Anda di halaman 1dari 10

PENDAHULUAN

Karya agung ialah karya yang dapat mengimbau kembali akan sejarah
bangsa kita suatu masa dahulu. Karya sastera kini menjadi bahan yang
penting terutama untuk pengkaji sastera dan sejarah tamadun. Antara
karya agung yang

dikupas dalam kajian ini ialah hasil cetusan karya

seorang sasterawan negara, A Samad Said, iaitu Hikayat Hang Tuah.


Hikayat Hang Tuah merupakan suatu karya sastera yang sangat menarik
dan menjadi tumpuan para penggiat sastera, terutamanya di Nusantara.
Karya itu telah dikenali sebagai sebuah epik kebangsaan kerana
ketinggian nilai sasteranya. A. Samad Said sebagai pengarang kisah epik
tersebut telah memulakan penulisan kisah Hang Tuah dengan menyebut
tema dan objektif penulisannya. Nilai-nilai yang terkandung dalam hikayat
ini menjadi pedoman hidup bagi orang melayu, baik generasi tua ataupun
generasi muda.
2.0

Falsafah

Hikayat

Hang

Tuah

merupakan

sebuah epik kepahlawanan

yang

merentasi sepanjang zaman naik turun kerajaan Empayar Melaka di Tanah


Melayu suatu ketika dahulu. Hikayat ini dipercayai mula ditulis sekitar
1700, tetapi manuskrip yang lengkap adalah bertarikh 1849. Hikayat
Hang Tuah mengandungi cerita-cerita tentang kepahlawanan Hang Tuah
atau perbuatan handal tokoh-tokoh Melayu yang lain. Dalam hikayat
terkenal ini, terdapat banyak nilai Melayu atau ilmu pengetahuan orang
Melayu mengenai hal yang di luar alam biasa.
Menurut Mohd Affandi Hassan (1994: 45), pemikiran dan nilai-nilai
dua wira feudal, iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat sangat mempengaruhi
pemikiran golongan tertentu dalam masyarakat Melayu. Menurut Hikayat
Hang Tuah, raja dianggap sebagai keturunan raja keinderaan (Kassim
Ahmad 1966: 1 dalam Mohd. Affandi (1994: 45) ). Menurut seorang
pedagang, Barang siapa melihat rupa raja itu ia bertemu dengan Allah
Taala, demikianlah. Mereka mempercayai bahawa raja itu dilantik terus
oleh Allah.

Menurut Mohd. Affandi (1994: 47), Hang Tuah hanya mentafsir


agama Islam mengikut aliran yang menyokong kepentingan golongan
pemerintah feudal tempat beliau berkhidmat. Hang Tuah pernah berkata
bahawa Raja itu tidak dapat ditahani; barang kehendaknya itu berlaku
atas segala hambanya, kerana raja itu ganti Allah Taala di dalam dunia
ini. (Kassim Ahmad 1966: 232 dalam Mohd Affandi 1994: 47). Salah satu
tugas Hang Tuah di istana adalah menyediakan tempat-tempat beradu
untuk pembesar-pembesar yang menjadi tamu dan menghiburkan mereka
dengan kisah-kisah kehandalannya dalam peperangan sebelum mereka
beradu.
Hang Tuah juga melibatkan diri dalam pembinaan istana kerana
membina istana juga merupakan kegemaran raja-raja Melayu pada zaman
feudal (Kassim Ahmad 1966: 53 dalam Mohd. Affandi 1944: 49). Sejarah
Melayu ada

mengisahkan

bagaimana

Bendahara

Tun

Perak

sendiri

terpaksa membetulkan kecacatan yang terdapat pada istana raja (W.G.


Shellabear 1975: 133, 134). Menurut Raja Chulan (1966: 92) dalam Mohd.
Affandi 1944: 49, beberapa pegawai terpaksa meletakkan jawatan kerana
gagal membina sebuah istana baru mengikut bentuk yang disukai oleh
raja. Wira-wira pada zaman itu hendaklah pandai melayani kegemaran
tuan-tuan mereka dan berburu merupakan salah satu hiburan kepada
raja-raja Melayu pada zaman feudal. Hang Tuah juga sangat disayangi
oleh raja kerana dia melayani sahaja kehendak raja. Dalam hal ini, Hang
Tuah berpegang teguh kepada prinsip taat setia membuta tuli walaupun
dia dihukum bunuh secara tidak adil oleh raja kerana beliau dituduh
melakukan sumbang bersama-sama gundik raja di dalam istana. Hang
Tuah difitnah oleh pegawai-pegawai istana yang lain kerana mereka
berasa iri hati di atas kasih sayang raja terhadap Hang Tuah.
Mengikut pemikiran Hang Tuah, raja berhak bertindak sesuka hati
kerana raja dianggap sebagai pengganti Allah di bumi (Kassim Ahmad
1966: 232 dalam Mohd. Affandi 1994: 52). Taat setia kepada raja itu
penting untuk menjaga nama baik seseorang dan merupakan satu syarat
utama untuk ke syurga. Hang Tuah pernah berhujah kepada Hang Jebat:

