Anda di halaman 1dari 34

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK

TOPIK 1

1.1

MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Sinopsis

Kursus ini berfokus kepada aplikasi Matematik dalam pelbagai bidang. Isi
kandungannya meliputi Matematik dalam kehidupan harian, kod klasik dan
cipher, kod dan kriptografi, penggunaan model Matematik dalam biologi dan
ekologi, serta sebahagian idea utama Matematik berkaitan dengan kalkulus.

Topik 1 dalam kursus ini bertujuan melihat aplikasi matematik dalam


kehidupan harian. Antara aspek yang diliputi ialah aplikasi matematik dalam
teknologi moden, matematik sebagai kegiatan budaya yang berterusan dan
asas bagi matematik kontemporari.

1.2

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar dijangka dapat:

meneroka peranan matematik dalam teknologi moden;

menyiasat matematik sebagai kegiatan budaya yang berterusan; dan

meneroka asas bagi matematik kontemporari.

1.3

Kerangka Tajuk
Matematik dalam kehidupan harian

Peranan matematik
dalam teknologi moden

Asas bagi matematik


kontemporari

Matematik sebagai
kegiatan budaya
1

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


1.4

Peranan Matematik dalam Teknologi Moden

Antara pendorong utama kemajuan sesebuah tamadun adalah rasa


keinginan

untuk

mengatasi

masalah-masalah

yang

membelenggu

kehidupan manusia dengan bantuan alat teknikal. Kamus Dewan (2005)


mentakrifkan teknologi sebagai aktiviti atau kajian yang menggunakan
pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian,
perubatan, perniagaan dan sebagainya. Justeru teknologi moden secara
umumnya adalah kajian atau aktiviti terbaru yang berkaitan tentang masa
kini yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis.
Matematik yang kita peroleh sebenarnya banyakmempengaruhi teknologi
moden pada hari ini, bahkan dalam segenap sisi kehidupan manusia.

1.4.1 Matematik sebagai Satu Bahasa


Dengan

memerhatikan

evolusi

sains

secara

semula jadi dalam abad ke dua puluh ini, kita tidak


dapat menafikan bahawa buku alam ditulis dalam
bahasa matematik.
Matematik ialah bahasa dan seperti bahasaMatematik dilihat

bahasa lain yang mempunyai tatabahasa sendiri,

sebagai satu bahasa

sintaks,

perbendaharaan

kata,

susunan

kata,

sinonim, konvensyen, dan lain-lain [Esty, 1997].

Bahasa matematik ini adalah


komunikasi dan alat pemikiran.

kedua-dua

alat

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK

Salah satu matlamat utama matematik ialah untuk pelajar menyerap


konsep-konsep asas
matematik.

dan kemahiran

Kemahiran

bahasa

bahasa

matematik

yang

ialah

penting

dalam

kebolehan

untuk

membaca dengan kefahaman, untuk meluahkan pemikiran matematik


dengan jelas, untuk menyatakan sebab secara logik, untuk mengiktiraf
dan menggunakan corak pemikiran matematik. [Esty, W., 1997, kata
pengantar]
Keunikan bahasa adalah keupayaannya untuk memberikan ekspresi yg
tepat bagi setiap buah fikiran ataupun konsep yang dapat diformulasi
melalui bahasa tersebut. Kuasa bahasa matematik moden boleh dilihat
dalam dua contoh di bawah:

BAHASA MATEMATIK PURBA

BAHASA MATEMATIK MODEN

If a straight line be cut at random, the


square on the whole is equal to the
squares on the segments and twice
the

rectangle

segments.

contained

(Euclid,

by

the

Elements,

II.4,

(a + b)2 = a2 + b2 + 2ab

300B.C.)
The area of any circle is equal to a
right-angled triangle in which one of
the sides about the right angle is
equal to the radius, and the other to
the circumference of the circle.
(Archimedes, On the Sphere and
the Cylinder, 220 B.C.)

A = r 2(r/2) = r2

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


Jika kita menganggap peranan utama matematik sebagai penyelesaian
masalah, yang terdiri daripada masalah aktiviti model-operasi-mentafsir,
maka matlamat utama

pembelajaran

matematik

ialah

memproses

terjemahan daripada suatu masalah yang dirumuskan dalam bahasa


ibunda kepada model matematik yang ditulis dalam bahasa matematik.

