Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Di dalam arus peradaban dan tamadun dunia yang semakin hari semakin berkembang
pesat, ia turut sama membabitkan perkembangan industri media dan teknologi dalam
merancakkan arus modenisasi dunia hari ini. Perkembangan ini selanjutnnya memberi kesan
dan impak yang sangat tinggi dalam kehidupan masyarakat madani hari ini. Kepada sesiapa
yang tertinggal daripada menikmati dan terbabit dengan limpahan kemajuan teknologi, boleh
diibaratkan sebagai golongan katak di bawah tempurung. Semua orang berlumba lumba
dalam mengejar kemajuan teknologi terutama yang melibatkan bidang komunikasi.
Media komunikasi secara amnya boleh dikalsifikasikan sebagai alat, bahan atau
produk yang mengandungi mesej; maklumat atau ilmu pengetahuan yang dikeluarkan oleh
pihak-pihak tertentu bagi tujuan berkomunikasi (Musa Abu Hassan, 1996). Dewasa ini sejajar
dengan perkembangan teknologi penerbitan, media yang mendominasi arus perkembangan
komunikasi negara boleh dibahagikan kepada dua jenis sumber iaitu media cetak dan media
elektronik. Salah satu barometer atau indikator pengukur akan kemajuan sesebuah
masyarakat yang menunjukkan sistem komunikasinya sudah canggih adalah melalui peranan
media massa.
Dengan kenyataan itu telah membuktikan bahawa perkembangnan dunia media massa
pada hari ini adalah sangat rapat dan secara langsung dengan perkembangan teknologi masa
kini. Menurut Branston (2003), media dalam ilmu komunikasi diterjemahkan daripada istilah
Latin yang bermaksud medium. Ia bermaksud komunikasi sebagai perantara atau saluran
tengah yang berperanan untuk meyampaikan atau menyalurkan mesej dan maklumat kepada
penerimanya.

Teknologi komunikasi pula disifatkan sebagai pencapaian atau modenisasi yang


dialami dalam ketamadunan berkomunikasi itu sendiri. Ia sudah jauh berkembang dari abad
ke abad. Dari zaman paleolitik hinggalah ke abad millinium ini, teknologi untuk
berkomunikasi itu telah mengalami terlalu banyak perubahan dan penambahbaikkan. Sistem
jaringan untuk berkomunikasi itu sendiri telah dicapai dalam belbagai sudut dan bentuk. Ia
bukan lagi hanya perhubungan lisan interpersonal yang melibatkan dua orang individu secara
serentak. Ia telah berkembang dengan belbagai kaedah dan cara. Menurut Rogers (1991),
teknologi komunikasi adalah alat perkakasan, struktur organisasi dan nilai-nilai sosial yang
dialami oleh individu semasa mengumpul, memproses dan bertukar-tukar informasi dengan
individu-individu lain.
Kini, kita tidak lagi terikat dengan gaya komunikasi konvensional yang memerlukan
interaksi dua hala secara bersemuka. Hari ini penggunaan Twitter, Facebook, WhatsApp,
WeChat, Messenger, Line, talian bimbit, ruang chatting, emel dan perkongsian maklumat
menerusi pelbagai sumber media massa telah menjadi satu fenomena dan kewajipan.
Daripada orang dewasa hingga kepada anak-anak di sekitar umur 6-7 tahun, kebanyakkannya
kini wajip mempunyai sebuah talian bimbit bagi tujuan komunikasi. Ini yang dinamakan
sebagai teknologi komunikasi itu telah menular dan menjadi keutamaan dalam masyarakat
hari ini. Penggunaan telefon bimbit bukan sahaja bertujuan untuk berkomunikasi secara
verbal namun ia juga berperanan sebagai alat berinteraksi antara satu sama lain dalam dunia
internet dengan wujudnya sosial media dan juga sistem applikasi seperti WhatsApp.
Oleh demikian, dengan perkembangan teknologi komunikasi ini telah memberi
sumbangan dan impak yang positif dalam pembangunan keluarga hari ini serta pembangunan
negara masa depan. Perkembangan teknologi membantu komunikasi antara satu sama lain
dengan lebih mudah dan pantas dimana maklumat dalam bentuk tulisan mahupun dalam
bentuk gambar atau video dapat disampaikan dengan pantas.

