Anda di halaman 1dari 15

SULIT

011

Soalan 1 21
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

Kata Puan Salmi kepada anaknya, Baju ini untuk ____________ pakai pada hari raya
nanti.
A engkau
B kalian
C kamu
D dia

Hanim dan keluarganya__________ melancong ke Sarawak selama seminggu pada


cuti sekolah nanti.
A akan
B pernah
C

masih

D sedang

011

[Lihat sebelah
Sulit

SULIT

011

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

Pada waktu petang, Zarul ____________ pokok bunga di halaman rumahnya.


A

menyimbah

B menyiram

membasah

merenjis

Perlawanan hoki itu ditangguhkan kerana hujan turun sangat ____________.


A laju
B lebat
C

deras

D kencang

Cikgu Farid sangat ____________ kerana murid-muridnya berjaya dengan cemerlang


dalam peperiksaan UPSR.
A kecewa
B gembira
C kagum
D gusar

011

[Lihat sebelah
Sulit

SULIT

011

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

Seekor kucing sedang mengiau di _____________ bumbung rumah Normah.


A puncak
B dalam
C luar
D atas

____________ murid tahun enam yang terlibat dengan kelas bimbingan malam
dikehendaki berkumpul di kantin.
A Setengah
B Seluruh
C Segala
D Semua

Nabila kerap bercerita__________ pengalamannya ketika menyertai perkhemahan yang


lalu _________ anak-anak saudaranya.
A akan...pada
B dari...untuk
C tentang...kepada
D sebagai...dengan

011

[Lihat sebelah
Sulit

SULIT

011

Shahril ____________ kambing-kambing yang memasuki kebunnya.


A

dihalau

B penghalau

10

menghalau

terhalau

Gempa bumi yang kuat telah menyebabkan bangunan-bangunan di bandar Fukushima,


Jepun ____________.
A

bertaburan

B berkocak
C

bergegar

bergetar

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Baizura memasukkan beberapa ____________ duit syiling ke dalam tabung.


A keping
B ketul
C butir
D biji

011

[Lihat sebelah
Sulit

SULIT

011

12 Fatin seorang murid yang pintar. ____________, dia telah dipilih untuk menyertai
pertandingan kuiz kesihatan.

13

Meskipun

Lantaran itu

Namun begitu

Walau bagaimanapun

Melisa dan Adibah berkawan rapat. ____________, mereka mempunyai minat


yang sama iaitu gemar membaca buku cerita.
A

Walaupun begitu

B Namun demikian
C

Tambahan pula

D Walhal

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14 Puan Jalilah membeli beberapa ____________ petai di pasar tani.


A biji
B helai
C papan
D keping

011

[Lihat sebelah
Sulit

SULIT

011

15 Baginda dan permaisuri akan ____________ ke Tanah Suci Mekah pada minggu
hadapan.
A

berpindah

B bertolak

16

berangkat

bergerak

Doktor mengesahkan bahawa Adlina sakit telinga kerana____________nya bengkak.


A jejari
B sesiku
C

lelangit

gegendang

17 Halim tetap gembira walaupun dia hanya mendapat hadiah ____________ dalam
pertandingan syarahan itu.
A

durian runtuh

B duit kopi
C

buah tangan

sagu hati

Soalan 18 dan 19
Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat yang berikut.
18 Razman dan abangnya sangat akrab. Mereka seperti ____________.
A aur dan tebing
B isi dengan kuku
C bulan dan matahari
D cincin dengan permata

011

[Lihat sebelah
Sulit

SULIT

011

19 Murid yang belum pandai jika selalu diajar akan berjaya akhirnya,ibarat
A

alah bisa tegal biasa.

melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

genggam bara api biar sampai menjadi arang.

belakang parang kalau diasah lagikan tajam.

Soalan 20 dan Soalan 21


Pilih perkataan seerti bagi perkataan bergaris.
20 Kamal boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan Tamil dengan lancar walaupun baru
berusia tujuh tahun.
A cepat
B fasih
C pantas
D cekap
Soalan 21 berdasarkan gambar di bawah.

