Anda di halaman 1dari 22

Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

Kitab Al-Wasiyyah
KITAB PERJANJIAN
HADHRAT IMAM A'ZAM AL-IMAM ABU HANIFAH
MUHAMMAD AN-NU'MAN BIN ATS-TSABIT AL-KUFI
RADHIYALLAHU TA'ALA 'ANHU

Diriwayatkan oleh:
Hadhrat Syaikh Muhammad An-Nabulsi
Rahmatullah 'Alaihi

Diterjemahkan oleh:
Hadhrat Mawlawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi
'Ufiyallahu 'Anhu

Khanqah Naqshbandiyah Mujaddidiyah


2010 / 1431

0
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

‫ﺍﻟﻮﺻﻴۃ ﺍﻣﺂﻡ ﺍﻷﻋﻈﻢ ﺍﺑﻲ ﺣﻨﻴﻔۃ‬

Y
Bismillahir Rahmanir Rahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Penyayang

S
egala puji bagi Allah, Pemelihara Sekelian 'Alam,
dan semoga Rahmat keberkatan tercurah kepada
pemimpin sekelian Nabi dan Rasul, Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan ke atas
Keluarganya dan ke atas semua Para Sahabatnya.

Ini adalah Kitab Perjanjian Al-Wasiyyah oleh Imam Besar


Al-Imam Al-A'zam Abu Hanifah, Rahmatullah 'Alaih,
semoga Allah merahmatinya.

1
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

Hadhrat Imam Muhammad An-Nabulsi Rahmatullah


'Alaihi telah meriwayatkan bahawa:

Ketika Imam kaum Muslimin, Imam Besar Al-


Imam Al-A'zam Abu Hanifah Rahmatullah 'Alaih telah
jatuh sakit dengan penyakit yang teruk, beliau telah
berusaha mengumpulkan di sekitarnya semua teman-
teman dan murid-muridnya sendiri dan mereka telah
menginginkan daripada beliau sebuah bukti yang
berasaskan atas perjalanan Sunnah Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Maka, beliau memerintahkan seorang jurukhidmat


mendudukkan beliau dan jurukhidmat itu duduk di
belakang punggungnya dan beliau menyandarkan
dirinya sambil beliau melawan keuzuran dirinya sendiri.

Selepas itu, beliau Hadhrat Imam Besar Al-Imam Al-


A'zam Abu Hanifah, semoga Allah merahmatinya telah
berkata:

"Ketahuilah kalian semua teman-temanku dan


saudara-saudaraku, bahawa 'Aqidah Ahli Sunnah Wal
Jama'ah didasarkan pada dua belas pencirian. Kamu,
bahkan sesiapa pun yang tegas tentang ciri-ciri ini tidak
akan menjadi Ahli Bida'ah dan juga bukan orang ingkar.
Maka, itu adalah suatu kewajipan atas kamu untuk
memegang teguh ciri-ciri ini sehingga anda mungkin
termasuk dalam Syafa'at Nabi kita Hadhrat Muhammad
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada hari
Qiyamat dan Kebangkitan."

2
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

MUQADDIMAH

Beliau, Hadhrat Imam Besar Al-Imam Al-A'zam Abu


Hanifah, semoga Allah merahmatinya telah berkata:

"Iman adalah pengakuan dengan lidah,


perendahan diri oleh jiwa dan mengetahuinya dengan
hati. Pengakuan saja tidak menjadikan seseorang itu
beriman kerana jika demikian, maka semua orang-orang
Munafik akan dikira sebagai beriman. Demikian pula,
pengetahuan sahaja tidak menghasilkan Iman kerana jika
yang sedemikian, maka semua Ahli Kitab juga akan
dikira sebagai beriman.

