Anda di halaman 1dari 8

I)

ISU-ISU GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN

MURID-

MURID SEKOLAH

Pengenalan
Sejak dahulu dan sekarang, dalam media massa begitu ketara dan meluas sekali
disiarkan berita-berita kemerosotan disiplin pelajar yang berpunca daripada
gangguan

emosi

dan

juga

tingkah

laku

yang

melampau.

Siapa

hendak

dipersalahkan? Siapa yang bertangunggjawab menangani masalah ini? Adakah


sistem pendidikan di negara kita tidak mampu membendung gejala-gejala sosial
yang dilakukan? Kanak-kanak dilahirkan putih bersih dan tidak berdosa. Ibu bapa
dan masyarakat boleh mencorakkan mereka menjadi baik dan sebaliknya. Rakan
sepermainan dan suasana persekolahan juga membantu mewarnai tingkah laku dan
emosi kanak-kanak.
Setelah menjalani pengalaman kehidupan tahun pertama hingga tiga atau
empat tahun di rumah, ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka ke taman
asuhan kanak-kanak, tabika, tadika, atau prasekolah yang dipilih untuk memulakan
alam persekolahan. Ramai juga generasi kanak-kanak abad ini yang dibela dan
diasuh oleh orang lain di rumah. Seterusnya kanak-kanak ini akan memasuki alam
persekolahan rendah apabila berumur tujuh tahun. Kanak-kanak yang berada di
sekolah rendah berpotensi menghadapi pelbagai jenis masalah dalam proses
menjadi remaja. Kanak-kanak biasanya menghadapi masalah gangguan emosi yang
boleh melarat hingga dewasa dan simptomnya akan terpamer jika tidak dibendung.
Masalah perkembangan yang mungkin boleh terjadi akibat daripada
ketidaksempurnaan

sesuatu

tahap

perkembangan

emosi,

sosial,

mahupun

intelektual sepertimana yang yang dinyatakan dalam teori Freud, Piaget dan Erikson.
Mohd Ismail Othman (2006) dalam bukunya yang bertajuk: Menangani Disiplin Di
Sekolah menjelaskan bahawa tanda-tanda gangguan emosi murid-murid sejak di
sekolah rendah dapat diperhatikan dan ada di antara mereka tidak mahu pergi ke
sekolah atau ponteng sekolah. Penyakit seperti migrane sakit perut dan tegang otot
diperlihatkan. Keghairahan ibu bapa untuk menekankan aspek kecemerlangan
akademik menyebabkan aspek perkembangan emosi kurang diberi tumpuan dan
diabaikan.
1

Menurut Amla Salleh .et.al (2006) masalah emosi yang biasa dilihat dalam
kalangan murid-murid sekolah rendah ialah ialah ketergantungan dan pertautan yang
keterlaluan, ketakutan yang keterlaluan dan kemarahan. Keadaan ini terjadi
disebabkan mereka terlalu diberi perhatian sehingga mereka tidak belajar berdikari
dan menghargai diri sendiri. Selain sifat kebergantungan, kanak-kanak sering
mengalami perasaan takut dan malu. Perasaan ini jika tidak dibendung, mereka akan
menjadi risau dan tertekan apabila pergi ke sekolah atau berhadapan dengan situasi
baharu.
Sebaliknya kanak-kanak yang langsung tiada pertautan yang sihat bersama
keluarga akan menghadapi masalah berinteraksi dengan guru, rakan-rakan dan ahli
masyarakat. Kanak-kanak ini langsung tidak mempedulikan perspektif orang lain
tentang emosi dan tingkah laku mereka. Keadaan ini selalunya dapat dilihat dalam
kalangan kanak-kanak yang terbiar ataupun didera oleh ahli keluarga mereka. Sikap
yang biasanya dipamerkan oleh mereka ini ialah degil, vandalisme, gangterisme,
tiada sopan santun dan membuli. Bahkan ada kanak-kanak yang pintar cerdas juga
termasuk dalam kalangan kanak-kanak yang kurang stabil emosinya.
Isu-isu Yang Disebabkan Oleh Gangguan Emosi
Menurut Mohd Ismail Othman (2006), ramai pendidik termasuk pegawaipegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan,

pengetua-

pengetua sekolah dalam keadaan dilema dan terperangkap dalam kebingungan


untuk menyelesaikan pelbagai masalah disiplin secara berkesan. Masalah disiplin
yang dilakukan oleh murid-murid sekolah juga telah menimbulkan isu-isu yang kerap
dipaparkan di dada akhbar dan media massa elektronik. Di antara isu-isu yang
dikaitkan berpunca dari gangguan emosi yang sering dikesan berlaku dalam
kalangan murid-murid sekolah ialah seperti berikut:
i)

Samseng Dan Kes Buli: Kes samseng dan buli mempelopori siaransiaran media terutama yang melibatkan murid-murid yang tinggal di
asrama. Murid-murid sekolah rendah juga tidak terkecuali dengan situasi
ini. Ia merupakan satu gejala atau penyakit yang menjalar bukan saja di
negara kita tetapi juga di Barat, Jepun dan Australia. Tulisan-tulisan serta
kajian mengenainya dibuat
masalah

ini.

