Anda di halaman 1dari 31

DASAR BELIA NEGARA

2015
LECTURER:

NAMA

Kandungan

ID

No. Tajuk

Muka Surat

1. Projek Proposal

2-3

2. Pengenalan

4-6

3. Objektif

7-8

4. Prinsip-prinsip Dasar Belia Negara

9-10

5. Strategi Dasar Belia Negara

11-13

6. Peranan Belia

14-16

7. Isu-isu Dasar Belia Negara

17-18

8. Kesan-kesan Dasar Belia Negara

19-21

9. Pencapaian Dasar Belia Negara

22-25

10. Penutup

26-27

11. Rujukan

28-29

Projek
Proposal

Projek Proposal
Kami diberikan tajuk Dasar Belia Negara untuk dibentangkan dalam kelas.
Kami sedaya upaya dan berkerjasama untuk mengimplimentasikan projek ini dalam tempoh
masa yang diberi. Semasa menjalankan projek ini, kami juga dapat mengetahui tentang
pelancaran Dasar Belia Negara, factor-faktor pelancaran Dasar Belia Negara dan pencaipaian.
Harap projek ini memberi manfaat kepada semua.

Pengenalan

Pengenalan
Generasi belia merupakan sumber utama dan aset penting kepada negara kita. Ini adalah
kerana merekalah yang akan membangunkan negara Malaysia dalam segi sosial, ekonomi
dan politik negara. Oleh itu, setiap individu mesti memainkan peranan masing-masing supaya
dasar ini yang telah digubalkan bawah kerjasama Majlis Belia Malaysia, Majlis Perpaduan
Belia Negara, Institusi-Institusi Pengajian Tinggi dan orang-orang peseorangan tidak akan
disia-siakan begitu sahaja. Dasar ini telah dirancangkan sejak tahun 1972 dan akhirnya
berjaya diumumkan pada 13 Disember 1985 sempena Perayaan Tahun Belia Antarabangsa
yang pertama oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan iaitu Datuk Dr. Sulaiman Haji
Daud. Harapannya adalah untuk membentukkan generasi belia yang sempurna, terancang dan
bersatu padu. Selain itu, dasar ini juga akan menjadi garis panduan yang seragam dan
menyuluruh untuk Kementrian Kebudayaan Belia dan Sukan juga pertubuhan belia yang lain
dalam mengadakan programnya bagi matlamat pembangunan belia dan cita-cita negara. Pada
tahun 1997, Dasar Belia Negara telah dinamakan Dasar Pembanguna Belia Negara.

TAKRIF BELIA
47% penduduk negara ini terdiri daripada belia negara. Dari segi umur, belia ialah mereka
yang berumur antara 15-40 tahun. Walau bagaimanapun, tumpuan utama semasa pelaksanaan
program dan orientasi aktiviti, hanya belia yang berumur antara 18-25 tahun telah
dikategorikan. Belia mempunyai peranan penting dalam menrealisasikan matlamat negara
kita untuk terus berada di landasan pembangunan, keamanan dan kesejahteraan kehidupan
bermasyarakat.

MATLAMAT
Matlamatnya adalah untuk mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang
bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari,
bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan
kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020.

PRINSIP PELAKSANAAN
Semua program dan aktiviti diselaraskan berasaskan strategi dan pelan tindakan yang telah
ditentukan berteraskan kepada Prinsip-prinsip Rukun Negara dan dasar-dasar utama negara
yang berkaitan.

Kwan Ka Junn

Objektif

Objektif Dasar Belia Negara


Dasar Belia Negara (DBN) telah siap digubal and diumumkan kepada kepada awam pada
tahun 1985. Matlamat pertama kewujudan dasar ini adalah untuk membimbing pergerakan
belia di negara Malaysia bagi membangunkan taraf sosial dan ekonomi negara. Selain itu, ia
adalah untuk mengukuhkankan perpaduan dan keselamatan negara di samping melahirkan
belia yang berpatriotik.