Berkaitan dengan orang-orang Munafik, Allah Ta'ala


berfirman:

ãΝn=÷ètƒ ª!$#uρ 3 «!$# ãΑθß™t s9 y7¨ΡÎ) ߉pκô¶tΡ (#θä9$s% tβθà)Ï≈uΖßϑø9$# x8u!%y` #sŒÎ)

∩⊇∪ šχθç/É‹≈s3s9 tÉ)Ï≈uΖßϑø9$# ¨βÎ) ߉pκô¶tƒ ª!$#uρ …ã&è!θß™t s9 y7¨ΡÎ)

Apabila orang-orang Munafik datang kepadamu


(Muhammad) seraya berkata: "Kami mengakui bahawa
sesungguhnya kamu adalah benar-benar RasulNya"
dan Allah bersaksi bahawa sesungguhnya kamu benar-
benar adalah RasulNya dan Allah bersaksi bahawa
sesungguhnya orang-orang Munafik itu adalah benar-
benar para pendusta. [63:1]

3
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

Sehubungan dengan golongan Ahli Kitab, Allah Ta'ala


berfirman:

¢ ãΝèδu!$oΨö/r& šχθèùÌ ÷ètƒ $yϑx. …çµtΡθèùÍ÷êtƒ |=≈tGÅ3ø9$# ÞΟßγ≈oΨ÷s?#u tÏ%©!$#

∩⊄⊃∪ tβθãΖÏΒ÷σムŸω óΟßγsù öΝåκ|¦àΡr& (#ÿρçÅ£yz tÏ%©!$#

Orang-orang yang telah Kami berikan Al-Kitab


kepadanya, mereka mengenalnya (Muhammad) seperti
mereka mengenal anak-anaknya sendiri; Orang-orang
yang merugikan diri mereka sendiri maka mereka itu
bukanlah orang-orang yang beriman. [6:20]

PENCIRIAN PERTAMA

Iman tidak bertambah atau berkurang kerana penurunan


Iman tidak diterbayangkan melainkan dengan
meningkatnya ketidakpercayaan dan peningkatan Iman
adalah tidak diterbayangkan melainkan dengan
menurunnya ketidakpercayaan. Bagaimana boleh
berhubungan bahawa seseorang berada dalam masa
yang sama sebagai seorang Mukmin dan sebagai seorang
Kafir?

Seseorang Mukmin adalah benar-benar beriman dan


seorang Kafir adalah benar-benar kafir. Tiada sebarang
unsur keraguan dalam Iman, sepertimana tidak ada
sebarang unsur keraguan dalam ketidakpercayaan
kerana Firman Allah Ta'ala:

4
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

×οt ÏøótΒuρ óΟÎγÎn/u‘ y‰ΨÏã ìM≈y_u‘yŠ öΝçλ°; 4 $y)ym tβθãΖÏΒ÷σßϑø9$# ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé&

∩⊆∪ ÒΟƒÌ Ÿ2 ×−ø—Í‘uρ

Mereka itulah orang-orang yang beriman dengan


sebenar-benarnya, mereka akan memperoleh beberapa
derajat ketinggian di sisi Tuhan Pemelihara mereka
dan keampunan serta nikmat rezeki yang mulia. [8:4]

Dan kerana Firman Allah Ta'ala:

$YΨŠÎγ•Β $\/#x‹tã tÌ Ï≈s3ù=Ï9 $tΡô‰tFôãr&uρ 4 $y)ym tβρã Ï≈s3ø9$# ãΝèδ y7Íׯ≈s9'ρé&

∩⊇∈⊇∪
Merekalah orang-orang Kafir yang sebenar-benarnya,
Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang Kafir
itu siksaan yang menghinakan.

Orang-orang yang berdosa daripada kalangan Ummat


Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam semuanya
adalah orang-orang beriman dengan sebenar-benarnya
dan mereka tidaklah Kafir.

5
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

PENCIRIAN KEDUA

Amal adalah selain Iman dan Iman adalah selain Amal,


sesuai dengan bukti-bukti bahawa pada kebanyakan
masa, kewajiban sesuatu amalan diangkat dari orang
beriman dan tidak mungkin untuk berkata bahawa Iman
telah terangkat darinya.

