Anda di halaman 1dari 12

PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN

PELAJAR-PELAJAR TERCICIR

MOHAMAD RUZAIMIE BIN SOUFI

ABSTRAK

Dewasa ini, pertambahan bilangan pelajar yang tercicir dalam pelajaran amat
membimbangkan pelbagai pihak. Ini berlaku kerana kurangnya minat pelajar terbabit
dalam pelajaran, justeru itu Kementerian Pelajaran diminta untuk menambah dan
memperkenalkan pendidikan aliran vokasional lebih awal bagi mengatasi masalah
keciciran 83,000 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah diseluruh Negara dan
secara tidak langsung dapat menjamin masa hadapan pelajar tersebut. Hal ini kerana
pelajar yang kurang minat dalam bidang akademik boleh meneruskan pelajaran dalam
bidang latihan vokasional. Dengan cara ini, kementerian berharap bilangan pelajar yang
tercicir dapat dikurangkan. Disini PTV dilihat penting dalam merialisasikan matlamat
menjadikan sistem pendidikan yang berdaya saing dengan adanya sistem latihan dan
kemahiran yang tidak berfokuskan kepada peperiksaan. PTV menyediakan ruang
kepada pelajar yang tercicir untuk cenderung kepada bidang vokasional dan kemahiran
bagi menjamin masa hadapan mereka.

PENGENALAN

Pendidikan Teknik dan Vokasional dihasratkan memberi peluang kepada pelajar yang
mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi
tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan program pendidikan
teknikal, Jabatan ini banyak menawarkan program yang membolehkan pelajar
berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan
kejuruteraan. Pendidikan Teknikal dapat membantu pelajar yang tercicir dalam
pelajaran kepada perkembangan insan yang cemerlang dalam bidang kemahiran serta
dapat melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan semasa Negara ingin
menjadi sebuah Negara perindustrian.

1
DASAR PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (PTV)

Merujuk Kepada portal rasmi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Dasar
Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) di Kementerian Pelajaran Malaysia adalah
untuk memberikan akses, ekuiti dan Pendidikan yang berkualiti kepada pelajar yang
mempunyai kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat dalam bidang teknik,
vokasional dan kemahiran. Dalam program memperkasakan PTV, KPM berhasrat untuk
melonjakkan kecemerlangan pelajar dari kumpulan ini dari peringkat awal, guru dan
sekolah sehingga boleh mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata
dunia. Adalah diharapkan program memperkasakan PTV ini akan dapat mengurangkan
kadar keciciran dari sistem persekolahan dan menambah modal insan yang
berkemahiran untuk membantu pembangunan Negara dan diri mereka sendiri.

Dasar Pendidikan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat


masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara
perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan
keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran,
pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat
memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti.
Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif
dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan
untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang
menekankan penyertaan swasta secara aktif.

2
KADAR KECICIRAN

Berdasarkan buku Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010 oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia Menunjukkan :

 Peratusan pelajar yang masuk ke tahun satu dan berjaya menamatkan


pendidikan hingga ke tingkatan 5 di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan telah
meningkat 65.0 peratus bagi kohort 1988-1998 kepada 79.8 peratus bagi kohort
1990-2000.
 Kadar keciciran pelajar tingkatan satu ke tingkatan dua adalah sebanyak 2.4
peratus dan daripada tingkatan dua ke tingkatan tiga adalah sebanyak 3.7
peratus.
 Sebanyak 7 peratus pelajar meninggalkan sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan setelah mengambil peperiksaan PMR.
 Kadar keciciran pelajar tingkatan empat ke tingkatan liam adalah sebanyak 4
peratus.

