Anda di halaman 1dari 42

Peranan Ibu Bapa dalam Mengawal Pengambilan Makanan Ringan dan Makanan Segera

Dalam merentasi era globalisasi yang mencabar ini, pelbagai pembaharuan telah dilakukan oleh
pelbagai pihak dalam usaha untuk meraih keuntungan yang berlipat kali ganda. Antara contoh
pembaharuan yang dilakukan ialah pembaharuan dari sepi pemprosesan makanan yang
dipelbagaikan. Tujuan utama pemprosesan makanan sebegini adalah untuk memanjangkan atau
melambatkan tarikh luput sesuatu makanan dengan menambah bahan pengawet seperti
Mononatrium Glutamat (MSG) dan banyak lagi bahan yang tidak baik untuk kesihanan mental dan
fizikal. Makanan ringan dan makanan segera sangat popular dalam kalangan masyarakat di
Malaysia terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja. Sebagai contoh, kebanyakan
pelajarasrama lebih memilih untuk mengambil makanan segera seperti 'Maggi', 'Mi Sedap' dan
biskut kerana penyediaannya yang sangat mudah dan ringkas. Pengambilan makanan segera dan
makanan ringan oleh anak-anak sepetutnya dipandang serius oleh ibu bapa kerana makanan yang
baik akan melahirkan individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, ibu bapa perlulah
memainkan peranan dalam mengawasi pemakanan anak-anak mereka.
Antara peranan ibu bapa dalam mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan
dalam kalangan anak-anak adalah dengan memberikan didikan agama yang secukupnya. Hal ini
demikian kerana, agama Islam amat menekankan kepentingan memilih makanan yang baik untuk
perkembanganminda yang cerdas. Islam menyarankan umatnya supaya memilih makanan halal
lagi baik. Oleh itu, dengan adanya didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapa, anak-anak akan
tahu dan sentiasa memastikan bahawa diri mereka mengambil makanan yang halal lagi baik walau
di manasahaja mereka berada, persis peribahasa Melayu, asal benih yang baik jatuh ke laut
menjadi pulau, dilontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi menjadi penawar.
Kebanyakan makanan segera dan makanan ringan yang dijual di pasaran mengandungi bahan
yang tidak halal dan masyarakat tidak menyedarinya. Bahan yang tidak halal ini seterusnya akan
memberikan impak kepada kesihatan mental anak-anal. Maka, jelaslah bahawa didikan agama
yang secukupnya oleh ibu bapa dapat mengawal pengambilan makanan segera dan makanan
ringan dalam kalangan anak-anak.
Selain daripada memberikan didikan agama yang sempurna,ibu bapa perlulah menjadi suri
teladan atau 'role model' kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana, sekiranya ibu bapa sentiasa
mengambil makanan yang berkhasiat, secara tidak langsung anak-anak itu sendiri akan
mengikutinya kerana peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa bagaimana acuan, begitulah
kuihnya. Selain itu, ibu bapa hendaklah megnajar anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana
peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya yang
bermaksud jika hendak megnajar sesuatu perkara, perlulah diajar sejak kecil atau setahun jagung.
Jika ibu bapa sudah membiasakan anak-anak supaya mengambil makanan yang baik, anak-anak
akan terbiasa sesuai dengan peribahasa alah bisa, tegas biasa. Walau bagaimanapun, ibu bapa
janganlah bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan dirinya sendiri tidak
betul. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa perlulah menjadi 'role model' atau suri
teladan kepada anak-anak supaya tidak mengambil makanan segera dan makanan ringan.

Di samping itu juga, ibu bapa perlulah sentiasa memantau dan mengawasi pengambilan makanan
oleh anak-anak sama ada di sekolah mahupun di rumah. Dengan adanya pemantauan daripada
ibu bapa, pengambilan makanan oleh anak-anak dapat dikawal. Dalam erti kata yang lain, ibu
bapa bolehlah menggalakkan anak-anak untuk membawa bekal ke sekolah. Selain dapat
mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak, secara
tidak langsung ibu bapa akan dapat mengajar anak-anak menabung bak kata pepatah Melayu,
sambil menyelam minum air. Dengan melakukan pemantauan oleh ibu bapa, kesihatan dan
kecerdasan minda anak-anak mereka terjamin seterusnya dapat melahirkan insan yang syumul
dan cemerlang sebagai pewaris kepada generasi yang akan datang. Tegasnya, ibu bapa perlulah
memantau dan mengawasi pengambilan makanan oleh anak-anak dalam usaha untuk mengawal
pengambilan makanan segera dan makanan ringan.
Selain daripada memantau dan mengawasi pegambilan makanan oleh anak-anak, ibu bapa juga
perlulah menyediakan dan membeli makanan yang berkhasiat di rumah. Ibu bapa juga perlu
melarang anak-anak membeli makanan segera dan makanan ringan. Jika ibu bapa menyediakan
makanan yang berkhasiat di rumah, anak-anak akan terdorong untuk sentiasa mengambil
makanan yang sihat kerana pembelajaran awal anak-anak bermula di rumah. Dengan mengambil
makanan yang sihat, minda anak-anak juga akan menjadi cerdas dan seterusnya menjadi aktif
untuk berfikir. kerana badan yang sihat akan menjana otak yang cerdas. Ibu bapa juga perlulah
mendedahkan tentang kebaikan dak keburukan makanan segera dan makangan ringan.Sebagai
temsil, makanan atau minuman yang mengandungi tartrazain akan mengakibatkan penyakit
kanser. Oleh itu, jelaslah bahawa penyediaan makanan yang berkhasiat di rumah akan dapat
mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan oleh anak-anak.
Sebagai penghias bicara akhir, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam usaha
untuk mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak
agar dapat melahirkan individu yang cemerlang yang dapat menyumbang kepada pembangunan
negara. Oleh itu, semua puhak perlulah memandang serius masalah ini dalam usaha untuk
melahirkan pelapis pemimpin kepada generasi yang akan datang dan melahirkan golongan cerdik
pandai yang berilmu keranan makanan yang halal lagi baik akan dapat merangsang minda dan
pemikiran yang baik. Ibnu Khaldun dalam karyanya yang teragung, Al-Muqaddimah ada
menyatakan bahawa kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi pelengkap kepada kekuatan fizikal ,
malah dapat memberi arah dan makna kepada manusia serta bangsa tersebut. Maka, jelaslah
bahawa makanan yang halal lagi baik dapat melahirkan insan yang cemerlang dan berguna
kepada bangsa dan negara.

**** TAJUK 6: PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK MEMANFAATKAN


INTERNET
Marcapada, internet merupakan satu ciptaan manusia yang wajar dikagumi dan dalam
masa yang sama merupakan satu kepentingan dalam kehidupan setiap individu. Hal ini kerana
hanya internet yang memberikan kepuasan bersosial, berniaga dan belajar secara meluas tanpa
had kepada pengguna. Bayangkan dengan hanya satu klik, kita mampu mengakses seluruh alam
maya tanpa perlu bermandi peluh. Namun begitu, isu penyalahgunaan internet bukanlah suatu isu
baharu. Terdapat manusia sanggup melakukan penyalahgunaan internet untuk memuaskan nafsu
diri demi kepentingan diri dengan melakukan pencerobohan maklumat dan menyebarkan berita
palsu. Maka tidak hairanlah jenayah siber kian hari kian serius bagai duri dalam daging. Oleh itu,
setiap individu perlu tahu akan kelebihan, keburukan dan cara mengakses internet, termasuklah
ibu bapa. Sebahagian besar ibu bapa masa kini handal menggunakan internet manakala
sebahagian kecilnya tidak. Namun begitu, sebagai mengambil langkah berjaga-jaga, ibu bapa
wajar untuk mempelajari secara khusus berkenaan dengan internet. Sekiranya ibu bapa sudah
mengenali internet, maka dengan mudah ibu bapa mengawal kecenderungan anak-anak melayari
internet dan secara tidak langsung, ibu bapa mampu mendidik anak-anak dalam memanfaatkan

penggunaan internet. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
memanfaatkan internet pada hari ini?
Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar, Seribu
mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti
dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan. Oleh hal yang demikian, langkah awal wajar
diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan
memberikan didikan agama yang sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana agama
merupakan benteng yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa
masuk melalui tingkap globalisasi. Anak-anak yang diasuh dan dibesarkan dengan didikan
agama yang mantap dapat membezakan dosa dan pahala ketika melayari laman sesawang.
Sebagai contoh, anak-anak tidak akan melayari laman sesawang yang mengandungi unsur
pornografi yang mampu mencemarkan minda dan sekali gus mampu mendorong meruntuhkan
akhlak anak-anak yang masih separa matang. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak akan
menggunakan internet untuk menjejaskan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat dengan
menyebarkan fitnah malahan mereka akan menggunakan internet untuk menyampaikan ilmu yang
berguna kepada masyarakat. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni, sudah
pasti akan lahirlah insan yang berguna iaitu insan yang tahu nilai diri dan estetika. Jadi apabila
benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh, mereka dapat menggunakan internet dengan
baik dan bijak.
Peranan lain yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak memanfaatkan
internet pada masa ini termasuklah mendedahkan anak-anak dengan segala maklumat berkaitan
dengan internet. Hal ini disebabkan anak-anak perlu diberitahu mengenai baik buruk penggunaan
internet sebelum mereka didedahkan dengan cara menggunakan kemudahan internet secara
bijak. Sekiranya anak-anak sudah diajar dari awal, sudah tentu anak-anak akan lebih berhati-hati
dan lebih bijak dalam menggunakan kemudahan internet pada masa-masa akan datang bak kata
pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, oleh itu
sememangnya ibu bapa bertanggungjawab dalam memberikan pengenalan kepada anak-anak
mengenai penggunaan internet dari kecil, yang ternyata amat penting dalam kehidupan
masyarakat moden masa ini. Jelaslah di sini bahawa pendedahan segala maklumat berkaitan
internet terhadap anak-anak merupakan tindakan yang wajar dilakukan oleh ibu bapa.
Selain itu, ibu bapa juga berperanan untuk memantau anak-anak semasa menggunakan
kemudahan internet. Alam maya ini tiada batasnya, oleh itu internet ini mempunyai keburukannya.
Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu mengelakkan anak-anak daripada mengakses lamanlaman sesawang yang berunsurkan pornografi, mahupun melakukan jenayah siber seperti
mencetak rompak bahan media, mencetuskan provokasi atau menggodam laman sesawang.
Tindakan kecil yang dilakukan ibu bapa ini juga tanpa disedari mampu menyelamatkan industri
hiburan tanah air yang kerap kali dirompak oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab,
termasuklah mengurangkan jumlah penggodam dan pencetus provokasi di internet yang semakin
hari semakin berleluasa. Anak-anak juga terselamat daripada terus terperangkap di dalam kancah
jenayah siber, yang juga merupakan salah satu kesalahan yang akan dikenakan tindakan keras
seperti yang termaktub di dalam akta jenayah negara. Oleh itu jelaslah bahawa tindakan ibu bapa

