Anda di halaman 1dari 57

TUGASAN

SEPTEMBER 2014 SEMESTER

KOD KURSUS

NAMA KURSUS

PROGRAM
NAMA PELAJAR
NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

EPP 442

PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 11

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN


NOR ESHAH BINTI YAAKUB
E30203120226

EN. RAHIM BIN MUSTHAFFA

AEU KUANTAN

Keberkesanan Didik Hibur Dalam Kemahiran Mendengar Dan Bertutur


Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Tahun 2 di
Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam,
Kuala Rompin, Pahang

NOR ESHAH BINTI YAAKUB

Laporan Kertas Projek

Kandungan
Perkara

Muka Surat

1.0
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5

Bab 1 : Pengenalan
Pendahuluan
Permasalahan Kajian
Tujuan, Rasional dan Objektif Kajian
Soalan Kajian
Signifikan Kajian
Limitasi Kajian

5
8
9
10
11
12

2.0
2.1

Bab 2 : Tinjauan Literatur Berkaitan


Pendahuluan
Isu Kajian

15
15

3.0
3.1
3.2
3.3

Bab 3 : Metodologi
Pendahuluan
Sampel
Kaedah Kajian
Kaedah Pengumpulan Data

29
29
30
32

4.0
4.1

Bab 4 : Analisa Data


Pendahuluan
Dapatan Data

37
37

5.1
5.2
5.3
5.4
5.4

Bab 5 : Perbincangan
Pendahuluan
Ringkasan Kajian
Implikasi Dapatan
Cadangan Untuk Kajian Lanjutan
Penutup

47
48
48
50
51

Rujukan
Lampiran

52
38

PENGHARGAAN
3

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya
menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Asia e Universiti (AeU) cawangan Kuantan kerana memberi peluang kepada
saya menghasilkan kerja kursus ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pensyarah
Pembimbing Encik Hj Rahim bin Musthaffa kerana telah banyak memberi tunjuk ajar serta
penerangan yang sempurna kepada saya dari awal tugasan ini hinggalah proses
menyiapkannya.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa dan keluarga saya yang banyak memberi
sokongan dan dorongan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih yang tidak
terhingga juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus
menghasilkan tugasan ini dan bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan
tugasan ini.
Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan ini dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya di samping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Saya juga berharap agar ia
dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri serta pembaca agar dapat sama-sama
menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat kepada murid
dalam memajukan diri, murid, sekolah, agama dan negara.

Bab 1
4

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Bahasa Melayu amat menititikberatkan ketepatan berbahasa.

Selain itu ia juga

menitikberatkan kecekapan berbahasa dan kepekaan terhadap penggunaan variasi bahasa


dalam pelbagai situasi. Penguasaan terhadap bahasa dan gaya bahasa yang indah, memahami
unsur-unsur nilai dan budaya, penguasaan dan penggunaan bahasa yang tepat lagi berkesan,
dapat membantu kita menerokai pelbagai bidang ilmu dan kemahiran.

Ia juga turut

mencakupi hal-hal lain yang melibatkan intergriti kaum, penjanaan keupayaan kognitif yang
tinggi dan pemahaman terhadap nilai-nilai kemanusiaan sejagat.
Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang perlu dipelajari
sama ada di Sekolah kebangsaan mahupun di Sekolah Jenis Kebangsaan. Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) mewajibkan para pelajar lulus mata pelajaran Bahasa Melayu di
peringkat Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia bagi memperoleh sijil
adalah amat wajar. Ini seterusnya membolehkan kedudukan bahasa Melayu di negara kita
dimartabatkan di persada dunia. Bagi merealisasikan harapan ini, pengajaran bahasa Melayu
mesti diwajibkan bermula dari sekolah rendah iaitu mendedahkan murid-murid dengan
perkataan-perkataan yang mudah dan senang untuk difahami sesuai dengan umur dan tahap
keupayaan mereka.
Abu Bakar Yusof (2006), menyatakan bahawa dalam pendidikan bahasa peringkat
rendah, aspek utama pengajaran yang ditekankan ialah penguasaan kemahiran asas yang
melibatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran-kemahiran
ini disampaikan serentak dan diintegrasikan dalam satu pengajaran. Ketiga-tiga kemahiran
ini perlu dikuasai oleh murid-murid. Kemahiran-kemahiran ini juga digunakan dalam
pengajaran mata pelajaran lain. Kemahiran-kemahiran ini terutamanya kemahiran
mendengar dan bertutur adalah kemahiran awal yang perlu dikuasai oleh murid-murid
sebelum mereka dapat meneruskan pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi.

Terdapat tiga perkara yang boleh mempengaruhi pemahaman dalam mendengar.


Pertama, pengetahuan tentang sistem bahasa lisan meliputi sistem bunyi (fonologi), struktur
ayat (sintaksis) dan sistem makna (semantik). Kedua, teks atau bahan meliputi perkara, topik
maklumat, cerita, mesej, idea, fakta, berita dan lain-lain yang didengar. Ketiga, pengetahuan
latar belakang, iaitu pengetahuan sedia ada yang ada pada diri pendengar yang berkaitan
dengan teks atau bahan yang didengar (Widdowson 1983 dan Mazlan Rais 2000). Apabila
ketiga-tiga perkara ini ada, maka murid tersebut akan memahami unsur bahasa yang
didengar dengan lebih senang.
Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.

Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.

Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan
kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua
komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid perlu menguasai
kemahiran mendengar supaya membolehkan mereka menguasai kandungan mata pelajaran
yang disampaikan oleh guru dalam pengajarannya. Keupayaan mendengar yang baik juga
satu kelebihan terutamanya bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung dengan lancar. Justeru, keupayaan mendengar yang berkesan perlu ditekankan
supaya pelajar dapat memahami pengajaran dan pembelajaran seterusnya menguasai semua
mata pelajaran ketika di dalam kelas.
Justeru, mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara
intensif, terutama semasa murid-murid di sekolah rendah seperti yang terkandung dalam
Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah tahun 1983. Aktiviti mendengar perlu dikuasai kerana
penggunaannya yang begitu meluas dalam kehidupan. Dianggarkan lebih kurang 60 peratus
daripada masa pengajaran dan pembelajaran adalah bagi tujuan mendengar. Kemahiran
mendengar secara berkesan dapat mewujudkan suasana berkomunikasi yang baik dengan
penyaluran mesej secara dua hala dan menghasilkan persefahaman secara optimum.
Kemahiran bertutur pula ialah kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi
bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda
6

serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini
merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi sesetengah bahasa, perubahan
kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Menurut Siti Hajar
Abdul Aziz (2009), menyatakan bahawa kemahiran bertutur merupakan kemahiran penting
yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Ia merupakan satu aspek penting dalam mengukur
penguasaan bahasa seseorang murid.
Kamarudin Hj. Husin (1993) pula menyatakan bahawa terdapat sembilan aspek
penting supaya pertuturan menjadi lebih berkesan. Antaranya ialah sebutan, tekanan, mora
(panjang pendek), jeda (persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan dan
laras bahasa. Menurut beliau lagi, sebutan adalah membunyikan huruf-huruf, perkataan, atau
ayat dengan tepat dan jelas. Murid-murid perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak
menimbulkan kekeliruan kepada orang yang mendengar pertuturannya.
Secara ringkasnya, perkembangan bahasa kanak-kanak bermula daripada proses
mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang
didengar seterusnya berinteraksi. W.M. Rivers (1983) dan MalamahThomas (1987) yang
menjalankan kajian tentang aktiviti lisan mendapati unsur interaksi amat penting dalam
aktiviti lisan. Unsur interaksi antara penutur dengan pendengar, dan antara penutur dengan
penutur, akan menghidupkan situasi dan akan menjadikan simulasi lebih realistik seperti
keadaan yang sebenarnya. Interaksi dua hala akan terganggu apabila salah seorang gagal
mendengar dengan baik. Interaksi dua hala ini juga penting semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung.
Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula dilaksanakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, terdapat tiga kemahiran utama, iaitu kemahiran mendengar
dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Dua aspek tambahan dalam
KSSR ialah aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. Aspek seni bahasa merujuk kepada
keupayaan murid untuk mengungkap dan mengapresiasi bahasa, memahami dan menghargai
bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara
didik hibur.

1.1 Permasalahan Kajian


Aktiviti lisan merupakan aktiviti bahasa yang paling penting dalam kehidupan
manusia seharian. Maka, dalam apa jua aktiviti bertutur yang dipilih oleh guru untuk melatih
murid-muridnya, aspek interaksi yang menggambarkan situasi dalam situasi lisan yang
sebenarnya perlu wujud. Satu kajian tentang kemahiran bahasa telah dijalankan oleh J.A.
Rankin (1999). Beliau telah menyelidik apa-apa yang telah dilakukan oleh orang dewasa
pada setiap hari. Dapatannya menunjukkan bahawa 70 peratus daripada masa orang dewasa
digunakan untuk salah satu kegiatan berkomunikasi, dan setelah diperinci didapati bahawa
42 peratus daripada masa untuk berkomunikasi itu digunakan untuk mendengar, 32 peratus
untuk bercakap, 15 peratus untuk membaca, dan 11 peratus untuk menulis. Oleh itu, sudah
menjadi tanggungjawab guru menerapkan aktiviti lisan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan.
Dalam menjalankan tugas sebagai

guru bahasa Melayu, pengkaji telah diberi

tanggungjawab untuk mengajar murid-murid Tahun 2 bagi mata pelajaran bahasa Melayu.
Semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan
Kampung Kolam, Kuala Rompin, Pahang, pengkaji telah mengenalpasti masalah yang
dihadapi oleh murid-murid di Tahun 2.
Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah cuba
mengenal pasti tahap kebolehan murid tersebut daripada guru bahasa Melayu pada tahun
sebelumnya iaitu pada Tahun 1. Walaubagaimanapun ketika pengkaji menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah mula mengenal pasti suatu masalah muridmurid kelas tersebut iaitu terdapat tiga orang murid dalam kelas ini bermasalah dalam
mendengar dan bertutur dengan baik.
Ketika pengkaji menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dan bertutur, pengkaji telah meminta setiap orang murid untuk mendengar cerita
yang telah diperdengarkan oleh guru melalui komputer. Selepas itu setiap orang murid perlu
menceritakan semula cerita yang telah didengarinya. Di sini, pengkaji telah mendapati
terdapat murid yang tidak dapat menceritakan kembali apa yang telah didengarinya.

Bagi meningkatkan kebolehan murid ini, pengkaji mengambil keputusan untuk


menggunakan cerita yang lebih pendek untuk diperdengarkan kepada mereka. Penggunaan
cerita yang lebih pendek ini menunjukkan terdapat peningkatan di mana semakin ramai
murid yang dapat menceritakan kembali cerita yang telah diperdengarkan. Namun begitu
masih terdapat lagi murid yang belum menguasai kemahiran mendengar dan bertutur.
Disebabkan hal tersebut, pengkaji merasa perlu untuk membuat penambahbaikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar semua murid dapat menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur.

Pengkaji telah mengambil keputusan untuk menggunakan

pendekatan didik hibur berbantukan komputer yang menerapkan elemen nyanyian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi meningkatkan kemahiran
mendengar dan bertutur.

1.2 Tujuan, Rasional dan Objektif Kajian


Kajian kes yang dijalankan ini secara amnya adalah bertujuan untuk mengenal pasti
penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Melayu di Sekolah
Kebangsaan Kampung Kolam, Kuala Rompin, Pahang.