SISTEM PENDIDIKAN

Berdasarkan buku Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010 oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia Menunjukkan Sistem pendidikan telah menetapkan dasar 60:40
bagi jurusan sains/teknikal:sastera. Kedudukan pada tahun 2000 menunjukkan
pencapaian ini masih jauh daripada sasaranya dimana hanya 27.7 peratus sahaja yang
pelajar memilih jurusan sains dan teknikal. Dasar pemilihan jurusan oleh pelajar
merupakan faktor kepada keadaan ini. Dari segi pemilihan jurusan teknik dan
vokasional, trend menunjukkan peratusan pelajar yang memilih jurusan tersebut telah
meningkat, iaitu daripada 5.12 peratus pada 1980 kepada 16.0 peratus pada tahun
2000. Dijangkakan pada tahun 2010 terdapat kekurangan sebanyak 78 466 tempat bagi
pendidikan vokasional dan sebanyak 15 525 bagi pendidikan teknikal.

3
STRATEGI

Dalam menjamin masa depan pelajar tercicir dalam pelajaran, dilihat dasar Pendidikan
Teknik dan Vokasional berperanan penting dalam membantu pelajar yang tercicir dalam
akademik untuk cenderung dalam bidang kemahiran. Peranan yang perlu dilakukan
oleh PTV bagi mengurangkan kadar keciciran pelajar serta dapat menjamin masa
hadapan pelajar yang tercicir :

a) Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Allahyarham Datuk Razali Ismail


semasa merasmikan Konvensyen Guru-Guru Vokasional dan Teknik 2008 di
Port Dickson, negeri Sembilan mengatakan perlunya memperkukuhkan
kurikulum PTV bagi menghasilkan modal insan yang berkemahiran, progresif
dan dinamik dimana akan jadi penentu kejayaan bidang teknologi dan industri
Negara. Kurikulum PTV haruslah menghubungjalinkan elemen ICT, inovasi dan
kreativiti dimana elemen ini dapat memastikan pelajar lepasan PTV berdaya
saing dan tidak tercicir apabila mereka memasuki bidang pekerjaan. Secara tidak
langsung dapat menaikkan nama bidang kemahiran yang tidak hanya tertumpu
kepada kemahiran tetapi juga ICT.
b) Allahyarham Datuk Razali Ismail juga menyarankan untuk mewujudkan
hubungan dengan pihak industri dan swasta dimana dapat menyediakan pelajar
dengan pengalaman sebenar di tempat kerja melalui program yang dijalankan
bersama dengan pihak industri. Pelajar dihantar ke kilang-kilang untuk
mempelajari gaya kerja yang sebenar dan mempraktikkan kemahiran yang
dipelajari di sekolah. Sebagai contoh kerjasama BPTV dengan BIOTRUP-UMS
dimana enam sekolah menengah teknik disabah dicadangkan memfokuskan
dalam bidang pertanian dengan bantuan BIOTRUP-UMS. Selain itu antara
program yang telah dirangka ialah Latihan Sangkutan Industri Guru PTV yang
bertujuan mendedahkan persekitaran kerja kepada guru dalam mendalami
teknologi masa kini yang digunakan industri bagi meningkatkan keupayaan guru
dalam mendidik pelajar dalam bidang kemahiran. Perkara ini dilihat dapat
menghasilkan tenaga mahir yang kompeten dimana pihak swasta akan
mendapatkan tenaga kerja pelajar lulusan vokasional dan kemahiran untuk

