Anda di halaman 1dari 25

Wanita dalam Islam sebenar

(seperti di dalam al-Qur'an)


 

Kedudukan kaum wanita dalam masyarakat Islam agak menyedihkan. Mereka


dipersendakan pada sesetengah majlis syarahan agama, dikenakan beberapa
peraturan yang ketat, atau disifatkan lebih rendah daripada kaum lelaki. Mereka
menjadi mangsa keganasan lelaki, mangsa dalam perceraian, mangsa yang
digantung tidak bertali, atau mangsa yang sanggup membuang bayi yang
dilahirkannya dengan banyak kepayahan. Kemelut ini berpunca dari kejahilan
yang terbit dari input yang tidak sempurna dalam didikan agama. Input yang
dimaksudkan ialah ajaran daripada Allah yang terkandung di dalam al-Qur’an.

Kertas ini bertujuan untuk menyampaikan mesej yang banyak daripada Allah
mengenai kaum wanita; lantas ia menjadi agak panjang. Di sini mungkin
terdapat ayat-ayat Allah yang tidak pernah didengarkan oleh orang-orang yang
bertanggungjawab. Semoga dengan munculnya ajaran Islam yang sebenar, iaitu
daripada al-Qur’an, maka lenyaplah amalan palsu mengenai kaum wanita yang
sedang diamal oleh sebahagian besar masyarakat Islam.

Ciptaan

Perempuan yang pertama dicipta Allah ialah isteri Adam. Dia dicipta untuk
menjadi pasangan bagi Adam, atas kehendak Allah sendiri, Yang mencipta
semuanya berpasangan (43:12). Daripada Adam dan isterinya, lahirlah kaum
lelaki dan perempuan yang berkembang biak, dan pada hari ini mereka
berjumlah kira-kira 5.7 bilion kesemuanya. Mereka dicipta agar takut kepada-
Nya. Firman-Nya, "Wahai manusia, takutilah Pemelihara (Tuhan) kamu Yang
mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia menciptakan
pasangannya (isterinya), dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata
banyak lelaki dan perempuan" (Ayat pertama, Surah ke 4, berjudul
"Perempuan"; atau lazimnya ditulis seperti 4:1).

Pengasihan

Antara lelaki dan perempuan, Allah mengadakan pertalian persahabatan (9:71).


Namun, yang paling manis sekali yang diadakan-Nya pada mereka ialah
perasaan cinta dan pengasihan, seperti kata-Nya yang berbunyi "Dia
mengadakan di antara kamu, cinta dan pengasihan" (30:21). Perasaan cinta dan
pengasihan ini selanjutnya mengikat kedua-dua jantina ini dalam ikatan
perkahwinan agar mereka dapat hidup bersama, dengan halal, dan bersatu
dalam kebahagiaan.

Perkahwinan, yang disuruh Allah, adalah lawan bagi amalan zina. Ini
disimpulkan setelah diperhati tiap-tiap ayat al-Qur'an yang mengandungi kata
ikatan perkahwinan, di mana kata ini sentiasa dituruti kata lawannya, iaitu
perzinaan. Sebagai contoh ialah ayat yang berbunyi "Maka kahwinilah mereka
dengan izin keluarga mereka .... sebagai wanita-wanita dalam ikatan
perkahwinan, bukan dalam perzinaan" (4:25).

Zina

Amalan zina adalah bukan sahaja dilarang, malah, ia dilarang daripada


mendekatinya jua. Firman-Nya, "Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya
ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat" (17:32). Lupakanlah sahaja
keinginan untuk melakukan zina!

Amalan sumbang dan jahat ini bukan suatu fenomena yang baharu dalam
masyarakat. Pengamalannya yang meluas adalah sejak dari zaman dahulu lagi,
seperti pada zaman Nabi Yahya dan Mariam (ibu Nabi Isa), iaitu kira-kira dua
ribu tahun dahulu. Andaian dibuat setelah mendapati Allah menyebut dengan
jelas kepada bapa Nabi Yahya (Zakaria) bahawa anaknya yang bakal dilahirkan
adalah seorang yang suci daripada kejahatan nafsu berahi (3:39), sementara
Mariam pula, disebut sebagai seorang perempuan yang menjaga kemaluannya
(21:91 dan 66:12). Mereka berdua tentu telah menjadi contoh teladan yang
terbaik pada zaman itu.

Zina bukanlah amalan orang-orang lelaki dan perempuan yang mukmin (yang
mempercayai Allah dan Kitab-Nya), kerana mereka diperintah supaya menjaga
kemaluan mereka. Firman-Nya, "Katakanlah kepada orang-orang mukmin
supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan
mereka" (24:30). Pandangan yang tidak dikawal dan kemaluan yang tidak
dijaga adalah punca berlakunya perzinaan.

Lelaki dan perempuan yang berzina, setelah sabit kesalahan, iaitu keterangan
empat saksi, dihukum dengan seratus sebatan tiap-tiap seorang (24:2).
Sekirannya bilangan seratus ini dikatakan hudud (had-had) Allah, maka pada
hemat saya, bilangannya adalah had maksimum. Pelaksanaannya pula, menurut
ayat itu lagi, hanya disaksikan oleh segolongan orang mukmin, bukan
disaksikan oleh orang ramai seperti terdapat pada amalan sesetengah
masyarakat Islam di dunia.

Penuduh ke atas perempuan yang berkahwin dan tidak mendatangkan empat


saksi, dikenakan lapan puluh sebatan pula, dan kesaksiannya tidak lagi diterima
selama-lamanya. Cakapnya tidak dipercayai lagi. (24:4)

Hukuman ke atas penzina adalah tidak seberat hukuman yang dikenakan ke


atas pencuri. Pencuri lelaki dan pencuri perempuan dihukum dengan memotong
tangan-tangan mereka (5:38). Itu pun juga, pada hemat saya, adalah had
maksimumnya.

Tanpa bapa

Hukuman adalah hanya ke atas penzina, tidak pada anak-anak yang mereka
lahirkan. Hukuman yang dikenakan ke atas anak-anak mereka berupa istilah,
seperti anak luar nikah, atau anak haram, yang lazim digunakan. Sebaliknya
pula, kata-kata ini tidak seharusnya menjadi sebutan orang-orang Islam, kerana
ia tidak disebut, atau tidak diajar oleh Allah di dalam kitab-Nya, al-Qur'an.
Justeru, anak-anak yang tidak berdosa itu sewajarnyalah tidak dizalimi dengan
cercaan seperti ini.

Kezaliman pada anak-anak ini ditambah lagi apabila wujud undang-undang


yang menyuruh mengosongkan tempat bagi nama bapa-bapa mereka (dan
butiran lain mengenainya) pada sijil pengakuan kelahiran mereka, atau surat
beranak. Walhal, surat beranak adalah suatu dokumen yang merekodkan
kelahiran bayi, dan mereka pula, seperti bayi-bayi lain, tidak seperti Nabi Isa
yang dilahir tanpa bapa!