Adapun pekerjaanmu derhaka olehmu di dalam akhirat jemah akan kita


diperhamba raja ini hendaklah pada barang sesuatu pekerjaan itu
bicarakan sangat-sangat, seperti kata orang tua-tua: Baik mati dengan
nama yang baik, jangan hidup dengan nama yang jahat: supaya masuk
syurga jemah. (Kassim Ahmad 1966: 319, 315 dalam Mohd Affandi 1994:
52).
Dari segi ini, Hang Tuah menyeleweng dalam memahami Islam.
Islam mengutuk taat setia membuta tuli yang mengatasi pertimbanganpertimbangan etika. Sebagai contoh, Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: Mendengar dan mematuhi adalah tanggungjawab seseorang
Muslim baik bersabit perkara-perkara yang disukainya atau tidak, asalkan
ia tidak diperintah melakukan sesuatu perbuatan yang mengingkari Allah,
di mana mereka wajib jangan mendengar dan mematuhi. Baginda juga
bersabda: Tiada taat setia dalam perbuatan-perbuatan yang mengingkari
Allah; kesetiaan diwajibkan cuma dalam melaksanakan kebajikan.
(Mishkat al-Masabih terjemaham J. Robson 1973: 780, Jilid IV dalam
Mohd Affandi 1994: 52)
Hang Tuah sangat berpegang teguh akan kedaulatan raja dan
seterusnya perhambaan tidak berbelah baginya menunjukkan kesan yang
besar

mitos

feudal

ke

atas

pertumbuhan

peribadi

Melayu,

iaitu

penghancuran mutlak keperibadian insan (Othman Puteh 1994: 250).


Seperti Hang Tuah, Hang Jebat juga merupakan seorang pegawai feudal.
Walau bagaimanapun, berbeza daripada Hang Tuah, pada akhirnya Hang
Jebat memberontak menentang rajanya. Hang Jebat merupakan sahabat
Hang Tuah yang paling

akrab dan mereka

sering

bersama-sama

berkhidmat kepada raja. Apabila Hang Tuah dihukum mati buat kali
keduanya, Hang Jebat telah dilantik sebagai laksamana menggantikannya
(Kassim Ahmad 1966: 290 dalam Mohd. Affandi 1994: 53). Walau
bagaimanapun, Bendahara dengan secara rahsia enggan menjalankan
hukuman dan sebaliknya menyuruh Hang Tuah menyembunyikan diri.
Semasa Hang Tuah tiada di istana, Hnag Jebat berjaya meningkatkan
pengaruhnya. Sangkaan Hang Jebat yang Hang Tuah telah meninggal

dunia membuatnya berasa bongkak dan bebas daripada batasan dan


rintangan. Pada peringkat awal menerima perlantikan sebagai laksamana,
Hang Jebat menjalankan tugas-tugasnya dengan setia. Maka disuruhnya
raja membaca hikayat Hang Jebat pun membaca hikayat, terlalu nyaring
suaranya lagi merdu (Kassim Ahmad 1966: 291 dalam Mohd. Affandi
1994: 53). Dia begitu pandai membaca sehingga para pendengar
terpesona dan terus menjadi sedih. Rupa-rupanya pada waktu tersebut,
kepandaian membaca sastera merupakan suatu keunggulan yang pantas
juga disandang oleh seorang panglima perang seperti Hang Jebat
(Othman Puteh, 1994: 219).
Oleh hal yang demikian, dia mula bongkak dan melarang pegawaipegawai lain datang ke istana. Dia mula bernafsu untuk menikmati
keistimewaan-keistimewaan raja. Dia pun duduk di atas peterena yang
keemasan

tempat

raja

duduk

itu.

Maka

biduan

empat

itu

pun

bernyanyilah, terlalu ramai makan minum dengan segala bunyi-bunyian.