Namun begitu, pada tahun 1997, Dasar Pembangunan Belia Negara (DPBN) menggantikan
Dasar Belia Negara. Hal ini disebabkan oleh pencapaian matlamat utama DBN yang tidak
memuaskan. Selain itu,matlamat DBN dianggap telah jelas dari segi pembangunan ekonomi
dan sosial di samping ketidaksesuaian dengan kemajuan dan pembangunan semasa negara
Malaysia. Penggubalan DPBN dianggap tepat pada masanya kerana Malaysia pada waktu itu
berkembang dengan pesat dan amat memerlukan tenaga belia dalam pembangunan tersebut.
Penggubalan DPBN dilihat sebagai satu usaha dalam membentuk satu dasar yang konkrit dan
bersepadu yang boleh menjadi asas panduan dalam membangunkan belia di negara ini.

Matlamat utama DPBN adalah untuk mewujudkan belia negara yang memiliki peribadi yang
bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmani, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat
sukarela dan berpatriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran
bangsa, agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020. Matlamat DPBN masih menyentuh
topik pembinaan belia negara untuk kesejahteraan negara. Sebenarnya tiada perbezaan antara
matlamat DBN dan DPBN, cuma matlamat DPBN lebih terperinci dengan merangkumi
pelbagai aspek penting seperti aspek pembangunan negara dan aspek kesejahteraan negara
bagi mencapai Wawasan 2020.

Terdapat pelbagai sub-matlamat dalam DPBN. Antaranya ialah pembentukan rohaniah,


pembangunan ilmu, penyelesaian masalah belia di luar bandar, pembangunan kemahiran dan
keusahawanan belia dan akhirnya ialah menyelesaikan masalah pengangguran belia. Bagi
mencapai matlamat DPBN, pembinaan golongan belia muda ini harus dilihat dari segi ciriciri individu dan juga kelompok.
8

Prinsip-prinsip
Dasar Belia
Negara

Prinsip-prinsip Dasar Belia Negara


Semua program dan aktiviti diselaraskan berasaskan strategi dan pelan tindakan yang telah
ditentukan berteraskan kepada Prinsip-prinsip Rukun Negara dan dasar-dasar utama negara
yang berkaitan.

Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Mempunyai Semangat Perpaduan dan kesukarelaan dan mengamalkan prinsip


autonomi.

Mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang matang dan bertanggungjawab

Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara.

Mempunyai moral yang tinggi dan sikap yang mementingkan kesihatan dan
kecergasan diri.

Mempunyai taraf keilmuan yang luas dan mendalam

10

Strategi Dasar
Belia Negara

11

Strategi

Strategi
Untuk mencapai Dasar Belia Negara beberapa strategi akan dilaksanakan:1. Pembangunan Ilmu
Usaha akan dipertingkatkan ke arah mengembangkan ilmu pengetahuan di dalam
berbagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia.
2. Pembentukan Sikap
Usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan
kreatif akan dipupuk di kalangan belia bagi menghadapi cabaran semasa dan akan
datang.
3. Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan
Mempersiapkan generasi belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan
vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan
negara.
4. Pemupukan Gaya Hidup Sihat
Generasi belia digalakan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat
memupuk gaya hidup yang sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat
melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.
5. Kemudahan Interaksi Sosial
Mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi
sosial yang sihat di kalangan belia dan masyarakat.
6. Perkongsian Dalam Pembangunan
Menggunakan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan
pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia.
7. Jaringan Hubungan Antarabangsa
Menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat
antarabangsa.

