Anda di halaman 1dari 9

KEMAHIRAN LISAN

1.0 KEMAHIRAN MENDENGAR

Mendengar merupakan salah satu daripada kemahiran berbahasa. Mendengar


penting kerana ia merupakan sebahagian daripada kemahiran komunikasi.
Kebanyakan kita berpendapat bahawa keupayaan mendengar berlaku secara
semula jadi seperti kita mendengar arahan untuk melakukan sesuatu atau
mendengar tunjuk arah.

Sebenarnya,mendengar merupakan satu kemahiran yang memerlukan latihan dan


perlu dipupuk agar kanak-kanak menjadi seorang pendengar yang baik. Sebagai
contoh,jika seorang pelajar mempunyai kemahiran mendengar yang tinggi ,dia
boleh mengambil nota dengan baik di dalam kelas,mengambil bahagian dalam
perbincangan secara aktif dan seterusnya menjadi pelajar yang Berjaya.

Mendengar bukan merupakan satu mata pelajaran khas seperti pelajaran membaca
dan menulis. Namun demikian,pelajar menggunakan alat pendengar secara aktif
kerana mereka sentiasa berhubung dengan rakan-rakan di sekolah. Untuk menjadi
pendengar yang baik, perlakuan dan sikap yang baik juga penting. Kita perlu
mengetahui kekurangan keupayaan kita mendengar agar kita dapat mengetahui
kekurangan dan dapat memperbaiki kekurangan tersebut.

Mendengar sekurang-kurangnya melibatkan tiga perkara iaitu.

• Mendengar .
• Memahami.
• Menilai.

Mendengar

Mendengar bermakna memberikan perhatian kepada perkara yang disampaikan


oleh penutur. Sebagai contoh,kita kita mendengar laporan tentang kuda belang dan
pelajar memaklumkan bahawa setiap kuda belang adalah tidak sama. Jika kita
dapat menyatakan fakta itu semula bermaksud kita telah pun mendengar apa yang
disampaikan.

Memahami
Bahagian berikutnya yang berlaku selepas mendengar ialah kita mengambil
perkara yang telah kita dengari dan memahami dengan cara kita sendiri. Sebagai
contoh, setiap kuda belang adalah tidak sama. Kita mungkin berfikir bahawa ia
adalah merujuk kepada corak belang yang terdapat pada setiap kuda tersebut.

Menilai

Setelah kita memahami perkara yang disampaikan oleh penutur,kita mula


memikirkan sama ada kita hanya menerimanya tanpa berfikir. Dengan maksud lain.
Kita membuat penilaian terhadap perkara yang kita dengar.

1.1 KONSEP MENDENGAR

Mendengar merupakan kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat
pendengaran manusia,iaitu telinga. Kemasukan input bahasa adalah penyerapan
makna ayat dan ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Mendengar
membantu pendengar untuk memahami fakta dan idea yang diujarkan oleh
penutur. Dalam hal ini,mendengar memerlukan perhatian dan mengkhendaki
tumpuan berfokus kepada peranan minda.

Ada yang berpendapat bahawa mendengar juga merupakan satu aktiviti seni,iaitu
yang merujuk kepada seni mendengar dan memahami perkara yang diperkatakan
oleh penutur. Mereka berpendapat sedemikian kerana seorang pendengar bukan
sahaja mendengar secara aktif, sebaliknya pendengar tersebut berupaya
menginterpretasikan dan memahami ujaran penutur dengan pemikiran yang kritis
dan kreatif.

Semasa mendengar,organisma manusia hanya boleh menyerap maklumat tertentu


dalam satu masa. Hal ini bergantung kepada keupayaan otak untuk memproses dan
memberikan respons terhadap input yang masuk melalui telinga. Kesemua
maklumat ini akan melaluim proses interpretasi dan dihantar ke ingatan janka
pendek. Untuk membolehkan maklumat tersebut dikekalkan, ia akan melalui proses
kognitif dan dihantar ke ingatan jangka pendek.
1.2 PROSES MENDENGAR

Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat:

a)Mendengar deretan bunyi bahasa adalah Individu mendengar bunyi dari unsur-
unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat
didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah datangnya. Pada peringkat
permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang
dapat dikesan. Setelah mendegnar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu
didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai
alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal.

b)Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila
deretan bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur,
pendengar akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi
tersebut. Dalam perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang
dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukann dengan bunyi yang dilafazkan.
Proses ini yang berukangkali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.

c) Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat


memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan
deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang
lain dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang
tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi
lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata,
pendengar yang baik akan faham dan mengerti maksud setiap ujuran yang
dilafazkan. Mereka bukan shaja boleh memaham malah boleh juga membuat
interpretasi daripadanya.

d) Bertindak terhadap bunyi bermaksud peringkat ini hanya akan terlaksana


setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi. Waktu pendengar akan
membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan sesuatu setelah arahan
dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.

