Anda di halaman 1dari 34

1

PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PANDUAN PENULISAN DISERTASI

1. PENDAHULUAN

Panduan penulisan Disertasi disediakan oleh Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk kegunaan calon yang menyediakan Desertasi
sebagai memenuhi keperluan untuk pengurniaan Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Panduan
ini menjelaskan keperluan tertentu yang mesti dipatuhi oleh calon.

2. PENYERAHAN DISERTASI

Calon dikehendaki menyerahkan Desertasi lengkap setelah diperiksa dan diperbaiki


mengikut jadual yang ditetapkan oleh Pusat Pengajian Siswazah.

2.1 Syarat penganugerahan ijazah

Pelajar dikehendaki memenuhi syarat ini bagi membolehkan mereka menerima


ijazah masing-masing. Universiti tidak menganugerahkan ijazah kepada calon yang
gagal berbuat demikian.

2.2 Simpanan naskah Disertasi

Empat naskah Disertasi berjilid keras dan dua dalam bentuk “CD” (cakera
padat) format PDF perlu diserahkan kepada PPS. Disertasi tersebut diagihkan
kepada pihak berikut:
2

i. Satu “CD” (cakera padat) bersama satu naskah berjilid keras


disimpan di perpustakaan universiti.
ii. Satu “CD” (cakera padat) bersama satu naskah berjilid keras
disimpan di PPS.
iii. Satu naskah berjilid keras diserahkan kepada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
iv. Satu naskah berjilid keras diserahkan kepada penyelia

2.3 Hak milik universiti

Semua Disertasi menjadi hak milik kekal Universiti Pendidikan Sultan Idris, iaitu
hak cipta bentuk asal dipunyai oleh universiti, bukan oleh penulis Disertasi.

3. FORMAT LAPORAN

3.1 Kertas

Kertas putih saiz A4 (210 x 297 sm) yang sekurang-kurangnya 80 gsm.

3.2 Penaipan

Disertasi mestilah ditaip dengan menggunakan komputer. Calon menggunakan


pencetak berkualiti.

3.2.1 Huruf
Calon mesti menggunakan font „Times New Roman‟ dengan saiz 12 poin.
3

3.2.2 Langkauan
Disertasi mesti ditaip dengan menggunakan langkau sebaris (double spacing).
Walau bagaimanapun perkara dibawah perlu ditaip tanpa langkauan (single
spacing) dalam teks:

i. Penghargaan

ii. Petikan asal.

iii. Senarai rujukan.

iv. Keterangan melebihi satu baris jadual dan rajah.

v. Lampiran: seperti soal selidik, surat dan maklumat berkaitan.

vi. Tajuk dan sub tajuk yang panjang.

3.2.3 Penaipan tajuk

Semua tajuk (kecuali sub tajuk) perlu ditaip dalam HURUF BESAR tebal di
tengah-tengah di antara jidar kiri dengan kanan, 5.0 sm daripada jidar atas.
(Lampiran A ms. 21)

3.3 Santak teks

Teks perlu ditaip santak kiri kanan (justify).


4

3.4 Perenggan

i. Ayat pertama dalam perenggan pertama bagi setiap tajuk hendaklah


dimulakan santak kiri.
ii. Ensotan (indent) bagi memulakan perenggan yang seterusnya ialah 1.25 sm
dari birai kiri.
iii. Antara perenggan 2 baris (2 kali ‟enter‟)
iv. Antara perenggan terakhir dengan sub tajuk baharu langkauan 3 baris (3 kali
„enter‟)
v. Antara tajuk dan perengan pertama 1 baris (1 kali „enter‟).

Perenggan baharu pada bahagian bawah muka surat mestilah mengandungi


sekurang-kurangnya dua baris yang lengkap ditaip. Jika tidak, ia perlu dimulakan pada
muka surat baharu.

3.5 Birai (Margin)

Birai yang ditetapkan bagi teks seperti berikut:

Tepi sebelah atas : 3.0 sm


Tepi sebelah kanan : 2.5 sm
Tepi sebelah kiri : 3.8 sm
Tepi sebelah bawah : 2.5 sm

Hanya nota kaki dibenarkan di birai bawah.


