Anda di halaman 1dari 13

Sistem takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan

tanggungjawab sesama para peserta. Ini memberikan peluang kepada para


peserta untuk mendapat manfaat dalam tiga bentuk.

1. Peserta akan lebih yakin kerana jika berlaku sebarang musibah mereka
layak mendapat bantuan daripada dana takaful.

2. Manfaat ari segi rohaniah dimana para peserta dapat memenuhi


tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutat sosial melalui
kaedah tabarru' yang bermaksud "pemberian, hadiah dan sumbangan".
Para peserta pasti bersyukur dan berbesar hati kerana sumbangan para
peserta digunakan untuk menolong peserta lain yang mendapat musibah.

3. Para peserta akan lebih yakin menyertai skim perlindungan ini kerana
takaful bebas daripada unsur yang bercanggah dengan kehendak syariah.
Skim takaful ini tertakluk kepada Akta Takaful 1984. Satu keperluan akta ini
adalah penubuhan Jawatankuasa Syariah untuk memberi panduan kepada
pengendali-pengendali takaful supaya tidak terbabit dengan aktiviti-aktiviti
yang ditegah oleh syariah.

Keistimewaan tambahan daripada konsep ini ialah ia tidak hanya bermanfaat


kepada orang Muslim semata-mata, malah ia juga memberi kebaikan kepada
semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka

Persepsi Masyarakat Terhadap Takaful, Cabaran Dan Halatuju Oleh Zafri Ab


Halim Ketua Pegawai Eksekutif, Great Eastern Takaful Berhad Sejak
bercambahnya pengendali-pengendali takaful yang baru, kita dapat melihat
pertumbuhan yang memberangsangkan dalam pasaran melalui kadar
penembusan takaful yang bermula dari 11% pada 2010, 12% pada 2011 dan
seterusnya 13% pada 2012. Pada tahun 2013, kita dapati kadar penembusan

keseluruhan bagi insurans dan takaful adalah sebanyak 53% di mana


penembusan insurans adalah sebanyak 39% manakala penembusan takaful
terus meningkat ke 14% *. Walaupun peningkatan tersebut tidaklah terlalu
menggalakkan berbanding penyertaan insurans, namun Malaysia berjaya
dilihat sebagai peneraju dalam industri takaful di dunia bagi takaful keluarga
seperti yang dilaporkan oleh Ernst & Young dalam laporan Global Takaful
Insights 2014. Secara realitinya takaful masih lagi tidak mendapat tempat di
kalangan masyarakat Melayu walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah
mengeluarkan resolusi pengharaman insurans konvensional dan takaful
seharusnya menjadi pilihan perlindungan dikalangan umat Islam. Di antara
sebab-sebab utamanya adalah apabila masyarakat melihat takaful sebagai
satu instrumen pelaburan atau simpanan berbanding perlindungan.
*Sumber: Insurance Services Malaysia Report 2010, 2011 & 2012. Produk
perlindungan yang menawarkan tahap perlindungan kesihatan yang tinggi
dianggap kurang dari segi nilai pelaburannya. Rata-rata masyarakat sanggup
membayar lebih untuk sesuatu produk bagi pulangan pelaburan yang tinggi
walaupun kadar perlindungan yang ditawarkan adalah rendah. Ini seperti
yang dilaporkan oleh pihak Malaysian Takaful Association melalui Protection
Gap Study yang dikeluarkan baru-baru ini. Ada juga yang mempunyai
kefahaman bahawa pemilikan takaful dianggap sama sahaja sekiranya
seseorang itu telah memiliki insurans. Faktor kesedaran pemilikan takaful
yang mengikut lunas syariah berkaitan konsep halal amatlah kurang disedari
dan difahami oleh masyarakat Islam di negara ini. Kadar penembusan yang
rendah ini turut berlaku akibat kurangnya kesedaran dan pengetahuan
berkaitan perancangan kewangan dan perlindungan dikalangan pelbagai
golongan dalam masyarakat itu sendiri. Ramai antara kita yang tidak faham
akan kepentingan memiliki perlindungan takaful pada peringkat awal. Ini
jelas dilihat dalam laporan Protection Gap Study tersebut yang mana kadar
pemilikan perlindungan, keyakinan serta kecenderungan masyarakat
terhadap pemilikan takaful masih berada pada tahap yang rendah. Bagi
golongan muda yang bekerja terutama yang berumur 30 tahun ke bawah,
kepentingan membelanjakan wang kearah gaya hidup terkini seperti
memiliki gajet terkini, mengikut trend semasa dan sebagainya telah
mengakibatkan berlakunya jurang perlindungan sebanyak RM1,065 bilion
bersamaan purata RM 250,000.00 bagi setiap seorang. Pelbagai cabaran
turut
berlaku
dalam
industri
takaful,
antaranya
adalah
faktor
ketidakmampuan untuk memiliki pelan takaful, jenis produk yang terhad
yang menjurus kepada duplikasi produk konvensional serta jumlah ejen yang
terhad untuk menawarkan perkhidmatan yang berkualiti turut memberi
kesan kepada berlakunya kadar penembusan takaful yang rendah.