Pengkaji memilih penggunaan

pendekatan didik hibur berbantukan komputer yang menerapkan elemen nyanyian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Melalui penggunaan pendekatan didik
hibur juga, pengkaji boleh mengetahui keberkesanan teknik tersebut dalam meningkatkan
penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Melayu dalam kalangan murid
Tahun 2.
Rasional daripada kajian ini dapat memberi ilmu pengetahuan kepada guru-guru
Bahasa Melayu yang lain tentang teknik yang berkesan bagi mengajar kemahiran mendengar
dan bertutur. Pengetahuan tentang teknik ini akan memudahkan guru dalam proses
pengajaran Bahasa Melayu. Selain itu objektif pengajaran guru juga akan tercapai serta akan
membuatkan murid berasa seronok untuk belajar.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan,terdapat tiga orang murid 2 Hidayah SK
Kampung Kolam, Kuala Rompin gagal menguasai kemahiran mendengar dan bertutur
dengan baik. Pengkaji menggunakan pendekatan didik hibur berbantukan komputer yang
9

menerapkan elimen nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
bagi meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur.
Berdasarkan pernyataan di atas dan pendapat di atas, pengkaji telah menggariskan
beberapa objektif kajian yang menjadi indikator terhadap kajian ini. Objektif kajian adalah
seperti yang dinyatakan berikut:
i. Membantu murid dalam meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur dalam
Bahasa Melayu.
ii. Murid dapat membina empat ayat secara lisan menerusi nyanyian didik hibur Bahasa
Melayu dalam kelas.
iii. Murid dapat menyebut empat rangkap lagu dengan jelas menerusi nyanyian didik
hibur Bahasa Melayu dalam kelas.

1.3

Soalan Kajian
Kajian kes yang dijalankan ini adalah untuk menjawab beberapa persoalan yang

ingin diketahui oleh pengkaji. Soalan yang menjadi persoalan tersebut adalah seperti berikut
:
i. Adakah penggunaan pendekatan didik hibur berbantukan komputer dapat
meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Melayu
dengan betul dan tepat?
ii. Adakah murid dapat membina ayat secara lisan menerusi nyanyian didik hibur
berbantukan komputer dalam kelas?

10

1.4

Signifikan Kajian
Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi suatu pengetahuan yang berguna kepada

pengkaji serta kepada semua pihak dan institusi yang terlibat untuk menggubal dan
merangka strategi dalam mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran asas
kemahiran-kemahiran, terutamanya kemahiran mendengar dan bertutur. Sesuatu kaedah atau
teknik pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang amat penting bagi seorang pendidik
bagi mendidik pelajarnya.
Kajian seperti ini penting kerana dapatan hasil kajian ini akan membantu guru
membuat refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran
agar sesuai dengan tahap kesediaan, minat dan masalah murid. Dalam proses pembelajaran
bahasa Melayu dalam kemahiran mendengar dan bertutur bagi murid yang mempunyai
masalah dalam penguasaan kemahiran ini, guru seharusnya menggunakan kaedah dan
pendekatan pengajaran yang boleh merangsang pembelajaran murid.
Pendekatan didik hibur berbantukan komputer akan menarik minat murid dan
mengekalkan tumpuan mereka kepada pengajaran guru dan seterusnya akan meningkatkan
penguasaan mereka dalam kemahiran mendengar dan bertutur. Sepanjang aktiviti dijalankan,
peserta kajian kelihatan seronok dan mereka bersungguh-sungguh untuk melakukan aktiviti
apabila diminta oleh pengkaji. Peserta kajian juga menunjukkan perubahan yang begitu
ketara. Mereka dapat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan kesan daripada
pengajaran pengkaji yang menggunakan pendekatan didik hibur yang menerapkan elemen
nyanyian.
Murid akan menjadi lebih mudah untuk menguasai kemahiran berbahasa dengan
menyanyi. Selanjutnya, kajian ini juga akan merangsang guru-guru Bahasa Melayu untuk
bersedia, kreatif dan sentiasa peka dengan tugas mendidik dalam bilik darjah. Pendekatan
didik hibur berbantukan komputer memerlukan seseorang guru itu membuat persediaan yang
rapi sebelum memulakan pengajaran.
Guru-guru juga akan lebih kreatif untuk memilih lagu yang sesuai dan mengubahsuai
seni kata lagu yang sedia ada kepada seni kata lagu baru dengan menggunakan lirik lagu
yang diketahui oleh murid. Tambahan lagi, penggunaan visual boleh menarik minat murid
supaya dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran guru.
11

Selain daripada itu, kajian ini juga diharapkan dapat memberi panduan kepada pihak
lain juga seperti :
i. Menjadi panduan kepada guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar murid-

murid bermasalah kemahiran mendengar dan bertutur dalam melaksanakan


proses pengajaran dan pembelajaran.
ii. Menjadi sumber rujukan kepada pihak Kementerian Pelajaran seperti Pusat

Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Penyelidikan dalam membuat


perancangan atau perubahan dalam pelaksanaan untuk sekolah-sekolah
kebangsaan di seluruh Malaysia.
iii. Menjadi sumber rujukan kepada Bahagian Pendidikan Guru untuk mengadakan

kursus-kursus yang berfaedah untuk guru-guru Bahasa Melayu dalam


meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Bahasa Melayu.
iv. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada mana-mana

pihak yang berminat unruk melaksanakan penyelidikan seterusnya individu


bagi program pendidikan di universiti.

1.5 Limitasi Penyelidikan


Dalam kajian ini, pengkaji tidak mampu untuk mengkaji sesuatu yang besar secara
lebih khusus. Justeru itu pengkaji membataskan kajian ini kepada satu kajian kes yang
hanya tertumpu kepada skop yang kecil. Namun begitu keseluruhan aspek kajian adalah
meliputi intipati kajian yang menyeluruh dalam mengkaji kes tersebut. Kajian kes yang
tertumpu kepada skop yang kecil ialah berkenaan satu kajian kes tentang masalah mendengar
dan bertutur di kalangan murid Tahun 2 dalam pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah
Kebangsaan Kampung Kolam, Kuala Rompin, Pahang.
Skop kajian kes ini dihadkan kepada masalah mendengar dan bertutur sahaja adalah
kerana murid Tahun 2 bukan sahaja bermasalah dalam mendengar dan bertutur tetapi juga
kepada keseluruhan mata pelajaran Bahasa Melayu seperti tatabahasa, penulisan dan
kefahaman. Penguasaan kemahiran bahasa adalah merangkumi kemahiran mendengar dan
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
12

Kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu
yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapatkan tindak
balas. Tahap pemikiran murid juga akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar.
Selain itu semasa mendengar interaksi mata sangat penting. Ianya akan membantu untuk
meningkatkan kefahaman seseorang murid. Jika interaksi mata tidak berlaku maka murid
tidak berjaya menguasai kemahiran mendengar. Pengkaji harus menekankan perkara ini
semasa berkomunikasi dengan murid yang dijadikan sample kajian kes ini.
Pemilihan Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam, Kuala Rompin, Pahang sebagai
tempat kajian kes adalah disebabkan pengkaji sendiri adalah seorang guru Bahasa Melayu di
sekolah berkenaan. Adalah amat penting untuk pengkaji merangka, merangcang dan
membuat tindakan terhadap kajian kes ini. Tambahan pula kajian kes ini juga berkaitan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan pengkaji setiap hari dalam
tugasan hakiki sebagai guru. Jadi masalah kekangan masa pengkaji bukan lagi halangan
bagi pengkaji menjayakan kes ini.
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pengkaji di sekolah, kajian ini memerlukan
masa yang banyak untuk dilaksanakan. Kekangan masa yang dikatakan adalah peruntukan
masa untuk membuat perancangan serta pelaksanaan sebelum, semasa dan selepas. Oleh itu,
pengkaji akan cuba sebaik mungkin untuk memastikan kajian didik hibur ini berjaya
dilaksanakan.

Pengkaji juga mendapati bahawa pengkaji akan menghadapi suasana

kekangan kerja yang banyak dalam tempoh persekolahan yang berlangsung. Pengkaji
mungkin akan menjalankan kajian sambil melakukan pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, kekangan yang turut akan dirasai oleh pengkaji adalah berkenaan dengan
keadaan dan tingkah laku murid semasa dalam bilik darjah. Pengkaji dapati murid-murid
berkenaan terdiri daripada murid pelbagai kecergasan dan keaktifan. Terdapat juga murid
yang pasif dan tidak mahu melibatkan diri dalam pembelajaran. Oleh itu, pengkaji perlu
bersiap siaga agar semua murid yang terlibat dengan hasil kajian ini memberikan kerjasama
yang baik. Oleh itu, kajian ini dapatlah dilaksanakan dengan baik dan berjalan dengan lancar.
Kekangan lain yang perlu pengkaji beri perhatian adalah berkenaan dengan jumlah
murid yang dianggarkan mempunyai masalah dalam pembelajaran terutamanya dalam kes
kajian pengkaji ini iaitu masalah membaca, mendengar dan bertutur. Oleh itu, pengkaji akan
13

cuba mendapatkan sebanyak mungkin masalah yang dihadapi oleh murid bersama-sama
dengan bantuan guru-guru, terutamanya bantuan daripada ketua panatia Bahasa Melayu,
guru-guru bahasa dan guru kaunseling. Hal ini boleh menjadikan pendapat dan pandangan
pengkaji terhadap murid-murid yang akan dibuat kajian tidaklah terlalu sempit dalam
lingkungan pemikiran pengkaji sahaja.
Pengkaji dapati bahawa pihak pentadbir memberikan sokongan sepenuhnya kepada
pengkaji dalam menjalankan perancangan kajian tindakan ini. Mereka juga ingin melihat
data dan hasil kajian sama ada kajian ini membolehkan guru-guru menyelesaikan beberapa
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid. Oleh itu, pengkaji merasakan tindakan
pentadbir adalah wajar dan patut diberi pujian kerana mengutamakan budaya kajian di dalam
sekolah. Secara tidak langsung, maklumat yang diperoleh daripada hasil kajian dapat
dimanfaatkan bersama.

Bab 2
14

Tinjauan Literatur Berkaitan


2.0 Pendahuluan
Pembelajaran secara tradisional kerap kali menghalang pemerolehan pemahaman
yang baik dan mendalam, tidak menggalakkan perkembangan dan pembinaan konsep-konsep
secara bermakna, malah mengabaikan atau menghukum minda yang mahu berfikir secara
kreatif (Aminah Ayob 2005). Teknik syarahan bukan cara terbaik untuk pembelajaran
maksimum serta menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik. Sebaliknya,
penyertaan dan penglibatan dalam persekitaran sebenar akan membolehkan pelajar mencuba
perkara baru dengan selesa dan penuh minat.

2.1 Tinjauan Literasi


Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), didik bermaksud pelihara, jaga
dengan hati-hati dan ajar manakala hibur dalam konteks pengajaran bermakna
pembelajaran yang menyenangkan atau menggirangkan serta berasa seronok. Didik hibur
juga ditakrifkan sebagai mendidik sambil menghibur.

Didik hibur merupakan satu

pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai
dan menghiburkan. Penekanan perlaksanaannya meliputi empat komponen sastera iaitu
nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam
mempelajari Bahasa Melayu akan dapat direalisasikan secara sistematik dan terancang.
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula
apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan dengan
mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Melayu di sekolah
kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil
menjelang tahun 2012. Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di
sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah.

15

Diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadi proses
pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif yang berpusatkan murid. Justeru pengajaran
guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid. Melalui pendekatan didik hibur
dalam pengajaran guru akan mewujudkan sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana
elemen didik hibur adalah berunsurkan kelakar, kecindan, estetik, permainan, muzik,
nyanyian, lakonan dan sebagainya. Selain itu, ianya mengurangkan tahap kebimbingan dan
ketakutan murid kepada guru kerana pendekatan didik hibur berkonsepkan santai dan
berhibur.
Melalui didik hibur, objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian
masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada
ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Istilah salah atau kalah bukan matlamat aktiviti didik hibur, yang penting
adalah kejayaan aktiviti melibatkan seramai mungkin murid berbentuk sahaja dan santai.
Oleh yang demikian, aktiviti yang dipilih hendaklah lebih menjurus kepada aktiviti
berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama, dan
toleransi untuk menggalakkan murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara
logik dalam keadaan terkawal untuk memberi satu persembahan yang menarik. Murid juga
bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.
Kebiasaannya, aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
Strategi ini dimasukkan dalam KSSR sebagai satu transformasi kurikulum persekolahan
Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Pendekatan didik hibur yang diamalkan oleh guru
akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan boleh membantu
mengurangkan tekanan dan kerunsingan dalam kalangan murid semasa dalam bilik darjah.
Murid juga akan sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira
dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran hari berikutnya. Di samping itu, sesi
pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mengikut kreativiti
guru seperti nyanyian, bercerita, lakonan dan berpantun. Justeru, melalui pendekatan yang
digunakan ini, murid boleh menyertai aktiviti pembelajaran sambil berhibur. Elemen yang
penting menggunakan pendekatan ini ialah arahan guru hendaklah ringkas, padat dan jelas

16

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), didik hibur dilaksanakan secara


penyerapan dalam pengajaran sesuatu subjek dengan berfokuskan kepada aktiviti.
Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni, dan kemahiran
bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga unsur
penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu :
i.

