Anda di halaman 1dari 13

PROSES PELAKSANAAN PROJEK

Dalam merancang idea sesuatu projek, perkara pertama yang harus dititik beratkan
adalah menetapkan matlamat atau idea utama projek tersebut. Hal ini adalah bagi
memastikan murid tahu dan jelas dengan matlamat yang ingin dicapai melalui
pelaksanaan aktiviti dan memberi fokus utama kepada tugasan tersebut. Dalam
kerja kursus ini, kami telah memilih untuk mengadakan satu program lawatan
sambil belajar iaitu Program Menelusuri Sejarah Negara yang berlangsung di
Melaka Bandaraya Bersejarah. Pemilihan Negeri Melaka sebagai tempat lawatan
adalah kerana disebabkan beberapa faktor antaranya kerana tahap kesedaran
sejarah masih kurang dalam diri pelajar dan kami menjangkakan perubahan tempat
akan memberikan satu dimensi serta suasana baru yang boleh membuka mata dan
minda pelajar.
Di samping itu, hal ini memberikan gambaran tentang kemajuan negara yang
perlu dipertingkatkan lagi bagi generasi-generasi akan datang dan memberi
pendedahan kepada pelajar tentang sejarah yang berlaku di negara serta
memenuhi kehendak bagi semua kumpulan murid berdasarkan minat mereka.
Faktor pemilihan tempat adalah kerana Melaka kaya dengan tinggalan sejarah dan
menjadi tempat bermulanya kesultanan Melayu serta banyak lagi faktor-faktor yang
lain. Membawa murid-murid ke Melaka adalah satu pilihan yang baik kerana Melaka
merupakan tempat yang menarik dan kaya dengan keunikan budaya serta
mempunyai

pelbagai

tempat

bersejarah

untuk

dilawati.

Pastinya

memberi

pengalaman manis di samping menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan subjek


Sejarah dengan bimbingan guru-guru yang turut serta dalam lawatan tersebut.
Perkara kedua yang ditekankan dalam proses pelaksanaan projek adalah
memberi peranan. Di samping melawat kawasan-kawasan bersejarah di sekitar
Melaka mereka perlu diberi tugasan agar mereka tidak terpesong daripada tujuan
asal program tersebut diadakan. Guru perlu menentukan peranan pelajar supaya
mereka memahami dan menghubung-kait serta mengaplikasikan teori yang
dipelajari dengan kehidupan sebenar. Selain itu, peserta juga dapat menerangkan

dengan

lebih

terperinci

tentang

kejadian

bersejarah

di

Melaka

dengan

membayangkan mereka berada di tempat dan peristiwa yang berlaku tersebut.


Guru perlu menerangkan secara jelas apakah tugasan yang mereka perlu
lakukan. Penerangan perlulah diberikan secara jelas bagi mengelakkan kekeliruan
dan disampaikan dalam bentuk yang senang dan mudah difahami oleh murid.
Contohnya, semasa berlangsungnya program lawatan tersebut, murid dikehendaki
untuk menyalin ataupun mencari maklumat berkaitan dengan tempat yang mereka
lawati. Hasil daripada maklumat yang diperoleh tersebut, guru boleh menyuruh
murid-muridnya membuat projek lain contohnya membuat buku skrap tentang
tempat bersejarah di Melaka dan sebagainya. Seterusnya, guru boleh mengaitkan
projek yang perlu mereka lakukan itu dengan kepentingan mereka menghargai
sejarah tanah air dan berusaha mengekalkan kemerdekaan negara.
Perkara ketiga pula adalah kumpulan sasar. Dalam projek ini guru telah
menetapkan kumpulan sasar mereka iaitu 40 pelajar darjah empat dari Sekolah
Kebangsaan Bukit Pantai. Guru akan membahagikan pelajar-pelajar tersebut kepada
beberapa kumpulan bagi memudahkan mereka bergerak mencari maklumat. Hal ini
juga akan memudahkan mereka membuat pembahagian tugas. Murid seramai 40
orang dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugasan yang
berbeza-beza.