(Rujuk lampiran B ms. 22)
5

3.6 Panjang penulisan Disertasi

3.6.1 Disertasi Kedoktoran


Panjang penulisan Disertasi untuk Kedoktoran tidak melebihi 100,000 perkataan.

3.6.2 Diserasi Sarjana


Panjang penulisan Disertasi Sarjana mengikut mod pengajian:
Mod A:tidak melebihi 20,000 perkataan.
Mod B: tidak melebihi 40,000 perkataan.
Mod C: tidak melebihi 60,000 perkataan.

3.7 Penomboran muka surat

3.7.1 Kedudukan nombor muka surat

Semua nombor muka surat bermula pada bab 1 dicetak tanpa tanda bacaan 1.5 sm
dari jidar atas dan 2.5 sm dari jidar kanan, bagi digit terakhir nombor berkenaan.
(Rujuk Lampiran C ms.23)

3.7.2 Jenis nombor

Bagi muka surat di antara muka surat judul dan muka surat bab 1 pernomboran
hendaklah digunakan huruf kecil Roman secara berturutan (i, ii, iii dan seterusnya)
tanpa tanda bacaan.
Muka surat judul hadapan Disertasi di anggap 1, tetapi nombornya tidak
ditaip.
Nombor Roman ii diletakkan pada muka surat pertama selepas muka surat
kedua judul.

Teks, rujukan dan lampiran diberi nombor Arab berturutan (2, 3, 4 dan
seterusnya) bermula pada muka surat kedua teks.
6

3.8 Pecahan kecil

Pihak Universiti Pendidkan Sultan Idris tidak menetapkan keperluan tertentu tentang
susunan teks. Namun, susunan yang dipilih perlu konsisten pada keseluruhan Disertasi.

3.9 Nota kaki

Terdapat banyak perbezaan tentang kandungan dan kedudukan nota-nota di dalam


penerbitan sains, kemanusian dan sains sosial. Calon hendaklah meminta nasihat penyelia
masing-masing.

Dalam bidang sains, catatan nota kaki jarang digunakan. Saiz huruf yang
digunakan bagi nota dan catatan kaki mestilah menggunakan saiz huruf 8 poin.

3.10 Jadual

3.10.1 Penomboran jadual

Setiap jadual mestilah mengandungi satu nombor rujukan (nombor arab) dan
keterangan. Nombor jadual mestilah sekata dengan nombor bab jadual.

Jadual perlu dinomborkan secara berturutan. Misalnya, jadual dalam Bab


3 diberi nombor Jadual 3.1, Jadual 3.2, Jadual 3.3 dan seterusnya.

3.10.2 Kedudukan jadual

Jadual mestilah dimuatkan betul-betul di tengah muka surat mengufuk dalam birai
yang ditetapkan. Perkataan Jadual, nombor dan keterangannya dicetak pada
sebelah atas jadual tersebut. Jika jadual bersambungan pada muka surat
7

berikutnya, baris atas muka surat hendaklah berbunyi (sebagai contoh) `Jadual 5,
sambungan`. Keterangan tidak diulangi. Jika jadual petikan, rujukan mestilah
dicatatkan.
(Rujuk lampiran D ms. 24 dan lampiran E ms.25.)

3.11.3 Bentuk jadual

Jadual mestilah disediakan dengan garis mengufuk yang jelas dilukis. Garis tegak
tidak diperlukan sekiranya lajur mengandungi tajuk yang jelas perangkaan
disusun menegak dengan betul.

Contoh:
Jadual 3.1
Bilangan Pelajar Mengikut Jantina dan Mata Pelajaran
Mata pelajaran Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan

Matematik 52 72
Fizik 85 65
Biologi 70 86
Kimia 66 55

Sekiranya jadual meliputi satu muka surat calon boleh menyediakan jadual dalam bentuk
lanskap.

3.11 Rajah

Rajah mungkin mengandungi gambar foto, ilustrasi, graf atau apa sahaja yang tidak
menyerupai skrip atau jadual.
8

3.11.1 Kedudukan rajah

Perkataan rajah, nombor rajah (nombor arab) dan keterangannya diletakkan di


bawah rajah tersebut. Jika rajah itu bersambung ke muka surat berikutnya,
peraturan menulisnya sama seperti jadual, penomboran rajah juga berurutan.

