Anda di halaman 1dari 5

1. Jelaskan 5 rasional PBP dalam matapelajaran Sejarah diperkenalkan.

Pembelajaran berasaskan projek membuatkan mata pelajaran Sejarah menjadi


lebih menarik kepada pelajar. Kebanyakan murid zaman sekarang mudah bosan dengan
sekolah apatah lagi dengan mata pelajaran Sejarah yang dianggap tidak bermakna dan
membosankan. PBP dalam Sejarah akan menjadikan murid menjadi aktif di dalam kelas
kerana sesuatu projek yang dijalankan akan melibatkan emosi dan pemikiran mereka
secara menyeluruh selain mendedahkan mereka dengan konsep pembelajaran tentang
dunia sebenar yang relevan kepada mereka. Contohnya, projek tentang sejarah tempat
tinggal murid-murid membolehkan mereka lebih berminat , tertarik dan ingin mengambil
tahu tentang sesuatu yang berkaitan dengan diri dan kehidupan seharian mereka,
PBP membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid dalam Sejarah.
Selepas habis menghasilkan sesebuah projek sejarah, murid akan lebih memahami
kandungan pembelajaran dengan lebih mendalam, mengingati apa yang telah mereka
pelajari dan berupaya menyimpan pengetahuan tersebut dengan lebih lama. Konsep
PBP menyebabkan murid berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka pelajari
dalam situasi baharu, Sebagai contohnya, projek sejarah membuat bendera Malaysia
gergasi akan menyedarkan murid untuk berusaha gigih mengekalkan kemerdekaan
negara kerana telah merasaikan keperitan dan kesusahan dalan proses menghasilkan
sebuah bendera Malaysia gergasi.
PBP menyediakan kemahiran yang penting dalam dunia abad ke-21 ini yang
memerlukan warga dunia lebih memiliki jauh lebih banyak kemahiran bukan sekadar
pengetahuan dan kemahiran asas sahaja. Dalam melakukan projek sejarah , murid akan
mempelajari cara untuk mengambil inisiatif , penghayatan nilai-nilai murni memikul
tanggungjawab , membina keyakinan, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi. Ini
sejurusnya dapat membentuk kualiti warganegara Malaysia yang patriotik sebagai
contohnya.
PBP berasaskan matapelajaran Sejarah membolehkan murid meluaskan
pengalaman pembelajaran mereka di luar kelas melalui soalan bermakna yang
berkaitan dengan komuniti dan keluarga. Pendekatan menggunakan PBP yang
memerlukan murid menyiapkan projek berasaskan masalah atau soalan yang diberi
akan turut mempengaruhi pengetahuan saintifik yang dibina. Jenis soalan dan cara
sesuatu soalan itu ditanya oleh guru berpotensi untuk mempengaruhi proses kognitif
murid semasa mereka membina pengetahuan saintifik. Ini menunjukkan bahawa

pengajaran dan pembelajaran menggunakan PBP haruslah berkaitan dengan apa yang
berlaku dalam kehidupan harian murid, supaya mudah untuk mereka mengaitkannya
dengan projek yang dibuat melalui pendekatan PBP seperti sejarah diri dan keluarga
mereka.
Pandangan murid terhadap kerja projek menerusi PBP menyebabkan mereka
lebih menghargai kerja-kerja projek yang memberikan mereka lebih banyak kuasa atau
kawalan terhadap cara mereka membuat atau menghasilkan sesuatu projek tersebut.
Prinsip ini adalah sesuai dengan mata pelajaran Sejarah apabila murid-murid diberi
peluang dan kawalan untuk meneroka tentang sesuatu sejarah dan bukannya menerima
seadanya sejarah yang diberikan kepada mereka. Contohnya , apabila membuat projek
berkaitan Mat Kilau, tokoh pejuang kemerdekaan negara, mereka akan lebih
menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh beliau.
2. Terangkan 5 tujuan PBP dalam matapelajaran Sejarah. Beri contoh setiap satu.
PBP menjadikan P&P sejarah menjadi lebih seronok dan bermanfaat. Projek
yang dijalankan membuatkan guru akan berinteraksi dengan murid secara lebih dekat
dan aktif, memotivasikan murid menghasilkan kerja projek yang berkualiti tinggi selain
menemukan semula keseronokan, minat, semangat dalam belajar dan mengajar
bersama-sama murid mereka.
PBP menghubungkan sekolah dan murid kepada komuniti luar dan dunia
sebenar di luar. Projek sejarah yang memerlukan murid mendapatkan maklumat sejarah
dengan individu di luar menjadi satu peluang yang baik kepada untuk melakukan
perubahan