Dengan tidak mencatat nama bapa, dan butiran lain mengenainya, pada surat
beranak anaknya, kelihatan pula seperti dapat melepaskan kaum lelaki (yang
sama-sama terlibat dalam kejahatan) daripada tanggungjawab mereka, dan
selanjutnya memungkinkan mereka untuk berterusan dalam dosa zina dengan
perempuan-perempuan lain.

Anak angkat

Bagi kanak-kanak, menurut al-Qur’an, seharusnya diketahui siapa bapa-bapa


mereka, kerana sekiranya mereka dijadikan anak-anak angkat, maka mereka
hendaklah dibinkan menurut nama bapa-bapa mereka yang sebenar. Firman-
Nya, "Dan tidak juga Dia membuatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya
anak-anak kamu ... Panggillah mereka mengikut bapa-bapa mereka yang
sebenar; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui siapa bapa-
bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan
peliharaan" (33:4-5).

Hukum

Malang menimpa lagi pada kanak-kanak yang lahir daripada perzinaan, kerana
wujud pula dalam ajaran "Islam" suatu hukum yang menetapkan mereka (yang
perempuan) boleh membatalkan air sembahyang bapa-bapa mereka dengan
hanya menyentuh kulit mereka. Kedudukan mereka sama dengan perempuan
lain yang halal berkahwin dengan bapa mereka.

Kesopanan

Perzinaan tidak berlaku sekiranya kesopanan dijagai, dan Allah ditakuti.


Kesopanan bagi lelaki dan perempuan semasa mereka berinteraksi sebagai
sahabat telah disebut, iaitu mereka diperintah supaya mengawal pandangan dan
menjaga kemaluan mereka. Akan tetapi, bagi kaum wanita (kerana
kewanitaannya) ditambah lagi dan tambahannya adalah seperti yang tersurat di
dalam sebuah ayat yang panjang berbunyi,

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka


menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan
tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak
daripadanya;

Dan hendaklah mereka meletakkan penudung (mantel) mereka pada


dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada
suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak
lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki
mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara
perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan
mereka memiliki (hamba daripada rampasan perang),

Atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan


seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-
bahagian sulit) perempuan" (24:31).

Ayat ini menggesa kaum wanita supaya tidak menampakkan perhiasan mereka
kecuali kepada orang-orang yang rapat seperti yang telah disebut. Kata
perhiasan selalu dituju kepada barang-barang kemas. Akan tetapi perhiasan
perempuan di sini bermaksud bahagian anggotanya yang di dada, yang digesa
supaya ditutup dengan penudung. Penudung, atau kata Arabnya di situ,
khumur, adalah bukan tudung kepala perempuan. Dalam bahasa Inggeris ia
adalah veil yang juga tidak bermaksud tudung kepala perempuan. Lazimnya
tudung kepala perempuan dikaitkan dengan jilbab (33:59), juga diterjemah
kepada 'penudung', yang bermaksud "pakaian luar; gaun panjang yang
menutupi seluruh badan, atau mantel yang menutupi leher dan payudara" [The
Holy Qur'an, Abdullah Yusuf Ali (1946), halaman 1126, nota kaki 3765]. Ia
bukan tudung kepala.

Maka, pakaian wanita haruslah labuh dan menutup bahagian dada mereka. Atau
dada ditutup dengan sehelai kain lain yang dipanggil khumur.

(Tudung kepada yang kini dipakai oleh kaum wanita adalah 'mandil' dalam
bahasa Arab. Ia bermaksud kerchief; handkerchief; head kerchief, dalam
bahasa Inggeris. Tetapi ia tidak terdapat di dalam al-Qur'an.)

Tudung Kepala

Apa yang dikatakan perhiasan itu tidak termasuk bahagian-bahagian anggota di


kepala seperti rambut, mata, mulut, hidung, telinga, dan pipi wanita. Andaikata
bahagian-bahagian anggota wanita ini wajib ditutup, dengan tudung kepala
supaya tidak dilihat oleh lelaki (seperti yang diwajibkan dalam ajaran agama
ulama palsu), maka kaum lelaki pun patut menutup bahagian-bahagian tersebut
kerana kaum wanita juga boleh berkeinginan pada lelaki dengan hanya melihat
bahagian-bahagian tersebut. Kemungkinan ini dibayangkan Allah di dalam al-
Qur'an dengan sebuah cerita mengenai Nabi Yusuf yang digoda oleh wanita-
wanita, termasuk isteri pembesar, kerana dia kelihatan begitu menawan (iaitu
daripada bahagian-bahagian anggotanya yang dapat dilihat).

Perhiasan wanita boleh bermaksud payudaranya. Payudara perempuan


yang lanjut usia pun tidak seharusnya dinampakkan seperti perempuan
lain. Firman-Nya, "Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur
mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke
atas mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-
nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi
mereka" (24:60).

Malah, dalam sebuah ayat yang terdahulu di dalam al-Quran, mengenai pakaian
manusia, Allah menyatakan bahawa Dia telah menurunkan "pakaian untuk
menutupi bahagian-bahagian aib" (7:26). Tentu sekali maksud kata bahagian
aib itu tidak termasuk bahagian-bahagian di kepala wanita, mahupun lelaki.
Dengan adanya beberapa petunjuk daripada al-Qur’an, maka Islam yang
sebenar tidak mewajibkan wanita bertudung kepala.

Kata aurat yang turut disebut di dalam ayat yang panjang tadi (24:31)
bermaksud bahagian-bahagian sulit, yang orang-orang berkeinginan seks
meminati, tetapi tidak dimengertikan oleh kanak-kanak kecil. Kata ini memang
sudah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam Islam. (Sila rujuk
Kalimat aurat di dalam al-Qur'an.)

Lesbian

Selain zina, seseorang wanita itu boleh melakukan kesumbangan akibat nafsu
berahinya pada yang sejantina dengannya. Bagi kesalahan ini, pesalah
dikurung, yang ada kalanya sampai mati. Firman-Nya, "Dan perempuan-
perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat di antara
kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan,
tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan
mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan" (4:15).

Hukuman bagi lesbian adalah tidak sama dengan hukuman yang dijatuhkan ke
atas penzina.

Sama

Beralih kepada soal sama ada lelaki dan perempuan itu sama. Sebenarnya,
mereka adalah sama di sisi Allah. Kesamaan mereka adalah pada:

1. usaha untuk mencari pemberian daripada Allah. Firman-Nya, "Bagi


orang lelaki, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan, dan
bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa yang mereka
mengusahakan. Dan mintalah kepada Allah pemberian-Nya" (4:32).

2. keimanan dan ganjaran daripada Allah. Firman-Nya, "Lelaki yang


muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan
perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang
patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang
sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan
perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan
perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan
yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan
perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan
banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah
menyediakan keampunan dan upah yang besar" (33:35).

Pendek kata, seperti kata Allah juga, "Sesiapa membuat kerja-kerja


kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan
masuk Taman (syurga), dan tidak dizalimi satu bintit pun" (4:124). Kata
mukmin bererti believer dalam bahasa Inggeris.