1.3 JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR

• MENDENGAR DENGAN AKTIF


• MENDENGAR SECARA PASIF
• MENDENGAR SECARA KRITIS
• MENDENGAR SECARA KREATIF

1.MENDENGAR DENGAN AKTIF

Kemahiran mendengar dengan aktif merujuk kepada mendengar bagi mendapatkan


makna,iaitu perkara yang didengar itu benar-benar difahami seperti yang di
maksudkan oleh penutur. Kemahiran mendengar aktif digunakan secara meluas
dalam pelbagai situasi seperti mendengar kuliah,perbualan harian dan sesi
kaunseling.kemahiran mendengar aktif ini digunakan bagi mendapatkan keputusan
dan persetujuan bersama.

Disamping mendengar secara aktif,kita juga perlu memerhati tingkah laku dan
bahasa tubuh penutur kerana ia dapat membantu pendengar memhami apa yang
ingin disampaikan oleh penutur. Mendengar secara aktif merupakan satu kemahiran
yang dapat kita gunakan untuk mempertingkatkan keupayaan kita untuk
memahami dan menelah maklumat verbal.

Weaver (1972) mengatakan terdapat beberapa faedah penting mendengar dengan


aktif dan antaranya adalah seperti yang berikut:
i) Dengan mendengar secara aktif anda akan lebih banyak belajar.
ii) Anda akan lebih banyak mengetahui apa yang diberitahu dan menjadi lebih
berpengalaman lagi.
iii) Anda akan menjadi seorang pendengar yang menyukai dan menghormati orang
yang bercakap kepada anda.
iv) Dapat menberi tindak balas yang baik kepada orng yang sedang bercakap.
v) Anda akan menjadi orang yang lebih tidak bergantung pada pendapat orang lain.
Anda akan mengikut arahan dengan lebih baik, rapi dan anda membuat sedikit
kesilapan dan mengurangkan kesilapan-kesilapan kecuaian.
vi) Tidak menyentuh perasaan anda misalnya dalam masa perbincangan jika rakan
anda berbincang tentang sesuatu tajuk dan anda tertinggal dan masih bertanyakan
masalah yang sama akan memalukan diri sendiri.

2.MENDENGAR SECARA PASIF

Kemahiran mendengar pasif ialah merupakan keupayaan mendengar pada


peringkat yang paling rendah. Kemahiran mendengar pasif merujuk kepada
kemahiran mendengar tanpa tindak balas, yang bermaksud pendengar hanya
mendengar tanpa memberikan sebarang respon terhadap penutur yang
menunjukkan sama ada dia memahami apa yang disampaikan oleh penutur.
Pendengar juga tidak berupaya untuk memahami keseluruhan ujaran yang
didengari. Dalam situasi ini,pendengar akan kerap kehilangan fakta penting dan
memberikan satu tanggapan yang bercanggah dengan maksud penutur. Mendengar
secara pasif juga menyebabkan pendengar jarang-jarang dapat mengingati dan
menyatakan sesuatu perkara yang didengar itu.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemahiran mendengar secara pasif


ini berlaku.Antaranya ialah.

1. Bahan yang diperdengarkan tidak menarik atau bahan tersebut merupakan


sesuatu perkara yang biasa dan tidak diolah oleh penutur dengan sebaik
mungkin.
2. Bahan yang disampaikan tidak bersesuaian dengan tahap umur pendengar
hingga terlalu sukar untuk difahami oleh mereka.
3. Penggunaan bahasa oleh penutur terlalu bombastic dan ilmiah tidak
bersesuaian dengar pendengar yang bukan dalam kumpulan sedemikian.
4. Gangguan persekitaran yang tidak selesa atau kebisingan juga menyebabkan
pendengar tidak memberikan perhatian terhadap ujaran yang didengar.
5. Gaya penyampaian penutur yang sterotaip dan tidak pelbagai boleh
menyebabkan pendengar berasa bosan dan tidak bersedia untuk mendengar
dan memberikan respon.

3.MENDENGAR SECARA KRITIS

Kemahiran mendengar secara kritis berlaku apabila seseorang itu dapat menguasai
bahasa tersebut dengan baik. Kemahiran mendengar secara kritis ini merupakan
kemahiran peringkat tinggi yang perlu dikuasai oleh semua orang. Pada peringkat
ini, pendengar bukan sahaja dapat memahami mesej yang disampaikan dengan
baik , malah dia berkemampuan untuk menilai,memilih dan menentukan fakta yang
releven atau tidak serat dapat menyedari kesilapan yang dilakukan oleh penutur.

Untuk mencapai kemahiran mendengar kritis ,pendengar perlu juga berfikiran kritis.
Dengan kata lain,pada masa kita mendengar ,kita perlu menumpukan perhatian
sepenuhnya dan bersungguh-sungguh terhadap ujaran penutur serta mendengar
secara berhati-hati untuk membolehkannya menentukan butiran yang dituturkan
dapat difahami. Untuk memperoleh kemahiran mendengar kritis,berikut adalah
saranan yang boleh dimanfaatkan.

