Anda di halaman 1dari 19

Seni Dalam Pendidikan

PENDAHULUAN

eni merupakan satu cara komunikasi. Penghubungkaitan seni boleh


disamakan

dengan

program

antara

disiplin

dalam

seni.

Ianya

berperanan sebagai satu strategi pendidikan bagi membantu melahirkan


pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan aspek social agar

dihormati, meggalakkan kepimpinan, inisiatif dan inovatif, di mana setiap murid akan
mencapai kecemerlangan akademik.
Ianya mengaitkan sejarah, matematik, kajian social, bahasa dan fizikal
meletakkan keseluruhan kurikulum ke dalam konteks kehidupan sebenar. Seni
sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan muridmurid. Bagi memberikan gambaran awal mengenai konsep, matlamat, objektif
kepentingan dan sebagainya berkaitan dengan subjek seni dalam pendidikan (SDP),
tugasan projek SDP ini telah diberikan.
Terdapat 2 tugasan utama yang diberikan dalam Tugasan Projek SDP ini iaitu
tugasan pertama adalah menghasilan satu rancangan pengajaran dan pembelajaran
harian yang menggabungkan SDP sebagai strategi penyampaian p&p subjek major
iaitu matematik.
Manakala, tugasan kedua pula adalah menghasilkan satu esei yang
membincangkan sejauh mana mata pelajaran SDP dapat mewujudkan pembelajaran
yang optimum, bersepadu dan menyeronokkan dalam aplikasi p&p mata pelajaran
lain.
Justeru itu, tugasan projek ini akan menerangkan dengan lebih mendalam lagi

16

mengenai kedua- dua tugasan tersebut .

Seni Dalam Pendidikan

Mata pelajaran

: Matematik

Bidang

: Sukatan dan Geometri

Tajuk

: Masa dan Waktu

Hari

: Isnin

Masa

: 8.00 hingga 9.00 pagi (60 minit)

Kelas

: 3 Amanah

Bilangan murid

: 20 orang (11orang perempuan dan 9 orang lelaki)

Standard Kandungan

: Murid dibimbing untuk:


10.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit.

Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk:


(i) Menyatakan waktu dalam jam dan minit.
Fasa
1. Persediaan

Cadangan Aktiviti
Cadangan Komunikasi
a. Murid membuat permerhatian i. Apakah situasi harian

Pemerhatian

terhadap gambar-gambar situasi yang dipaparkan?

dan Analisis

yang dipaparkan.

Bangun tidur
Gosok gigi
Mandi
Pergi/pulang sekolah
Membaca buku
Beriadah/ bermain bola/
bersukan
Menonton televisyen
Tidur
ii. Waktu bilakah aktivitiaktiviti ini dijalankan?
1. Pagi
2. Tengahari

16

3. Petang

Seni Dalam Pendidikan

4. Malam

b. Guru bersoal jawab dengan


murid bagi mendapatkan respon
2. Imaginasi

serta menguji pemahaman murid.


a. Berdasarkan situasi tersebut i.

Penjanaan

murid menyatakan masa aktiviti berdasarkan

Idea

dijalankan.
b.

Guru

Murid

menyatakan
pengalaman

dan idea masing-masing:


bersoal

jawab

dan

mencungkil maklumat daripada

Aktiviti: Bangun tidur

murid.

Masa : 5.30 pagi/ 6.00 pagi/


6.30 pagi dan lain-lain
Aktiviti: Mandi
Masa : 6.00 pagi/6.30 pagi/
7.00 pagi /6.00 petang/ 6.30
petang dan lain-lain
Aktiviti:

Bermain

bola/

beriadah/ bersukan
Masa : 4.30 petang/ 5.00
Sintesis Idea

petang dan lain-lain


c. Guru memaparkan pelbagai
aktiviti harian murid.

ii. Apakah aktiviti yang


dipaparkan?
iii. Waktu bilakah ianya
berlaku?
iv. Kenapa ia perlu
dilakukan?

d.

Guru

16

jawapan

menerima
yang

apa

jua Guru diminta membimbing

diberikan murid tentang keperluan

Seni Dalam Pendidikan

berdasarkan

aktiviti

harian bangun awal, gosok gigi,

mereka.

mandi, beriadah, menonton


televisyen dan sebagainya.