Maka wanita yang sedang Haid dan wanita yang dalam


keadaan Nifas, Allah mengangkat kewajiban Solat dan
Puasa daripada mereka, namun dalam keadaan ini tidak
mungkin untuk berkata bahawa Dia telah mengangkat
Iman daripada mereka, atau bahawa Dia telah
memerintahkan mereka dengan meninggalkan Iman.
Kanun perundangan Shari'ah berkata kepada wanita
yang berhaid: "Tinggalkan amalan puasa, sempurnakan
amalan tersebut pada masa kemudian." Tetapi tidak
mungkin dikatakan: "Tinggalkan Iman, selepas itu
penuhkannya pada masa kemudian." Adalah benar jika
dikatakan bahawa: "Tiada kewajipan membayar Zakat
pada orang miskin," tetapi tidak mungkin dikatakan
bahawa: "Tidak ada kewajipan Iman pada orang miskin."

Taqdir yang baik dan buruk sepenuhnya adalah


daripada Allah Ta'ala kerana jika seseorang menganggap
bahawa Taqdir yang baik dan buruk adalah dari sesuatu
yang lain selain Dia, maka orang tersebut akan menjadi
Kafir kepada Allah dan Tauhidnya akan tertolak jika
Tauhid baginya adalah suatu keyakinan.

6
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

PENCIRIAN KETIGA

Kami menegaskan bahawa amal perbuatan ada tiga:

1. Wajib
2. Sunat
3. Berdosa.

1. Wajib adalah tindakan amal perbuatan yang sesuai


dengan perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala,
kehendakNya, kecintaanNya, keridhaanNya,
ketetapanNya, perundangan takdirNya, penciptaanNya,
keputusanNya, pengetahuanNya, bantuanNya dan
tulisanNya dalam Lauh Mahfuz.

2. Sunat adalah tindakan amal perbuatan yang tidak


sesuai dengan perintah Allah Ta'ala, tetapi ianya berlaku
dengan kehendakNya, kecintaanNya, keridhaanNya,
perundangan takdirNya, keputusanNya,
pengetahuanNya, bantuanNya, ciptaanNya dan tulisan
Nya dalam Lauh Mahfuz.

3. Yang berdosa adalah tindakan amal perbuatan yang


tidak sesuai dengan perintah Allah Ta'ala, tetapi ianya
berlaku dengan kehendakNya, bukan dengan
kecintaanNya tetapi dengan perintahNya, bukan dengan
keridhaanNya tetapi dengan perundangan takdirNya
dan penciptaanNya, tidak dengan bantuanNya tetapi
dengan kehampaanNya dan pengetahuanNya dan
tulisanNya di Lauh Mahfuz.

7
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

PENCIRIAN KEEMPAT

Kita menegaskan bahawa Allah Ta'ala telah menetapkan


Istawa diriNya di atas 'Arash tanpa ada keharusan apa
pun atau Istiqrar bagi menyatakan tempat kedudukan
untuk diriNya Sendiri. Dia adalah Pemelihara 'Arash dan
segala apa pun yang selain dari 'Arash tanpa
memerlukan kesemua itu bagi diriNya. Jika Dia pernah
memerlukan kesemua itu, maka tentulah Dia tidak akan
mampu membawa dunia menjadi ada atau
memusnahkannya, sepertimana dua jenis makhluk
manusia dan jin yang tidak berdaya. Jika Dia pernah
memerlukan duduk dan menetap di atas 'Arash, lalu di
mana Allah sebelum penciptaan 'Arash? Semoga Allah
Subhanahu Wa Ta'ala mengatasi sekeliannya dalam
ketinggianNya dan keagunganNya.

PENCIRIAN KELIMA

Kami menegaskan bahawa Al-Quran adalah Kalam


Ucapan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, tidak diciptakan,
inspirasi ilhamNya, wahyuNya dan sifatNya. Ianya
bukanlah Dia dan bukanlah sesuatu yang selain dari
DiriNya, bahkan ianya adalah sifatNya pada hakikatnya.
Ianya telah ditulis dalam salinan, dibacakan oleh lidah,
dipeliharakan di dalam dada namun tidak hanya
sementara di dalamnya. Surat-surat, kertas dan
penulisan semuanya diciptakan kerana mereka
kesemuanya adalah tindakan makhluk.

