Anda di halaman 1dari 19

ANALISIS SWOT

(PROGRAM PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK GURU CEMERLANG)


KEKUATAN
Program Perkongsian Amalan Terbaik Guru Cemerlang telah mendapat
kebenaran dan kerjasama yang baik daripada pihak sekolah iaitu SK Air Merah.
Walaupun guru cemerlang yang dipilih bukanlah di kalangan guru sekolah
tersebut,namun pihak sekolah dengan rela hati menerima kedatangan kami untuk
menjalankan program BIG Fasa 6 ini iaitu PROGRAM PERKONGSIAN AMALAN
TERBAIK GURU CEMERLANG .Kerjasama daripada rakan-rakan guru juga dilihat
sebagai kekuatan dalam menjayakan aktiviti ini. Walaupun semua rakan berbeza
sekolah, namun dapat juga menghadirkan diri dalam menjayakan program ini. Selain
itu, guru cemerlang yang dijemput iaitu Pn.Hjh Masyany Binti Hj Musa yang
merupakan Pegawai SIC plus dari PPD Seberang Perai Selatan amat memahami
dan berusaha meluangkan masa untuk membantu menjayakan program.
Dalam program ini, kami dapat melahirkan unsur-unsur seperti kerjasama,
tolong menolong dan juga keikhlasan yang kelihatan dalam setiap slot iaitu ceramah
dan juga bengkel yang dianjurkan.. Beliau juga berbesar hati berkongsi dan memberi
idea -idea yang bernas kepada kami. Selain itu, pihak pengurusan sekolah juga
memberikan sepenuh kerjasama dari awal hingga akhir program. Mereka
menyediakan bilik yang dilengkapi dengan penghawa dingin walau bilik tersebut
masih dalam proses penyelenggaraan,namun dengan kemudahan itu kami dapat
menjayakan aktiviti tersebut. Selain itu, pihak kantin sekolah juga memberikan
kerjasama yang baik dalam penyediaan makan dan minum kami walau kami telah
menyediakan sarapan sendiri. Program ini dikendalikan dengan pendekatan
bersepadu melibatkan empat komponen manusia, iaitu aspek kerohanian, mental,
intelektual dan fizikal. Maka, semua guru akan lebih mengetahui kelemahan dan
kekuatan diri mereka sendiri dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Guru
memerlukan ilmu dan motivasi yang baru dari setiap percambahan serta
perkongsian ilmu seperti dalam slot ceramah. Maka, program perkongsian amalan
terbaik guru cemerlang ini merupakan suatu program susulan untuk meneruskan

kesinambungan silaturahim ini. Seterusnya memberi aspirasi kepada semua guru


PPG untuk berjaya dalam profesion keguruan.
Selain itu, pengalaman sedia ada guru juga membantu dalam melaksanakan
program ini dengan jayanya. Contohnya selain daripada input-input yang diberikan
oleh penceramah, rakan-rakan PPG juga turut berkongsi idea masing-masing. Kami
juga amat bertuah kerana terdapat rakan PPG yang terdiri daripada penolong kanan
di sekolah yang sentiasa berhubung dengan pihak PPD.. Beliau yang menguruskan
dan menjemput guru cemerlang tersebut untuk menjayakan program ini.
Kami juga mempunyai kekuatan dari segi sumber kewangan dalam
menjayakan program ini. Semua peserta turut menyumbangkan sejumlah wang
seperti yang telah dipersetujui. Wang yang mencukupi telah dapat digunakan untuk
menampung keperluan bagi program ini seperti bayaran penceramah, cenderahati
kepada sekolah dan perbelanjaan makan dan minum pada hari tersebut. Secara
ringkasnya, program perkongsian amalan terbaik guru cemerlang ini mempunyai
beberapa kekuatan. Program ini mendidik sikap kerjasama antara raka-rakan PPG.
Seperti yang diketahui, sikap kerjasama memang penting dalam konteks yang
membawa kepada pembangunan sesuatu masyarakat tersebut. Sebagai contoh,
dengan berkat kerjasama antara ahli-ahli kumpulan MTE C, kami telah berjaya
merancang dan melaksanakan program dengan baik sekali. Setiap ahli memahami
dan melaksanakan tugasan masing-masing.