3.11.2 Gambar foto

Gambar foto yang lebih kecil daripada muka surat perlu diletakkan dengan kemas.

3.7 Cetakan

Cetakan hanya pada sebelah muka surat. Semasa menjilid, muka surat bercetak
hendaklah diletakkan di sebelah kanan.

4. PENJILIDAN

4.1 Naskah untuk pemeriksaan

Empat salinan Disertasi terakhir (yang dijilidkan dengan kulit lembut) mestilah
diserahkan kepada Pusat Pengajian Siswazah bersama borang penyerahan Disertasi yang
dilengkapkan.

Selepas pemeriksaan, Disertasi ini dikembalikan kepada calon. Calon dikehendaki


membuat semua pembetulan berdasarkan komen pemeriksa dan diperakui oleh penyelia
sebelum menjilid Disertasi dengan kulit keras.
9

4.2 Naskah terakhir untuk universiti

Empat (4) naskah yang dijilid dengan kulit keras bersama dua (2) salinan CD (cakera
padat) dalam format PDF hendaklah diserahkan semula pada tarikh yang ditetapkan.

4.3 Warna kulit

Warna kulit untuk Disertasi Kedoktoran berwarna hitam dan untuk Ijazah Sarjana
berwarna merah hati.

4.4 Keterangan pada kulit

4.4.1 Muka hadapan

Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas yang


bersaiz 18 poin Time New Roman atau Arial.

Tajuk Disertasi disusun dalam bentuk piramid terbalik 6.0 sm dari birai
atas

Nama penulis mestilah lengkap seperti dalam kad pengenalan atau pasport
antarabangsa, pada kedudukan tengah jidar.

Nama universiti dan tahun ditulis dalam 2 baris dengan jarak 6.0 sm dari
jidar bawah. (Rujuk lampiran F ms. 26)

4.4.2 Tulang belakang

Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas berukuran


18 poin mengikut susunan seperti berikut :
10

Nama penulis : 3.0 sm dari birai atas


Ijazah : Ph.D atau M.Ed
UPSI : Singkatan nama universiti 3.0 sm dari jidar bawah
Tahun penyerahan Disertasi.
(Lihat Lampiran G ms 27 untuk laporan yang tebal atau Lampiran H ms 28 untuk
laporan yang tipis.)

5. SUSUNAN KANDUNGAN

Setiap Disertasi mengandungi tiga bahagian; permulaan, teks dan rujukan. Setiap
bahagian mempunyai beberapa seksyen yang mesti disusun atur menurut peraturan
tertentu.

Susunan dan kandungan Disertasi perlu mengikut tertib seperti berikut:

Halaman Judul
Pengakuan
Penghargaan
Abstrak dalam Bahasa Melayu
Abstrak dalam Bahasa Inggeris
Kandungan
Senarai jadual
Senarai rajah
Senarai singkatan / simbol / tatanama / istilah
Teks

Rujukan
Lampiran (jika ada)
11

5.1 Halaman judul

Halaman ini perlu mengandungi maklumat berikut:

i. Judul Disertasi
(dalam bentuk piramid terbalik 6.0sm dari jidar atas)
(Rujuk Lampiran I ms.29 )
ii. Nama penuh penulis
(seperti dalam kad pengenalan/ pasport antarabangsa)

iii. Disertasi yang dikemukakan, contohnya

DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI SYARAT


MEMPEROLEHI IJAZAH Ph.D (BIDANG).
atau
DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI
SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH
SARJANA PENDIDIKAN (BIDANG)

IV. Nama fakulti

v. Nama universiti
(UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)

vi. Tahun Disertasi itu diserahkan untuk pemeriksaan

5.2 Pengakuan / Declaration

Pengakuan dimulakan pada muka surat baharu selepas muka surat judul ditaip di tengah-
tengah muka surat tersebut. Calon dikehendaki menulis dan menandatangani pengakuan
12

tersebut. (contoh : lampiran J ms.30) Pengakuan boleh dalam Bahasa Inggeris bagi
Desertasi yang yang dikemukakan dalam bahasa berkenaan. (Rujuk lampiran K ms. 31.)

