Anda di halaman 1dari 5

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Dunia sedang menghadapi alaf baru. Sehingga kini dunia telah menyaksikan
banyak perubahan. Perubahan-perubahan itu telah memberikan kesan
terhadap pertumbuhan ekonomi,sains dan teknologi, cara hidup,sosio
ekonomi,system kepercayaan,nilai dan masyarakat yang terlibat dengan
perubahan ini. Corak kehidupan hasil daripada proses modenisasi telah
memberi peluang kepada nilai-nilai individualistik dan semangat bersaing
untuk bertapak di dalam masyarakat zaman ini.

Masalah disiplin pelajar masih belum tidak dapat diatasi sehingga sekarang
oleh mana-mana Negara sebelum ini. Perkara ini sering dilaporkan oleh
media massa di seluruh dunia. Menurut seorang pembentang kertas kerja di
Seminar Pendidikan ,bertajuk Nilai dan Etika Sekolah-Sekolah di Asia dan
Pasifik di Kuala Lumpur,disiplin pelajar sekolah-sekolah di Asia telah merosot
dan kes juvana pelajar sekolah terus meningkat (Utusan Malaysia,29
September 1995).

Masalah social yang berlaku adalah berkaitan dengan disiplin remaja.


Pengertian disiplin adalah peraturan yang ditetapkan dan mesti diikuti.
Kemelesetan disiplin dan keruntuhan moral pelajar di sekolah merupakan
satu lagi perkara yang mencabar dan membebani semua pihak terutamanya
ibu bapa masa kini. Para remaja merupakan golongan yang melalui peringkat
kritikal perubahan diri dari segi mental dan fizikal. Perubahan dari alam
kanak-kanak kea lam dewasa merupakan masa yang mengelirukan remaja.
Pelbagai fenomena yang ganjil menghujani mental dan fizikal mereka dan
para remaja menghadapi tekaan ini dengan bersifat memberontak. Sifat
memberontak merupakan salah satu factor yang menyumbang kepada
pelbagai masalah disiplin di sekolah.

Menurut Collins, disiplin ialah peraturan yang baik dan ditaati dalam kelas,
suatu peraturan dan system reward (hadiah) dan punishment (hukuman).
Dalam pengertian pendidikan moden, disiplin pada diri sendiri lahir melalui
minat, kegemaran dan kegiatan pelajar-pelajar.

Pada lazimnya, masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah hanya


berkisar di sekitar kenakalan mereka merosakkan harta benda awam,
ponteng sekolah,ponteng kelas, merokok, melepak, ugutan, melawan guru,
bepakaian tidak seperti yang dikehendaki, buang sampah merata-rata dan
sebagainya. Mereka semakin berani melakukan pelbagai perbuatan yang
bercanggah denagan norma masyarakat dan undang-undang negara.

Namun begitu apabila pelajar sekolah mulai bertindak lebih jauh daripada
itu, sesuatu perlu dilakukan segera untuk membendung mereka daripada
terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini sepeti melibatkan diri
dalam pergaduhan antara pelajar yang menyebabkan pembunuhan,
mengandung anak luar nikah atau kes rogol pelajar.

1.1 Latar belakang kajian

Sekolah merupakan institusi yang sangat penting bagi seseorang


individu mendapatkan pendidikan dan membentuk keperibadian yang
dimuliakan oleh masyarakat. Tetapi pada masa kini masalah
pelanggaran disiplin telah menjadi satu isu hangat diperkatakn
sepanjang tahun. Peningkatan kes-kes melibatkan murid sudah
sampai ke peringkat yang membimbangkan kerana sekolah
merupakan institusi social yang penting nampaknya gagal memainkan
peranannya (Majalah Massa,8hb Mac 1997). Pelanggaran disiplin
bukanlah satu perkara baru di Negara ini. Untuk mengurangkan
kejadian ini, pelbagai peraturan perlu dikenalkan oleh pihak-pihak
yana terlibat demi membentuk generasi yang berdispilin.

Di Negara kita,surat khabar sering menyiarkan kes-kes pelanggaran


disiplin sekolah. Pelajar yang berusia antara 16 hingga 18 tahun
merupakan golongan majority yang terlibat dengan kes-kes jenayah
(juvana, kekerasan dan merosakkan harta benda (vandalisme).
Sepanjang tiga tahun lalu (1993-1995),sebanyak 6,876 dari 11,041 kes
yang dilaporkan melibatkan remaja yang berumur 16,171,dan 18
tahun ( Utusan Malaysia,29hb September 1995).