3. jodoh masing-masing, iaitu yang jahat bagi yang jahat dan yang baik
bagi yang baik. Firman-Nya, "Wanita-wanita yang buruk untuk lelaki-
lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita-wanita
yang buruk; wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan
lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik" (24:26), dan,

4. hukum, seperti hukum zina yang berbunyi, "Perempuan yang berzina,


dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka
dengan seratus sebatan" (24:2), dan hukum bagi pencuri, berbunyi "Dan
pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya
sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan" (5:38).

Hak

Begitulah juga dengan hak. Kaum wanita mempunyai hak yang sama dengan
kaum lelaki. Hak yang sama ini diberikan Allah kepada mereka dengan firman-
Nya yang berbunyi, "Bagi perempuan ada hak yang baik seperti yang ke atas
lelaki" (2:228).

Perbezaan

Namun begitu, mungkin kerana perbezaan pada kromosom antara lelaki dan
perempuan membuatkan ada sedikit perbezaan, dan perbezaannya adalah dalam
tanggungjawab. Ayat-ayat al-Qur’an yang menjelaskannya adalah seperti di
bawah:

1. "Tetapi para lelaki mereka adalah satu darjat di atas mereka” (2:228).
Darjat di sini, menurut konteksnya, adalah hak suami untuk mengambil
balik isteri yang diceraikan apabila mereka ingin membetulkan antara
mereka.

2. "Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan


sebab Allah melebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain,
dan kerana mereka menafkahkan (membelanjakan) daripada harta
mereka" (4:34). Kaum lelaki dipertanggungjawabkan sebagai pengurus
urusan perempuan kerana kaum lelakilah yang membelanjakan. Kaum
lelaki menyara hidup kaum perempuan, dan bukan sebaliknya.

Pada sebuah ayat yang lain pula, Allah menyatakan, "Adalah atas bapa
untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik" (2:233). Ayat
ini bersangkut hal perceraian; sehingga dalam keadaan begini pun bapa
dipertanggungjawabkan menyara anak-anaknya.

3. "Atau jika kedua-duanya bukan lelaki (saksi-saksi dalam perjanjian


perdagangan yang tidak bertulis), maka seorang lelaki dan dua orang
perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah
seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan
mengingatkannya" (2:282). Walaupun dua tetapi hanya seorang yang
memberi kesaksian. Yang seorang lagi mengingatkannya jika dia sesat,
seperti berkahwin dengan saksi lelaki, atau kerana hormon yang mudah
mempengaruhi emosi. Kesaksian terdedah kepada tekanan pihak lelaki,
dan dengan Allah menetapakan dua perempuan, Dia memberi
perlindunagn kepada mereka daripada manipulasi kaum lelaki. Inilah
satu-satunya kesaksian yang memerlukan dua perempuan (perjanjian
perdagangan tanpa tulis). Dalam yang lain tidak, seperti "Dan orang-
orang yang membalingkan kepada isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi,
kecuali diri-diri mereka sendiri, maka kesaksian seorang daripada
mereka ialah menyaksikan dengan Allah empat kali, bahawa dia
termasuk orang-orang yang benar." (24:6)

4. "Allah mewasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki


serupa dengan bahagian dua perempuan ..." (4:11). Ini adalah bunyi
permulaan ayat yang menetapkan bahagian-bahagian yang diterima oleh
kaum lelaki dan perempuan dalam pembahagian harta pesaka. Akan
tetapi, ia tidak semestinya dibahagi begitu. Sila rujuk Wasiat dan
Pembahagian Harta Pusaka.

Demikian beberapa ketidaksamaan antara lelaki dan perempuan yang tersurat


di dalam al-Qur’an.

Dipuja

Seperti pada ciptaannya, yang disifatkan Allah sebagai satu daripada ayat-ayat-
Nya, atau satu daripada kebesaran-Nya (30:21), kaum wanita memang
istimewa. Mereka dipuja, dan ada pula yang dijadikan sebagai:
1. tuhan, atau dewi, atau goddess, dengan dipuja, diseru, dan dijadikan
tempat untuk memohon. Firman-Nya, "Tiadalah yang mereka seru selain
daripada Dia melainkan perempuan" (4:117). Mungkin ayat ini ditujukan
juga kepada sesetengah manusia (lelaki terutamanya) yang
mengutamakan perempuan lebih daripada keutamaan kehendak Allah ke
atasnya. Lelaki seperti ini bertuhankan perempuan.

2. satu tanda kesenangan hidup di dunia. Firman-Nya, "Dinampakkan


indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada
perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan
emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan
tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia" (3:14).

Begitu kuat sekali pengaruh perempuan ke atas lelaki sehingga Nabi sendiri
telah dapat ditewaskan apabila baginda melalaikan hukum Allah dan
mengutamakan kehendak isteri-isterinya. Kisah ini diriwayatkan Allah di
dalam al-Qur'an berbunyi, "Wahai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa
yang Allah menghalalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri
kamu?" (66:1). Tentulah Nabi sangat sayang pada isteri-isterinya.

Perkahwinan

Perasaan cinta dan pengasihan antara lelaki dan perempuan, yang dikurniakan
Allah, berjaya memujuk kebanyakan mereka untuk hidup bersama, dan bersatu,
dalam ikatan perkahwinan. Perkahwinan yang disuruh Allah telah menjadi
sunnah semua Rasul (13:38), termasuk Nabi Isa.

Lalu kaum wanita menjadi isteri-isteri. Isteri dicari dengan menggunakan harta.
Mereka dicari bukan untuk perzinaan, tetapi untuk diikat dalam ikatan
perkahwinan. Firman-Nya, "Dihalalkan bagi kamu .... adalah bahawa kamu
mencari, dengan menggunakan harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan
dalam perzinaan ..." (4:24).

Manakala bagi lelaki yang tidak berharta tetapi ingin mengahwini perempuan
mukmin yang merdeka, mereka akan mengahwini hamba yang mukmin, atau
mereka bersabar. Firman-Nya, "Dan sesiapa di antara kamu yang tidak
mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita
merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang
tangan kanan kamu memiliki .... dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar"
(4:25).
Isteri menjadi teman hidup dan tempat berehat bagi suami. Firman-Nya, "Dan
daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia menciptakan untuk kamu, daripada
diri-diri kamu sendiri, teman-teman hidup (isteri), supaya kamu berehat pada
mereka" (30:21).

Keselesaan, kemesraan, dan kepuasan yang dinikmati bersama antara suami


dan isteri dirakamkan lagi di dalam al-Qur’an dengan sebuah ayat yang
berbunyi, "Mereka (isteri) adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi
mereka" (2:187).

Selain daripada dapat menjauhkan kaum wanita dari kancah perzinaan,


perkahwinan juga melepaskan mereka daripada dijadikan teman rahsia (secret
lover). Kata “teman rahsia” terbit dua kali di dalam al-Qur'an, iaitu pada ayat
4:25 dan 5:5. Allah melarang menyimpan teman rahsia.

Halal

Orang-orang yang halal dikahwini telah disenaraikan Allah di dalam al-Qur’an.