3. Perkembangan
Penambahbaikan

Terapkan nilai-nilai murni.


a. Guru menunjukkan beberapa i. Murid menjawab:
jenis jam kepada murid. Guru

Jam randik

bertanyakan jenis jam tersebut.

Jam loceng
Jam tangan
Jam dinding
Jam besar
Guru menegaskan ada dua
jenis jam iaitu jam analog
dan jam digital.
ii. Ada berapa jarum pada
setiap muka jam?

b.

Menilai

Guru

membimbing

murid

membaca jam.

iii. Namakan jarum-jarum

c. Guru menegaskan terdapat jam tersebut.


jarum jam (pendek) dan jarum
minit (panjang) pada muka jam.

iv.

Jika

jarum

panjang

menunjukkan angka 1, ia
menandakan 5 minit.
Guru

perlu

menegaskan

setiap senggat menunjukkan


Jarum
jam

Jarum
minit

d. Guru membimbing murid


membaca jam.

1 minit bagi setiap gerakan


jarum minit.
Gandaan

menunjukkan

minit bagi setiap angka pada

16

muka jam (sifir 5).

Seni Dalam Pendidikan

v. Pukul berapakah muka


jam di sebelah?

e. Guru bersoaljawab dengan


murid.
f. Guru mempelbagaikan soalan.

4. Tindakan

a. Edarkan lembaran kerja kepada i. Baca muka jam.

Pelaksanaan

setiap murid.

ii. Lukiskan jarum jam dan

Amalan

b. Bincang jawapan murid.

minit (masa diberikan).

Berterusan
Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid membaca muka jam,


menyatakan masa dalam jam dan minit serta melukis jarum jam

16

Nilai dan Sikap

dan minit berdasarkan masa diberi.


Kerjasama, menghargai masa, bertoleransi, berdaya saing

Seni Dalam Pendidikan

Lembaran Kerja 1
Nama: _______________________________

Kelas: ____________

Nyatakan masa yang ditunjukkan.

Lukiskan jarum jam dan jarum minit berdasarkan waktu diberi.

1.15 tengahari

2.35 petang

7.20 pagi

16

9.55 malam
6.23 petang
12.59 malam
Sejauh manakah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dapat mewujudkan
pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyeronokkan, dalam aplikasi
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain?

Seni Dalam Pendidikan

Seni adalah bahasa visual yang sukar difahami


tetapi

indah

untuk

direnungi,

begitulah

pandangan yang dinyatakan oleh John Ruskin


dalam pendahuluan bukunya Modern Painter

edisi pertama yang diterbitkan sejak 1888. Seni juga merupakan suatu bentuk dari
pencerminan kehidupan manusia. Namun, biar apapun kesimpulan serta pandangan
yang diberikan, makna seni itu sendiri cukup menarik untuk dilihat dan direnungi
dalam konteks perkembangan mutakhir seni tampak di negara ini.
Seni bukan sahaja sebagai elemen yang memaparkan estetika dan kehalusan
tetapi sebuah medium yang boleh menghubungkan antara masyarakat, bangsa dan
negara. Dengan kata lain, seni mampu memikul pelbagai fungsi termasuk sebagai
medium komunikasi dan penyatuan. Seni sebenarnya adalah hasil daripada
pemikiran kreatif dan kritis seseorang manusia yang diolah secara halus dan
sederhana.
Seni

juga

diaplikasikan

dalam

pengajaran.

Pengajaran

memerlukan

pemahaman dan pemahaman pula memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif.
Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam
jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang
individu. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, ianya sudah pasti dapat
mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu dan menyeronokkan.
Seni Dalam Pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudkan bagi
membantu perkembangan yang seimbang individu itu sama ada dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan juga social (JERIS) sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru
permulaan dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti
seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain.
Seni

Dalam

Pendidikan

merupakan

sesuatu

yang

baru

dan

ianya

menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni

16

muzik dan juga seni pergerakan. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan,