Contohnya, kumpulan satu mencari maklumat berkaitan kaum

ataupun bangsa terawal yang mendiami Melaka, manakala kumpulan kedua


mencari maklumat tentang pedagang-pedagang yang menjalankan hubungan
dengan kerajaan Melaka, kumpulan tiga mencari maklumat sistem pemerintahan
awal kerajaan Melaka dan kumpulan lain juga turut diberikan soalan-soalan yang
berkaitan dengan sejarah awal kerajaan Melayu Melaka. Hasil kerja yang dibuat
perlu dikongsi dan dibentangkan kepada kawan-kawan mereka yang lain.
Seterusnya, perkara keempat adalah guru perlu mereka bentuk satu set
aktiviti yang menjurus kepada soalan kerangka kurikulum, isi kandungan dan
hasilan projek. Seperti mana yang kita ketahui guru adalah pemudah cara kepada
murid-muridnya. Soalan-soalan yang diberikan perlulah jelas dan menjurus kepada
hasilan projek agar mereka tidak terpesong jauh dari objektif pelaksanaan projek.
Contohnya, bagi soalan sistem pemerintahan awal kerajaan Melaka guru menyuruh
murid-murid tersebut menjelaskan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan

pada ketika itu dan menyenaraikan sultan-sultan yang pernah memerintah negeri
Melaka. Selepas itu, guru perlu menentukan bentuk atau jenis hasilan yang akan
dilakukan. Hasilan projek itu boleh dilakukan sama ada dalam bentuk buku skrap,
buku, artikel, multimedia dan lain-lain lagi.
Akhir sekali, guru perlu menentukan pentaksiran yang digunakan oleh guru
dan

pelajar

untuk

menilai

keperluan,

menentukan

matlamat,

memantau

perkembangan, memberi maklum balas, membuat refleksi ke atas keseluruhan


kitaran pembelajaran. Contohnya, refleksi kendiri. Guru memantau perkembangan
murid untuk memastikan mereka berada pada landasan yang betul. Setiap
perbincangan dan gerak kerja yang dilakukan pelajar perlu disemak dan ditambah
baik sekiranya perlu melalui bimbingan yang berterusan. Guru-guru menilai kerja
sama dalam kalangan murid untuk menyiapkan projek dan menilai ciri-ciri
kepimpinan serta cara mereka menyelesaikan masalah yang berlaku sepanjang
mendapatkan maklumat dan menyiapkan projek tersebut. Seterusnya yang terakhir
adalah pentaksiran guru. Guru perlu menggunakan rubrik pemarkahan untuk
Matlamat murid. Markah diberi berdasarkan hasil kerja yang telah
menilai persembahan

Goal

disiapkan oleh murid.

Role

Peranan

Audienc
e

Kumpulan
sasar

Set of
task

Tugasan
dan
penyeles
aian

Product

Hasil

Evaluati
on

Pentaksir
an

KERTAS KERJA
PROGRAM MENELUSURI SEJARAH
NEGARA
PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4
KE MELAKA
TARIKH: 5-7 SEPTEMBER 2015

ANJURAN
PANITIA SEJARAH
SK BUKIT PANTAI, BANGSAR, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM MENYELUSURI SEJARAH


NEGARA KE MELAKA
1.0

PENDAHULUAN
Program Menyelusuri Sejarah Negara pelajar-pelajar Tahun 4 ke Melaka terdiri daripada
40 orang pelajar dan 2 orang guru Sejarah. Matlamat program ini dilaksanakan adalah
untuk melahirkan pelajar-pelajar yang memahami dan menghayati Sejarah negara yang
terdapat di negeri Melaka selaras memenuhi sukatan kandungan bagi mata pelajaran
Sejarah Tahun 4.
Dalam usaha mencapai matlamat ini, panitia sejarah mengambil inisiatif untuk
mengadakan lawatan ilmiah ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai dengan
bidang Sejarah. Oleh yang demikian, Melaka menjadi destinasi pilihan kerana terdapat
banyak tempat-tempat menarik yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman
baru dalam bidang Sejarah sepanjang tempoh program ini.

2.0

RASIONAL PROGRAM
a. Tahap kesedaran dalam diri masih boleh dibentuk dan dibina untuk melahirkan pelajar
yang proaktif dalam tindakan mereka.
b. Perubahan tempat memberikan satu suasana baru dan membuka minda terhadap
pelajar-pelajar.
c. Memberikan gambaran kemajuan negara yang perlu dipertingkatkan lagi bagi generasigenerasi yang akan datang.
d. Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang sejarah yang berlaku di negara serta
memenuhi kehendak bagi semua kumpulan murid berdasarkan minat.

3.0

OBJEKTIF PROGRAM
a. Peserta boleh menerangkan dengan lebih terperinci tentang kejadian bersejarah di
Melaka.
b. Peserta boleh mengaplikasikan teori yang dipelajari di sekolah dengan kehidupan
sebenar.

c. Memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada murid dalam mata
pelajaran Sejarah.
4.0

KUMPULAN SASARAN
40 orang murid Tahun 4. (Rujuk Lampiran 1)

5.0

JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh

6.0

: 5hb September 2015 hingga 7hb September 2015

Hari

: Jumaat hingga Ahad

Tempat

: Melaka

Jadual Lawatan

: Rujuk Lampiran 2

KEWANGAN SUMBER PENDAPATAN

Bil
1.

