Anda di halaman 1dari 9

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR STAR

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

PERKEMBANGAN PROFESIONAL
(MAPP 2231)

TAJUK
DISIPLIN DAN TATATERTIB
DISEDIAKAN OLEH
IZZAT AMIR BIN HAMZAH
NO. MATRIKS
DBMA 13-1880
AMBILAN/KUMPULAN
JANUARI 2013 / KUMPULAN 31

PENGENALAN
Disiplin adalah penting dalam pengisian hidup seharian. Ia adalah sebuah
cara untuk mempertingkatkan sesebuah organisasi. Organisasi yang kuat dan
cemerlang terletak pada disiplin ahlinya. Disiplin diri juga adalah cara untuk
mengubah kelemahan pada diri sendiri menjadi kekuatan. Tanpa disiplin, meskipun
kita mengetahui apa yang kita inginkan sudah tentu kita tidak akan mampu
mencapainya. Bagi kakitangan awam, ia terikat dengan satu peraturan iaitu
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan)
2002, Peraturan ini mengandungi peraturan-peraturan tentang kelakuan yang
dibenarkan dan dilarang dan anggota perkhidmatan awam dianggap sudah
maklum dan tahu mengenai semua larangan tersebut dan sesiapa yang
melanggarnya boleh dikenakan tindakan tatatertib. Disiplin dalam kalangan Penolong
Pegawai Perubatan adalah penting bagi menjaga imej dan martabat kerjaya.

PENCARIAN LITERATUR
Hadari (1985) menyatakan bahawa disiplin atau tatatertib dimaksudkan
sebagai kesediaan mematuhi ketentuan seperti peraturan-peraturan yang secara
eksplisit yang juga perlu mencakupi kesangsian yang akan diterima jika ada
pelanggaran terhadap ketentuan-ketentuan tersebut.
Selain itu, Jerry Wyckoff dan Barbara C. Unel (1990) pula mendefinisikan
disiplin sebagai suatu proses kerja yang lebih terarah kepada ketertiban dan
pengendalian diri.
Menurut Wayne Mondy dan Robert M. Noe (1990) disiplin adalah status
pengendalian diri seseorang pekerja, sebagai tanda ketertiban dan kerapian dalam
melakukan kerjasama dari sekelompok unit kerja di dalam suatu organisasi
(someone status selfcontrol as orderliness sign order and accuration in doing
cooperation from a group of unit work in a organization)
Jackclass (1991) membezakan disiplin dalam dua kategori, iaitu self discipline
dan social dicipline. Self dicipline merupakan disiplin peribadi pekerja yang tercermin
dari peribadinya dalam melakukan tugas kerja rutin yang harus dilaksanakan,
manakala social dicipline adalah pelaksanaan disiplin dalam organisasi secara
keseluruhan.
Menurut Daniel M. Colyer. (1991) pula, disiplin pada umumnya termasuk
dalam aspek pengawasan yang sifatnya lebih keras dan tegas (hard and coherent).
Dikatakan keras kerana ada sangsi dan dikatakan tegas kerana adanya tindakan
sangsi yang harus dieksekusi bila terjadinya pelanggaran .
Kamus Dewan (2005) mentakrifkan disiplin, sebagai latihan pemikiran dan
kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan
yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan
kepada peraturan yang ditetapkan, dan hukuman atau denda kerana melanggar
sesuatu peraturan yang ditetapkan.