Seni Dalam Pendidikan

manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan
seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari.
Bagi elemen pertama iaitu seni visual, warna merupakan unsur yang sangat
penting. Warna dapat dibahagikan kepada tiga yang utama iaitu warna primer, warna
sekunder dan juga tertier. Kesemua warna ini sebenarnya wujud disekeliling kita.
Contoh-contohnya adalah seperti warna biru yang dapat dilihat pada lautan yang
luas, warna hijau yang terdapat pada daun, warna warni yang terdapat pada pelangi
dan sebagainya. Penggunaan warna juga turut memberi kesan kepada manusia.
Warna yang digunakan memberi kesan terhadap personaliti, budaya dan juga
psikologi seseorang.
Terdapat juga warna panas dalam seni visual. Sebagai contoh, warna merah
yang menggambarkan perasaan marah, semangat keberanian dan juga keceriaan
dalam diri seseorang. Misalnya, jika seseorang individu itu mengenakan pakaian
yang berwarna terang seperti oren dan merah, semestinya tanggapan yang wujud
ialah dia seorang berani kerana memilih warna tersebut sebagai pilihan. Warna sejuk
pula memberi kesan yang lebih tenang dan nyaman dalam sesuatu hasil seni visual.
Ianya juga menggambarkan emosi sedih dan juga sayu seseorang.
Seni visual sebenarnya bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap
nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif.
Seni visual ini memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi
visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka
bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan
idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina
keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Bagi elemen kedua pula iaitu seni muzik, irama merupakan unsur yang
terpenting. Tanpa irama maka muzik tidak dapat berdiri dengan sempurna. Irama
dapat dinyatakan sebagai sesuatu atau rentak yang berlaku secara berulang.
Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang
menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar

16

muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan

Seni Dalam Pendidikan

menemui pelbagai irama. Sebagai contoh, bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung,
bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud di
sekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Kanakkanak juga mampu menghasilkan irama mereka sendiri. Ini dapat dilihat ketika
mereka berkawad, menepuk tangan, mengetuk meja dan sebagainya. Kepelbagaian
irama yang dihasilkan tersebut akan menghasilkan muzik yang menarik.
Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam
irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke
kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat merangsang
minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa
kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar
dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang
dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai
sesuatu aktiviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa
lebih seronok melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.
Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik
apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang
mereka dengar.
Bagi elemen terakhir iaitu seni pergerakan, ruang menjadi unsur utama bagi
elemen ini. Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling
sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita
seharian, kita memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna.
Penggunaan ruang yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan
dan menjadikan ruang tersebut lebih selamat. Menurut Howard Gardner (1983),
kecerdasan ruang melibatkan kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih
tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang
cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan
berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat P&P tersebut.
Seni pergerakan sebenarnya membolehkan perkembangan yang menyeluruh
bagi diri kanak- kanak iaitu perkembangan fizikal dan psikologi, kebolehan untuk

16

belajar dan kemampuanuntuk bergaul antara satu sama lain. Perasaan terhadap diri

Seni Dalam Pendidikan

sendiri dan perhubungan dengan persekitarannya turut berkembang melalui


pergerakan yang dilakukan itu.
Ketiga- tiga elemen yang terdapat dalam mata pelajaran Seni Dalam
Pendidikan ini meliputi tiga unsur utama iaitu warna, irama dan juga ruang yang
mana merupakan elemen yang senantiasa wujud di sekeliling kana-kanak. Melalui
kewujudan unsur-unsur ini, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang baru di
sekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Mereka juga digalakkan
mencuba untuk meneroka sesuatu yang baru dengan dibantu oleh guru sebagai
pembimbing.
Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,
bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan.
Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menangani dan
menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih
efektif dan proaktif.
Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut
ahli piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh
sesuatu ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan
secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah
digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen
dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman
tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan
pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Hal ini juga disokong oleh
teori Jean Piaget yang mengatakan saya lihat saya lupa, saya dengar saya faham
dan saya buat saya ingat.
Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi
semua matapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan
kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi
tumpuan demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan
berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid

16

menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan

Seni Dalam Pendidikan

pelbagai aktiviti yang merangsang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan


murid- murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar.
Tiga unsur Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga
pergerakan perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara optimum, bersepadu dan
menyeronokkan. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk
menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam
masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi merangsang minda kanakkanak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu
gabungan elemen Seni Dalam Pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira
serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau
teknik pengajaran yang lama di mana ianya lebih berpusatkan kepada guru.
Persoalannya, sejauh manakah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan
ini