Pengendali takaful perlu meningkatkan usaha dalam memastikan halatuju


industri takaful sentiasa relevan dan menjadi penyumbang aktif untuk
ekonomi negara. Peningkatan kualiti perkhidmatan dan kesedaran terhadap
kepentingan takaful mampu memperbetulkan pesepsi masyarakat serta
membantu mereka membuat pilihan tepat untuk memiliki takaful. Ejen-ejen
yang berkualiti dan rangkaian pemasaran yang lebih efektif yang
mementingkan pemahaman dan keperluan terhadap takaful pada setiap
peringkat umur, sudah pasti mampu menjangkau potensi pasaran
masyarakat Melayu dengan lebih luas lagi. Penyelidikan dan inovasi produk
perlu dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan serta mengambil langkah
yang lebih agresif bagi memperkenalkan produk-produk inovatif, mengikut
kehendak pelanggan dan bukan hanya melakukan duplikasi daripada produk
insurans konvensional sematamata. Ini akan membuktikan bahawa takaful
bukan sahaja sebagai alternatif halal kepada insurans malah ianya
mempunyai fleksibiliti dan keunikan tersendiri dalam menawarkan pelanpelan dan perkhidmatan. Halatuju yang jitu serta pematuhan syariah pada
semua peringkat yang bukan sahaja melibatkan produk tetapi menjangkau
kepada setiap aktiviti, operasi dan perniagaan, diperlukan dalam
meningkatkan pendidikan dan kesedaran kewangan disemua peringkat. Bank
Negara Malaysia juga telah mengambil satu inisiatif yang positif dengan
memperkenalkan Akta Kewangan Islam 2013 agar dapat memberikan
keyakinan kepada masyarakat mengenai ketelusan operasi sesebuah
pengendali Takaful dan kepatuhan mereka terhadap Syariah. Apa yang
diharapkan dalam masa yang terdekat ialah agar semua masyarakat
khususnya umat Islam mempunyai perlindungan Takaful bagi memastikan
masa depan dan ekonomi mereka terpelihara serta keindahan konsep
kewangan Islam ini dapat dinikmati oleh semua golongan tanpa mengira
bangsa, agama, tahap pendidikan dan kewangan.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.ht
m
Kelebihan perlindungan Takaful
Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN
Kelahiran banyak penyedia Sistem Kewangan Islam sejak kebelakangan ini
memberi nafas baru kepada masyarakat Malaysia terutamanya kepada umat