Pelbagai bidang ilmu serta tema;

ii.

Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia;

iii.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran bernilai tambah.

Terdapat empat jenis persekitaran yang dapat membantu pembelajaran optimum


(Aminah Ayob 2005).
i.

Persekitaran visual;

ii.

Multimedia dan hipermedia;

iii.

Kesan persekitaran periferal;

iv.

Muzik atau bising.


Kesimpulannya, didik hibur berbantukan komputer yang menerapkan elemen

nyanyian merupakan penggabungjalinan yang dizahirkan dalam membantu guru dalam


pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam penguasaan murid terhadap kemahiran
mendengar dan bertutur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan
muzik yang dilagukan dengan suara. Manakala Kamarudin Husin (1999), pula melihat
aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh
dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik.
Dalam pengajaran, guru perlu menggunakan bahan bantu dalam meningkatkan
pemahaman murid. Ini selari dengan kajian yang dilakukan oleh Che Zanariah Che Hassan
& Fadzilah Abd Rahman (2011), untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan, penggunaan bahan bantu mengajar yang realistik dan nyata seperti bahan
maujud perlu lebih kerap digunakan supaya murid dapat memahami sesuatu konsep dengan
jelas. Hal ini perlu terutama kepada murid-murid yang lemah dalam pengamatan dan sukar
membuat perkaitan dengan konsep pembelajaran. Penguasaan murid yang pandai dapat
diperkukuh dan diperkayakan lagi. Hal ini menunjukkan penggunaan bantu belajar penting
17

dalam membantu pemahaman murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran


bertutur.
Sebelum penggunaan bahan bantu belajar, guru perlu memahami masalah yang
dihadapi oleh murid dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran ini
perlu diajar secara sistematis supaya pelajar akan berkebolehan mendengar secara berkualiti
dan seterusnya dapat menggunakan hasil pendengaran untuk berinteraksi dengan anggota
masyarakatnya (Yahya Othman, 2005). Kajian C.M. Feyten (1991) melalui kajian Chew
Fong Peng dan Abdul Jalil Othman bertajuk Pengabaian Kemahiran Mendengar dan
Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di
Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar pengetahuan kita diperoleh melalui
pendengaran, tetapi kita dapat mengingati hanya lebih kurang 25 peratus daripada apa-apa
yang kita dengar. Mendengar seharusnya merupakan suatu aktiviti yang aktif dan melibatkan
pendengar dari segi mental, iaitu memahami dan menilai maklumat yang didengar. Terdapat
tiga perkara yang boleh mempengaruhi pemahaman dalam mendengar. Pertama,
pengetahuan tentang sistem bahasa lisan, iaitu tentang sistem bunyi (fonologi), struktur ayat
(sintaksis) dan sistem makna (semantik). Kedua, teks atau bahan (perkara, topik maklumat,
cerita, mesej, idea, fakta, berita dan lain-lain) yang didengar dan ketiga, pengetahuan latar
belakang, iaitu pengetahuan sedia ada yang ada pada diri pendengar yang berkaitan dengan
teks atau bahan yang didengar (Widdowson, 1983; dan Mazlan Rais, 2000). Oleh itu,
mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif,
terutama semasa pelajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam
Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah tahun 1983 dan Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah
tahun 1988 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983 dan 1988). Aktiviti mendengar perlu
dikuasai kerana penggunaannya yang begitu meluas dalam kehidupan. Dianggarkan lebih
kurang 60% daripada masa pengajaran dan pembelajaran adalah bagi tujuan mendengar.
Kemahiran mendengar secara berkesan dapat mewujudkan suasana berkomunikasi
yang baik dengan penyaluran mesej secara dua hala dan menghasilkan persefahaman secara
optimum. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelajar perlu menguasai
kemahiran mendengar supaya membolehkan mereka menguasai kandungan mata pelajaran
yang disampaikan oleh guru dalam pengajarannya. Keupayaan mendengar yang baik juga
satu kelebihan terutamanya bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran
berlangsung dengan lancar.
18

Kemahiran bertutur pula merupakan kemahiran lisan yang amat penting, sama ada
dalam situasi formal atau tidak formal. Kemahiran ini penting bagi seseorang itu dalam
hubungannya dengan orang lain. Pertuturan yang diadakan lazimnya membawa maksud
tertentu. Menurut Roselan Baki (2006) dalam kertas kerjanya yang bertajuk Interaksi Lisan
Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu: Potensi yang Terabai menyatakan
bahawa manusia bercakap untuk tujuan-tujuan tertentu seperti keseronokan, tujuan
memaklumkan sesuatu, tujuan mempengaruhi dan tujuan menyelesaikan masalah.
Keupayaan menuturkan sesuatu bahasa itu dapat mempercepatkan pemahaman
pelajar, terutama yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal. Pengajaran dan
pembelajaran kemahiran ini memerlukan pendekatan yang sesuai terutama apabila
berhadapan dengan kumpulan pelajar yang berlainan, seperti keperluan bagi mempelajari
bahasa pertama ataupun bahasa kedua.
Mengikut kajian Raminah Sabran (1991), jika seseorang itu ingin meluaskan ilmu
pengetahuan, mereka perlu menguasai kemahiran bertutur supaya mahir dan cekap
membaca. Seseorang itu juga perlu menguasai kemahiran menyebut bunyibunyi huruf yang
tertera di dalam teks yang dibacanya, di samping dapat menyebut dalam gabungan yang
didukung oleh setiap perkataan mengikut konteks ayat dalam petikan yang dibacanya itu.
Kemahiran mendengar dan bertutur ini sangat penting dan kepentingan aspek ini
tidak dapat dipertikaikan lagi kerana apabila seseorang itu berkomunikasi, dia sebenarnya
melakukan aktiviti mendengar dan bertutur iaitu satu proses dua hala. Aspek ini memang
diketahui oleh guru-guru, tetapi apabila mereka mengajar aspek lisan di dalam kelas ternyata
kebanyakan guru lebih memberikan penekanan terhadap kemahiran bertutur sahaja.
Kemahiran mendengar dan bertutur jarang-jarang ditekankan di dalam pengajaran
dan pembelajaran kerana guru lebih mementingkan kemahiran menulis dan membaca. Jika
kemahiran tersebut diajarkan pun, guru tidak menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai.
Kebanyakan guru mengajarkan kemahiran tersebut dengan cara menyuruh pelajar-pelajar
mendengar penerangan guru atau bacaan rakan di dalam kelas.

19

Melihat kepada kepentingan menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dalam


kalangan murid, pengkaji telah menggunakan pendekatan didik hibur supaya peserta kajian
dapat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan lebih efisien.
Pelbagai kajian telah dijalankan oleh individu dan kumpulan-kumpulan tertentu bagi
membantu murid-murid meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran mendengar dan
bertutur dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menggunakan pendekatan didik hibur
berbantukan komputer yang menerapkan eleman nyanyian. Berikut merupakan kajian-kajian
yang telah dijadikan tinjauan literatur bagi kajian penyelidikan tindakan ini.
Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid untuk mengungkap dan
mengapresiasikan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang
menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur (KPM,2010). Penekanan
yang wajar diberikan dalam aspek ini ialah teknik penyampaian yang menarik dan
menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi.
Menurut kertas kerja yang dijalankan oleh Dr. Mashudi Bahari yang bertajuk Didik
Hibur : Satu Alternatif Pendekatan Pengajaran Membaca Dalam Kalangan Pelajar Linus
telah menyenaraikan beberapa ciri yang penting yang diberi penekanan dalam didik hibur.
antaranya adalah :
i.

Pembelajaran yang seronok, ceria dan santai.

ii.

Dapat meningkatkan keyakinan, motivasi dan kesediaan belajar murid melalui


pengalaman sedia ada.

iii.

Murid terlibat secara langsung membolehkan mereka berkomunikasi secara


verbal (lisan), dan bukan verbal (bahasa badan).

iv.

Murid dapat menghayati, memahami dan ada perubahan tingkah laku hasil
daripada pembelajaran.

v.

Murid dapat berkolaborasi dalam bilik darjah secara berkumpulan.

vi.

Murid bersikap toleran sedia menerima dan memainkan peranan yang diberi.

Antara objektif didik hibur yang terkandung dalam KSSR adalah:


i.

Mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur.

ii.

Mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan
dan bercerita.
20

iii.

Mengguna dan memahami pantun dua kerat secara didik hibur.

Terdapat beberapa aspek didik hibur yang disarankan dalam KSSR. Antaranya ialah :
i.

Nyanyian - lagu kanak-kanak yang sering didengar atau diketahui oleh murid.
Lagu rakyat yang mudah difahami mudah difahami dan seni kata tersebut juga
boleh digunakan sebagai bahan pengajaran.

ii.

Bercerita cerita rakyat, cerita binatang dan cerita rekaan. Kandungan cerita
hendaklah menjurus kepada perkembangan tahap kognitif dan kesesuaian murid.

iii.

Berlakon lakonan spontan, lakonan yang mempunyai skrip yang mudah diingat
dan dibaca oleh murid.

iv.

Berpuisi pantun dua kerat, pantun empat kerat (sekiranya murid mampu
menguasai bahan atau teks puisi)

Kajian ini menjurus kepada penggunaan nyanyian dalam hidik hibur. Secara fitrahnya,
manusia sejak lahir sudah didendangkan dengan pelbagai lagu oleh ibu mereka ketika bayi.
Dendangan lagu menjadi satu impak kepada naluri kanak-kanak. Lagu yang seni katanya
mudah diingat atau dihafaz akan menjadi siulan kanak-kanak. Nyanyian yang disampaikan
melalui bunyi, suara yang mengandungi irama, rentak dan alunan nada yang merdu.
Nyanyian sudah digembleng dengan iringan muzik atau alat muzik dan tepukan tangan
sebagai memurnikan seni kata lagu. Irama dan lagu saling berkait, maka pemilihan lagu
mesti sesuai dengan situasi bilik darjah dan tahap kemampuan murid.
Bunyi suara atau vokal mestilah jelas, jelas sebutan terutama pada bunyi huruf vokal.
Kesimpulannya nyian yang dipelajari lebih berkesan dan daya tahan ingat (memori) lebih
kekal. Nyanyian dapat membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, rima,
tekanan, jeda dan membunyikan perkataan dengan kelas dan ayat yang dibaca juga lancar.
Terdapat beberapa kepentingan nyanyian dalam didik hibur. Berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, maka kemasukan konsep didik hibur adalah penambahbaikan
daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada KSSR sebsgai transformasi
untuk membangunkan sistem pendidikan, khususnya supaya murid-murid yang menghadapi
masalah mendengar dan bertutur tidak ketinggalan dalam pengisian pembelajaran mereka.
Semua perkara mempunyai nilai kepentingan untuk disasarkan atau dicapai objektifnya.

21

Oleh hal yang demikian, nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai
kepentingan yang signifikan seperti yang berikut :
i.

Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, berasa seronok,


bermotivasi dan membina ketrampilan diri murid.

ii.

Nyanyian dapat membantu murid mengingat konsep seperti nama huruf, bunyi
suku kata, perkataan dan ayat yang dipelajarinya secara semulajadi.

iii.