KELEMAHAN
Setiap program yang dijalankan pasti terdapat juga kelemahan. Antaranya
tempat yang dipilih iaitu SK Air Merah telah menyebabkan beberapa orang rakan
telah tersilap jalan. Ada yang menyangka sekolah tersebut terletak di Seberang
Perai Tengah dan ada juga yang tersesat kerana lokasi sekolah tersebut. Oleh
sebab itu, ada rakan yang tiba sedikit lewat kerana masalah tersebut.

Seterusnya adalah kekangan masa. Kekangan masa dan komitmen tugas


memerlukan pengorbanan dari semua peserta. Sebagai contoh, ada guru yang
terlibat dengan LDP dan mesyuarat pada hari tersebut. Namun hasil perbincangan
dan tolak ansur dari pihak pentadbiran sekolah, guru tersebut dapat juga
menghadirkan diri. Memandangkan tarikh yang dipilih merupakan cuti akhir tahun,
semua guru berkorban menangguhkan dahulu waktu bercuti bersama keluarga demi
menjayakan program ini.
Program

ini

juga,

dirancang

dalam

tempoh

yang

agak

singkat

memandangkan semua peserta terlalu sibuk menyiapkan tugasan-tugasan yang


banyak bagi semester yang akan datang. Berdasarkan kelemahan ini, kami
merasakan pengurusan masa kami perlu diperbaiki.
Kelemahan seterusnya ialah suasana di dalam Bilik Mesyuarat yang dalam proses
penyelenggaraan di mana tiada kemudahan skrin putih. Slaid hanya dipancarkan
oleh LCD ke dinding . Ini menyebabkan slaid yang ditayangkan oleh penceramah
kurang jelas untuk dilihat oleh kami. Memandangkan program ini berlangsung
sehingga petang, ramai peserta kelihatan agak letih dan mereka kurang memberi
tumpuan semasa sesi bengkel. Ada yang kelihatan sudah mengantuk.

PELUANG
Hubungan yang baik antara guru dengan pentadbir merupakan satu peluang
bagi kami menjayakan program ini. Contohnya, hubungan baik salah seorang ahli
kami dengan pihak Sekolah SK Air Merah telah membolehkan kami menjalankan
program ini di sekolah tersebut. Selain itu, hubungan baik peserta dengan sekolah
masing-masing telah membolehkan mereka mendapat pelepasan walaupun pada
hari yang sama pihak sekolah mengadakan LDP.
Sifat keprihatinan dan kejujuran pihak pentadbir SK Air Merah amatlah
dihargai. Walaupun di kalangan kami, tiada yang berkhidmat di sekolah tersebut,
Guru

Besarnya berbesar hati membenarkan kami menggunakan bilik mesyuarat mereka


bagi menjayakan program ini. Kami juga turut menggunakan perkhidmatan kantin
sekolah tersebut bagi menyediakan makan dan minum kami sepanjang program
berlangsung.
Sokongan moral dan kewangan dari semua peserta juga merupakan peluang
yang baik. Tiada masalah yang timbul mengenai kewangan. Semua peserta
bersedia memberi sumbangan. Sokongan moral antara satu sama lain merupakan
nadi kejayaan program yang dianjurkan.
Memandangkan semua peserta sudah berpengalaman dan sudah biasa
menganjurkan program di sekolah masing-masing, ini merupakan satu peluang bagi
kami. Masing-masing sudah faham dengan tugas masing-masing. Sebelum, semasa
dan selepas program program berlangsung, semuanya dapat melaksanakan tugas
dengan baik.

ANCAMAN
Terdapat beberapa ancaman dalam melaksanakan program Perkongsian
Amalan Terbaik Guru Cemerlang. Antaranya, walaupun perancangan telah lama
dibuat kami menghadapi masalah dalam menentukan tarikh dan tempat yang
sesuai. Ini berlaku kerana kami perlu mengambil kira kesesuaian masa dan tempat
supaya semua ahli MTE C dapat turut serta.
Seterusnya adalah faktor bertindih tugas. Contohnya pada hari yang sama
terdapat program lain di sekolah yang memerlukan kehadiran guru tersebut. Selain
itu, program ini juga tidak dapat dilaksanakan pada hari persekolahan kerana tidak
mendapat pelepasan dari pentadbir sekolah.
Program dijalankan pada waktu cuti sekolah supaya tidak mengganggu waktu
untuk peserta bersama keluarga. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan
oleh peserta. Selain itu waktu yang panjang (hingga sesi perbengkelan)
menyebabkan peserta keletihan dan hilang tumpuan.