Senarai itu kini disusun seperti di bawah ini:

1. bujang. Firman-Nya, "Kahwinlah orang-orang yang tanpa teman hidup di


kalangan kamu" (24:32),

2. janda. Firman-Nya, "Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran


kepada perempuan-perempuan (janda) yang kamu menawari" (2:235),

3. ahli Kitab. Firman-Nya, ".. dan menikahi wanita-wanita daripada mereka


yang diberi al-Kitab sebelum kamu" (5:5),

4. hamba yang mukmin. Firman-Nya, "maka dia mengambil (sebagai isteri)


pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki" (4:25),

5. anak yatim, dan kanak-kanak yang ditindas. Firman-Nya, "... mengenai


anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak memberikan apa
yang ditetapkan untuk mereka, tetapi kamu ingin mengahwini mereka, dan
kanak-kanak yang ditindaskan" (4:127),

6. anak tiri daripada isteri yang belum dimasuki. Firman-Nya, "... dan
(diharamkan berkahwin) anak-anak perempuan yang dalam penjagaan kamu
daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah memasuki - tetapi jika kamu belum
memasuki mereka, maka tidaklah bersalah ke atas kamu" (4:23),
7. bekas isteri anak angkat. Firman-Nya, "tidak ada kesalahan ke atas orang-
orang mukmin dalam hal isteri-isteri anak-anak angkat mereka" (33:37),

8. wanita mukmin yang lari daripada suami yang kafir. Firman-Nya, "... dan
tiada kesalahan ke atas kamu untuk mengahwini mereka (yang lari daripada
suami yang kafir)" (60:10), dan

9. sepupu, seperti yang disebut di dalam sebuah ayat yang khusus bagi Nabi
berbunyi, "Wahai Nabi, Kami telah menghalalkan untuk kamu isteri- isteri
kamu yang kamu telah memberikan upah mereka, dan apa yang tangan kanan
kamu memiliki, daripada rampasan perang yang Allah memberikan kamu, dan
anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-
emak saudara sebelah bapa, bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu dan emak-
emak saudara sebelah ibu, yang berhijrah bersama kamu, dan mana-mana
perempuan yang mukmin, jika dia menyerahkan dirinya kepada Nabi dan jika
Nabi menghendaki untuk mengahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan
untuk orang-orang mukmin yang lain" (33:50). Kelebihan Nabi dalam memilih
isteri ialah dia dibenarkan berkahwin dengan perempuan yang menyerahkan
dirinya kepada dia.

Haram

Begitu juga Allah telah menyenaraikan beberapa golongan yang haram


dikahwini. Mereka terdiri daripada:

1. yang enggan. Firman-Nya, "tidak halal bagi kamu untuk mewarisi


perempuan-perempuan dengan paksa" (4:19),

2. bekas isteri bapa. Firman-Nya, "Dan janganlah mengahwini


perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah mengahwini" (4:22),

3. ibu bapa, anak-anak sendiri, adik-beradik, ibu atau bapa saudara dan
anak-anak saudara. Firman-Nya, "Diharamkan kepada kamu adalah ibu-
ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara
perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah
ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan saudara
perempuan kamu" (4:23),

4. perempuan yang menyusukan, dan yang sesusuan. Firman-Nya, "dan


ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu, dan saudara-saudara perempuan
kamu yang sesusuan" (4:23), 
5. mertua, dan anak-anak tiri yang ibunya sudah dimasuki. Firman-Nya,
"dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak perempuan yang dalam
penjagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah memasuki"
(4:23),

6. menantu. Firman-Nya, "dan isteri anak-anak kamu yang daripada


pinggang kamu" (4:23),

7. dua adik-beradik. Firman-Nya. "dan kamu himpun dua perempuan


adik-beradik” (4:23),

8. isteri orang. Firman-Nya, "Dan perempuan-perempuan yang


bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki" (4:24),

9. penzina. Firman-Nya, "Lelaki yang berzina tidak mengahwini kecuali


perempuan yang berzina, atau perempuan yang menyekutukan; dan
perempuan yang berzina, tiada yang mengahwininya kecuali lelaki yang
berzina, atau lelaki yang menyekutukan; itu diharamkan kepada orang-
orang mukmin" (24:3),

10. yang jahat bagi yang baik. Firman-Nya, "Wanita-wanita yang buruk
untuk lelaki-lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk untuk
wanita-wanita yang buruk; wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki
yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik"
(24:26),

11. yang ditalak (dicerai) sebanyak dua kali. Firman-Nya, "Jika dia
menceraikannya (buat kali kedua), dia (isteri) tidak halal baginya
sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain" (2:230),

12. yang menyekutukan Allah (yang mengadakan selain daripada Allah


untuk menetapkan dalam gama). Firman-Nya, "Janganlah mengahwini
perempuan-perempuan yang menyekutukan sehingga mereka
mempercayai; hamba perempuan yang mukmin adalah lebih baik
daripada perempuan yang menyekutukan, walaupun dia menarik hati
kamu. Dan janganlah mengahwini orang-orang lelaki yang
menyekutukan sehingga mereka mempercayai. Hamba yang mukmin
adalah lebih baik daripada orang yang menyekutukan, walaupun dia
menarik hati kamu" (2:221), dan akhirnya,

13. yang tidak percaya (kafir) kepada Allah dan Kitab-Nya. Firman-
Nya, "Mereka (yang mukmin) adalah tidak halal bagi orang-orang yang
tidak percaya, dan tidak juga orang-orang yang tidak percaya halal bagi
mereka" (60:10).

Izin

Terdahulu sekali dalam perkahwinan ialah persetujuan daripada pihak diri


perempuan itu sendiri. Allah jelas apabila menetapkan ini dengan firman-Nya
yang berbunyi, "tidak halal bagi kamu untuk mewarisi perempuan-perempuan
dengan paksa" (4:19).

Perkahwinan juga dilangsungkan dengan izin keluarga perempuan. Ini


diisyaratkan Allah apabila Dia menentukan iaitu, bagi perempuan yang
berstatus hamba pun, sekiranya hendak dikahwini, adalah dengan izin
keluarganya. Firman-Nya, "Maka kahwinilah mereka (yang tangan kanan kamu
memiliki) dengan izin keluarga mereka" (4:25).

Akad

Izin daripada keluarga perempuan dilafaz seperti pada akad nikah. Sebagai
contoh akad daripada al-Qur'an ialah lafaz bapa mertua Nabi Musa tatkala dia
menyerahkan anaknya kepadanya (Musa) untuk dikahwinkan, berbunyi "Aku
menghendaki untuk mengahwinkan kamu dengan seorang daripada dua anak
perempuanku ini, dengan kamu mengambil upah daripada aku selama lapan
tahun" (28:27). Turut disebut di dalam lafaznya ialah mas kahwin, yang berupa
perkhidmatan Nabi Musa kepadanya dalam tempoh masa yang ditentukan. Mas
kahwin yang begini rupa adalah kerana Nabi Musa pada ketika itu seorang
fakir.