Sumbangan Media Massa Kepada Pembangunan Negara


Sumbangan media massa dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat
dinafikan. Media boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat
nasionalisme ditiup oleh media massa khasnya akhbar untuk membangkitkan semangat
menentang penjajah. Bermula dari masa tersebut, media massa memainkan peranannya yang
terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai
pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Contoh yang paling jelas ialah penubuhan
akhbar Utusan Melayu dan kini digelar sebagai Utusan Malaysia. Utusan Malaysia
ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu pada era sebelum kemerdekaan khas untuk
menjadi penghubung, pentafsir dan pemerhati di antara golongan nasionalis dengan rakyat.
Ketika rakyat menghadapi saat-saat genting itu, akhbar ini juga menyalurkan sedikit cerita
ringan seperti prebiu filem sebagai hiburan untuk menenangkan rakyat.
Setelah mencapai kemerdekaan, masyarakat mula berubah dan penekanan kerajaan di
bawah Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah untuk membangunkan
negara ini. Di sini sumbangan media massa seperti Utusan Melayu sekali lagi diperlukan.
Agenda-agenda pembangunan disalurkan melalui media massa bagi memastikan rakyat
mendapat maklumat yang jelas. Pelbagai medium media digerakkan sepenuhnya umpamanya
Radio Televisyen Malaysia (RTM) menubuhkan Bahagian Pembangunan dan Pertanian pada
sekitar tahun 1948, khusus untuk mewujudkan kesedaran kepada rakyat tentang
pembangunan. Ketika negara sedang rancak membangun, secara tiba-tiba ia terberhenti
seketika apabila tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 Peristiwa perusuhan kaum atau dikenali
sebagai Tragedi 513. Tragedi ini telah menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan yang tegang
dan huru hara. Keadaan ini memerlukan kerajaan untuk bertindak dengan kadar segara untuk
menangani masalah ini.

Sumbangan media sekali lagi diperlukan untuk memberikan tafsiran kepada rakyat
selepas Perdana Menteri ketika Tun Abdul Razak Hussin memperkenalkan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) untuk mengurangkan jurang antara kaum bagi mengelakkan berlakunya
ketegangan seperti tragedi berdarah itu. Sejak daripada itu peranan media menjadi semakin
penting dalam pembangunan negara bagi menyampaikan maklumat dan menyedarkan rakyat
supaya bekerjasama dengan kerajaan. Oleh yang demikian, hubungan di antara media dan
kerajaan di negara ini amat rapat maka tidak hairan jika kita melihat akhbar terkenal di
negara ini seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star disebaliknya dikuasai oleh
parti pemerintah.
Biarpun dimiliki oleh parti seperti UMNO dan MCA, media masih bebas untuk
menjalankan fungsinya sebagai pemerhati dalam setiap agenda pembangunan yang
dilakukan. Misalnya, pada tahun 2004, Utusan Malaysia melaporkan kerakusan 35 pemaju
yang menggondolkan kawasan Bukit Cerakah di Shah Alam sehingga mengejutkan semua
pihak termasuk Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pendedahan itu
menarik perhatian semua pihak terutama kerajaan. Dalam kelekaan kita mengejar
pembangunan aspek alam sekitar dilupakan sehinggakan kawasan tadahan air turut menjadi
mangsa.
Justeru itu, dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan,
media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian
masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media
massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan
masyarakat Malaysia. Selain itu, media massa merupakan penyaluran maklumat yang utama
di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan
wujudnya 'Teknologi Maklumat'.

Penggunaan internet atau laman sesawang yang popular dan meluas kerana
kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat walaupun maklumat itu belum
lagi dipastikan kesahihannya. Selain itu, maklumat juga dapat diperolehi melalui cabangcabang media massa yang lain seperti televisyen, radio, akhbar, majalah dan sebagainya.
Dengan adanya kemudahan ini, media massa mampu meningkatkan taraf sosial seseorang
individu melalui penerimaan maklumat terkini dan penggunaan peralatan morden dan terkini.
Justeru itu, media massa dapat menentukan arah kehidupan masyarakat ke tahap yang lebih
tinggi dan pemodenan negara dapat dilaksanakan.