4
bekerja dalam syarikat mereka secara tidak langsung dapat meningkatkan
keberkesanan perlaksanaan PTV khususnya bagi mencapai wawasan Negara
yang memerlukan modal insan berkemahiran tinggi.
c) Selain itu, usaha kerajaan membandingkan sistem PTV yang dijalankan di
Negara lain menjadikan sistem PTV berdaya saing melalui pertukaran input
daripada sumber lain. Kerjasama antarabangsa diperluaskan dengan
menjalinkan hubungan dengan sekolah cemerlang di luar Negara. Hal ini dapat
menghasilkan tenaga mahir yang boleh berkhidmat di syarikat-syarikat luar
Negara seperti Sony.
d) Menurut Dato’ Haji Alimudin B. haji Mohd Dom dalam Kongres Ekonomi Islam
Ketiga menekankan penglibatan dengan industri dan badan professional, pelajar
akan terdedah School Enterprise yang mengaplikasikan pengetahuan pelajar
dengan persekitaran yang sebenar supaya dapat menghasilkan pelajar yang
kreatif, inovatif, proaktif, berdaya saing dan berdikari. Konsep School Enterprise
akan meningkatkan minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari pendidikan
teknik dan vokasional. Gabungan pendidikan akademik dan latihan kemahiran
dapat menyepadukan ilmu yang dapat menjana ekonomi setempat sebagai
contoh menceburi bidang perniagaan.
e) Pendidikan di Malaysia menekankan latihan kemahiran dimana bagi
memperkasakan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Antara perkara yang akan
di tingkatkan melalui latihan ini ialah meningkatkan nilai keusahawanan. Ia
dilakukan dengan mendapatkan khidmat nasihat dan kerjasama badan
profesional perakaunan bagi memperkasa kurikulum keusahawanan Pendidikan
Teknik dan Vokasional. Di samping menekankan kepentingan dan pelaksanaan
nilai keusahawanan melalui program School Enterprise. Tindakan
memperluaskan aliran vokasional dan kemahiran juga diambil dengan
mewujudkan kembali Sekolah Menengah Vokasional bagi meningkatkan aspek
latihan kemahiran. Seterusnya tindakan untuk meningkatkan keberkesanan
latihan kemahiran adalah melalui pelaksanaan pembelajaran berteraskan
kompetensi. Ia dilaksanakan melalui penglibatan pelajar dalam latihan industri.

5
f) Memperkenalkan aliran berasaskan kemahiran dari seawal tingkatan satu. Hal ini
kerana dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar selama tiga tahun
persekolahan sebelum memasuki ke tahun empat persekolahan dimana mereka
perlu memilih bidang yang diminati mengikut kebolehan mereka. Pendedahan
yang awal akan memudahkan pelajar untuk memilih bidang yang sesuai dengan
kebolehan mereka. Aliran ini juga merupakan alternatif kepada pelajar yang
meminati bidang kemahiran supaya mereka tidak tercicir akibat memilih bidang
yang mereka kurang minat.
g) Penambahbaikan Sekolah Vokasional Baru dimana sekolah vokasional baru
dibina di lima koridor ekonomi dan juga dua buah sekolah baru dibawah
Rancangan Malaysia ke 9. Penambahbaikan sekolah vokasional dapat memberi
peluang kepada lebih ramai pelajar yang tercicir untuk mengikuti aliran Teknik
dan Vokasional. Disamping itu juga, Kementerian Pelajaran telah menubuhkan
dua buah Matrikulasi Teknikal pada tahun 2009 bagi memberi laluan Institut
Pengajian Tinggi dalam bidang kejuruteraan. Usaha ini dilakukan oleh kerajaan
supaya Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat melahirkan pelajar-pelajar yang
dapat memenuhi kehendak Negara. Hal ini menunjukkan PTV berperanan dalam
memberi ruang kepada semua pelajar untuk mendapat pendidikan dan kekal
dalam sistem persekolahan. Secara tidak langsung dapat membantu mengatasi
masalah keciciran pelajar di sekolah serta dapan menjamin kualiti tenaga kerja
yang dihasilkan.

6
SARANAN

Dalam menjamin masa depan pelajar yang tercicir pelbagai pihak perlulah memainkan
peranan dan tidak bergantung kepada Kementerian Pelajaran untuk memastikan masa
hadapan pelajar tercicir terjamin. Sebagai contoh, pihak swasta hendaklah mengiktiraf
pelajar lulusan Pendidikan Teknik dan Vokasional sebagai tenaga mahir yang terlatih
dan memberi peluang untuk bekerja. Selain itu juga, pihak swasta perlu menjalinkan
kerjasama dengan pihak kementerian dengan cara memberikan pengalaman sebenar
tempat kerja kepada pelajar. Pihak swasta boleh mendidik kemahiran pelajar mengikut
acuan sendiri dan mengambil pelajar tersebut untuk bekerja selepas tamat
persekolahan.