1.4.2

Matematik sebagai Teknologi Berfikir

"Teknologi pemikiran secara matematik adalah inti pati sains dan inti pati
masyarakat yang berasaskan teknologi " (Buchberger)
Teknologi p e m ik i r a n juga boleh diperoleh dalam mata pelajaran lain
tetapi matematik memerlukan cara khas dalam berfikir. Untuk menerangkan
cara ini kita boleh menggunakan "lingkaran kreativiti" Buchbergers sebagai
model cara pelajar memahami matematik [Buchberger, 1992]. Lingkaran
ini bermula dengan pemerhatian, bahan atau masalah data. Penyelesaian
yang

boleh

penciptaan

didapati
konsep

dalam
baru.

pembangunan

Model

Lingkaran

merangkumi:

Model Lingkaran
Kreativiti Buchbergers

algoritma atau
Kreativiti

dalam

Buchbergers

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK

FASA 1: HEURISTIK
(FASA
EKSPERIMENTAL)
Membangunkan andaian,
membentuk hipotesis,
merangka membuktikan
idea-idea dan strategi
penyelesaian, konsep asas
masalah. Ciri-ciri bagi
aktiviti ini ialah:
munasabah, kesimpulan
induktif

FASA 3:
FASA
APLIKASI

FASA 2: FASA
MEMPERSOAL
DAN
MEMPERJELAS

Menyelesaikan
masalah dengan
menggunakan
konsep dan
algoritma
dibangunkan di
fasa 1 dan 2:
model, operasi
dan mentafsir.

Membuat
andaian,
membuktikan
hipotesis,
pengaturcaraan

1.4.3
Matematik sebagai Faktor Keselamatan dalam Teknologi
Moden
Realiti dunia pada hari ini, semakin maju sesebuah negara, maka
semakin maju teknologinya dan semakin besar juga gangguan ke atas
keselamatan individu, komuniti, syarikat dan negara. Justeru, bagaimana
pula matematik dapat membantu dalam aspek keselamatan?
Contoh yang pertama dapat dilihat
pada Kriptografi moden. Kriptografi
moden

ini

menyatukan

matematik,

sains komputer

kejuruteraan.
teknik
Cara kriptografi berfungsi

rahsia,

disiplin

Kriptografi

menyembunyikan
biasanya

dan
adalah

maklumat

dalam

bentuk

teknik pengekodan, matematik, atau


cara lain

dengan

tujuan

supaya

mesej yang disimpan atau dihantar


hanya diketahui oleh mana-mana
pihak yang berminat.
5

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


Berhenti dan renungkan. Adakah sistem kriptografi ini selamat?
Apakah yang anda tahu mengenai Pubic Key Cryptography?

Selain itu, mesin ATM (Automatic Teller Machine) juga menggunakan


matematik dalam sistem sekuritinya. Mesin juruwang automatik (ATM)
merupakan
menyediakan

sejenis

peranti

capaian

telekomunikasi

berkomputer

yang

transaksi kewangan kepada pelanggan institusi

kewangan di kawasan tumpuan awam tanpa memerlukan juruwang


manusia atau kerani bank. Para pengguna akan memasukkan nombor
pin untuk mengakses mesin tersebut.

Papan kekunci mesin ATM

1.5

Matematik sebagai Kegiatan Budaya yang Berterusan

Sepanjang sejarah, matematik telah digunakan oleh orang-orang yang


berbeza dalam pelbagai cara. Aritmetik dan geometri telah digunakan
untuk

memenuhi

menggunakan

keperluan

geometri

untuk

harian

rakyat.

membina

Orang-orang

piramid

dalam

Mesir
tujuan

pengebumian (Burton, 1999). Kajian matematik yang digunakan oleh

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


orang-orang yang berbeza telah berkembang menjadi apa yang kini
dikenali

sebagai

etnomatematik.

Etnomatematik

ditakrifkan

sebagai

bagaimana manusia pelbagai budaya menggunakan matematik dalam


kehidupan

seharian mereka. Kumpulan budaya tidak hanya terhad

kepada kaum semata-mata tetapi konsepnya merangkumi lebih luas


seperti golongan cerdik pandai.