8
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

Kalam Ucapan Allah Ta'ala adalah tidak diciptakan


kerana penulisan, huruf, perkataan dan ayat-ayat adalah
indikasi petunjuk Quran yang menjadi suatu keperluan
makhluk-makhluk terhadapNya. Kalam Ucapan Allah
Subhanahu Wa Ta'ala wujud dalam diriNya dan
pengertian maknanya dapat difahami menerusi perkara-
perkara ini iaitu huruf-huruf, kata-kata dan ayat-ayat.

Jesteru, sesiapa pun yang mengatakan bahawa Kalam


Ucapan Allah Ta'ala dicipta, dia adalah seorang Kafir
terhadap Allah Yang Maha Agung. Allah Ta'ala yang
disembah. Dia tidak pernah luput sebagaimana Dia
sebelumNya. Kalam UcapanNya dibacakan, ditulis dan
dipelihara tanpa Ianya terputus dariNya.

PENCIRIAN KEENAM

Kami menegaskan bahawa orang yang paling baik di


kalangan Ummat ini, selepas Nabi kita Hadhrat
Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam
adalah Hadhrat Abu Bakr As-Siddiq, kemudian Hadhrat
'Umar, kemudian Hadhrat 'Utsman, kemudian Hadhrat
'Ali, semoga keridhaan Allah Ta'ala atas mereka semua,
kerana Firman Allah Ta'ala:

∩⊇⊇∪ tβθç/§ s)ßϑø9$# y7Íׯ≈s9'ρé& ∩⊇⊃∪ tβθà)Î7≈¡¡9$# tβθà)Î7≈¡¡9$#uρ

Dan orang-orang yang beriman paling dahulu. Mereka


itulah yang didekatkan kepada Allah. [56:10-11]

9
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

Setiap yang terdahulu dalam kekhalifahan, dialah yang


lebih baik kedudukannya. Setiap Mukmin yang Salih
mencintai mereka dan setiap Munafik yang hina
membenci mereka.

PENCIRIAN KETUJUH

Kami menegaskan bahawa makhluk, dengan semua


tindakannya, pengakuannya dan pengetahuannya,
adalah diciptakan. Jadi, apabila orang yang melakukan
tindakan adalah makhluk yang diciptakan, maka terlebih
lagilah bahawa tindakan juga adalah sesuatu yang
diciptakan.

PENCIRIAN KELAPAN

Kami menegaskan bahawa Allah Ta'ala menciptakan


penciptaan makhluk dan mereka tidak mempunyai
sebarang kekuatan kerana mereka adalah lemah dan
rendah hati, dan Allah Ta'ala adalah Pencipta dan
Penanggung mereka kerana Firman Allah Ta'ala:

ö≅yδ ( öΝä3‹ÍŠøtä† ¢ΟèO öΝà6çGŠÏϑム¢ΟèO öΝä3s%y—u‘ ¢ΟèO öΝä3s)n=s{ “Ï%©!$# ª!$#

4’n?≈yès?uρ …çµoΨ≈ysö7ß™ 4 &óx« ÏiΒ Νä3Ï9≡sŒ ÏΒ ã≅yèøtƒ ¨Β Νä3Í←!%x.uà° ÏΒ

∩⊆⊃∪ tβθä.Îô³ç„ $¬Ηxå

10
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

Allahlah yang menciptakan kamu, kemudian


memberimu rezeki, kemudian mematikanmu,
kemudian menghidupkanmu kembali. Adakah di
antara yang kamu persekutukan dengan Allah itu yang
dapat berbuat sesuatu dari yang demikian itu? Maha
Sucilah Dia dan Maha Tinggi dari apa yang mereka
persekutukan. [30:40]

Menghasilkan kekayaan adalah sah, yang mana


penghasilan kekayaan dari sumber yang sah adalah sah,
dan penghasilan kekayaan daripada sumber yang
melanggar hukum adalah haram.