Selain itu juga, ibubapa perlulah menggalakkan anak mereka yang tercicir dalam
pelajaran menceburi bidang kamahiran. Ibubapa tidak sepatutnya memaksa pelajar
untuk memilih bidang yang tidak diminati pelajar seperti memaksa pelajar untuk memilih
aliran sains hayat kerana beranggapan aliran ini dapat menjamin masa hadapan yang
cerah. Menurut Haji Yahya Emat dalam karanganya Pendidikan Teknik dan Vokasional
di Malaysia 2005 mengatakan ramai lulusan sekolah teknik dan vokasional telah dan
dihantar terutama Jepun untuk mendalami bidang masing-masing. Sudah terbukti
bahawa peluang untuk mendapatkan pekerjaan di dalam bidang ini sangat luas. Sikap
memandang rendah pelajar-pelajar sekolah teknik dan vokasional sebagai golongan
yang gagal dalam akademik masih tebal dalam kalangan kita. Ibubapa harus berfikiran
terbuka dalam menentukan masa hadapan pelajar.

Pendidikan Teknik dan Vokasional juga dapat menjamin masa hadapan pelajar jika
pelajar tersebut diberi peluang dan ruang untuk mengasah bakat dan kemahiran.
Ibubapa perlu sedar akan kesan terhadap keciciran keatas diri pelajar dan juga negara.
Menurut Datuk Yusuff harun Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia mengatakan bahawa kejayaan bukan dapat
dihasilkan sekelip mata, kerana memerlukan komitmen daripada peringkat pengurusan,
guru dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)

7
PENUTUP

Kadar keciciran pelajar di sekolah amat membimbangkan kementerian kerana pelajar


yang tercicir ini akan menghadapi masalah dalam bidang pekerjaan. Bidang akademik
yang diutamakan di masa kini dalam mencari pekerjaan akan menyukarkan pelajar
yang tercicir untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap. Pada kebiasaanya, individu
yang tidak mempunyai kelulusan akademik akan diberikan kerja sementara oleh
majikan secara kontrak kerana tidak mahu menanggung risiko apabila individu tersebut
tidak dapat menjalankan tugas dengan baik. Pekerjaan yang tidak tetap menyebabkan
mereka sering bertukar-tukar tempat kerja dan kadangkala menggangur semasa
mencari pekerjaan yang baru. Masa terluang inilah pelbagai perkara yang negatif sering
dilakukan oleh individu ini. Akibat tekanan daripada perkara ini, pelbagai gejala negatif
akan berlaku seperti merompak, menghisap dadah, merogol dan lain-lain lagi. Perkara
ini tidak mustahil berlaku kerana berdasarkan pendidikan mereka di tahap rendah
tambahan pula umur mereka yang masih mentah. Mereka tidak dapat memikirkan
kesan terhadap tindakan mereka, mereka hanya ingin keseronokkan dan ingin
mendapatkan wang dengan mudah dengan cara mencuri ataupun mengedar dadah
dan menyertai perlumbaan secara haram.

Menurut Haji Yahya Emat dalam kurikulum baru, telah memperkenalkan satu mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Secara tidak langsung telah mendedahkan
pelajar kepada pendidikan teknik dan vokasional, di samping itu juga Program Pandang
ke Timur yang dilancarkan membolehkan pelajar mencontohi sikap pekerja-pekerja
Jepun dan Korea seperti berkeupayaan untuk bekerja keras, semangat untuk
memajukan diri, etika kerja yang baik, berdisiplin dan bersemangat untuk bersaing.

Pendidikan Teknik dan Vokasional sangat penting kepada mereka yang tercicir dalam
pelajaran. Kerajaan berusaha untuk menarik pelajar yang tercicir mempelajari
kemahiran yang dapat digunakan dalam bidang pekerjaan. Sebilangan besar pelajar
yang tercicir ini minat terhadap bidang kemahiran berbanding bidang akademik.
Malangnya mereka tidak dapat mendalami bidang kemahiran kerana banyak sekolah-
sekolah vokasional ditukar menjadi sekolah teknik mengikut perubahan dasar kerajaan
dalam bidang pendidikan. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa memilih bidang

8
akademik walaupun tidak meminatinya. Hal ini menyebabkan pelajar tersebut jauh
tercicir dalam bidang yang tidak diminatinya.