dalam memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan internet dapat mendidik mereka
dalam memanfaatkan kegunaan internet.
Jika dikaji dari aspek yang lain, ibu bapa juga seharusnya menyekat penggunaan internet
oleh anak-anak. Ibu bapa kini mampu mengawal internet dengan menyekat laman-laman
sesawang yang berunsurkan negatif sebagai langkah mengelakkan pengguna internet mengakses
laman-laman tersebut dan sistem yang sama digunakan pada peranti komputer yang disediakan di
semua alma mater milik kerajaan. Sistem sebegini bukan sahaja mampu mengawal aktiviti
penggunaan internet anak-anak, malah mampu mengasuh mereka untuk hanya mengakses
laman-laman yang berguna sahaja. Bayangkan, sekiranya ibu bapa melaksanakan sistem sebegini
di rumah, sudah tentu anak-anak akan menggunakan perkhidmatan internet dengan lebih bijak,
seterusnya dapat menghindari mereka daripada mengetahui mahupun mencuba untuk mengakses
laman-laman berunsurkan negatif seperti yang kebiasaanya berlaku dalam kalangan remaja dan
orang dewasa masa ini. Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya, persis kata
peribahasa tersebut yang secara tersiratnya menegaskan bahawa ibu bapalah yang perlu
mengawal ton-ton warna yang ingin diwarnakan di atas kain putih yang tidak berdosa. Cukup
ditegaskan di sini bahawa ibu bapa sebaik-baiknya mengawal penggunaan internet oleh anak-anak
sebagai cara mengajar mereka menggunakan internet secara lebih bijak.
Akhir sekali, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak
menggunakan internet secara pintar dengan memperkenalkan kepada mereka dengan mediummedium pembelajaran menerusi internet. Seperti yang ditegaskan, internet sememangnya
memberikan banyak manfaat, termasuklah dari segi pendidikan. Hari ini, kemajuan internet juga
selaras dengan kemajuan teknologi seperti tablet dan telefon pintar. Mengikut statistik juga, keduadua peranti ini merupakan peranti pilihan pengguna untuk melayari internet. Oleh hal yang
demikian, adalah lebih baik para ibu bapa memperkenalkan laman sesawang atau aplikasi pintar
yang berunsurkan pembelajaran kepada anak-anak. Tanpa disedari, sudah banyak aplikasi dan
laman sesawang yang menyediakan aktiviti pembelajaran menggunakan kemudahan internet,
namun malangnya kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengguna internet masa kini.
Sebaik-baiknya anak-anak didedahkan dengan medium sebegini, sekurang-kurangya mereka akan
mula memanfaatkan penggunaan internet serta bijak menggunakannya. Ibu bapa juga tidak perlu
risau sekiranya anak-anak menghabiskan masa dengan melayari internet mahupun menghadap
peranti pintar sepanjang masa, sekiranya peranti-perani di rumah diisi dengan aplikasi dan laman
pembelajaran yang berguna kepada anak-anak. Oleh hal yang demikian, jelaslah sudah di sini
bahawa tindakan ibu bapa memperkenalkan medium-medium pembelajaran melalui internet
kepada anak-anak adalah amat wajar dalam mendidik mereka memanfaatkan penggunaan
internet.
Secara tuntasnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengasuh
anak-anak memanafaatkan penggunaan internet. Perkhidmatan internet sememangnya
memberikan manfaat kepada pengguna walaupun secara minoritinya membawa kepada
keburukan. Namun yang demikian, semua ini bergantung kepada ibu bapa itu sendiri, sama ada
bijak atau tidak mendidik anak-anak dalam memanfaatkan penggunaan internet dalam kehidupan
seharian. Walaupun demikian, kita tidak seharusnya mengharapkan peranan ibu bapa sahaja

kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh itu, tindakan kerajaan mengambil
pelbagai langkah dalam memastikan perkhidmatan ini mampu digunakan oleh semua anggota
masyarakat sama ada di bandar mahupun di luar bandar membuktikan bahawa internet sangat
penting kepada semua. Kerajaan juga banyak berusaha untuk memastikan masyarakat
menggunakan perkhidmatan tersebut dengan sebaik-baiknya, namun usaha kerajaan akan
menjadi usaha yang sia-sia sekiranya ibu bapa dan pihak yang lain tidak turut turun padang dalam
membantu kerajaan melahirkan generasi yang celik IT dan bijak menggunakannya. Mencegah itu
lebih baik daripada merawat, sememangnya jikalau semua pihak mula bertindak dari awal,
masalah-masalah penyalahgunaan internet dan jenayah siber yang semakin menjadi-jadi ini akan
mudah dicantas, dan secara tidak langsung, negara kita akan dipenuhi dengan generasi-generasi
yang berguna dan berfikiran hadapan.

1. Peranan Ibu bapa Mendidik Anak-anak

Pernyataan keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara jelas menunjukkan bahawa keluarga
memang memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia kanak-kanak.
Remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah sosial yang telah mencetuskan isu polemik
dalam kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir. Siapakah yang harus
dipersalahkan dalam hal ini? Sudah tentu, sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab-sebab yang
mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-lintuk jika tidak ditiup angin.
Pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga. Sesebuah
keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masing.
Ibu bapa seharusnya mementingkan zuriat mereka sendiri daripada kerjaya. Malangnya,
kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan anak-anak
mereka di rumah berasa tersisih seperti anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati
kelaparan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah mengimbangkan kerjaya dan kehidupan
seharian mereka agar anak-anak dapat mendapat didikan yang baik dari segi fizikal dan mental.
Ibu bapa sewajarnya tahu bahawa mujtamak yang kaya dalam kebendaan tetapi muflis dari
segi keperibadian akan secara tidak langsung mendampakkan kesan negatif terhadap anakanak mereka. Oleh itu, keluarga terutamanya ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk
membentuk keperibadian anak-anak.
Selain itu, ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak kecil lagi kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak tentunya dapat mengimplimentasikan nilai-nilai
murni dan sikap positif ini dalam kehidupan seharian, seterusnya membentuk sanubari yang
baik. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, oleh hal yang demikian,

mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali
menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat dibentuk melalui institusi keluarga
khususnya ibu bapa yang memainkan peranan yang penting.
Di samping itu, anak-anak yang berfikiran suci akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka kerana bapa borek, anak rintik. Ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan
rahsia yang paling dipercayai anak-anak. Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan
pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana
anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme
yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah
tentu anak-anak akan tahu cara-cara untuk membezakan antara intan dengan kaca kerana sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Institusi keluarga memang merupakan
salah satu langkah yang signifikan dalam membentuk keperibadian anak-anak.
Dalam nada yang berbeza, keluarga yang marem dan sakinah turut merupakan tempat yang
paling baik agar proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam kalangan anak-anak.
Sikap-sikap yang positif haruslah disemai dalam jiwa anak masing-masing bentuk menjamin
kesejahteraan hidup dan pembentukan keperibadian mulia mereka. Anak-anak yang berusia
setahun jagung, berdarah setampuk pinang ini mesti diberi penekanan dari segi mental dan fizikal
supaya kelak dapat menjadi tunggak negara.
Intihanya, keluarga merupakan mercu tanda kemakmuran negara dan menggalas
tanggungjawab yang berat untuk mendidik anak-anak. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi
masing-masing dengan tidak melepaskan batuk di tangga. Jikalau anak-anak kini berjaya
membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakan pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber kelak. Impian mantan
Perdana Menteri kita iaitu Pak Lah untuk membentuk sebuah negara yang cemerlang,
gemilang dan terbilang dapat dimakbulkan, sekali gusmenjadikan negara Malaysia berdiri
gah di persada dunia.

2. Peranan Ibu Bapa dalam Mengatasi Masalah Sosial


Remaja,
Ingatlah masa depanmu,
Kenanglah,
Jasa ibu dan ayahmu,
Susah payah mereka membesarkan kita.
Lirik lagu di atas cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada para remaja supaya
sentiasa menghargai ibu dan bapa mereka. Umum mengetahui, para remaja marcapada ini
terlalu lalai dan leka dibuai arus modenisasi. Penglibatan mereka dalam delinkuen social
sudah menjadi buah mulut dan mauduk utama perbualan orang mutakhir ini. Jadi, ibu bapa

dilihat sebagai satu komponen paling utama malah turut dianggap formula yang cukup mujarab
bagi mengatasi masalah dalam kalangan remaja.
Pertama, ibu bapa perlu menghulurkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada
anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja merupakan golongan yang sangat
menginginkan perhatian. Naluri mereka yang mudah memberontak sudah pasti dapat
ditenangkan menerusi perasaan cinta ibu bapa terhadap anak-anak. Api kemarahan dan
benteng keegoan yang menebal di dada mereka pasti mudah diruntuhkan dengan kasih
sayang ibarat menatang minyak yang penuh kepada anak-anak. Andai kata remaja ketandusan
kasih sayang, sudah pasti mereka akan mecari haluan lain untuk melepaskan diri dari
kepompong ketidakselesaan. Natijahnya, mereka akan mula berjinak-jinak dengan najis
dadah dan tidak mustahil akan terjerumus dalam kancah kemaksiatan. Berdasarkan statistik
yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah kian meningkat
sebanyak 5.7 peratus dari tahun 2007 ke 2008. Jadi, sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu
bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding hal-hal lain.
Selain itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini cukup
bertepatan dengan langkah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat
yang telah mengisytiharkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad kepada semua pegawai kerajaan.
Perkara ini cukup membuktikan keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan
peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Percayalah, anak-anak akan berasa lebih
dihargai apabila ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Tamsilannya, ibu bapa
boleh membawa anak-anak melancong, beriadah bersama-sama malahan menjalankan aktiviti
kerohanian secara berjemaah. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa
lebih cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua
mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis
segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam gejala sosial. Maka, jelaslah anak-anak
remaja perlu dijadikan prioriti utama dalam usaha membendung kemelut ini.
Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan pendidikan yang secukupnya kepada anakanak. Pendidikan ini merangkumi pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal. Tindakan
kerajaan Malaysia mewajibkan keseluruhan kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan di
sekolah amatlah wajar dan perlu disokong. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah memastikan
anak-anak mereka memperoleh pendidikan sewajarnya, selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Sementelahan itu, ibu bapa juga perlu menerapkan pendidikan berbentuk tidak
formal kepada anak-anak. Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan norma
masyarakat pada hari ini amat penting bagi memastikan kerohanian yang mantap dalam diri anakanak. Ingatlah, segala-galanya bermula di rumah. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf
terkenal, Franklin D. Roosevelt. Maka, ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama
karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Justeru,
penerapan pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani masalah ini.
Seterusnya, ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak. Peribahasa Melayu ada menyebut,
kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang. Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-

anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa
untuk sentiasa mengikuti perkembangan diri anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas anatara
lelaki dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga
menampakkan pusat ibarat suatu adat. Maka, di sinilah ibu bapa perlu memainkan peranannya
iaitu meninjau perubahan sikap anak-anak mereka. Serbuan pihak polis di kota metropolitan
Kuala Lumpur iaitu di kelab-kelab malam di sana mendapati hampir 15 peratus anak-anak
remaja di bawah umur ditahan positif dadah. Perkara ini jelas menunjukkan andai ibu bapa
membiarkan anak-anak mereka tanpa tempat bergantung, mereka akan mudah terlibat dalam
kebejatan sosial pada masa ini. Maka, ibu bapa perlu bertindak proaktif dan pragmatik dalam
usaha membasmi gejala sosial dalam kalangan anak-anak remaja.
Akhir sekali, ibu bapa perlu melengkapkan keperluan asas anak-anak. Sekali air bah,
sekali pantai berubah. Begitu juga dengan perkembangan dunia yang kian ekstrem menjengah
kita. Oleh itu, dalam kita mengharung arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu
dihimpit dengan ketidakselesaan dan pemikiran yang jumud. Maka, sebagai ibu bapa, mereka
perlu menyediakan keperluan asas anak-anak bagi menjamin keselesaan. Tempat tinggal yang
kondusif, pakaian yang bersesuaian serta makanan dan minuman yang berkhasiat perlu
disediakan. Hal ini amat penting bagi memastikan anak-anak berasa seronok berada di rumah
lantas tidak terlibat dalam gejala sosial. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan
mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada
golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah. Hal ini
pastinya akan dapat dibendung andai segala keperluan asas remaja dilengkapkan walaupun ibu
bapa tidak melambakkan kemewahan kepada mereka.
Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik
anak-anak. Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anakanaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak mahu remaja-remaja yang bobrok
dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang berkaliber,
cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah,
sebelum padi di tangan menjadi lalang dan ayam ditambat disambar helang, ayuhlah ibu
bapa, berkorbanlah demi masa depan anak-anak tercinta.
Berkorban apa sahaja,
Harta ataupun nyawa,
Itulah kasih mesra,
Sejati dan mulia.
Ingatlah, ibu bapa cemerlang, anak-anak gemilang!