Manusia terbahagi kepada tiga macam:

1. Orang Mukmin yang tulus ikhlas dalam


keimanannya.

2. Orang Kafir yang keras kepala dalam


kekufurannya.

3. Orang Munafik yang bergelumang dalam


kemunafikannya.

Allah Ta'ala telah menentukan tindakan amal perbuatan


yang baik bagi orang Mukmin, keimanan untuk orang
Kafir dan keikhlasan untuk orang Munafik, kerana
Firman Allah Ta'ala:

11
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

t,n=yzuρ ;οy‰Ïn≡uρ <§ø¯Ρ ÏiΒ /ä3s)n=s{ “Ï%©!$# ãΝä3−/u‘ (#θà)®?$# â¨$¨Ζ9$# $pκš‰r'¯≈tƒ

“Ï%©!$# ©!$# (#θà)¨?$#uρ 4 [!$|¡ÎΣuρ #ZBÏWx. Zω%y`Í‘ $uΚåκ÷]ÏΒ £]t/uρ $yγy_÷ρy— $pκ÷]ÏΒ

∩⊇∪ $Y6ŠÏ%u‘ öΝä3ø‹n=tæ tβ%x. ©!$# ¨βÎ) 4 tΠ%tnö‘F{$#uρ ϵÎ/ tβθä9u!$|¡s?

Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan


Pemeliharamu yang telah menciptakan kamu dari
seorang diri dan daripadanya Allah menciptakan
isterinya dan daripada keduanya Allah
memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan
yang banyak; Dan bertaqwalah kepada Allah yang
dengan mempergunakan NamaNya kamu saling
meminta antara satu sama lain, dan peliharalah
hubungan Silaturrahim; Sesungguhnya Allah selalu
menjaga dan mengawasi kamu. [4:1]

[Maksud "daripadanya" menurut Jumhur Mufassirin ialah


dari bahagian tulang rusuk tubuh Hadhrat Nabi Adam
'Alaihissalam berdasarkan Hadits riwayat Imam Bukhari dan
Imam Muslim Rahmatullah 'Alaihima. Di samping itu ada
pula yang menafsirkan "daripadanya" ialah dari unsur yang
serupa yakni tanah yang daripadanya Hadhrat Nabi Adam
'Alaihissalam diciptakan. Menurut kebiasaan orang Arab,
apabila mereka menanyakan sesuatu atau memintanya kepada
orang lain, mereka mengucapkan Nama Allah seperti As-aluka
Billah artinya saya bertanya atau meminta kepadamu dengan
Nama Allah.]

12
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

ÒΟŠÏàtã íóx« Ïπtã$¡¡9$# s's!t“ø9y— 5χÎ) 4 öΝà6−/u‘ (#θà)®?$# â¨$¨Ζ9$# $y㕃r'¯≈tƒ

∩⊇∪

Wahai manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu;


Sesungguhnya kegoncangan Hari Qiyamat itu adalah
suatu kejadian yang sangat besar kedahsyatannya.
[22:1]

Yang bermaksud, "Wahai orang Mukmin! Patuhlah!


Wahai orang Kafir! Berimanlah. Dan wahai orang
Munafik! Ikhlaslah. "

PENCIRIAN KESEMBILAN

Kami menegaskan bahawa kemampuan datang bersama


dengan tindakan, bukan sebelum tindakan dan bukan
selepas tindakan. Ini kerana jika hal kemampuan itu ada
sebelum tindakan, maka makhluk akan berlepas diri dari
Allah Ta'ala pada saat melakukan tindakan tersebut dan
ini bertentangan dengan penegasan daripada Al-Quran
Yang Suci kerana Firman Allah Ta'ala:

¨Β Νà6ΨÏϑsù «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû (#θà)ÏΖçFÏ9 šχöθtãô‰è? ÏIωàσ¯≈yδ óΟçFΡr'¯≈yδ

