Anda di halaman 1dari 12

TAJUK: PENGENALAN KEPADA PEPASANGAN SESALUR KABEL BAWAH

TANAH
TUJUAN:
Helaian Penerangan ini bertujuan menerangkan rekabentuk pepasangan
sesalur kabel bawah tanah
yang terdapat pada sesuatu pepasangan industri serta dapat memantapkan
lagi pengetahuan dan
kemahiran dalam melakukan kerja-kerja penyelengaraan pepasangan
elektrik voltan rendah.
PENERANGAN
Kabel adalah perantaraan atau bahantara untuk membawa tenaga elektrik
dari punca
penjanaan ke tempat pengguna. Oleh kerana kadaran arus, kadaran voltan,
keadaan alat dan tempat
pemasangan, yang berbeza- beza, maka terdapat kabel-kabel dalam
berbagai jenis dan saiz bagi
memenuhi keperluan tersebut.
Kabel-kabel elektrik boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut
bekalan arus ulanglik
atau arus terus seperti berikut:
- kabel voltan tinggi
- kabel voltan rendah
- kabel kawalan
- kabel telehubungan
- kabel data/isyarat
Definasi pemilihan pemasangan kabel.
Pemasangan yang baik bergantung kepada pemilihan kabel dan pendawaian
yang sesuai. Oleh kerana
itu pemilihan yang teliti hendaklah dibuat agar kabel tersebut tidak
membahayakan pengguna tetapi
cekap dan berharga murah. Untuk memenuhi kehendak peraturan MS IEC
60364 pada jadual yang
telah disediakan kadaran arus dan susutan voltan berbagai bagai saiz dan
jenis kabel. Kadaran
voltan kabel-kabel ini adalah 600/1000V atau 1000/1000V bagi kabel yang
bertebatkan mineral.
Kesemua voltan ini dikendalikan pada frekuensi 50 Hz . Untuk membuat

pemilihan kabel , faktor


faktor berikut adalah diambil kira iaitu;
a. Jenis kabel
b. Susutan voltan
c. Keupayaan kabel untuk membawa arus .
Spesifikasi pepasangan sesalur kabel bawah tanah sistem duct
Bekalan masuk dari pihak pembekal kebanyakannya menggunakan kabel
bawah tanah dan
dipasang melalui peparit kabel (cable trench). Melalui sasalur ini pengalir
kabel amat mudah
disambungkan ke pemutus litar .
Bagi memudahkan kerja-kerja senggaraan kabel keluar dan masuk yang
bersaiz kecil atau besar ia
amat sesuai dipasang pada sistem sesalur dimana ianya bergantung kepada
kemana kabel itu pergi,
sama ada kedalam bangunan atau keluar bangunan .

HELAIAN KERJA
TAJUK : LA03/P1 PEMASANGAN UNDERGROUND CABLE
OBJEKTIF :
Selepas proses kerja ini pelajar mesti boleh :
1. Mentafsir dan menerangkan simbol, gambarajah susun atur, gambarajah
litar underground cable.
2. Membina laluan underground cable dan merentang kabel.
3. Menguji keterusan kabel berperisai.
4. Mengesan kerosakan kabel berperisai.
ARAHAN AM :
1. Pastikan kuantiti alat dan bahan mengikut senarai yang ditetapkan.
2. Pastikan alat dan bahan disediakan sebelum kerja dilakukan.
3. Memastikan alatan dan bahan yang disediakan berfungsi dengan baik dan
selamat untuk digunakan.
4. Keselamatan diri, penggunaan alat dengan betul dan kebersihan kawasan
kerja amat dititik beratkan.
5. Elakkan pembaziran bahan.
1.0 APL1 MENTAFSIR GAMBARAJAH SUSUN ATUR UNDERGROUND

CABLE.
1.1 Lukiskan lukisan simbol pada Lampiran 1
1.2 Lukiskan lukisan skematik pada Lampiran 3
1.3 Lukiskan gambarajah litar pendawaian pada Lampiran 4
2.0 APL2 MEMBENTUK LALUAN PENDAWAIAN UNDERGROUND
CABLE
2.1 Membentuk laluan underground cable.
2.1.1 Merancang laluan longkang kabel.
2.1.2 Mengukur laluan longkang kabel mengikut jarak yang bersesuaian.
2.1.3 Mengorek longkang kabel sedalam 3 kaki x 1 kaki.
2.1.4 Mengorek tempat pemasangan lampu kawasan.
2.2 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan sepanjang proses
pendawaian
dilakukan.
3.0 APL3 MERENTANG KABEL
3.1 Menyediakan kabel mengikut ukuran keperluan projek
3.2 Memastikan jenis dan saiz kabel yang digunakan itu betul.
3.3 Merentangkan kabel di dalam longkang dari panel kawalan lampu
kawasan
hingga ke lampu kawasan seterusnya ke lampu kawasan yan lain mengikut
laluan yang dikehendaki.
3.4 Menutup longkang tersebut.
3.5 Membuat pemasangan cable gland.
3.6 Membuat sambungan tamatan pada kedua-dua hujung kabel.
3.7 Rekodkan aktiviti dalam buku log.
4.0 APL4 MENGUJI PEMASANGAN
4.1 Menentukan alat-alat penguji berada dalam keadaan baik seperti Jangka
Ohm
dan Insulation Resistance Tester.
4.2 Pengujian
4.2.1 Sebelum bekalan disambungkan;
4.2.1.1 Membuat ujian keterusan kabel berperisai.
4.2.1.2 Membuat ujian rintangan penebatan.
4.3 Rekod bacaan ujian dalam borang ujian di Lampiran 5 dan juga dalam
buku
log.
KERJA-KERJA AMALI YANG DILAKUKAN
OLEH PELAJAR