Peranan Ibu Bapa Membentuk Masyarakat Yang Mementingkan Kebersihan


Mendepani arus era globalisasi ini, kebersihan menjadi salah satu elemen yang membawa kepada
pelbagaijenis jangkitan di seluruh dunia. Saban hari, kita telah dinasihatkan supaya menjaga
kebersihan diri agar kita tidak mudah dijangkiti penyakit melalui media massa dan juga media
elektronik. Muasir ini, pumpunan mamlakat bukan sahaja tidak cakna dengan kebersihan
persekitaran mereka bahkan kebersihan mereka sendiri. Disebabkan itulah jangkitan seperti
H1N1, demam denggi dan lain-lain mudah merebak disebabkan oleh kealpaan masyarakat kini.
Mantan Perdana Menteri malaysia Ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata ,"untuk
melahirkan masyarakat yang sihat,aktif dan proaktif, kebersihan perlu dititikberatkan". Oleh itu, ibu
bapa memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak mengamalkan nilai kebersihan
dalam kehidupan agar dapat melahirkan generasi yang sihat pada masa hadapan.
Peranan perdana yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak mengamalkan
nilai kebersihan dalam kehidupan adalah dengan mendidik mereka sejak kecil mengenai nilai
kebersihan. Dewasa kini, terdapat segelintir ibu bapa tidak menitikberatkan tentang nilai
kebersihan pada anak-anak mereka. Bahkan ada juga ibu bapa yang berasakan bahawa anak
mereka sudah dewasa dan dapat membezakan antara kebersihan dan kotoran. Hal ini tidak
sepatutnya berlaku kerana kita tidak tahu bila penyakit akan datang menyerang kita jka kebersihan
tidak diamalkan. Disebabkan hal inilah ibu bapa perlu sedar bahawa kebersihan itu amat penting
buat anak-anak bagi menjamin masa depan yang bersih,sihat dan harmoni. Seperti peribahasa
"melentur buluh biarlah dari rebungnya", ibu bapa perlu mengamalkan prinsip ini dan mendidik
anak-anak mereka tentang kebersihan seja kecil kerana apabila mereka ini sudah dewasa mereka
akan menjadi lebih sukar untuk dididik. Tuntasnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka
tentang kebersihan di usia muda supaya nilai ini menjadi salah satu prinsip dalam diri mereka.
Peranan berikutnya, ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan buat anak-anak mereka dalam
mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan mereka. Hal ini disebabkan anak-anak selalu
mengikuti perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka tidak kira sama ada perbuatan itu baik
ataupun sebaliknya. Oleh itu, ibu bapa merupakan orang penting dalam proses pembelajaran
zuriat mereka, dengan itu mereka perlulah menunjukkan contoh yang terbaik buat anak-anak
mereka. Salah satu contoh yang boleh ditunjukkan oleh ibu bapa adalah dengan mempraktikkan
amalan kebersihan di hadapan anak-anak. Contohnya, membuang sampah di tempat yang
sepatutnya, basuh tangan sebelum dan selepas makan, tutup mulut ketika batuk atau bersin dan
banyak lagi. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu iaitu bagaimana acuan, begitulah

hasilnya, itulah yang boleh digambarkan sekiranya ibu bapa menunjukkan amalan yang baik di
hadapan anak-anak. Konklusinya, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh yang bak agar dapat
dicontohi oleh anak-anak supaya generasi yang mementingkan kebersihan dapat dilahirkan.
Peranan seterusnya, ibu bapa perlu memberikan pengajaran kepada anak-anak dengan
menunjukkan kesan-kesan jika amalan kebersihan tidak diamalkan oleh mereka. Rentetan
daripada perkara ini, anak-anak akan sedar akan kesan dan akibat jika nilai kebersihan tidak
dititikberatkan dalam kehidupan. Marcapada ini, terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh
dijadikan sebagai contoh jika tidak mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Jangkitan
H1N1 yang mudah merebak melalui udara apabila seseorang itu tidak tutup mulut ketika sedang
batuk atau bersin. Demam denggi yang membawa maut akan tersebar jika seseorang itu tidak
membersihkan kawasan sekitar rumah mereka yang mungkin merupakan tempat pembiakan
nyamuk aedes dan lain-lain. Tokoh politik terkenal tanah air, Dato Onn Jaafar pernah
mengungkapkan seseorang yang tidak tahu sejarah akan mengulanginya pada masa akan datang,
ungkapan beliau ini banyak memberikan maksud dan salah satunya jika mereka tidak tahu kesan
tidak mengamalkan kebersihan, maka mereka akan melakukan kemudaratan ke atas diri sendiri
dengan mengamalkan gaya hidup yang tidak bersih. Dengan itu, ibu bapa perlulah memberikan
pengajaran kepada anak-anak supaya penyakit-penyakit yang tidak diingini akan dapat dielakkan.
Peranan terakhir yang harus dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak mengamalkan
nilai kebersihan dalam kehidupan adalah dengan cara mengamalkan gotong-royong
membersihkan kawasan rumah dengan seisi keluarga. Melalui cara ini, anak-anak akan mengerti
kepentingan kebersihan itu tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mempraktikkan amalan
kebersihan dalam kehidupan, malahan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim seisi
keluarga di samping dapat menyihatkan tubuh badan. Aktiviti ini tidak semestinya dilakukan setiap
hari, tetapi boleh juga dilakukan secara berkala seperti dua minggu sekali dan macam-macam lagi.
Cogan kata Kebersihan Adalah Tanggungjawab Bersama yang diuar-uarkan oleh kerajaan
amatlah bersesuaian dengan aktiviti gotong royong ini. Izharlah di sini bahawa kebersihan itu
merupakan tanggungjawab semua orang bagi memastikan masa depan yang sihat sejahtera.
Sebagai penutup kata pemanis bicara, jelaslah bahawa ibu bapa merupakan perancang utama
dalam memastikan anak-anak mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan mereka. Amalan
kebersihan ini amatlah penting bagi seseorang individu, sekumpulan masyarakat dan sesebuah
negara. Sebuah negara yang maju dan proaktif berakarkan masyarakat mereka yang sihat dan
cergas dan mereka ini pula mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Untuk itu, ibu
bapa perlulah mendidik anak-anak supaya kebersihan diamalkan bagi melahirkan sebuah generasi
yang sihat dan positif pasa masa hadapan. Perkara ini amat disokong oleh tokoh politik yang
disegani di mata dunia, Nelson Mandela yang berkata, jika hendak lihat sesebuah negara, lihatlah
generasi mudanya. Konklusinya, nilai kebersihan merupakan satu perkara yang amat penting
dalam kehidupan dan ia perlu diterapkan dalam diri setiap insan.

TEMA: LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH IBU BAPA UNTUK


MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MENJAGA KEINDAHAN ALAM SEKITAR.
Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru negara ini
tentang isu penjagaan keindahan alam sekitar. Isu penjagaan keindahan alam sekitar di negara
kita semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan tokoh ilmuwan negara baik di
warung-warung kopi mahupun di parlimen. Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut harus
memikirkan langkah yang perlu di pragmatik lagi sistematik yang boleh dilakukan untuk
menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar bagi melahirkan keharmonian dalam
masyarakat. Hal ini bertepatan degan peribahasa Melayu, anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang
perlu mencorakkannya. Justifikasinya, hal ini kita sering didedahkan dengan isu ini di dada-dada

akhbar di dalam negara kita. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting bagi mendidik
anak-anak supaya sayang dan cinta akan negara kita. Menurut Hamka, kecantikan yang abadi
terletak pada kebolehan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan
pakaiannya. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit,
sistematik dan pragmatik harus dijalakan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga
ke akar umbi.
Sebagai ibu bapa yang lebai lagi berjanggut, mereka haruslah membuka mata mereka dan
menyedari bahawa mereka memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anak
mereka menjaga keindahan alam sekitar. Ibu dan bapa haruslah berganding bahu dalam mendidik
anak-anak mereka. Sebagai langkah pertama dan langkah yang utama, ibu bapa mestilah
mendidik mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mengitar semula boleh
dianologikan sebagai mengisi sejenis air di dalam bekas yang dikhaskan untuknya. Air tersebut
digunakan pada masa hadapan sebagai bahan yang berguna. Menurut Datuk Seri Shahrizat Jalil,
pihak kerajaan telahpun menyediakan tiga buah tong sampah yang mempunyai warna yang
berbeza untuk sampah yang berbeza. Pihak kerajaan juga telah menghasilkan sebuah lagu bagi
mengingatkan tentang kod-kod warna tong sampah tersebut bersama kepentingan mengitar
semula. Tong sampah yang berwarna biru telah dikhaskan untuk kertas, tong oren pula
dikhususkan untuk plastik manakala tong coklat disediakan untuk kaca. Sekiranya seluruh
kulawarga melaksanakan tanggungjawab mereka, keindahan alam sekitar pasti dapat dikekalkan.
Peribahasa Melayu ada menyebut, belakang parang kalau diasah akan tajam juga. Ibu bapa
mestilah mengamalkan amalan mengitar semula dalam kalangan anak-anak supaya boleh
menjadi rutin harian mereka.
Anak-anak sentiasa memerhatikan segala perlakuan ibu bapa dari segi mental dan fizikal.
Segala perlakuan yang ditunjukkan ibu bapa menjadi ikutan anak-anak. Bergantung kepada ibu
bapalah untuk mencorak peribadi anak-anak yang menunjukkan sifat-sifat dan nilai-nilai murni
yang baik. Ibu bapa harus memperlihatkan teladan yang baik kepada anak-anak atau digambarkan
sebagai role model. Selain itu, ibu bapa perlu memberi tunjuk ajar anak-anak cara untuk menjaga
kebersihan alam sekitar terutamanya yang berkaitan dengan sampah. Peranan ibu bapa untuk
mengajar anak-anak untuk membuang sampah dengan cara yang betul ke dalam tong sampah
yang dikhaskan untuk pembuangan sampah. Kendatipun begitu, jika ditelusuri secara mendalam,
memang patut kebersihan sekeliling dijaga untuk keselesaan bersama dan tidak menyakitkan
mata. Tambahan pula, sikap yang baik akan mendapat kehidupan yang baik. Hal ini boleh
dikaitkan dengan aforisme Melayu, bapa borek anak rintik. Maka ibu bapa harus bergerak sederap
dalam membentuk keperibadian anak-anak untuk menjalani kehidupan yang selesa dalam
menekankan penjagaan alam sekitar. Tiada ubat yang tiada penawarnya tanpa cara dan langkah
pragmatik dan sistematik.
Prakasa yang pragmatik lagi efisen bagi menggalakkan anak-anak menjaga alam sekitar
ialah ibu bapa boleh menetapkan jadual waktu kepada anak-anak untuk membersihkan rumah
agar nilai penjagaan alam sekitar dapat dipupuk dari rumah. Jadual waktu pembersihan rumah
yang ditetapkan oleh ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi menggalakkan penjagaan
alam sekitar. Ibu bapa perlu memulakan langkah bagi menyediakan jadual waktu pembersihan
rumah sejak anak-anak kecil lagi agar perasaan cinta akan alam sekitar dapat ditanam di dalam

diri anak-anak sejak peringkat awal lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Selain itu, penggunaan jadual waktu pembersihan rumah yang dilakukan oleh ibu bapa dapat
memberikan contoh yang baik kepada anak-anak kerana sifat ini akan menjadi amalan dan ikutan
kepada anak-anak sampai bila-bila dan membentuk adab dan akhlak yang baik ini kerana adab
dan akhlak yang buruk adalah sifat yang tidak patut ada di dalam diri seseorang. Ibarat kata
Wahab Munabin, akhlak dan adab yang buruk ibarat tembikar yang sudah pecah, tidak dapat
dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.
Jika ditelusuri secara mendalam, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak agar menyahut
kempen yang dianjurkan oleh kerajaan. Langkah ini perlu diimplementasikan kerana pada zaman
kontemporari ini mahaen terlalu memandang enteng terhadap penjagaan alam sekitar. Natijahnya,
generasi muda akan datang tidak lagi dapat merasai dan melihat keindahan alam sekitar yang
tuhan kurniakan. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Tidak Menggunakan Plastik. Ibu bapa
yang lebai lagi berjanggut haruslah memberi contoh dengan mengamalkan kempen ini kepada
anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih maka ibu bapalah yang akan mencorakkannya.
Anak-anak mudah mengikuti perbuatan atau amalan yan dilakukan oleh ibu bapa kerana
sebagaimana acuan begitulah kuihnya. Sementelahan lagi, anak-anak akan lebih menyayangi
alam sekitar dan alam sekitar akan sentiasa terjaga. Sekiranya, kita sentiasa bersinergi dalam
menjaga alam sekitar, masalah pencemaran yang ghalibnya diperkatakan dapat ditangani.
Menurut El Leseur, tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan.

