Anda di halaman 1dari 8

BENGKEL (Sayonara Jahiliyyah)

1) format bengkel: perbincangan


2) objektif:

Supaya peserta lebih jelas apa yg dikatakan dgn jahiliyyah.


Menjelaskan kepada peserta mengapa perlunya mereka meninggalkan
jahiliyyah.
Untuk membasuh peserta supaya rasa nak tinggalkan jahiliyyah.
Memberikan solution kepada peserta bagaimana untuk tinggalkan jahiliyyah.

p/s sila baca juga nota fasi sayonara jahiliyyah yg di selitkan di dalam
folder RAR ek.

Contoh2 jahiliyyah di dalam Al-quran


1. kesombongan jahiliyyah (48:26)
2. hukum jahiliyyah (5:50)
3) tabarruj jahiliyyah (33:33)
4) sangkaan jahiliyyah (3:154)

Kenapa quran turut berbicara mengenai


jahiliyyah?
1. Supaya manusia jelas neraca/pertimbangan di dalam membuat keputusan sama
ada utk memilih neraca islam atau pun neraca jahiliyyah.
2. manusia memerlukan satu neraca yg tetap dan tidak berubah iaitu neraca islam
yg dtgnya dari wahyu Allah. Akal dan nafsu perlu di pimpin oleh wahyu kerana
setiap manusia berbeza dari segi pemikiran. Neraca yg selalu manusia gunakan
ialah best atau tidak best, sedap or tak sedap, seronok atau tidak seronok etc
(contoh apabila tgk naruto/korea etc ,neraca yg manusia selalu guna ialah episode
ni best, episode tu tak best; tp kalo ikut neraca islam, naruto walau apapun episode
nya ialah jahiliyyah tidak kira sama ada best atau tidak best)
3. kata2 saidina umar alkahttab Akan terungkailah ikatan2 islam sekiranya
manusia mengenal islam tetapi tidak mengenal jahiliyyah.

Manusia Pasti Menghadapi Dua Dorongan: Hawa vs


Islam


)



( )



( )



()
(





Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan
Yang sesuai Dengan keadaannya) [7] Serta mengilhamkannya (untuk mengenal)
jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada
bertaqwa [8] Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia
bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) [9] Dan
Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu
susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) [10] (AshShams 91: 7-10)

Jauhkanlah dirimu dari sebarang Al-Hawa yang tidak bernama Islam.1


-Maimun bin Mahran rahimahullah-

Siapakah Al-Hawa yang tidak bernama Islam?

...

dan janganlah engkau turut Al-Hawa, nanti ia menyesatkan engkau dari jalan
(agama) Allah. (Shaad 38: 26)

...












Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak
binasalah langit dan bumi serta Segala Yang adanya. (Al-Mumimun 23: 71)

1 Al-Muntalaq oleh Abdul Munim

Apabila anda renungkan semua penyakit kehidupan manusia: sombong, ujub,


dengki cinta dunia, zina, perbuatan keji, ghibah, namimah dan semua bentuk
penyakit yang terbayang dalam benak kita, maka kita akan mendapati bahawa di
belakangnya ada satu hal iaitu mengikut hawa nafsu. Al-Hawa pada dasarnya
adalah kecenderungan jiwa yang salah. Kerana pendorong untuk mengikut hawa
nafsu adalah nafsu maka di kalangan para penempuh jalan rohani dikenalkan
dengan ungkapan, Musuhmu yang paling berbahaya adalah nafsu yang ada di
dalam dirimu2

Golongan yang Kecundang3


Di dalam pergolakan jiwa menghadapi hasutan syaitan dan bisikan hawa nafsu 4,
ada golongan manusia yang akhirnya tunduk kepada kedua-duanya.

Mereka adalah penyembah hawa nafsu.








...

Adakah engkau lihat orang yang mengambil al-hawanya menjadi Tuhannya dan
Allah menyesatkannya selepas didatangi ilmu kepadanya. (Al-Jatsiyah 45: 23)

Mereka adalah golongan yang ketewasan jiwa. Apabila hati manusia telah mati dan
keras maka terbukalah pintu-pintu masuk segala kejahatan ke dalam dirinya.
Bergembiralah syaitan kerana mereka telah berjaya menyesatkan anak Adam.