1. Latih minda kita memberikan perhatian sepenuhnya terhadap orang yang


sedang bercakap.
2. Pastikan fikiran berfokus kepada ujaran penutur dan tidak terawang-awang
ke tempat lain. Hal ini akan menjadi lebih mudah jika kita memberikan
tumpuan kepada kata-kata penutur.
3. Pastikan minda kita mendengar ujaran penutur selengkapnya dan tidak
hanya memilih bahagian tertentu sahaja. Biarkan penutur selesai
mengujarkan sesuatu ayat sebelum kita menentukan sesuatu sama ada
fakta tersebut benar atau salah, boleh diterima atau diabaikan.
4. Tumpukan fikiran pada idea utama penutur. Idea utama merupakan perkara
penting yang cuba diterangkan oleh penutur. Kebiasaanya terdapat pada
awal percakapan dan kadangkal diulang berkali-kali.
5. Memberikan tindak balas terhadap ujaran penutur. Dengan kata lain, mereka
yang berfikiran kritis dapat memberikan repons secara cepat. Hal ini kerana
mereka bukan sahaja mendengar melalui telinga malah minda mereka juga
turut beroperasi semasa proses mendengar berlaku.

4.MENDENGAR SECARA KREATIF

Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan
ia manjadi matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada
peringkat ini, si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta
sesuatu setelah ia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Ini
bermakna ia dapat memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya
dengan baik. Ia juga boleh membuat interpretasi, mengkritik dan membuat
ulasan dan komen yang bernas dan jitu.

Kemahiran mendengar kreatif juga ialah kemahiran mendengar peringkat tinggi.


Namun demikian, tidak semua pendengar dapat mencapai peringkat kemahiran
secara kreatif dengan mudah. Peringkat mendengar secara kreatif ini
memerlukan latihan demi latihan seperti yang dilakukan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah kepada pelajar mereka. Kemahiran
mendengar secara kreatif merujuk kepada kreativiti pendengar sendiri dalam
memanipulasi ujaran penutur, iaitu pendengar berupaya untuk menggunakan
daya kreativiti untuk menghasilkan sesuatu yang lain setelah dia mendengar
sesuatu pertuturan. Hal ini bermakna dia mestilah dapat memahami ujaran
tersebut dengan baik. Selain membuat interpretasi ujaran seperti yang
dimaksudkan oleh penutur,pendengar juga dapat memberikan cadangan dan
ulasan secara bernas dengan disertai fakta yang tepat dan jitu. Pendengar yang
memberikan pengamatan yang tinggi terhadap penutur mampu mendengar
secara kreatif. Mereka bukan sahaja dapat menyelami maksud dengan baik
tetapi mampu memberikan pendapat dan respon dengan baik.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk mencapai peringkat


pendengaran secara kreatif, diantaranya ialah.
1. Mengingati perkara yang telah diperkatakan sebelumnya untuk
membolehkan pendengar benar-benar memahami perkara yang akan
diperkatakan selepasnya.
2. Mengenal pasti idea utama penutur dan menentukan idea yang mana
perlu diterima. Hal ini bermakna, pendengar memadankan maklumat
tersebut dengan gambaran mental yang sedia ada dalam mindanya dan
dapat menghasilkan idea yang lebih baik dan bernas.
3. Bersedia untuk mendengar dan mendengar secara positif iaitu menerima
apa yang disampaikan oleh penutur dengan terbuka dan jangan membuat
penilaiana awal sebelum penutur selesai menyampaikan mesej.
4. Semasa mendengar abaikan perkara lain yang dapat menganggu
penerimaan mesej yang disampaikan oleh penutur.pendengar perlu
mendengar secara total dan berindak balas dengan cara menyerap input
tersebut ke dalam mindanya.

1.4 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENDENGARAN

Mendengar merupakan aktiviti rutin bagi semua manusia. Sama ada kita suka atau
tidak, kita akan terus mendengar kerana alat peneriamaan manusia berfungsi tanpa
had. Jester itu keupayaan mendengar bagi pelajar sekolah perlu dieksploitasikan
sebaik mungkin agar mereka akan menguasai kemahiran mendengar.

Kemahiran mendengar hendaklah dilaksanakan bersama-sama kemahiran yang


lain. Murid tidak diminta untuk mendengar sahaja sepanjang masa tanpa
melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bahan yang dipergengarkan. Kemahiran
ini perlu dijalankan dan dihubungkan dengan kemahiran pengajaran,penumpuan
dan peruntukan masa yang lebih banyak perlu diberikan pada aspek lisan. Namun
begitu terdapat banyak faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran
mendengar. Antaranya adalah.

• Perubahan respon
• Menyampuk
• Terleka
• Fikiran tertutup
• Kebosanan