Islam untuk menikmati sistem yang berteraskan wahyu yang telah lama
diidamkan.
Inisiatif pihak Bank Negara Malaysia (BNM) memberikan lesen-lesen
penubuhan Perbankan Islam dan Takaful kepada beberapa institusi
kewangan yang layak seharusnya dipuji dan dihargai kerana ia telah
memudahkan
masyarakat
membuat
pilihan
untuk
mendapatkan
perkhidmatan kewangan yang adil, telus dan efisien.
Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi 'Amru Jarir bin
Abdullah r.a. yang memuji tindakan sedemikian rupa di mana mafhumnya
berbunyi: Barang siapa yang menunjukkan (mempermudahkan sesuatu
urusan) perkara kebaikan, maka baginya pahala dan pahala sesiapa yang
beramal
dengannya
selepas
itu
tanpa
dikurangkan
sedikitpun
daripadanya. (riwayat Muslim)
Jika sebelum ini, umat Islam tidak mempunyai pilihan malah terpaksa
menerima sistem yang bercampur-baur dengan sistem yang tidak senada
dengan Islam.
Keadaan ini mewujudkan kegelisahan dan rasa tidak selesa di kalangan umat
Islam. Namun kini, alhamdulillah, kemunculan Sistem Kewangan Islam
dengan pelbagai inovasi seolah-olah menjadi 'penyelamat' kepada umat
manusia daripada terus-menerus dibelenggu oleh sistem yang hanya
meletakkan keuntungan duniawi semata-mata.
Malangnya, ada juga sesetengah pihak yang masih berat hati untuk turut
serta menyokong dan melibatkan diri dalam memajukan sistem Islam ini
dengan mencipta seribu satu alasan.
Malah, ada juga suatu golongan yang cuba untuk memburukkan imej Sistem
Kewangan Islam ini dengan cubaan-cubaan halus bagi melumpuhkan usaha
murni ini.
Kepada golongan tersebut, diperingatkan satu firman Allah yang
bermaksud: Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat
dan menghalangi manusia dari jalan agama Allah, serta menghendaki jalan
itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus
ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya. (Ibrahim: 3)
Sebagaimana yang dimaklumi, institusi Takaful sebagai contohnya, adalah
merupakan Institusi Perlindungan (Insurans) yang berteraskan prinsip Islam.

Institusi ini selayaknya disokong dengan bersungguh-sungguh kerana ia


merupakan suatu sistem yang menjamin keadilan dan kesejahteraan kepada
ummah.
Perlindungan menerusi sistem takaful mempunyai kelebihan yang tidak
boleh disangkal lagi berbanding dengan sistem perlindungan konvensional.
Di bawah sistem perlindungan takaful para peserta yang menyertai manamana-mana
pelan
perlindungan
diprogramkan
untuk
sama-sama
mempraktikkan konsep tolong-menolong yang diredai Allah untuk samasama meringankan beban rakan-rakan mereka yang berada di dalam
kesusahan.
Semangat ini akan melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri
sendiri, tidak sombong malah mereka akan sentiasa prihatin kepada
persekitaran mereka.
Islam sangat menggalakkan umatnya agar tolong menolong dalam perkara
kebaikan seperti yang dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam ayat 2 surah alMaidah, maksudnya: hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan
Sistem takaful juga bebas dari unsur-unsur gharar (syubhat), riba dan
juga maisir (judi). Tiadanya unsur gharar secara mudahnya memberi maksud
bahawa sistem takaful adalah satu sistem yang telus , tidak
menyembunyikan fakta dan tidak mengamalkan seperti pepatah Melayu
"ada udang di sebalik batu".
Di antara nilai negatif di sebalik unsur riba adalah mengambil kesempatan,
menindas golongan yang dalam kesusahan dan mengeksploitasi untuk
kepentingan sendiri. Oleh itu, tidak hairan apabila kita melihat pengamal
sistem yang berteraskan riba ini mereka hanya mementingkan diri mereka
sendiri, sanggup menindas orang lain , sentiasa mencari jalan untuk
mengumpulkan kekayaan sendiri dan lebih dahsyat lagi tiada perasaan belas
kasihan dalam diri mereka.
Hal ini sebaliknya berlaku, dalam sistem Takaful yang tidak mengamalkan
riba, nilai-nilai tanggungjawab bersama, tolong menolong dan menjaga
kemaslahatan umum menjadi keutamaan.
Begitu juga dengan unsur maisir. Unsur ini menjadikan pengamalnya tamak
dan rakus tanpa memikirkan hak dan kepentingan orang lain. Sistem Takaful