Pendidikan Teknik dan Vokasional juga akan mengatasi masalah sosial yang kerap
dilakukan oleh pelajar yang tercicir sejak dari sekolah lagi. Pelajar akan diberi masa
yang panjang untuk mempelajari kemahiran yang diminati bagi menyediakan mereka
dalam bidang pekerjaan. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan
perkara yang tidak berfaedah pada masa lapang.

9
REFLEKSI

Tugasan Pengenalan kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional pada kali ini
ialah membuat penulisan ilmiah berdasarkan tajuk yang diberi. Tugasan ini dilakukan
secara individu dan tajuk tugasan saya ialah “Peranan dasar PTV dalam RBT bagi
menjamin menjamin masa hadapan pelajar tercicir”. Pada mulanya saya merasakan
tugasan ini amat sukar kerana tidak memahami cara penulisan ilmiah.

Dalam tugasan ini saya dapat mengatahu bilangan pelajar yang tercicir di
Negara, bagi saya kadar keciciran pelajar di sekolah amat membimbangkan jika tidak
dibendung secepatnya. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam mengatasi
masalah pelajar yang tercicir supaya dapat menjamin masa hadapan pelajar yang
tercicir. Usaha tersebut termasuklah memperkenalkan pendidikan vokasional
diperingkat awal persekolahan. Selain itu kemeterian berusaha dalam memperkasakan
PTV dengan menggubal kurikulum dan berkerjasama dengan pihak industri supaya
dapat melahirkan pelajar yang berdaya saing dalam bidang kemahiran.

Terdapat masalah yang saya hadapi dalam mencari bahan untuk melaksanakan
tugasan. Saya masih gagal mencari penulisan ilmiah Teknokrat seperti yang disaran
oleh pensyarah pembimbing kerana perpustakaan institut tidak mempunyai koleksi
penulisan teknokrat. Penulisan teknokrat yang masih dalam simpanan institute ialah
Teknokrat keluaran 1998. Saya juga mencari bahan di Perpustakaan Negara Kuala
Lumpur bersama rakan dan memperoleh matlumat berkenaan pelajar yang tercicir.
Dalam tugasan ini saya juga saya banyak memperolehi bahan daripada buku seperti
buku pendidik. Saya juga meperoleh bahan daripada akhbar Utusan melalui On-Line.

Saya berharap, pihak perpustakaan dapat menggumpulkan segala buku atau


jurnal keluaran Institut supaya dapat digunakan oleh pelajar dalam melaksanakan
tugasan. Saya juga akan berazam untuk menjadi lebih proaktif dalam melaksanakan
tugasan dan tidak menangguhkan tugasan. Saya juga perlu banyak bertanya kepada
pensyarah supaya tugasan yang saya lakukan tidak silap.

10
Dalam melaksanakan tugasan ini, saya dapat mempelajari pelbagai perkara
berkaitan Pendidikan Teknik dan Vokasional dan kepentinganya dalam memjamin
masa hadapan pelajar yang tercicir. Saya akan gunakan segala pengetahuan dan
pengalaman sepanjang menjalankan tugasan ini untuk menjadikan saya seorang yang
peka terhadap perubahan zaman dan suasana pendidikan masa kini.

11
BIBLOGRAFI

Haji Yahya B Emat (2005), Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia, IBS Buku
Sdn. Bhd. Selangor.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM, Kuala


Lumpur.

Srihanasham (2009), Pendidik-Potensi besar PTV jana modal insan mahir, Selangor
darul Ehsan.

Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional,


http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=utama&unit=utama&bhs=my pada 14 Mac
jam 10.05 Malam

Baharudin Azit, Kepentingan Latihan Sangkutan Industri Terhadap Pensyarah Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran Dari Perspektif Pelajar, melayari laman web
http://web.uthm.edu.my/ps/thesis/education/baharudin%20azit.pdf pada 15 Mac jam 9.33 Malam

Dato’ Haji Alimuddin B. Haji Mohd Dom, Memantapkan budaya keusahawanan di


kalangan generasi baru melalui system pendidikan nasional dan pengajian agama :
gagasan dan cabaran merealisasikanya.

12