Dr Chris Matthews, seorang lelaki Orang Asli dari Negara Quandamooka


(Moreton Bay, Queensland) menyatakan bahawa ia adalah penting untuk
mempertimbangkan bahawa budaya mempunyai kesan yang besar
terhadap cara matematik dipelajari.

Beliau mencadangkan bahawa untuk memahami aspek-aspek budaya


matematik, adalah perlu untuk mengetahui apa itu matematik. Rajah di
bawah menunjukkan ringkasan
mengenai

persoalan

asas

Dr

Matthews

tentang

pandangannya

epistemologi matematik. Beliau percaya

pembangunan pedagogi yang berpusat pada kitaran ini akan membawa


kepada celik matematik tulen, membolehkan pelajar untuk mencapai pada
standard yang tinggi.

Epistemologi matematik oleh Dr. Matthews

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


1.5.1

Friezes (Dekorasi Dinding)

Salah satu budaya yang berterusan di dalam matematik ialah Friezes


(Dekorasi

Dinding).

Friezes

ialah

satu

konsep

matematik

untuk

mengklasifikasikan corak pada permukaan dua dimensi yang berulangulang dalam satu arah, Berdasarkan Simetri dalam corak, terdapat 7 corak
dekorasi

dinding

asas

yang

pengaplikasikan

konsep

penjelmaan

(transformation) dalam matematik yang kongruen (tidak melibatkan


pembesaran / enlargement). John Conway mencipta nama-nama yang
berkaitan dengan jejak langkah bagi setiap kumpulan dekorasi dinding (F1
hingga F7).

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK

1
1
9

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


1.5.2

Mosaic (Mozek) dan Pola Teselasi

Pola teselasi terbentuk apabila satu permukaan rata ditutup dengan


bentuk-bentuk dua matra tanpa pertindihan. Mozek adalah seni y a n g
b a n y a k m e n g g u n a k a n k o n s e p t eselasi dalam mewujudkan imejimej dengan himpunan kepingan kecil kaca berwarna, batu atau bahanbahan lain. Ia boleh menjadi satu teknik seni hiasan, aspek hiasan
dalaman, atau kepentingan budaya dan rohani seperti di beberapa
tempat terkenal tamadun dunia.
1. Mozek Roman

2. Mozek Etruscan

3. Girih mozek di kompleks Islam

10

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


4. Dome of the Rock, Palestin

5. Teselasi peranakan pada dinding kedia rumah, Singapura

6. Teselasi hiasan mozek, Morocco

11

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


1.5.3

Simetri

Konsep simetri banyak digunakan dalam pelbagai aspek budaya manusia.


Sebagai contoh, pakaian tradisional yang menggunakan sulaman manik di
Malaysia banyak mengaplikasikan konsep simetri. Demikian juga corak
hiasan seperti kolam.

1. Pakaian tradisional Bajau

2. Kolam

12

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


1.6

Asas Matematik Kontemporari

Matematik kontemporari adalah jambatan kepada ilmu dan pengetahuan


matematik. Ia menghubungkan pelbagai disiplin ilmu matematik untuk
menjadikannya lebih berkembang dan moden. Matematik kontemporari
mementingkan aplikasi matematik dalam konteks sebenar dan dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia. Contoh matematik
kontemporari ialah teori set, logik, kebarangkalian, rangkaian, teori graf dan
sebagainya.
1.6.1

Google

Enjin Carian Google

mempunyai

visi

untuk

mengatur

maklumat

dunia

dan

membuatkannya boleh diakses secara universal. Proses enjin carian


Google ini menggunakan prinsip matriks dan algoritma.

Penggunaan matriks

13

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


Katakan setiap nod di sebelah kanan mempunyai link yang ditunjukkan
dalam graf yang diarahkan. Yang manakah nod yang paling penting dan
akan muncul pada kali yang pertama?

Konfigurasi di bawah ialah kedudukan carian bagi setiap laman sesawang


yang dicari. Nombor satu menunjukkan laman yang paling kurang diakses
dan nombor 10 adalah laman yang paling kerap dilayari pengguna internet.
PR0 Doesnt Exist.
PR1 Very Poor.
PR2 Poor.
PR3 Average.
PR4 Above Average.
PR5 Good.
PR6 Great.
PR7 On Fire.
PR8 Big.
PR9 Everyone wants you.
PR10 The Best.