Kes

buli

agar usaha dijalankan untuk mengatasi


yang
2

dilaporkan

di

negara

kita

pernah

1
menggemparkan kerana ada pelajar
yang dibuli menemui ajal sehingga

ibu bapa mengambil tindakan undang-undang.


Samseng dan buli mempunyai pengertian yang luas. Kejadian ini
melibatkan pihak ramai dengan seseorang atau individu yang kuat dengan
yang lemah. Gejala samseng dan buli merupakan satu faktor disebabkan
oleh gangguan emosi murid-murid sekolah. Gangguan emosi ini biasa
berlaku dalam kalangan murid-murid lelaki yang pernah didera atau
berasal dari keluarga yang bermasalah. Kesan deraan misalnya, akan
mengakibatkan seorang kanak-kanak menjadi pendendam dan kurang
perasaan kasih sayang. Kanak-kanak ini telah biasa dipukul, didera
dengan pelbagai gaya dan menggunakan pelbagai objek hingga
menyebabkan mereka lali dengan kesakitan. Kanak-kanak yang terbiar
dan mempunyai latarbelakang keluarga bermasalah juga menyumbang
kepada faktor membuli rakan sebaya.
. Banyak sebab berlakunya samseng dan buli di sekolah. Muridmurid yang membuli biasanya menyasarkan pengawas sekolah, muridmurid yang lemah fizikalnya, tidak melawan, murid-murid yang berasal dari
golongan berada serta mereka yang mempunyai pelbagai kelebihan dan
disanjung ramai. Murid-murid sekolah rendah biasanya membuli tanpa
melibatkan tindakan agresif menggunakan fizikal. Mereka akan mengejekngejek atau memanggil nama yang buruk, mengugut, memisahkan rakan
baik dan pelbagai cara lagi.
Murid-murid yang digelar samseng atau pembuli mempunyai
gangguan emosi yang dialami seperti pemarah, cemburu, dendam dan
agresif. Kesan yang berlaku kepada mereka yang dibuli menyebabkan
gangguan emosi seperti murung, marah, kurang keyakinan diri, sensitif
serta berasa terancam dan tidak selamat.
ii)

Ponteng Sekolah Dan Merokok: Masalah atau isu ponteng sekolah dan
merokok juga sering menjadi tumpuan penyebaran media massa.
Kerapkali disiarkan berita mengenai murid-murid sekolah yang dijumpai
ponteng, melepak di tempat-tempat awam seperti stesen bas, taman
permainan dan gedung membeli belah ataupun di tempat-tempat hiburan
3

seperti panggung wayang dan pusat snuker. Dalam kalangan murid-murid


perempuan juga, merokok dianggap simbol status pada zaman ini.
(Utusan Malaysia, 30 September 2004). Situasi yang mendorong muridmurid ponteng sekolah dan merokok sering dikaitkan dengan faktor
keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya.
Hubungan rapuh dalam keluarga mungkin disebabkan oleh
kesibukan ibu bapa yang bekerja menyebabkan kurangnya didikan dan
kasih sayang di rumah. Murid-murid berasa terabai dan mencari
keseronokan di luar. Mereka tidak berasa pentingnya alam persekolahan
kerana tiada pedoman atau motivasi daripada keluarga. Pengaruh rakan
sebaya juga datangnya daripada golongan yang senasib dengan mereka
atau yang memang terbiar.
iii)

Bergaduh: Isu murid bergaduh sama ada di dalam atau di luar kawasan
sekolah juga merupakan berita hangat yang menjadi perbincangan
masyarakat. Maszuria .et.al (2015) mengatakan keadaan emosi muridmurid yang bergaduh berada pada tahap tidak stabil dan di luar kawalan
mereka. Selalunya kes-kes pergaduhan melibatkan murid-murid yang
berasal dari latarbelakang keluarga yang bermasalah seperti bapa yang
pemabuk, kaki judi, ibu tunggal dan kehidupan yang terlalu miskin.

