Anda di halaman 1dari 3

KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR

Definisi:

• kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses berfikir

• kecekapan mengumpul dan menyusun maklumat, dan idea secara teratur dan
membuat kesimpulan

• Dari sudut pandangan Islam, manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang paling
istimewa, diberi akal untuk berfikir. Otak manusia mampu menilai dan memilih apa
yang baik dan tidak baik serta bertindak dengan wajar dalam kehidupan

• Edward de Bono (1976):


Kemahiran berfikir membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk
menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu

• Dewey (1990) :
Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang
digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi. Pemikiran
dihasilkan apabila terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul.

• Dr Howard Gardner (1983):


○ Seorang profesor terkenal dari Harvard University dalam bukunya “ the
Frames of Minds” telah mengemukakan Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple
Intelligences)
○ Gardner telah menyenaraikan 9 kecerdasan dalam minda seseorang iaitu:
kecerdasan muzikal; kinestetik badan; logik matematik; linguistik; visual
spatial; interpersonal; intrapersonal; naturalis dan eksistensial
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

Definisi :
Penggunaan operasi berfikir untuk mengembangkan, membina atau
mencipta idea yang baru

Ciri-ciri pemikiran kreatif:

• Hasil reka cipta - hasil pemikiran kreatif boleh dianggap sebagai


hasil reka cipta
sesuatu idea.
- Proses reka cipta juga berasaskan analisis dan
sintesis idea yang
sedia ada untuk menghasil kan idea yang baru

• Terdapat dua jenis pemikiran kreatif:


A)Menjana idea-idea:
Menjana pelbagai idea kreatif. Sebagai contoh: mengkaji
kemungkinan-kemungkinan, punca-punca, mencari kesan
atau sebab-sebab berlaku sesuatu isu atau perkara itu
berlaku

B) mencantum idea-idea
Mencipta analogi atau metafora yang dapat membantu
meningkatkan pemahaman yang mendalam dan mencari
pilihan-pilihan alternatif untuk matlamat akhir KB iaitu
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

Definisi:
Penggunaan operasi berfikir yang asas untuk menganalisis, mentafsir
dan menilai sesuatu hujah, maklumat atau idea dengan mendalam