Jika ditelusuri secara mendalam antara langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi
memelihara alam sekitar ialah memberi didikan agama sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah
dari rebungnya. Menurut Hamka, agaam tidak mengajar umatnya sesuatu perkara melainkan
perkara itu memberi manfaat kepada manusia. Agama tidak menyuruh melakukan sesuatu
perkara, melainkan merosakkan manusia. Islam tentang menyarankan umatnya menjaga
kebersihan kerana kebersihan separuh daripada iman. Ibu bapa perlu menyemat dalam diri anakanak perasaan malu jika mereka sebagai umat Islam tidak dapat menjaga kebersihan dengan
sempurna. Ironinya, jika umat Islam tidak mementingkan kebersihan, maka umat Islam akan
ditempelak oleh penganut agama lain. Sesungguhnya, agama dan kebersihan umpama dakwat
dan kertas.
Akhirul kalam, kita mempunyai pelbagai kaedah untuk menjaga keindahan alam sekitar
supaya bumi hijau ini dapat memelihara dengan baik. Oleh itu, kita sebagai penduduk bumi ini
bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar. Hal ini kerana, alam sekitar yang
terpeliharaakan melahirkan suasana yang tenang dan selesa. Natijahnya, kita juga dapat
menyelamatkan bumi daripada pencemaran yang mungkin memudaratkan penduduknya. Hal ini
kerana, ibu bapa hendaklah menitikberatkan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk
menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar sebelum keadaan bumi di tahap
kritikal. Hal ini bertepatan dengan aforisme, sediakan payung sebelum hujan. Sekiranya
masyarakat Malaysia bersama-sam berganding bahu menjaga keindahan alam sekitar, kita akan
dapat mengecapi kehidupan yang harmoni dan sejahtera dengan berterusan. Seperti yang

diperkatakan William Shakespeare, jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita
kecapi

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada
pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang
itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu
mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang
amat besar terhadap anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan
anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan
gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan
memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang
perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran?
Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam
situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap
saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian dan
keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini
demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah
keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan
keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu
bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap
rumahku syurgaku. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa
gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang
berat. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana
yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran.

Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan
anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan
pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian
kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau
kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih
mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan
antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan yang
bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan mengikut jejak
rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah
mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang
berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak
kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat
diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran.
Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan
sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan
moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi, bak kata
pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah
yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh
ibu bapa mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan dapat
membezakan perkara yang baik dan yang buruk. Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih
bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak akan
menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral yang cukup ini dapat
membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tegasnya,
ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak
belajar supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu memberi
motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk belajar. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah menjadi
contoh teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu
bapa mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah
menitikberatkan pelajaran anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau
tuisyen serta menyediakan buku-buku rujukan yang lengkap untuk memudahkan anak-anak
mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa juga perlulah menyediakan bilik yang
sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar. Ibu bapa perlulah menggalakkan anakanak membaca untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah
membawa anak-anak ke pameran buku, ke kedai buku atau ke perpustakaan. Langkah ini penting
kerana secara tidak langsung anak-anak telah ditanamkan dengan sikap suka membaca. Situasi
ini boleh menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak untuk membaca buku-buku tersebut.
Natijahnya, anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya pengetahuan

dalam kehidupan mereka sehingga mereka berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran.
Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah
serta bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak. Untuk mengetahui
perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung
dengan pihak sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini penting kerana jika anakanak menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak
segera untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-anak pasti dapat diselamatkan
daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa
mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak walaupun dalam kesibukan
bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali
anak-anak meluahkan masalah mereka. Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi
bersama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam diri
anak-anak. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan, pasti tidak dapat menumpukan
perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam pelajaran. Oleh itu, jelaslah
bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan
selalu berbincang dengan guru-guru lain agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh
memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu
bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur.
Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, anak-anak
pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam masalah sosial
sehingga sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam
mencorakkan masa depan anak-anak khususnya untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan
dalam pelajaran.

Penulisan 3 : Dimensi Keluarga : Peranan Ibu Bapa Memupuk Minat Membaca


Minat membaca terutama membaca buku-buku ilmiah dalam kalangan anak remaja belum
mencapai tahap yang memuaskan. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan

anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan
ilmu.
Nyatakan usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.
Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anakanak mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan. Hal ini demikian kerana anak-anak muda pada era ini, lebih gemar membaca bahanbahan bacaan yang ringan seperti surat khabar, novel cinta, komik, majalah hiburan dan animasi
kartun. Majalah atau buku yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan seperti buku-buku motivasi,
pembinaan kendiri, falsafah, Majalah Dewan Masyarakat, Solusi, Dewan Budaya, Al Islam, dan
Anis kurang diminati malah ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu akan kewujudan majalah
tersebut di pasaran. Mereka berpendapat bahawa membaca karya-karya ilmiah dianggap berat
dan membosankan kerana memerlukan minda untuk berfikir sedangkan majalah atau buku-buku
yang berunsurkan hiburan lebih seronok untuk dibaca kerana pembacaan bagi mereka hanya
sekadar mengisi ruang kosong dalam masa senggang sahaja. Apa pun yang jelas, buku yang baik
adalah kunci kepada khazanah kebijaksanaan. Ibu bapa merupakan insan yang penting untuk
melahirkan anak yang berilmu, bersahsiah baik dan dihormati oleh orang lain. Persoalannya,
apakah modus operandi yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan generasi yang cinta
akan ilmu pengetahuan?
Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak, ibu bapa haruslah membawa
anak-anak ke pesta buku atau pameran buku seperti Pameran Buku Antarabangsa di PWTC
yang diadakan pada setiap tahun. Hal ini dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan. Apabila ibu bapa membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak untuk
membaca buku akan bercambah. Anak-anak akan dapat melihat pelbagai jenis buku yang menarik
serta menyeronokkan untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang disukai
dan diminati. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing anak-anak agar
dapat memilih buku yang berkualiti yang mampu membina pemikiran atau minda anak-anak.
Selain itu, anak-anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang berunsurkan keagamaan,
falsafah, motivasi dan sebagainya.. Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan dalam diri anak-anak. Di samping itu, anak juga berpeluang untuk membaca bukubuku yang memaparkan sejarah negara lain. Hal ini, dapat meningkatkan pengetahuan am anakanak tentang Negara luar. Tegasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke pameran
buku merupakan salah satu langkah efektif yang melahirkan minat anak-anak untuk membaca
karya-karya ilmiah dan menjadi ulat buku dan seterusnya menjadi generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan.
Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam aspek membaca.
Justeru, ibu bapa hendaklah memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan
persekitaran yang boleh merangsang minat anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu
bapa hendaklah membaca buku-buku dan surat khabar pada setiap hari terutama pada waktu
senggang. Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anakanak kerana pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya, ke mana tumpah kuah
kalau tidak ke nasi. Pada zaman ini, anak-anak tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak-anak sejak kecil lagi untuk
membaca buku-buku ilmiah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas

pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti membaca bersama anak-anak
pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga berehat di rumah. Dalam hal ini, Ibu bapa janganlah
menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan diri sendiri tidak betul.
Sekiranya, ibu bapa tidak pernah membaca bahan-bahan ilmiah, bagaimanakah anak-anak
hendak membaca bahan-bahan tersebut. Anak-anak akan suka membaca apabila melihat orang
tuanya membaca. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak
kerana anak-anak akan menjadikan membaca sebagai satu amalan ke mana-mana sahaja mereka
pergi bak kata pepatah kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara
menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar.
Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber bacaan dengan membeli banyak buku
atau majalah yang mengandungi ilmu pengetahuan yang boleh mengembangkan minda anakanak. Pepatah menyatakan bahawa membaca jambatan ilmu. Apabila anak- anak banyak
membaca, sudah tentu pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu bapa, mereka
hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap pada setiap bulan seperti Majalah Dewan
Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam dan Solusi selain surat khabar yang dibeli
secara harian. Secara tidak langsung, anak-anak akan tertarik untuk membaca buku-buku dan
majalah yang mengandungi banyak ilmu dan pengetahuan yang dibeli oleh ibu bapa mereka. Minat
untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti pasti akan bercambah dalam jiwa mereka. Anakanak yang disuburkan dengan budaya membaca, pasti dapat membina jati diri unggul, mempunyai
minda sihat, berketerampilan sebagai orang berilmu dan berpengetahuan tinggi. Selain itu, ibu
bapa boleh memberikan hadiah berupa buku sempena hari lahir atau hadiah sempena kejayaan
anak-anak dalam pelajaran atau peperiksaan sebagai ganjaran. Sebagai contohnya, ibu bapa
boleh menghadiahkan buku-buku motivasi sempena hari lahir anak. Hadiah tersebut dapat
memotivasikan diri anak-anak. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh kerana menghargai jasa
ibu bapa. Amalan seperti ini akan menyebabkan anak-anak hidup dalam dunia buku. Tak kenal
maka tak cinta.
Seterusnya ibu bapa juga hendaklah menggalakkan anak-anak membaca buku dengan
cara mendaftar anak mereka menyertai kelab buku. Melalui penyertaan dalam kelab buku, anakanak akan menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini. Sebagai
contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka. Apabila anak-anak menjadi ahli kelab buku, mereka didedahkan dengan pelbagai
perkara yang berkaitan dengan buku. Secara tidak langsung, anak-anak juga dapat membezakan
bahan bacaan yang bermutu dan bahan bacaan yang tidak berkualiti. Anak-anak pasti memilih
bahan-bahan yang berkualiti kerana boleh mematangkan minda seseorang dalam mengeluarkan
pendapat atau melakukan tindakan. Selain itu, ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak
menyertai Kempen Galakan Membaca dan Kembara Buku yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.
Dengan menghadiri kempen-kempen membaca, anak-anak bukan sahaja mendapat kesedaran
tentang pentingnya membaca malah ibu bapa turut memperoleh manfaatnya. Tegasnya, ibu bapa
perlulah membawa anak-anak menghadiri kempen-kempen membaca dan menggalakkan anakanak menyertai ahli kelab buku agar anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah yang dapat
membentuk anak-anak menjadi insan yang mulia dan disanjung tinggi.
Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini yang mengandungi bahan-bahan
ilmiah yang menempatkan pelbagai jenis buku ilmiah seperti novel karya agung, kamus, bukubuku agama, dan buku motivasi diri selain buku pelajaran dan buku rujukan. Hal ini dapat