ANALISIS SWOT

(PROGRAM LAWATAN KE SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI)


Kekuatan :
1. Tenaga pengajar yang berpengalaman
Sekolah Kebangsaan Air Merah mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman
dalam membantu murid-murid menguasai tahap kemahiran yang dipelajari. Antara
tenaga pengajar yang dimaksudkan adalah terdiri daripada Guru Cemerlang Bahasa
Inggeris. Guru ini mempunyai kepakaran dalam bidang beliau.
2. Peningkatan akedemik 100%
Sekolah ini mempunyai peningkatan akademik yang tinggi pada tahun 2013 iaitu
UPSR 100%. Ini merupakan usaha yang di buat melalui aktiviti kelas intensif yang
bermula seawal 7.15 pagi dimana sesi persekolahan belum bermula. Daripada
usaha ini GPS 1.78 adalah pada keputusan yang cemerlang pada tahun tersebut.
3. Komitmen pihak luar
Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) memberi kerjasama dalam setiap program yang
dijalankan. Terdapat juga antaranya ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam
bidang masing-masing memberi sumbangan kepada pihak sekolah.
4. Sikap kerjasama dari rakan-rakan PPG
Rakan-rakan guru dari Program Pensisiwazahan Guru dapat menghadirkan diri pada
waktu program ini dijalankan merupakan satu komitmen yang tinggi kerana rakanrakan PPG mempunyai komitmen yang tinggi di sekolah masing-masing. Walaupun
peserta PPG tinggal berjauhan dengan SK Air Merah,namun ianya bukan alasan
untuk datang lewat.

5. Banyak kejayaan yang diperolehi


SK Air merah telah menempah banyak kejayaan untuk mendapat gelaran
sekolah berprestasi tinggi.Kejayaan yang diperolehi adalah dari semua sudut iaitu
dari segi kurikulum mahupun ko kurikulum.
Kelemahan
1. Lokasi lawatan yang jauh
Sekolah Kebangsaan Air Merah berada di kawasan yang agak jauh dan majoriti
tempat bertugas adalah berbeza. Ini agak sukar bagi kami mencari lokasi sekolah
tersebut. Malah ada peserta yang sesat.namun dengan bantuan rakan-rakan
akhirnya semua sampai pada masa yang dirancang.
2. Kriteria bagi Lawatan Penanda Aras.
Bagi mengadakan lawatan ini, kami perlu mengkaji kriteria sekolah yang hendak
dipilih sama ada Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Seperti yang sedia maklum
sekolah dalam ketegori ini tidak banyak di negeri Kedah. Kebanyakkan sekolah ini
berada di kawasan yang agak jauh dari tempat kami bertugas. Oleh itu agak sukar
memilih sekolah yang berhampiran dengan kawasan.
3. Jadual yang padat
Sekolah berprestasi tinggi kebiasaannya mempunyai jadual tugas yang padat. Ini
kerana program yang di rancang harus dilaksanakan mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Begitu juga dengan program lawatan ini, kami perlu membuat
perancangan dengan teliti bagi menetapkan tarikh yang sesuai dan tidak
mengganggu program sekolah tersebut. Ini kerana kami perlu menunda kepada