Hadiah

Perempuan yang dikahwini diberi hadiah, atau mas kahwin, atau upah (menurut
kata al-Qur’an), atau seperti kata yang selalu disebut orang Melayu, iaitu
hantaran. Hantaran adalah suatu ketentuan menurut hukum Allah (4:24), dan
diberi kepada semua perempuan yang dikahwini, termasuk kaum hamba (4:25).

Mas kahwin adalah sesuatu hadiah yang rela. Firman-Nya, "Dan berilah
perempuan-perempuan mas kahwin mereka sebagai satu hadiah yang rela,
tetapi jika mereka, dengan suka hati, menawarkan kepada kamu sesuatu
daripadanya, maka makanlah ia dengan selera yang sihat" (4:4).

Muafakat
Keharmonian hidup sepasang suami-isteri adalah dengan adanya muafakat.
Mereka berpakat dengan baik, seperti dalam urusan keluarga. Allah
menunjukkan suatu muafakat dalam rumah tangga antara suami dan isteri
dengan ayat berbunyi, "Para ibu akan menyusukan anak-anak mereka dua tahun
genap, bagi orang yang menghendaki untuk menyempurnakan penyusuan.
Adalah atas bapa untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik ....
Tetapi jika keduanya menghendaki, dengan persetujuan bersama dan
perundingan, untuk menyusukan, maka tidaklah ada kesalahan ke atas mereka.
Dan jika kamu berkehendak untuk mencari penyusu bagi anak-anak kamu,
tidaklah bersalah ke atas kamu asal sahaja kamu menyerahkan apa yang kamu
beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah melihat apa
yang kamu buat" (2:233).

Suatu yang menarik mengenai ayat tersebut ialah ia berkontekskan penceraian.


Sehingga dalam krisis begini pun Allah menyuruh supaya berunding dengan
baik antara (bekas) suami dan isteri!

Atau, dalam keadaan marah dan benci, yang boleh mengakibatkan perceraian,
juga disuruh-Nya bergaul dengan baik. Mungkin apa yang dibenci itu adalah
suatu yang baik. Firman-Nya, "Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau
jika kamu membenci mereka, mungkin kamu membenci sesuatu padahal Allah
membuatkan padanya banyak kebaikan" (4:19).

Bercampur

Kenikmatan hidup sepasang suami-isteri memuncak apabila mereka bercampur


dengan baik. Masing-masing adalah pakaian bagi satu sama lain. Pakaian ini
juga dipakai pada malam bulan Ramadan. Firman-Nya, "Dihalalkan bagi kamu,
pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah
pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka" (2:187).

Digambarkan lagi kenikmatan ini dengan firman-Nya yang berbunyi,


"Perempuan-perempuan kamu adalah tanaman bagi kamu; maka datangilah
tanaman kamu seperti yang kamu mengkehendaki" (2:223).

Namun, percampuran ini ada hadnya. Malah, ia diharamkan pada beberapa


keadaan yang tertentu. Keadaan-keadaan itu adalah:

1. apabila bertekun di masjid, seperti pada malam bulan Ramadan.


Firman-Nya, "dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun
(iktikaf) di masjid" (2:187),
2. dalam Haji. Firman-Nya, "sesiapa yang menetapkan untuk Haji
padanya, tidak boleh bercampur dengan isterinya" (2:197),

3. semasa dalam haid. Firman-Nya, "maka hendaklah kamu menjauhkan


daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah
mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telah
membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana
Allah memerintahkan kamu" (2:222). Tidak terdapat larangan lain bagi
perempuan yang dalam haid di dalam al-Qur'an; tidak disebut-Nya
mengenai larangan mendirikan solat, berpuasa, atau menyentuh dan
membaca al-Qur’an.

4. memantangkan diri selama empat bulan. Selepas tempoh ini


percampuran diharamkan, dan mereka dianggap seperti bercerai.
Firman-Nya, "Bagi orang-orang yang bersumpah memantangkan diri
daripada perempuan-perempuan mereka, mereka menunggu empat
bulan. Jika mereka kembali, maka sesungguhnya Allah Pengampun,
Pengasih. Tetapi jika mereka memutuskan untuk bercerai, maka
sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui." (2:226-227), dan
akhirnya,

5. menzihar isteri (berkata kepada isteri, "Kamu, padaku, adalah seperti


punggung ibuku"), dan tidak pula mengadakan tebusan apabila ditarik
balik apa yang telah dikatakan. Percampuran diharamkan dalam situasi
seperti ini. Firman-Nya, "Dan orang-orang yang menzihar isteri-isteri
mereka, kemudian mereka menarik kembali apa yang mereka telah
mengatakan, mereka akan memerdekakan seorang hamba sebelum
keduanya menyentuh satu sama lain ... Tetapi sesiapa yang tidak
mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut
sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang
tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang
miskin" (58:3-4).

Khatan

Menyentuh sedikit mengenai suatu yang berkaitan, yang agak sensitif, iaitu alat
kelamin. Alat ini, baik bagi perempuan mahupun lelaki, tidak disuruh Allah
agar ia dicacatkan, atau dikhatan. Justeru pendapat manusia berbeza
mengenainya. Ramai tampil ke hadapan dengan hujah masing-masing. Ada
golongan yang bersetuju, dan ramai pula yang menolak. Sungguh menarik
perdebatan mengenainya. Para doktor turut memberi sumbangan dalam bentuk
hasil kajian. Begitulah banyaknya artikel yang tersimpan di internet (lihat
circumcision) mengenai khatan. Kebanyakan penyumbang didapati tidak
bersetuju dengan khatan, terutamanya bagi perempuan, dan mereka
menggunakan istilah mutilation (mencacatkan) bagi amalan ini. Lagipun,
sekiranya hendak direnungkan ayat-ayat al-Qur’an mengenai ciptaan-Nya,
maka terserlahlah dua buah ayat di mana, yang pertama, Allah telah
menyatakan yang Dia “mencipta segala sesuatu dengan baik” (32:7), dan satu
lagi iaitu apabila syaitan berjanji untuk menyesatkan manusia berbunyi "aku
akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah" (4:119).

Poligami

Poligami adalah halal. Amalan ini bertujuan untuk berlaku adil terhadap anak-
anak yatim. Firman-Nya, "Jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku
adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang
nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga, dan empat" (4:3). Maksud kata
“perempuan-perempuan” di sini ialah ibu-ibu, atau waris, atau penjaga anak-
anak yatim tersebut.

Ayat tersebut seterusnya memberi nasihat, atau amaran, berbunyi "tetapi jika
kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja ... ia lebih
dekat bagi kamu untuk tidak membuat aniaya". Ketidakadilan dalam poligami
mengakibatkan penganiayaan ke atas kaum wanita. Allah benci penganiayaan.

Namun, ketidakadilan terhadap isteri-isteri tetap berlaku dalam poligami.


Firman-Nya, "Kamu tidak akan boleh berbuat adil di antara isteri-isteri kamu,
walaupun kamu ingin sekali" (4:129). Maka, jauhi amalan poligami!

Cara berbuat adil pada isteri-isteri pula ditunjukkan Allah di dalam ayat yang
sama, berbunyi "maka janganlah kamu condong dengan seluruh kecondongan
sehingga kamu meninggalkannya seperti tergantung" (4:129). “Gantung tak
bertali” kerana suami condong pada madu. Itu sering berlaku. Ia dilarang Allah.

