Anda di halaman 1dari 3

BAB 9: KOMEN DAN CADANGAN

CAL Computer Learning Centre merupakan pusat pembelajaran komputer


yang terkenal di Sabah ini. Dengan kepercayaan tinggi yang diberikan oleh
pelanggan terhadap servis yang dilakukan pada komputer, ‘notebook’, pencetak dan
alatan elektronik yang lain dan juga teknik pengajaran yang berkesan telah mampu
memperkenalkan nama CALCLC kepada masyarakat.

Secara amnya, latihan industri yang telah saya jalankan selama enam bulan
dari 15 Julai 2009 sehingga 25 Disember 2009 di CAL Computer Learning Centre
telah mencapai objektif sebenar latihan industri mengikut kehendak pengurusan
Politeknik Kota Kinabalu bagi setiap pelajar yang menjalani latihan industri samada
pada peringkat sijil atau pun diploma.

Tujuan utama komen ini bukanlah bertujuan untuk mendedahkan keburukan


dan kelemahan syarikat. sepanjang saya menjalankan latihan industri di syarikat
tersebut, tetapi adalah untuk pihak syarikat memperbaiki segala kelemahan dan
kekurangan yang ada semasa pelajar menjalani latihan industri agar latihan yang di
jalankan mencapai kepuasan bersama, antara pelajar dan pihak syarikat.

126
9.1 Komen Untuk Syarikat

 Kekurangan Tenaga Kerja

Kekurangan tenaga kerja dalam sesuatu organisasi adalah lazimnya berlaku.


Namun kekurangan ini haruslah diatasi. Kelewatan dalam memberikan servis kepada
komputer pelanggan boleh berlaku jika kekurangan tenaga kerja. Selain itu,
kekuarangan tenaga pengajar juga telah menyebabkan tanggungjawab sebagai
juruteknik terabai apabila juruteknik diarahkan mejadi tenaga pengajar.

9.2 Cadangan Untuk Syarikat

i. Menambahkan lagi tenaga kerja pada bahagian tenaga pengajar.


ii. Memberikan gaji yang berpatutan dan kenaikan gaji kepada kaki tangan
CALCLC. Sesetengah pekerja mengeluh mengenai gaji mereka tidak
setimpal dengan pengalaman bekerja mereka.
iii. Mengkhususkan sesuatu tugas kepada setiap pekerja. Contohnya,
Sebagai seorang juruteknik, tugas beliau adalah memperbaiki computer
dan komponen-komponen computer dan bukanya menjadi tenaga
pengajar. Begitu juga dengan admin, bukanya menjadi pembasuh
tandas.
iv. Syarikat mestilah selalu mengadakan aktiviti sampingan seperti Hari
Keluarga dan riadah bagi mengeratkan lagi sillaturahim antara pekerja
dan majikan.
v. Pihak syarikat perlulah mengeluarkan sijil tamat latihan industri kepada
pelatih sebagai bukti pelatih pernah menjalani latihan industri di
syarikat tersebut.

127
9.3 Cadangan Kepada Politeknik.

i. Pihak Politeknik Kota Kinabalu seharusnya berbincang dengan pihak


pengurusan syarikat untuk mendapatkan gambaran mengenai gerak
kerja yang di lakukan oleh syarikat untuk memastikan kesesuaian
kursus pelajar dengan gerak kerja syarikat.
ii. Pihak Politeknik seharusnya lebih menekankan agar pelajar yang
menjalani latihan industri supaya memilih tempat latihan yang sesuai
dengan kursus pelajar iaitu dengan menyemak tempat latihan yang di
pilih oleh pelajar.
iii. Selain itu, pihak Politeknik hendaklah lebih memberi perhatian dengan
mengikuti perkembangan pelajar yang menjalani latihan industri
iv. Seterusnya, di harapkan agar lawatan yang di buat oleh pensyarah
Politeknik seharusnya mengikut jabatan pelajar yang di lawati.
v. Keperihatinan pihak Politeknik terhadap pelajar yang menjalani latihan
industri seperti yang telah di buat haruslah di tingkatkan dan di teruskan
untuk menjayakan objektif latihan industri ini.

128

Anda mungkin juga menyukai