Mengukuhkan aspek kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar dan


bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran menaakul.
Menurut Khoo Cheng Keat (2006), muzik sememangnya menjadi kegemaran bagi

kebanyakan orang, tidak kira golongan kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun golongan tua.
Rangsangan muzik mampu memberi kesan mendalam kepada pelajar memandangkan
elemen ini menyentuh mengenai keseronokan dan kegembiraan. Justeru, penggunaan
rangsangan muzik adalah amat disarankan sebagai alternatif kepada kaedah pengajaran
(Noraini Idris 2001).
Kebanyakan murid mempunyai kecenderungan terhadap muzik biar pun murid-murid
itu lebih berbakat dalam aspek verbal, logik, visual dan lain-lain (Saniah Sayuti 2000).
Menurut Esah Sulaiman (2003), kecerdasan boleh dipelajari dan ditingkatkan. Justeru, guru
harus menggunakan pelbagai strategi dalam proses pengajaran mereka. Pelajar akan
dimotivasikan melalui kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan kecerdasan mereka.
Hasil kajian Paquette dan Rieg (2008), pengintegrasian muzik dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran seperti lisan, membaca, menulis dan menyanyi membantu
memperkembangkan kemahiran literasi dalam kalangan pelajar.
Hasil dapatan kajian Alice-Ann et al. (2009) mendapati bahawa muzik dapat
digunakan secara tersendiri untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur di mana ia
mampu meningkatkan rasa keseronokan dalam kalangan kanak-kanak. Banyak kajian lepas
telah dikendalikan untuk menguji keberkesanan muzik terhadap perkembangan mental
kanak-kanak. Menurut ahli sains, kanak-kanak yang terdedah kepada muzik atau bermain
instrumen muzik mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik. Hasil kajian baru-baru
ini mendapati bahawa pendedahan terhadap muzik mempercepat umur membaca, IQ dan
perkembangan mental (Droscher 2006).
Selain itu, hasil kajian (Hansen dan Bernstrof 2002) juga menunjukkan bahawa
aktiviti muzikal seperti menyanyi dapat memperbaiki aspek mengekod perkataan,
22

pengetahuan tentang perkataan, pemahaman dan sebutan. Justeru, muzik mungkin


merupakan cara yang berkesan untuk perolehan bahasa (Salcedo 2002). Menurut Goodger
(2003), semua kanak-kanak suka lagu. Lagu dikatakan dapat membantu dalam
memperkembangkan kemahiran bahasa khasnya dalam aspek mendengar, bertutur, membaca
dan menulis (Butzlaff 2000). Menurut Mohd Jonit Mohd Johari (1993), aspek kesusasteraan
dan muzik membantu meningkatkan rasa cinta akan muzik dan membaca dalam kalangan
kanak-kanak.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Schon et al. (2007), lagu didapati memudahkan
pembelajaran berbanding dengan pertuturan khasnya dalam pembelajaran sesuatu bahasa
baru. Lagu mendatangkan fungsi emosi (keterbukaan dan kesenangan) dan juga
memudahkan proses pembelajaran bahasa atas sebab strukturnya yang mudah dan berulang.
Menurut Krashen (1982), lagu membekalkan input bahasa di mana ia merupakan
elemen penting dalam perolehan bahasa. Tindakan memainkan muzik dan lagu
memotivasikan pelajar untuk menghadiri dan menumpu perhatian di dalam bilik darjah (Tan
Siew dan Fah Shi Soi 2005). Selain itu, hasil kajian tersebut juga mendapati bahawa
penggunaan lagu dalam bilik darjah dapat membantu mengingati sesuatu teks. Ini
diperkukuhkan lagi dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Colwell (1994) serta pasangan
Stanley dan Hughes (1997), telah menunjukkan bahawa lagu dapat meningkatkan kemahiran
membaca dan mengingat murid.
Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh Elisabeth Marsaulina Matondang (2005),
keberhasilan pembelajaran bahasa sangat dipengaruhi oleh kemampuan seorang guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyenangkan kanakkanak. Seseorang kanak-kanak dikatakan suka menyanyi dan bergerak. Oleh itu, lagu dan
aktiviti pergerakan adalah salah satu pendekatan yang efektif dalam pembelajaran bahasa.
Dalcroze (1950), melalui learning by doing telah menyatakan bahawa cara terbaik bagi
kanak-kanak belajar adalah dengan cara melakukan kerana tubuh adalah alat paling utama
dan merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya
komunikasi yang mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai
respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.
Hasil kajian yang dilakukan Hawijah Ahmad dan Md. Safea Mohamad (1992),
berpendapat menyanyi juga dapat menguji kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan
menulis. Selain daripada itu juga, aktiviti nyanyian dapat mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
23

Kanak-kanak turut berasa gembira dan seronok apabila menyanyi kerana menurut
Ahmad Ramli Zakaria dan Osni Anuar Othman (1992), nyanyian boleh meransang minat
kanak-kanak bagi mengikuti pengajaran guru, membantu menenangkan fikiran mereka dan
memberi peluang mereka melakukan pergerakan kreatif. Menurut Zulkifli bin Yaakob
(2007), muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan kanak-kanak yang tidak boleh
dipisahkan. Tanpa muzik, dunia kanak-kanak adalah kosong.
Menurut Edwin Gordon (1997) iaitu tokoh muzik menyatakan penggunaan muzik
dapat memudahkan murid untuk lebih faham dan dapat mengikuti apa yang diajar oleh guru.
Selain daripada itu, Edwin Gordon lebih menekankan dan mengutamakan konsep sound
before symbol dan pembelajaran permainan muzik tanpa notasi terlebih dahulu. Jelaslah
bahawa konsep yang diutarakan oleh Edwin Gordon (1997) dapat memudahkan pengajaran
guru dan memberi kesan yang positif kepada murid semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan.
Menurut Arthur Miller (2005), muzik merupakan nada suara yang berturut-turut dan
disusun secara berirama. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002), menyatakan asas muzik
iaitu irama dan pic memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan
ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam
melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik,
memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Selain itu,
penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan
perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.
Bagi menguasai sesuatu bahasa, seseorang kanak-kanak perlu menghafal perkataan
tersebut beberapa kali dan nyanyian adalah antara cara yang paling sesuai untuk mengulang
dan mangukuhkan perkataan tersebut serta sesuai dengan keupayaan kanak-kanak. Nyanyian
atau lagu yang lebih panjang mengandungi lebih banyak perbendaharaan kata serta pelbagai
tatabahasa adalah sesuai untuk pembentukan kemahiran mendengar secara amnya. Sifat
cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam
proses perkembangan diri dari segi kualiti dan sahsiahnya.

24

Hurwitz (1975), pula telah menjalankan kajian terhadap pelajar gred rendah
mengenai kesan yang timbul di dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan muzik
dan tanpa menggunakan muzik. Satu sistem telah digunakan iaitu Kodaly Music System.
Hasil kajian mendapati bahawa kumpulan yang mengikuti sistem muzik kodaly lebih
menunjukkan persembahan yang memberangsangkan daripada kumpulan yang tidak
menggunakannya. Perbandingan yang dibuat antara kumpulan kawalan menunjukkan
bahawa pelajar yang menerima program latihan muzik kodaly memperolehi keputusan
yang lebih baik dan efektif terhadap ujian lisan daripada pelajar yang tidak menerima
program muzik kodaly.
Teori Neurosains memberi satu gambaran jelas dan tepat tentang perkembangan
kognitif kanak-kanak serta cara pembelajaran yang sesuai untuk setiap kanak-kanak
mengikut sifat peribadi mereka (Brown dan Bjorklund 1998). Menurut dePorter dan
Hernacki (1992) dalam Aminah Ayob (2005), otak manusia dibahagi kepada otak kiri dan
otak kanan. Otak kiri mengawal proses pembelajaran bahasa, matematik, pemikiran logik,
analitik, linear dan hafalan. Otak kanan pula mengawal aktiviti kreatif, irama, rima, muzik,
visual, warna, gambar serta pemikiran metaforikal yang boleh menggambarkan analogi dan
metafora, corak dan pola. Secara langsung atau tidak langsung, keseluruhan otak (kiri dan
kanan) terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Oleh itu, apabila perkataan digabungkan
dengan muzik, ia akan lebih mudah diingati atau dipelajari. Cara pembelajaran dengan
muzik lebih baik dalam menghasilkan ingatan jangka panjang daripada pembelajaran pasif.
Kejayaan pendekatan didik hibur telah disokong dengan beberapa teori serta
pandangan yang sesuai oleh tokoh-tokoh tentang keberkesanan didik hibur dalam
pembelajaran murid. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt/kognitif, Teori Ausubel, dan
Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt dan kognitif berpendapat
dalam proses pembelajaran, murid membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Ragbir
Kaur (2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun
segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam ingatan.
Pendekatan didik hibur adalah selati dengan pendapat mazhab gestalt yang
berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola,
menyusun, menyimpan, dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk
membolehkan dia menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan

25

masalah dihadapi. David Ausubel seorang ahli psikolgi kognitif yang menekankan
penguasaan maklumat melalui penggunaan bahasa yang bermakna.
Menurut Ragbir Kaur (2006), maklumat yang dipelajari secara bermakna dapat
diingat dengan lebih lama berbanding dengan apa yang dipelajari secara hafazan. Selain itu,
Teori Perkembangan Kognitif Bruner juga menyatakan bahawa kanak-kanak perlu
dibekalkan dengan bahan, aktiviti dan alat yang berpadanan dengan keupayaan kognitif
mereka. Justeru, adalah rasionalnya untuk menggunakan pendekatan DH yang berasaskan
komputer menerusi lagu dan muzik ke arah tersebut.
Menurut Kanagambal (1977), pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
ialah satu situasi di mana komputer digunakan untuk mengajar dan mengasah sesuatu
kemahiran. Selain itu, beliau menyatakan bahawa melalui pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer adalah usaha untuk menyampaikan maklumat, membimbing, melatih
dan menilai prestasi murid. Mengenai konsep pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer pula,
Zoraini Wati Abas (1992) berpendapat, langkah pertama penggunaan komputer di
dalam kurikulum sekolah menjurus kepada pembelajaran berbantukan komputer yang boleh
dianggap sebagai alat (tool) untuk membantu pelajar mempelajari sesuatu topik, idea atau
kemahiran. Komputer yang digunakan di sekolah boleh diaplikasikan melalui pelbagai cara
untuk menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru.
Ahmad Nizar (1997), pula berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana murid-murid dapat
berinteraksi dan dibimbing oleh komputer melalui satu program pembelajaran terancang
yang bertujuan untuk mencapai matlamat pembelajaran. Ramai penyelidik telah
menggunakan komputer untuk mengajar pelajar pemulihan yang bermasalah pembelajaran
(Azizi Yahaya 2007). Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa komputer mampu
memperbaiki aspek fonologi dan pengenalan perkataan dalam kalangan kanak-kanak
tersebut.
Seterusnya, menurut Mohamad Hasan (1998), penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah mempunyai banyak kelebihan, antaranya
ialah :
26

i.

Komputer mampu mendorong pembelajaran dilaksanakan secara interaktif

ii.

dan secara tidak langsung akan menimbulkan suasana seronok belajar.


Guru-guru dapat berperanan sebagai fasilitator dan mampu membantu murid

iii.

sepenuhnya dari segi isi pelajaran.


Murid boleh mengikuti pelajaran pada bila-bila masa dan merasa kurang

iv.

tertekan, dan
Komputer dapat membekalkan maklumat terkini, mengambil semua
maklumat, menyalin maklumat, menyimpan maklumat dan memaparkan
maklumat untuk perbincangan atau persembahan.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
amatlah digalakkan kerana penggunaan komputer dapat menarik minat murid untuk
mengikuti pembelajaran dengan lebih sistematik. Menurut Nor Hayati (2002), salah satu
kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik minat murid ialah pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer iaitu satu pengajaran yang dibantukan oleh komputer
dengan melibatkan perisian-perisian yang sesuai samada dicipta sendiri atau telah dicipta
oleh orang lain untuk tajuk-tajuk tertentu.
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer juga dapat menghasilkan
suasana pembelajaran yang menarik dan lebih efektif kerana pelajaran dapat disampaikan
dengan cara yang lebih menghiburkan. Menurut beliau lagi, antara matlamat yang dicapai
oleh pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah mempelajari
sesuatu dengan lebih cepat, lebih mudah serta lebih banyak mengingati kembali bahan yang
dipelajari, memperoleh sikap positif terhadap alat komputer, dapat berinteraksi dengan
komputer dengan lebih aktif dan fleksibel dalam pembelajaran iaitu pelajar menentukan cara
menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.
Menurut Bandura (2004), dalam Mohamad Saleh Rahamad (2012) pula, pengaruh
media dalam mempengaruhi perubahan tingkah laku sosial dan peribadi pengguna media
boleh berlaku melalui dua cara, iaitu jalan terus dan melalui intenvensi faktor sosial.
Penggunaan media ke atas sosial dan individu melalui intenvensi sosial bergantung pada
kemahiran kognitif sosial individu seperti kemahiran pengaturan kendiri, kemahiran
munasabah kendiri, kemahiran memahami mesej komunikasi dan kemahiran dan
kemampuan mempelajari mesej simbolik.