5.3 Penghargaan

Bahagian ini tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan Disertasi merakamkan


penghargaan terhadap bantuan yang diberikan oleh orang perseorangan atau pertubuhan
dalam penyelidikan Disertasi calon.

5.4 Abstrak dalam Bahasa Melayu dan terjemahan

Abstrak yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan terjemahannya dalam Bahasa Inggeris
mestilah disediakan pada muka surat baharu selepas penghargaan.

Abstrak berupa ringkasan Disertasi yang memberi pendedahan tentang masalah


yang diselidiki, objektif dan matlamat kajian, kaedah dan dapatan penyelidikan dalam
konteks kajian yang dijalankan. Panjang setiap versi tidak melebihi 200 perkataan dan
tidak melebihi satu muka surat.

5.5 Kandungan

Kandungan perlu dimulakan pada muka surat baharu. Ia mengandungi senarai


kandungan yang terdapat dalam Disertasi, iaitu Bab, tajuk dan sub tajuk yang bekenaan.
Tajuk-tajuk dan sub-sub tajuk berkenaan hendaklah selaras seperti yang terdapat dalam
teks. (contoh: lampiran L ms. 32)
Bab hendaklah ditulis dengan huruf besar tebal.

5.6 Senarai jadual


Senarai jadual hendaklah dimulakan dengan muka surat baharu. Senarai ini mengandungi
tajuk jadual yang disertakan dalam penulisan dan tajuk mestilah seperti tajuk yang
terdapat pada jadual berkenaan. (Contoh : lampiran M ms.33)
13

5.7 Senarai rajah

Senarai rajah hendaklah dimulakan pada muka surat baharu. Ia mestilah mengandungi
senarai tajuk gambarajah, gambarfoto, peta, graf dan sebagainya yang terdapat dalam
penulisan
(contoh: Lampiran N ms. 34)

5.8 Senarai singkatan / simbol / tatanama / istilah

Senarai ini hendaklah ditulis pada muka surat baharu selepas senarai rajah.

5.9 Teks

Teks mengandungi beberapa bahagian contohnya, seperti berikut:

BAB 1 : Pendahuluan BAB 1 : Pendahuluan

BAB 2 : Tinjauan Literatur BAB 2 : Tinjauan Literatur

BAB 3 : Metodologi atau BAB 3 : Metodologi

BAB 4 : Dapatan kajian BAB 4 : Dapatan dan


Perbincangan
BAB5: Perbincangan dan BAB5: Kesimpulan dan
Kesimpulan. Cadangan
14

5.9.1 Rujukan

Sebarang Disertasi yang menggunakan karya lain sebagai rujukan, mestilah


mengandungi bibliografi yang menunjukkan sumbernya. Jika rujukan terhadap
bahan berkenaan dibuat tetapi tidak dibuat pengakuan khasnya dalam teks, karya
tersebut perlu diisenaraikan berasingan sebagai satu lampiran kepada rujukan dan
diberikan tajuk kecil RUJUKAN AM.

Seksyen ini bermula dengan muka surat baharu dengan judul RUJUKAN
ditaip dengan huruf besar dan diletakkan di tengah-tengah muka surat tanpa tanda
bacaan 5.0 sm dari jidar atas. Setiap rujukan ditaip dengan satu langkau antara
satu sama lain dan satu jarak dalam rujukan yang sama. Satu rujukan yang
mengambil lebih daripada satu baris hendaklah diberi ensotan (indent) sebanyak
tujuh ruang.

5.10 Lampiran

Disertasi tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu, bolehlah dimasukkan


data kajian, jadual, contoh soal selidik, carta alir, dan sebagainya ke dalam teks, atau
yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan
dalam teks. Lampiran boleh disusun sebagai LAMPIRAN A, LAMPIRAN B dan
seterusnya.