21 Hang Tuah adalah antara pahlawan Melayu yang terbilang pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka.
A terpuji
B tertangkas
C termasyhur
D teristimewa
011

[Lihat sebelah
Sulit

SULIT

011

Soalan 22
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
22 Nelayannelayan laut dalam akan singgah di Pulau Kapas jika cuaca tidak baik.
A

Adakah cuaca tidak baik ketika nelayan-nelayan laut dalam berada di Pulau Kapas?

Bagaimanakah cuaca ketika nelayan-nelayan laut dalam singgah di Pulau Kapas?

Di manakah nelayan-nelayan laut dalam akan singgah jika cuaca tidak baik?

Mengapakahkah nelayan-nelayan laut dalam akan singgah di Pulau Kapas?

Soalan 23
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.
23 Betulkah jalan ini menuju ke rumah penghulu?
A

Ya, inilah jalan untuk ke sana.

Ya, penghulu menuju ke situ.

Memang sayapun hendak ke rumah penghulu.

Memang benar, penghulu sudah lama menetap di sana.

Soalan 24 dan soalan 25


Pilih ayat sama maksud dengan ayat yang diberi.
24 Malam semalam saya dan kakak tidur lambat kerana asyik berbual panjang.
A Kami berbual panjang malam semalam sehingga asyik tertidur.
B Kami lambat berbual panjang malam semalam kerana tertidur.
C

Kami lambat tidur sambil berbual panjang pada malam semalam.

D Kami asyik berbual panjang malam semalam sehingga lambat tidur.

25 Pameran komputer itu telah mendapat sambutan hebat daripada orang ramai.

011

Sambutan orang ramai terhadap pameran komputer itu amat menggalakkan.

Pameran komputer itu semakin hebat setelah mendapat sambutan orang ramai.

Pameran komputer itu menyebabkan orang ramai menyambut dengan hebat.

Orang ramai telah mengunjungi pameran komputer yang hebat itu.

[Lihat sebelah
Sulit

SULIT

10

011

Soalan 26 hingga soalan 28


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

26 I

Ramai penternak lembu mengeluh kerana kekurangan padang ragut.

II Mangsa ragut itu membuat laporan polis semalam.


III Pak Rahim ragut tali lembunya untuk ditambat.
IV Kes ragut semakin bertambah di bandar.

27

I dan III

II dan IV

I,II dan III

I,II dan IV

Marina membuka kasut langsung ke ruang tamu.

II Norsham langsung tidak mahu mendengar nasihat ibunya.


III Majlis pertunangan kakak akan langsung pada minggu hadapan.
IV Siaran langsung pertandingan badminton ditunda kerana masalah teknikal.

011

II dan III

II dan IV

I,II dan IV

I,III dan IV

[Lihat sebelah
Sulit

SULIT

28 I
II

11

011

Bapa Karim padam enjin kereta di halaman rumah.


Lampu di ruang dapur padam tiba-tiba.

III Tolong padam papan hitam sekarang.


.

IV Suis lampu bilik abang telah padam


A

I dan II

I dan IV

II dan III

II dan IV

Soalan 29 dan soalan 30


Pilih ayat-ayat yang betul.

29

Fauziah mengirimi ayahnya sepucuk surat.

II Pemandangan di tepi pantai itu sungguh amat indah.


III Gulungan remaja dinasihati supaya menghargai pengorbanan ibu bapa.
IV Di antara mereka,Azrenalah yang paling cepat menyiapkan kerja yang diberi.

30

I dan II

I dan IV

I, II dan III

I, III dan IV

Rohaila enggan memulangkan buku yang dia pinjam.

II Kakak menggilap barang-barang tembaga hingga berkilat.


III Kedua orang anak Encik Razak telah mendirikan rumah tangga.
IV Sesetengah ibu bapa tidak menghiraukan pelajaran anak mereka.