Mengiku Timbalan Menteri Pendidikan,Fong Chan Onn, kes ponteng


sekolah yang dilaporkan dari Januari hingga Oktober 1995 adalah
sebanyak 38,881, iaitu 0.8 peratus dari jumlah 4.3 juta orang murid.
Walaupun peratusnya adalah kecil tetapi jumlahnya adalah besar.
Pada masa yang sama kes buli pelajar juga meningkat di kalangan
pelajar perempuan, iaitu 69.6 peratus berbanding denagn pelajar
lelaki 30.5 peratus (Utusan Malaysia,30hb November 1995). Selain itu,
dalam Utusan Malaysia yang bertarikh 25.08.2000 juga melaporkan
bahawa 10 orang pelajar ditahan dalam serbuan polis yang disyaki
ponteng dan menghidu gam.
Menurut Mohd. Salleh b. Mohd Hussain, konsep sekolah cemerlang
tidak dapat seharusnya tertumpu kepada kecemerlangan dalam
bidang kurikulum sahaja tetapi haruslah diperluaskan yang
merangkumi bidang kokurikulum, disiplin dan keceriaan. Kejayaan
dalam bidang kokurikulum telah meletakkan nama sekolah ini sebagai
salah sebuah sekolah yang disegani dan dihormati dalam sebarang
pertandingan dan kegiatan kokurikulum. Kokurikulum adalah berkaitan
rapat dengan disiplin pelajar. Ini membawa maksud bahawa disiplin
pelajar adalah amat penting untuk mendapat kecemerlangan
(Seminar Nasional ke-4 Pengurusan Pendidikan,1994).

Peningkatan kadara masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang


mendadak menimbulkan tanda Tanya kepada pelbagai pihak
mengenai punca sebenar berlakunyan fenomena ini. Kes ponteng
sekolah terutamnya tercatat bilangan yang tertinggi berbanding
berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah
di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang
serius bagai cendawan tumbuh selepas hujai walaupun berbagai-bagai
langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini.

Berita Harian,12 Julai 2001 lalu melaporkan dalam tempoh 10 tahun


antara 1989 higga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan
pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja
perempuan. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama polis telah
mengenala pasti pelajar di 456 sekolah menengah di seluruh Negara
terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan sedikit dan
menunjukkan gejala ini berada pada tahap membimbangkan.

1.3Pernyataan masalah

Apakah faktor-faktor yang mendorong golongan pelajar lelaki dalam


kalangan pelajar tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Tengku Mahmud terlibat dalam masalah disiplin di sekolah?

1.4Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan


masalah disiplin pelajar tingkatan 6 berlaku di sekolah. Kajian ini
dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud. Kajian
ini bertujuan mencapai beberapa objektif iaitu :

i. Mengenal pasti masalah disiplin yang terdapat dalam kalangan


pelajar lelaki tingkatan eanm serta peraturan-peraturan sekolah
yang sering dilanggar.

ii. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong golongan pelajar


cina terlibat dalam masalah disiplin di sekolah.Kajian ini
melibatkan sama ada institusi keluarga,sekolah, rakan sebaya
mahupun pelajar itu sendiri menyumbang kepada masalah
disiplin pelajar.

iii. Mengumpul alasan –alasan yang sering digunakan oleh para


pelajar ke atas kelakuan mereka. Melalui alasan-alasan yang
diberikan, maka secara tidak langsung penyelidik dapat
mengenal pasti punca-punca kelakuan golongan pelajar.

iv. Membincangkan bagaimana pihak sekolah mengatasi masalah


disiplin pelajar dan setakat mana berkesannya pihak sekolah
dalam mengawal masalah displin pelajar.

v. Menyarankan cadangan-cadangan yang efektif bagi


meningkatkan tahap disiplin pelajar supaya dapat membina
satu golongan pelajar yang berhemah dan berwawasan.

1.5 Rasional Kajian

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar lelaki tingkatan enam


melakukan masalah displin?

1.6 Persoalan Kajian


Berpandukan pernyataan masalah yang dinyatakan, beberapa
persoalan kajian telah disenaraikan yang merangkumi beberapa aspek
seperti berikut :

i. Adakah faktor keluarga/ demografi yang mentebabkan pelajar


terlibat dalam masalah disiplin?

ii. Adakah keadaan di sekolah yang menyebabkan pelajar


melakukan masalah disiplin?

iii. Adakah sikap atau personality pelajar yang menyebabkan


berlakunya masalah disiplin di sekolah?

iv. Bagaimanakah rakan sebaya mempengaruhi disiplin seseorang


pelajar?

1.7 Batasan Kajian

Antara batasan kajian yang kami hadapi semasa melakukan kajian ini
ialah kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Hal ini
disebabkan oleh para pelajar kurang memberikan kerjasama kepada
kami. Selain itu, kekurangan sumber rujukan berkenaan dengan
disiplin di perpustakaan juga menyukarkan kami untuk
mengintepretasi maksud-maksud atau istilah-istilah tertentu yang
berkaitan dengan disiplin. Konteks kajian kami pula hanyalah dalam
kalangan pelajar lelaki tingkatan enam di SMK Tengku Mahmud. Oleh
itu, sampel kami hanyalah pelajar lelaki tingkatan enam di sekolah
tersebut dan kami tidak boleh melakukan soal selidik kepada pelajar
perempuan atau mana-mana pelajar selain pelajar lelaki tingkatan
enam.

TINJAUAN LITERATUR