14

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK

Penggunaan Algoritma

PageRank adalah algoritma analisis link yang memberi satu wajaran berangka
kepada setiap halaman web, dengan tujuan untuk "mengukur" kepentingan
relatifnya berbanding halaman web yang lain. Ia berasaskan
hyperlink

dan merupakan

cara

terbaik

kepada

peta

untuk mengutamakan carian kata

kunci.

Justeru bagaimana untuk mengiranya?

PR setiap halaman bergantung kepada PR di laman-laman


yang menunjuk kepadanya.

Tetapi

kita

tidak

akan

tahu

apa

PR

halaman

tersebut

sehingga PR halaman yang menunjuk kepadanya dikira dan


sebagainya.

Jadi apa yang kita lakukan adalah membuat tekaan.


Prinsip:
Ia tidak kira di mana anda bermula tekaan anda, apabila pengiraan
PageRank telah ditetapkan, "taburan kebarangkalian normal" (PageRank
purata untuk semua muka surat) akan menjadi 1.0.

15

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK

Anggapkan 4 laman sesawang ialah A, B, C dan D. Biarkan setiap halaman


bermula dengan anggaran Page Rank sebanyak 0.25.

16

Pemerhatian:

setiap

halaman

mempunyai

sekurang-kurangnya

PR

0.15 untuk berkongsi keluar. Tetapi ini hanya mungkin dalam teori terdapat khabar angin bahawa Google menjalani fasa pasca spidering di
mana mana-mana halaman yang tidak mempunyai link masuk benar-benar
dihapuskan dari indeks.

16

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


1.6.2

Global Positioning System (GPS)

GPS adalah sistem navigasi radio berasaskan satelit yang membolehkan


sesiapa sahaja di mana-mana di dunia ini untuk menentukan kedudukan
mereka dengan ketepatan yang besar dan tepat.

Komponen GPS:
a. Angkasa - Satelit
b. Kawalan - Stesen-stesen pemantauan di bumi
c. Pengguna - Unit GPS seperti yang anda gunakan hari ini

Berapa banyak satelit yang membentuk GPS? 24 satelit GPS yang ada di
orbit sekitar 12,000 batu di atas kita. Ia bergerak berterusan bergerak
mengelilingi bumi 12 jam dengan kelajuan 7,000 batu sejam. GPS juga
memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat satelit.

17

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


Bagaimana satelit berfungsi?
Contoh:
Satu Kapal berada pada kedudukan yang tidak diketahui dan tidak
mempunyai jam. Ia menerima isyarat
memberikan kedudukan dan masa

serentak

seperti

daripada

satelit,

yang ditunjukkan dalam

Jadual di bawah :

corresponds to latitude, to
longitude and h to the ellipsoidal
height,i.e.the length of the vertical P
line to the ellipsoid.

Kira jarak dari kapal tersebut Isyarat itu dihantar pada masa 19.9 dan tiba
pada masa t. Perjalanan pada kelajuan .047, Jadi:

18

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK

1
8
19

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK

1.6.3

Kekunci Awam Kriptografi (Public Key Cryptography)

Perkataan kriptografi berasal daripada perkataan Greek kryptos yang


bermaksud

tersembunyi

dan

graphien untuk menulis.

Kriptografi

didefinisikan sebagai ilmu dan seni untuk menjaga kerahsiaan berita


(Schneier, 1996).

Bagaimana Kriptografi berfungsi?


Berfungsi dalam sistem keselamatan rangkaian dan menjamin keselamatan
penyimpanan data.

20

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


Apa itu Kriptanalisis (Cryptanalisis)?
Seni dan ilmu untuk memecahkan ciphertext menjadi plaintext tanpa
melalui cara yang seharusnya (dekripsis).
Proses:

Algoritma Rivest-Shamir-Adleman (RSA)


RSA dicipta pada tahun 1978 dan dipaten pada 1983. Singkatan dari nama
perintis perintis iaitu Ron Rivest, Adi Shamir dan Leonard Adleman
dari Masschusetts Institute of Technology.

