Anda di halaman 1dari 6

TAHUN PERTAMA

MODUL WIRA USAHA


Tahap Pesilat; Pelatih Persilatan
Peringkat Talipinggang; Putih
Bayaran; RM 25.00
(Pendaftaran / Yuran Tahunan / Wang Pengeras)

Falsafah Pendidikan PERTUBUHAN SENI SILAT GAGAH GERAKPANCA


dalam Ilmu Mempertahankan Diri mengamalkan konsep pengurusan sumber manusia
dan sikapnya yang telah menjadikan ajaran Islam sebagai model untuk menuju
kepada kejayaan dan kecemerlangan, bukan sahaja dalam soal-soal prosedur, teknikal
atau perubahan dasar dan susunatur pembelajaran gelanggang persilatan. Tetapi
memastikan segala aktiviti akan menentukan seorang pelatih menjelmakan unsur-
unsur kebaikan dalam dirinya secara berterusan, kosentrasi dan sentiasa tertakluk
kepada peraturan dan sikap yang dinilai semula dari masa ke semasa.
Ini kerana berpandukan falsafah; Yang berguna adalah seseorang yang
mengetahui darjat dirinya sendiri, tahu batas akalnya kemudian dia bekerja menurut
darjat, batas serta keupayaannya. Kalau tidak berani dan tidak sanggup berusaha
untuk kemajuan, maka tidak ada orang yang akan memajukan kamu. Pantang seorang
budiman melawan suara keyakinannya sebab lidah orang yang berakal di belakang
hatinya dan hati orang yang bebal di belakang lidahnya.
Ajaran Islam mementingkan kualiti amalan dan perbuatan dari segi pencapaian
yang cemerlang. Malahan mendorong umatnya agar menjadi model perintis dan
penunjuk jalan, di samping menuntut umatnya agar menjadi model seorang insan
yang baik, pemimpin yang menjadi tauladan dan ikutan orang lain. Setiap pelatih
harus bercita-cita untuk menjadi pemimpin dalam masyarakat. Kalau belum sanggup,
maka ia hendaklah menjadi pemimpin yang baik bagi dirinya sendiri.
Jangan mencari kemuliaan dan kegagahan dengan jalan mengikut fahaman
orang lain atau mengikuti kemasyhuran orang lain. Apatah lagi, janganlah mencari
kemuliaan dan kebahagiaan dengan jalan memfitnah orang lain. Peribadi yang baik
akan memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang keji.

PEMBUKAAN GELANGGANG
Menghadap Guru
Ikrar Perguruan
Pencucian mata

2
IKRAR PERSILATAN

Bahawa sanya PERTUBUHAN SENI SILAT GAGAH GERAKPANCA


mendukung satu cita-cita bersama untuk menyatupadukan keseluruhan kesenian silat
dengan cara menjalankan aktiviti bersama di kalangan semua ahli persilatan
seperguruan.
Menaburkan seberapa banyak bakti kepada agama, bangsa dan negara
berdasarkan kepada prinsip keagamaan, peraturan dan kehendak perlembagaan.
Membentuk satu ikatan persilatan yang kuat dan berdisiplin untuk membina
semangat dan keupayaan yang berdasarkan tradisi bangsa dan kebudayaan.
Memperkukuhkan sahsiah dan jati diri setiap ahli persilatan agar bersikap
positif, berdaya maju, berdaya saing dan berdaya juang yang tinggi dengan
mengamalkan Rukun Perguruan dan Pegangan Pendekar.
Maka kami, ahli persilatan PERTUBUHAN SENI SILAT GAGAH
GERAKPANCA berikrar, akan bersama menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai matlamat tersebut berpandukan di atas perkara-perkata berikut;

Kami akan sentiasa patuh dan menghormati pemimpin persilatan,


Mahaguru, Guru, dan Jurulatih persilatan.

Kami akan meluangkan masa lapang untuk melakukan latihan silat yang
berkesan dan bersungguh-sungguh dengan menghayati falsafah seni dengan
mendukung budaya ilmu martabat tinggi yang berkonsepkan pembelajaran
seumur hidup

Kami akan menjaga amanah perguruan dengan tidak akan memberitahu


rahsia-rahsia persilatan kepada sesiapa sekalipun.

Kami akan memanfaatkan Ilmu Mempertahankan Diri dan Ilmu


Keselamatan Diri yang telah dipelajari untuk membela diri sendiri,
membantu sesama ahli persilatan dan menolong sesama manusia.

