Anda di halaman 1dari 18

1.

0 ABSTRAK
Kadar inflasi di Malaysia pada hari ini adalah membimbangkan apabila berlaku
peningkatan ketara bermula tahun 2010 sehingga ke hari ini. Purata pergerakan kadar inflasi di
Malaysia adalah sebanyak 3% hingga 4% setahun kecuali pada tahun 2008, di mana
peningkatan kepada 5%. Menurut pandangan sesetengah penganalisis ekonomi, masalah inflasi
sentiasa melanda Malaysia disebabkan krisis kewangan yang berlaku dalam sistem monetari
dunia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia
dan mengkaji kesan kadar inflasi terhadap kumpulan minuman alkohol & tembakau serta kadar
inflasi terhadap kumpulan kesihatan. Kajian ini telah menggunakan data sekunder untuk
memperoleh maklumat. Kajian ini menggunakan sumber daripada internet dan buku. Kaedah ini
sangat penting kerana melalui kaedah ini penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai
prinsip, konsep, kaedah, pengolahan, dan penganalisian data yang bersesuaian dengan reka
bentuk kajian. Dalam kajian ini mendapati arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun
2006 hingga tahun 2012 menunjukkan penurunan. Hal ini kerana berlaku tindakan kerajaan
yang mengambil pelbagai inisiatif untuk mengurangkan kadar inflasi di Malaysia contohnya
menjalankan dasar fiskal dan dasar kewangan dalam pasaran di Malaysia. Selain itu, penyelidik
juga mendapati bahawa kesan kadar inflasi terhadap kumpulan minuman alkohol & tembakau
adalah menurun dan kesan kadar inflasi terhadap kumpulan kesihatan turut menunjukkan
penurunan. Kesimpulanya, kajian ini mampu membantu penyelidik untuk mengetahui kadar
inflasi di Malaysia serta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.

2.0 LATAR BELAKANG


Inflasi ialah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh sesebuah Negara yang
mengamalkan ekonomi pasaran bebas. Menurut Mansor Jusoh (1990), inflasi meupakan
fenomena kenaikan harga secara menyeluruh dan berterusan dalam pasaran. Manakala kadar
inflasi pula diukur berdasarkan perubahan indeks harga pengguna (IHP) sesebuah Negara dan
pada masa tertentu. Menurut Laporan Tahunan 2010 yang diterbitkan oleh Bank Negara
Malaysia, dari segi sejarah, purata inflasi jangka panjang (tahun 1960-2010) di Malaysia adalah
sebanyak 2.9% merupaka antara kadar inflasi yang terendah di rantau ini. Walau bagaimanapun,
persekitaran inflasi yang rendah sejak 50 tahun lalu diiringi oleh empat episod inflasi yang tinggi
iaitu pada pertengahan 1970-an, awal 1980-an, 1990-an dan lewat 2000-an.
Secara ringkasnya, inflasi boleh ditakrifkan sebagai peningkatan tingkat harga umum
secara berterusan. Peningkatan ini disebabkan oleh perubahan dalam faktor-faktor ekonomi yang
mengakibatkan kejatuhan nilai kuasa beli wang. Oleh itu, berlaku lebihan wang dalam pasaran
yang mengundang kepada wujudnya masalah sosial seperti peningkatan kadar penggangguran,
penurunan pertumbuhan ekonomi dan pelbagai masalah lagi yang mengundang kepada suasana
ekonomi yang negatif.
Faktor utama yang boleh mempengaruhi peningkatan inflasi di Malaysia ialah
mekanisme harga ditadbir. Harga beberapa barang keperluan telah ditadbir oleh kerajaan kerana
perubahan harga barangan ini akan memberi kesan yang ketara terhadap kos hidup golongan
berpendapatan rendah dan sederhana. Pada masa kini, harga barangan ditadbir mencukupi 2.3%
daripada kumpulan IHP. Secara umumnya, terdapat dua jenis barangan harga ditadbir.Kumpulan
pertama terdiri daripada barangan yang tersenarai di bawah Akta Kawalan Harga (1946) dan
harga runcit barangan tersebut ditentukan oleh kerajaan. Kumpulan kedua ialah barangan yang
memerlukan kelulusan kerajaan sebelum boleh membuat sebarang perubahan pada harga.
Di dalam kajian ini saya akan menyentuh dengan lebih mendalam tentang inflasi. Inflasi
diukur atau dikira mengikut kumpulan harga tertentu. IHP mengukur perubahan harga dalam
kumpulan-kumpulan barangan dan perkhidmatan. IHP akan memberi kesan kepada kita sebagai
pengguna. Jabatan perangkaan Negara menyukat IHP berpandukan kumpulan harga barang yang
terdapat pada lampiran. Setiap kategori barangan dan perkhidmatan memberi kesan yang berbeza

