Anda di halaman 1dari 5
TERAPI BERMAIN Dalam tugasan ini saya memuat turun dua petikan video berkaitan perlaksanaan terapi bermain kanak-kanak dalam internet Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi_ main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya tethadap aktiviti yang dijalankan Menurut Thompson dan Henderson (2007 : 415) pula terapi bermain adalah penggunaan model-model teoritis secara sistematis untuk menjalin sebuah proses interpersonal dimana seorang terapis menggunakan kekuatan-kekuatan terapetik dari kegiatan bermain, untuk membantu para klien dalam mencegah atau mengatasi masalah-masalah psikososial dan mencapai taraf pertumbuhan dan perkembangan secara optimal. Konsep terapi bermain ialah melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia, ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain serta kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing Proses terapi bermain mempunyai beberapa tahap iaitu tahap satu sehingga tahap keempat. Tahap satu ialah perasaan diterima akibat hubungan erat yang terbina. Misalnya dalam video yang dimuat turun, kaunselor menyedarkan murid bahawa mereka diterima dengan bermain puppet dengan kanak-kanak. Ini dapat memupuk perasaan diterima serta membina hubungan yang erat. Tahap kedua pula meluahkan perasaan secara yang terpendam. Contohnya, dalam video tersebut kaunselor menulis senarai perasaan dan meminta murid meletakkan butang ke atas senarai perasaaan serta mewarna mengikut perasaan yang dialamai. Dalam video ini juga murid dan kaunselor bermain dengan menggunakan puppet. Dengan ini murid dapat meluahkan perasaan yang terpendam seperti gembira, sedih, marah, kecewa dan sebagainya kepada kaunselor. Apabila berlakon mereka mengeluarkan perasaan sebenar. Contohnya dalam video ini kaunselor menanya “adakah kamu suka pergi ke sekolah, adakah suka membuat kerja rumah" semasa berlakon dengan menggunakan puppet. Dengan ini kaunselor dapat memahami perasaan murid dan perwatakan murid tersebut. Tahap ketiga, penerokaan peristiwa jaitu mencari punca masalah atau meneroka masalah dengan mendalam. Misalnya dalam video ini kaunselor menanya “kenapa kamu rasa sedih dan gementar’ dan sebagainya. Seterusnya murid menjawab soalan tersebut dengan jelas. Dengan ini kaunselor dapat mengetahui sebab utama sesuatu masalah berlaku. Akhimya tahap keempat bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih Contohnya kaunselor bertindak mengikut jalan penyelesaian yang dipilih. Misalnya dalam video ini guru bertindak berlakon dengan menggunakan puppet. Dengan ini murid dapat menyatakan perasaan mereka semasa berlakon Terdapat beberapa langkah untuk melaksanakan terapi bermain. Langkah pertama ialah bilik terapi. Kelengkapan bilik terapi bersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak. Contohnya dalam video yang dimuat turun bilik terapi sangat sesuai untuk kanak-kanak. Hal ini kerana bilik terapi sangat bersih, tenang, selamat serta mempunyai bahan-bahan resos seperti patung, pasir, berus warna warna, serta alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan segainya Selain itu bilik terapi periu mempunyai media mainan. Misalnya dalam video tersebut, bilik terapi mempunyai media mainan seperti puppet, patung, pasir, alat- alat melukis serta mewarna dan sebagainya. Ini mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak. Kanak-kanak berasa gembira dengan media mainan yang sedia ada. Seterusnya bilik terapi merupakan peluang untuk menguji realiti kanak- kanak. Contohnya dalam video tersebut, kaunselor dapat memahami perasaan serta perwatakan sebenar kanak-kanak dengan media mainan puppet. Dengan puppet kaunselor dapat mengenalpasti bahawa murid tersebut tidak suka matapelajaran matematik dan tidak suka untuk membuat kerja rumah yang diberikan ke sekolah Media mainan dibekalkan untuk kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini. Misalnya dalam video puppet diberikan untuk mengeluarkan perasaan serta masalah yang dialami. Kanak tersebut menjawab semua soalan serta perasaan dengan menggunakan puppet Selain itu media mainan perlu mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak. Dalam video tersebut, puppet mudah dimanupulasi dan digunakan oleh kanak tersebut. Terdapat beberapa Kategori mainan iaitu mainan mencirikan kehidupan sebenar. Misalnya set permainan pekerjaan seperti polis, doktor dan tukang masak serta set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon. Dalam video tersebut, kaunselor mengadakan set permainan di sekolah. Misalnya dialog antara rakannya di sekolah, Kaunselor sabagai rakan menanya soalan manakala kanak tersebut menjawab semua soalan Selain itu terdapat juga mainan bercirikan luahan