Anda di halaman 1dari 6

Rancangan pengajaran harian

Mata Pelajaran: Pendidikan Kesihatan

Tunjang : Kesihatan Diri Dan Keluarga

Tajuk : Kesihatan Diri

Tarikh : 30 Julai 2009

Masa : 8.00 pagi - 8.30 pagi

Tahap : Satu

Tahun : Satu Merah

Bilangan murid : 24 orang

Objektif : Pada akhir proses pembelajaran, murid dapat :

Kognitif : Mengenali dan menyatakan cara-cara penjagaan kesihatan.

Afektif : Murid dapat menerapkan nilai penjagaan kesihatan dan kebersihan

dalam diri mereka.

Pengetahuan sedia ada : Murid selalu menggosok gigi dan mandi untuk kebersihan diri.

Penerapan nilai : Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

KBKK : Murid merancang pengurusan kesihatan dan kebersihan diri seharian.

Penggabungjalinan : Tunjang 1 - Perasaan - Emosi.

Kesepaduan : Pendidikan Seni - Melukis poster.

Alatan : LCD, komputer riba, model berus gigi, model syampu, model sabun mandi,
kertas lukisan, pensel dan pensel warna.
Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti P&P Organisasi Catatan BSPP
Masa / nilai
Set induksi 1. Memberi 1. Guru memberi Komputer riba,
(5 minit) penerangan penerangan di LCD.
ringkas hadapan kelas
mengenai tajuk mengenai
Kesihatan Diri. tajuk
Kesihatan Diri.

2. Menunjukkan 2. Guru
tayangan video menunjukkan
mengenai tayangan
penjagaan video kepada
kebersihan murid-murid
gigi. mengenai
cara
penjagaan
kebersihan
gigi.

3. Guru meminta 3. Guru beri Aktiviti


murid sehelai kertas perbincangan
berbincang kepada setiap kumpulan.
dalam kumpulan dan
kumpulan senarai
mengenai cara- seberapa
cara penjagaan banyak cara
kesihatan. penjagaan
kesihatan.
Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti P&P Organisasi Catatan
Masa BSPP / nilai
Langkah 1 1. Demonstrasi 1. Memanggil 3 Model berus
penjagaan orang murid gigi, model
(10 minit)
kebersihan diri. untuk menjadi syampu dan
model cara model sabun
penjagaan mandi.
kebersihan diri.
Aktiviti main
peranan.

2. Lakonan budak 2. Memanggil Aktiviti main


sakit gigi, gatal- empat orang peranan.
gatal badan dan murid untuk
gatal kepala melakonkan
berjumpa doktor. watak doktor,
pesakit gigi,
pesakit gatal-
gatal badan
dan pesakit
gatal kepala.
Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti P&P Organisasi Catatan BSPP
Masa / nilai

Langkah 2 1. Melukis 1. Memberikan Kertas lukisan,


poster sehelai kertas pensel dan
(10 minit)
mengenai lukisan pensel warna.
penjagaan kepada setiap
Aktiviti
kebersihan orang pelajar
melukis.
diri. untuk melukis
poster
berkenaan
penjagaan
kebersihan
diri.

Penutup 1. Membuat 1. Guru


sesi refleksi mendengar
(5 minit)
bersama refleksi
murid-murid. daripada
murid-murid
mengenai
cara
penjagaan
kesihatan dan
kebersihan diri
dan memberi
komen.
Refleksi

Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan daripada contoh-contoh yang


telah diperolehi, teknik main peranan adalah sangat sesuai digunakan bagi
meningkatkan lagi penguasaan bahasa murid terutamanya dalam kemahiran
mendengar dan bertutur. Hal ini adalah kerana main peranan banyak merangsang
penggunaan kemahiran mendengar dan bertutur murid-murid. Main peranan perlulah
dijalankan sebagai sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran bahasa. Oleh
sebab itu, kemahiran-kemahiran bahasa yang terdapat dalam sukatan pelajaran
bolehlah disesuaikan dengan teknik ini bagi menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Teknik main peranan juga boleh membantu murid untuk meningkatkan lagi
kemahiran membaca dan menulis. Hal ini ternyata apabila murid dikehendaki membuat
rujukan atau mencatatkan maklumat awal sebagai persediaan sebelum memulakan
sesuatu aktiviti main peranan.

Selain itu, teknik main peranan dapat meningkatkan kemahiran intrapersonal dan
interpersonal seseorang individu. Kemahiran intrapersonal ialah kemahiran seseorang
untuk membuat refleksi kendiri terhadap sesuatu situasi yang berlaku. Selepas
berakhirnya aktiviti, seseorang pemain dapat membuat refleksi terhadap watak yang
telah dilakonkan olehnya serta membandingkan sifat watak tersebut dengan sifat yang
terdapat dalam dirinya. Kemahiran interpersonal ialah kemahiran berkomunikasi
dengan individu lain. Teknik main peranan sangat banyak melibatkan komunikasi
antara dua atau lebih orang individu. Oleh hal yang demikian, adalah sangat jelas
bahawa teknik main peranan mampu untuk meningkatkan keupayaan seseorang
berkomunikasi dengan individu di sekelilingnya.
Kesimpulannya yang dapat dibuat ialah teknik main peranan merupakan sejenis
teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh diubah suai mengikut sesuatu situasi
dan tahap kebolehan seseorang murid. Jika teknik ini dijalankan secara terancang oleh
guru, proses pengajaran dan pembelajaran pastinya akan dapat mencapai objektifnya
secara berkesan sehingga ke suatu tahap yang maksimum.