011

I dan II

II dan III

II dan IV

II, III dan IV

[Lihat sebelah
Sulit

SULIT

12

011

Soalan 31 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Azlan tersenyum kegembiraan. Ayah baru sahaja membelikannya sebuah basikal baharu.
Lazimnya, dia dihantar oleh ayah ke sekolah dengan menaiki motosikal. Ayah akan
memastikan Azlan memakai topi keledar yang sesuai dan mereka sentiasa berpakaian cerah
agar mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain. Sekiranya hari hujan, mereka akan
menaiki kereta dan memakai tali pinggang keledar dengan kemas. Dia juga akan turun di
bahagian bebendul jalan. Dia sentiasa ingat akan pesanan ayahnya supaya mematuhi
peraturan, sabar dan bertimbang rasa ketika menggunakan jalan raya.
Kali ini, Azlan mesti berani dan berdikari. Ayah tidak akan menghantar Azlan ke
sekolah lagi. Azlan mesti memahami cara yang selamat menunggang basikal. Jaga basikal ini
baik-baik, pesan ayah. Azlan mengucapkan terima kasih sambil memeluk ayahnya erat-erat.
Dia berjanji akan menjaga keselamatan sewaktu pergi dan balik sekolah.
Dia segera berjumpa Rahim, rakan sekelasnya yang pernah menyertai Program
Keselamatan Menunggang Basikal baru-baru ini. Program tersebut telah diadakan di padang
sekolah dan dianjurkan oleh Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia. Rahim
menyerahkan brosur Tip Menunggang Basikal. Azlan membaca brosur itu dan berbincang
dengan Rahim.
Kita hendaklah memastikan basikal kita dalam keadaan yang baik dan selamat.
Selain itu, kita mesti memakai topi keselamatan, pakaian dan kasut yang sesuai. Elakkan diri
daripada menunggang basikal pada waktu hujan. Patuhi peraturan dan papan tanda isyarat
jalan raya. Awak mesti menggunakan isyarat tangan yang betul dan pastikan tiada kenderaan
di kiri dan di kanan sebelum menukar haluan. Gunakan lintasan undan atau lintasan belang
sewaktu menyeberang jalan raya di hadapan sekolah kita. Yang paling penting, jangan
bersaing atau berlumba semasa menunggang basikal. Kalau awak menunggang pada waktu
malam, gunakan jaket pantul cahaya, Rahim menerangkan tip menunggang basikal satu
persatu sambil Azlan mendengar dengan penuh minat.
Wah, banyak juga perkara yang perlu saya ketahui. Rahim, esok kita ke sekolah
bersama-sama, ya? Saya akan pastikan keselamatan diri dan basikal saya terjaga dengan baik.
Terima kasih, Rahim, kita jumpa esok. Azlan melambai-lambaikan tangan dan bergegas
pulang dengan menunggang basikal baharunya.

011

[Lihat sebelah
Sulit

SULIT
31

13

011

Mengapakah ayah membelikan Azlan basikal baharu?


A

supaya Azlan dapat berdikari

untuk menggembirakan hati Azlan

agar Azlan dapat bersaing dengan Rahim

ayah tidak mahu menghantar Azlan ke sekolah lagi

32 Tujuan utama Azlan berjumpa Rahim untuk


A

mendengar pengalaman Rahim.

menunjukkan basikal baharu Azlan.

menyerahkan brosur kepada Rahim.

berbincang tentang cara-cara menunggang basikal dengan selamat.

33 Pada pendapat kamu, mengapakah kita mesti menggunakan isyarat tangan yang betul?

34

35

011

Pengguna jalan raya akan dapat melihat kita dengan jelas.

Penunggang basikal yang lain dapat berlumba dengan kita.

Pemandu kenderaan akan tahu arah mana yang hendak kita tujui.

Kita akan menjadi penunggang basikal yang berani dan bertimbang rasa.

Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan di atas.


A

Azlan selalu membonceng basikal Rahim sewaktu pergi ke sekolah.

Apabila hujan, ayah Azlan menghantarnya ke sekolah dengan menaiki kereta.