Perkara
Peruntukan Daripada PIBG

Kos Seunit
RM 3,000

Jumlah
RM 3,000.00

Sekolah
Sumbangan daripada Encik

RM 2,000

RM 2,000.00

Fauzan Bin Ahmad (ayah


peserta program)
Jumlah keseluruhan

RM 5, 000.00

7.0 KEWANGAN ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN


7.1 Perbelanjaan mengikut keperluan

Bil
1.

2.
3.

Perkara
Pengiraan Kos Perkepala
Penginapan di
Melaka

RM 20 X 2 hari = RM 40

Bas
Makanan

RM 350 sehari
5/9/15 = RM 12 sehari
6/9/15 = RM 12 sehari

4.

7/9/15 = RM 12 sehari
RM 1 (Muzium Samudera)

Tiket

Kos Keperluan
RM

40

40

orang
RM 350X 3 hari
RM

36

40

14

40

orang

Jumlah
RM 1, 600.00
RM 1,050.00
RM 1,440.00

5.

RM 8 (Taming Sari) +

RM

RM 5 (M. Sjrh & Ethno)

orang

Ubat-ubatan

Panadol Actifast

dan

Beg plastik

Ubat tahan muntah

Minyak angin

Persediaan kecemasan.

belanja

rencam

Jumlah Keseluruhan

RM 560.00

RM 245.00

RM 4,895.00

8.0 PENILAIAN
Sepanjang program berlangsung, murid-murid akan diberikan misi yang mesti dilaksanakan di
tempat-tempat lawatan dan soalan-soalan yang perlu dijawab tentang tempat lawatan dalam
kumpulan. Setiap misi dan jawapan akan dikutip oleh di akhir lawatan dan akan dinilai. Misi
yang berjaya dilaksanakan berdasarkan kehendak soalan dan soalan yang berjaya dijawab
akan mendatangkan markah kepada kumpulan tersebut. Kumpulan yang berjaya akan diberi
hadiah di akhir lawatan.
9.0 PENUTUP
Program ini diharapkan dapat menaikkan lagi semangat para pelajar dan mendorong mereka
kepada kecemerlangan yang berterusan. Selain itu program ini yang banyak menerapkan nilai-

nilai Sejarah diharapkan dapat membantu murid menguasai dan menambah minat mereka
terhadap mata pelajaran Sejarah.

Disediakan oleh
..
(MUHAMMAD ASYRAF SAFWAN BIN AHMAD ZUKRI)
Guru Sejarah SK Bukit Pantai

Disemak oleh

(MUHAMMAD FAIZ HATIM BIN RAHIM)


Ketua Panitia Sejarah SK Bukit Pantai.

Diluluskan oleh :
.
(ANGELINE ANAK STEPHEN)
Guru Besar,
SK Bukit Pantai.

LAMPIRAN 1
*Senarai nama peserta program..
LAMPIRAN 2
JADUAL PROGRAM MENYELUSURI SEJARAH NEGARA KE MELAKA.
Tarikh

Masa
8.30 pagi
9.00 pagi
1.00 tengahari
2.30 petang
3.00 petang

5.9.2015

6.00 petang

(Jumaat)
7.15 petang
8.00 malam
9.30 malam
10.00 malam
11.00 malam

Tarikh
15.10.201
5
(Sabtu)

Masa
8.00 pagi
8.30 pagi
9.30 pagi
12.00 tghri

1.30 tengahari

2.00 petang

5.00 petang

Aktiviti
Sarapan
Bertolak ke Melaka
Solat Jumaat di Masjid Terapung, Selat Melaka
Makan tengahari
Bertolak ke Zoo Melaka
Bertolak balik ke tempat penginapan

Solat asar

Makan malam
Solat Maghrib
Bertolak Jonker Street Melaka
Bertolak balik ke tempat penginapan
Taklimat aktiviti esok
Tidur

Aktiviti
Sarapan
Bertolak ke Bandar Hilir, Melaka
Bertolak ke Perigi Hang Li Poh
Bertolak ke Pantai Klebang

Makan tengahari

Rehat
Bertolak ke Masjid Terapung, Selat Melaka
Solat Jama Taqdim Zohor dan Asar
Bertolak ke

Muzium TLDM

Kota A-Famosa

Muzium Sejarah dan Ethnografi


Bertolak ke Galeri Laksamana Cheng Ho

Bangunan Stadhuys

Menara Taming Sari

7.00 petang
8.00 petang
9.00 malam

Tarikh

Gereja St. Paul.