seperi

membantu

menyelesaikan

isu

dan

masalah

dunia

seperti

menyelesaikan isu berkaitan tuntuan terhadap Sabah oleh Filipina suatu ketika dahulu.
Minat pembelajaran dan daya kreatif murid terhadap matapelajaran Sejarah
dapat dipupuk, serta mampu mengembangkan kemahiran psikomotor dan daya kreatif
murid-murid. Projek ini juga mampu menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu
topik yang khusus, PBP dalam sejarah memberi peluang mereka menjana idea
mengenai topik tersebut, mengajar mereka untuk menerima dan menghormati
perbezaaan individu, mengalakkan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam
berkongsi idea dan pandangan masing-masing serta menunjukan bahawa sumbangan
idea mereka dihargai.

Menerusi PBP , murid akan belajar mengumpul maklumat dan menganalisis.


Kebanyakan projek memerlukan sumber yang memberi peluang kepada pelajar untuk
mencari sendiri maklumat yang diperlukan. Pelajar-pelajar boleh menggunakan pelbagai
jenis sumber seperti pusat sumber, media massa dan internet. Ini seterusnya mendidik
mereka untuk mencari apa yang asli dan tepat sahaja.
Selain itu, tujuan PBP dalam sejarah adalah kerana kajian menunjukkan bahawa
PBP bukan sahaja membolehkan murid memberi maklum balas tentang maklumat
sejarah tetapi juga akan sentiasa menggunakan maklumat yang mereka ketahui untuk
meneroka, menafsir dan mencipta. Mereka akan menyusun langkah penyelesaian yang
secara tidak langsungnya mengubah fokus kepada proses pembelajaran mereka.
Contohnya, apabila mereka mempelajari tentang konsep masa sesuatu peristiwa
bersejarah, mereka akan menggunakan kemahiran tersebut untuk mencari tentang
peristiwa bersejarah diri mereka sendiri seperti tarikh mereka lahir dan adik-beradik
mereka untuk dikaitkan dengan konsep masa peristiwa lain.

5. Adakah anda bersetuju bahawa TMK amat berguna dalam melaksanakan PBP ?
Berikan 5 sebab.

Saya bersetuju kerana PBP menyediakan sebuah platform yang baik kepada murid
untuk menggunakan TMK. Murid-murid zaman celik teknologi sudah terbiasa dan
berasa seronok dalam menggunakan pelbagai jenis alat teknologi canggih dan terkini
yang sangat bersesuaian dengn konsep PBP.

Dengan penggunakan TMK, ini

membolehkan guru memanipulasikan TMK yang dianggap sebagai alat mainan oleh
murid-murid kepada alat mainan yang membantu mereka belajar sesuatu seperti
Sejarah. Dengan TMK yang ada , guru dan murid bukan sahaja dapat mencari sumber,
maklumat dan membina produk malah mereka dapat berkolobrasi secara efektif dan
berkomunikasi dengan pakar dan orang lain daripada seluruh dunia. TMK juga
membantu meluaskan konsep sejarah kerana TMK adalah berbentuk global dan ini
seterusnya dalam meluaskan pandangan dan pemikiran murid dalam mata pelajaran
Sejarah yang menepati konsep PBP.