dapat

mewujudkan

pembelajaran

yang

optimum,

bersepadu

dan

menyeronokkan dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran


lain?
Aplikasi mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan ke dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (p&p) sebenarnya dapat diwujudkan dengan menggunakan aktiviti
yang berkaitan dengan seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan lainlain lagi dalam proses p&p yang kemudiannya akan memberikan bahan pengajaran
dan makna yang penting dalam proses p&p itu sendiri. Oleh itu, seseorang guru
boleh mengajar pelajarnya menggunakan pelbagai elemen seni mengikut kreativiti
seseorang itu. Hal ini demikian kerana, aplikasi seni dalam pengajaran dapat
digunakan bagi menarik minat para pelajar mengikuti proses pembelajaran di
samping dapat meransang minat pelajar untuk memberikan fokus yang sepenuhnya
kepada isi pelajaran.
Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan kemahiran
meneroka dan pengalaman yang tersediri kepada setiap pelajar. Teori Kecerdasan
Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah menyokong agar seni diberi peranan yang
lebih

penting

dalam

kurikulum

kerana

menurutnya,

manusia

memperolehi

pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan logik

16

matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan, muzik, ruang visual,

Seni Dalam Pendidikan

interpersonal, intra personal, naturalis, dan eksistensialis. Terdapat beberapa


aplikasi-aplikasi seni yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan
penghubungkaitan

tersebut

dalam

proses

p&p

semasa

di

dalam

kelas.

Penghubungkaitan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan programprogram antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain.
Antara aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam
p&p ialah penggabungjalinan. Penggabungjalinan ini bermaksud sebagai satu proses
mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran
yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagaibagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni dan
bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau dalam beberapa mata
pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti p&p
yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses p&p yang lebih
berkesan.
Proses

p&p

dalam

bilik

darjah

boleh

dilaksanakan

dengan

menggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna (seni visual),


irama (seni muzik), dan seni pergerakan. Sebagai contoh, dalam pengajaran mata
pelajaran sains di mana guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan
haiwan peliharaan kepada kanak-kanak. Guru boleh membawa kanak-kanak ke
taman sains sekolah untuk melihat haiwan peliharaan yang terdapat di situ.
Seterusnya kanak-kanak akan membuat pemerhatian, membuat catatan tentang ciriciri binatang yang dilihat dari aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain
itu, kanak- kanak juga boleh melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat itu.
Pelajar juga dapat menggunakan daya imaginasi dan ingatan mereka dalam
menghasilkan

lukisan

dan

seterusnya

dapat meningkatkan

daya

kreativiti

mereka. Setelah kajian yang dilakukan telah selesai dijalankan, guru boleh
mengarahkan murid untuk membentangkan dapatan kajian yang mereka telah
perolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan
boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum
mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan

16

tersebut menarik dan kreatif.

Seni Dalam Pendidikan

Selain itu, penggunaan strategi ini juga membolehkan pelajar berpeluang


menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. Contohnya,
seorang guru matematik ingin menyampaikan sesuatu pengajaran yang berkaitan
dengan topik bentuk kepada para pelajarnya dengan cara yang mudah dan senang
untuk difahami. Jadi, guru tersebut akan menggunakan penggabungjalinan dimana
unsur-unsur seni diselitkan dalam pengajaran tersebut melalui melakukan satu
aktiviti melukis pelbagai bentuk. Para pelajar perlu melukis gambar rajah pelbagai
bentuk dalam subjek matematik yang diajar oleh guru supaya mereka lebih mudah
memahami dan dapat menggambarkan situasi yang sebenar.
Di samping itu, penyerapan juga adalah salah satu aktiviti pengintegrasian
mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam p&p. Penyerapan ialah proses
menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada
suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang
diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan. Penyerapan merupakan
proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata
pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru
akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu
pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.
Lazimnya, penerapan juga adalah penting. Konsep penerapan ini boleh
didefinisikan sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan
kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai
murni, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai
kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya. Contohnnya, setiap sekolah telah
ditetapkan bahawa setiap pelajar wajib melibatkan diri mereka secara aktif dalam
pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan
di sekolah seperti terlibat dalam perkhemahan, permainan, sukan dan sebagainya
akan membentuk nilai-nilai murni yang diingini dan yang perlu ada pada setiap
manusia.
Tambahan pula, para pelajar juga akan mula bergaul dengan baik dengan
rakan-rakan malah juga dengan bangsa-bangsa yang lain. Apabila semua murid

