Anda di halaman 1dari 2

[MENJANA KEJAYAAN, KEKAYAAN DAN KEBERKATAN] June 29, 2009

MENJANA KEJAYAAN, KEKAYAAN DAN KEBERKATAN

Oleh:
Kamarul Azami bin Mohd Zaini
Pengarah Urusan IQ Class Management
Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management
Yang Di Pertua ABIM Daerah Kuala Selangor

“Redhalah dengan apa yang dibahagikan Allah s.w.t kepadamu, nescaya engkau menjadi orang yang
paling kaya.”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Untuk menjadikan diri kita ini amat berjaya, bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Bahkan ianya
memerlukan pengorbanan, keupayaan serta perlakuan yang bukan seperti orang yang kebiasaan. Jika
dilontarkan persoalan, siapa yang mahukan kejayaan dan kekayaan, pasti, ramai yang menggamit dan
bertanyakan bagaimana? Sehingga hari ini, ramai yang melibatkan diri dengan pelbagai bentuk
perniagaan dan sistem yang secara umumnya adalah untuk menjana pendapatan yang lumayan yang
menjangkakan hidup akan aman selepas memilikinya. Namun, sedarkah kita bahawa, untuk mencipta
kejayaan dan memiliki kekayaan memerlukan satu sifat yang hebat iaitu redha.

Menimbulkan sifat redha atau ‘qanaah’ merupakan satu perkara yang amat sukar dan ini dibuktikan
dalam hadith di atas. Sifat Redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.
Pengetian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik
berupa peraturan (hukum) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. Redha terhadap
AllaH s.w.t. terbahagi kepada dua iaitu:

1. Redha menerima peraturan (hukum) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
2. Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Mereka yang mampu menerima seadanya, dan bersyukur bahkan menghargai setiap pemberian Allah
kepadanya, maka merekalah orang-orang yang kaya dan berjaya. Apabila hadirnya ‘qanaah’ dalam diri,
maka yang sedikit akan menjadi banyak dan yang banyak akan menjadi berkat. Inilah yang memberikan
kesan besar kepada kehidupan kita iaitu berjaya dan kaya dalam keberkatan.

“Himpunlah rasa putus asa terhadap apa-apa yang ada di tangan manusia.”
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Kita tidak akan dapat merasai kejayaan dan kekayaan sebenar kecuali dengan cara kita menghilangkan
keinginan dan kemahuan terhadap apa yang ada pada diri orang lain. Kerapkali berlaku pada diri apabila
menyimpan angan-angan untuk mempunyai sesuatu sebagaimana apa yang ada pada orang lain. Sikap
tidak dapat menerima pemberian Allah yang dirasakan tidak mencukupi hanyalah menyebabkan jiwa
kita menolak Allah sedikit demi sedikit. Akhirnya, kita gagal untuk merasakan kenikmatan kehidupan
sebenarnya. Hidup kita mula terumbang-ambing dan tidak terarah.
1

Orang-orang yang tidak redha, hati mereka akan dipenuhi dengan dendam kesumat, kebencian dan sifat
Page

dengki yang tidak terkawal. Manakala jiwa mereka yang sentiasa redha, Allah telah janjikan untuk
IQ CLASS MANAGEMENT | Penulisan
[MENJANA KEJAYAAN, KEKAYAAN DAN KEBERKATAN] June 29, 2009

mereka rasa kaya dihati, aman, dipenuhi dengan rasa cinta dan tawakal menjadi keutamaan
perlakuannya. Apabila sifat redha atau ‘qanaah’ ini telah membentengi jiwa manusia maka pastinya,
mereka akan menjadi jutawan yang berjaya dan sentiasa bersedia untuk pulang ke kampung halaman
sebenar kita. Antara perniagaan yang akan dijalankan oleh mereka yang jiwanya dipenuhi sifat redha
adalah seperti berikut;

1. Kitarkan semula dunia kita dengan akhirat, kampung halaman kita.


Setiap kejadian di dunia ini tiada yang kekal bahkan semuanya akan musnah dan rosak.
Termasuklah diri kita sendiri. Oleh yang demikian, haruslah kita gunakan segala perkara di dunia
ini untuk keperluan kita ketika pulang ke kampung kelak. Kampung yang akan kekal abadi dan
selamanya kita akan tinggal di sana. 4 perkara utama yang perlu kita kitarkan sebaik mungkin
adalah;
a. Usia kita;
b. Ilmu kita;
c. Amanah kita (pangkat atau kedudukan) serta;
d. Harta kekayaan kita.

2. Tukaran Wang (Harta) dan Deposit Tetap


Seringkali kita amat menyayangi harta benda dan wang kita sedangkan yang di saku kita itulah
pinjaman manakala yang disedekahkan itulah harta sebenar kita. Maka, berdermalah wang kita
kepada mereka yang memerlukan dan setiap derma itu pasti akan dibawa ke kampung halaman
kita sebagai tanaman-tanaman yang bakal dipetik. Ia pasti tidak akan merugikan.

3. Perkhidmatan Awam
Ada juga dikalangan kita yang mungkin tidak mampu untuk membelanjakan harta mereka,
tetapi Allah tidak pernah menutup ruang untuk sesiapapun. Syurga (atau kampung kita) itu
adalah milik semua yang berusaha untuknya. Maka, jika harta tidak mungkin, kerahkanlah masa,
tenaga dan mungkin idea kepada mereka yang memerlukan. Laburkanlah segala kemahiran yang
ada kepada ummat yang sentiasa memerlukannya.

Maka, marilah kita bersama bermuhasabah bahawasanya, Allah telah menyediakan ruang dan peluang
yang amat luas untuk kita menjadi orang yang berjaya, kaya dan diberkati. Kita harus tahu sebenarnya,
kitalah orang yang paling kaya dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Mata, telinga,
nikmat agama dan segala anggota yang ada. Amat banyak. Sedarlah kita bahawa, ada diantara manusia
yang mungkin tidak mempunyai kesempurnaan sebagaimana yang kita rasai. Bersyukurlah dengan apa
yang telah dianugerahkan kepada kita dengan mengucapkan Alhamdulillah, kerana dengan
mengucapkan Alhamdulillah juga adalah sedekah. Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala
hal dunianya kecuali 3 perkara iaitu;

1. Doa anak yang soleh;


2. Sedekah amal jariah serta;
3. Ilmu yang dimanfaatkan.

Insafilah diri kita dan sentiasalah jadikan diri kita sebagai manusia yang berjaya, kaya dan diberkati oleh
Allah s.w.t. Sekadar renungan buat kita semua.
2
Page

IQ CLASS MANAGEMENT | Penulisan

Anda mungkin juga menyukai