kepada indeks dalam IHP.Peratusan kategori barangan dan perkhidmatan melambangkan corak
atau pola perubahan perbelanjaan pengguna.
Di dalam lampiran terdapat IHP mengikut kumpulan barangan dan perkhidmatan. Dalam
kajian ini saya memilih kumpulan minuman alkohol & tembakau dengan kumpulan kesihatan.
Bir, wain, arak & minuman keras, rokok, curut, dan tembakau di kategorikan dalam kumpulan
minuman alkohol & tembakau. Manakala kumpulan kesihatan dari segi ekonomi dilihat
bagaimana seseorang itu bersifat produktif, dalam makna lain mempunyai kegiatan yang
menhasilkan sesuatu dapat menyokong terhadap hidupnya sendiri atau keluaganya. Kesihatan
yang dilihat adalah dari segi ubat-ubatan atau perkhidmatan yang diberikan doctor terhadap
pengguna.
Statistik menunjukkan bahawa perokok di Malaysia meningkat kepada 4.7 juta orang.
Kadar inflasi bagi kumpulan minuman alkohol & tembakau menunjukkan peningkatan. Ini
berkemungkinan disebabkan lambakan rokok seludup pelbagai jenama di jual dipasaran. Hal ini
menyebabkan kesihatan peduduk di Malaysia semakin meningkat. Oleh itu, saya akan mengkaji
secara lebih mendalam tentang kesan kadar inflasi kumpulan minuman alkohol & tembakau
dengan kumpulan kesihatan.
Di
bawah

ini
Kadar Inflasi=

IHP tahun semasa IHPtahun asas


100
IHP tahun asas

Purata Kadar Inflasi=

Jumlah kadar inflasi


100
Bilangantahun

menunjukkan cara pengiraan kadar inflasi dan purata kadar inflasi:

3.0 PERNYATAAN MASALAH


Kajian ini dikaji bertujuan untuk melihat kadar peningkatan indeks harga pengguna dari
tahun 2006 hingga tahun 2010. Menurut Utusan Malaysia (24 September 2008) data pada bulan
ogos menunjukkan peningkatan harga bagi kebanyakan ketegori. Peningkatan tersebut ekoran
daripada tindakan kerajaan yang meningkatkan harga minyak. Kajian ini berfokus untuk
mengenalpasti kesan kadar inflasi terhadap kumpulan minuman alkohol & tambakau serta
kumpulan kesihatan.
Kajian ini merupakan satu elemen yang sangat penting bagi memastikan beban yang
ditanggung oleh pengguna dapat dikurangkan. Hal ini demikian kerana sekiranya inflasi
meningkat, kos sara hidup masyarakat juga turut meningkat. Kos sara hidup akan mengurangkan
taraf kebajikan masyarakat. Kenaikan tingkat harga umum akan mengurangkan pendapatan benar
masyarakat dan seterusnya akan mengurangkan kuasa beli pengguna. Bagi penduduk yang
berpendapatan tetap dan penerima pencen, kos sara hidup semakin tinggi akan membebankan
taraf kebajikan mereka.
Kajian ini amat penting bagi mengenalpasti punca dan aliran kadar inflasi bagi kumpulan
minuman alkohol serta kumpulan kesihatan. Selain itu, kita juga dapat mengetahui isu semasa
mengenai inflasi yang berlaku di dalamdan di luar Malaysia terhadap ketegori kumpulan utama.
Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu mencari alternatif lain untuk mengurangkan kadar
inflasi secara pesat agar ianya dapat meringankan beban yang selama ini dialami oleh
masyarakat.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Menurut Mohd. Majid Kontig (2004) pernyataan objektif penyelidikan merupakan tujuan khusus
yang perlu dicapai bagi menyelesaikan sesuatu masalah kajian.
Objektif yang terdapat dalam menjalankan kajian ini ialah:
4.1) Mengenalpasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012.
4.2) Mengkaji kesan kadar inflasi dalam kumpulan Minuman alkohol & tembakau dengan kesan
kadar inflasi dalam kumpulan kesihatan.

