Anda di halaman 1dari 8

UNIT SENI KULINARI

JABATAN HOSPITALITI
KOLEJ VOKASIONAL KANGAR
JALAN SEKOLAH DERMA,
01000 KANGAR, PERLIS.
Telefon: 04-976 0471 Faksimili: 04-978 2058
KERTAS PENERANGAN / INFORMATION SHEET
KURSUS

SENI KULINARI

SEMESTER / TAHUN

DUA / SATU

COURSE NAME

EASTERN BASIC COOKERY

CODE NAME

HSK 202

CONTENT STANDARD

M2 K6 : PREPARE LOCAL BREAKFAST

Students should be able to:


1. Obtain local breakfast
LEARNING STANDARD
2. Select utensils and equipment
3. Select local breakfast ingredients
4. Execute local breakfast preparation

COURSE
DESCRIPTION

This course provide Eastern Basic Cookery to


develop students knowledge and skill in preparing
local fried dishes, local soups, plain rice, poultry
dishes, vegetable dishes, porridge/congee and local
dishes according to the industry needs.

PENGENALAN
Sarapan pagi merupakan makanan yang pertama yang diambil
pada setiap pagi.

Sarapan pagi biasanya mengandungi lebih karbohidrat kerana


tubuh memerlukan bekalan glukosa dengan segera selepas
beberapa jam perut kosong.
Contoh sarapan pagi yang biasa di Malaysia ialahnasilemak, nasi,
mee atau bihun goreng, roti canai atau bijirin.
Sarapan pagi mesti dipelbagaikan setiap hari untuk mengelakkan
rasa jemu.
Sarapan pagi biasanya diambil sebelum sesuatu kerja dimulakan
ataupun sebelum ke sekolah pada awal pagi.
KEBAIKAN SARAPAN PAGI
Membekalkan tenaga yang diperlukan untuk melakukan sesuatu
aktiviti pada waktu pagi seperti belajar serta sebelum makanan
yang seterusnya diambil.
Membekalkan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh.
Mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.
Menjana perkembangan otak dan daya tumpuan
KEBURUKAN TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
Mengurangkan tenaga untuk melakukan sebarang aktiviti pada
pagi hari.
Mengurangkan kecergasan di dalam kuliah pada waktu pagi.
Sukar menerima pengajaran oleh guru/pensyarah di dalam kelas.
Mudah berasa letih dan mengantuk.

CONTOH MENU SARAPAN PAGI ALA TIMUR


MELAYU

INDIA

CINACINA

NASI LEMAK
SAMBAL IKAN
BILIS

PARATA

BUBUR AYAM

DALCA SAYUR

YAU CHA KUEY

TELUR & TIMUN

KOPI

KOPI

KOPI @ TEH

PERALATAN DAN PERKAKASAN

BI
L

PERALATAN/PERKAKASAN

KEGUNAAN

1
Memasak nasi secara merebus dan
digunakan untuk masakan lain yang
direbus seperti sup dan bubur. Ia
merupakan alat penjimat masa.

2
Digunakan untuk menggaul nasi yang
telah masak, bubur dan juga
mencampurkan bahan untuk dimasak.

3
Digunakan untuk menggoreng dan saut
makanan.

4
Digunakan untuk menggoreng dan
menggaul sebati bahan masakan yang
sedang dimasak di dalam kuali.

5
Digunakan untuk merebus nasi @ bubur,
mencelur bahan masakan dan memasak
kari serta lain-lain kegunaan.

Digunakan untuk membasuh dan


mengetos bahan seperti bihun,
3

kueyteow dan mee serta bahan-bahan


masakan lain.

7
Digunakan untuk memasukkan bahanbahan kering dan basah yang telah
disukat dan ditimbang, menggaul bahan
masakan yang hendak dimasak.

SUMBER PROTEIN DI DALAM HIDANGAN SARAPAN PAGI


Sumber protein amat penting di dalam penyediaan hidangan sarapan pagi
untuk memberikan tenaga. Di antara contoh-contoh makanan yang
mengandungi sumber protein yang sesuai disajikan di dalam hidangan
sarapan pagi adalah seperti:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Daging
Ayam
Telur
Keju
Susu
Air Soya