27

Dari sudut amalan guru, guru boleh merancang pengajaran dan tugasan pembelajaran
kemudian melaksanakannya dengan melibatkan murid secara aktif. Guru boleh
menggunakan pelbagai kaedah untuk menyampaikan isi pelajaran yang memerlukan murid
memberi respon sepenuhnya sebagai contohnya permainan, teka-teki, atau tunjuk cara,
bercerita, kaedah penyoalan, pengajaran berpasukan, menyanyi, bercerita dan banyak lagi.
Pengajaran berpusatkan murid mempunyai banyak manfaat kepada murid terutamanya
dalam menguasai kemahiran berbahasa dalam kalangan murid (Siti Hajar Abdul Aziz 2009).
Kesimpulannya, penggunaan didik hibur berbantukan komputer yang menerapkan
elemen nyanyian berdasarkan kajian literatur telah menunjukkan bahawa pendekatan didik
hibur berbantukan komputer memberi impak yang positif terhadap pencapaian murid
sebagaimana yang telah dinyatakan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Pendekatan yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga seiring dan sesuai dengan pandangan
dan teori-teori pembelajaran seperti Teori Gestalt/Kognitif, Teori Ausubel dan Teori
Kecerdasan Gardner.

Bab 3
Metodologi

28

3.0 Pendahuluan
Menurut Kerlingger (1986), penyelidikan adalah satu usaha penyelidikan adalah satu
usaha menganalisa data melaui kaedah saintifik dengan bertujuan mencari jawapan kepada
persoalan masalah kajian yang dijalankan. Kaedah merupakan salah satu faktor yang penting
dalam memastikan kelebihan dan kebolehpercayaan kajian yang dilakukan. Bab ini akan
menerangkan tentang metadologi kajian yang dijalankan dari segi reka bentuk kajian, tempat
kajian, sampel kajian, instrumen kajian, dan kaedah menganalisis data.
3.1 Sampel
Kajian ini melibatkan murid Tahun 2 bagi persekolahan 2015 yang bersekolah di
Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam, Kuala Rompin, Pahang. Peserta kajian ini terdiri
daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Peserta kajian yang dipilih
adalah yang berumur lapan tahun. Peserta kajian ini telah dikenal pasti tidak dapat menyebut
dan mengingati semula perkataan yang didengar.
Peserta kajian tidak dikategorikan kanak-kanak berkeperluan khas atau bermasalah
pembelajaran. Oleh itu, pada persepsi pengkaji murid yang berumur lapan tahun semestinya
sudah boleh menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik. Kesannya, jika
masalah ini tidak diatasi dengan segera ia akan memberi kesan terhadap pembelajaran
peserta kajian ini. Justeru, sampel ini adalah paling sesuai untuk dijadikan peserta kajian
bagi mengatasi masalah yang dihadapi dalam kajian penyelidikan tindakan ini.
Menurut Mohd Majid Konting (1990), bagi menjalankan penyelidikan dengan
berkesan, kita perlu mengenal pasti populasi dengan tepat dan jelas. Oleh itu, pengkaji telah
memilih peserta kajian dalam kalangan murid dari Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2014 yang
akan memasuki tahun 2 pada tahun ini kerana pengkaji mengetahui masalah pengajaran yang
dihadapi oleh mereka terutamanya dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur.

3.2 Kaedah Penyelidikan Kajian Tindakan

29

Pengkaji memilih kaedah kajian tindakan kerana didik hibur merupakan suatu model
yang dipercayai berjaya membantu pembelajaran murid-murid bermasalah dalam
pembelajaran. Pengkaji akan memilih Model Kemmis dan McTaggart (1988) untuk
menjalankan kajian ini. Model ini meliputi empat peringkat asas iaitu membuat tinjauan
awal, pelan tindakan dan pengumpulan data, pelaksanaan tindakan dan mengumpul bukti
dan analisis data serta refleksi. Berikut adalah bentuk rajah Model Kemmis dan Mctaggart
(1988).
Bentuk rajah Model Kemmis dan Mctaggart (1988).

Analisis Data
& Refleksi

Tinjauan

Pelan Tindak
Pelaksanaan Tindakan & Mengumpul Bukti

Rajah 3 Model Kemmis dan MacTaggart(1988)

Pengkaji akan melakukan refleksi, tinjauan awal akan dibuat untuk mengenal pasti
punca berlakunya masalah ini. Pengumpulan data akan dilakukan dengan pelbagai cara
seperti temu bual, pemerhatian berstruktur, analisis dokumen rekod latar belakang murid,
ujian lisan (Ujian Pra dan Ujian Pos). Temu bual akan dilakukan oleh pengkaji bersama
rakan sejawat yang lain untuk mengenal pasti punca berlakunya masalah ini serta
membincangkan rawatan intenvensi yang akan dilaksanakan. Tambahan lagi, pengkaji ingin
mengukuhkan lagi persepsi pengkaji dengan membuat pemerhati berstruktur sebanyak tiga
kali terhadap peserta kajian dalam kelas. Pemerhatian ini dilakukan untuk melihat jumlah
interaksi peserta kajian yang akan dikenal pasti masalahnya ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Masa yang diperuntukkan untuk pemerhatian ini sekitar 30-60
minit. Seterusnya, analisis dokumen rekod latar belakang murid dilakukan untuk mengetahui
latar belakang peserta.
30

Ini dilakukan untuk melihat sama ada murid-murid ini bermasalah pembelajaran atau
kanak-kanak berkeperluan khas. Seakan mengenal pasti punca masalah yang dihadapi murid
melalui tinjauan awal, pengkaji akan merancang tindakan intenvensi bagi mengatasi masalah
ini. Pengkaji menggunakan pendekatan didik hibur berbantukan komputer dengan
menerapkan elemen nyanyian untuk meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur
murid.
Pengkaji akan menggunakan ujian lisan untuk melihat murid dapat menyebut dan
mengingati semula perkataan yang didengar serta membina empat ayat secara lisan menerusi
nyanyian didik hibur. Ujian ini dikenali sebagai Ujian Pra dan Ujian Pos. Ujian Pra akan
dilaksanakan setelah tindakan intenvensi yang pertama dilakukan terhadap peserta kajian
ini. Seterusnya, pengkaji melakukan tindakan melalui perancangan yang akan dibuat. Setelah
pengkaji melaksanakan tindakan intenvensi mengikut perancangan yang akan dibuat bagi
mengatasi masalah yang dihadapi.
Kemudiannya, pengkaji akan memerhati dan memantau sama ada tindakan itu
berkesan atau tidak serta sejauh mana ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Sebagai contoh, selepas intenvensi dilakukan mengikut perancangan yang akan dirancang
dengan menggunakan pendekatan didik hibur berbantukan komputer dengan menerapkan
elemen nyanyian, pengkaji akan melakukan Ujian Pos untuk mengetahui keberkesanan
tindakan intenvensi yang dilaksana. Data yang diperoleh oleh pengkaji dianalisis bagi
membolehkan pengkaji melakukan semula refleksi berkaitan kekuatan dan kelemahan
tindakan yang diambil, keberkesanan tindakan tersebut serta tindakan susulan yang perlu
dilakukan.

3.3 Kaedah Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa cara untuk mengumpul dan
mendapatkan data seterusnya dianalisis untuk mendapatkan keputusan iaitu :
3.3.1

Temu Bual
31

Temu bual merupakan kaedah pengumpulan data yang melibatkan interaksi


bersemuka (dua hala) antara pengkaji dengan informan atau orang yang ditemu bual. Temu
bual ialah kaedah terbaik untuk meneroka dan mendapatkan maklumat daripada informan
secara mendalam. Informan bagi temu bual kajian penyelidikan tindakan ini terdiri daripada
guru (rakan sejawat). Temu bual telah dilakukan berdasarkan dua objektif. Objektif pertama,
temu bual telah dilakukan oleh pengkaji untuk meneroka dan mendapatkan maklumat
daripada informan secara mendalam tentang sejauh mana kemahiran mendengar dan bertutur
dilaksanakan dalam kelas. Objektif kedua, pengkaji ingin mendapatkan maklumat tentang
rawatan intenvensi yang ingin dilakukan oleh pengkaji. Selain daripada penjimatan kos dapat
dilaksanakan, kaedah ini juga membolehkan pengkaji mendapatkan data dengan lebih cepat.
Teknik temu bual yang digunakan ialah teknik temu bual berstruktur.
Temu bual dilaksanakan terhadap empat orang informan yang telah lama berkhidmat
dalam bidang pendidikan. Mengikut Trotter (1986) terdapat lima peringkat perkembangan
guru iaitu peringkat novis, novis lanjutan, cekap, mahir dan peringkat yang terakhir iaitu
peringkat pakar. Secara amnya, seseorang guru mengambil jangka masa antara 10 hingga 15
tahun untuk beranjak dari peringkat novis menjadi seorang pakar dalam bidangnya. Pada
peringkat pakar, guru merupakan bintang yang menyerlah dalam bidangnya. Guru pakar
menggunakan pengalamannya untuk menyelesaikan segala masalah yang berlaku dalam
kelas. Hal ini bermakna seseorang guru yang mencapai pada peringkat ini boleh memahami
dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai serta masih dapat mempamerkan gaya
pengajaran yang lancar.
Guru pakar juga dianggap sebagai jurucakap atau orang berautoriti dalam
profesionnya. Seringkali, idea dan kemahiran yang ada pada guru pakar boleh
mempengaruhi polisi-polisi berkaitan dengan pengendalian pengajaran di bilik darjah. Oleh
itu, informan yang dipilih sesuai untuk dijadikan pakar rujuk oleh pengkaji seperti mana
yang dinyatakan oleh Trotter (1986). Sebelum temu bual dilaksanakan, informan perlu
menanda maklumat demografi tentang nama, jantina dan umur mereka (Lampiran A).
Pengkaji juga telah menyediakan soalan terlebih dahulu dan temu bual dilaksanakan secara
formal (Lampiran B).

32

3.3.2

Pemerhatian
Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal.

Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan pemboleh
ubah atau aspek yang dikenal pasti. Pemerhatian telah dijalankan secara sistematik.
Pemerhatian telah dilaksanakan dengan melihat jumlah interaksi ketiga-tiga orang murid ini
dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji akan menandakan
simbol jika murid berinteraksi dengan guru berdasarkan kedudukannya (Lampiran C). Ia
dilakukan dengan cara pemerhatian berstruktur. Dalam pemerhatian ini, pengkaji telah
mengenal pasti aspek yang hendak diperhatikan.
Pengkaji akan memerhati, mendengar dan merekodkan maklumat berdasarkan set
aktiviti yang telah dikenal pasti. Pemerhatian ini dilakukan secara berstruktur. Menggunakan
intrumen ini, pengkaji telah memerhati peserta kajian dalam tempoh masa yang ditetapkan
iaitu 30-60 minit. Pemerhatian dilaksanakan sebanyak tiga kali. Setiap pemerhatian mestilah
bertujuan, dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara
rapi dan betul.
Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori
tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhatian, generalisasi dan penggunaan
persampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku
yang perlu diperhati dan direkodkan. Hal ini disebabkan tingkah laku saling berkaitan antara
satu sama lain. Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan.
Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharus upaya
dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori tingkah
laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui
kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat.
Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian, semakin
senang tingkah laku tersebut diperhatikan dan direkodkan. Penggunaan unit tingkah laku
yang kecil akan meningkatkan kesahan kebolehpercayaan pemerhatian. Selain itu, paras
tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku
yang diperhatikan. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhatian sering
33

menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh. Perhatian khusus perlu
diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku
bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh
digunakan dalam pelbagai penyelidikan.