tarikh yang lain sebanyak dua kali. Ini disebabkan masa yang padat bagi sekolah SK
Air Merah dengan program yang telah di atur.
Peluang
1. Mengetahui prosedur sekolah berprestasi tinggi
Lawatan penanda aras yang dilaksanakan oleh kami, secara tak langsung
mendedahkan kepada kami kriteria-kriteria yang perlu diambil oleh guru apabila
sesebuah sekolah dicalonkan sebagai sekolah berprestasi tinggi. Ini memudahkan
kami membuat persediaan apabila sekolah kami dicalonkan sebagai sekolah
berprestasi tinggi kelak.
2. Mendapat maklumat mengenai program yang dianjurkan oleh SK Air Merah.
Apabila kami melaksanakan lawatan penanda aras, maka kami dapat
maklumat dan pengalaman mengenai program yang dianjurkan oleh SK Air Merah.
Antara program yang dianjurkan oleh SK Air Merah ialah program peningkatan
akademik UPSR, program pusat sumber sekolah, program peningkatan sahsiah,
program peningkatan kokurikulum, program inovasi dan bermacam-macam lagi.
3. Kecekapan pentabdiran
SK Air Merah mempunyai pentadbiran yang cekap dan dibantu dengan guruguru, staf sokongan dan pekerja bagi mendapat anugerah sekolah berprestasi tinggi.
Kecekapan ini merupakan satu peluang yang baik kepada SK Air Merah untuk
menjadi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum
.
4. Kerjasama dengan pihak sekolah
Semasa lawatan penanda aras yang dilaksanakan oleh kami ini telah
mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pentadbiran sekolah ini. Ini kerana
semasa kami mengadakan lawatan penolong kanan telah menunggu untuk
menyambut ketibaan kami. Selepas itu, diadakan sesi perjumpaan dengan guru

besar. Kami berasa berbesar hati kerana pihak sekolah sanggup meluang masa
mereka untuk program yang kami jalankan.
5. Kerjasama yang baik dengan guru-guru PPG
Untuk melaksanakan lawatan penanda aras, kami telah bergerak dalam satu
kumpulan iaitu MTE C. Oleh itu, kami telah mengagihkan tugasan sama rata antara
ahli-ahli kami. Tanpa kerjasama dan komitmen antara ahli kumpulan menyukarkan
kami untuk melaksanakan lawatan penanda aras ini.

Ancaman
1. Masa pelaksanaan lawatan penanda aras.
Masa lawatan penanda aras terpaksa kami laksanakan pada waktu cuti
sekolah kerana disebabkan kesukaran kami untuk meninggalkan sekolah pada
waktu persekolahan. Ini merupakan satu ancaman kepada kami semasa
melaksanakan lawatan penanda aras ini.
2. Kesukaran melihat bilik-bilik khas
Oleh kerana lawatan penanda aras ini dilaksanakan pada waktu cuti sekolah,
maka menjadi kesukaran kepada kami untuk melihat bilik-bilik khas kerana pada
masa tersebut semua guru telah bercuti. Selain itu pada masa lawatan kami,banyak
bilik khas dalam proses penyelenggaraan.
.
3. Tidak berpeluang bertemu dengan guru SK Air Merah sepenuhnya
Ancaman yang dihadapi ialah kami tidak berpeluang untuk menemuramah
guru-guru SK Air Merah kerana semasa kami tiba kebanyakan guru telah bercuti.
Oleh itu ini merupakan satu ancaman untuk kami mendapat maklumat melalui guruguru sekolah ini.

Minit Mesyuarat
Lawatan Penanda Aras dan Guru Cemerlang BIG Fasa 5 dan 6

Tarikh

: 19 Okt 2013 ( Ahad )

Masa

: 2.00 petang 3.00 petang

Tempat

: Bilik Kuliah IPG Kampus Pulau Pinang

Kehadiran

: 22 orang guru (PPG-MTEC)

1. Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan ahli jawatankuasa.


Tindakan :
Makluman
2. Perkara perkara yang dibincangkan

2.1 Tarikh lawatan telah ditetapkan pada 24 Disember 2014


2.2 Bengkel ini melibatkan guru-guru PPG Ambilan Jun 2011 seramai 22
orang

guru.
2.3 Masa yang ditetapkan adalah bermula pada pukul 2:30 ptg 5:30 ptg
selama 3 jam.
Tindakan : Semua Ahli
Jawatankuasa
3. Hal hal lain
3.1 Para guru harus bekerjasama berkumpul maklumat untuk mengadakan
bengkel pada perjumpaan akan datang.
4. Penutup
4.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih terhadap kehadiran setiap ahli.
Mesyuarat ditangguhkan pada 3.00 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

