Anda di halaman 1dari 4

ULASAN JURNAL

TAJUK JURNAL : ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam


Pembaharuan Pedagogi
PENULIS : Robiah Sidin
Nor Sakinah Mohamad
JURNAL : Jurnal Pendidikan 32 (2007) 139-152
PENGENALAN
Perkembangan terkini teknologi maklumat menjadi topik utama dalam perbincangan masa
terutamanya dalam menuju era globalisasi. Dalam era globalisasi yang berpaksikan
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan
mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Peranan teknologi
maklumat menjadi begitu penting terutamanya dalam bidang pendidikan sebagai asas penyaluran
ilmu. Penyaluran ilmu ini pula dapat disampaikan dengan berkesan melalui proses pengajaran
dan pembelajaran antara guru dengan pelajar.
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan
menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru (Lechner &
Boli 2000). Teknologi maklumat berasaskan komputer bukan sahaja merupakan bahan perantara
yang berpotensi dalam memudahkan kerja-kerja seharian malah ia juga dapat menjadi bahan
untuk menjayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran (Nor Hashim, Maznah &
Azlinda, 1996). Teknologi maklumat ini juga dapat memberikan peluang kepada guru dan pelajar
untuk meneroka ilmu mengikut kehendak dan tahap pencapaian masing-masing (Jamaluddin,
Muhammad & Abd. Rasid, 2000).
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perbezaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan kesannya terhadap pencapaian pelajar dalam proses pembelajaran kemahiran komputer yang
diajar dengan kaedah perantis iaitu pendekatan konstruktivisme sederhana (Boyle 1997; Collin et
al.1989) berbanding dengan kaedah tradisional (pendekatan tingkah laku). Secara terperinci,
objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kaedah perantis berbanding
dengan kaedah tradisional, dan mengkaji kesan kaedah perantis ke atas pencapaian pelajar
berbanding kaedah tradisional.
Hipotesis yang dimajukan ialah bahawa tiada perbezaan dari segi kesan ke atas pencapaian
pelajar yang diajar menerusi kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) dengan kaedah
tradisional (pendekatan tingkah laku). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan ke atas pencapaian pelajar yang diajar dengan dua kaedah ini. Hasil tugasan yang
diajar dengan kaedah perantis adalah lebih baik berbanding kaedah tradisional.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Bentong, Pahang. Kajian ini adalah dalam bentuk
kuasi eksperimen direka bentuk untuk mengajar subjek komputer di sekolah menengah rendah
menggunakan kaedah pengajaran berunsurkan pendekatan konstruktivisme. Kaedah pengajaran

adalah pemboleh ubah di dalam kajian ini. Eksperimen ini melibatkan dua kumpulan pelajar
tingkatan dua yang homogenus yang diajar membina laman web dengan kaedah pengajaran yang
berbeza. 24 orang pelajar ditempatkan dalam kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah
tradisional dan 25 orang pelajar pula ditempatkan dalam kumpulan rawatan yang diajar dengan
kaedah perantis.
Kawalan yang dilakukan untuk memastikan kesan eksperimen kuasi yang dijalankan
melibatkan : (1) Kawalan kualitatif: pengajaran oleh guru yang sama;(2) Kawalan kuantitatif:
persekitaran dan tempoh pengajaran dan pembelajaran yang sama;(3) kawalan metodologi:
Kaedah perantis dilaksanakan dalam kelas rawatan dan kaeadah tradisional dilaksanakan dalam
kelas kawalan;(4) Kawalan kandungan: kandunngan pengajaran yang sama.
DAPATAN KAJIAN
Nilai min 1.80 yang diperolehi oleh kumpulan rawatan berbanding nilai min 2.29 oleh kumpulan
kawalan menunjukkan hasil pencapaian dalam tugasan yang diberikan lebih berkualiti dan lebih
baik. Nilai p 0.002 setelah analisis ujian t pada aras signifikan 0.05 dilakukan, menunjukkan
perbezaan yang signifikan dalam pencapaian tugasan tentang laman web. Ini secara langsung
membuatkan hipotesis nul dapat ditolak.
Menerusi ujian bertulis pula, nilai min yang dicatatkan oleh kumpulan kawalan adalah lebih
rendah berbanding nilai min markah kumpulan rawatan, iaitu kumpulan kawalan 6.64
berbanding kumpulan rawatan 7.63. Dapatan kajian jelas menunjukkan pendekatan
konstruktivisme yang digunakan terhadap kumpulan rawatan adalah lebih berkesan berbanding
pendekatan tradisional terhadap kumpulan kawalan.
PERBINCANGAN
Dasar dan polisi pembangunan negara menunjukkan Malaysia amat menitikberatkan penggunaan
ICT dalam pendidikan contohnya pelancaran Sekolah Bestari pada awal tahun 1999.
Pembangunan pendidikan menuntut perubahan ke atas kaedah mengajar dan belajar di bilik-bilik
darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk
minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping
menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Pelaksanaan Sekolah Bestari merupakan satu
anjakan paradigma yang amat besar dalam sistem pendidikan negara (Mohammed Sani 2002).
Salah satu inovasi dalam pengajaran hari ini ialah pendekatan konstruktivisme yang berasaskan
pengalaman sebenar dalam kehidupan seharian. Kaedah ini dianggap lebih berkesan kerana ia
dapat mempromosikan pembelajaran aktif di samping meningkatkan tahap pengetahuan dan
kemahiran pelajar di bidang komputer (Sauder et al.2000). Pengajaran ini mementingkan
pemahaman, berpusatkan pelajar dan berpegang kepada fahaman yang menganggap pelajar
sebagai pelajar yang aktif dan guru sebagai pemandu atau pemudah cara dalam proses
pembelajaran yang berlaku (National Association of Secondary School Principals 1996; Cohen
1988; Conley 1993; Newman, Marks & Gamoran 1996; Sizer 1992).
Hasil daripada kuasi eksperimen yang dijalankan berdasarkan prinsip dan pendekatan
konstruktivisme jelas menunjukkan terdapat perbezaan dalam tahap pencapaian pelajar
berbanding dengan pendekatan tradisional. Melalui pendekatan konstruktivisme, pelajar didapati
menggunakan aras pemikiran yang tinggi. Mereka tidak hanya menghafal fakta-fakta sahaja,
malah bekerjasama antara satu sama lain semasa menyelesaikan masalah dan seterusnya lebih