Terdapat lima cara yang disarankan semasa

membuat pemerhatian :
a. Pemerhatian secara langsung boleh dilakukan setiap masa dengan meneliti segala
perlakuan dan kejadian dalam situasi yang dikaji.
b. Teknik ini tidak memerlukan apa-apa peralatan khas melainkan pensel dan kertas
sahaja. Pengkaji perlu membuat beberapa pertimbangan sebelum melakukan
pemerhatian.
c. Soalan-soalan yang boleh dijadikan panduan :
Apakah yang diperhatikan?
Iaitu berdasarkan fokus kajian yang telah dipilih oleh pengkaji dan hendaklah
menentukan aspek-aspek yang boleh diperhatikan, sama ada jenis dan turutan
peristiwa, perlakuan penyelidik sendiri. Perkara-perkara tersebut hendaklah
spesifik dan dapat dinyatakan secara ekspilisit.
Mengapakah pemerhatian tersebut dilakukan?
Setiap orang ada anggapan dan jangkaan sendiri (existing theories) tentang
sesuatu isu. Pemerhatian membantu seseorang pengkaji membina semula teori
tersebut agar memperolehi satu fahaman baru (theoretical reconstruction).
Bilakah pemerhatian hendak dijalankan dan berapakah tempoh masa yang
diperlukan?
Penyelidik hendaklah jelas tentang masa waktu untuk membuat pemerhatian
agar data yang relevan dapat diperolehi dan tidak menggangu perjalanan
tugas lain yang lebih utama.
Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberi maklumat yang relevan
kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada
pengkaji untuk dilaksanakan. Contoh dokumen yang telah digunakan oleh pengkaji ialah
rekod latar belakang murid (Lampiran D). Pengkaji telah menggunakan analisis dokumen ini
adalah untuk mengetahui demografi peserta kajian. Di samping itu juga, pengkaji ingin
melihat samada murid mempunyai masalah pembelajaran atau merupakan kanak-kanak
berkeperluan khas.
34

3.3.3

Ujian Lisan
Ujian lisan merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan

mengesan kefahaman murid setelah menerima rawatan intenvensi daripada pengkaji. Ujian
ini dilaksanakan secara lisan. Ujian Pra dan Pos merupakan instrumen yang telah digunakan.
Ujian lisan digunakan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu
rawatan intenvensi dijalankan. Jika keputusan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang
signifikan berbanding Ujian Pra, maka objektif kajian telah tercapai. Kedua-dua set soalan
yang digunakan bagi Ujian Pra dan Pos adalah sama untuk membolehkan perbandingan
dibuat. Suasana peperiksaan kedua-dua ujian telah dilaksanakan secara santai. Contoh lagu
yang digunakan bagi kedua-dua ujian ini ditunjukkan dalam Lampiran D. Keputusan yang
diperolehi daripada ujian boleh menjadi indikator yang baik tentang pencapaian atau
penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar kepada peserta.
Ujian ini terbahagi kepada dua bahagian :
i) Bahagian A
Peserta kajian diminta menyebut perkataan yang diperdengarkan kepada mereka
melalui rakaman dalam komputer. Jawapan yang diberikan oleh peserta kajian akan
ditanda sebagai menguasai atau tidak menguasai dalam borang senarai semak untuk
menilai pencapaian murid.

ii) Bahagian B
Peserta kajian diminta membina ayat secara lisan daripada perkataan yang diberi oleh
guru. Jawapan yang diberikan oleh peserta kajian akan ditanda sebagai menguasai
atau tidak menguasai dalam borang senarai semak untuk menilai pencapaian murid.
Skala yang digunakan :
1. Menguasai
2. Tidak menguasai

Semua data mentah yang dikutip perlu disimpan ke dalam fail atau komputer serta
disemak supaya data yang dimasukkan adalah betul dan tepat. Kemudian data ini dikaji
35

menggunakan kaedah kualitatif (Bryman 2001). Pengumpulan data yang menggunakan


kajian secara kualitatif adalah melalui pemerhatian, temu bual atau pembacaan dokumen
bertulis atau gabungan ketiga-tiga aktiviti ini (Therese 1999). Kajian yang dijalankan ini
merupakan kajian tindakan penyertaan (Creswell 2005). Ia melibatkan kajian tentang
masalah yang dihadapi oleh murid tersebut yang telah menghindarkan perkembangan murid
tersebut. Di samping itu juga, pengkaji akan meninjau latar belakang murid dan persekitaran
sekolah.
Pengkaji juga mengadakan kolaborasi dengan komuniti atau pihak berkepentingan
bagi mencari sebab musabab mengapa seseorang murid itu tidak boleh menguasai ilmu.
Tambahan lagi, pengkaji melaksanakan program untuk mengubah cara hidup murid (lifeenhancing changes) apabila masalah murid dikenalpasti.
Pemerhatian telah dilakukan ke atas murid Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Kampung
Kolam, Kuala Rompin, Pahang pada tahun ini di sekolah tersebut. Kajian ini adalah
berbentuk kualitatif.

Berdasarkan maklumat yang dikumpul, diharapkan akan dapat

memberi jawapan untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan murid selepas proses
rawatan terhadap kemahiran mendengar dan bertutur mereka. Maklumat yang dikumpul ini
dan dianalisis ini juga diharapkan dapat memberi gambaran tentang keberkesanan
pendekatan didik hibur dalam kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid.

BAB 4
Analisis Data
4.0 Pendahuluan
Kajian yang telah dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti penguasaan kemahiran
mendengar dan bertutur murid Tahun 2 dalam pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah
Kebangsaan Kampung Kolam, Kuala Rompin, Pahang. Kajian ini menggunakan teknik
didik hibur dengan berbantukan komputer. Kajian ini juga melibatkan tiga orang sampel
kajian. Data sebelum dan selepas penggunaan didik hibur berbantukan komputer telah
dianalisis secara manual dan melalui komputer berdasarkan jenis instrumen seperti temu

36

bual, pemerhatian, analisis dokumen rekod latar belakang murid dan Ujian Pra dan Pos bagi
menjawab persoalan ini.
4.1 Dapatan Data
Dapatan data kajian ini adalah berdasarkan persoalan kajian seperti berikut :
i. Adakah penggunaan pendekatan didik hibur berbantukan komputer dapat
meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur dalam Bahasa Melayu
dengan betul dan tepat?
a. Ujian
Bagi menjawab persoalan ini, pengkaji telah menggunakan ujian pra dan ujian pos
bagi mendapatkan keputusan.

Ujian merupakan hasil kerja dan bukti hasil daripada

pengiraan keputusan markah sampel. Melalui menganalisis ujian tersebut pengkaji telah
dapat mengetahui tahap peningkatan kemahiran mendengar dan bertutur bahasa Melayu
dengan betul. Bagi menganalisis data yang diambil daripada hasil ujian yang telah dilakukan
oleh ketiga-tiga sampel. Pengkaji menjumlahkan markah ujian adalah berdasarkan peratusan
pencapaian.

Melalui dapatan jumlah markah yang diperoleh sebelum dan selepas sesi

pengajaran dan pembelajaran.

Kemudian pengkaji akan memindahkan jumlah markah

tersebut dalam jadual dan dalam bentuk graf bagi melihat sebarang perubahan hasil daripada
penggunaan didik hibur berbantukan komputer.

Keputusan direkodkan adalah seperti

berikut:

Sampel
M1
M2
M3

Ujian Pra
1/20
4/20
4/20

Ujian Pra
Peratus (%)
5%
20%
20%

Gred
E
D
D

Ujian Pos
Peratus (%)
40%

Gred
C

Jadual 1 : Jadual Markah Ujian Pra

Sampel
M1

Markah
8/20

37

M2
M3

13/20
15/20

65%
75%

B
B

Jadual 2 : Jadual Markah Ujian

Perbandingan Peratusan Markah Ujian Pra & Ujian Pos


80%
70%
60%
50%
Peratus 40%
30%
20%
10%
0%

Ujian Pra
Ujian Pos

M1

M2

M3

Sampel

Rajah 2 : Perbandingan Peratusan Markah Ujian Pra dan Pos


Rajah 2 : Perbandingan Peratusan Markah Ujian Pra dan Pos
Rajah 1 : Perbandingan Peratusan Markah Ujian Pra dan Pos
Jadual 1 dan 2 menunjukkan jumlah markah peratusan markah bagi kedua-dua ujian.
Pengkaji telah menjalankan ujian kepada tiga orang sampel iaitu M1, M2 dan M3. Manakala
rajah 1 menunjukkan graf perbandingan peningkatan sebelum dan selepas sesi rawatan.
Sebelum sesi rawatan, ketiga-tiga sampel hanya memperolehi peratusan markah yang rendah
38

iaitu M1 mendapat 5%, M2 mendapat dan M3 masing-masing mendapat 20%.


Perbandingan peratusan markah ini tidaklah ketara antara ketiga-tiga sampel kecuali sampel
M1 memperolehi peratusan yang amat rendah. Berdasarkan keputusan peratusan markah
bagi ketiga-tiga sampel, didapati ketiga-tiga sampel tidak dapat menyebut dengan jelas
perkataan bahasa Melayu.
Manakala rajah 1 menunjukkan graf perbandingan peningkatan sebelum dan selepas
sesi rawatan.

Sebelum sesi rawatan, ketiga-tiga sampel hanya memperolehi peratusan

markah yang rendah iaitu M1 mendapat 5%, M2 dan M3 masing-masing mendapat 20%.
Perbandingan peratusan markah ini tidaklah ketara antara ketiga-tiga sampel kecuali sampel
M1 memperolehi peratusan yang amat rendah. Berdasarkan keputusan peratusan markah
bagi ketiga-tiga sampel, didapati ketiga-tiga sampel tidak dapat menyebut dengan jelas
perkataan bahasa Melayu.
Hasil daripada penggunaan didik hibur, peningkatan dapat dilihat pada markah
sampel iaitu M1 mendapat 40%, M2 mendapat 65% dan M3 mendapat 75%. Perbezaan
amat ketara dapat dilihat terhadap ketiga-tiga sampel ini selepas menjalani sesi rawatan.
Setelah pengkaji menganalisis data yang diperoleh melalui ujian pos mendapati berlaku
peningkatan terhadap sampel dalam kemahiran menyebut perkataan bahasa Melayu.

Bagi dapatan kajian yang lebih tepat dan berfokus bahagian A ujian pra dan ujian pos
digunakan seperti jadual dan rajah berikut :
Sampel
M1
M2
M3

Markah (Ujian Pra)


1/10
2/10
2/10

Markah (Ujian Pos)


4/10
8/10
8/10

Jadual 3 : Jadual Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Bahagian A

39

Perbandingan Markah Ujian Pra & Ujian Pos


Bahagian A

Markah

9
8
7
6
5
4
3
2
1
0

Ujian Pra

M1

Ujian Pos

M2

M3

Sampel

Rajah 2 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Bahagian A


Jadual 3 menunjukkan jumlah markah bagi ujian pra dan ujian pos pada bahagian A.
Bahagian A menunjukkan dengan jelas kemahiran menyebut perkataan Bahasa Melayu
dengan betul. Manakala rajah 2 menunjukkan graf perbandingan markah ujian pra dan ujian
pos pada bahagian A. Sebelum sesi rawatan dibuat, ketiga-tiga sampel hanya memperolehi
markah yang rendah iaitu M1 mendapat 1 markah, M2 mendapat 2 markah dan M3
mendapat 2 markah daripada 10 soalan bahagian A. Perbezaan markah yang diperolehi ini
adalah tidak ketara di antara ketiga-tiga sampel. Berdasarkan keputusan yang diperolehi
didapati ketiga-tiga sampel tidak menguasai kemahiran menyebut perkataan bahasa Melayu
dengan jelas dan tepat.
Selepas rawatan menggunakan kaedah didik hibur, peningkatan jumlah markah
meningkat dapat dilihat iaitu M1 mendapat 4 markah, M2 mendapat 8 markah dan M3
mendapat 8 markah daripada 10 soalan bahagian A. Peningkatan daripada sebelum dan
selepas rawatan ialah M1 sebanyak 3 markah, M2 sebanyak 6 markah dan M3 sebanyak 6
markah. Perbezaan yang amat ketara dapat dilihat daripada ketiga-tiga sampel selepas
rawatan dibuat. Setelah pengkaji menganalisis markah yang diperolehi daripada ujian pos
dalam bahagian A didapati berlaku peningkatan ketiga-tiga sampel dalam kemahiran
menyebut perkataan bahasa Melayu dengan jelas dan tepat.