6.0 CARA MENULIS RUJUKAN

6.1. Format

Rujukan perlu dimulakan di muka surat baharu. Ia perlu ditulis menggunakan font
Times New Roman saiz 12 point. Ia juga perlu disusun secara urutan abjad
berasaskan abjad pertama nama penulis, perlu ditaip tanpa langkauan (single
spacing) dan santak kiri kanan.
15

Contoh:

i. Jika nama sama, disusun ikut tahun. Contohnya,


Kieran, C. (1999). ...
Kieran, C. (2001). ...

ii. Jika nama dan tahun juga sama, disusun ikut abjad berasaskan
abjad pertama tajuk buku dengan menambah a, b, c dan seterusnya
kepada tahun.
Kieran, C. (2000a). Algebra ...
Kieran, C. (2000b). Functions ...

6.2. Buku

6.2.1 Satu penulis :

Znaniecki, F. (1934). The method of sociology. New York : Rinehart.

Bagi penulis Barat, nama keluarga (surname) didahulukan diikuti


oleh initial nama depan. Contoh, Frederick Znaniecki ditulis Znaniecki, F.

Jika penulis berbangsa Melayu, Cina atau India, kekalkan urutan


asal dan gunakan nama penuh tanpa bin atau binti bagi nama penulis
berbangsa Melayu dan tanpa a/l atau a/p bagi nama penulis berbangsa
India seperti contoh berikut:

Mohd Jamal Iskandar (2002). Sosiologi pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.
16

Tan Beng Suan (2001). Penilaian berasaskan sekolah. Kuala Lumpur:


Fajar Bakti.

Murugesan Kaliappan (2002). Kaedah penyelidikan. Kota Bharu:


Budiman.

6.2.2 Dua penulis:

Bogdan, R. & Taylor, S. (1976). Introduction to qualitative research


methods. New York : Wiley.

Sendainya sesuatu rujukan yang ditulis melebihi satu baris, maka baris
kedua dan seterusnya perlu diensot sebanyak tujuh ruang.

6.2.3 Tiga hingga enam penulis:

Davis, A., Gardner, B. & Williams, A. (1941). Deep south. Chicago:


Chicago University Press.

6.2.4 Lebih enam penulis:

Tulis nama enam penulis mengikut cara di atas diikuti oleh et al.

Dave, B., Goldin, K., Everett, A., Day, C., Clinton, R., Blair, A., et al.
(2001). ThePresidency. London : Venus

6.2.5 Buku yang diedit:

Acker, S. (Ed.). (1989). Teachers, gender and careers. London : Falmer.


17

6.2.6 Buku yang diterjemah:

Kenny, R. (1989). Perkembangan Kognitif (Zuraidah Ismail, Terjemah).


Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia. (Karya asli diterbitkan
1985)

(Rujukan di atas bermaksud karya asli diterbitkan pada tahun 1985 dan
ditulis oleh Kenny. Buku tersebut diterjemah oleh Zuraidah Ismail, diberi
judul Perkembangan Kognitif, dan diterbitkan pada tahun 1989 oleh
Universiti Putra Malaysia.)

6.2.7 Buku keluaran institusi/organisasi :

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum


Bersepadu Sekolah Menengah – Matematik Tambahan. Kuala
Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

6.2.8 Buku yang ditulis oleh orang yang sama dalam tahun yang berbeza :

Znaniecki, F. (1934). Methods of sociology. New York : Rinehart.

Znaniecki, F. (1944). Reinventing sociology. New York : Rinehart.

(Perhatian : Disusun ikut tahun)

6.2.9 Buku yang ditulis oleh orang yang sama dalam tahun yang sama :

Znaniecki, F. (1934a). Invitation to sociology. New York : Rinehart.


18

Znaniecki, F. (1934b). Methods of sociology. New York : Rinehart.

(Perhatian : Disusun ikut abjad mengikut tajuk buku)

6.2.10 Artikel/Bab yang ditulis seseorang dalam buku yang diedit oleh orang
lain:

Erickson, F. (1986). Qualitative methods in research on teaching. Dalam


M. Wittrock(Ed.) Handbook of research on teaching (3rd ed., m.s.
304-345). New York: Macmillan.

(Rujukan di atas bermaksud artikel/bab yang ditulis oleh Erickson terdapat


dalam buku yang diedit oleh Wittrock edisi ketiga pada muka surat 304-
345)

6.3 Artikel dalam jurnal:

Everhart, R. (1975). Problems of doing fieldwork in educational


evaluation. Human Organization, 34(2), 205-215.

