Anda di halaman 1dari 2

Masalah etika dalam organisasi

Terdapat banyak masalah yang melanda setiap pekerja terutamanya dalam


organisasi ataupun jabatan. Kita boleh mengatasi masalah ini dengan menggunakan
beberapa strategi yang bijak. Antara strategi yang digunakan ialah dengan
mengambil tindakan keatas pekerja yang bermasalah. Setiap pekerja yang
mempunyai masalah dalam sesuatu pekerja, setiap pengurus hendaklah mengambil
tindakan keatas pekerja tersebut agar masalah yang dihadapi oleh pekerja itu dapat
diselesaikan dengan cepat dan sekaligus dapat meningkatkan prestasi kerja.
Prestasi kerja setiap pekerja harus diukur bagi memastikan sesebuah organisasi
dapat mencapai target yang telah ditetapkan.
Tindakan yang sewajarnya perlu diambil dalam mengatasi masalah pekerja yang
bermasalah ialah tindakan disiplin. Tindakan disiplin harus diberi keutamaan kerana
disiplin yang akan menentukan sikap dan prestasi kerja dapat ditingkatkan. Disiplin
yang tinggi terhadap sesuatu pekerjaan boleh dikaitkan dengan mematuhi setiap
peraturan yang telah ditetapkan, menepati masa, menghormati antara satu sama
lain dalam sesebuah organisasi dan sebagainya lagi yang tidak melanggar
peraturan. Sepertimana yang kita ketahui, disiplin merupakan asas kepada
kehidupan kita yang wajib kita ikuti. Disiplin ini juga telah diasuh dari peringkat
pendidikan yang paling rendah lagi iaitu di peringkat kanak-kanak lagi. Patuh akan
disiplin merupakan asas kejayaan seseorang. Sekiranya pada peringkat kanakkanak lagi disiplin tidak dititikberatkan maka ia akan menular ke dewasa kelak.
Dalam organisasi, disiplin juga amat penting dan dititikberatkan kerana bagi
menjamin prestasi dan para pekerja melakukan kerja dengan beretika. Tindakan
disiplin yang boleh diambil dalam sesebuah organisasi bagi mengatasi masalah
pekerja dengan menggantung atau menagguhkan gaji pekerja yang mempunyai

masalah. Sekiranya pekerja mempunyai masalah, mereka akan berkemungkinan


akan melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi seperti
dating lewat ke tempat kerja, cuti tanpa surat, merosakkan harta benda dan
sebagainya. Dengan adanya tindakan seperti ini, mereka akan menyelesaikan
masalah mereka dengan efektif dan mereka boleh memberi tumpuan yang
sepenuhnya kepada kerja mereka dan mereka juga dapat meningkatkan prestasi
kerja mereka.
Selain itu juga, nasihat juga akan diberikan kepada pekerja yang mempunyai
masalah. Dengan adanya bimbingan nasihat yang diberikan kepada pekerja, mereka
akan lebih bermotivasi dan akan cuba sedaya upaya untuk mencari jalan
penyelesaian. Nasihat dapat diberikan melalui banyak cara sepeti secara
bersemuka, melalui rakan sekerja dan sebagainya. Kaedah ini dapat memberi
peluang kepada pekerja supaya lebih peka terhadap masalah dan setiap masalah
tidak boleh dicampur dan dibawa ke tempat kerja. Ini adalah kerana masalah yang
dibawa ke tempat akan mempengaruhi prestasi kerja. Nasihat yang diberi hendaklah
di sampaikan demi bertujuan untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah.

Anda mungkin juga menyukai