Maka Hang Jebat pun mandi berlangir pada pasu emas tempat raja mandi.
Maka ia memakai bau-bauan; maka ia pun menyuruh mengambil peti
pakaian itu. Maka diambilnya kain raja yang berpermata itu dipakainya.
Setelah sudah maka Si Jebat pun duduk di atas peterena yang keemasan
Hang Jebat pun makanlah seperti kelakuan raja santap; demikian
lakunya. Setelah sudah makan maka Hang Jebat pun tidurlah pada tempat
raja tidur itu. (Kassim Ahmad 1966: 298 dalam Mohd. Affandi 1994: 54).
Hang Jebat juga berfoya-foya dengan dayang-dayang istana. Apabila
keadaan bertambah buruk, Bendahara mnededahkan bahawa Hang Tuah
masih hidup. Selepas itu Hang Tuah dijemput kembali untuk membunuh
Hang Jebat. Menerusi dialognya dnegan Hang Tuah, kita dapat memahami
perwatakan Hang Jebat. Dia merupakan seorang pemberontak yang zalim
yang bercita-cita menjadi masyhur dalam sejarah. Dia pernah berkata
kepada Hang Tuah, Hai Laksamana, sekali-kali tiada aku menyesal dan
takut akan mati, tetapi sudah aku tahu akan kematianku ini pada
tanganmu di mana dapat kusalahi lagi? (Kassim Ahmad 1966: 315 dalam
Mohd. Affandi 1994: 54).

3.0

Estetika dan Kepengarangan

Karya epik atau hikayat hampir dimiliki oleh setiap bangsa di dunia ini.
Hikayat

Hang

Tuah

merupakan

antara

karya

epik

yang

menjadi

kebanggaan bangsa dan telah diangkat menjadi sebuah Karya Agung


Melayu. Karya Agung Melayu ialah karya yang tertulis dalam bahasa
Melayu dan mampu mencetuskan dalam bentuk dan gaya yang luar biasa,
unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau
pandangan hidup bangsa Melayu sejak turun-temurun.
Hikayat Hang Tuah dianggarkan telah ditulis

antara

tahun 1641

dan 1736. Hikayat Hang Tuah tidak ditulis dalam tempoh yang singkat
atau dalam masa yang sama. Hal ini terbukti dengan penggunaan bahasa
dan teknik penceritaan yang tidak serupa. Terdapat lebih kurang 20 versi
Hikayat Hang Tuah yang bertulisan tangan telah ditemui kemudian
dikumpulkan

yang

di England dan Netherlands.

kemudiannya
Menurut

Sulastin

didapati
Sutrisno

berada
(1983),

kebanyakan naskhah Hikayat Hang Tuah yang ditulis tidak lengkap


sebagai sebuah hikayat dan setakat ini hanya 3 buah edisi sahaja yang
lengkap ceritanya dan telah diterbitkan iaitu Edisi Shellabear, Edisi Balai
Pustaka dan Edisi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah hasil karya sastera Melayu
lama yang bernilai tinggi. Selain mengandungi banyak ciri-ciri sastera, ia
juga merupakan sebuah karya epik Melayu yang lahir pada zaman
kegemilangan masyarakat Melayu lama. Kisahnya mencakupi segala
pesanan dan teladan. Ungkapan semangat Melayu Takkan Melayu hilang
di dunia telah digunakan sehingga kini dan menjadi suatu kata-kata
semangat yang mendalam maksudnya.
Terdapat beberapa konsep telah digunakan oleh penulis di dalam Hikayat
Hang Tuah. Antaranya ialah :
1) Konsep bentuk.

Hikayat Hang Tuah merupakan sastera tulisan yang berbentuk cerita atau
naratif.
2) Konsep tulisan.
Kedatangan Islam telah membawa perubahan yang amat ketara terhadap
masyarakat Melayu ketika itu. Perubahan bukan sahaja dari aspek tauhid
dan akidah malahan sistem tulisan masyarakat Melayu ketika itu turut
berubah. Sistem ejaan yang digunakan dalam Hikayat Hang Tuah ini
merupakan sistem ejaan Jawi.
3) Konsep bahasa asing .
Hikayat Hang Tuah banyak menerima unsur-unsur

bahasa asing,

contohnya pengaruh bahasa Arab, Portugis, Jawa dan Sanskrit.


4) Konsep pengulangan kata.
Gaya

bahasa

melibatkan

cara

dan

gaya

seseorang

pengarang

menyampaikan buah fikiran dan pendangannya sendiri melalui hasil


karyanya. Gaya bahasa yang baik melibatkan banyak penggunaan
perbendaharaan kata. Menerusi penelitian terhadap Hikayat Hang Tuah,
pengulangan perkataan-perkataan tertentu banyak didapati di dalam
hikayat ini. Sebagai sebuah hasil karya klasik, gaya bahasa pengulangan
adalah perkara yang lazimnya didapati.
5) Konsep penggunaan kosa kata klasik.
Hikayat Hang Tuah juga dilihat sering menggunakan kosa kata klasik yang
berasal dari Arab, Jawa, Siam, Sanskrit dan lain-lain.
4.0

Nilai Ilmu

Terdapat beberapa nilai ilmu yang ddiperoleh hasil daripada kajian


terhadap Hikayat Hang Tuah. Antaranya ialah Ilmu Firasat. Menurut Kamus
Dewan (2008), ada menyatakan bahawa firasat merupakan pengetahuan
mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui
kelakuan atau nasib orang.