(Rujukan di atas bermaksud artikel yang ditulis oleh Everhart terdapat dalam
jurnal Human Organization Jilid 34 Nombor 2 pada muka surat 205-215.
Perhatikan, sungguhpun jilid 34 dicondongkan, nombor 2 tidak dicondongkan).

Jika jurnal menyatakan jilid sahaja (iaitu tidak bernombor), maka

Scriven, R. (1975). The politics of educational evaluation. Evaluation, 12, 101-


113.
19

6.4 Artikel dalam jurnal elektronik:

Kerin, J. (2000). Doctors from teen novel approach [Electronic version]. The
Australian, 4. Diperoleh November 20, 2001 daripada http://www.the
australian.com.au.

6.5 Artikel daripada Internet tetapi bukan dari jurnal elektronik:

Peters, K. (1996) Interviewing. Diperoleh Ogos 3, 1998 daripada


http://www.uea.ac.uk/kp/kp.html

Jika tiada nama penulis,

How to cite references. (1996). Diperoleh November 21, 2001 daripada


http://wwwlib.murdoch.edu.au/libinfo/gdes/refgdes/cite/cite.html.

Jika tiada nama penulis dan tahun

Interviewing. Diperoleh Ogos 3, 1998 daripada


http://www.uea.ac.uk/kp/kp.html.

6.6 Artikel dalam akhbar

Samad Ismail (2002, April 12). Ke manakah kita ? Berita Harian, 4-5.

Jika penulis tidak dinyatakan,

Ke manakah kita ? (2002, April 12). Berita Harian, 4-5.


20

6.7. Artikel daripada majalah bulanan:

Zaidi Mohamad (2001, Jun). Kecemerlangan Akademik. Dunia Pendidikan, 17-


20.

6.8 Artikel daripada majalah mingguan:

Ramesh Krishnan (2002, Ogos 4). A healthy dose of laughter. Newsweek, 100,
74-76.

6.9 Tesis/Disertasi:

Zuraihan Kassim (2001). Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah


Menengah bagi mata pelajaran matematik : Satu kajian kes. Tesis PhD
yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

6.10 Prosiding Persidangan:

Shukri Zain (2002). Penyebatian nilai dalam pendidikan di Malaysia. Dalam


Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Perlis
(m.s.72-89). Kangar : Maktab Perguruan Perlis
21

LAMPIRAN A
Contoh Menulis Teks

5.0 sm

BAB 1

4.0 sm

PENDAHULUAN

4.0 sm

2.5 sm
3.8 sm 1.1 Pengenalan (1 enter)

Pendidikan ialah satu proses yang boleh menyesuaikan


individu dengan kehidupan social, undang-undang, keper-
cayaan dan situasi kemasyarakatan daripada satu generasi
kepada generasi yang berikutnya (Mouly 1968).
Dalam beberapa kajian yang telah dilakukan oleh …
…1.25 sm………………..

…..
(3 kali enter)
Subtajuk baharu
1.2 Pendidikan

2.5 sm
22

LAMPIRAN B
Birai bagi teks

3.0sm

1.1 Kajian rintis.


Draf pertama senarai semak (Lampiran A ms.23) dikemukakan oleh
penyelidik dan kajian rintis telah dijalankan di beberapa buah sekolah
sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan untuk menguji kemampuan
3.8
sm instrument tersebut mengutip data yang dikehendaki. Selepasa beberapa
2.5
pemerhatian dilakukan dan pemurnian dilakukan sehinggalah terhasilnya sm

senarai semak yang sesuai dan memenuhi keperluan penyelidikan di


kemukakan (Lampiran B ms.24)

1.2 Kesahan dan kebolehpercayaan.

Kesahan dilakukan dengan meminta beberapa orang guru biologi


berpengalaman dan pensyarah universiti untuk membaca dan memberi
komen. Senarai semak yang dibina juga telah disemak dari segi
bahasanya oleh pakar bahasa di sebuah universiti tempatan.
Ujian kebolehpercayaan juga dilakukan terhadap senarai semak
selepas kajian rintis dijalankan dengan menggunakan program SPSS.
Nilai alpha bagi senarai senarai semak yang terbaru atau yang dipakai
dalam kajian (Lampiran B ms.24) adalah alpha 0.6 dan senarai semak
yang sebelumnya (Lampiran A ms.23) adalah alpha 0.5.