5.0 KAEDAH KAJIAN


Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan data sekunder sebagai kaeadah untuk
mendapatkan maklumat. Data sekunder pula merupakan data yang diperoleh melalui sumber
internet, laporan data sedia ada, rujukan perpustakaan atau bahan-bahan ilmiah serta
menggunakan kaedah menganalisis data. Antara data yang digunakan oleh penyelidik ialah
i) Sumber internet
Kajian secara maya dengan menggunakan laman sesawang digunakan untuk meninjau
tulisan ilmiah, jurnal, akhbar dan bahan tulisan lain. Laman sesawang yang diakses untuk
memperoleh maklumat termasuklah Yahoo, Google, dan lain-lain yang berkaitan. Tinjauan
terhadap laman sesawang dapat membantu penyelidik memperoleh maklumat dengan segera
kerana laman sesawang tidak terhad yakni boleh merentasi sempadan dan masa. Pengaksesan
laman sesawang ini akan dilakukan untuk mengetahui perkembangan dan kajian terkini berkaitan
kadar inflasi, indeks harga pengguna dan aspek lain dalam kajian ini. Segala maklumat yang
berkaitan akan dimuat turun dan dikumpul. Sebagai contoh, Laporan Ekonomi diperoleh melalui
laman web Kementerian Kewangan Malaysia. Laman web ini sangat membantu penyelidik unuk
mendapatkan maklumat mengenai kajian yang dijalankan.
ii) Rujukan daripada buku
Kaedah kajian ini melalui pembacaan juga dilaksanakan. Dalam hal ini penyelidik
menggunakan buku Ace Ahead Teks STPM Ekonomi Malaysia Penggal 3 Edisi Kemas Kini
untuk mendapatkan maklumat. Daripada pembacaan dapat mengembangkan lagi huraian yang

ingin dilakukan dalam dapatan kajian nanti. Selain itu, penyelidik turut dapat menambah ilmu
pengetahuan mengenai inflasi di Malaysia. Penyelidik turut menggunakan beberapa buah buku
untuk memperoleh maklumat. Rujukan buku sangat penting kerana ianya mampu menunjukkan
kesahihan sesuatu maklumat yang diterima.

iii) Kaedah menganalisis data.


Penyelidik akan menganalisis data berdasarkan data yang dikumpulakan. Penyelidik akan
mengisi semua data ke dalam jadual dan seterusnya diubah menjadi graf. Penyelidik akan
menggunakan Microsoft Office Excel untuk membuat graf. Ini sangat memudahkan penyelidik
untuk menyediakan graf. Jadual dan graf yang telah siap akan dilabelkan di bahagian dapatan
kajian untuk dijadikan bukti dalam penyelidikan kajian ini. Dalam kajian ini menggunakan
kaedah peratusan dan kadar purata untuk mendapatkan hasil yng diinginkan.

6.0 DAPATAN KAJIAN


6.1 Arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun 2012.
TAHUN

JUMLAH

KADAR INFLASI (%)

2005

87.7

2006

90.9

3.65

2007

92.7

1.98

2008

97.7

5.39

2009

98.3

0.61

2010

100.0

1.73

2011

103.2

3.2

2012

104.9

1.65

Jadual 1: Peratusan kadar inflasi dari tahun 2006 hingga 2012

Kadar Inflasi
6

0
2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012

Kadar Inflasi

Gambar rajah 1: Peratusan kadar inflasi dari tahun 2006 hingga 2012
Jadual 1 telah menunjukkan data yang berkaitan dengan indeks harga pengguna dan
kadar inflasi di Malaysia dari tahu 2006 hingga 2012.
Berdasarkan jadual di atas penyelidik mendapati bahawa jumlah indeks harga pengguna
pada tahun 2006 ialah 90.9% di mana kadar inflasinya sebanyak 3.65%. Hal ini disebabkan oleh
kenaikan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa. Selain itu, kadar inflasi pada tahun 2006
sedemikian adalah disebabkan oleh berlakunya peningkatan kos pengangkutan dan pertambahan
nilai kadar pertukaran asing.
Kemudian belaku penurunan 1.98% pada tahun 2007 dan meningkat dengan mendadak
pada tahun 2008 iaitu sebanyak 5.39%. Antara bulan Januari 2007 hingga bulan Julai 2008, harga
minyak mentah dunia meningkat lebih dua kali ganda, manakala harga makanan global naik
lebih 50% dalam tempoh 19 bulan. Khususnya, kenaikan ketara dicatat dalam harga beras dunia
pada bulan Mac 2008 kerana hasil tuaian yang rendah dalam negara pengeksport beras utama