menyuburkan minat anak-anak untuk membaca buku-buku yang disimpan di rak buku tersebut.
Ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan dan memastikan anak mereka membaca buku-buku
yang disediakan dalam perpustakaan mini di rumah. Anak-anak juga digalakkan untuk
membaca surat khabar atau majalah ilmu pada setiap hari dan membaca sebuah buku pada
setiap minggu. Hal ini akan menyebabkan masa lapang anak-anak terisi dengan aktiviti membaca
tanpa perlu keluar rumah. Perpustakaan mini yang disediakan oleh ibu bapa tidak memerlukan
modal yang banyak. Buku-buku dan majalah yang dibeli pada setiap bulan boleh disimpan dalam
perpustakaan mini tersebut. Pembacaan buku dan majalah yang berulang kali dapat menguatkan
minda anak-anak. Pepatah menyatakan bahawa bangsa yang membaca, bangsa yang berjaya.
Apabila anak-anak sudah biasa didedahkan untuk membaca surat khabar pada setiap hari dan
sebuah buku pada setiap minggu, anak-anak akan biasa berbuat demikian dan menjadikan
membaca sebagai amalan rutin harian kerana alah bisa, tegal dek biasa. Mereka akan selalu
membaca apabila ada masa terluang dan mereka akan menghargai masa kerana masa itu emas.
Tambahan pula, jika ibu bapa mempunyai waktu terluang, mereka bolehlah membawa anak-anak
ke perpustakaan awam yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Perpustakaan awam
memuatkan berjuta-juta buku yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak. Malahan,
apabila anak-anak pergi ke perpustakaan awam, mereka dapat membaca buku dalam keadaan
yang senyap, aman, damai dan tenang. Jelasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke
perpustakaan awam dan menyediakan perpustakaan mini di rumah dapat melahirkan generasi
yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Tambahan lagi, ibu bapa juga boleh memupuk minat membaca bahan-bahan ilmiah dengan
membimbing anak-anak mereka melayari internet. Internet merupakan sumber ilmu yang boleh
digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Namun, terdapat remaja yang yang menyalahgunakan
Internet seperti melihat gambar-gambar lucah. Dalam konteks ini, ibu bapalah merupakan
pembimbing kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak melayari internet
untuk mencari judul buku ilmiah yang terkenal supaya boleh dibeli di kedai-kedai buku
berhampiran. Hal ini dapat menggalakkan anak-anak membaca karya-karya ilmiah supaya boleh
melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Ilmu yang diperoleh daripada bahanbahan ilmiah boleh dijadikan sebagai panduan hidup. Hal ini disebabkan mesej-mesej yang
terkandung dalam bahan bahan ilmiah penting dalam kehidupan. Justeru, ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam memupuk minat membaca buku-buku ilmiah.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk melahirkan
generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan, ibu bapalah yang memainkan peranan penting
menggalakkan anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka
membaca dalam kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak
mereka cerdas. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk
menyemaikan minat membaca dalam kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta
dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam bidang pelajaran akan terbentang luas di depan mereka
pada masa depan. Ibn Khaldun dalam karya besarnya, Muqaddimah, pernah berkata bahawa
kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah
memberi arah dan makna kepada manusia dan bangsa terbabit. Tegasnya, ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.

Penulisan 9 : Dimensi Keluarga : Peranan ibu bapa memupuk amalan menabung


Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan.
Huraikan peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya masyarakat
kita.
Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusia dalam kehidupan.
Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi, momentum arus terus bergerak
ke depan dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu, generasi muda perlu berjimat cermat dan sifat
menabung perlu disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan menabung ini diharapkan
terbawa-bawa sehingga dewasa. Menabung merupakan tabiat menyimpan wang. Tanggungjawab
untuk memupuk amalan ini dalam sanubari anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu
bapa perlu memainkan peranan mereka dengan bijaksana ibarat menarik rambut di dalam tepung,

rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Persoalannya, apakah peranan yang perlu dimainkan
oleh ibu bapa dalam memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat kita?
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimatcermat dalam diri anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai budaya keluarga. Hal
ini kerana suasana keluarga merupakan cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk
keperibadian anak-anak. Anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya
menjadi putih atau hitam. Ibu bapa merupakan orang yang pertama berpeluang untuk
berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia ini oleh ibu bapa. Anak-anak
datang ke dunia yang berwarna-warni ini dengan otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah
mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak. Dengan kesempatan ini, ibu bapa
boleh menyemai amalan menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak
menabung dengan menyimpan sebahagian daripada wang perbelanjaan harian sekolah anakanak. Ajarlah anak-anak berjimat-cermat dan tidak membelanjakan semua wang perbelanjaan
harian yang diberi agar anak-anak tahu akan kepentingan menabung. Jelasnya, ibu bapa perlu
memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak sebelum kudis menjadi tokak.
Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak
bangku prasekolah lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu anakanak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa
mudah memberitahu dan mendidik mereka amalan yang berunsur positif seperti amalan
menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi ketika mereka masih kecil. Mereka tidak akan
mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini,
amalan menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam hati anak-anak. Sekiranya
didikan dan ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah muda tidak akan
mempedulikan ibu bapa lagi dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang
melahirkan anak-anak dan membawa mereka ke alam fana ini, sekiranya mengajar kanak-kanak
bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh
itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam jiwa anak-anak sejak kecil
kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk. Anak-anak
perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan tidak membazir. Sebagai contohnya,
jenis rumah dan perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi menilai taraf
hidup sesebuah keluarga. Oleh itu, ibu bapa perlulah bersederhana dalam pembelian peralatan di
rumah dan setiap pembelian perlu dibayar tunai tanpa berhutang. Kadangkala, terdapat keluarga
yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas rumah yang bergaya supaya
mendapat "pengiktirafan" orang berada oleh orang-orang di sekeliling walaupun hakikat
sebenarnya mereka tidak berkemampuan. Mereka inilah yang berpegang pada prinsip biar papa
asal bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan hal ini sebagai budaya keluarga, diharapkan
mereka dapat menukar perspektif tersebut bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimatcermat dalam diri anak-anak.
Adat usang pusaka lama, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus
diwariskan secara turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan

cekap. Mereka harus memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan cara penyimpanannya.
Mereka perlu kerap menggalakkan anak-anak mengamalkan tabiat menabung. Membuka akaun
bank untuk anak-anak merupakan perkara pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan anakanak ke arah berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh diambil sejak usia mereka masih bayi. Ibu
bapa dapat menaikkan semangat anak-anak untuk menabung dengan meminta mereka
membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa depan mereka kelak. Kata
orang tua, semua orang memerlukan pujian. Dengan hal tersebut, ibu bapa boleh memuji anakanak sekiranya mereka melakukan sesuatu yang baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh
mewujudkan keyakinan anak-anak. Oleh itu, mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa
dengan hati terbuka. Mereka akan belajar pengurusan wang dengan cekap. Amalan menabung
mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji anak-anak dan cara ini dapat
memudahkan penerapan amalan menabung sudah terang seperti murai berkicau hari siang.
Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh teladan yang baik kepada
anak-anak. Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap menabung. Mereka harus menabung
wang bersama dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menunjukkan kepada anak-anak bahawa pada
setiap bulan, mereka menyimpan sejumlah kecil wang di bank atau pejabat pos. Perbuatan ibu
bapa menyimpan wang akan dicontohi oleh anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut oleh
tingkah laku ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu
menujukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat menabung juga. Cuba anda
bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk menabung sekiranya ibu bapa mereka
sendiri seorang yang boros dan tidak pandai menguruskan wang? Hal ini jelas menunjukkan
betapa pentingnya imej yang diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga
mengatakan bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan api; jika
berkawan dengan penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum, Kawan merupakan
magnet sakti yang boleh mempengaruhi anak-anak yang berusia seumur jagung. Ibu bapa harus
menapis kawan anak-anak dan mengelakkan mereka berkawan dengan mereka yang kurang
berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak mudah runtuh sekiranya kegembiraan dan
kemewahan mengaburi mata, bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Oleh itu, ibu
bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur dengan golongan tidak bermoral.
Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Anak-anak hanya tahu menghabiskan
wang dan tidak tahu betapa susah dan payahnya ibu bapa memperoleh wang untuk perbelanjaan
anak-anak. Dengan itu, amalan menabung akan dialpakan dan diketepikan oleh anak-anak. Oleh
itu, ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.
Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan dalam memastikan
amalan menabung menjadi budaya masyarakat kita. Pepatah cina mengatakan Jikalau tiada
wang semua kerja tak terjadi. Peribahasa Melayu pula menunjukkan ada padi semua jadi, ada
beras semua deras. Gambaran ini menunjukkan betapa pentingnya wang dalam zaman
globalisasi yang mengutamakan kebendaan dan material. Kita harus menyemai sifat menabung
dan menjadikan amalan ini sebagai satu tabiat hidup. Pembentukan generasi muda berakhlak
yang merupakan tonggak aspirasi untuk menerajui negara pada masa depan amat diperlukan
untuk merealisasikan kelahiran masyarakat madani. Air bersih, ikannya jernih

Penulisan 10 : Dimensi Keluarga : Peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak,
seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan
yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu
mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang
amat besar terhadap anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan
anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan
gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan
memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang
perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran?
Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam
situasi yang aman dan bahagia. Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah
sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian
dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini
demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah
keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan
keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu
bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap
rumahku syurgaku. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa
gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang
berat. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana
yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan
pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya

memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini
demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan
atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak
lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk
membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan
rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan
mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa
mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti
perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak
lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak
dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran.
Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan
sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama
dan moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi, bak
kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu
bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama dan moral yang
diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Anak-anak
akan dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk. Mereka juga akan menjadi anak-anak
yang lebih bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak
akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral yang cukup ini dapat
membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tegasnya,
ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak
belajar supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu
memberi motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk belajar. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah
menjadi contoh teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi
kelakuan ibu bapa mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa
perlulah menitikberatkan pelajaran anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan
atau tuisyen serta menyediakan buku-buku rujukan yang lengkap untuk memudahkan anak-anak
mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa juga perlulah menyediakan bilik yang
sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar. Ibu bapa perlulah menggalakkan anakanak membaca untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah
membawa anak-anak ke pameran buku, ke kedai buku atau ke perpustakaan. Langkah ini penting
kerana secara tidak langsung anak-anak telah ditanamkan dengan sikap suka membaca. Situasi
ini boleh menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak untuk membaca buku-buku tersebut.
Natijahnya, anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya pengetahuan
dalam kehidupan mereka sehingga mereka berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran.
Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak
sekolah serta bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak. Untuk mengetahui
perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung
dengan pihak sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini penting kerana jika anak-

anak menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak
segera untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-anak pasti dapat diselamatkan
daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa
mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak walaupun dalam kesibukan
bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali
anak-anak meluahkan masalah mereka. Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi
bersama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam
diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan, pasti tidak dapat menumpukan
perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam pelajaran. Oleh itu, jelaslah
bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan
selalu berbincang dengan guru-guru lain agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh
memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan
yang penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi
bubur. Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, anakanak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam masalah
sosial sehingga sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar
dalam mencorakkan masa depan anak-anak khususnya untuk mencapai kejayaan dan
kecemerlangan dalam pelajaran.

Penulisan 8 : Dimensi Keluarga : Peranan ibu bapa dalam usaha memupuk amalan gaya hidup
sihat
Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah melahirkan gaya hidup sihat.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.
Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung
pada masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan
berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan
cara hidup yang tidak sihat sejak kecil lagi seperti menggemari makanan yang mengandungi
kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan

risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, obesiti, darah tinggi, kencing manis dan
sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat. Secara umumnya,
tanggungjawab ini sudah semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang melahirkan anak-anak serta
menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dan keluarga untuk
memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka?
Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak
mereka adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan
dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat.
Ibu bapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi kepada anakanak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana makanan di luar,
khususnya gerai-gerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa digoreng dengan
penuh minyak. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti anak-anak akan
tahu menjaga pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Ibu bapa juga perlu mengurangkan
pengambilan minuman berkarbonat oleh anak-anak kerana minuman sebegini tidak memberikan
apa-apa kebaikan dan mengandungi kandungan gula yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar
untuk minum air kosong atau jus buah-buahan yang asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan
anak-anak mengamalkan pemakanan seimbang dalam memupuk amalan gaya hidup sihat.
Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak.
Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan
anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat
kerana peluh-peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin
badan. Kesannya, anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan
penyakit. Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 20 minit sehari dan tiga kali
seminggu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik, berjoging, berbasikal, berenang
serta mendaki bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja, senaman ini boleh
dilakukan pada awal pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari kerja. Apabila
seseorang itu bersenam dan beriadah, mereka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek
fizikal dan mental bak kata pepatah, badan cergas otak cerdas. Tegasnya, ibu bapa perlulah
melakukan aktiviti senaman dan riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat
dipupuk.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan
secara berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa
anak-anak menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua
kali setahun. Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit
ketika masih di peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi
moden kini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan ini, ibu bapa
dapat mengenali tubuh badan anak-anak mereka dengan lebih baik dan mampu menentukan
pilihan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka tidak
sihat, ibu bapa perlulah segala membawa mereka berjumpa dengan doktor untuk mendapat ubat
serta pengesahan tentang penyakit yang dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah memastikan
anak-anak mematuhi nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Jelasnya,
pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh anak-anak akan memupuk amalan gaya hidup sihat.

Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan kebersihan diri pada
setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas
seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu
dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga
perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci
tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihinggapi lalat
mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil
lewa ibu bapa dalam menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru,
amalan sebegini harus dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-anak agar dapat membentuk
gaya hidup yang sihat apabila mereka dewasa kelak.
Pada masa yang sama, selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, ibu bapa juga seyogia
mendidik ahli keluarga mereka agar menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang
bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit.
Umpamanya, ibu bapa menggalakkan anak-anak mengadakan gotong-royong di rumah setiap
hujung minggu untuk membersihkan kawasan rumah bersama ahli keluarga. Ibu bapa juga boleh
membawa anak-anak menyertai kegiatan gotong royong di taman perumahan dengan
membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih.
Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk,
lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti
pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar.
Dengan cara demikian, ibu bapa dapat melatih gaya hidup yang positif dalam diri anak-anak
mereka sekali gus akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit.
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang
lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna
kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah
mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan
psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Ibu bapa digalakkan menjalin hubungan komunikasi
yang mesra bersama-sama anak-anak atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan
biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan.
Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup
yang sihat ini Peranan ibu bapa mengamalkan cara berkomunikasi berkesan dengan ahli
keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga serta mengamalkan ibadat mengikut agama masingmasing akan memberi impak psikologi yang positif.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi
menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang
itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa
tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat, kekangan di
tempat kerja memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Para ibu bapa perlu
bijak menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar
motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami
boleh menjuruskan ibu bapa pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau
melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda ibu bapa itu maka
semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapai oleh dirinya dan keluarga kelak.
Penguasaan diri yang baik dan pesanan yang sering merangsang anak-anak ke arah positif

menangani cabaran merupakan asuhan yang amat dicontohi oleh anak-anak sehingga mereka
dewasa.
Tambahan pula, untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dalam anak-anak, ibu bapa perlulah
membawa mereka menziarahi orang sakit sama ada saudara-mara, jiran tetangga ataupun rakanrakan. Hari ini kita sihat, tetapi bagaimana pula dengan hari esok? Jika ibu bapa sering melawat
orang yang sedang sakit, nescaya anak-anak mereka juga akan berbuat demikian kerana
bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak tidak seharusnya merasakan bahawa perbuatan
sebegini hanya membuang masa dan merugikan diri kerana ianya sesuatu amalan yang mulia.
Apabila kita menziarahi orang yang sakit, secara tidak langsung kehadiran kita dapat melahirkan
perasaan gembira kepada pesakit dan memberi kekuatan kepada diri pesakit itu untuk melawan
kesakitan yang ditanggung. Perbuatan menziarahi orang yang sakit akan sedikit sebanyak
melahirkan rasa simpati terhadap nasib orang lain dan pada masa yang sama anak-anak akan
bersyukur atas kurniaan sebuah badan yang sihat. Kehadiran kita menunjukkan bahawa kita,
khususnya anak-anak, mengambil berat tentang diri pesakit dan dapat mengurangkan perasaan
sedih pesakit walaupun pepatah menyatakan bahawa berat mata memandang, berat lagi bahu
yang memikul. Tegasnya, amalan menziarahi orang yang sakit oleh ibu bapa dan anak-anak
mampu menanamkan amalan gaya hidup yang sihat.
Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar anak-anak
mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga perlu direhatkan dengan
kadar yang diperlukan untuk mengecas semula organ-organ dalam badan mereka. Bagi anak-anak
yang telah mencapai usia remaja, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari
untuk tidur dengan selesa. Namun, ramai anak-anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur
selepas tengah malam walaupun keesokan merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka
tidak akan berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak bermaya. Malahan, pelajaran anak-anak
juga diganggu dan lama-kelamaan prestasi mereka dalam peperiksaan semakin merosot. Salah
satu langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah menetapkan satu masa yang spesifik untuk
anak-anak masuk tidur dan mestilah dipatuhi dengan sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk
amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat rehat yang secukupnya.
Jika mendaki menuju ke puncaknya, jika berbicara menuju ke noktahnya. Kemelut yang
bersangkut isu peranan ibu bapa telah dikupas dengan mendalam. Berdasarkan perbincangan di
atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar untuk memupuk
amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Amalan ini adalah penting untuk
dilaksanakan agar kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik. Oleh itu,
langkah-langkah di atas perlulah diamalkan oleh anak-anak yang menjadi pemimpin generasi akan
datang bak kata pepatah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semua rakyat Malaysia
haruslah mengamalkan gaya hidup sihat supaya penyakit seperti kencing manis, obesiti, darah
tinggi, sakit jantung dan sebagainya dapat dikurangkan dalam jangka masa yang panjang ini.
Dengan kata lain, segala kelemahan perlu ditangani sebelum padi di sawah menjadi lalang,
sebelum ayam di reban disambar helang. Jelasnya, jika hal-hal yang dinyatakan di atas itu kita
laksanakan, sudah pasti kita memiliki ciri-ciri manusia yang berjaya bak kata pepatah hendak
seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

Penulisan 7 : Dimensi Keluarga : Peranan ibu bapa memupuk semangat patriotik


Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan remaja pada masa ini.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.
Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada telah
membentuk identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum iaitu
Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yang terbentuk pada
masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat membanggakan.
Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damai kerana mereka
mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka. Walau bagaimanapun,
masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangan dunia sehingga mengabaikan
kepentingan semangat patriotik dalam diri mereka. Amat jelas dapat dilihat bahawa masyarakat
kini kurang berpengetahuan tentang sejarah pembentukan negara hasil perjuangan oleh tokoh
pejuang bangsa seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya.
Masyarakat kini kurang bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang terdapat di negara
kita. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat

patriotik dalam jiwa masyarakat. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan
semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam
menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa seharusnya
sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah. Contohnya, ibu bapa
hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ, terdapat pelbagai barang
dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat menimbulkan dan melahirkan minat anak-anak
untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul pembentukan negara dan seterusnya akan wujud
semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Tempat-tempat bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri
Menanti, Kota Belanda di Perak dan sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan. Aktiviti
lawatan ke tempat yang bersejarah merupakan langkah bagai serampang dua mata kerana anakanak bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan
silaturahim yang erat antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh
dijadikan amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan semangat
patriotik dalam jiwa anak-anak.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah atau bukubuku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada anak-anak.
Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak dapat mengetahui lebih banyak
perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku sejarah dan novel dapat membantu menerapkan
semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana buku-buku tersebut mempunyai isi kandungan
yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas menunjukkan bahawa usaha ibu bapa dalam memilih
buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat penting. Oleh itu, ibu bapa haruslah memilih
buku-buku yang tinggi nilai ilmunya dan bukannya buku-buku komik yang tidak bermanfaat.
Dengan membaca buku-buku berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik dapat diterapkan
dalam jiwa anak-anak. Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah dipupuk sejak dari kecil
lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti, mereka
akan sentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca kerana kalau asal benih yang baik jatuh
ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi menjadi penawar.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi role model atau suri teladan kepada anak-anak.
Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan, pertuturan dan pemikiran
mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa
menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh
mengibarkan bendera di rumah atau melakukan aktiviti yang boleh menunjukkan sokongan
terhadap negara. Ibu bapa janganlah menyertai apa-apa protes terhadap negara kerana perbuatan
sedemikian hanya akan menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan betul, tetapi diri sendiri
tidak betul.. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak-anak
kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa boleh membawa anak-anak
menyertai program larian 1Malaysia, ceramah tentang Sejarah Negara, atau lawatan ke Muzium
Negara. Ibu bapa haruslah melakukan usaha dengan sepenuh hati agar anak-anak yang
dibesarkan dapat menjadi insan yang cinta akan negara dan bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu
bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang
berwawasan.
Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwa-peristiwa atau
kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang

bersemangat patriotik. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Sebagai contohnya, sebelum anak-anak masuk tidur, ibu bapa boleh membacakan cerita
mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak seperti kisah perjuangan Datuk Bahaman,
Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Kapten Hasan dan lain-lain ketika menentang Inggeris. Ibu bapa
boleh juga menceritakan sendiri pengalaman nenek moyang terdahulu, betapa mereka menderita
dizalimi dan didera semasa zaman penjajahan di negara kita. Anak-anak yang bijak sudah
pastinya dapat membandingkan kehidupan mereka sekarang berbanding dahulu. Hal ini boleh
menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa juga boleh melayari internet untuk
mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk bercerita kepada anak-anak. Dengan
mempunyai maklumat yang tepat, anak-anak akan mendapat informasi yang betul dan setelah itu,
anak-anak akan sentiasa teringat-ingat tentang kisah sejarah. Mereka akan belajar sesuatu melalui
sejarah lalu timbullah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa
mencari peluang atau kesempatan untuk menceritakan pengalaman diri atau berbincang dengan
anak-anak mengenai topik-topik berunsurkan negara bagi menerapkan semangat patriotik dalam
jiwa anak-anak. Amalan-amalan ini haruslah dilaksanakan dengan berterusan kerana alah bisa
tegal dek biasa. Anak-anak akan cuba mengingati setiap cerita yang pernah didengarnya
terutama tentang sejarah negara. Tegasnya, ibu bapa perlu melaksanakan tanggungjawab dengan
baik bagi membentuk jiwa anak-anak yang bersemangat patriotik.
Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-sambutan negara
seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September dan sebagainya. kita
Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik dapat disemai dalam diri
mereka. Sebagai contohnya, apabila anak-anak dapat bersama-sama mengibarkan jalur
gemilang, mendengar deklamasi sajak serta mendengar cerita-cerita tentang kesengsaraan para
pejuang tanah air untuk memerdekakan negara. Anak-anak dapat melihat sendiri kemeriahan
sambutan kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-sebab sambutan sebegini diadakan.
Kisah di sebalik kemewahan dan kedamaian negara akan dapat dirungkaikan dan seharusnya
dapat menghadirkan keinsafan dalam diri mereka bahawa banyak harta benda dan nyawa yang
harus dikorbankan demi melihat Malaysia gagah seperti sekarang. Dengan menyertai aktiviti
sambutan ini juga, kita akan mendapat peluang untuk melihat persembahan daripada kaum lain
dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan antara kaum akan
tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni yang bersemangat patriotik. Jelaslah bahawa,
jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut hari Kemerdekaan setiap tahun sejak
mereka kecil lagi sudah pasti semangat patriotik dapat dipupuk dengan mudah kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan
yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis Riwayat AtTarmizi ada menyatakan bahawa tiada anugerah yang dapat diberikan oleh seorang ayah kepada
anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia. Hal ini amat jelas membuktikan betapa
besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada pembinaan personaliti anak-anak. Oleh
itu, ibu bapa haruslah melaksanakan tanggungjawab dan peranan bagi melahirkan individu yang
bersemangat patriotik, cinta akan negara dan berwawasan.