12

PELAN TINDAKAN
Strategi di atas akan dilaksanakan melalui tindakan berikut:Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan
bersama oleh agensi sektor awam, swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan
kerajaan.
Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina
kekuatan diri, institusi kekeluargaan, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi
belia dapat berperanan dengan berkesan.
Memantapkan program latihan kemahiran, peluang perniagaan dan keusahawanan
supaya generasi belia mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang.
Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia dan
masyarakat menyokong dan menyertai aktiviti yang dianjurkan.
Menyediakan peluang dan kemudahan kepada golongan belia untuk memajukan diri
dalam bidang sosial dan ekonomi.
Meningkatkan semangat kesukarelawanan dan patriotisme melalui kerja-kerja amal,
kebajikan dan kemasyarakatan.
Memberi kefahaman generasi belia tentang konsep persejagatan (Globalisasi) dan
kepentingan hubungan mereka dengan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan belia dan
pertubuhan bukan kerajaan serta jaringan antarabangsa.
Menyediakan prasarana dan mekanisme yang sesuai bagi kegiatan penyelidikan belia
termasuk pematauan dan penilaian.

13

Peranan
Belia

14

PERANAN BELIA
Definisi belia secara lebih tepat seharusnya tidak hanya dihadkan kepada pendekatan umur
dan

psikologi.

Apa

yang

penting

ialah

penonjolan idealisme,

aktivisme,

dan intelektualisme perjuangan belia itu sendiri.


Berpandukan tulisan Norizan Sharif (Jaffary 2003: 48) golongan ini telah
membuktikan kemampuannya dalam memainkan peranannya dalam masyarakat dan negara.
Sebagai contohnya keterlibatan belia dalam Revolusi 1949 di China, perjuangan
kemerdekaan di India dan Indonesia serta perjuangan pengisian kemerdekaan di negara ini
adalah antara beberapa catatan sejarah yang mendokong fakta tersebut. Sejarah perjuangan
Islam yang panjang juga mencatatkan sumbangan besar kelompok belia.
Sejarah negara memperlihatkan peranan besar yang dimainkan oleh golongan belia
sehingga membawa perubahan penting dalam bidang politik, ekonomi, sosial, pendidikan,
kesenian dan lain-lain. Selain itu tenaga belia amat diperlukan dalam lapangan-lapangan
seperti :
1. Keadilan Sosial
Keadilan sosial di sini meliputi aspek pengagihan sumber negara, kuasa dan
penentuan dasar, kebajikan social masyarakat, hak berorganisasi, system
perundangan, peluang pendidikan formal, latihan dan pelbagai kursus kemahiran
yang lain.

2. Pekerjaan
Sektor pekerjaan dapat menilai potensi dan kualiti mutu kerja seseorang itu terhadap
apa yang dilakukannya itu. Teknik dan cara bekerja seseorang itu sentiasa berubah
mengikut keperluan semasa bertujuan meningkatkan kualiti sesuatu produk yang

15

dihasilkan. Dalam hal ini kepakaran dan kemahiran golongan belia sangat diperlukan
bagi mencari idea-idea baru ke arah pembangunan dan kemajuan negara.
3. Pendidikan dan Latihan
Bagi golongan berpendapatan rendah, peluang pendidikan formal hanya terdapat di
sekolah dan institusi-institusi awam di negara ini. Sementara bagi kelompok yang
tercicir, beberapa tempat disediakan dalam program latihan industri dan kemahiran.
Justeru peranan dari keterlibatan mereka secara tidak langsung merupakan satu
sumbangan besar buat negara.

4. Kebudayaan
Kebudayaan merupakan satu lapangan yang luas di samping menjadi sumber penting
bagi pembangunan masyarakat. Dengan kewujudan pelbagai bentuk kebudayaan di
Malaysia, ia menjadi tempat penyatuan bagi memupuk kerjasama dan perpaduan
kebangsaan di kalangan rakyat. Perkara ini tidak akan menjadi kenyataan sekiranya
tiada penglibatan di kalangan belia.

5. Politik
Bidang politik amat penting bagi masyarakat dan turut mempengaruhi golongan belia.
Golongan belia tidak boleh mengasingkan diri daripada berpolitik. Tetapi dalam waktu
yang sama belia seharusnya lebih berwaspada terhadap pihak-pihak yang cuba
menggunakan platform pergerakan belia untuk kepentingan politik peribadi atau
kumpulannya (Azizan 1995: 8-16). Ini kerana pelbagai kemungkinan akan berlaku
dalam bidang ini.