yang tiada unsur ini sebaliknya mementingkan semangat persaudaraan dan


kepentingan bersama sebagai satu teras yang menunjangi aktivitinya.
Menerusi sistem Takaful seseorang peserta itu juga dapat melakukan amalan
yang sangat terpuji dalam Islam iaitu dapat menunaikan tanggungjawab
sosialnya menerusi amalan tabarru' (derma).
Dalam sistem takaful setiap peserta akan memperuntukkan sebahagian atau
semua daripada sumbangannya untuk didermakan bagi membantu manamana peserta yang ditimpa musibah.
Derma dalam sistem takaful ini adalah derma kelas pertama. Ini kerana
menerusi sistem ini seseorang peserta dapat melakukan derma dengan
ikhlas sebagaimana derma yang dituntut oleh Islam.
Ia seperti yang digambarkan dalam sabda baginda daripada Abi Hurairah r.a
daripada Nabi s.a.w baginda bersabda, Tujuh golongan yang akan mendapat
naungan Allah pada hari yang tiada sebarang naungan melainkan naungan
Allah, pemimpin yang adil, pemuda yang hidup dalam ibadat kepada Allah,
lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang lelaki yang
berkasih sayang kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang
lelaki yang digoda oleh wanita yang berkedudukan dan cantik lalu dia
berkata sesungguhnya aku takut kepada Allaah dan seorang lelaki yang
melakukan sedekah secara tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu
apa yang diberikan oleh tangan kanannya dan seorang lelaki yang
mengingati Allah secara bersendirian lalu bergelinangan air matanya.
(Muttafaqun 'alaih)
Namun perlu ditegaskan keistimewaan konsep ini adalah ia tidak hanya
bermanfaat kepada orang Islam semata-mata. Sebaliknya, ia turut memberi
kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama.
Sistem takaful juga menyediakan peluang kepada masyarakat untuk
memainkan peranan sebagai pendakwah yang berusaha mengembangkan
produk muamalat Islam dengan menyertai dan menyokong sistem ini.
Ini kerana takaful adalah alternatif kepada sistem insurans konvensional
sebagaimana yang disimpulkan oleh Badan Petugas Penubuhan Syarikat
Insurans Islam Di Malaysia 1983.
Malah masyarakat juga berpeluang melakukan jihad menentang sistem
jahiliah (sistem perlindungan konvensional) yang telah difatwakan haram

menurut Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun
1972.
Pada masa yang sama apabila menyertai sistem yang berteraskan sistem
Islam ini sebenarnya ia memberi peluang untuk beribadat yang merupakan
satu menifestasi pengabdian, kepatuhan dan ketundukan kepada perintah
Allah yang memerintahkannya supaya melakukan makruf dan meninggalkan
mungkar sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 25.
Kesimpulannya, sudah tiba masanya untuk kita melibatkan diri dan
bekerjasama untuk memartabatkan sistem takaful ini.
Sokongan padu diperlukan dari semua pihak agar hasrat murni untuk
memerdekakan umat manusia daripada terus berada di bawah cengkaman
sistem yang bersifat duniawi semata-mata kepada sistem yang boleh
membawa kesejahteraan duniawi dan ukhrawi.
Kini dengan adanya kemudahan kewangan Islam seperti perbankan dan
takaful di pasaran yang ternyata lebih baik dan lebih menjamin
kemaslahatan, maka ianya bukan lagi menjadi pilihan yang lebih baik malah,
ia telah menjadi satu tuntutan atau kewajipan untuk memilih kemudahan
kewangan Islam ini.