16

berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan

Seni Dalam Pendidikan

mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua
matlamat sosial iaitu keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid
mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang
sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan
untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi
sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan
mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan
menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap
dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.
Seterusnya, menghubungkaitkan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran
yang diajar. Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran
adalah berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu, proses ini akan
berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling
berkait untuk mencapai satu matlamat. Selain itu, menghubungkaitkan kemahiran
dalam berbagai mata pelajaran iaitu dengan adanya penghubungkaitan kemahiran
dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang dipelajari
dengan keadaan kehidupan yang sebenar. Penghubungkaitan ini berperanan
sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan
pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat
membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati, menggalakkan sikap
kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh
guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran
serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala
sudut baik akademik mahu pun kokurikulum.
Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah,
sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial,
meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap
pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai
bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio
ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni
memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan
minda pelajar. Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam p&p

16

adalah untuk merancang sesuatu p&p menjadi lebih sistematik.

Seni Dalam Pendidikan

Bertitik tolak daripada itu, untuk menggunakan penghubungkaitan seni dalam


p&p semasa di dalam kelas, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara
penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta
minat pelajar tersebut. Selain itu, guru juga berperanan memberikan motivasi kepada
para

pelajar.

Motivasi

bermakna

seni

praktik

menggunakan

insentif

dan

membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan prestasi


dalam cara yang diingini. Selain itu, pengukuhan merupakan salah satu cara yang
perlu digunakan oleh seorang guru untuk merangsang minda pelajar dan akan
menyebabkan pembelajaran pelajar semakin meningkat maju atau terdapat
peningkatan dalam tingkahlaku kearah yang lebih positif. Penyampaian pengukuhan
ini juga dapat membentuk para pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta
pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu adalah menarik dan
mencabar mereka.
Secara kesimpulannya, aplikasi seni dalam pengajaran sememangnya amat
penting untuk diaplikasikan oleh semua guru mata pelajaran bagi membantu proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain dapat menarik minat
para pelajar mengikuti pembelajaran, ia juga dapat meningkatakan perkembangan
diri pelajar itu sendiri apabila terlibat secara aktif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini demikian kerana, dengan penggunaan seni dalam pengajaran,
sesuatu pengajaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Di
samping itu, aplikasi seni dalam pengajaran juga dapat membantu meningkatkan
kreativiti dan minat seseorang pelajar untuk terus kekal sepanjang proses P&P
berlangsung. Maka, dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa mata pelajaran Seni
Dalam Pendidikan dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum, bersepadu dan

16

menyeronokkan dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain.

Seni Dalam Pendidikan

RUMUSAN

eni Dalam Pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudkan bagi
membantu perkembangan yang seimbang individu itu sama ada dari
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga social (JERIS) sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan


dengan pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual,
seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dalam mata pelajaran yang lain. Justeru itu, Tugasan Projek Seni Dalam Pendidikan
ini telah dilaksanakan bagi meningkatkan lagi kefahaman mengenai tajuk yang
tertentu.
Tugasan Projek ini membincangkan mengenai 2 tugasan utama iaitu tugasan
pertama adalah menghasilan satu rancangan pengajaran dan pembelajaran harian
yang menggabungkan SDP sebagai strategi penyampaian p&p subjek major iaitu
matematik dan tugasan kedua pula adalah menghasilkan satu esei yang
membincangkan sejauh mana mata pelajaran SDP dapat mewujudkan pembelajaran
yang optimum, bersepadu dan menyeronokkan dalam aplikasi p&p mata pelajaran
lain.
Melalui tugasan kerja kursus yang diberikan ini, saya bukan sahaja dapat
mengetahui cara untuk membuat RPH yang baik dan betul malah saya kini
mengetahui bahawa adalah lebih baik sekiranya saya menyelitkan elemen seni ke
dalam sesi p&p mata pelajaran yang saya ajar.
Secara keseluruhan, tugasan projek ini banyak membincangkan mengenai
konsep, matlamat dan objektif SDP untuk guru sekolah rendah, unsur- unsur
kebudayaan dalam pendidikan dan pembelajaran yang optimum, bersepadu dan
menyeronokkan disamping menghasilkan satu RPH yang menggabungkan seni dan

16

matematik dalam satu sesi p&p.