berdikari dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran.


Dari segi teori, pendekatan konstruktivisme tidak memberi tumpuan kepada bagaimana hendak
melaksanakan sesuatu pengajaran. Tinjauan literatur yang lepas mendapati bahawa metodologi
pengajaran konstruktivisme tidak dinyatakan dengan jelas dan terperinci, lantas sukar untuk
dipraktikkan dan tidak dijalankan secara meluas oleh guru-guru. Walaupun beberapa kajian
kaedah pengajaran mengikut pendekatan konstruktivisme secara eksperimen menunjukkan
kaedah ini berkesan terutama apabila teknologi digunakan, kebanyakan sekolah telah kembali
mengamalkan kaedah lama yang berpusatkan guru (Simonson & Thompson 1997). Fenomena ini
berlaku kerana teknologi kurang dan tidak digunakan adalam pembelajaran (Papert 1993).
Antara kelemahan kaedah ini ialah pendekatan ini mengambil masa yang panjang sebelum
pelajar boleh membina pengetahuan untuk menyiapkan tugasan dan perbincangan. Secara tidak
langsung, sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan. Ia juga sukar
dilaksanakan di bilik darjah terutama jika bilangan pelajar terlalu ramai. Selain itu, pemahaman
isi pengajaran yang disampaikan oleh guru juga adalah berbeza memandangkan pelajar
mempunyai cara tersendiri untuk belajar. Kedaan ini kadang kala mengundang pemahaman
konsep yang salah. Suasana kelas pula ada kalanya kelihatan lebih bising daripada biasa kerana
murid-murid terlibat aktif dalam perbincangan kumpulan.
PENUTUP
Secara kesimpulannya, pembaharuan dalam pedagogi perlu dibuat dalam era globalisasi ini.
Peranan guru amat penting untuk menjayakan pembaharuan dalam pedagogi. Guru perlu sentiasa
berusaha untuk memajukan diri, sentiasa membuat refleksi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlu sentiasa memberi galakan kepada pelajar untuk lebih berdikari dan
menerapkan semangat bekerjasama dan kolaboratif dalam setiap aktiviti yang dijalankan di
dalam kelas.
Oleh itu, pendekatan konstruktivisme amat sesuai dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah masa
kini meskipun banyak cabaran perlu diharungi. Disebalik kelemahan yang ada, pendekatan ini
banyak memberikan faedah kepada guru dan pelajar. Justeru itu, sekolah harus berani
mencubanya sekurang-kurangnya untuk mempertimbangkannya sebagai satu kaedah alternatif
yang boleh digunakan. Pendekatan konstruktivisme memerlukan penjadualan waktu belajar yang
tersusun dan jadual waktu anjal (Moursund 2003). Untuk melaksanakan pendekatan ini, sekolah
perlu melaksanakan jadual waktu anjal itu. Penyelidikan yang berterusan tentang pendekatan ini
juga perlu dibuat untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan kesannya terhadap
pembelajaran pelajar.

RUJUKAN
Mohd Izham Mohd hamzah & Sufean Hussin. 2005. Perubahan terancang dalam pendidikan
proses dan mekanisme pelaksanaan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 15(1): 80104.
Mohd Izham Mohd Hamzah & Noriah Mohd Ishak. 2004. Implementasi perubahan terancang
dalam pendidikan: Cabaran Kelas Pendidikan Khas di Sekolah Bestari. Prosiding Seminar
Kebangsaan Pendidikan Khas. 1: 219-235.
Mohammed Sani Hj Ibrahim. 2002. Pengetua dan pembestarian sekolah. Kertas Kerja
dibentangkan di dalam Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-IX di
Hotel Pan Pacific, KLIA, Sepang pada 16-19 Disember 2002.
Siti Fatimah Mohd Yassin, Nor Sakinah Mohamad, Aidah Abdul Karim & Rosseni Din. 2001.
Enhancing student learning in computer education: From the perspective of the Faculty of
Education. Proceedings of Technology And Vocational Technical Education: Globalisation and
Future Trends, Fakulti Pendidikan UKM.
Ab. Rahim Selamat. 2000. Kemahiran dalam sekolah bestari. Johor Bharu: Badan Cemerlang
Sdn. Bhd.
Boyle, T.1997. Design for multimedia learning. London:Prentice Hall.

http://nurakmalyahaya.blogspot.com/2010/10/ulasan-jurnal.html

Anda mungkin juga menyukai