telah menyebabkan kekurangan bekalan dan mendorong simpanan stok secara meluas oleh
sesetengah negara untuk menjamin bekalan makanan, lantas menyumbang kepada kekurangan
bekalan beras dunia dan menambah lagi tekanan terhadap harga. Namun, kesan kenaikan
mendadak harga komoditi dunia terhadap inflasi domestik agak tertangguh kerana Kerajaan
mengawal sesetengah harga makanan dan tenaga dalam negeri. Kadar inflasi purata sepanjang
lima bulan pertama 2008 masih rendah pada 2.9%.
Pada tahun 2009, kadar inflasi di Malaysia menunjukkan penurunan kembali secara
mendadak iaitu sebanyak 0.61%. Kadar inflasi pada 2009 menunjukkan kadar inflasi yang paling
terendah di antara tahun 2006 hingga 2012. Hal ini disebabkan krisis dalam kewangan
antarabangsa. Rangkaian pengeluaran dan perdagangan antarabangsa terjejas teruk lantas
mengakibatkan kejatuhan ekonomi yang sedang pesat membangun.
Seterusnya, kadar inflasi meningkat semula pada tahun 2010 iaitu 1.73%. Kenaikan kadar
inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh
kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol
RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen
sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.
Walau bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9%,
Thailand 3%, Korea 3.5% dan India 8.4%.
Kemudian pada tahun 2011, kadar inflasi menunjukkan peningkatan iaitu 3.20%.
Peningkatan inflasi, khususnya pada separuh tahun pertama, adalah disebabkan oleh factor
penawaran yang berpunca daripada kenaikan harga makanan dan pelarasan menaik ke atas harga
ditadbir. Inflasi memuncak kepada 3.5% pada bulan Jun sebelum stabil pada separuh kedua
tahun 2011, memandangkan kesan daripada pelarasan menaik terhadap harga produk petroleum
dan gula pada bulan Julai dan Disember 2010 luput. Inflasi teras, iaitu penunjuk tekanan harga
berasaskan permintaan, naik kepada 2.7% pada tahun 2011 (2010: 1.5%).
Pada tahun 2012, kadar inflasi menunjukkan penurunan kembali iaitu 1.65%. Hal ini
berikutan daripada tekanan inflasi global menjadi sederhana. Selain itu, harga komuditi yang
rendah dan kelemahan pasaran buruh yang tidak menggalakkan peningkatan upah menyebabkan
kadar inflasi menurun.

Secara keseluruhannya, kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012
menunjukkan penurunan dan turut menunjukkan pada tahun 2009 mempunyai kadar inflasi yang
terendah iaitu 0.61%. Hal ini di sebabkan kerajaan telah membuat beberapa langkah bagi
memastikan kadar inflasi tidak terus meningkat secara terkejut. Hal ini juga berpunca daripada
Malaysia yang mempunyai masalah krisis kewangan menyebabkan kerajaan mengurangkan
cukai.

6.2 Kesan kadar inflasi dalam kumpulan minuman alkohol & tembakau dengan kumpulan
kesihatan.
Tahun

2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
Purata

Kumpulan

Kadar Inflasi

Kumpulan

Kadar Inflasi

Minuman Alkohol

(%)

Kesihatan

(%)

& Tembakau
73.4
78.5
84.2
90.7
96.2
100.0

6.9
7.6
7.3
6.1
4.0

90.8
92.8
94.2
96.3
98.4
100.0

2.2
1.5
2.2
2.2
1.6

4.6
0.38
2.2

102.7
104.8

2.7
2.0
1.3

104.6
105.0

Kadar Inflasi
Wajaran
2.2%
1.3%
Jadual 2: Kesan kadar inflasi terhadap kumpulan minuman alkohol & tembakau dengan
kumpulan kesihatan.