perasaan agresit seperti gari, penukul, peralatan military, topeng serta mainan bercirikan luahan perasaan kreatit seperti crayon, playdoh, kad, boneka bekas air di dalam terapi bermain. Dalam video, kaunselor menggunakan mainan bercirikan luahan perasaan kreatif iaitu puppet. Puppet menarik perhatian kanak tersebut.. Dengan ini, dia meluahkan perasaan kepada kaunselor tanpa berasa takut Sebelum memulakan terapi bermain, guru menerangkan cara bermain sesuatu permainan dengan jelas. Dalam video klip tersebut, kaunselor memberi arahan yang jelas sebelum memulakan sesuatu permainan Salah satu kebaikan terapi bermain ialah mengurangkan masalah tingkah laku. Contohnya apabila terapi bermain diadakan, kaunselor dapat mengesan masalah murid dan seterusnya dapat mengambil tindakan sesuai untuk mengurangkan masalah tingkahlaku yang tidak diingini. Dalam video tersebut kaunselor dapat mengenalasti masalah bahawa murid tersebut tidak suka pergi ke sekolah. Dengan ini kaunselor dapat mengambil tindakan yang sesuai untuk menarik perhatian murid untuk kke sekolah. Selain itu terapi bermain meningkatkan komunikasi. Contohnya dalam video, apabila bermain dengan menggunakan puppet murid berkomunikasi antara satu sama lain. Dengan ini murid dapat meningkatkan perbendaharaan kata, tatabahasa cara menggunakan bahasa, bahasa yang betul semasa berkomunikasi dan sebagainya. Dengan ini murid dapat meningkatkan kemahiran komunikasi serta berani untuk berkomunikasi Tambahan pula terapi bermain membantu kanak-kanak menilai diri sendiri Dengan terapi bermain, kanak dapat menilai kelebihan dan kekurangan diri sendiri Contohnya dalam video, apabila bermain mereka dapat mengesan kelebihan dan kelemahan. Mereka dapat mengesan kelebihan dari segi mewarna, bercakap dengan menggunaan puppet dan sebainya. Ini membantu mereka untuk memperbaiki kelemahannya, serta dapat meningkatkan kemampuannya Terapi bermain juga meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang Dengan terapi bermain kanak-kanak dapat mempercayai sesorang dan berkongsi masalah mereka. Dalam video tersebut, kanak mempercayai kaunselor dan berkongsi masalah seperti ‘tidak suka matapelajaran Matematik', sebab berasa sedih dan gementar sebagainya Selain itu terapi bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri, Misalnya semasa bermain mereka membuat keputusan sendiri untuk bermain permainan. Dalam video, murid membuat keputusan sendiri memilih barang permainan iaitu puppet. Terapi bermain menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan Misalnya dalam video tersebut murid tidak berasa takut untuk meluahkan perasaan perasaannya kerana ia merupakan tempat yang selamat untuk berkongsi masalah serta perasaan. Unsur kerahsiaan tidak perlu dibimbang kerana guru cekap menyimpan masalah sesorang Terapi main membantu murid mununjukkan koritmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan. Contohnya dalam video tersebit, murid menumpukan sepenuh perhatian kepada aktiviti permainan. Dia mendengar arahan dengan teliti dan seterusnya bermain permainan dengan betul Ini membantu murid menunjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya tethadap sesuatu aktiviti yang dijalankan Terapi bermain membantu memupuk keyakinan diri dalam kalangan murid Dalam video tersebut murid berkeyakinan untuk bermain permainan puppet mewarna dan serta berani menjawab semua soalan yang diajukan semasa berlakon dengan menggunakan puppet. Dengan terapi bermain murid Kebolehan memberi pendapat Salah satu kelemahan dalam terapi ini ialan kos kewangan yang tinggi Contohnya guru bimbingan dan kaunseling memerlukan kos yang tinggi untuk membeli barang-barang permainan seperti patung, puppet, topeng, crayon dan sebagainya. Selain itu terapi bermain memerlukan tempat yang besar dan luas untuk kanak-kanak bermain. Terapi bermain juga tidak dapat diaplikasikan di rumah Seterusnya kepakaran yang terhad dalam terapi bermain. Guru tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran yang mandalam dalam terapi bermain. Tambahan pula kerjasama ibubapa, guru serta murid adalah kurang baik. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan dalam terapi bermain Kelemahan yang seterusnya ialah murid tidak mematuhi arahan guru. Guru perlu menerangkan peraturan permainan dengan jelas sebelum memulakan sesuatu terapi. Selain itu, murid tidak mengikut giliran yang ditetapkan. Ini menyebabkan pergaduhan antara murid lain Kesimpulannya, terapi bermain sangat berkesan untuk seseorang murid. la merupakan satu aktiviti yang memberikan kegembiraan dan keseronokkan. Dengan terapi bermain murid dapat berkongsi masalah, membina keyakinan, membuat keputusan dan sebagainya

Anda mungkin juga menyukai