Rahim pernah menyertai Persatuan Bomba dan Penyelamat Sukarela Malaysia.

Azlan sering memakai jaket pantul cahaya semasa menunggang basikal ke sekolah.

Maksud rangkai kata mendengar dengan penuh minat menunjukkan


A

Azlan dan Rahim mempunyai minat yang sama iaitu menunggang basikal.

Rahim mempunyai minat yang mendalam terhadap basikal baharu Azlan.

Azlan berminat menyertai Program Keselamatan Menunggang Basikal.

Azlan menumpukan sepenuh perhatian terhadap penerangan Rahim.

[Lihat sebelah
Sulit

SULIT

14

011

Soalan 36 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Tiga, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya
pada pagi yang mulia ini ialah Kepentingan Menjaga Pemakanan.
Hadirin sekalian,
Badan yang sihat berpunca daripada apa yang kita makan. Pada hari ini, terdapat
berbagai-bagai jenis makanan yang boleh mendatangkan kebaikan dan ada pula yang
mendatangkan keburukan.
Makanan yang baik mengandungi unsur protein, karbohidrat, vitamin, kalsium dan
sebagainya. Apabila seseorang menjaga pemakanannya pada setiap hari, kesihatannya akan
terjamin. Contohnya jika mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman,
kita sebenarnya dapat mengelakkan diri daripada menghidap diabetes. Diabetes adalah
antara penyakit kronik di negara kita. Banyak rakyat Malaysia kehilangan anggota badan
seperti kaki disebabkan penyakit kencing manis.
Hadirin sekalian,
Selain itu, kita juga disaran supaya menjaga pemakanan sejak kecil lagi. Kita
digalakkan untuk meminum susu supaya kita cergas sepanjang hari. Secara tidak langsung,
otak akan cerdas. Di samping itu, dengan meminum susu setiap hari akan menjadikan
tulang kita kuat dan tidak mudah reput.
Menjauhi makanan yang berlemak dan berminyak, dapat mengelakkan diri kita
menjadi obesiti. Kajian menunjukkan punca rakyat Malaysia obesiti adalah berpunca
daripada tabiat pemakanan yang buruk.
Hadirin sekalian,
Kebelakangan ini, banyak penyakit berpunca daripada amalan pemakanan,. Jika kita
dapat menghadkan pengambilan bahan-bahan makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh
kita, sudah pastinya kita dapat menjimatkan wang kita. Ingatlah untuk mencari wang
bukannya senang tetapi untuk mencari penyakit amatlah mudah.
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menjaga pemakanan kita setiap masa.
Hanya kita yang dapat merealisasikannya. Amalkanlah gaya hidup sihat.
Sekian, terima kasih.

011

[Lihat sebelah
Sulit

SULIT

15

011

36

Siapakah yang menyampaikan syarahan di atas?


A
Guru Besar
B
Murid sekolah
C
Pengerusi majlis
D
Peserta pertandingan

37

Kita digalakkan menjaga pemakanan supaya kita


A
menjadi kaya-raya
B
mendapat ramai kawan
C
tidak mendapat sebarang penyakit
D
dapat mengamalkan gaya hidup sihat

38

Yang berikut ialah perkara yang akan berlaku sekiranya kita tidak menjaga
pemakanan, kecuali
A
banyak penyakit
B
duit akan habis
C
badan akan sihat
D
tulang akan reput

39

Pada pendapat anda, bagaimanakah kegemukan boleh berlaku?


A
Lemak berkumpul pada bahagian-bahagian tertentu
B
Tidak mengamalkan pemakanan seimbang
C
Tidak mengamalkan gaya hidup sihat
D
Mereka memang suka menjadi obesiti

40

Apakah maksud obesiti dalam petikan?


A
Kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan
B
Kegemukan yang disebabkan tabiat suka makan banyak.
C
Kegemukan disebabkan tidak menjaga pemakanan
D
Kegemukan yang diingini

KERTAS SOALAN TAMAT

011

[Lihat sebelah
Sulit

SULIT

011

16

011

[Lihat sebelah
Sulit