Sumbangan Teknologi Komunikasi Kepada Pembangunan Keluarga


Dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020 dan matlamat Gagasan 1Malaysia,
maka istilah istilah satu rumah satu komputer, sebuah talian internet untuk setiap
keluarga, program pemberian netbook percuma kepada pelajar tingkatan enam dan lima di
setiap sekolah merupakan tindakan usaha yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan dalam
usaha melahirkan masyarakat yangmahir dalam penggunaan IT. Ini membuktikan bahawa
kemajuan talian komunikasi hari ini perlu selari dan sejajar dengan pemikiran dan
kebolehserapan masyarakat hari ini untuk menerima kemajuan aplikasi-aplikasi tersebut.
Usaha-usaha ini dijalankan agar kita tidak tertinggal dalam capaian menikmati perubahan
teknologi komunikasi terutama sekali yang melibatkan internet yang mana semakin hari
semakin pantas kemajuan dan teknologi yang dialami. Ini kerana kemajuan yang dicapai oleh
media dan teknologi komunikasi mempunyai kesan dan impak positif yang sangat jelas
terhadap pembangunan keluarga hari ini. Dengan kecanggihan teknologi ini, makan media
massa dapat menyalurkan maklumat dan informasi dengan lebih pantas dan mudah, tanpa
mengira di mana berada.

Sumbangan Teknologi Komunikasi Terhadap Pembanguman Keluarga


Salah satu sumbangan teknologi komunikasi terhadap pembangunan keluarga ialah
memudahkan komunikasi antara keluarga. Aspek komunikasi terpenting ialah perhubungan
interpersonal yang dilakukan. Sehubungan itu, kekerapan berkomunikasi antara keluarga
akan mengeratkan lagi pertalian yang sedia ada. Sebagaimana contoh yang kerap dipaparkan
melalui iklan-iklan menjelang perayaan Aidi Fitri. Iklan memaparkan walau jauh mana pun
jarak seseorang anak, dengan kemudahan jaringan telekomunikasi hari ini, jarak tidak lagi
menjadi satu kekangan atau halangan dalam interaksi. Anak masih boleh berhubung dengan
kedua ibu bapa atau adik beradik yang lain melalui telefon atau pun sidang video melalui
perisian web.
Kemudahan ini bukan saja menghilangkan rasa rindu, namun ia juga dapat
mendekatkan jarak yang jauh dan mengeratkan talian kekeluargaan. Dengan nilai kos
perkhidmatan yang murah, perisian yang senang untuk dikendalikan, teknologi komunikasi
telah menjadi aspek penting dalam pembangunan keluarga hari ini terutama dari segi
perhubungan. Paparan iklan itu merupakan realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat.
Sebagai contoh, kemudahan ini turut membenarkan ibu bapa sentiasa berhubung dengan
anaknya yang berada di luar negara tanpa membayar kos telefon antarabangsa yang mahal.
Walaupun berada jauh beribu batu atas dasar pekerjaan ataupun pembelajaran, tanggung
jawap diantara keduanya dan ruang untuk berinteraksi masih mampu dilakukan dalam
suasana yang mudah. Ini merupakan kesan yang paling ideal dan utama dalam mengutarakan
kemajuan teknologi komunikasi terhadap pembangunan keluarga dalam masyarakat hari ini.
Penggunaan media sosial seperti facebook, twitter, dan sebagainya sudah menjadi satu
kemestian pada hari ini. Jaringan laman web sosial tersebut memudahkan interaksi antara
masyarakat tidak kira sesama keluarga, kawan-kawan mahupun antarabangsa. Para pemimpin
juga kini telah menggunakan pendekatan berkomunikasi melalui media sosial ini.