________________

_____________________

( Roslina Hasan)

( Mohd.Aswad b.Mohd.Saad )

Setiausaha Pengerusi

1
LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS
SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI
LAPORAN SEBELUM
1. Makluman BIG Fasa 5 kepada guru besar.
2. Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan BIG PPG Fasa 5.
3. Perbincangan, mesyuarat dan permuafakataan dalam mengenal pasti beberapa
perkara penting sebelum, semasa dan selepas program dijalankan.
4. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja
5. Menyediakan kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak
sekolah untuk tujuan kelulusan.
6. Memilih dan menentukan lokasi dan tempat aktiviti
7. Merancang pengisian aktiviti semasa program
8. Merancang perbelanjaan.
9. Mengedarkan surat kepada semua guru yang terlibat untuk mendapat persetujuan
dan keizinan daripada Guru Besar sekolah masing-masing.
Pada hari Sabtu, 19 Oktober 2014, semua pelajar PPG Semester 7- ambilan Jun
2011, telah diberi taklimat bagi menjalani Program Bina Insan Guru (BIG) oleh
Jabatan Gerko IPG Kampus Pulau Pinang. Program BIG ini adalah Peringkat 4,
Fasa 5 dan Fasa 6. Bagi Fasa 5, ia adalah berkaitan dengan Lawatan Penanda Aras
dan Fasa 6 adalah berkaitan dengan Guru Cemerlang. Pelajar-pelajar telah

diberikan panduan tugasan bagi menjayakan program tersebut dan dikehendaki


menghantar laporan kepada pensyarah masing-masing sebelum 31 March 2015.
Setelah mendapat maklumat daripada Jabatan Gerko IPG Kampus Pulau Pinang,
saya dan rakan-rakan telah memberitahu perancangan dan jadual pelaksanaan BIG
Fasa 5 kepada guru besar sekolah masing-masing. Satu Mesyuarat Perancangan
Pelaksanaan BIG Peringkat 2

4 telah diadakan di Blok Akademik Bilik G3, IPG Kampus Pulau Pinang. Dalam
mesyuarat tersebut, kami telah sepakat memilih dan menubuh jawatankuasa kerja
supaya semua pelajar mengambil bahagian dan mengetahui peranan dan tugasan
masing-masing bagi memastikan program ini berjalan lancar. Di samping itu, kami
juga turut merancang pengisian aktiviti yang akan dijalankan semasa lawatan
tersebut dijalankan. Segala perbelanjaan diambilkira dan dimasukkan dalam
perancangan kewangan. Ini termasuklah peralatan, makan minum dan cenderahati
kepada pihak sekolah.
Kami sepakat untuk mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Jawi kerana ia
merupakan sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (Kluster). Oleh yang demikian, satu
kertas kerja telah disediakan dan dikemukan kepada pihak Sekolah Kebangsaan
Jawi. Bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak sekolah, kami telah
menelefon dan bertanya akan kebenaran dan kelulusan bagi lawatan tersebut.
Selepas mendapat kelulusan daripada pihak Sekolah Kebangsaan Jawi, semua
pelajar yang terlibat dalam program ini telah memaklumkan kepada guru besar
masing-masing untuk memberitahu tempat dan program BIG Fasa 5 ini yang akan
kami jalankan.
Semua pelajar PPG yang terlibat sentiasa bekerjasama membuat perbincangan
melalui telefon bimbit, e-mel, facebook dan Whatapps dari semasa ke semasa
untuk menjayakan Program Lawatan Penanda Aras ini. Kami seringkali berhubung di
antara satu sama lain bagi memastikan perjalanan program ini berjalan seperti yang
dirancangkan. 3

