Anda di halaman 1dari 3

Keburukan dan Kebaikan Media Sosial

Assalamualaikum
Pada era globalisasi ini tidak dinafikan dunia sudah mencipta terlalu banyak
teknologi canggih untuk memudahkan para pengguna. Tidak kira dalam bentuk
mesin, jentera atau ruang media sosial. Namun begitu, pelbagai kesan yang
akan diterima oleh pengguna sama ada baik atau buruk.
Berbicara mengenai penggunaan laman sosial, Media sosial meliputi blog,
rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Antara contoh media sosial yang
menjadi trend ketika ini adalah Facebook (FB), Twitter, Myspace, Instagram dan
sebagainya. jaringan sosial seperti ini memudahkan pengguna untuk mencipta
laman web peribadi dan memudahkan perhubungan sesama rakan dan
perkongsian maklumat serta komunikasi. Pelabagai kebaikan dan keburukan yang
boleh kita perolehi daripadanya iaitu :Kebaikan
1. Alat membantu Pendidikan
-Dapat membantu pembelajaran dan pengajaran lebih efektif.
-Maklumat mudah di akses pada bila-bila masa.
-Membantu pelajar dan tenaga pengajar mencari maklumat-maklumat yang lebih
banyak.
-kuliah universiti boleh dilakukan melalui youtube dan jaringan video alternetif
yang disediakan oleh pihak universiti.

Kebaikan:2. Alat Perhubungan


laman sosial dijadikana alat perhubungan sebgai contoh, memperluaskan
"networking" dari segi perniagaan, perhubungan antara pemimpin dan rakyat,
saudara mara diluar kawasan.
3. Alat PemasaranProduk
Medan yang menjimatkan untuk mempromosikan produk perniagaan seantero
dunia dan serba sedikit mampu membantu pemasar untuk mengenalpasti
keperluan dan kehendak yang perlu ditawarkan kepada pengguna akhir.
4. Alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan.
Laman sosial membantu dalam penyebaran maklumat di mana ianya berlaku
apabila sesuatu maklumat itu dikongsi dengan rakan-rakan yang lain.

5. Alat untuk memantau pergerakan anak-anak


hal ini adalah inisiatif kepada ibu bapa untuk megetahui pergerakkan anak-anak
agar kelakuan anak tidak berada diluar batasan.
6. Perkongsian Maklumat
Melalui media sosial kita dapat berkongsi maklumat secara meluas dan
memudahkan dalam pencarian maklumat.

Keburukan:1. Pembaziran masa


Pelbagai aplikasi yang ditawarkan oleh media sosial menyebabkan pengguna
terleka dengan aplikasi yang ditawarkan.
2. Mengurangkan produktiviti.
Ketagihan pekerja terhadap alamn sosial mengakibat tugas yang sepatutnya
dilakukan tertangguh. Walaupun majikan boleh "block" laman-laman sosial
dalam pangakalan rangakian internet mereka, namun kecanggihan telefon bimbit
masa kini tidak dapat mengatasi masalah seperti
3. Penipuan Penipuan
penipuan melalui laman sosial kerap berlaku kebelakangan ini kerana kelemahan
pengguna laman sosial yang mudah membocorkan maklumat peribadi sendiri.
Oleh itu, pengguna laman sosial mesti bijak dalam mengenalpasti akan
kesahihan sesuatu perkara yang terdapat di laman sosial.
Elakkan daripada cepat percaya dengan orang yang tidak dikenali.
4. Pencerobohan akaun
Pengguna laman sosial dinasihatkan supaya tidak memasukkan maklumat
peribadi seperti nombor akaun bank, nombor telefon, alamat rumah dan
sebagainya. Sekiranya pencerobohan maklumat berlaku, mereka yang tidak
bertanggungjawab, boleh menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan-tujuan
tertentu yang pasti tanpa keizinan pemilik yang sebenar.
5. Media sosial boleh menimbulkan fitnah
Terdapat beberapa kes penyebaran fitnah seperti gambar-gambar yang tidak
senonoh diseberkan tanpa pengetahuan pemilik gambar tersebut dan pelbagai
fitnah telah dilemparkan.
Pemilik akaun haruslah mengenalpasti "friend Request" sebelum "Apporved"
permintaan rakan tersebut. Hal ini bagi mengelakkan "stalker" yang berniat tidak
mengeksploitasi maklumat-maklumat

6. Kebocoran maklumat
Pekerja yang mudah pecah amanah berpotensi untuk membocorkan maklumat
sulit tentang syarikat di mana tempat mereka bekerja. Kebocoran maklumat ini
boleh memberi kesan negatif kepada syarikat terbabit. pekerja perlu tahu
membezakan maklumat yang perlu dikongsi atau tidak