ÞΟçFΡr&uρ 8Í_tóø9$# ª!$#uρ 4 ϵšø¯Ρ tã ã≅y‚ö7tƒ $yϑ¯ΡÎ*sù ö≅y‚ö6tƒ tΒuρ ( ã≅y‚ö7tƒ

13
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

(#þθçΡθä3tƒ Ÿω ¢ΟèO öΝä.uöBxî $·Βöθs% öΑωö7tFó¡o„ (#öθ©9uθtGs? χÎ)uρ 4 â!#t s)àø9$#

∩⊂∇∪ /ä3n=≈sVøΒr&

Ingatlah, kamu ini adalah orang-orang yang diajak


untuk menafkahkan hartamu pada Jalan Allah. Maka
di antara kamu ada yang kikir dan siapa yang kikir,
sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya
sendiri; Dan Allah adalah Yang Maha Kaya sedangkan
kamulah orang-orang Faqir yang berkehendak
kepadaNya; Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan
menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain dan
mereka tidak akan menjadi seperti kamu ini. [47:38]

Jika hal kemampuan itu ada selepas tindakan, maka itu


tidak mungkin kerana ianya menuntut memperoleh
sesuatu tindakan tanpa sebarang kemampuan atau
kuasa.

PENCIRIAN KESEPULUH

Kami menegaskan bahawa mengusap atas Khuffain iaitu


stokin atau kasut yang diperbuat daripada kulit yang
telah disamak adalah dibenarkan. Bagi penduduk yang
bermukim tempohnya adalah sehari semalam dan bagi
para musafir tempohnya adalah selama tiga hari dan
termasuk dengan malamnya. Hal ini adalah kerana
riwayat Nabawiyah telah sampai kepada kita
sedemikian.

14
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

Jadi, sesiapa yang menyangkal ketetapan ini, maka


dikhuatiri tiada beriman untuknya kerana riwayat
Hadits adalah hampir kepada Khabar Mutawatir yang
berterusan. Qasar pemendekan Solat dan berbuka puasa
ketika dalam perjalanan yang dikecualikan yang adalah
sesuai dengan Nas dari Al-Quran kerana Firman Allah
Ta'ala:

zÏΒ (#ρçÝÇø)s? βr& îy$uΖã_ ö/ä3ø‹n=tæ }§øŠn=sù ÇÚö‘F{$# ’Îû ÷Λäö/uŸÑ #sŒÎ)uρ

(#θçΡ%x. tÍ Ï≈s3ø9$# ¨βÎ) 4 (#ÿρã xx. tÏ%©!$# ãΝä3uΖÏFøtƒ βr& ÷ΛäøÅz ÷βÎ) Íο4θn=¢Á9$#

∩⊇⊃⊇∪ $YΖÎ7•Β #xρ߉tã ö/ä3s9

Dan apabila kamu bermusafiran di muka bumi, maka


tidaklah mengapa kamu Qasarkan Solatmu jika kamu
takut diserang orang-orang Kafir. Sesungguhnya orang-
orang Kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu.
[4:101]

[Menurut pendapat Jumhur 'Ulama, erti Qasar di sini ialah


Solat yang empat rakaat dijadikan dua rakaat. Qasar di sini
adakalanya dengan mengurangi jumlah rakaat dari empat
menjadi dua iaitu di waktu bermusafiran dalam keadaan aman
dan adakalanya dengan meringankan rukun-rukun dari yang
dua rakaat itu, iaitu di waktu dalam perjalanan dalam keadaan
khauf ketakutan. Dan adakalanya lagi meringankan rukun-
rukun yang empat rakaat dalam keadaan khauf di waktu
peperangan.]