8
7
6
5
4
3
2
1
0
2006

2007

2008

2009

Minuman Alkohol & Tembakau

2010

2011

2012

Kesihatan

Rajah 2: Kesan kadar inflasi terhadap kumpulan minuman alkohol & tembakau dengan
kumpulan kesihatan
Secara keseluruhan jumlah minuman alkohol & tembakau menunjukkan purata sebanyak
2.2% menunjukkan nilai tidak konsisten pada 2006 hingga tahun 2012. Pada tahun 2006, kadar
inflasi minuman alkohol & tembakau mencatatkan 6.9% dan meningkat kepada 7.6% pada tahun
2007. Untuk mendapatkan minuman alkohol & tembakau ini perlu diimport dari Negara-negara
tertentu. Berlakunya inflasi di Negara asal menyebabkan Malaysia turut mengalami inflasi yang
semakin meningkat terhadap minuman alkohol & tembakau. Maka, harga dipasaran meningkat.
Kemudian pada tahun 2008 mencatatkan sebanyak 7.3% iaitu menurun, seterusnya pada
tahun 2009 turun mencatatkan penurunan iaitu 6.1% dan pada tahun 2010 juga turut mencatatkan
penurunan iaitu 4.0%. Hal ini berlaku disebabkan oleh berlaku penyeludupan secara haram dari
Negara-negara seperti Thailand, dan Indonesia iaitu rokok, tembakau, dan minuman alkohol
menyebabkan kadar inflasi menurun. Oleh itu, menyebabkan pengguna lebih gemar membeli
barang seludup berbanding dengan rokok dan minuman alkohol yang dibenarkan oleh kerajaan.

Pada tahun 2011, kadar inflasi minuman alkohol mncatatkan peningkatan sedikit iaitu
4.6% dan menurut secara mendadak iaitu 0.38% pada tahun 2012. Hal ini berlaku disebabkan
pengeluaran yang banyak menyebabkan pengeluar terpaksa menanggung lebihan yang tinggi
menyebabkan kerajaan menurunkan kadar inflasi secara mendadak. Hal ini turut berlaku kerana
pengguna kurang membeli minuman alkohol & tembakau menyebabkan kadar inflasi diturunkan
dengan mendadak.
Bagi kumpulan kesihatan pula, secara keseluruhan jumlah kesihatan menunjukkan purata
1.3% yang menunjukkan nilai tidak konsisten dari 2006 hingga tahun 2012. Pada tahun 2006,
kadar inflasi bagi kumpulan kesihatan mencatatkan 2.2% dan menurun kepada 1.5% pada tahun
2007. Hal in disebabkan ubat-ubatan sangat penting kepada pengguna. Sekiranya kadar inflasi
yang terlalu tinggi menyebabkan pengguna tidak mampu untuk membeli, maka kerajaan
menurunkan kadar inflasi tersebut.
Bagi tahun 2008 dan 2009 menunjukkan kadar inflasi yang sama iaitu 2.2%. Kemudian
pada tahun 2010 menunjukkan penurunan kepada 1.6%. Seterusnya, meningkat pada tahun 2011
iaitu 2.7% dan menurun kembali pada 2012 iaitu 2.0%. Hal ini berpunca daripada kesihatan
sangat penting dalam kehidupan pengguna maka kerajaan mengurangkan kadar inflasi bagi
memastikan pengguna sentiasa berada dalam keadaan sihat. Terdapat pengguna yang
menggunakan konsep doktor keluarga dimana setiap pengguna akan berdaftar dengan seorang
doktor kesihatan keluarga pilihan mereka untuk mendapat jagaan kesihatan primer. Tiada
sebarang caj akan dikenakan semasa mendapatkan rawatan dari doktor berkenaan sekiranya
perkhidmatan tersebut tergolong dalam pakej faedah (benefits package) yang ditetapkan.
Pengguna mungkin dikenakan sedikit bayaran bersama (co-payment), yang tidak membebankan
bagi ubat-ubatan dan peralatan tertentu. Oleh itu, pihak kerajaan mengurangkan kadar kadar
inflasi ini supaya pengguna boleh mengikuti konsep ini.
Secara keseluruhannya, dalam kumpulan minuman alkohol & tembakau mempunyai
wajaran sebanyak 2.2% dan kumpulan kesihatan mempunyai wajaran sebanyak 1.3%. hal ini
menunjukkan kedua-dua kumpulan ini mempunyai wajaran atau pemberat terkecil di dalam IHP
bermakna perubahan harga dalam kumpulan tersebut memberi kesan lebih kecil kepada IHP
berbanding kumpulan lain.

7.0 CADANGAN
Bahagian ini akan membincangkan cadangan dari penyelidik untuk mengatasi masalah
kadar inflasi di Malaysia supaya matlamat Malaysia Wawasan 2020 dapat direalisasikan.
Dalam konteks ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Hal Ehwal
Pengguna harus menganjurkan Kempen Beli Barangan Malaysia. Langkah ini amat mustahak
untuk memulihkan masalah inflasi. Rakyat Malaysia digalakkan supaya membeli bahan
keperluan asas yang sedia ada di negara kita daripada membeli barangan import. Walhal, harga
barangan tempatan lebih berpatutan kerana kos pengangkutan lebih murah. Contoh, rakyat kita
seyogianya makan buah-buahan dan sayur-mayur tempatan yang lebih segar dan berkhasiat
daripada barangan import. Seperti peribahasa, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Jika semua rakyat dapat bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dan
bersemangat patriotik,

kempen tersebut berupaya meningkatkan peniagaan dalam negara.