16

17

ISU-ISU DASAR BELIA NEGARA.


Pertama,Dasar Belia Negara telah mengamalkan Prinsip Rukun Negara. Contoh prinsip
Rukun Negara- yang pertama kepercayaan kepada tuhan, yang kedua kesetiaan kepada Raja
dan Negara, yang ketiga keluhuran perlembagaan, yang keempat kedaulatan undang-undang,
yang kelima kesopanan dan kesusilaan tetapi pencapaian dasar megikut scenario semasa tidak
tercapai. Contoh masalah dasar belia Negara ialah cabaran teknologi maklumat, cabaran
pemikiran dan budaya dan akhir sekali cabaran mental dan emosi. Dasar Belia Negara telah
membuat strategi untuk penambahbaikan dasar iaitu memasukkan unsur-unsur rukun Negara
dalam

Isu-isu Dasar
Belia Negara

kokurikulum sekolah dan menyebatikan prinsip-prinsip rukun Negara ke dalam ikrar rasmi.
Agensi yg terlibat dalam dasar belia Negara ialah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi
Nasional, yang terakhir Kementerian Belia dan Sukan.
Kedua, dasar belia Negara telah mewujudkan semangat perpaduan tetapi pencapaian dasar
mengikut scenario semasa tidak tercapai. Contoh masalah dasar belia Negara ialah
pertubuhan berasaskan kaum, monopoli sumber sesuatu kaum dan sikap etnosentrisme dalam
kalangan belia. Faktor penyebab masalah dasar belia Negara ialah politik, ekonomi, system
pendidikan berasaskan kaum dan aktiviti sukan berasingan. Dasar belia Negara telah
membuat strategi untul penambaikan dasar iaitu pelaksanaan pelbagai plan interaksi nasional
18

secara berterusan, yang kedua pupuk semangat nasionalisme secara mendalam dan
menyatukan sistem pendidikan. Agensi yang terlibat ialah Jabatan Perpaduan Negara dan
Intergrasi Nasional, dan Rakan Muda.
Isu-isu yang ketiga adalah mewujudkan sifat kepimpinan yang matang. Sifat kepimpinan
yang matang, pencapaian dasar mengikut senario semasa tidak tercapai. Oleh ini kerana belia
kekurangan ilmu, menyebabkan pencapaian dasar mengikut senario tidak tercapai pada masa
ini. Selain itu, faktor yang menyebabkan belia kekurangan ilmu ialah belia malas menyabung
pelajaran. Strategi penambahbaikan dasar wujudkan perpustakaan untuk menambah ilmu
pengetahuan. Begitu juga, taman rekreasi dan persatuan belia juga mewujud untuk
menyegarkan fikiran belia dan memupuk dan melatih belia. Oleh itu, agensi terlibatnya
adalah persatuan dan majlis belia. Pada masa ini, kita perlulah sentiasa bersedia bersamasama untuk membantu belia menjalani kehidupan yang terarah

19

Kesan-kesan
Terhadap
Pembangunan
negara

20

KESAN-KESAN TERHADAP PEMBANGUNAN NEGARA


Pembangunan negara di sini bermaksud suatu proses meningkatkan kualiti keseluruhan
lapangan dalam negara termasuklah kehidupan masyarakatnya. Ia juga bermaksud satu usaha
untuk membebaskan masyarakat dari pelbagai tekanan dan ancaman persoalan atau masalah
yang boleh melemahkan institusi masyarakat itu. Di sini jelas bahawa pembangunan negara
bukan hanya diukur berdasarkan pencapaian ekonomi, industri dan teknologi moden sematamata, tetapi ia meliputi peningkatan kualiti dan nilai hidup social, budaya, pendidikan, alam
sekitar, politik, aspek-aspek spiritual dan moral masyarakat. Maka keterlibatan para belia
amat diperlukan dalam usaha untuk merealisasikan matlamat negara maju. Penglibatan
mereka mampu memberikan kesan dalam prinsip:
1.