Pertelingkahan

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pulak suami isteri! Demikian kata dalam
sebuah lagu Melayu evergreen. Pertelingkahan antara suami dan isteri dilalui
dengan baik, iaitu dengan cara berunding dan bergaul dengan baik, seperti yang
telah disebut di bawah tajuk Muafakat. al-Qur'an memberi dua lagi contoh
pertelingkahan, dan cara-cara menyelesaikannya:

1. menuduh melakukan zina. Bagi tuduhan ini Allah menunjukkan cara


penyelesaiannya yang berbunyi, "Dan orang-orang yang membalingkan kepada
(menuduh) isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi, kecuali diri-diri mereka
sendiri, maka kesaksian seorang daripada mereka ialah menyaksikan dengan
Allah empat kali, bahawa dia termasuk orang-orang yang benar. Dan yang
kelima, bahawa laknat Allah adalah ke atasnya, jika dia termasuk di antara
pendusta-pendusta. Ia akan menghindarkannya (isteri) daripada azab, jika dia
(isteri) menyaksikan dengan Allah empat kali bahawa dia (suami) adalah di
antara pendusta-pendusta. Dan yang kelima, bahawa kemurkaan Allah adalah
ke atasnya (isteri) jika dia (suami) termasuk orang-orang yang benar" (24:6-9).

2. kederhakaan suami atau isteri. Bagi kederhakaan suami (yang hampir tidak
disebut orang mengenai kewujudannya), Allah menjelaskan dengan ayat yang
berbunyi, "Jika seorang perempuan takut akan kederhakaan, atau palingan
daripada suaminya, tidaklah bersalah ke atas keduanya jika mereka
membetulkan di antara mereka; dan penyelesaian adalah lebih baik; dan jiwa
condong kepada kehalobaan" (4:128).

Bagi isteri yang derhaka pula, tindakan yang diambil oleh suami adalah seperti
pada ayat yang berbunyi, "dan mereka yang kamu takut akan menjadi derhaka,
tegurkanlah mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka,
dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka
janganlah mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka" (4:34).

Perhatian tertumpu pada kata pukul, iaitu memukul isteri yang derhaka yang
disebut di dalam ayat ini. Beberapa persoalan telah timbul. Pelbagai tafsiran
telah diketengahkan. Akan tetapi, terdapat satu penjelasan yang ingin
diutarakan di sini mengenai kata asal wadribu (pukul) yang terakam di dalam
ayat tersebut. Sebuah terjemahan, AL-QUR’AN a contemporary translation,
oleh Ahmed Ali (1984), mencatat di nota kaki (halaman 78) berbunyi antara
lain ialah “wadribu , in the original, translated here ‘have intercourse’ … see
Raghib, Lisan al-‘Arab and …. daraba metaphorically means to have
intercourse, and quote the expression darab al-fahl an-naqah, ’the stud camel
covered the she-camel,’ which is also quoted by Lisan al-‘Arab. It cannot be
taken here to mean ‘to strike them (women).’"

Maka pukul di sini adalah seperti pada kata halus, bercampur, masuk, atau
sentuh, bagi kata have intercourse. Lantas, isteri-isteri yang derhaka pun harus
dicampuri, bukan disepak, atau ditendang, atau ditumbuk, atau dipukul dengan
tuala, kain dan sebagainya.

Pendamai
Pertelingkahan suami-isteri didamaikan oleh wakil kedua-dua buah pihak
sebelum berlaku perceraian. Firman-Nya, "Jika kamu takut akan perpecahan
antara keduanya, bangkitkanlah seorang pendamai daripada keluarga lelaki, dan
daripada keluarga perempuan, seorang pendamai. Jika mereka menghendaki
untuk memperbetulkan, Allah akan menyelesaikan pertelingkahan mereka"
(4:35). Dewasa ini, para peguamlah pendamai yang dianggap paling adil.

Sekiranya cara yang Allah tunjukkan diguna oleh pihak-pihak tertentu, maka
wanita-wanita Islam yang dizalimi suami-suami mereka dapat dilepaskan
daripada kezaliman itu dengan tanpa menunggu lama dalam penderitaan.

Nabi

Nabi juga telah mengalami krisis rumah tangga. Krisis itu, menurut al-Qur'an
(66:3), berpunca dari salah seorang daripada isteri-isterinya yang membawa
mulut, setelah Nabi memberitahunya sesuatu rahsia. Kemudian, dua daripada
isteri-isterinya bergabung untuk menentangnya. Lantaran Allah turunkan
amaran kepada mereka, dan sebahagian daripadanya berbunyi, "Mungkin, jika
dia (Nabi) menceraikan kamu, Pemeliharanya (Tuhannya) akan menukarkan
dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang
mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang warak, yang berpergian, yang janda,
dan yang dara" (66:5). Dalam krisis seperti ini jua diingatkan-Nya tentang
perceraian. Diingatkan-Nya jua tentang adanya wanita-wanita lain yang lebih
baik daripada isteri-isteri Nabi.

Penceraian

Istilah talak satu, seperti yang lazim digunakan, sebenarnya bermaksud sekali
cerai, kerana kata talak dalam bahasa Arab bermakna penceraian. Maka, dua
kali bercerai dengan pasangan yang sama adalah talak dua. Oleh itu, lafaz talak
tiga pada penceraian yang pertama adalah hanya karut.

Apabila perceraian tidak dapat dielakkan lagi, maka Allah akan memberi
pertolongan kepada kedua-dua pihak. Firman-Nya, "Tetapi jika keduanya
bercerai, Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing daripada
keluasan-Nya" (4:130). Allah memahami.

Allah amat memahami penderitaan yang dialami, lalu direstui-Nya perceraian.


Kemudian, Dia didapati pula menolong kedua-dua belah pihak. Akan tetapi,
bagaimana pula dengan banyaknya kes-kes cerai yang tidak diceraikan, atau
digantung sekian lama? Tidakkah difahami penderitaan yang dilalui? Tidakkah
kedua-dua belah pihak perlu ditolong? Tidak, sebaliknya ada pula orang yang
melafazkan cerai didenda seribu ringgit!

Penceraian yang dibenarkan adalah sebanyak dua kali. Firman-Nya,


"Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian menahan dengan baik, atau
melepaskan dengan baik ... Jika dia menceraikannya, dia (isteri) tidak halal
baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain. Kemudian jika
dia (suami baru) menceraikannya, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk
kembali kepada satu sama lain, jika mereka menyangka bahawa mereka akan
melakukan had-had Allah" (2:229-230). Ini kes "cina buta".