Senarionya, petani, peniaga dan pengusaha industri kecil dan sederhana kita turut memperoleh
manfaatnya. Hal ini dapat memantapkan defisit pendapatan negara supaya nilai mata wang
Malaysia tidak jatuh berbanding dengan mata wang asing. Inflasi turut diredakan.
Pendekatan yang dominan untuk membendung masalah kenaikan harga barang keperluan
ialah Kempen Berhemat. Kata orang tua-tua, Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis dan
cermat semasa banyak, jimat semasa sedikit. Amalan berjimat cermat merupakan tabiat yang
terpuji.

Amalan membesarkan kerak nasi patut dielakkan kerana berbelanja banyak tanpa

sekatan hanya merugikan diri sendiri. Pengguna harus diterapkan ilmu kepenggunaan supaya
sentiasa membeli barang berdasarkan keperluan dan bukan berdasarkan nafsu. Rakyat kita
digesa supaya bersahaja dan sederhana tanpa boros terutamanya pada musim perayaan. Sebagai
contoh, telur, daging ayam, tepung menghadapi kekurangan di pasaran gara-gara pengguna
membeli secara berlebihan sehingga membazir dan tidak dapat dihabiskan. Jika setiap rakyat
dapat berhemat dengan tabiat cicir dipungut, hilang dicari dalam setiap pembelian dan tidak
membeli secara berlebihan,

nescaya inflasi

dapat diminimumkan kerana bekalan tidak

mengalami kekurangan berbanding dengan permintaan di pasaran.


Kesimpulannya, pihak kerajaan perlulah mengambil tindakan sewajarnya bagi
memastikan inflasi yang berlaku ini tidak akan menjejaskan pengguna dan ekonomi Negara.

Dalam dunia yang sera bersaing, daya pemikiran, kreativiti, dan inovasi rakyat sesebuah Negara
itulah menjadi penentu untuk kejayaan. Dari pemikiran dan idea maka lahirlah menemuan yang
boleh merubah sesuatu keadaan kepada sesuatu yang lebih baik. Faktor ini menjadi penentu
kepada kelangsungan sesebuah ekonomi untuk dapat meletakkan ke tahap yang stabil dan
selamat dalam jangka panjang. Oleh itu semua rakyat patut bekerjasama untuk menghadapi
cabaran-cabaran yang akan datang dengan proses menuju Wawasan 2020.

8.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kemajuan tidak dapat dicapai oleh mana-mana Negara sekiranya tingkat
harga umum meningkat iaitu indeks harga pengguna (IHP). Hal ini demikian kerana ianya ada
perkaitan dengan penguna. Sekiranya IHP terus meningkat ianya akan memberi bebanan kepada
pengguna.negara yang maju mestilah mempunyai rakyat yang hidup dalam keadaan yang selesa
dan tidak menanggung bebanan hidup yang tinggi untuk menyara kehidupan. Secara ringkasnya,
kajian ini dijalankan bagi melihat arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga
2012. Selain itu, kesan kadar inflasi dalam kumpulan minuman alkohol & tembakau dengan
kesan kadar inflasi dalam kumpulan kesihatan turut dikaji. Hal ini kerana bagi memastikan
Negara terus maju dan berkembang rakyatnya mestilah sentiasa berada dalam keadaan yang sihat
dan tidak dipengaruhi dengan minuman alkohol. Oleh itu, pelbagai langkah dan usaha perlu
dijalankan oleh negara bagi meningkatkan ekonomi pada tahap yang lebih tinggi dalam usaha
menstabilkan IHP bagi memastikan taraf hidup rakyat sentiasa dalam keadaan baik serta
kesihatan rakyat sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.

9.0 RUJUKAN
Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2007. Laporan Ekonomi 2007/2008. Kuala
Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.
Mansor Jusoh. (1990). Siri Teks Ekonomi Dewan (Inflasi). Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1-140.
Sabariah Ali, 2014. Ace Ahead Teks STPM Ekonomi Malaysia Penggal 3 Edisi Kemas Kini.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.