iv)

Vandalisme : Tanda-tanda gangguan emosi juga dapat dilihat dalam


kalangan murid-murid yang sering melakukan kegiatan vandalisme.
Mereka sering merosakkan harta benda sekolah dan juga harta awam.
Kegiatan seperti menconteng dinding dengan semburan cat, merosakkan
peralatan sukan, memecahkan kaca tingkap, kerusi dan meja sering
dilakukan di sekolah. Masyarakat juga pernah dikejutkan dengan berita
murid-murid membakar bilik darjah. Manakala di luar sekolah mereka
menconteng papan tanda, lif dan tandas awam, merosakan taman
permainan kanak-kanak dan bangku-bangku di stadium.

v)

Berkelakuan Kurang Sopan: Berita murid-murid berkelakuan tidak sopan


juga menjadi isu semasa yang tidak kurang hangat diperbincangkan. Di
antara isu yang dikaitkan ialah melawan ibu bapa, guru-guru, memakai
pakaian mencolok mata, mengeluarkan kata-kata lucah dan pelbagai lagi.
4

Gangguan emosi murid-murid ini juga dikaitkan dengan faktor keluarga


dan persekitaran yang tidak kondusif. Jika ibu bapa dan jiran tetangga
sering bercakap kasar, maka anak-anak juga meniru cara pergaulan
mereka. Berlakunya pertengkaran antara suami dan isteri setiap hari juga
boleh menjadi punca gangguan emosi kepada anak-anak mereka.
Punca-punca Gangguan Emosi
Terdapat banyak punca untuk menjelaskan apakah yang menyebabkan berlakunya
gangguan emosi dalam kalangan murid-murid. Melalui rajah 1 dibawah, dijelaskan
bagaimana punca gangguan emosi yang berlaku terhadap isu murid yang ponteng
sekolah. Gangguan emosi yang menyebabkan murid-murid ponteng sekolah ialah
pengaruh rakan sebaya, faktor keluarga, situasi sekolah dan suasana persekitaran
tempat tinggal.
Rakan sebaya mempengaruhi sesama mereka dalam hubungan seharian di
sekolah dan juga di luar. Murid-murid biasanya hanya mementingkan keseronokan
dalam pergaulan dan juga sentiasa bersaing untuk memenangi hati rakan-rakan.
Gangguan emosi terjadi apabila murid-murid biasanya cuba menyesuaikan diri
dengan kumpulan rakan-rakan yang lebih berpengaruh untuk menyertai mereka.
Mereka ingin mencuba sesuatu dan berasa diri hebat dan megah. Oleh itu jika
tersilap langkah maka murid-murid akan mudah menerima pengaruh rakan-rakan
yang mengamalkan gaya hidup yang negatif.
Faktor keluarga merupakan satu daripada gangguan emosi kepada muridmurid yang sering dibincang dan dikaji
oleh golongan penyelidik. Kebiasaannya kesPengaruh
Pengaruh
Rakan
kes perceraian ibu bapa, terlalu sibuk Rakan
bekerja dan tidak mengamalkan ajaran agama
Islam menjadi punca gangguan emosi dan menyebabkan murid-murid ponteng
sekolah.

Persekitaran
Persekitaran
Tempat
Tempat
Tinggal
TinggalKeseronokan

Ponteng
Ponteng
Sekolah
Menyesuaikan Diri
Sekolah

5
Situasi
Situasi
Sekolah
Sekolah

Faktor
Faktor
Keluarga
Persaingan
Keluarga

Jiran Tetangga

Bercerai

Kemudahan Awam

Sibuk bekerja

Masyarakat

Abaikan Agama

Kurikulum

Bilik Darjah

Guru-guru

Peta pelbagai alir

Rajah 1: Punca-Punca Gangguan Emosi Yang Menyebabkan Murid


Ponteng Sekolah

Persekitaran tempat tinggal juga memainkan peranan penting dalam


mempengaruhi emosi murid-murid. Tempat tinggal yang tidak selesa, jiran tetangga
yang bermasalah, kurang kemudahan awam seperti padang permainan memberi
tekanan kepada murid-murid. Situasi tempat tinggal yang sesak dan masyarakat
yang tidak peduli juga mengganggu emosi murid-murid dan menyebabkan mereka
ponteng sekolah.
Dewasa ini, sekolah umpama tempat yang kurang menarik untuk dihadiri oleh
murid-murid setiap hari. Menurut Maszuria .et.al (2015), keadaan fizikal sekolah dan
proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik telah mempengaruhi murid
untuk ponteng sekolah. Kurikulum sekolah yang mengutamakan peperiksaan dan
6

guru-guru yang menekankan pencapaian akademik untuk menjaga prestasi sekolah


mendorong murid-murid yang dianggap lemah untuk meninggalkan bangku sekolah.
Cara-cara Untuk Mengatasi Masalah Ponteng Sekolah
1.

Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah


Suradi Salim (1996) menjelaskan bahawa ahli-ahli psikologi berpendapat
bahawa setiap manusia dilahirkan dengan memiliki bakat dan potensi untuk
berkembang. Melalui perkhidmatan bimbingan yang baik pelajar dapat dibantu untuk
mengembangkan bakat dan potensi ke tahap maksimum. Di antara peranan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah ialah memastikan bahawa masa di
luar bilik darjah digunakan dengan berfaedah dan menambah daya tarikan sekolah.
Guru-guru akan mengenalpasti murid-murid yang bermasalah termasuk gangguan
emosi yang menjurus ke arah ponteng sekolah. Murid-murid ini akan diberi
bimbingan oleh guru kaunselur melalui pelbagai kaedah dan aktiviti yang
merangsang mereka untuk minat belajar. Mereka juga perlu dipulihkan dengan
kesedaran agar melakukan pelbagai aktiviti yang sihat di luar bilik darjah.

2.

Budaya Sekolah Yang Menyeronokkan


Pentadbiran

sekolah

perlu

menumpukan

perhatian

kepada

aspek

kemanusiaan berbanding aspek akademik semata-mata. Gangguan emosi muridmurid adalah penyebab juga kepada kemerosotan pencapaian akademik. Jika
budaya sekolah mengamalkan pengajaran yang baik dan mendidik, maka muridmurid akan berasa suka dan senang hati untuk hadir ke sekolah setiap hari. Budaya
penyayang misalnya, akan menyebabkan murid-murid berasa selamat dan tidak
tertekan. Bagi murid-murid yang kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga,
mereka akan seronok untuk hadir ke sekolah kerana rasa dihargai oleh guru dan
rakan-rakan. Mereka boleh berkongsi masalah dan mengurangkan beban tekanan
emosi.
3.

Peranan Guru
Pengalaman

dan

pengetahuan

guru

mengenai

pertumbuhan

dan

perkembangan murid amat penting untuk memastikan mereka terhindar dari


gangguan emosi. Peranan guru amat penting untuk mengenalpasti masalah dan
menangani masalah murid. Guru juga perlu menyampaikan maklumat kepada
7

keluarga jika masalah gangguan emosi murid disebabkan oleh faktor-faktor tertentu
selain daripada masalah keluarga. Guru mesti menjadikan diri sebagai orang yang
amat dipercayai oleh murid agar mereka berasa selesa, selamat dan seronok untuk
hadir ke sekolah.
4.

Persekitaran Yang Kondusif


Maszuria .et.al (2015), menyatakan persekitaran dalam mendidik anak
memerlukan keadaan yang kondusif bermaksud 3S iaitu selesa, stabil dan selamat.
Keadaan ini bukan bermakna keadaan rumah yang mewah, kawasan persekitaran
yang luas dan cantik, jiran tetangga yang kaya raya dan eksklusif. 3S bermaksud
suasana tempat tinggal yang harmoni, tenteram, hubungan keluarga yang baik
bersama jiran, memberi kegembiraan, sokongan dan perhatian, kemudahan tempat
riadah dan bermain serta tiada ancaman. Persekitaran memainkan peranan penting
dalam membantu proses pertumbuhan dan perkembangan murid-murid. Situasi
persekitaran yang positif akan mengelakkan gangguan emosi murid-murid dan
mereka dapat memperolehi peluang belajar yang sempurna.

5.

Peranan Ibu Bapa Dan Masyarakat


Ibu bapa dan masyarakat perlu mempunyai kemahiran keibubapaan terlebih
dahulu sebelum membina keluarga masing-masing. Bagi mereka yang beragama
Islam, amat jelas perlunya ibu bapa dan masyarakat mengamalkan cara-cara
mendidik anak dengan membentuk akhlak yang baik. Kemahiran mendidik anakanak perlu dipelajari agar dapat membentuk keharmonian rumah tangga yang
membantu pembentukan emosi anak-anak. Keluarga yang bahagia kebiasaannya
dapat

membantu

melahirkan

generasi

merealisasikan modal insan negara.

yang

sihat,

stabil

emosinya

dan