LAPORAN SEMASA
Seperti yang telah dirancang, pada hari Isnin, 5 November 2014, kumpulan kami dari
PPG IPG Kampus Pulau Pinang, kumpulan MTE-B Ambilan Jun 2011 seramai 22
orang telah menjalankan Program Bina Insan Guru Fasa 5 bersama guru-guru dan
pentadbir SK.Jawi, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Tepat pukul 2.00 petang, semua peserta telah mendaftarkan diri di Sekolah
Kebangsaan Jawi. Peserta berkumpul di Bilik Mesyuarat SK Jawi untuk diberi sedikit
maklumat tentang pengurusan sekolah. Pengerusi majlis telah mengucapkan jutaan
terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberi peluang kepada peserta
PPG untuk mengadakan Program di SK Jawi. Ucapan terima kasih juga dikalungkan
kepada peserta PPG yang telah berusaha untuk datang tepat pada waktu yang telah
ditetapkan. Seterusnya, ucapan alu-aluan oleh pengerusi program iaitu Pn. Noraini
bt Asri. Agenda seterusnya ialah ucapan ringkas daripada Pn. Zubaidah binti Jaafar
selaku Guru Besar SK Jawi. Beliau telah mengalukan kedatangan kami serta
berharap semoga ia menjadi satu program yang dapat memberi manfaat kepada
semua pihak.
Seterusnya kami telah diberi taklimat berkenaan pengurusan sekolah yang
membawa kepada penganugerahan Sekolah Kluster yang disampaikan oleh En.
Mohamed Jamal bin Kamithi.Sesungguhnya untuk mencapai kejayaan sebegitu
rupa, prestasi sekolah mestilah seimbang dari segi sistem pengurusan, kurikulum
dan juga kokurikulum.Kami juga telah diberi penerangan dan dipamerkan dengan
slaid-slaid tentang kejayaankejayaan SK Jawi dari segi kurikulum dan juga
kokurikulukm. Kami juga telah diperkenalkan dengan kebitaraan SK Jawi iaitu Kelab
Hijau dan juga Kelab Doktor Muda. Kebitaraan ini juga merupakan salah satu
pendorong utama bagi kejayaan SK Jawi.
Disamping itu, Sekolah Kebangsaan Jawi telah menjalankan beberapa program
untuk meningkatkan pencapaian sekolah mengikut bidang-bidang yang tertentu.
Contohnya Program Peningkatan Akademik (UPSR) yang lebih memfokuskan
kepada kurikulum. Antara program-program dalam bahagian itu ialah Program Pagi,
Bengkel Teknik Menjawab Soalan, Program Kami Prihatin dan juga Kelas
Tambahan. Bagi Program Peningkatan Sahsiah (HEM) pula, program yang
dijalankan ialah Program 3K, Sudut Informasi di Kantin, Laluan Putih 4

Kuning, Program Sisa Sifar dan Latihan Kawad Kecemasan. Manakala Program
Peningkatan Kokurikulum pula termasuklah Klinik Bola Sepak, Bola Baling, Bola
Jaring dan Sofbol, Perkhemahan Unit Beruniform, Hari Anugerah Kecemerlangan
Kokurikulum, Larian Mesra 10 000 Langkah serta Program motivasi murid. Melalui
program-program yang dirancang dan dilaksanakan itu, kemenjadian murid menjadi
lebih berkesan. Justeru itu, wajarlah sekolah tersebut mendapat pengiktirafan
daripada pihak KPM.
Selain itu, perkara yang perlu diberi perhatian dalam penganugerahan untuk sekolah
ialah semua maklumat tiga tahun yang lepas mestilah disimpan dengan penuh
sistematik. Ini adalah salah satu kriteria pemilihan yang perlu diikuti, contohnya sijilsijil pencapaian murid mestilah buat salinan dan disahkan salinan sebenar dan
disimpan oleh pihak sekolah. SK Jawi juga telah menyimpan semua gambar
berkenaan kejayaan mereka dalam sebuah komputer khas yang telah ditempatkan
di dalam sebuah bilik yang khas.
Keistimewaan SK Jawi yang lain ialah menerima beberapa anugerah inovasi
antaranya ialah Inovasi Bunga Teja, Inovasi membuat sabun dan digunakan oleh
semua warga sekolah dan dijadikan sebagai bahan cenderamata kepada para
pengunjung atau tetamu. SK Jawi juga telah mengadakan Program Jaringan Jalinan
Antarabangsa yang telah mengundang tetamu dari luar negara contohnya pelajar
dan tetamu dari Negara Thailand.
Kami telah dibawa melawat ke semua bilik khas yang terdapat di SK Jawi.
Berdasarkan pemerhatian yang kami buat sememangnya persekitaran SK Jawi amat
ceria dan kondusif serta amat sesuai untuk semua murid. Setiap sudut-sudut penuh
dengan maklumat untuk bacaan dan renungan murid. Banyak panduan yang dapat
kami ambil daripada taklimat dan lawatan ke bilik-bilik tersebut.
Segala maklumat yang telah kami perolehi amat berguna serta berinovasi untuk
kami jadikan pedoman dan merealisasikan hasrat Visi dan Misi Kementerian
Pelajaran Malaysia iaitu Visi: Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
Manakala Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti untuk
membangunkan Potensi Individu bagi memenuhi Aspirasi Negara. 5