FAKTOR-FAKTOR YANG MESTI DIPERTIMBANGKAN APABILA


MERANCANG MASAKAN UNTUK SARAPAN PAGI
4

1. Hidangan hendaklah mencukupi terutama untuk orang yang tidak


makan apa-apa sebagai hidangan alas perut di waktu tengah hari
atau pun untuk orang yang memakan hidangan yang ringkas pada
tengah hari.
2. Hidangan hendaklah jenis yang ringkas dan cepat dimasak, supaya
sarapan pagi tidaklah dimakan dengan gopoh-gapah dan tidak
mengurangkan selera waktu pagi.
3. Jika hendak menghidangkan makanan yang cerewet dan mengambil
masa, bahan-bahannya bolehlah disediakan pada malam sebelumnya
dan dimasak pada waktu pagi.
4. Minuman sejuk dan panas seperti teh, kopi, koko dan minuman lain
yang berkhasiat hendaklah dihidang bersama.
5. Hidangan yang disaji hendaklah seimbang zat makanannya dan
rupanya hendaklah menarik.
6. Sarapan pagi boleh dihidang di atas dulang. Cara menghidang begini
menjimatkan masa dan tenaga kerana seseorang itu tidak perlu
berulang-alik mengambil makanan dan minuman serta hidangan. Ia
juga menyenangkan kerja seseorang.
MAKANAN YANG SESUAI DIPILIH SEBAGAI SEBAHAGIAN HIDANGAN
SARAPAN
1. Buah-buahan segar
Di Negara kita, tidak ramai orang yang memakan buah-buahan segar
pada waktu sarapan pagi. Hidangan ini menyegarkan kita dan
merangsangkan system penghadaman di dalam perut supaya
bersedia menjalankan tugas penghadaman. Buah-buahan juga
menambah zat-zat penting seperti vitamin dan garam mineral
kepada hidangan.
Buah-buahan segar boleh dimakan dengan dihiris atau dipotong atau
dihidang sebagai jus atau stew buah-buahan. Buah seperti betik dan
limau boleh dihidang sebagai jus. Buah-buahan kering seperti prun
dan kurma boleh distewkan untuk sarapan.
2. Bijirin

Makanan bijirin dibuat daripada beras, barli, oat, jagung dan gandum.
Kesemua ini sangat berkhasiat jika dibuat daripada biji-bijian tulin. Bijirin
membekalkan tubuh dengan haba dan tenaga dan boleh didapati dengan
harga yang murah. Makanan bijian yang boleh didapati tanpa dimasak
adalah seperti beras dan jagung.
3. Roti
Roti ialah bijirin yang dibuat daripada tepung gandum. Ia mengandungi
banyak karbohidrat yang membekalkan tbuh badan kita dengan haba dan
tenaga. Vitamin dan garam mineral ditambah untuk menambahkan lagi
khasiat dan nilai zat pemakanan.
Jenis-jenis roti :
I)

Roti putih
warnanya putih dengan kulit atasnya perang tua. Lebih senang
dihadam daripada roti gandum tulin kerana roti ini tidak
mengandungi makanan pelawas. Zat seperti vitamin dan garam
mineral ditambah.

II)

Roti perang
sama keadaannya seperti roti putih. Jenis ini member nilai yang
sama. Hanya warnanya sahaja perang.

III)

Roti gandum tulin


Rupanya adalah sama biasa dengan warna perang tua pada kulit
atasnya tetapi roti ini berbintik-bintik. Roti jenis ini mengandungi
makanan pelawas dan oleh itu ia kurang senang dihadamkan
daripada roti putih tetapi lebih berkhasiat kerana vitamin dan garam
mineral dalam selaput dicampur ke dalam tepung. Makanan pelawas
mengelakkan sembelit.

IV)

Roti sandwich

Boleh dibuat daripada tepung putih atau tepung jagung tulin. Ia rata
disemua bahagian dengan kulit berwarna perang muda.
Roti sangat popular untuk sarapan kerana :

Rasanya lembut dan boleh dimakan dengan pelbagai makanan lain

seperti mentega, jem, kuah kari dan sebagainya.


Tidak perlu dimasak dan senang dihadam.
Murah dan mudah didapati.
Boleh disimpan dengan baik selama 2 3 hari (bergantung cara
penyimpanan).

4. Makanan protein
Makanan seperti susu, telur, keju dan sebagainya hendaklah dimasukkan
ke dalam hidangan sarapan. Ini akan menjadikan sarapan lebih menarik
dan sedap serta membekalkan tubuh dengan protein yang perlu untuk
membina dan membaiki tisu-tisu.
I)

Susu
Susu sangat penting dalam sajian kita terutama sekali kepada kanakkanak membesar dan dewasa. Susu mengandungi protein dan zat-zat
makanan lain seperti vitamin, garam mineral, lemak dan air. Susu
boleh dihidang sebagai susu panas atau di dalam minuman panas
seperti air teh, kopi dan koko. Susu boleh juga dihidangkan dengan
bijirin seperti emping jagung, oat dan sebagainya.

II)

Telur
Telur sangat berkhasiat dan murah. Ia mengandungi protein nilai
pemakanan yang tinggi, lemak, garam mineral( kalsium, besi, sulfur
dan fosforus) dan vitamin A, B dan D. Lemaknya sudah dipecah-

pecahkan dan senang dihadamkan. Untuk sarapan, telur boleh


dimasak dengan kaedah :

Separuh masak atau direbus keras


Rebus carak
Masak hancur
Goreng

5. Kuih-kuih tempatan
Savouri dan manis seperti kuih badak, kuih keladi, kuih lapis, kuih cara
dan sebagainya.