Penulisan 6 : Dimensi Keluarga : Peranan ibu bapa memupuk semangat kejiranan

Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Jelaskan peranan
ibu bapa dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Dalam kehidupan sehari-hari, keluar dari rumah, sama ada memandang ke kanan, ke kiri atau
memandang hadapan atau belakang, rumah yang kita lihat ialah rumah jiran. Betapa pun kita
mengasihi adik-beradik dan saudara-mara, namun jarak yang jauh menyebabkan pergantungan
kita terhadap jiran lebih besar berbanding dengan orang yang dekat dengan kita sejak lahir.
Menurut perspektif Islam, konsep jiran meliputi skop yang lebih luas sehingga menjangkau empat
puluh buah rumah atau keluarga yang tinggal berhampiran dengan kita. Semangat kejiranan pula
membawa pengertian jiran tetangga yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur dan bekerjasama
antara satu sama lain. Dalam kehidupan kita, kita dilarang menyakiti hati jiran, sebaliknya diminta
mengambil berat antara satu sama lain dan hidup berlandaskan kasih sayang sesama individu
tanpa mengira keturunan, usia, agama atau pangkat. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa
Jiran Sepakat Membawa Berkat. Jadi, kita perlulah mengutamakan jiran kita dalam kehidupan
dan mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu padu dalam melakukan
sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi yang dipenuhi pelbagai pancaroba
moden, semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat, semakin meluntur. Oleh itu,
semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa wajar mengambil langkah untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang
elektif wajar diambil oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat?
Menyedari hakikat betapa pentingnya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat majmuk di
negara ini, maka usaha perlu dilakukan oleh ibu bapa agar nilai yang berharga ini tidak lenyap
daripada amalan hidup masyarakat kini. Ibu bapa haruslah menyertai aktiviti gotong-royong yang
dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Dalam hal ini. ibu bapa boleh membawa
anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama. Melalui aktiviti gotong-royong, semua penduduk
setempat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan.
Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan berkenal-kenalan antara
satu sama lain dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka
dengan lebih baik dan dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan
bahawa tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dijalankan secara
bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kendurikendara dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong memerlukan
masyarakat bekerjasama bagai aur dengan tebing agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan

dengan lancar dan baik. Melalui cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan mesra
sesama jiran. Mereka juga sedar akan peranan masing-masing dalam sesuatu komuniti. Apabila
dewasa kelak, anak-anak akan melakukan perkara yang sama untuk mengeratkan ikatan
kejiranan. Jelasnya, ibu bapa haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong agar dapat memupuk
semangat kejiranan dalam masyarakat.
Selain itu, ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau role model yang baik kepada anak-anak
sekiranya mahu anak-anak mengamalkan semangat kejiranan dalam diri sendiri. Ibu bapa perlulah
mengamalkan cara hidup seperti aur dengan tebing atau ke bukit sama di daki, ke lurah sama
dituruni dan hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk mencapai keberkatan
dalam hidup. Sebagai anggota dalam sesebuah masyarakat, ibu bapa mesti mempunyai
semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap jiran mereka.. Apabila mengambil berat akan halhal jiran, bukanlah bermaksud kita hendak menjaga tepi kain mereka atau mengambil tahu hal
rumah tangga mereka, tetapi kita mengambil tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh jiran dan
cuba membantu mereka supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh jiran. Hal ini
demikian kerana, dalam kehidupan berkeluarga, setiap keluarga pasti akan menghadapi masalah
dan masalah itu hanya boleh diatasi atau dikurangkan dengan bantuan orang lain. Misalnya,
ketika ketua keluarga sakit tenat, maka ahli-ahli keluarga itu memerlukan bantuan daripada jiran
untuk menghantar ketua keluarga itu ke hospital, memberitahu keluarganya yang tinggal berjauhan
daripada mereka, mendapatkan bantuan nasihat ataupun kewangan dan sebagainya. Sikap
keprihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap jiran, akan menyebabkan anak-anak juga
turut mengambil berat tentang jiran mereka. Tegasnya, ibu bapa yang berjaya menjadi suri teladan
yang baik, sudah pasti mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di samping itu, ibu bapa juga mestilah mengadakan atau menghadiri majlis-majlis rumah terbuka
sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan mulia ini bukan sahaja dapat mengeratkan
hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama. Dalam
majlis tersebut, masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih
dekat. Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya
khabar sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan itu, masyarakat akan
lebih memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini. Sebagai contoh,
majlis-majlis rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas
dan Hari Deepavali hendaklah dijadikan acara tahunan. Kehadiran ibu bapa bersama ahli keluarga
dalam majlis rumah terbuka, bukan sahaja dapat memperkenalkan anak-anak mengenali lebih
dekat adat resam sesuatu budaya malah dapat menanamkan semangat hormat-menghormati
dalam diri anak-anak dan mengamalkan semangat perpaduan. Tegasnya, majlis-majlis rumah
terbuka mestilah diadakan setiap tahun agar mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu
muka dan membentuk masyarakat yang bersatu-padu.
Seterusnya, ibu bapa hendaklah menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi dalam kalangan
masyarakat sebagai langkah untuk memupuk dan meningkatkan semangat kejiranan dalam diri
anak-anak. Dalam hidup bermasyarakat, ibu bapa digalakkan membawa anak-anak-anak
menziarahi jiran tetangga pada masa-masa yang sesuai. Dengan menziarahi jiran, kita akan
mengetahui masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh jiran kita. Semua masalah boleh
diselesaikan bersama dan hal ini akan menjadikan hidup mereka lebih aman dan harmoni
walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa

anak-anak berkunjung ke hospital jika kita mendapat tahu bahawa jiran kita telah dimasukkan ke
hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau mendapat kemalangan. Amalan ini dapat
membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat serta membuang sejauh-jauh sikap
mementingkan diri sendiri dan hidup diibaratkan seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang,
berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang teguh pada prinsip
cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Jadi, melalui lawatan kita, sekurang-kurangnya kita
dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita dan secara tidak langsung, mereka
dapat hidup dengan lebih selesa, aman dan tenang. Anak-anak turut mengambil berat tentang jiran
yang ditimpa masalah sama seperti ibu bapa mereka. Jelasnya, ibu bapa boleh menyemarakkan
budaya kunjung-mengunjungi dalam diri anak-anak untuk memupuk semangat kejiranan.
Akhir sekali, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti
sosial seperti Hari Keluarga. Setiap komuniti, sering mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk
mengukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Aktiviti kerap diadakan sama ada
di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai. Ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama dan
setiap ahli keluarga boleh menyertai permainan yang disediakan. Selain itu, ibu bapa boleh
mendedahkan kepada anak-anak tentang kepentingan hidup berpersatuan dalam masyarakat
setempat yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini
hendaklah melibatkan semua penduduk tempatan sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan
sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa
Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya. Sebagai
contoh, melalui Pertubuhan Rakan Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi
keselamatan kawasan tempat tinggal atau taman untuk mengelakkan berlakunya kejadian-kejadian
yang tidak diingini seperti membunuh, merogol, merompak dan sebagainya. Hal ini dapat kita lihat
dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandarmenyandar atau saling membantu antara satu sama lain dalam kehidupan. Jelasnya, ibu bapa
berperanan penting untuk menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial
sebagai langkah untuk memupuk semangat kejiranan.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat saya simpulkan bahawa semangat kejiranan dalam
setiap individu amat penting untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan membentuk
perpaduan kaum. Walau apa pun keadaan dan di mana-mana pun kita tinggal, kita perlulah
mempunyai jiran yang baik hati, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika
kita dalam keadaan yang susah dan sentiasa menghulurkan bantuan dengan senang hati dan
menghiburkan ketika kita senang. Jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita perlu
menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita berbaik-baik dengan
jiran, maka jiran juga akan berbaik-baik dengan kita. Cogan kata Jiran Sepakat Membawa
Berkat perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jangan kita berasa susah dalam
usaha mengamalkan budaya murni ini. Amalkan dengan hati yang ikhlas, barulah kita memperoleh
keberkatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan
kaum akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha
untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman,
harmoni dan sejahtera. Allah berfirman yang maksudnya, Wahai manusia, sesungguhnya Kami
menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali.

Penulisan 11 : Dimensi Keluarga : Peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.


Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan sahsiah atau keperibadian anak-anak.
Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
Profesor Di raja Ungku Aziz pernah mengatakan bahawa rumah merupakan universiti
pertama bagi anak-anak dan ibu bapa pula merupakan profesor pertama bagi mereka. Kata-kata
ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli keluarga memainkan peranan yang sangat
penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak merupakan anugerah dan amanah
Tuhan yang tidak ternilai. Ibu bapa bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah tangga yang
aman dan damai kerana anak-anak akan berasa bahagia apabila ibu bapa memberikan sepenuh
kasih sayang dan melindungi diri anak-anak mereka. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu
bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Persoalannya, apakah peranan keluarga
khususnya ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak ?
Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan sahsiah anak-anak
dengan memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri anak-anak. Pepatah sering
menyatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Peribahasa ini jelas menunjukkan
bahawa pendidikan agama perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi agar anak-anak
dapat membuka minda serta mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan negatif.
Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan antara baik dan buruk
perlakuan yang akan dilakukan. Selain itu, anak-anak juga akan membesar dengan berpandukan
ajaran agama. Didikan agama yang sempurna merupakan benteng yang ampuh untuk
mengelakkan anak-anak terjebak dalam kancah gejala sosial. Anak-anak yang dibesarkan dalam
keluarga yang mementingkan didikan agama akan menjadi anak yang baik sahsiah dan akhlaknya.
Sebagai contoh, jika sesebuah keluarga mempunyai pegangan agama yang kuat, anak-anak
mereka akan mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu satu tong dirembes, rembesnya
madu juga. Jelaslah bahawa pendidikan agama yang secukupnya sangat penting untuk
membentuk sahsiah anak-anak.
Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa berperanan sebagai suri teladan kepada anakanak bagi memastikan anak-anak mempunyai sahsiah yang baik. Hal ini demikian kerana anakanak yang berusia setahun jagung memang mudah mencontohi sebarang bentuk perlakuan orang
yang lebih dewasa daripadanya. Dengan erti kata lain, sekiranya ahli keluarga yang lebih tua
memiliki sahsiah yang baik, sudah tentu perbuatan ini dapat dicontohi oleh anak-anak kerana
pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sebagai
contohnya, jika ahli keluarga yang lebih dewasa rajin membaca, sudah pasti anak-anak yang
terdidik dalam suasana demikian akan mencontohi perbuatan ahli keluarga yang gemar membaca.
Tokoh-tokoh pujangga pernah menukilkan bahawa kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi
pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar. Pernyataan di atas
jelas menunjukkan betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh sesebuah keluarga dalam
pembentukan sahsiah anak-anak. Ibu bapa perlulah menjadi suri teladan yang boleh dicontohi
anak-anak. Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak di peringkat awal.

Sekiranya corak yang dilakar menarik dan cantik, maka akan baik dan eloklah pembentukan
akhlak anak-anak. Anakanak yang sering mencontohi perbuatan ibu bapa yang baik , tidak akan
sesekali cuba melakukan sesuatu yang boleh menconteng arang atau menjatuhkan maruah
keluarga. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anakanak.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah melatih anak-anak agar saling bekerjasama dan
berkasih sayang bagi melahirkan anak-anak yang bersahsiah mulia. Dalam hal ini, ibu bapa
perlulah memberikan sepenuh kasih sayang kepada diri anak-anak bagai menatang minyak yang
penuh agar anak-anak tahu menghargai hidup untuk saling berkasih sayang. Ibu bapa perlu
meletakkan panggilan manja untuk anak-anak seperti panggilan Kak Long atau Abang Long bagi
anak sulung dan Kak Ngah atau Abang Ngah bagi anak kedua supaya kemesraan dan kasih
sayang sesama ahli keluarga tidak luput. Budaya terima kasih juga perlu diajarkan kepada anakanak supaya wujud rasa penghargaan terhadap orang lain setiap kali menerima bantuan. Ibu
bapa juga hendaklah melatih anak-anak bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara dan kerja
rumah agar anak-anak membesar dalam suasana yang saling bekerjasama. Perbuatan seperti ini
akan terbawa-bawa apabila anak-anak sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri. Jelasnya,
ibu bapa yang berperanan untuk mewujudkan kerjasama dan kasih sayang dalam kalangan ahli
keluarga akan dapat melahirkan warga yang bersatu-padu dan saling menghormati.
Seterusnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak cara hidup sederhana dan
bertanggungjawab. Ibu bapa harus menyediakan jadual tugasan di rumah supaya anak-anak lebih
bertanggungjawab. Anak-anak perlu diajar tentang pengurusan diri seperti membasuh baju,
menggosok pakaian dan menyimpan baju dalam almari. Anak-anak juga perlu diajar supaya
bersifat sederhana dan bersyukur dengan apa-apa sahaja yang ada di rumah mereka. Hal ini amat
penting untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki. Ibu bapa
juga perlu menerapkan nilai kesederhanaan diri anak-anak di rumah agar anak-anak dapat
menjadi insan yang sentiasa berjimat cermat dan tidak boros dalam berbelanja. Anak-anak yang
sudah diterapkan dengan hidup yang sederhana akan membesar sebagai seorang yang
sederhana sikapnya, tidak sombong dan tidak berlebihan dalam sesuatu perkara. Anak-anak juga
melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hal ini
penting bagi melahirkan generasi masa depan yang berpandangan jauh. Tegasnya,
pembentukan sahsiah anak-anak yang baik dapat dilahirkan sekiranya ibu bapa mendidik anakanak tentang cara hidup yang sederhana dan bertanggungjawab.
Akhir sekali, ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak geri anak-anak khususnya
anak-anak yang sudah meningkat remaja. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mengetahui aktiviti yang
dilakukan oleh anak-anak mereka serta mengetahui latar belakang rakan sebaya anak-anak.
Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar terhadap masa
depan anak-anak kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala
tindakan atau kelakuannya kerana mereka mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama.
Ibu bapa tidak wajar memberi kebebasan yang sepenuhnya kepada anak-anak. Hal ini demikian
kerana anak-anak yang diberi kebebasan penuh oleh ibu bapa dibimbangi akan terjebak dengan
perbuatan tidak bermoral yang boleh menconteng arang di muka keluarga. Oleh itu , ibu bapa
perlulah mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap anak-anak pada setiap masa agar ibu
bapa boleh bertindak lebih awal, bak kata pepatah, beringat sebelum kena , berjimat sebelum
habis. Ibu bapa perlulah mengambil berat dengan siapa anak mereka berkawan atau bersahabat