15
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

Dan dalam masaalah berbuka puasa yang Firman Allah


Ta'ala:

×Ïèsù 9 xy™ 4’n?tã ÷ρr& $³ÒƒÍ£∆ Νä3ΖÏΒ šχ%x. yϑsù 4 ;N≡yŠρ߉÷è¨Β $YΒ$−ƒr&

( &Å3ó¡ÏΒ ãΠ$yèsÛ ×πtƒô‰Ïù …çµtΡθà)‹ÏÜムšÏ%©!$# ’n?tãuρ 4 t yzé& BΘ$−ƒr& ôÏiΒ

βÎ) ( öΝà6©9 ×öByz (#θãΒθÝÁs? βr&uρ 4 …ã&©! ×öByz uθßγsù #ZöByz tí§θsÜs? yϑsù

∩⊇∇⊆∪ tβθßϑn=÷ès? óΟçFΖä.

Pada beberapa hari yang tertentu; Maka barangsiapa di


antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan lalu
dia berbuka, maka wajiblah baginya berpuasa
sebanyak hari yang telah ditinggalkan itu pada hari-
hari yang lain; Dan wajib bagi orang-orang yang berat
menjalankannya jika mereka tidak berpuasa membayar
Fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin;
Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan
kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya dan
berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
[2:184]

16
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

PENCIRIAN KESEBELAS

Kami menegaskan bahawa Allah Ta'ala telah


memerintahkan Qalam dengan perintah,
"Tulis!"

Lalu Qalam berkata,


"Apakah yang harus daku tulis Wahai Allah?"

Allah Ta'ala berfirman,


"Tuliskanlah segala apa pun yang terjadi
sehingga Hari Qiyamat dan Hari Kebangkitan".

Kerana Firman Allah Ta'ala:

∩∈⊂∪ í sÜtGó¡•Β 9BÎ6x.uρ 9BÉó|¹ ‘≅ä.uρ ∩∈⊄∪ Ì ç/–“9$# ’Îû çνθè=yèsù &óx« ‘≅ä.uρ

Dan segala sesuatu yang telah mereka perbuat tercatat


dalam buku-buku catatan. Dan segala perkara yang
kecil mahupun yang besar adalah tertulis. [54:52-53]

PENCIRIAN KEDUABELAS

Kami menegaskan bahawa azab kubur ada, tiada


sebarang keraguan. Persoalan oleh Munkar dan Nakir
adalah benar hakikatnya, kerana telah sampai kepada
kita daripada Hadits Nabi Muhammad Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

17
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

Syurga dan Neraka adalah benar hakikatnya dan


keduanya adalah diciptakan, kewujudannya ada
sekarang, ianya tidak akan binasa dan tidak pula para
penghuninya akan binasa, kerana Firman Allah Ta'ala
berkaitan dengan orang-orang yang beriman adalah:

ßN≡uθ≈yϑ¡¡9$# $yγàÊóItã >π¨Ψy_uρ öΝà6În/§‘ ÏiΒ ;οt ÏøótΒ 4’n<Î) (#þθããÍ‘$y™uρ *

∩⊇⊂⊂∪ tÉ)−Gßϑù=Ï9 ôN£‰Ïãé& ÞÚö‘F{$#uρ

Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari


Tuhanmu dan kepada Syurga yang luasnya seluas
langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang
yang bertaqwa. [3:133]

Dan dengan menganggap orang-orang Kafir:

∩⊇⊂⊇∪ tÌ Ï≈s3ù=Ï9 ôN£‰Ïãé& ûÉL©9$# u‘$¨Ζ9$# (#θà)¨?$#uρ

Dan peliharalah dirimu dari Api Neraka yang


disediakan untuk orang-orang yang Kafir. [3:131]

Allah Ta'ala yang telah menciptakan kedua-duanya


untuk pahala yang baik dan hukuman dosa. Timbangan
Mizan adalah sebuah hakikat yang benar.