Seni Dalam Pendidikan

REFLEKSI
lhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya tugasan Projek
bagi mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan WAJ 3107 ini berjaya juga
disiapkan tepat pada waktu yang ditetapkan meskipun terpaksa
menghadapi pelbagai halangan dan dugaan semasa dalam proses

menyiapkan tugasan ini.


Semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini, antara halangan yang saya
hadapi ialah saya menghadapi masalah untuk menghasilkan satu Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) yang dapat menggabungkan subjek Seni Dalam
Pendidikan sebagai strategi penyampaian P&P subjek major saya iaitu matematik. Ini
mendatangkan kesukaran kepada saya kerana ini merupakan kali pertama saya
cuba menghasilkan satu RPH yang menggabungkan subjek matematik dan seni.
Walau bagaimanapun, masalah ini berjaya juga saya atasi setelah melakukan
perbincangan bersama beberapa orang rakan senior yang lebih berpengalaman
dalam menghasilkan RPH.
Selain itu, saya juga mempunyai sedikit masalah berkaitan dengan penulisan
akademik yang mana ianya meminta saya untuk membincangkan sejauh mana mata
pelajaran Seni Dalam Pendidikan dapat mewujudkan pembelajaran yang optimum,
bersepadu dan menyeronokkan dalam aplikasi pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran lain. Perkara ini memerlukan pemikiran yang kritis dan mendalam serta
memerlukan saya untuk mencari maklumat lebih banyak mengenai perkara tersebut.
Namun, setelah melakukan pencarian di laman sesawang dan membuat rujukan di
beberapa buah buku yang berkaitan, masalah ini akhirnya berjaya saya atasi.
Melalui tugasan projek ini, banyak ilmu dan pengalaman baru yang berjaya
saya peroleh. Antaranya ialah saya kini mengetahui kriteria- kriteria penting dalam
penghasilan RPH yang baik sekaligus saya mempelajari cara bagaimana untuk
menyelitkan elemen- elemen seni dalam proses p&p semasa mengajar mata
pelajaran lain.
Di samping itu, saya juga mempelajari dengan lebih mendalam lagi mengenai

16

bahawa seni sebenarnya mampu mewujudkan pembelajaran yang optimum,

Seni Dalam Pendidikan

bersepadu dan menyeronokkan. Ini berikutan daripada unsur- unsur seni itu sendiri
yang mementingkan imaginasi, emosi, ekspresi dan kreativiti murid- murid.
Tambahan pula, melalui tugasan projek ini, saya menyedari bahawa bukan
sahaja matematik malah unsur- unsur seni juga sebenarnya ada dalam persekitan
kehidupan seharian kita. Rugilah jika seseorang itu gagal menyedari dan menghayati
erti seni dengan sebenar- benarnya. Ini secara tidak langsung meningkatkan lagi
minat dan rasa ingin tahu saya untuk mempelajari subjek ini dengan lebih mendalam.
Akhir sekali, saya berasa sangat gembira dan bersyukur dapat melaksanakan
dan menyiapkan tugasan projek ini. saya amat berharap agar segala ilmu dan
pengetahuan yang saya peroleh dapat membantu saya dan orang lain yang
memerlukan pada masa hadapan.

16

Sekian, terima kasih.

Seni Dalam Pendidikan

RUJUKAN
Kathleen Lee, Pendidikan Seni Visual Siri Rujukan (2003) Pelangi Publishing Group
Bhd, Kuala Lumpur.
Kathleen Lee, Pendidikan Seni Visual SPM (2007) Pelangi Publishing Group Bhd,
Kuala Lumpur.
Maman Abdurraman dan rakan, Ilmu dan Aplikasi Pendidikan Bahagian III,
Pendidikan Disiplin Ilmu (2007), PT Imperial Bhakti Utama, Indonesia.
Yayan Nurbayan dan rakan, Pendidikan Seni Visual dan Muzik (2004), Penerbit
Universiti Sultan Idris, Malaysia.
http://cgisaiman.blogspot.com/2012/04/nota-seni-dalam-pendidikan.html dilayari
pada 29.07.2013
http://raudatulmunawarah.blogspot.com/2010/10/aplikasi-seni-dalampengajaran.html dilayari pada 01.08.2013
http://pijawa.blogspot.com/2011/04/integrasi-penerapan-penyerapan-dan.html

16

dilayari pada 13.08.2013

Anda mungkin juga menyukai