kalangan pegawai kerajaan ialah imej badanbadan kerajaan terpelihara dan tidak berlaku kebocoran rahsia-rahsia sulit kerajaan
di samping dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi, cekap
dan berkesan.
Kepentingan sikap amanah dalam kalangan ahli politik ialah mereka telah diberikan
kepercayaan oleh masyarakat untuk menjaga hak dan kebajikan rakyat selain dapat
menjamin keadilan dan ketelusan dalam melaksanakan projek pembangunan
negara.
3. Sebagai seorang pelajar, mengapakah amalan amanah penting kepada
anda?

Sebagai pelajar, amalan amanah penting kerana dapat melatih diri untuk menjadi
seorang yang bertanggungjawab, jujur dan ikhlas kepada diri sendiri, keluarga dan
masyarakat. Selain itu, pelajar tersebut akan mendapat kepercayaan daripada guruguru dan rakan-rakan di sekolah untuk melaksanakan sesuatu tugas.