Tilikan atau ramalan ahli nujum itu berkaitan dengan ilmu firasat. Menurut
Sulastin Sutrisno, orang yang mempunyai ilmu itu dapat merasa, melihat
atau mengetahui lebih dahulu segala sesuatu yang akan berlaku.
Pengamal ilmu tersebut juga dapat mengetahui kelemahan atau kekuatan
orang lain, walaupun hanya
firasat banyak

berpandukan nama, hari atau ketika. Ilmu

digunakan oleh orang yang terdahulu kerana boleh

membantu mereka untuk menewaskan musuh-musuh mereka.


Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, hal yang berkaitan dengan ilmu
firasat juga telah disebutkan dalam hikayat ini. Amalan ilmu firasat ini
dapat dilihat sewaktu Raja Melaka hendak berangkat ke Majapahit untuk
berkahwin dengan puteri negeri tersebut. Masa yang dipilih oleh Raja
Melaka dipersetujui oleh Hang Tuah kerana menurutnya ketika tersebut
(hari Ahad malam Isnin) adalah waktu yang geroda dikalahkan oleh seekor
ular. Kiasan itu membawa erti, orang atau pihak yang kuat dan besar
dapat ditewaskan oleh orang atau pihak yang lebih kecil. Ramalan Hang
Tuah itu ternyata tepat apabila beliau dan rombongan tersebut beroleh
kejayaan di Majapahit. Beliau dan rakan-rakannya dapat mengetahui
segala tipu helah serta percubaan membunuhnya oleh pembesar dan
perajurit negeri itu.
Kepercayaan kepada ilmu firasat mungkin boleh dikaitkan dengan
konsep memilih ketika dalam kalangan masyarakat Melayu. Umpamanya
dalam seminggu terdapat hari-hari tertentu yang baik dan buruk serta
sial. Begitu juga dengan bulan-bulan tertentu dalam masa setahun. Oleh
yang demikian, mereka yang memilih ketika yang baik untuk memulakan
sesuatu

pekerjaan

atau

rancangan

seperti

mendirikan

rumah,

mengerjakan sawah dan memulakan perjalanan untuk merantau. Bagi


mereka, memilih ketika itu penting untuk mengelakkan daripada
bencana atau sebarang keburukan.
5.0

RUMUSAN

Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah karya unggul yang sentiasa akan
menjadi

tatapan

generasi

seterusnya

kerana

keunikan

sasteranya.

Ketinggian

falsafah,

keunikan

estetika

dan

cara

penulisan

yang

terkandung karya hebat ini menjadikan karya ini sentiasa menjadi


tatapan, buah fikiran serta dikaji oleh generasi pencinta sastera yang
akan datang. Semoga dengan kelestarian sastera dapat melahirkan
generasi yang cerdik ilmu serta sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni
sebagaimana yang telah banyak terkandung dalam karya sastera Melayu
tradisional. Karya agung ialah karya yang mengusik ketenangan dan
menyedarkan kita. Lebih penting lagi, karya agung mengajak kita untuk
mengenal dan memahami tradisi atau tamadun bangsa yang dipancarkan
melalui karya agung itu. Melalui penghasilan karya seni, pemikiran,
falsafah, sastera yang cetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan
zaman dahulu kala mereka mampu meninggalkan pengaruh yang besar
dan kekal sepanjang zaman. Hasil kepengarangan ini dipelajari, dijadikan
panduan, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah
hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini.

BIBLIOGRAFI

Falsafah Dalam Hikayat Hang Tuah . Diperoleh pada Oktober 20, 2014
daripada http://karyaagungmelayu90.blogspot.com/
Hikayat Hang Tuah: Naskah Asli. Diperoleh pada Oktober 21, 2014
daripada

http://www.scribd.com/doc/12739677/Hikayat-Hang-Tuah

naskah-asli Kamaruddin M.Said, ( 2007 ).


Kassim Ahmad (ed. pelajar), (1991). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kassim Ahmad dan Noriah Mohamed, (1997). Hikayat Hang Tuah: Kuala
Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka
Creative Thinking ( 2013 ).
Nilai-nilai Murni dalam Karya Agung Melayu. Diperoleh pada Oktober 21,
2014 daripada www.slideshare.net/NilaiHikayat Hang Tuah
Penderhaka: Erti Nilai dari Aspek Perspektif Sejagat. Diperoleh pada
Oktober

20,

2014

daripada

lamchunchang.blogspot.com/

Muhammad Haji Salleh (2013).


Seminar Kebangsaan Hikayat Hang Tuah Takkan Melayu Hilang di Dunia.
Persatuan Pengajian Melayu Universiti Sains Malaysia, Dewan

Bahasa dan Pustaka dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM.


Chew Lili, Tank Soo Lean, The Ching Hooi, Eng Bee Leng dan Lim Ai
Poh