Bertolak ke Pusat Kraftangan Dataran Pahlawan
Bergerak ke Perkarangan River Cruise
Makan malam dan rehat
Bergerak ke Masjid Kampung Hulu (Masjid Tertua)

Solat Jama Takhir

Masa
7.30 pagi

Aktiviti
Sarapan

8.30 pagi

Bertolak ke Taman Rama-Rama

7.9.2015

11.00 pagi

Makan tengahari

(Ahad)

12.00 tghri

Bertolak balik ke SK Bukit Pantai

4.00 petang

Dijangka tiba di SK Bukit Pantai

SURAT KEBENARAN
SK BUKIT PANTAI,
53000 BANGSAR, KUALA LUMPUR

PENGAKUAN KEBENARAN IBU/BAPA/PENJAGA


Saya .yang beralamat
..
adalah ibu/bapa/penjaga kepada pelajar yang bernama

Tahun
Dengan ini, saya membenarkan / tidak membenarkan anak/jagaan saya turut serta;
Program: PROGRAM MENYELUSURI SEJARAH NEGARA
Tempat: MELAKA
Tarikh : 5-7 SEPTEMBER 2015
Saya faham pihak penganjur boleh mengambil sebarang bentuk/langkah keselamatan
yang sewajarnya. Dengan ini saya memberi pengakuan TIDAK AKAN membuat tindakan
undang-undang atau mahkamah atau mahkamah terhadap tuan, penganjur atau sesiapa yang
ada kaitan dengan aktiviti ini atas apa-apa kemalangan, kematian dan lain-lain berlaku di dalam
perjalanan pergi dan balik sepanjang program ini. Saya memberi kebenaran kepada pihak tuan
atau penganjur atau wakilnya memberi apa-apa rawatan atau tindakan terhadap anak/jagaan
jika perlu.

PEGESAHAN PENGETUA & COP SEKOLAH

-----------------------------------------------------------------------------(Tandatangan IBU/BAPA/PENJAGA)
Nama:..
No. Kad Pengenalan:
No. Telefon (HP):
(R)..(O)
Tarikh :.

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Ibu Pejabat Polis Melaka,
Jalan Air Keroh Lama,
75450, Melaka,
Malaysia.

Ruj kami : SKBP/T/13/003/004/ Jld.8 (


Tarikh
: 20 Ogos 2015

Tuan,
PROGRAM MENYELUSURI SEJARAH NEGARA MURID-MURID TAHUN 4 DI MELAKA.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.
2.
Sukacita dimaklumkan seramai 40 orang murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai , dan
2 orang guru pengiring akan mengadakan program tersebut pada ketetapan berikut:
Tarikh : 5 hingga 7 September 2015.
Tempat : Seluruh Negeri Melaka.
3.
Pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Kuala Lumpur ingin memohon jasa baik pihak
tuan agar dapat menjalankan pemantauan keselamatan para peserta sepanjang program
tersebut dijalankan serta mengendalikan kes-kes kecemasan, sekiranya perlu.
4.
Bersama ini disertakan senarai nama peserta program dan jadual aktiviti untuk rujukan
pihak tuan.
Kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
CINTAILAH BAHASA KITA
Saya yang menurut perintah,

(ANGELINE ANAK STEPHEN)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai,
Bangsar,
59990 Kuala Lumpur.

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Pengarah Hospital Melaka,
Jalan Mufti Haji Khali,
75400 Melaka ,
Malaysia.

Ruj kami : SKBP/T/13/003/004/ Jld.8 (


Tarikh
: 20 Ogos 2015

Tuan,
PROGRAM MENYELUSURI SEJARAH NEGARA MURID-MURID TAHUN 4 SK BUKIT
PANTAI DI MELAKA.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.
2.
Sukacita dimaklumkan seramai 40 orang murid sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, dan 2
orang guru pengiring akan mengadakan Program Sukan Rekreasi seperti ketepatan berikut:
Tarikh : 5-7 September 2015
Tempat : Seluruh Negeri Melaka.
3.
Pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Kuala Lumpur ingin memohon jasa baik pihak
tuan agar dapat menjalankan pemantauan keselamatan para peserta sepanjang program
perkhemahan dijalankan serta mengendalikan kes-kes kecemasan, sekiranya perlu.
4.
Bersama ini disertakan senarai nama peserta program dan jadual aktiviti untuk rujukan
pihak tuan.
Kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
CINTAILAH BAHASA KITA
Saya yang menurut perintah,

(ANGELINE ANAK STEPHEN)


Guru Besar ,
Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai,
Bangsar,
59990 Kuala Lumpur.