Artikel
Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.ht
m#ixzz3ehHKePTq
Utusan Melayu (M) Bhd

Persepsi Masyarakat Terhadap Takaful, Cabaran Dan Halatuju Oleh Zafri Ab


Halim Ketua Pegawai Eksekutif, Great Eastern Takaful Berhad Sejak
bercambahnya pengendali-pengendali takaful yang baru, kita dapat melihat
pertumbuhan yang memberangsangkan dalam pasaran melalui kadar
penembusan takaful yang bermula dari 11% pada 2010, 12% pada 2011 dan
seterusnya 13% pada 2012. Pada tahun 2013, kita dapati kadar penembusan
keseluruhan bagi insurans dan takaful adalah sebanyak 53% di mana

penembusan insurans adalah sebanyak 39% manakala penembusan takaful


terus meningkat ke 14% *. Walaupun peningkatan tersebut tidaklah terlalu
menggalakkan berbanding penyertaan insurans, namun Malaysia berjaya
dilihat sebagai peneraju dalam industri takaful di dunia bagi takaful keluarga
seperti yang dilaporkan oleh Ernst & Young dalam laporan Global Takaful
Insights 2014. Secara realitinya takaful masih lagi tidak mendapat tempat di
kalangan masyarakat Melayu walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah
mengeluarkan resolusi pengharaman insurans konvensional dan takaful
seharusnya menjadi pilihan perlindungan dikalangan umat Islam. Di antara
sebab-sebab utamanya adalah apabila masyarakat melihat takaful sebagai
satu instrumen pelaburan atau simpanan berbanding perlindungan.
*Sumber: Insurance Services Malaysia Report 2010, 2011 & 2012. Produk
perlindungan yang menawarkan tahap perlindungan kesihatan yang tinggi
dianggap kurang dari segi nilai pelaburannya. Rata-rata masyarakat sanggup
membayar lebih untuk sesuatu produk bagi pulangan pelaburan yang tinggi
walaupun kadar perlindungan yang ditawarkan adalah rendah. Ini seperti
yang dilaporkan oleh pihak Malaysian Takaful Association melalui Protection
Gap Study yang dikeluarkan baru-baru ini. Ada juga yang mempunyai
kefahaman bahawa pemilikan takaful dianggap sama sahaja sekiranya
seseorang itu telah memiliki insurans. Faktor kesedaran pemilikan takaful
yang mengikut lunas syariah berkaitan konsep halal amatlah kurang disedari
dan difahami oleh masyarakat Islam di negara ini. Kadar penembusan yang
rendah ini turut berlaku akibat kurangnya kesedaran dan pengetahuan
berkaitan perancangan kewangan dan perlindungan dikalangan pelbagai
golongan dalam masyarakat itu sendiri. Ramai antara kita yang tidak faham
akan kepentingan memiliki perlindungan takaful pada peringkat awal. Ini
jelas dilihat dalam laporan Protection Gap Study tersebut yang mana kadar
pemilikan perlindungan, keyakinan serta kecenderungan masyarakat
terhadap pemilikan takaful masih berada pada tahap yang rendah. Bagi
golongan muda yang bekerja terutama yang berumur 30 tahun ke bawah,
kepentingan membelanjakan wang kearah gaya hidup terkini seperti
memiliki gajet terkini, mengikut trend semasa dan sebagainya telah
mengakibatkan berlakunya jurang perlindungan sebanyak RM1,065 bilion
bersamaan purata RM 250,000.00 bagi setiap seorang. Pelbagai cabaran
turut
berlaku
dalam
industri
takaful,
antaranya
adalah
faktor
ketidakmampuan untuk memiliki pelan takaful, jenis produk yang terhad
yang menjurus kepada duplikasi produk konvensional serta jumlah ejen yang
terhad untuk menawarkan perkhidmatan yang berkualiti turut memberi
kesan kepada berlakunya kadar penembusan takaful yang rendah.
Pengendali takaful perlu meningkatkan usaha dalam memastikan halatuju