40

Secara keseluruhannya, hasil daripada ujian yang dijalankan didapati terdapat


peningkatan dalam markah yang diperolehi oleh sampel sebelum dan selepas sesi rawatan.
Peningkatan markah sampel M1 ialah 35%, M2 ialah 45% dan M3 ialah 55%. Malah gred
sampel juga meningkat, M1 telah meningkat daripada gred E kepada gred C, M2 daripada
gred D kepada gred B dan M3 telah meningkat daripada gred D kepada gred B. Ini
menunjukkan penggunaan didik hibur berbantukan komputer adalah berkesan dalam
meningkatkan kemahiran mendengar dan menyebut dengan betul.

Hal ini bersesuaian

dengan pernyataan Khoo Cheng Keat (2006) yang menyatakan bahawa muzik sememangnya
menjadi kegemaran bagi kebanyakan orang, tidak kira golongan kanak-kanak, remaja,
dewasa mahupun golongan tua. Rangsangan muzik mampu memberi kesan mendalam
kepada pelajar memandangkan elemen ini menyentuh mengenai keseronokan dan
kegembiraan. Justeru, penggunaan rangsangan muzik adalah amat disarankan sebagai
alternatif kepada kaedah pengajaran (Noraini Idris 2001).

ii. Adakah murid dapat membina ayat secara lisan menerusi nyanyian didik
hibur berbantukan komputer dalam kelas?
Persoalan adakah murid dapat membina ayat secara lisan menerusi nyanyian didik
hibur berbantukan komputer dapat dilihat pada analisis berdasarkan perbandingan markah
ujian pra dan ujian pos. Soalan yang dikemukakan ialah sebanyak 10 soalan.
Sampel
M1
M2
M3

Ujian Pra
0/10
2/10
2/10

Ujian Pos
4/10
5/10
7/10

Jadual 4 : Jadual markah ujian pra dan ujian pos bahagian B

41

Perbandingan Markah Ujian Pra & Ujian Pos


Bahagian B
8
7
6
5
Markah 4
3
2
1
0

Ujian Pra
Ujian Pos

M1

M2

M3

Sampel
Rajah 3 : Perbandingan markah ujian pra dan ujian pos bahagian B

Jadual 4 menunjukkan jumlah markah ujian pra dan ujian pos bahagian B. Manakala
rajah 3 pula menunjukkan perbandingan markah ujian pra dan ujian pos bahagian B dalam
peningkatan graf sebelum dan selepas rawatan dibuat.

Sebelum rawatan, sampel M1

mendapat 0 markah, M2 dan M3 masing-masing mendapat 2 markah. Perbezaan markah


ketiga-tiga sampel tidaklah ketara kecuali sampel M1 memperolehi markah yang amat
rendah. Berdasarkan markah bagi ketiga-tiga sampel, didapati ketiga-tiga sampel tidak dapat
membina ayat daripada perkataan yang diberi oleh guru.
Hasil daripada penggunaan didik hibur, peningkatan dapat dilihat pada markah
ketiga-tiga sampel.

Sampel M1 mendapat 4 markah, M2 mendapat 5 markah dan M3

mendapat 7 markah. Perbezaan amat ketara dapat dilihat terhadap ketiga-tiga sampel ini
selepas menjalani sesi rawatan. Setelah pengkaji menganalisis data yang diperoleh melalui
ujian pos mendapati berlaku peningkatan terhadap sampel dalam kemahiran membina ayat
daripada perkataan yang diberi oleh guru.
Secara keseluruhannya, hasil daripada ujian yang dijalankan didapati terdapat
peningkatan dalam markah yang diperolehi oleh sampel sebelum dan selepas sesi rawatan.
Peningkatan markah sampel M1 ialah 35%, M2 ialah 45% dan M3 ialah 55%. Malah gred
sampel juga meningkat, M1 telah meningkat daripada gred E kepada gred C, M2 daripada
42

gred D kepada gred B dan M3 telah meningkat daripada gred D kepada gred B. Ini
menunjukkan penggunaan didik hibur berbantukan komputer adalah berkesan dalam
meningkatkan kemahiran mendengar dan menyebut dengan betul.

c. Pemerhatian
Pengkaji telah menggunakan pemerhatian berstruktur. Alat kajian ini digunakan
untuk melihat interaksi murid dengan guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
Pemerhatian dilakukan selama 30-60 minit. Pemerhatian dilakukan sebanyak tiga kali
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Jadual 4 berikut menunjukkan
interaksi yang berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Apabila murid
menjawab soalan serta menanyakan soalan kepada pengkaji, pengkaji akan menandakan
dengan simbol berdasarkan kedudukannya dalam kelas. Seterusnya interaksi murid
akan dijumlahkan berdasarkan bilangan simbol yang dikumpulkan. Tarikh pemerhatian
(P1) =11 Februari 2015, (P2) = 13 Februari 2015, (P3) = 15 Februari 2015.

43

Murid
1.
2.
3.
4.
5.

P1
2
2
1
1

P2
1
2
2
2

P3
1
1
2
1

Jumlah interasksi
5
5
5
4
Tiada interaksi dengan

6.
7.

pengkaji
4
Tiada interaksi dengan

8.

pengkaji
Tiada interaksi dengan

9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

1
2
2
1
1
2
2
1
2
1
1
1

1
1
1
1
1
2
2
2
1
2
2
1

1
2
1
1
1
1

1
2
1

pengkaji
3
5
4
3
3
5
4
4
5
4
3
3

Jadual 5 : Interaksi Murid Semasa Sesi P&P Dalam Bilik Darjah

Daripada Jadual 5, terdapat murid pada kedudukan 5, 7, dan 8 yang tidak berinteraksi
dengan guru sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan murid pada
kedudukan yang lain masing-masing berinteraksi dengan guru semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Jumlah interaksi mereka ialah diantara tiga hingga lima. Pada
keseluruhannya, bolehlah dirumuskan ketiga-tiga murid ini mempunyai masalah dari segi
kemahiran mendengar dan bertutur dengan guru. Tambahan pula, murid ini merupakan
murid yang telah dikenal pasti mempunyai masalah dalam kemahiran mendengar dan
bertutur sebelum pemerhatian dilakukan.
d. Analisis Dokumen (Rekod Latar Belakang Murid)
Kajian dijalankan kepada tiga orang peserta kajian daripada Tahun 2 Hidayah yang
bersekolah di SK Kampung Kolam, Kuala Rompin. Subjek kajian terdiri daripada dua
murid lelaki dan seorang murid perempuan. Ketiga-tiga peserta kajian berbangsa Melayu
serta beragama Islam. Di samping itu juga, pengkaji telah membuka fail peribadi ketiga-tiga
44

subjek kajian. Dalam fail tersebut tiada maklumat daripada pihak kesihatan menyatakan
ketiga-tiga peserta kajian ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas dan
bermasalah pembelajaran. Prestasi ketiga-tiga peserta kajian ini semasa di tahun 1 berada
dalam pencapaian kurang memuaskan. Jadual 6 mewakili maklumat peribadi subjek kajian
1, Jadual 7 mewakili maklumat peribadi subjek kajian 2 dan Jadual 8 mewakili maklumat
subjek kajian 3 di bawah menunjukkan butiran lengkap peribadi peserta kajian yang dipilih
untuk kajian.
Hasil daripada analisis dokumen rekod latar belakang murid, ketiga-tiga peserta
kajian ini tidak bermasalah pembelajaran dan tidak dikategorikan sebagai kanak-kanak
berkeperluan khas.

Perkara

Butiran Diri Murid

Nama Peserta Kajian

Mohamad Hisyam bin Azmi

Tarikh Lahir

21 Jun 2007

Tempat Lahir
Jantina
Bangsa
Agama
Nama Ibu/Bapa/Penjaga
Pekerjaan
Hobi
Cita-Cita

Klinik Kesihatan Kuala Rompin


Lelaki
Melayu
Islam
Azmi bin Ismail
Pengawal keselamatan
Membaca buku
Tentera
Jadual 6 Maklumat Peribadi Subjek Kajian 1

Perkara

Butiran Diri Murid

Nama Peserta Kajian

Muhammad Nur Izzat bin Tarmizi

Tarikh Lahir

23 Oktober 2007

Tempat Lahir
Jantina
Bangsa
Agama
Nama Ibu/Bapa/Penjaga

Hospital Tungku Ampuan Afzan, Kuantan


Lelaki
Melayu
Islam
Tarmizi bin Yusuf

45

Pekerjaan
Hobi
Cita-Cita

Bomba
Bermain bola
Askar
Jadual 7 Maklumat Peribadi Subjek Kajian 2

Perkara

Butiran Diri Murid

Nama Peserta Kajian

Nurul Ezzah binti Ahmad

Tarikh Lahir

10 Mac 2007

Tempat Lahir
Jantina
Bangsa
Agama
Nama Ibu/Bapa/Penjaga
Pekerjaan
Hobi
Cita-Cita

Hospital Tungku Ampuan Afzan, Kuantan


Perempuan
Melayu
Islam
Ahmad bin Mahmud
Polis
Membaca
Guru
Jadual 8 Maklumat Peribadi Subjek Kajian 3

BAB 5
PERBINCANGAN
5.1

Pengenalan
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri

pendidikan negara. Pendekatan didik hibur merupakan satu pendekatan yang baik dan
berkesan yang diperkenalkan kepada murid-murid setelah pemansuhan PPSMI yang kembali
diajar dalam bahasa Melayu bermula tahun 2012.

Didik hibur menjadi kaedah alternatif

dalam membantu murid menguasai pembelajaran Bahasa Melayu secara santai dan berhibur.
46

Tujuan didik hibur dilaksanakan supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
menjadi seronok untuk diikuti oleh murid-murid.

Ia digunakan secara meluas sebagai

komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang


diadaptasikan menerusi pendekatan Fun Learning yang digunakan secara meluas dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.
Rumusan dapatan kajian dibuat ini adalah berdasarkan kepada tujuan atau objektif
kajian ini iaitu menggunakan pendekatan didik hibur dalam meningkatkan kemahiran
mendengar dan bertutur dalam kalangan tiga orang murid Tahun 2 Hidayah. Pendekatan
didik hibur ini menjadi asas dalam meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur. Ini
kerana, pendekatan didik hibur berjaya mengatasi perasaan malu dalam kalangan murid.
Pendekatan ini amat berkesan dan berjaya dilaksanakan. Di samping itu, implikasi kajian dan
cadangan-cadangan yang difikirkan dapat membantu dan meningkatkan penguasaan teknik
ini juga turut dijelaskan.
Secara keseluruhannya banyak perubahan-perubahan yang dilalui oleh subjek kajian
dan pengkaji sendiri. Antaranya ialah dalam masa dua minggu pengajaran, subjek kajian
sudah boleh membina ayat mudah menerusi nyanyian dan menyebut rangkap lagu dengan
jelas. Sebelum penggunaan kaedah didik hibur, mereka tidak dapat menyebut dan
mengingati semula perkataan yang didengar. Sepanjang aktiviti ini dijalankan subjek kajian
begitu seronok serta memberi penuh perhatian pada proses pengajaran dan pembelajaran.
Kelakuan murid juga sudah berubah, sikap pasif dan malu mereka sudah bertukar kepada
murid yang aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu hubungan guru dan
murid juga bertambah rapat.
5.2

Ringkasan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan melihat keberkesanan

pendekatan didik hibur dalam meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur murid. Oleh
itu, tiga orang murid dari Tahun 2 Hidayah di SK Kampung Kolam, Kuala Rompin telah
digunakan sebagai peserta kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian
lisan (Ujian Pra dan Pos), pemerhatian dan analisis dokumen.