Idah

Dalam penceraian ada tempoh, atau idah (masa menanti). Syarat-syarat dalam
idah telah dihuraikan Allah dengan empat ayat yang berikut:

1. "Perempuan-perempuan yang diceraikan akan menunggu sendiri


selama tiga haid, dan tidaklah halal bagi mereka untuk menyembunyikan
apa yang Allah menciptakan di dalam rahim mereka jika mereka
mempercayai Allah dan Hari Akhir. Pada masa itu suami-suami mereka
adalah lebih berhak untuk mengembalikan mereka jika mereka
menghendaki untuk memperbetulkan" (2:228),

2. "Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, dan mereka


sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau
lepaskanlah mereka dengan baik; janganlah menahan mereka dengan
paksa untuk mencabuli; sesiapa yang berbuat demikian itu menzalimi
dirinya sendiri. Janganlah mengambil ayat-ayat Allah dalam olok-
olokan" (2:231),

3. "Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, lalu mereka


sampai tempoh mereka, janganlah menghalangi mereka daripada
mengahwini suami-suami mereka, apabila mereka telah saling
mempersetujui di antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan
sesiapa di antara kamu yang mempercayai Allah, dan Hari Akhir. Itu
lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah mengetahui, dan kamu tidak
mengetahui" (2:232),

Saksi

4. "Kemudian, apabila mereka telah sampai tempoh mereka, tahanlah


mereka dengan baik, atau berpisahlah daripada mereka dengan baik. Dan
adakanlah saksi, dua orang yang mempunyai keadilan di kalangan kamu;
dan lakukanlah kesaksian kepada Allah Sendiri. Dengan ini ditegurkan
sesiapa yang mempercayai Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa bertakwa
kepada Allah, Dia membuatkan untuknya satu jalan keluar" (65:2).

Nabi sendiri mungkin telah menceraikan isteri-isterinya, dan beliau juga


disuruh Allah agar menjagai tempoh dan syarat-syaratnya. Firman-Nya,
"Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, maka
ceraikanlah mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh
itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Janganlah mengeluarkan mereka
dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga membiarkan mereka keluar, kecuali
mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Itulah hudud (had-had) Allah;
sesiapa mencabuli hudud Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak
mengetahui mungkin setelah itu Allah mengadakan perkara yang baru" (65:1).

Namun, tempoh bagi perempuan yang putus haid, dan perempuan yang
mengandung, adalah berbeza daripada perempuan lain. Firman-Nya, "Bagi
perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada haid selanjutnya, jika
kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan mereka yang tidak
datang haid hingga kini. Dan mereka yang hamil, tempoh mereka ialah apabila
mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia
akan membuatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah" (65:4).

Sementara idah bagi wanita-wanita yang kematian suami ditetapkan Allah lebih
lama daripada yang dikenakan ke atas wanita-wanita yang diceraikan. Firman-
Nya, "Dan orang-orang di antara kamu yang mati dan meninggalkan isteri-
isteri, mereka akan menunggu sendiri selama empat bulan dan sepuluh hari"
(2:234).

Peruntukan

Wanita-wanita yang diceraikan diberi peruntukan, tempat tinggal, dan nafkah,


sementara harta yang telah diberi kepada mereka tidak diambil balik. Dan
mereka tidak ditekan untuk menyusahkan mereka. Ayat-ayat Allah yang
berikut menjelaskannya:

1. "Tidak halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa yang kamu
telah memberikan mereka (isteri) kecuali keduanya takut bahawa mereka
tidak dapat melakukan had-had Allah. Jika kamu takut mereka tidak
dapat melakukan had-had Allah, maka tidaklah bersalah ke atas mereka
untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itulah had-had Allah; janganlah
mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-
orang yang zalim" (2:229).

Terdapat satu lagi ayat mengenai larangan mengambil balik harta yang
telah diberi kepada isteri yang diceraikan, dan ayat itu berakhir dengan
satu pertanyaan berbunyi, "Apa, adakah kamu mengambilnya dengan
cara umpat, dan dosa yang nyata?" (4:20).

2. "Bagi wanita-wanita yang diceraikan, diberi peruntukan dengan baik


sebagai suatu kewajipan bagi orang-orang yang bertakwa" (2:241).

3. "Tempatkanlah mereka di mana kamu bertempat tinggal, menurut


kemampuan kamu, dan janganlah menekan mereka untuk menyempitkan
keadaan mereka. Jika mereka mempunyai kandungan, nafkahkanlah
mereka sehingga mereka melahirkan kandungan mereka. Jika mereka
menyusukan untuk kamu, berilah mereka upah mereka, dan
bermuafakatlah di antara kamu dengan baik. Jika kamu berdua menemui
kesukaran, maka perempuan yang lain akan menyusukannya" (65:6).

Ayat tersebut disusuli sebuah ayat yang menjelaskan mengenai nafkah,


iaitu diberi mengikut kemampuan masing-masing, dan dalam apa
keadaan jua pun, sama ada senang atau susah. Ia berbunyi, "Hendaklah
orang yang mempunyai keluasan menafkahkan menurut keluasannya.
Bagi orang yang rezekinya disempitkan kepadanya, maka hendaklah dia
menafkahkan daripada apa yang Allah memberinya. Allah tidak
membebani sesuatu jiwa melainkan dengan apa yang Dia
memberikannya. Sungguh, Allah akan membuatkan, setelah kesukaran,
yang mudah" (65:7).

Luar biasa

Al-Qur'an ada juga menyebut mengenai beberapa cara bercerai yang saya
anggap luar biasa. Sememangnya ia, seperti kata-Nya, adalah sebuah kitab
yang cukup jelas, atau terperinci, apabila ia turut menyebut tentang segala
kemungkinan, seperti apa yang mungkin berlaku, bagi sesuatu perkara. Bagi
penceraian, disebut-Nya empat, iaitu:

1. Memantangkan diri daripada menyentuh pasangan:

Ini mungkin berlaku dalam keadaan marah dan benci pada pasangan.
Sekiranya sumpah itu berpanjangan, iaitu lebih daripada empat bulan,
maka pasangan suami-isteri itu adalah seperti dalam keadaan bercerai.
Firman-Nya, "Bagi orang-orang yang bersumpah memantangkan diri
daripada perempuan-perempuan mereka, mereka menunggu empat
bulan. Jika mereka kembali, maka sesungguhnya Allah Pengampun,
Pengasih. Tetapi jika mereka memutuskan untuk bercerai, maka
sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui" (2:226-227). Pasangan
bercerai setelah berpantang empat bulan.

2. Belum sentuh:

Bagi yang mungkin bercerai tanpa menyentuh pasangannya, Allah


menurunkan tiga ayat yang menggariskan syarat-syaratnya.

  i. "Tidak ada kesalahan ke atas kamu jika kamu menceraikan perempuan-


perempuan sedang kamu belum menyentuh mereka, dan tidak juga menetapkan
sebarang bahagian untuk mereka; namun demikian, buatlah peruntukan untuk
mereka - orang yang mewah menurut kemampuannya, dan orang yang miskin
menurut kemampuannya - satu peruntukan dengan baik; satu kewajipan bagi
orang-orang yang berbuat baik" (2:236), 

ii. "Dan jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka,
dan kamu telah pun menetapkan bagi mereka bahagian yang ditentukan, maka
berilah setengah daripada apa yang kamu telah menetapkan, kecuali jika
mereka memaafkan, atau dia memaafkan yang di tangannya ikatan
perkahwinan; bahawa kamu memaafkan adalah lebih dekat dengan takwa.
Janganlah melupakan pemberian sesama kamu. Sesungguhnya Allah melihat
apa yang kamu buat" (2:237), dan akhirnya,

iii. "... apabila kamu mengahwini perempuan-perempuan yang mukmin, dan


kemudian menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, tiadalah
tempoh (idah) bagi kamu untuk mengira terhadap mereka; maka buatlah
peruntukan bagi mereka, dan lepaskanlah mereka dengan pelepasan yang
manis" (33:49).