PERBINCANGAN DAN HUJAH


Sebagai seorang anggota perkhidmatan awam, nilai-nilai disiplin hendaklah
diterapkan di dalam diri terutama dalam melakukan tugasan mahupun pekerjaan.
Nilai disiplin ini haruslah mencakupi pelbagai aspek contohnya dari segi masa dan
kelakuan. Kakitangan awam terikat dengan peraturan iaitu (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 (Pindaan) 2002.
Mengapakah peraturan seperti ini harus diwujudkan? Peraturan ini diwujudkan
bukanlah semata-semata untuk mewujudkan perasaan takut dalam kakitangan
awam tetapi lebih kepada memastikan semua kakitangan awam tidak melakukan
perkara-perkara yang boleh menjatuhkan martabat profesion itu sendiri sehinggakan
melibatkan pandangan umum kepada sistem yang diamalkan oleh kerajaan. Jika
berlaku sesuatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti datang lewat kerja,
bersikap cuai dalam melakukan pekerjaan dan tidak bertanggungjawab dalam tugas,
sudah tentu kerajaan akan turut menerima tempias akibat kelakuan tersebut.
Peraturan ini secara tidak langsung membantu dalam mendisiplinkan segenap
lapisan kakitangan kerajaan tanpa mengira jawatan dan pangkat.
Peraturan ini diwujudkan setelah ianya dipersetujui oleh sesuatu kumpulan
atau organisasi bagi memastikan ahli-ahlinya dapat menikmati suasana aman dan
keharmonian terjamin. Ia turut berkaitan dengan tatasusila, keadilan, akhlak dan
kesopanan.
Bagi kakitangan yang telah didapati melakukan kesalahan dan melanggar
peraturan akan dikenakan hukuman tatatertib dibawah Peraturan 38, Peraturanperaturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Hukuman yang akan
dikenakan adalah amaran, lucut hak emolument, penangguhan pergerakan gaji dan
menurunkan gaji bagi kesalahan ringan. Manakala bagi kesalahan berat akan
dikenakan hukuman penurunan pangkat dan dibuang kerja. Hukuman seperti ini
penting bagi memberi pengajaran dan memastikan tiada pekerja yang melanggar
peraturan yang telah ditetapkan.

Antara perkara-perkara yang terkandung dalam Peraturan Pegawai Awam


(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan) 2002 yang membantu dalam
mendisiplinkan kakitangan awam adalah :

Seseorang pegawai hendaklah taat pada setiap masa, memberi taat setia
yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Dipertuan Agong, Negara dan

kerajaan.
Seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi

kepentingan persendiriannya.
Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan sedemikian cara yang mungkin
menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas

awamnya.
Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa cara yang

mungkin menyebabkan syak yang munasabah.


Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan sedemikian cara

sehingga memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.


Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha.
Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah.
Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab.
Seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-

apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.
Seseorang pegawai tidak boleh cuai dalam melaksanakan tugasnya.

Perkara-perkara yang telah disebut di atas jelas menunjukkan kerajaan benarbenar mahu memastikan seluruh anggota perkhidmatan awam dapat mendisiplinkan
diri dan tidak terlibat dengan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang
penjawat awam.
Sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan adalah menjadi tanggungjawab
dan berperanan dalam semua bidang seperti promosi kesihatan, pencegahan
kejadian penyakit, memberi rawatan dan rehabilitasi. Tanpa disiplin semua
tanggungjwab ini tidak akan tercapai dengan baik. Disiplin secara tidak langsung
menjadikan seorang Penolong Pegawai Perubatan komited dan berdedikasi dalam
tugasnya. Penolong Pegawai Perubatan hendaklah menghindari dari terlibat dengan
penyalahgunaan dadah, bermain judi, bersikap lalai atau melengah-lengah dalam
tugasnya, malas atau cuai dalam tugasnya dan datang lewat serta ponteng kerja.
Memetik berita dari akhbar Berita Harian pada 13 Jun 2007 iaitu cadangan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyiarkan nama pegawai dan kakitangan