...







2 Tazkiyatun Nafs oleh Said Hawa
3 Apa Erti Saya Menganut Islam oleh Fathi Yakan
4 Pemuda Muslim dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini oleh Abdullah Nasih
Ulwan

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan


mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah (Al-Mujadilah 58: 19)






Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah
menjanjikan kamu Dengan janji Yang benar dan Aku telah menjanjikan kamu lalu
Aku mungkiri janjiKu itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan
Kuasa mempengaruhi kamu selain daripada Aku telah mengajak kamu lalu kamu
terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi
salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga
tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi Aku telah kufur
ingkarkan (perintah Tuhan) Yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya
orang-orang Yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh
azab Yang tidak terperi sakitnya. (Ibrahim 14: 22)

Akhirnya mereka telah terpedaya dan diperkuda oleh syaitan dan hawa nafsu.
Hanya mampu mengikut telunjuk batil dan akur dengan cengkaman thagut. Mereka
menjadi sebahagian daripada kebatilan dan diperhamba oleh kefasadan.



...












mereka itulah puak syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya
orang-orang Yang rugi. (Al-Mujadilah 58: 19)

Golongan yang Bermujahadah5


5 Apa Erti Saya Menganut Islam












Dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya
diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa
mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan
Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah
lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Ali
Imran: 135)

Adapun, golongan yang berjaya adalah mereka yang sentiasa berjihad melawan
dirinya. Tidak mudah mengalah dengan desakan dan umpanan syaitan dan hawa.
Golongan ini merasai kehadiran Allah, merasai dirinya diperhatikan, lantas mereka
sentiasa menginsafi kemaksiatan dan kembali kepada kebenaran. Mereka lah orangorang yang bertakwa dan bakal memasuki syurga yang luas, seluas bumi dan
langit.

Golongan ini meletakkan ketundukan kepada Allah s.w.t., mengakui kekuasaan yang
Maha Kuasa.


Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan
membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah
diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka
jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah
diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa
nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari
kebenaran. bagi tiap-tiap umat Yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan)
suatu syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) (AlMaidah 5: 48)

Islam: Ketundukan kepada Allah


Sifat inilah yang dinyatakan Islam sebagai penyerahan diri sepenuhnya kepada
Allah.








FirmanNya lagi,








Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai
Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan
yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". (Al-Baqarah 2: 131)

Golongan yang bermujahadah telah menyedari hakikat ini. Untuk mendapat


keselamatan dan kesejahteraan, manusia perlu menyerah diri kepada Allah.




(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan
dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik
amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan
mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2: 112)

Seluruh alam telah mengakui kekuasaan Allah dan akur patuh di bawah naungan
Dinul-Islam. Hakikatnya setiap makhluk dalam alam semesta tidak mampu
melarikan diri dari kepatuhan kepada Ilahi.

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain
dari agama Allah? padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di
langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadanya
lah mereka dikembalikan. (Ali Imran 3: 83)

Begitu juga makhluk yang bernama manusia. Baik jasad dan ruhnya, keduaduanya adalah ciptaan Allah yang mulia. Hakikat insan adalah fitrah, kerana ia
datang dari hembusan Ilahi yang menghidupkannya.


...






Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh
ciptaanNya (As-Sajadah 32: 9)

Sayonara Jahiliyyah! Aku telah Memilih


Islam
Marilah menyahut seruan Ilahi,




Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam Islam (dengan
mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah
syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (AlBaqarah 2: 208)

Menerima Islam bermakna menolak Al-Hawa dan Syaitan. Melangkah masuk kepada
Islam bermakna meninggalkan Jahiliyyah.

Bagi mereka yang memilih Allah, Ar-Rasul dan Muslimin sebagai pengganti Al-Hawa
dan Syaitan sebagai pendorong dalam kehidupanya, merekalah orang yang berjaya.
Mereka telah berjaya menumpaskan whims.














Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman
itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan (yang
berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. (Al-Maidah 5: 56)

Anda mungkin juga menyukai