industri takaful sentiasa relevan dan menjadi penyumbang aktif untuk


ekonomi negara. Peningkatan kualiti perkhidmatan dan kesedaran terhadap
kepentingan takaful mampu memperbetulkan pesepsi masyarakat serta
membantu mereka membuat pilihan tepat untuk memiliki takaful. Ejen-ejen
yang berkualiti dan rangkaian pemasaran yang lebih efektif yang
mementingkan pemahaman dan keperluan terhadap takaful pada setiap
peringkat umur, sudah pasti mampu menjangkau potensi pasaran
masyarakat Melayu dengan lebih luas lagi. Penyelidikan dan inovasi produk
perlu dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan serta mengambil langkah
yang lebih agresif bagi memperkenalkan produk-produk inovatif, mengikut
kehendak pelanggan dan bukan hanya melakukan duplikasi daripada produk
insurans konvensional sematamata. Ini akan membuktikan bahawa takaful
bukan sahaja sebagai alternatif halal kepada insurans malah ianya
mempunyai fleksibiliti dan keunikan tersendiri dalam menawarkan pelanpelan dan perkhidmatan. Halatuju yang jitu serta pematuhan syariah pada
semua peringkat yang bukan sahaja melibatkan produk tetapi menjangkau
kepada setiap aktiviti, operasi dan perniagaan, diperlukan dalam
meningkatkan pendidikan dan kesedaran kewangan disemua peringkat. Bank
Negara Malaysia juga telah mengambil satu inisiatif yang positif dengan
memperkenalkan Akta Kewangan Islam 2013 agar dapat memberikan
keyakinan kepada masyarakat mengenai ketelusan operasi sesebuah
pengendali Takaful dan kepatuhan mereka terhadap Syariah. Apa yang
diharapkan dalam masa yang terdekat ialah agar semua masyarakat
khususnya umat Islam mempunyai perlindungan Takaful bagi memastikan
masa depan dan ekonomi mereka terpelihara serta keindahan konsep
kewangan Islam ini dapat dinikmati oleh semua golongan tanpa mengira
bangsa, agama, tahap pendidikan dan kewangan.
Kebaikan dan kelebihan mengambil insurans takaful Prudential BSN ???
Kenapa semua orang masih kurang pasti apakah kelebihan dan kebaikan
mengambil insurans atau takaful ni sebenarnya. Sebelum ni saya saya pun
macam tu la jugakla, tapi bila dah start jadi agen and dengar dan juga dapat
latihan dan penerangan dari leader saya baru saya tahu betapa pentingnya
mengambil insurans awal dan di waktu muda.
Banyak kebaikan yang boleh kita dapat dengan mengambil personal
insurans ini. Insurans Takaful Prudential BSN bukan sahaja cover bil hospital
malah ia juga mengajar bagaimana kita menguruskan financial sendiri.
Selain itu, kita boleh buat sedekah sekali sebab takaful Prudential BSN ni
berlandaskan syariah dan tabaru'. Disamping kita buat insurans, kita boleh

melabur, saving secara tak langsung kita boleh menderma... Tak ke itu satu
pendekatan yang bagus ?

Kenapa perlu ambil takaful Prudential BSN?


1) Takaful tidak mempunyai riba dan medical benefit sangat banyak.
Lagi banyak jumlah plan yang kita amik, lagi banyak benefit yang kita boleh
dapat. Prudential Takaful membantu kawan-kawan yang mengalami
kesusahan untuk mendapat benefit itu.
2) Client boleh mendapat bonus sekiranya tidak claim apa-apa selama
setahun.
Sekiranya kawan-kawan tidak claim apa-apa dalam masa setahun, kebaikan
yang boleh kawan2 terima adalah menerima bonus dari prudential sendiri
sebanyak mana jumlah yang telah anda invest selama sebulan. Buat masa
ini belum ada lagi insurans yang sanggup memberi bonus kepada
pelanggannya sendiri. Sebab itu dikatakan prudential takaful BSN ni
mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri.
3) Membantu kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk mendapatkan
plan pendidikan anak-anak mereka.
Kepada pasangan yang mempunyai anak, adalah lebih baik mengambil plan
takaful yang cover medical + pendidikan anak-anak. Kenapa? Kerana kita
tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Zaman sekarang ni begitu
banyak peluang belajar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk
melahirkan generasi yang berintelek dan berpengetahuan di dalam pelbagai
bidang. Namun salah satu sebab kenapa ramai kanak-kanak atau remaja
yang tidak mampu untuk menyambung pelajaran adalah disebabkan kerana
kos pembelajaran yang semakin meningkat. Walaupun mempunyai banyak
agensi-agensi yang boleh memberikan loan kepada pelajar tetapi interest
yang tinggi boleh menyusahkan para pelajar yang baru grad untuk
melangsaikan hutang mereka. Jadi, dari sekarang la kita perlu menyimpan
untuk masa depan anak-anak kita. Nanti bila dah sampai jangka masa umur,
duit simpanan pendidikan itu boleh digunakan untuk keperluan mereka. Tak

perlu membuat
melunaskannya.