3. Zihar:

Seperti yang telah dimaklumkan, di bawah tajuk Bercampur, menzihar


isteri bermaksud menyifatkan isteri sebagai punggung ibunya (suami)
sendiri. Pada hemat saya, bahagian anggota yang disebut itu adalah suatu
petunjuk bagi bahagian-bahagian sulit ibu yang lain, yang juga tidak
boleh disamakan dengan isteri, atau suami. Kata-kata ini hendaklah
ditarik balik.
Sekiranya kata-kata itu ditarik balik, maka Allah mengadakan tebusan
sebelum pasangan itu menyentuh satu sama lain. Tebusannya ialah
memerdekakan seorang hamba, atau sesiapa yang tidak
mendapatkannya, maka dia berpuasa dua bulan berturut-turut, atau
memberi makan enam puluh orang miskin (58:3-4).

Pasangan ini berada dalam keadaan bercerai sekiranya kata-kata itu tidak
ditarik balik, atau tebusannya tidak dilakukan.

4. Isteri lari:

Dengan cara automatik, apabila isteri lari kepada orang-orang yang tidak
percaya (kafir kepada Allah dan Kitab-Nya), maka gugurlah "talak satu".
Firman-Nya, "Dan jika seseorang daripada isteri-isteri kamu lari
daripada kamu kepada orang-orang yang tidak percaya, dan kemudian
kamu membalas, maka berilah orang-orang yang isteri-isteri mereka
telah pergi, yang serupa dengan apa yang mereka telah menafkahkan.
Dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu mukmin (mempercayai)"
(60:11). Dalam kes ini, tersebut mengenai bayaran balik kepada bekas
suami atas apa yang dia telah menafkahkan (membelanjakan) kepada
isterinya.

Kematian

Perpisahan yang paling menyedihkan, atau tahap stress yang tertinggi sekali,
ialah apabila teman hidup meninggal dunia. Berpisahlah pasangan suami-isteri
itu buat sementara waktu, menunggu Akhirat, di mana mereka akan bersatu
semula selama-lamanya. Isteri yang kematian suaminya ditinggalkan
peruntukan untuk setahun, dan peruntukan ini ditulis di dalam wasiat suami.
Perintah Allah mengenai ini berbunyi, "Dan orang-orang di antara kamu yang
mati dan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka membuat wasiat untuk
isteri-isteri mereka, peruntukan untuk setahun tanpa mengeluarkannya; tetapi
jika mereka keluar, maka tidaklah bersalah ke atas kamu mengenai apa yang
mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik" (2:240).

Baik

Sememangnyalah, orang-orang yang takut kepada Allah akan berusaha


bersungguh-sungguh untuk menjadi orang-orang yang salih, atau orang-orang
yang baik. Mengenai wanita-wanita yang disifatkan baik, Allah telah
menjelaskannya dengan ayat berbunyi, "Wanita-wanita yang salih (baik) ialah
yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya" (4:34).
Allah seterusnya menyebut di dalam al-Qur'an mengenai sifat-sifat wanita yang
baik, yang antaranya, adalah yang muslim, mukmin, benar, sabar, merendah
hati, bersedekah, berpuasa, mengingat Allah dengan banyak, menyuruh yang
baik, melarang yang mungkar, melakukan solat, memberi zakat, atau yang
membuat kerja-kerja kebaikan. Wanita-wanita ini tentu menemui kebahagian.

Dituduh

Tersebut juga di dalam al-Qur’an mengenai wanita-wanita yang sudah


berkahwin, lagi baik, atau yang mukmin, tetapi kerana kelalaian mereka,
mereka dituduh yang bukan-bukan dan menjadi bahan tomahan orang lain.
Orang-orang yang melakukan kejahatan terhadap wanita-wanita tersebut
dilaknati di dunia dan di akhirat. Firman-Nya, "Sesungguhnya orang-orang
yang membalingkannya (menuduh) kepada wanita-wanita yang berkahwin,
yang lalai, tetapi mukmin, akan dilaknati di dunia dan di akhirat; dan bagi
mereka, azab yang besar” (24:23).

Amaran daripada Allah yang seterusnya mengenai perbuatan memburuk-


burukkan wanita yang baik berbunyi, “Dan orang-orang yang menyakiti orang-
orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, tanpa apa yang
mereka mengusahakan, mereka memikul pengumpatan dan dosa yang nyata”
(33:58). Begitulah kedudukan orang-orang yang baik di sisi Allah.

Akhirat

Kebahagian hidup bersama antara suami dan isteri di dunia ini akan disambung
semula pada Hari Akhirat, di mana mereka akan bersatu sekali lagi, untuk
duduk kekal dalam kebahagian. Inilah idaman yang sebenarnya bagi suami dan
isteri, iaitu kebahagian bersama di dunia dan di akhirat. Allah menyebut
mengenai kebahagian mereka di syurga di dalam beberapa ayat al-Qur'an, dan
antaranya berbunyi, "Sesungguhnya orang-orang Jannah (syurga) pada hari ini
sibuk dalam kegembiraan mereka. Mereka dan isteri-isteri mereka bersandar di
atas sofa di tempat teduh. Bagi mereka di dalamnya buah-buahan, dan bagi
mereka apa yang mereka minta. “Salam” ialah perkataan daripada Pemelihara
(Tuhan) yang Pengasih" (36:55-58).

Sepertimana syurga itu kekal bagi orang-orang yang baik, begitulah juga
dengan neraka bagi orang-orang yang jahat. Mereka yang dimasukkan ke
dalam neraka tidak dikeluarkan darinya, walaupun mereka melafazkan
persaksian terhadap Allah dan Rasul semasa mereka hidup di dunia untuk
menunjukkan keislaman mereka. Lafaz sahaja tidak mencukupi. Syurga tidak
semurah itu.
Doa

Kebahagian hanya datang daripada Allah, maka mohonlah kepada-Nya. Allah


Yang Pemurah, dan Yang Pengasih, telah mengajar suami dan isteri sebuah doa
untuk kebahagian mereka sekeluarga, dan untuk mereka mendahului dalam
ketakwaan, berbunyi "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan
daripada isteri-isteri (atau, suami) kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami
ketua bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan)" (25:74). Mudah-
mudahan dengannya, dan dengan usaha yang ikhlas lagi bersungguh-sungguh
dalam mentakuti-Nya, para wanita, yang di dalam Islam sebenar, berbahagia
hidup di dunia dan di akhirat.

Penulis Bacaan
Ogos 1996 
(dikemaskini Ogos 2008)

Anda mungkin juga menyukai