18
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

Firman Allah Ta'ala:

( $\↔ø‹x© Ó§øtΡ ãΝn=ôàè? Ÿξsù Ïπyϑ≈uŠÉ)ø9$# ÏΘöθu‹Ï9 xÝó¡É)ø9$# tΗ≡uθyϑø9$# ßìŸÒtΡuρ

$oΨÎ/ 4’s∀x.uρ 3 $pκÍ5 $oΨ÷s?r& @ΑyŠö yz ôÏiΒ 7π¬6ym tΑ$s)÷WÏΒ šχ%Ÿ2 βÎ)uρ

∩⊆∠∪ šÎ7Å¡≈ym

Kami akan memasang timbangan yang tepat pada Hari


Qiyamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang
sedikit pun dan jika amalan itu hanya seberat biji sawi
pun pasti Kami akan mendatangkan pahalanya; Dan
cukuplah Kami sebagai Pembuat Perhitungan. [21:47]

Pembacaan Buku Catatan Amal adalah suatu kebenaran


yang hakiki kerana FirmanNya:

∩⊇⊆∪ $Y7ŠÅ¡ym y7ø‹n=tã tΠöθu‹ø9$# y7Å¡øuΖÎ/ 4’s∀x. y7t6≈tGÏ. ù&t ø%$#

Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu


ini sebagai penghisab terhadapmu. [17:14]

19
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

KHATIMAH

Kami menegaskan bahawa Allah Yang Maha Kuasa akan


membawa kembali kehidupan jiwa-jiwa ini sesudah
kematian dan Dia akan membangkitkan mereka pada
suatu hari yang tempohnya adalah lima puluh ribu
tahun untuk pembalasan, ganjaran dan pemberian hak
kerana Firman Allah Ta'ala:

Í‘θç7à)ø9$# ’Îû tΒ ß]yèö7tƒ ©!$# 5χr&uρ $pκVÏù |=÷ƒu‘ ω ×πuŠÏ?#u sπtã$¡¡9$# ¨βr&uρ

∩∠∪

Dan sesungguhnya Hari Qiyamat itu pasti datang yang


tiada keraguan padanya dan bahawasanya Allah akan
membangkitkan semua orang di dalam kubur. [22:7]

Pertemuan dengan Allah Ta'ala untuk para penghuni


Syurga adalah sebuah kebenaran yang hakiki tanpa
sebarang tempat, sesuatu rupabentuk mahupun arah.

Syafa'at Nabi kita Muhammad Rasulullah Sallallahu


'Alaihi Wasallam, semoga Allah memberkatinya dan
memberinya kesejahteraan adalah bagi sesiapa yang
beriman daripada kalangan penghuni Syurga, meskipun
dia adalah seorang yang pernah melakukan dosa besar.

Hadhrat 'Aishah Bonda Para Mukminin adalah


terpelihara kemurniannya dari percabulan dan bebas

20
Kitab Al-Wasiyyah Al-Imam Abu Hanifah

dari sebarang dakwaan tohmahan kaum Rawafidhah


Syiah yang mengatakan tuduhan terhadapnya.

Penghuni Syurga akan tetap selamanya di Syurga dan


penghuni Neraka akan tetap berada dalam Neraka
selamanya kerana Firman Allah Ta'ala berkenaan orang-
orang yang beriman:

( Ïπ¨Ψyfø9$# Ü=≈ysô¹r& y7Íׯ≈s9'ρé& ÏM≈ysÎ=≈¢Á9$# (#θè=Ïϑtãuρ (#θãΖtΒ#u šÏ%©!$#uρ

∩∇⊄∪ šχρà$Î#≈yz $pκVÏù öΝèδ

Dan orang-orang yang beriman serta beramal Salih,


mereka itu adalah penghuni Syurga, mereka kekal di
dalamnya. [2:82]

Dan berkaitan dengan orang-orang Kafir:

šÍׯ≈s9'ρé'sù …çµçGt↔ÿ‹ÏÜyz ϵÎ/ ôMsÜ≈ymr&uρ Zπy∞ÍhŠy™ |=|¡x. tΒ 4’n?t/

∩∇⊇∪ tβρà$Î#≈yz $yγŠÏù öΝèδ ( Í‘$¨Ζ9$# Ü=≈ysô¹r&

Bahkan yang sebenarnya barangsiapa berbuat dosa dan


dia telah diliputi oleh dosanya maka mereka itulah
penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya. [2:81]


21