kerajaan yang dikenakan hukuman atau tindakan disiplin kerana penyalahgunaan


kuasa atau melakukan kesalahan tatatertib dalam akhbar tempatan mungkin kurang
disenangi penjawat awam. Namun, seperti kata Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail
Adam, kelmarin, langkah itu dibuat bagi membolehkan rakyat mengetahui tindakan
sudah diambil ke atas mereka yang melanggar etika. Pelaksanaan cadangan itu
sedang dikaji JPA bagi membuktikan kerajaan mengamalkan pentadbiran telus dan
bersungguh-sungguh terhadap usaha meningkatkan sistem penyampaian. Tindakan
itu, jika dilaksanakan diharap dapat mengurangkan masalah disiplin di kalangan
kakitangan awam atau setidak-tidaknya memberi kesedaran kepada kakitangan lain
agar terus bekerja dengan jujur dan penuh disiplin apa lagi dengan kenaikan gaji
yang bakal mereka nikmati bermula bulan depan. Bagaimanapun, JPA tidak
menjelaskan butiran jenis kesalahan tatatertib atau penyalahgunaan kuasa yang
membolehkan nama pegawai dan kakitangan terbabit, disiarkan. Jika kesalahan
jenayah yang boleh diheret ke mahkamah seperti rasuah, rogol atau rompakan
terutama jika membabitkan pegawai tinggi, akhbar dengan sendiri menyiarkannya
tanpa perlu diminta JPA.
Jelaslah bahawa disiplin amat penting dan dititikberatkan dalam perkhidmatan
awam. Jika tidak sudah tentu, kerajaan tidak berusaha sedaya-upaya untuk
meningkatkan tahap disiplin kakitangan awam.

RUMUSAN
Untuk memastikan perkhidmatan awam terutamanya kerjaya Penolong
Pegawai Perubatan dimartabatkan, maka adalah penting untuk nilai disiplin sentiasa

diterapkan dalam diri setiap Penolong Pegawai Perubatan. Ini bagi menangkis
tanggapan buruk terhadap kerjaya Penolong Pegawai Perubatan sebelum ini dimana
sering menjadi bahan yang kurang enak diperdengarkan. Diharap disiplin yang ada
sedikit sebanyak dapat sinar positif. Dengan ini, jelaslah bahawa disiplin amat
penting tidak mengira apa jua bidang yang diceburi. Lazimnya, kebanyakan mereka
yang berjaya adalah orang yang berdisiplin dalam kerja. Dengan
memiliki disiplin membolehkan seseorang itu menjadi pekerja yang berkreativiti dan
berkualiti. Untuk menjadi pekerja yang berkreativiti dan berkualiti ini memerlukan
banyak kemahiran dan pengalaman. Ia hanya diperoleh dengan adanya DISIPLIN.

SUMBER RUJUKAN
1. Marty Broanstein Brou (1998), Mengendalikan Pekerja Yang Bermasalah,
Pelangi Publishing Group Berhad, Malaysia.

2. Zailiani Taslim (1998), Disiplin, Penerbitan Jeya Bakti, Malaysia.


3. Abdul Aziz Hussin (1994), Undang-undang Yang Mengenai Kelakuan dan
Tatatertib Penjawat Awam : Hak dan Tanggungjawab, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Malaysia.

4. MDC Legal Advisers (1998), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan


dan Tatatertib) 1993 : Peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan
Awam 1993: semua Pindaan hingga Ogos 1998, MDC Penerbit Pencetak.

5. Mardzelah binti Makhsin (2007), Sains Pemikiran dan Etika, PTS Professional
Publishing.
6. Kamus Dewan (2005), Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia.
7. Laman sesawang Wikipedia : http://id.wikipedia.org/wiki/Disiplin

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


FORMAT PEMARKAHAN PENULISAN REFLEKSI

Nama Pelatih: No. Matrik: ..


Tahun: ...................... Semester: ...................
Bil.
1
2
3
4
5

Perkara
Pengenalan yang jelas
Pencarian literatur yang lengkap
dan relevan
Perbincangan & hujah yang
jelas, lengkap serta
menunjukkan keaslian
Rumusan yang padat dan
konklusif
Sumber rujukan yang sesuai dan
mencukupi
Format:
- Kulit pakej yang jelas
- Bilangan perkataan seperti
ditetapkan
- Cetakan yang jelas dan bersih
- Penjilidan yang kemas
- Format mengikut yang
ditetapkan

Wajaran
10

Skor

Catatan

30
30
10
10
2
2
2
2
2

Demerit:
- Kesilapan ejaan > 20 perkataan
-5
JUMLAH
Nota:
Kelewatan penghantaran asignmen akan diperiksa berdasarkan wajaran 80%.

Tandatangan Pemeriksa

: .

Nama

: .

Tarikh

: .