LAPORAN SELEPAS
1. Membuat refleksi / laporan pelaksanaan BIG PPG
2. Menyediakan dokumentasi audio / video untuk tujuan pelaporan dan penilaian
3. Menyiapkan portfolio
4. Surat Penghargaan kepada agensi yang membantu program BIG PPG
5. Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik.
6. Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu program
BIG PPG.
7. Memastikan laporan penilaian dan segala bukti pelaksanaan BIG dihantar kepada
pensyarah berkenaan di IPG masing-masing.
Selepas program dijalankan, saya dan rakan-rakan PPG telah mengadakan
mesyuarat post mortem untuk membuat penambahbaikan program BIG Fasa 5 yang
telah diadakan. Dalam mesyuarat tersebut, kami telah berbincang dan
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program yang dijalankan.
Bagi memenuhi kehendak IPG, kami telah menyiapkan laporan dan penilaian kendiri
mengenai program yang telah dijalankan. Kami juga telah menghasilkan sekeping
CD atau DVD yang mengandungi gambar dan video berpandukan perisian Movie
Maker . Selepas itu, setiap pelajar PPG mendapatkan borang penilaian daripada
guru besar sekolah masing-masing.Selepas semua laporan, DVD dan borang
penilaian berkaitan dengan BIG Peringkat 4 ini siap semuanya, kami pun
menghantar tugasan dalam bentuk portfolio kepada pensyarah di Unit Kokurikulum
IPG Kampus Pulau Pinang untuk disemak dan dibuat penilaian.

1
Laporan Perkongsian Amalan Terbaik
Guru Cemerlang Matematik Sebelum
Pemberitahuan perancangan dan jadual
pelaksanaan BIG Fasa 6 kepada Guru
Besar sekolah masing-masing.
Mengadakan mesyuarat di Blok Akademik
Bilik G3, Institut Pendidikan Perguruan
Kampus Pulau Pinang untuk
membincangkan Program Perkongsian
Amalan Terbaik Guru Cemerlang Matematik
yang akan dijalankan.
Pengagihan jawatan dan tugas dijalankan
supaya semua guru (22 orang) dapat
melaksanakan tugas masing-masing
dengan penuh tanggungjawab.
Tetapkan tarikh, masa, tempat program
dan sasaran guru cemerlang dalam aktiviti
yang dirancang.
Menaip surat dan kertas kerja untuk

mendapat kelulusan dan pengesahan


daripada Guru Besar SK Titi Teras.
Menaip surat permohonan untuk
mendapat kelulusan daripada Guru Besar
SK Bandar Tasek Mutiara supaya
menjemput guru cemerlang Encik Khairul
Anuar Bin Hamzah memberikan
perkongsian ilmu dan kemahiran dalam
subjek matematik.
Mengedarkan surat kepada semua guru
yang terlibat untuk mendapat persetujuan
dan keizinan daripada Guru Besar sekolah
masing-masing.
Menghantar surat kepada pensyarah
untuk memaklumkan tarikh, masa dan
tempat yang akan menjalankan Program
Perkongsian Amalan Terbaik Guru
Cemerlang Matematik.
Menyediakan peralatan seperti projektor
LCD, komputer riba, kamera digital, alat tulis
dan bahan-bahan yang diperlukan.
Semua guru bekerjasama membuat
perbincangan melalui telefon bimbit, e-mel,
facebook dan Whatapps dari semasa ke
semasa untuk menjayakan Program
Perkongsian Amalan Terbaik Guru
Cemerlang Matematik