2. Perincikan strategi membina idea projek.


Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh guru bagi merancang sesuatu
strategi membina idea projek adalah dengan menetapkan matlamat atau idea
utama sesuatu projek. Hal ini bertujuan bagi memudahkan murid memberikan fokus
utama kepada tugasan yang diberikan. Contoh yang boleh diambil adalah projek
berkenaan dengan tajuk yang terkandung dalam DSKP Sejarah tahun 5 iaitu Yang
Di-Pertuan Agong. Murid boleh mengemukakan idea yang rasional tentang institusi
Yang Di-Pertuan Agong sebagai tonggak pemerintahan negara. Dengan ini, murid
akan lebih mengenali dan membuat penilaian tentang institusi Yang di-Pertuan
Agong dalam sistem pemerintahan di Malaysia di samping menguasai maklumat
tentang institusi tersebut dalam pemerintahan di Malaysia.
Perkara seterusnya adalah guru memberi peranan kepada mereka. Guru
perlu menentukan peranan pelajar supaya mereka memahami dan menghubungkait dengan kehidupan sebenar. Guru perlu menerangkan secara jelas apakah
tugasan yang mereka perlu lekukan. Penerangan hendaklah diberikan dengan jelas
bagi mengelakkan kekeliruan dan disampaikan dalam bentuk yang senang dan
mudah difahami oleh murid.

Contohnya, dalam tugasan mereka, mereka

dikehendaki mencari maklumat berkaitan dengan cara pelantikan Yang di-Pertuan


Agong, menyenaraikan bidang kuasa yang di-Pertuan Agong serta menyenaraikan
alat-alat kebesaran Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong. Seterusnya, guru
boleh mengaitkan projek yang perlu mereka lakukan itu dengan mengaitkan dengan
kepentingan mereka menghargai Yang di-Pertuan Agong serta menjelaskan
keunikan

institusi

berkenaan

dalam

sistem

pemerintahan

di

Malaysia

dan

menyatakan kepentingan menghormati pemimpin negara.


Perkara ketiga adalah kumpulan sasar. Guru membahagikan murid kepada
beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan berkongsi dan membentangkan hasil
projek. Dalam sesebuah kelas guru perlu membahagikan mereka kepada kumpulan
kecil untuk memudahkan pembahagian tugas. Setiap kumpulan diagihkan mengikut
kumpulan kecil bagi mencari sumber dan bahan untuk projek yang akan mereka
jalankan berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh guru. Contohnya, kumpulan
satu diminta untuk mencari cara-cara pelantikan Yang di-Pertuan Agong manakala
kumpulan dua menyenaraikan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan kumpulan

tiga mengenal pasti alat-alat kebesaran Yang di-Pertuan Agong seterusnya


kumpulan-kumpulan yang lain mencari maklumat-maklumat lain yang berkaitan dan
bersesuaian. Hasil kerja yang dibuat perlu dikongsi dan dibentangkan kepada
kawan-kawan mereka yang lain.
Kemudian, guru perlu mereka bentuk satu set aktiviti dan tugasan yang
menjurus kepada soalan kerangka kurikulum, isi kandungan dan hasilan projek.
Seperti mana yang kita ketahui guru adalah pemudah cara kepada murid-muridnya.
Soalan-soalan yang diberikan kepada mereka akan membantu mereka untuk
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Soalan-soalan yang diberikan perlulah jelas
dan menjurus kepada hasilan projek mereka agar tidak terpesong dari hasilan
projek yang perlu mereka lakukan. Selepas itu, guru perlu menentukan bentuk atau
jenis hasilan yang dan dilakukan. Hasilan projek itu boleh dilakukan sama ada
dalam bentuk sama ada buku skrap, buku, artikel, multimedia dan lain-lain lagi.
Akhir sekali, guru perlu menentukan pentaksiran yang digunakan oleh guru
dan

pelajar

untuk

menilai

keperluan,

menentukan

matlamat,

memantau

perkembangan, memberi maklum balas, membuat refleksi ke atas keseluruhan


kitaran pembelajaran. Contohnya, refleksi kendiri. Guru menggunakan

senarai

semak kolaborasi untuk memastikan pelajar berada pada landasan yang betul.
Setiap perbincangan dan gerak kerja yang dilakukan pelajar perlu disemak dan
ditambah baik sekiranya perlu melalui bimbingan yang berterusan. Seterusnya
yang terakhir adalah penaksiran guru. Guru perlu menggunakan rubrik pemarkahan
untuk menilai persembahan murid. Markah diberi berdasarkan hasil kerja yang telah
disiapkan oleh murid.