dan mengetahui tujuan anak keluar rumah dan balik lewat ke rumah. Sekiranya ibu bapa bertindak
awal, sudah pasti masa hadapan anak-anak dapat diselamatkan. Jelasnya , ibu bapa perlulah
memantau serta mengawasi gerak-geri anak-anak agar dapat melahirkan anak yang berperibadi
mulia.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Untuk melahirkan anak-anak yang
bersahsiah baik, ibu bapa perlulah menyedari akan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak
menjadi insan yang mulia. Setiap ahli keluarga perlulah melengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan dan ilmu keibubapaan. Hal ini penting kerana pembentukan sahsiah anak-anak
harus bermula dengan diri keluarga itu sendiri. Ibu bapa harus membetulkan diri mereka terlebih
dahulu agar anak-anak dapat mencontohi segala perlakuan dan keperibadian mereka. Tegasnya,
rumah tangga merupakan kebun yang subur untuk melahirkan insan yang berjiwa luhur dan
bersahsiah mulia.

Penulisan 12 : Dimensi Keluarga : Usaha Ibu Bapa Menjadikan Anak-anak Insan yang Berguna
Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka
itu tercapai.
Anak-anak yang sihat serta memperlihatkan kecemerlangan diri merupakan idaman setiap ibu
bapa. Dalam hal ini, ibu bapa bertanggungjawab penuh untuk merealisasikan hal tersebut. Setiap
ibu bapa mengharapkan anak-anaknya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan
negara. Mereka perlu berusaha untuk merealisasikan impian itu dengan mengaplikasikan
kemahiran keibubapaan ke tahap yang paling optimum. Jika hal ini dipraktikkan, harapan untuk
memiliki anak-anak yang berguna akan dapat direalisasikan. Persoalannya, apakah usaha-usaha
yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka tercapai?
Usaha paling asas yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka
menjadi insan yang berguna ialah mewujudkan suasana kekeluargaan yang saling berkasih
sayang. Ibu bapa haruslah memahami bahawa anak-anak memerlukan perhatian dan kasih
sayang mereka. bu bapa boleh mencurahkan kasih sayang sama ada berbentuk luahan kata dan
perbuatan yang secukup kepada anak-anak agar anak-anak berasa diri mereka diambil berat dan
tidak diabaikan oleh ibu bapa. Misalnya, ibu bapa haruslah memberikan pujian kepada anak-anak
sama ada dengan cara memberikan hadiah ataupun dengan mengucapkan kata-kata positif
apabila anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini penting kerana sepatah kata yang

positif daripada ibu bapa dapat menyuntik semangat dan memberikan dorongan serta motivasi
kepada anak-anak untuk terus berusaha mencapai kejayaan kerana pepatah menyatakan rajin dan
usaha, tangga kejayaan. Kajian menunjukkan bahawa punca kebanyakan anak menjadi sampah
masyarakat adalah kerana keadaan rumah tangga yang porak-peranda di samping sikap ibu bapa
yang materialistik dan mementingkan kerjaya. Sebagai contohnya, banyak ibu bapa yang
menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pembantu rumah sepenuhnya. Hal ini
menyebabkan anak-anak berasa tersisih dan diabaikan lalu melakukan perkara-perkara negatif.
Tegasnya, anak-anak akan menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama,
dan negara jika keluarga yang saling berkasih sayang dan mengambil berat dapat diwujudkan.
Selain itu, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna juga, ibu bapa perlu
menyediakan kediaman yang menepati konsep Rumahku Syurgaku demi keselesaan anakanak. Ibu bapa perlulah mewujudkan rumah tangga yang aman dan damai supaya anak-anak
berasa tenang ketika berada di rumah. Setiap ibu bapa perlulah mengelakkan pertelingkahan di
hadapan anak-anak. Ibu bapa hendaklah mengucapkan kata-kata yang lemah-lembut agar anakanak mendengar segala arahan dan nasihat daripada ibu bapa. Bagi mewujudkan keselesaan
dalam rumah tangga, ibu bapa perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk ahli
keluarganya seperti bilik tidur yang mencukupi, bilik untuk anak-anak belajar dan bilik untuk anakanak menonton televisyen atau bermain komputer. Sudah terbukti bahawa anak-anak yang tinggal
di kediaman yang kurang selesa cenderung untuk melepak dan sesetengahnya tidak pulang ke
rumah. Amalan melepak ini mendedahkan anak-anak kepada pelbagai bentuk gejala negatif
seperti merokok, menagih dadah dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku di bandar-bandar besar,
khususnya di kawasan-kawasan setinggan. Oleh hal yang demikian ,ibu bapa perlu menyediakan
kediaman yang selesa untuk anak-anak mereka sekiranya mereka menginginkan anak-anak
mereka menjadi insan yang berguna dan menyayangi keluarganya.
Di samping itu, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, setiap ibu bapa
haruslah memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi
kerana pepatah menyatakan bahawa kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya dan
asas pendidikan bermula dari rumah.. Didikan agama yang sempurna dapat membentuk akhlak
dan pekerti mulia kepada anak-anak di samping membantu mereka mengetahui batas hidup yang
betul. Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan baik atau buruk
sesuatu perkara dan anak-anak membesar dengan berpandukan ajaran agama. Sebagai contoh,
jika keluarga tersebut berasal dari keluarga yang baik, kebiasaannya keturunannya akan baik. Jika
ibu bapa mempunyai pegangan didikan agama yang kuat, anak-anak mereka juga akan
mempunyai tingkah laku yang baik kerana madu satu tong dirembes, rembesnya madu juga, dan
bagaimana acuan begitulah kuihnya. Dengan kesempurnaan didikan agama, anak-anak dapat
mengawal diri daripada melakukan maksiat seperti meragut, berfoya-foya dan sebagainya.
Tegasnya, didikan agama yang sempurna dapat merealisasikan impian ibu bapa untuk memiliki
anak-anak yang berguna.
Seterusnya, untuk memastikan anak-anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa mestilah
menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak, bak kata pepatah bagaimana acuan
begitulah kuihnya. Ibu bapa janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Ibu bapa meminta anak-anak menunjukkan contoh terbaik sedangkan mereka tidak menunjukkan
contoh yang baik kepada anak-anak. Gaya mendidik anak-anak seperti ini tidak akan berkesan.
Peribahasa Melayu bapa borek anak rintik sudah jelas membuktikan bahawa segala tindak

tanduk ibu bapa akan menjadikan ikutan anak-anak, kerana anak-anak biasanya meniru tingkah
laku dan percakapan ibu bapa. Anak-anak yang membesar di bawah didikan ibu bapa yang
berjaya menjadi suri teladan yang baik akan menjadi insan yang baik dan bertanggungjawab. Oleh
itu, ibu bapa haruslah sentiasa menjaga tingkah laku dan mengelakkan penggunaan bahasa yang
kasar dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini demikian kerana keperibadian ibu bapa menjadi
penentu tingkah laku anak-anak pada masa hadapan. Jelasnya, ibu bapa harus menjadi contoh
teladan yang baik agar anak-anaknya turut menjadi insan yang baik dan berguna.
Tambahan lagi, ibu bapa perlulah bersedia untuk menerima sebarang teguran daripada orang
lain berkaitan dengan tingkah laku anak-anak mereka dengan hati terbuka. Sebagai ibu bapa yang
bertanggungjawab dan ingin membentuk anak mereka menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak
sepatutnya menyebelahi anak-anak mereka apabila orang lain memberi teguran. Hal ini demikian
kerana teguran yang diberi itu bukanlah untuk memburuk-burukkan anak mereka tetapi untuk
membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh anak mereka. Dalam konteks ini, falsafah
menjaga tepi kain orang lain dalam masyarakat adalah untuk kebaikan bersama dan ibu bapa
perlulah menerimanya secara positif. Berdasarkan teguran yang diberikan, ibu bapa perlulah
segera membetulkan kesilapan anak dan mencari punca anak mereka berbuat kesilapan
sedemikian rupa agar anak mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama. Jadi, untuk
membentuk anak menjadi insan yang berguna, ibu bapa perlu menerima kritikan dan teguran
orang lain dengan hati yang terbuka. Peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna atau sudah terhantuk baru tengadah sewajarnya menjadi panduan kepada ibu bapa.
Akhir sekali, ibu bapa perlu sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan anak-anak sama
ada dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah anak-anak. Sikap prihatin dan ambil berat
ibu bapa menyebabkan anak-anak berasa diri mereka diutamakan. Untuk tidak mengecewakan ibu
bapa, anak-anak akan berusaha meningkatkan kecemerlangan sama ada dalam aspek kurikulum
ataupun kokurikulum. Hubungan ibu bapa dengan guru-guru sekolah juga memberikan impak
kepada tahap sahsiah anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlu menjalinkan hubungan yang
baik dengan guru di sekolah sama ada guru disiplin, guru kelas atau guru mata pelajaran. Ibu bapa
perlu sering berkunjung ke sekolah untuk mengikuti perkembangan kemajuan anak-anak dalam
bidang pelajaran dan berbincang dengan guru disiplin sekolah berkaitan akhlak dan sikap anakanak di sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengawasi tingkah laku anak-anak di luar rumah
serta mengenali rakan-rakan mereka. Ibu bapa juga perlulah bertanya kepada anak sebab-sebab
anak-anak keluar rumah atau pulang lewat. Tuntasnya, ibu bapa perlu memantau perkembangan
pendidikan dan sahsiah anak-anak agar mereka jadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha untuk membentuk
anak-anak menjadi insan yang berguna memerlukan pengorbanan dan kesabaran ibu bapa. Untuk
mendidik anak-anak menjadi seorang insan yang berguna bukanlah satu tugas yang mudah.
Semua ini perlu dilakukan melalui proses pendidikan sedikit demi sedikit dan dengan penuh
kesabaran. Oleh itu, perancangan yang teliti dan sistematik perlu dilakukan oleh ibu bapa secara
istiqamah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Setiap ibu bapa juga
mengharapkan anak mereka dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara serta
mempertahankan maruah keluarga. Tegasnya, tiada ibu bapa yang mahu melihat anak-anak
mereka jadi sampah masyarakat yang bukan sahaja tidak memberikan sebarang sumbangan
kepada masyarakat dan negara malah membawa masalah serta menjatuhkan keluarga kita.