Sumbangan Komunikasi Dalam Pendidikan


Satu lagi kesan positif yang sangat ketara dalam usaha memberi impak jelas dalam
pembangunan negara ialah kemajuan teknologi komunikasi hari ini telah membolehkan ramai
orang menikmati serta berupaya untuk belajar sepanjang hayat. Umum mengetahui bahawa
tidak semua orang layak atau berpeluang untuk melanjutkan pelajaran pada usia muda.
Program Pendidikan Jarak Jauh seperti yang dilaksanakan oleh universiti merupakan salah
satu peluang yang tersedia luas untuk masyarakat hari ini melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi. Peluang ini dipermudahkan lagi hasil kemajuan dalam media dan teknologi
komunikasi. Tidak perlu lagi pelajar belajar secara sepenuh masa. Mereka masih dapat ruang
untuk bekerja dan pada masa yang sama mereka turut belajar.
Dengan itu, masyarakat tidak perlu berpisah jauh daripada keluarga iaitu isteri/suami
dan anak-anak dalam usaha mencapai cita-cita mereka. Ini akan mengelakkan keluarga
terpisah untuk jangka masa tertentu dalam proses menghabiskan pelajaran mereka. Ini secara
tidak langsung akan dapat membantu ketua keluarga yang mengejar cita-cita tetapi pada masa
yang sama dapat memantau perkembangan ahli keluarga yang lain dan dapat mengekang
masalah-masalah sosial yang akan timbul ekoran sekiranya kurang kawalan dan pengawasan.
Ini merupakan salah satu hasil positif daripada perkembangan yang berkesan dan baik dalam
sektor teknologi komunikasi. Liputan media serta jaringan telekomunikasi yang baik pada
hari ini juga akan berinteraksi sebagai pemberi atau penyebar maklumat. Ini akan dapat
dijadikan panduan dan pedoman dalam pembangunan negara, pendidikan serta keluarga.
Maklumat-maklumat seperti penyakit, kesan jenayah, masalah sosial, isu semasa dan
sebagainya, boleh menjadi satu pembimbing atau peringatan kepada generasi muda ini.
Selain itu, perhubungan antara rakyat dan kerajaan juga lebih rapat dimana media massa
membolehkan pendapat dan pandangan rakyat terhadap isu-isu semasa dapat disampaikan
kepada pihak kerajaan.

Kesimpulan
Secara keseluruhannya bahawa kesan perubahan teknologi komunikasi hari ini telah
memberi impak yang ketara terhadap perkembangan media massa. Ia turut memainkan
peranan yang kuat sama ada dari aspek positif mahupun negatif. Jelasnya di sini, kesan yang
baik akan memainkan peranan yang besar dalam aspek pembangunan negara dan keluarga
terutama dalam usaha negara menanggani gejala jenayah dan sosial hari ini. Namun
demikian, kemajuan teknologi dan perkembangan komunikasi serta media hari ini turut
membawa kesan baik dan buruk. Namun, sumbangan komunikasi dalam pembangunan
negara dapat dikesan dengan jelas bahawa pada zaman kini, penggunaan komunikasi dan
teknologi merupakan satu langkah yang wajib.
Secara amnya, komunikasi dan media massa di negara ini telah memainkan peranan
yang penting untuk membangunkan negara dimana Malaysia dapat dibangunkan dengan
sempurna tanpa terlalu banyak rintangan kerana komunikasi media bersama-sama kerajaan
membawa satu agenda yang sama. Sejarah telah membuktikan bagaimana komunikasi media
massa di negara ini membantu menghapuskan ancaman Parti Komunis Malaya (PKM)
sehinggalah mereka meletakkan senjata dan keluar dari hutan. Seperti yang dijelaskan oleh
bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zainudin Maidin dalam memoirnya Hero
Tak Didendang, media telah mengetahui sejak awal lagi proses perdamaian di antara PKM
dan kerajaan bagaimanapun ia tidak didedahkan. Dalam masa sama, kerajaan meminta media
supaya membantu dalam menyiapkan mental rakyat terutama bekas polis dan askar untuk
menerima peletakkan senjata itu.
Walau bagainamanapun, kerajaan perlu mengekang penggunaan media sosial dimana
internet kebebasan telah diberikan namun ia perlu ada haknya. Kerajaan harus mengawal
kebebasan media bagi memastikan aspek pembangunan diteruskan dan menyiapkan rakyat
untuk terus menerima lebih banyak kemajuan.