pinjaman

yang

kemungkinan

besar

sukar

untuk

4) Melunaskan hutang-hutang sekiranya kita meninggal dunia


Dalam Islam, konsep hutang adalah penting. Kenapa? Yelah, sekiranya kalau
ajal telah sampai dan terlampau banyak hutang-hutang yang belum dapat
kita langsaikan, takaful sedia membantu untuk menjelaskan hutang2 yang
sedia ada mengikut kepada berapa jumlah yang ada dengan memberikannya
kepada pewaris anda. Adakah itu lebih baik? Kalau kita simpan duit di bank,
andaikata kita meninggal dunia dan pihak bank mendapat tahu mengenai
kematian kita, secara automatik duit di dalam bank tersebut akan
dibekukan.. last-last duit simpanan itu di donatekan kepada orang lain tanpa
waris kita tidak mendapat sedikit benefit sekalipun. Tak ke haru? Sekiranya
kita menyimpan di dalam takaful, at least ada orang yang boleh membantu
untuk menguruskan semuanya.
5) Membantu orang kehilangan upaya kekal yang disebabkan kemalangan
untuk meneruskan kehidupan
Kalau sekarang, kita banyak mendapat medical benefit dari kompeni kita
sendiri. Itupun sebab kita masih bekerja di bawah kompeni tersebut. Tapi
tidakkah kita terfikir sekiranya kita sakit atau lumpuh disebabkan
kemalangan, dalam masa yang sama khidmat kita ditamatkan.. macam
mana kita nak meneruskan hidup? Mungkin ada duit hasil dari khidmat
sebelum ini tapi mampukah kita bertahan? Sebab itu kena ada insurans kita
sendiri. Kenapa kena ambil Insurans Takaful Prudential BSN? Sebab kalau nak
dicomparekan dengan insurans yang lain, sekiranya mengalami apa-apa
pada kita (lumpuh kekal / lumpuh separa kekal).. dan kita tak mampu untuk
membayar insurans bulanan, takaful BSN prihatin untuk membantu
membayar insurans bulanan sehingga umur client tersebut 80 tahun (FREE,
tidak perlu bayar lagi). Tidak ada lagi insurans diluar sana yang sanggup
membayarkan insurans clientnya sekiranya terjadi perkara sedemikian.
Kalau berlaku sebegini, mereka hanya akan bayar lumpsum jumlah yang
terkumpul dan menamatkan perkhidmatan kepada client tersebut tapi tidak
pada Takaful Prudential BSN.
Sebenarnya banyak lagi benefit yang boleh saya utarakan dekat sini tapi
mungkin cukup untuk memberi pengetahuan kepada kawan-kawan betapa
pentingnya mengambil insurans kita. Memang duit tidak mencukupi untuk
melabur tapi sekiranya kita pandai menguruskan kewangan kita insya'allah
boleh. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil insurans takaful