2.5 sm
23

LAMPIRAN C
Kedudukan nombor muka surat

1.5 sm

37
Nombor 2.5 sm
Muka surat
24

LAMPIRAN D
Kedudukan jadual

jidar

Jadual 4.3
Penggunaan istilah dalam kelas

Item Peratus

1. Takat beku 81 5
2. takart didih 655
3. konduktor 77 %
4. fotosintesis 52 %
25

LAMPIRAN E
Kedudukan jadual sambungan

Jadual 4.3 (Sambungan).

Item Peratus

5. pengklorinan 81 5
6. keterlarutan 655
7. pelarut organik 77 %
8.
9.
26

LAMPIRAN F

Contoh keterangan pada kulit hadapan

birai

6.0sm

KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MAKMAL DALAM TOPIK


SISTEM PENCERNAAN MANUSIA, TINGKATAN 4
SEKOLAH MENENGAH DANG ANUM,
MELAKA

SITI NOR BAYA BINTI ABDULLAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2003

6.0 sm
27

LAMPIRAN G
Contoh keterangan pada tulang belakang
(bagi Disertasi yang melebihi 25 mm tebal)

3.0SM

S
I
T
I

N
O
R
B
A
Y
A

B
T

A
B
D
U
L
L
A
H

SARJANA
PENDIDIKAN
(SAINS
BIOLOGI)

UPSI
2003

3.0SM
28

LAMPIRAN H
Contoh keterangan pada tulang belakang
(bagi Disertasi yang kurang 25 sm tebal)

3.0
sm
NOOR AQILAH BT NOORAZMAN
SARJANA PENDIDIKAN(SAINS BIOLOGI) UPSI 2002

3.0
sm
29

LAMPIRAN I
Contoh halaman judul
jidar

6.0 sm

KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MAKMAL DALAM TOPIK SISTEM


PENCERNAAN MANUSIA, TINGKATAN 4, SEKOLAH
MENENGAH DANG ANUM, MELAKA.

4.0 sm

SITI NORBAYA BINTI ABDULLAH

4.0 sm

DISERTASI DIKEMUKAKAN BAGI


MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI
IJAZAH SARJANA PEDIDIKAN

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2003

4.0 sm
30

LAMPIRAN J
Contoh halaman pengakuan

5 sm

PENGAKUAN (2 kali enter)

Saya mengaku disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya

Tandatangan
15.11.1999 SITI NORBAYA BT ABDULLAH
19980201486

nombor pendaftaran
31

LAMPIRAN K
Contoh halaman pengakuan bahasa inggeris

5 sm

DECLARATION (2 kali enter)

I hereby declare that the work in this dissertation is my own except for
quotations and summaries which have been duly acknowledged.

Date Signature
Name
Registration no.
32

LAMPIRAN L
Contoh kandungan

KANDUNGAN

Muka surat

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

BAB 1 PENGENALAN
1.1 Kaedah Pengajaran yang digunakan. 1

1.2 ………………………………. …

1.2.1 ……………. …

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR …..

RUJUKAN 98
33

LAMPIRAN M
Contoh senarai jadual

SENARAI JADUAL

Jadual muka surat

2.1 Julat pencapaian subdimensi menganalisis 13

4.3 Kategori eksperimen yang dijalankan 59

4.5 Penggunaan istilah di dalam kelas 63


34

LAMPIRAN N
Contoh senarai rajah

SENARAI RAJAH

Rajah muka surat

3.1 Carta pai peratus pencapaian PMR 10

5.3 Graf peratus pencapaian 45

5.5 Peta Konsep Piawai : Mekanisme Pengangkutan Bahan Merentasi 55


Membran Plasma.