Kami akan sedaya upaya untuk mempertahankan hak dan kehormatan diri,
agama dan negara daripada sebarang anasir jahat yang ingin
memudaratkan kesucian Islam, keharmonian bangsa dan kesejahteraan
negara.

3
PELAJARAN PERSILATAN
Modul WiraUsaha mengandungi susunatur pelajaran persilatan yang
menekankan pengetahuan peringkat asas latihan dan pukulan silat kepada pelatih
pesilatan. Pelajaran asas ini akan meningkatkan kemahiran pelatih di samping
memupuk semangat ingin berusaha dan berjuang untuk menuntut ilmu pengetahuan
dengan penuh ketabahan, kesabaran dan keyakinan untuk maju dan mencapai
kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi.

ILMU MEMPERTAHANKAN DIRI


GERAKPANCA
Tahun Pertama; WIRA USAHA mengandungi pelajaran silat peringkat asas
latihan persilatan yang mampan dan pukulan persilatan yang mantap. Susunatur
pelajaran persilatan bagi Wira Usaha yang berpandukan falsafah pendidikan ini
mengandungi pelajaran silat;

LATIHAN SILAT

1. Kawalan Tubuh
• Ulit Tuhuh
• Pasak Tubi
• Bangau Putih
• Harimau Menyusu

2. Latihan Gulingan
• Teknik Gulingan Tengiling
• Teknik Gulingan Lutung
• Teknik Gulingan Harimau

3. Latihan Ketahanan
• Tumbukan Balas
• Tetakan Balas
• Tendangan Balas

4. Latihan Kecekapan
• Langkah Gerak Lian
• Langkah Gerak Seligi
• Langkah Gerak Balon

4
5. Latihan Penumpuan dan Pemusatan tenaga
• Tumbukan Padu
• Tetakan Maut
• Pepatung Hidup

6. Asma kekuatan dan Kecekapan tangan


• Teknik lidah naga
• Teknik sayap kasawari

7. Asma Pengawasan Penglihatan


• Latihan Ketajaman Mata
• Latihan Pandangan dan Keyakinan Diri

8. Asma Segi Tiga Tenaga


• Teknik Ilmu Pernafasan 1
• Teknik ilmu Pernafasan 11
i. Nafas salur
ii. Nafas keras
1. Nafas keras keluar
2. Nafas keras masuk
iii. Nafas Tahan
1. Nafas tahan tiga tahap
2. Nafas tahan empat tahap

9. Asma Segi tiga Tenaga


• Teknik Ilmu Pernafasan I
• Teknik Ilmu Pernafasan II

PUKULAN SILAT

Umbi Pukulan
1. Pukulan Tunggal
• Tumbukan tegak - muka
• Cengkaman bawah - kemaluan
• Hentakan Tusuk - dada
• Sikuan Atas - dagu
• Pancung/Tetak - leher
• Cengkaman Silang - bahu
• Hentakan kuak - rusuk
• Seligi - halkum
• Tusuk Sepitan - mata

2. Tendangan Tunggal
• Tendangan Sapuan - kepala
• Hentakan Lutut - perut
• Tendangan sisi - rusuk/ leher
• Tendangan bawah - kemaluan

5
• Tendangan tegak - dada/ulu hati
• Libasan kanan/libasan kiri - telinga

3. Tepisan Tunggal
 Kilas Bawah
 Kuak Atas
 Buang Luar
 Tepisan Berganda
 Silang bawah
 Buang Dalam
 Tangkisan Kekuda

Buah Pukulan
1. Serangbalas Kiri
2. SerangBalas Kanan
3. Teknik Jatuhan
4. Teknik bantingan
5. Teknik Kuncian

Buah Tendangan
1. Tangkisan Tendangan Tegak
2. Tangkisan Tendangan Sisi
3. Tangkisan Tendangan Layang
4. Tangkisan Tendangan Terbang

Serangan
1. Serangan Tukul Besi / Serangan Cakar Helang
2. Serangan Pisau Beracun / Serangan Patukan Tedung

Pukulan Terbalik
(Pukulan Angsa putih)

Muslihat Panglima
(Pukulan Gayang SalaTiga)

ARAHAN
Kaedah Pembelajaran dalam Modul Wira Usaha hanyalah memberikan
asas penumpuan dalam mempelajari bentuk gerak silat dan memahami
penggunaannya. Latihan dijalankan secara gerakan ‘Belebat’.