Anda di halaman 1dari 2

Siri Cerita Kanak-kanak Arnab, Kura-kura dan Usain Bolt

Cerita adalah mengenai Arnab dan Kura-kura. 2 ekor binatang yang tak ngam sesam
a sendiri, anjing dan kucing pun dan insaf dan lupakan kisal lama tapi Arnab den
gan kura-kura masih belum ngam. Menurut cerita orang-orang tua, Arnab dan Kura-k
ura pernah terlibat dalam satu perlumbaan lumba lari yang terkemuka sekali di za
man dahulu kala,betul ke, lebih dashat lagi apabila perlumbaan itu dimenangi ole
h si Kura-kura yang lembab gemalai.
Selepas daripada perlumbaan itu, kaum Arnab mengalami sindrom rendah konfiden di
ri dan selalu menyendiri. Setelah beribu raban tahun berlalu, kini Arnab mahu me
namatkan dendam yang menhantui kaum mereka. Maruah yang tercalar harus digosok k
embali agar bergemarlapan. Kaum Arnab mahu perlumbaan diadakan semula. Mereka ne
kad mahu mengalahkan Kura-kura yang lembab gemalai. Kajian yang Arnab lakukan me
nunjukkan sebab kekalahan memalukan mereka adalah kerana terlajak tidur.
Jawatankuasa perlumbaan dilantik serta merta, terdiri daripada pelajar-pelajar H
uman Resource Management di Uitm Perlis. Arnab menghantar proposal untuk mengada
kan perlumbaan pada bulan Ogos, sempena bulan kemerdekaan negara Malaysia. Kura-
kura nyata terkejut dengan pelawaan Arnab, tak sempat berlatih tiba-tiba diajak
berlumba? Apa gila kah sang Arnab ni. Bentak Kura-kura.
Kura-kura berat hati mahu berlumba, kemenangan silam tentunya sukar untuk diulan
gi, masakan Arnab tertidur lagi, tak mungkin. Tetapi, memandangkan ahli jawataku
asa sudah menyiapkan segala persediaan termasuklah memanggil Menteri Besar Perli
s untuk merasmikan perlumbaan nanti, maka Kura-kura turutkan sahaja. Lagipun, ti
ada apa yang Kura-kura mahu kesalkan jika kalah, mereka tahu mereka lembab, keme
nangan silam itu pun berlaku atas dasar nasib semata-mata. Lagipun bukan kena ba
yar yuran, relaks-relaks sudah.
Ada dapat sijil tak? , tanya kura-kura kepada KN Rosmawani, pelajar UiTM selaku bir
o kebajikan binatang. Ternyata kura-kura tidak berminat untuk memenangi perlumba
an, hanya sijil menjadi perkiraan. Sijil nak, komitmen tak mahu, perangai sama j
e dengan budak-budak sekarang.
Berbeza pula dengan Arnab, Arnab sudah melakukan persediaan yang rapi, mereka te
lah menghantar wakil mereka untuk menonton video Usain Bolt di YouTube. Rutin la
tihan intensif telah dijalankan selama sebulan, biskut Tiger dijadikan sarapan d
an tongkat Ali dijadikan minuman rasmi Arnab. Dengan adanya Tongkat Ali, Arnab t
akkan tertidur lagi, di samping berpeluang untuk menjadi jutawan, Arnab juga mah
u menjadi jutawan.
Tiba hari perlumbaan, Arnab dan Kura-kura bersedia di garis permulaan, perlumbaa
n akan bermula di pintu pagar belah depan UiTM Arau Perlis dan tamat di pintu pa
gar utama UiTM Shah Alam. Perlumbaan tidak lagi berlangsung di dalam hutan, teta
pi kali ini diadakan di kawasan bandar. Peraturannya mudah, siapa sampai dulu di
kira pemenang. Jika Arnab menang, kisah lama tentang perlumbaan lampau mereka ha
ruslah dilupakan oleh semua pihak. Jika Kura-kura menang lagi, Kura-kura akan di
lantik menjadi maskot Sukan Sea akan datang, bergantung pada terma dan syarat.