21

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


Berikut ialah pengiraan inkripsi RSA:

Kekunci awam yang digunakan adalah (e, N).


Kekunci peribadi yang digunakan adalah d.

22

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


1.6.4

Pemampatan Imej Fraktal

10 hingga 15 tahun yang lalu, teknik fractal ini diperkenalkan dalam grafik
computer. Teknik ini menggunakan teori matematik Iterated Function
System (IFS) yang berasaskan Sistem Fungsi Pengulangan. Sistem ini
dibangunkan oleh John Hutchinson.

Apa yang dimaksudkan dengan pemampatan Imej Fraktal?


Bayangkan sejenis mesin fotokopi yang mengurangkan imej yang disalin
kepada separuh dan dalam masa yang sama, dihasilkan dalam tiga salinan
imej.

Anda akan
melihat kesemua
salinan bertumpu
kepada satu imej
akhir.

Apabila mesin fotokopi menyusutkan input imej, maka sebarang imej


permulaan yang diletakkan pada mesin fotokopi akan menyusut kepada
satu titik. Hakikatnya, kedudukan dan orientasi salinan sahaja yang akan
menentukan imej yang terakhir.

Pemampatan

Fractal

termasuk

dalam

kaedah

mampatan

tidak

berkurang (lossy compression). Terdapat kaedah tradisional yang lain


23

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


tentang pemampatan imej dan pemampatan fractal adalah merupakan
salah satu yang terbaik. Walau bagaimanapun, kaedah mampatan fractal
didakwa mempunyai prestasi yang lebih baik kerana ia menghasilkan
anggaran yang lebih dekat kepada imej asal pada nisbah mampatan yang
lebih tinggi.
Apakah yang terkandung dalam Pemampatan Imej Fraktal?
-

Affine transformation

Iterated function system (IFS)

Self-similarity in images

Partition iterated function system

Encoding images

Encoding colour images

Salah satu sistem yang diguna pakai dalam pemampatan imej fractal
ialah Transformasi Affine (Affine Transformation). Affine transformation
bagi sesuatu imej adalah sebarang kombinasi bagi putaran, perubahan
skala, condongan ataupun translasi.
Contoh:
Imej yang diputar 90 darjah, dan diskalakan, akan membentuk affine
transformation

24

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK

25

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK

Kesimpulan: pemampatan imej fractal masih dalam pembangunan.


Penyelidik

dan

syarikat-syarikat

teknologi

masih

lagi

mencuba

membentuk algoritma baru untuk mengurangkan masa pengekodan.


1.6.5

Sistem Binari

Sebuah sistem mempersembahkan nombor menggunakan asas 2.


Nombor-nombor (1, 2, 3, 4, 5, ...) dipersembahkan dengan diwakili
dengan digit 0 dan 1. Ahli matematik melihat sistem binari ini sebagai
suatu alat berkembangnya ilmu sains komputer dan kecanggihan peranti
elektronik.

26

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


Secara ringkasnya, nilai tempat bagi sistem binari adalah:

100001 = (1 x 25) + (1 x 20)


= 32 + 1
= 33 (nombor desimal)

Sistem binari ini digunapakai secara meluas dalam kebanyakan peranti dan
litar elektronik yang menggunakan get logik (yang mana input dan
outputnya diwakili oleh digit 0 dan 1). Contoh peranti yang menggunakan
sistem binari ialah:
Kalkulator
Komputer
Mesin taip elektronik

Penggunaan Sistem Binari dalam kod ASCII


ASCII ialah American Standard Code for Information Interchange. Ia
digunakan secara meluas dalam bidang mikrokomputer. Kod ASCII ini
mewakili symbol pada papan kekunci komputer. Terdapat 127 kod
ASCII yang mewakili 127 simbol kesemuanya.
Contoh Kod ASCII:

27

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


1.6.6

Simpanan Dan Pinjaman

Simpanan
Dana yang dipercayakan oleh seseorang kepada bank berdasarkan
perjanjian penyimpanan dana dalam bentuk giro, deposit, tabungan atau
bentuk lain yang sama erti dengan itu.