47

Subjek Kajian dalam kajian ini adalah terdiri daripada dua orang murid lelaki dan
seorang murid perempuan yang telah dikenal pasti menghadapi masalah dalam menguasai
kemahiran mendengar dan bertutur. Masalah ini perlu diatasi kerana kemahiran ini
merupakan kemahiran yang paling asas dan sering digunakan dalam kehidupan seharian.
Tempoh kajian dilaksanakan selama dua minggu.

5.3

Implikasi Dapatan Kajian


Kajian seperti ini penting kerana dapatan hasil kajian ini dapat membantu guru

membuat refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran
agar sesuai dengan tahap kesediaan, minat dan masalah murid. Dalam proses pembelajaran
bahasa Melayu dalam kemahiran mendengar dan bertutur bagi murid yang mempunyai
masalah dalam penguasaan kemahiran ini, guru seharusnya menggunakan kaedah dan
pendekatan pengajaran yang boleh meransang pembelajaran murid.
Pendekatan didik hibur berbantukan komputer dapat menarik minat murid dan
mengekalkan tumpuan mereka kepada pengajaran guru.

Ini akan dapat meningkatkan

penguasaan mereka dalam kemahiran mendengar dan bertutur.


dijalankan, peserta kajian kelihatan seronok

Sepanjang aktiviti

dan mereka bersungguh-sungguh untuk

melakukan aktiviti apabila diminta oleh pengkaji. Peserta kajian juga menunjukkan
perubahan yang begitu ketara. Mereka dapat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur
dengan kesan daripada pengajaran pengkaji yang menggunakan pendekatan didik hibur yang
menerapkan elemen nyanyian.
Hasil kajian ini juga penting kepada murid yang bermasalah dalam menguasai
kemahiran mendengar dan bertutur kerana penggunaan pendekatan didik hibur berbantukan
komputer yang menerapkan elemen nyanyian serta menggabungkan audio dan visual dapat
membantu murid ini menguasai kemahiran berbahasa dalam bahasa Melayu. Seterusnya,
menarik minat murid untuk berinteraksi dengan guru dan bahan bantu mengajar berbantukan
komputer.
Hasil kajian ini telah berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran
berbahasa dan meningkatkan keyakinan murid. Keyakinan diri ini penting kerana apabila
48

murid sudah mempunyai keyakinan diri mereka akan menjadi murid yang aktif ketika
belajar. Ini memudahkan mereka untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang
pengajaran guru.

Akhirnya matlamat guru untuk membantu murid menguasai kemahiran

mendengar dan bertutur telah berjaya. Justeru, diharapkan guru mempratikkan kaedah ini
dan boleh digunakan untuk mata pelajaran selain daripada mata pelajaran Bahasa Melayu.
Ini supaya prestasi murid dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih cemerlang.
Kajian ini juga dapat merangsang guru-guru Bahasa Melayu untuk bersedia, kreatif
dan sentiasa peka dengan tugas mendidik dalam bilik darjah. Guru-guru juga akan lebih
kreatif untuk memilih lagu yang sesuai dan mengubahsuai seni kata lagu yang sedia ada
kepada seni kata lagu baru dengan menggunakan lirik lagu yang diketahui oleh murid.
Selain itu, pendekatan didik hibur berbantukan komputer memerlukan seseorang guru itu
membuat persediaan yang rapi sebelum memulakan pengajaran. Pengajaran guru
berbantukan visual dapat menarik minat minat murid dan membantu murid menguasai
kemahiran berbahasa.

49

5.4

Cadangan Selanjutnya
Pelbagai kaedah, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu dilakukan oleh para pendidik. Kesemua kaedah, strategi dan pendekatan yang
digunakan adalah untuk memenuhi kehendak kurikulum yang digubal. KSSR adalah satu
bentuk kurikulum yang mengetengahkan konsep belajar sambil berhibur, ceria dan santai
(fun learning) untuk mengubah paradigma dan stigma murid belajar secara kaku (static).
Kajian ini menunjukkan pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran guru
dapat mewujudkan suasana atau persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Di
samping itu, pendekatan didik hibur juga membantu murid untuk belajar dengan lebih
berkesan serta dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran mendengar dan
bertutur.
Peranan ini memanggil seruan untuk para guru bertindak sebagai agen pendidikan
supaya murid dapat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan menggunakan
pendekatan didik hibur. Keadaan tersebut meninggalkan kesan yang mendalam dari jangka
masa panjang di mana generasi yang dilahirkan mampu menyampaikan idea, pendapat atau
pandangan yang bernas, kreatif dan kritis dengan memuaskan. Justeru, kajian penyelidik ini
mampu untuk memandu arah pendidikan negara kita ke landasan Falsafah Pendidikan
Negara, iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Setelah dapatan kajian diperoleh dan dianalisis, pengkaji mengemukakan beberapa
cadangan yang akan datang berkaitan dengan tajuk yang sama iaitu pengkaji mencadangkan :
a. Pengkaji akan mengekalkan pendekatan yang digunakan untuk pengajaran pada masa
hadapan kerana pendekatan ini adalah pendekatan paling mudah dan berkesan
mengajar kemahiran mendengar dan bertutur. Pendedahan awal adalah perlu supaya
mereka tidak menghadapi masalah apabila berada di tahap dua.
b. Kajian ini dilaksanakan ke atas semua murid yang berbeza tahap dan umur bagi
melihat keberkesanan pendekatan didik hibur berbantukan komputer ini ke atas murid
yang berbeza latar.

Walau bagaimanapun, kajian ini hanya meninjau kesan jangka pendek iaitu dalam
tempoh pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, kajian yang selanjutnya

perlu dilakukan bagi melihat kesan pendekatan didik hibur ke atas pencapaian akademik
pelajar dalam jangka masa panjang. Rumusannya, cadangan yang telah dikemukakan boleh
dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pengkaji akan datang.
Cadangan ini boleh membantu pengkaji akan datang menghasilkan kajian seterusnya dengan
lebih baik daripada yang sedia.

5.5

Kesimpulan
Pengkaji tidak menyangka ketiga-tiga peserta kajian boleh membina ayat secara lisan

serta menyebut empat rangkap lagu menerusi nyanyian didik hibur bahasa Melayu dalam
masa dua minggu sahaja dalam tempoh rawatan intenvensi. Bukan itu sahaja mereka cuba
berinteraksi dengan pengkaji di luar kelas dan bertanyakan tentang kerja rumah yang diberi.
Nampaknya, pengkaji telah berjaya menerapkan sifat keyakinan di dalam diri ketiga-tiga
peserta kajian serta dapat menanamkan minta terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.
Hasilnya mereka berjaya menguasai kemahiran mendengar dan bertutur selepas Ujian Pos
dilaksanakan.

Rujukan

Abu Bakar Yusof, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Abdullah. (2006). Prinsip Pengajaran
Penulisan. Selangor: Emeritus Publication.
Ahmad Nizar. (1997). Sejauhmanakah Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer Bagi Mata Pelajaran dalam Operasi Asas Matematik MuridMurid Tahun 5 Sek. Keb. Jabi dari Aspek Minat dan Pencapaian. Maktab Perguruan
Darulaman.
Ahmad Ramli Zakaria & Osni Anuar Othman. (1992). Projek Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran: Siri Panduan Guru KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Akhiar Pardi & Shamsina Shamsudin. (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam
Penyelidikan Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Alice-Ann et al. (Ed.). (2009). Introduction to Approaches In Music Therapy. United State:
Silver Spring, MD.
Aminah Ayob. (2005). Syarahan Umum Pembelajaran Berasaskan Minda dan Implikasinya
dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia.
Arthur Miller. (2005). Encouraging Musical Risks for Learning Success. New York: Merrill
Publisher.
Bandura, A. (2004). Social Learning Theory. United State: New Jersey.
Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman. (2008). Pengabaian Kemahiran Mendengar dan
Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di
Malaysia. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Edwin Gordon. (1997). Learning Sequences in Music: Skill, Content, and Patterns : A Music
Learning Theory. Chicago: GIA Publications.
Kamarudin Haji Husin. (1993). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan edisi keempat (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kemmis, S. & Mctaggart, R. (1988). The Action Research Planner. Gelong, Victoria,
Australia: Deakin University Press.
Widdowson, H.G. (1983). Learning Purpose and Language Use. Oxford: Oxford
University Press.
Mazlan Rais. (2000). Kemahiran Mendengar: Asas Kemahiran Berbahasa dalam Jurnal
Bahasa, 44(6), ms.701-714.
Raminah Sabran. (1991). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Yahya Othman. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuantan: PTS Profesional.
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman (2011). Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 1 (Mei 2011). Hal.67-87.
Penerbitan UKM.
Chew Fong Peng dan Abdul Jalil Othman. Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur
dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia
Dr. Mashudi bin Bahari, Zainiyah binti Mohd Zain : Didik Hibur : Satu Alternatif Pendekatan
Pengajaran Membaca Dalam Kalangan Pelajar Linus. 15 Jun 2012. UPSI
Mazlan Rais. (2000). Kemahiran Mendengar: Asas Kemahiran Berbahasa dalam Jurnal
Bahasa, 44(6), ms.701-714.
Roselan Baki. (2006). Interaksi Lisan Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa
Melayu: Potensi yang Terabai. Kertas Kerja dalam Seminar Memperkasakan
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Sistem Persekolahan, anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur pada 19-21 Disember.
Lagu Tiga Kupang daripada https://www.youtube.com/watch?v=uOq8DCUdnqQ

LAMPIRAN A

ANALISIS DOKUMEN (REKOD LATAR BELAKANG MURID)


Perkara

Butiran Diri Murid

Nama Peserta Kajian

................................................

No. Pendaftaran

................................................

Tarikh Lahir

................................................

Tempat Lahir

................................................

Jantina

................................................

Bangsa

................................................

Agama

................................................

Nama Ibu/Bapa/Penjaga

................................................

Agama

................................................

Hobi

................................................

Cita-Cita

................................................

Keismewaan Peserta Kajian

................................................

LAMPIRAN B

INSTRUMEN UJIAN LISAN BAHASA MELAYU TAHUN 2


INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
NAMA
TARIKH
KELAS
ARAHAN
Lirik lagu

:
:
:
: Murid mendengar dan menyebut rangkap lagu dengan jelas.
: Lagu Tiga Kupang

Lagu Tiga kupang


Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali
Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula, hey
Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Patuk batang hidung

LAMPIRAN C

INSTRUMEN UJIAN LISAN BAHASA MELAYU TAHUN 2


INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI
NAMA

TARIKH

KELAS

ARAHAN

: Murid membina ayat secara lisan daripada perkataan yang diberi oleh guru.

1. saku

6. raja

2. burung

7. rumah

3. kuali

8. roti

4. masak

9. patuk

5. sedap

10. hidung

JADUAL PENENTUAN GRED MARKAH UJIAN LISAN

Markah (%)

Ukuran Pencapaian (Kriteria)

(0)

1. Tidak dapat membina ayat secara lisan menerusi nyanyian

Tidak Menguasai

Didik Hibur (DH) bahasa Melayu.


2. Tidak dapat menyebut empat rangkap lagu dengan jelas
menerusi nyanyian DH bahasa Melayu.

(25)
Tidak Menguasai

1. Dapat membina satu ayat secara lisan menerusi nyanyian


Didik Hibur (DH) bahasa Melayu.
2. Dapat menyebut satu rangkap lagu dengan jelas menerusi
nyanyian DH bahasa Melayu.
1. Dapat membina dua ayat secara lisan menerusi nyanyian Didik

(50)

Hibur (DH) bahasa Melayu.

Tidak Menguasai
2. Dapat menyebut dua rangkap lagu dengan jelas menerusi
nyanyian DH bahasa Melayu.
1. Dapat membina tiga ayat secara lisan menerusi nyanyian Didik
(75)

Hibur (DH) bahasa Melayu.

Menguasai
2. Dapat menyebut tiga rangkap lagu dengan jelas menerusi
nyanyian DH bahasa Melayu.
1. Dapat membina empat ayat secara lisan menerusi nyanyian
(100)

Didik Hibur (DH) bahasa Melayu.

Menguasai
2. Dapat menyebut empat rangkap lagu dengan jelas menerusi
nyanyian DH bahasa Melayu.