Politik:

Dengan penglibatan belia dalam arena ini, mereka dapat mencurahkan idea dan tenaga baru
dalam usaha untuk memantapkan lagi agenda politik negara.

2.

Pendidikan:

Belia yang dibesarkan dalam persekitaran pembelajaran dan terbimbing dengan sempurna,
mampu melahirkan cendekiawan yang mahir dalam pengkhususan tertentu seterusnya
menyumbang bakti demi kemajuan negara.
3.

Agama:

Kepakaran belia juga dinilai dari aspek rohaniah, yang menuntut kesedaran mereka untuk
memahami dan menghayati keindahan Islam. Islam memerlukan belia yang berani, cekap dan
berkepimpinan untuk mengarah serta membentuk citra jemaah masyarakatnya.

4.

Kerjaya:

Setiap jenis pekerjaan memerlukan kepakaran dan kemahiran dari belia. Golongan ini dilihat
mampu untuk melaksanakan tugas dengan sikap produktif dan beridealistik.

5.

Ekonomi:
21

Kesan dari peranan yang dimainkan oleh golongan belia secara tidak langsung menaikkan
taraf hidup rakyat dan ekonomi negara. Sistem ekonomi yang stabil amat penting bagi
sesebuah negara. Ia berupaya menarik minat pelabur luar untuk melabur di negara ini.

22

23

Pencapaian Dasar Belia Negara


1) Secara keseluruhannya, tenaga rakyat hasil pendidikan dapat memenuhi keperluan
guna tenaga negara.
2) Pendidikan dapat mengeratkan jurang pengenalan pekerjaan mengikut kaum dan
mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk.
3) Kesedaran kebangsaan Malaysia juga dapat dirasai antara kaum di sekolah.
4) Penguasaan bahasa Melayu antara kaum di Malaysia lebih memuaskan.
5) Pendidikan dan latihan dapat meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan
rendah dan membaiki taraf hidup mereka.
Terdapat lima ciri kejayaan pendidikan Finland iaitu :
1. Guru yang terlatih

Pencapaian
Walaupun gaji tidak begitu banyak tetapi kerjaya perguruan begitu berprestij. Universiti
hanya menerima satu daripada tujuh permohonan untuk mengikuti bidang pendidikan.
Ternyata menjadi guru sangat sukar berbanding peguam dan doktor.
2. Guru mempunyai autonomi yang luas
Mereka bebas menentukan metod pengajaran, kurikulum dan bebas memilih dan
menentukan buku teks. Autonomi ini sangat ketara hinggakan para guru tidak tertakluk
pada pemantauan dan penilaian yang kerap. Dengan kata lain, setelah diterima menjadi
guru, seseorang itu telah diberikan kepercayaan secara automatik oleh sistem yang telah
wujud itu.

24

3. Pelajar diajar menilai diri sendiri


Guru diberi tanggungjawab melatih para pelajar mereka menilai diri sendiri sejak dari
sekolah tadika. Cara ini dapat membentuk pelajar yang bertanggungjawab ke atas kerjakerja mereka. Seterusnya dapat melahirkan pelajar yang bebas melakukan tugasan
berdasarkan tahap tanggungjawab tersebut. Pada peringkat awal persekolahan, aspek
penilaian diri hanyalah membuat ekspresi diri sama ada gembira atau sedih. Peringkat
yang lebih tinggi pula, para pelajar akan menulis tahap pencapaian diri yang selalunya
dibuat pada penghujung tahun.