Jenis-Jenis Simpanan
Simpanan
Biasa

dividen
tahunan 1%
setahun.
Contoh:
Simpan
RM100 bank
akan bagi
dividen RM1
sahaja

Simpanan
Tetap

Dividen
tahunan 2 3% setahun.
Mempunyai
had tempoh
deposit yang
ditetapkan
oleh setiap
bank.

Simpanan
KWSP

Dividen 4 5%
setahun.
Diwajibkan
kepada
setiap orang
yang
bekerja
makan gaji
di Malaysia.

Perbandingan Faedah Simpanan Tetap

28

Simpanan
Tabung Haji

Dividen 5 6% setahun

Simpanan ASB

Dividen 8 9% setahun

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


Konsep Simpanan Tetap

Aplikasi Matematik: Algebra dan Kalkulus

29

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


Pinjaman
Meminjam sejumlah wang yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak
dalam satu tempoh masa bayaran balik dengan kadar faedah yang telah
ditetapkan (Hutang).

Jenis-Jenis Pinjaman

Kereta (sewa beli)

Pelajaran PTPTN, Mara

Perumahan

Peribadi

Kad Kredit

Contoh Pinjaman Perumahan


Jika anda ingin membeli rumah yang masih dalam pembinaan, anda perlu
mengkaji latar belakang pemaju berkenaan. Anda hendaklah memastikan
bahawa pemaju:
-

Mempunyai

lesen

sah

yang

dikeluarkan

oleh

Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan (belum luput)


-

L esen pengiklanan dan permit jualan sah yang dikeluarkan oleh penguat
kuasa tempatan

komitmen bulanan seperti ansuran rumah dan kereta tidak boleh


melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi rumah.

Sumber kewangan untuk membiayai pembelian rumah, adalah


terdiri daripada kesemua atau sebarang kombinasi perkara perkara
berikut:
i.

Tabungan

ii.

Pengeluaran

daripada

Kumpulan

Wang

Simpanan

(KWSP) dan/atau
iii. Kemudahan pinjaman daripada institusi kewangan

30

Pekerja

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


Jumlah Pinjaman

Yuran dan Caj

Kadar Faedah (Fee Interest)


Biasanya setiap bank akan menawarkan pakej

BLR (Based

Lending Rate), iaitu Kadar Pinjaman Asas (KPA) iaitu kadar faedah
yang dikenakan setiap bank.

Kadar ini berbeza di antara bank kerana bergantung pada OPR


(Overnight Police Rate) yang telah ditetapkan oleh Bank Negara.

Sekiranya BLR yang ditetapkan oleh Bank Negara ialah 6.6 %


31

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK

BLR bagi setiap bank adalah berbeza, contoh BLR - 2.4%

Oleh itu jumlah sebenar faedah pinjaman adalah 6.6 - 2.4 = 4.2%

Contohnya:
Jika Bank A menawarkan pakej BLR - 1.7%, Bank B menawarkan pakej
BLR - 2.2%. Bayaran ansuran masing-masing RM923 dan RM870 bagi
rumah

yang

bernilai

RM200,000

dengan

bayaran

pendahuluan

RM20,000. Hal ini menunjukkan keuntungan sebanyak RM53 sebulan jika


kita memilih pakej Bank B.
Formula Bayaran Balik

Contoh Situasi
Pak Yop ingin membeli sebuah rumah yang dijual di Lahad Datu pada
harga

RM130,000.

RM13,000

dan

Pak

Yop

membayar

tempoh perjanjian

bayaran

pendahuluan
balik

ialah

sebanyak
30

Berapakah kadar bayaran balik yang dikenakan ke atas Pak Yop?

32

tahun.

MTE3143 APLIKASI MATEMATIK


Penyelesaian:

Secara kesimpulannya, matematik banyak digunakan dalam pelbagai


bidang di dunia.

Di

bawah

ini

merupakan

rumusan

berkenaan

bidang-bidang yang menggunakan matematik:

Aritmetik

: kewangan, perakaunan, perbankan, insurans

Statistik

: insurans, penyelidikan, pemasaran, hubungan awam

Geometri

: arkitektur, reka bentuk, seni bina, GPS

Kalkulus

: arkitektur, reka bentuk, seni bina

Algebra

: penyelesaian masalah, kriptografi, enjin pencarian

33

34