Wisel ditiup oleh ketua pengawal keselamatan UiTM. Sorakan gempak gempita daripa
da pelajar UiTM kedengaran. Ada yang menyokong Arnab, ada juga yang menyokong ku
ra-kura. Tapi kebanyakkannya datang untuk menbodek Menteri Besar sahaja. Arnab b
erlari kencang tatkala wisel dibunyikan, langsung tidak menoleh kepada Kura-kura
. Kelajuan adalah kata kuncinya.Sejarah baru akan tercipta tidak lama lagi fikir
si Arnab. Bila kemenangannya dirai nanti pasti kaum Arnab tidak akan dipandang
remeh lagi. Sambil berangan sambil memecut, Arnab langsung tidak merasa mengantu
k. Dalam beberapa jam sahaja Arnab sudah berada di Kodiang.
Di hadapan UiTM Arau Perlis, Kura-kura masih teragak-agak mahu melintasi jalan d
i hadapan pintu Uitm. Kereta dan motosikal bersilih ganti bagai anjing dan bayan
g-bayang. Kalau silap langkah, mahu berkecai badan Kura-kura dibuatnya. Akibat t
erlalu bosan, Kura-kura pun tertidur di situ. Tak lama kemudian sebuah bas berhe
nti betul-betul di hadapan kura-kura sedang nyenyak tidur, kebetulan pelajar-pel
ajar jurusan Banking berkumpul untuk mengadakan lawatan ke UiTM Shah Alam. Seora
ng pelajar lelaki yang kacak, bernama Fendi merasa kasihan terhadap Kura-kura it
u lalu mengangkat kura-kura dan membawanya ke dalam bas. Fendi merasakan kura-ku
ra itu sangat eksotik. Memandangkan duit PTPTN telah habis dijoli, Fendi mendapa
t idea untuk menjual kura-kura itu di kedai cina Ah Leong. Sepanjang perjalanan
Fendi memikirkan berapakah wang yang akan diperoleh nanti.
Setelah tiga hari perlumbaan dijalankan, Arnab mula keletihan, lariannya mula pe
rlahan. Sudah 3 hari Arnab tidak tidur. Biji mata sampai nak terkeluar pun dibua
t tidak tahu saja. Kesilapan yang dilakukan moyangnya tidak akan diulanginya. D
ia tidak akan berhenti berlari walau apa pun yang berlaku. Usain Bolt dijadikan
inspirasi. Makan, tidur, mengawan tolak tepi. Larian diteruskan sehingga hari ke
-4, 5 ,6 dan seterusnya. Masuk hari ke 7, Arnab sudah sampai di KL, Arnab lari i
kut highway sebab tak familiar dengan jalan kampung. Arnab sudah tidak sabar men
uju jalan kemenangannya, dia tersengih bagai kerang busuk.
Lain pula ceritanya dengan Kura-kura, setibanya bas yang dinaiki pelajar-pelajar
Banking di hadapan UiTM Shah Alam, Fendi mencampakkan kura-kura ke luar bas, pe
gawai keselamatan UiTM tidak membenarkan pelajar membawa masuk binatang, apatah
lagi menyeludup binatang seperti Kura-kura itu. Fendi berasa sangat hampa, tetap
i kekacakan tak pernah pudar dari wajahnya. Kura-kura yang dicampak dengan kasar
terjaga dari lamunan. Kura-kura yang dari Perlis hingga Shah Alam sekadar membu
ta tak ingat dunia, membuka mata dan terlihatlah suatu keajaiban, Uitm Shah Alam
sudah menjelma di hadapannya.
Sementara Arnab sudah berada di sekitar KL, masih gagah meneruskan larian di jal
an yang sesak, Kura-kura pula sudah 5 hari mencuba sedaya-upaya untuk menyeberan
g jalan untuk ke pintu utama UiTM Shah Alam. Kaum Arnab dan Kura-kura di seanter
o pelosok dunia mula tak menentu seperti cacing kepanasan. Paluan kompang dibuny
ikan. Jadi korang rasa bagaimana pengakhirannya??

Anda mungkin juga menyukai