4. Pelajar digalakkan berdikari


Guru melatih dan memberi galakan kepada pelajar mereka untuk mencari sendiri
maklumat yang dikehendaki tanpa bergantung sepenuhnya kepada buku-buku teks.
Keupayaan mencari maklumat ini sangat penting dalam proses mencari ilmu kerana jika
menulis atau menyalin semula apa yang dikatakan oleh guru, para pelajar tidak akan
belajar apa-apa.

5. Prasekolah asas kejayaan


Pendidikan adalah nadi kepada kemajuan negara. Kepentingan sektor pendidikan ini
dapat diimbas dalam setiap bajet yang diumumkan. Langkah kerajaan menjadikan
pendidikan sebagai fokus telah mengubah keadaan hidup masyarakat Malaysia
keseluruhannya. Oleh yang demikian, memperkemaskan pendidikan prasekolah adalah
prasyarat bagi melahirkan golongan belia yang memaksimumkan potensi mereka pada
masa hadapan. Pendidikan yang diperolehi dari peringkat awal akan mendedahkan kanakkanak kepada pelbagai kemahiran asas bagi membasmi buta huruf. Sesebuah negara yang
mempunyai kadar buta huruf yang tinggi tidak mempunyai peluang dan pilihan yang
banyak untuk pembangunan (Zolkepli Buang, 2005).
Memperkasa pendidikan prasekolah adalah sangat baik kepada pembangunan negara pada
masa hadapan. Objektif pendidikan prasekolah ialah menyediakan pengalaman
pembelajaran yang sangat berguna kepada kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun
25

bagi menyuburkan potensi sedia ada termasuk perkembangan mental, fizikal dan spiritual.
Dengan menguasai kemahiran asas inilah, sikap mereka terhadap pendidikan menjadi
positif.
Usaha-usaha untuk menggerakkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah tadika atau
pusat pembelajaran bahasa harus dimulakan. Langkah kerajaan untuk menguatkuasakan
pendidikan prasekolah ini wajar dinilai dari segi persediaan keluarga keseluruhannya.
Kesedaran ibu bapa turut membantu secara tidak langsung seperti menghantar anak-anak
ke kelas tambahan dan turut bersama-sama mempelajari teknik-teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Sebaliknya berlaku di luar bandar. Pendapatan keluarga dan kemudahan prasarana adalah
di antara faktor yang perlu diambil kira. Ikhtiar yang boleh dilakukan ialah menggalakkan
agensi pembangunan luar bandar seperti KEMAS untuk menambah bilangan tadika dan
menyediakan makanan tambahan kepada kanak-kanak di tadika berkenaan.

26

27

KESIMPULAN
Kesimpulannya, generasi muda atau belia mempunyai peranan serta kepentingannya
tersendiri dalam usaha untuk membangunkan masyarakat dan negara. Belia sebagai
pemimpin masa kini dan masa hadapan mesti bergerak dalam kematangan, keupayaan dan
motivasi yang lebih positif dan efektif di dalam komitmen yang lebih kukuh. Kesedaran perlu
wujud dan berkembang sealiran dengan cita-cita pembinaan budaya bangsa ke arah
kewujudan satu negara yang bermaruah dan mempunyai martabat yang tinggi. Tuntutan
masyarakat dan global yang semakin canggih, wajarnya memerlukan peranan yang rasional
dan beridea segar daripada belia. Tugas belia serta masyarakat umumnya ialah memastikan
agar tuntutan tersebut dipenuhi selengkapnya.

Penutup

28

29

http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=1610

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140913/dn_10/Dasar-BeliaMalaysia-siap-2015

http://maskuleen.blogspot.com/2012/12/kepimpinan-belia-dan-kesannya-dalam.html

http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/09/bab-14-dasar-sosial.html

http://zahirzainudin.blogspot.com/2006/11/belia-dan-pembangunan-modal-insan.html

Mardiana n Hasnah. (2000). Pengajian Malaysia .Pernerbitan Fajar Bakti Terbitan.

http://stpm900.blogspot.com/2011/06/2010-dasar-pembangunan-belia-negara.html

Rujukan

30

Anda mungkin juga menyukai