boleh la hubungi saya di no ini: 014-530 1993 (Zahari). Hargailah diri kita,
sayangilah family kita. Kalau kita sakit ataupun meninggal dunia sekurangkurangnya kita dapat mengurangkan beban family kita untuk menguruskan
diri kita selepas ini. Itu yang paling penting.
Sekian, terima kasih. Prudential BSN Takaful takaful keluarga insurans
keluarga takaful anak insurans anak insurans bayi takaful baby kelebihan
medical card kepentingan medical card kepentingan insurans kepentingan
takaful insurans takaful terbaik kelebihan prubsn takaful sistem insurans
prudential perniagaan agen agent income side income part time full time
plan pakej 3 dalam 1 simpanan perlindungan protection kad perubatan
takaful insurans hayat takaful health takafulink takafullink firstlink smartlink
prulady takaful puteri takaful ummah prubsn blog insuran prudential
kebaikan prudential kesihatan education plan plan pendidikan perancang
kewangan anda claim isu prudential bsn penyakit kritikal semak bayaran
prudential takaful pembayaran online bil prubsn takaful panel hospital
prudential risiko kesihatan prudential untuk anak kenapa perlu insurans
takaful perlukah insurans untuk anak mengapa wanita perlu ambil insurans
takaful takafulink series merancang persaraan takaful health 2 prulife pakej
semasa pregnancy pakej semasa kehamilan insurance agent baby benefit
bajet bijak 36 penyakit kritikal pakej terbaru prubsn takaful takaful prudential
bsn terbaik di asia cerita pasal insurans takaful jom bisnes jom business
kerja part time apa beza takaful dan insurans usahawan takaful prudential
insurance contact produk prudential bsn takaful free quotation prudential
elaun hospital elaun wad elaun pembedahan ko-takaful co-takaful zero
deductible cash less syarikat prudential assurance kad perubatan prudential
prubsn ummah saving kad kesihatan
Takaful indonisia
Perbedaan mendasar antara Takaful dengan asuransi lainnya :

1. Takaful adalah asuransi PERTAMA dan TERBAIK Syariah. Karena asuransi pertama, otomatis LEBIH
berpengalaman dalam bidang syariah, Sejak berdiri pada tanggal 24 Pebruari 2004 s/d sekarang tetap
konsisten dlm bidang asuransi syariah.
2. Secara culture memang hanya Takaful yang benar2 murni syariah (mulai dari kepemilikan dana, sumber
dana/modal, manajemen s/d agen2nya semua syariah).

3. Takaful perusahaan asuransi TERBAIK, sejak 2004 meraih MUI Award sebagai Asuransi Syariah Terbaik di

Indonesia. th 2009 infobank menobatkan Takaful sebagai asuransi Terbaik (bukan hanya terbaik syariah tapi
terbaik dlm bidang ASURANSI).
4. Takaful Indonesia memiliki Dewan Pengawas Syariah (DPS) yang betugas mengawasi produk yang
dipasarkan dan pengelolaan investasi dananya. Dewan Pengawas Syariah ini tidak ditemukan dalam asuransi
konvensional.
5. Akad yang dilaksanakan pada Takaful Indonesia berdasarkan tolong menolong. Sedangkan asuransi
konvensional berdasarkan jual beli
6. Investasi dana pada Takaful Indonesia berdasarkan bagi hasil (mudharabah). Sedangkan pada asuransi
konvensional memakai bunga (riba) sebagai landasan perhitungan investasinya
7. Kepemilikan dana pada Takaful Indonesia merupakan hak peserta. Perusahaan hanya sebagai pemegang
amanah untuk mengelolanya. Pada asuransi konvensional, dana yang terkumpul dari nasabah (premi) menjadi
milik perusahaan. Sehingga, perusahaan bebas menentukan alokasi investasinya.
8. Dalam mekanismenya, Takaful tidak mengenal dana hangus seperti yang terdapat pada asuransi
konvensional. Jika pada masa kontrak peserta tidak dapat melanjutkan pembayaran premi dan ingin
mengundurkan diri sebelum masa reversing period, maka dana yang dimasukan dapat diambil kembali, kecuali
sebagian dana kecil yang telah diniatkan untuk tabarru?
9. Pembayaran klaim pada Takaful diambil dari rekening Tabarru? (dana kebajikan) seluruh peserta yang sejak
awal telah diikhlaskan bahwa ada penyisihan dana yang akan dipakai sebagai dana tolong menolong di antara
peserta bila terjadi musibah. Sedangkan pada asuransi lainnya pembayaran klaim diambilkan dari rekening
dana perusahaan.
10. Pembagian keuntungan pada Takaful dibagi antara perusahaan dengan peserta sesuai prinsip bagi hasil
dengan proporsi yang telah ditentukan. Sedangkan pada asuransi konvensional seluruh keuntungan menjadi
hak milik perusahaan.
11. dll