Anda di halaman 1dari 4

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas

yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia
hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk
ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke
udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender
masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian
‘cheongsam’ , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan
kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang
menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa
dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang
sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi
penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Binatang-binatang itu
ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan
arnab.Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi
sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Di Malaysia, telah diisytiharkan bahawa dua hari pertama bagi Tahun Baru Cina adalah cuti
umum.Namun hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang
pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.

Sambutan bagi Tahun Baru bermula sebulan sebelum itu. Orang ramai mula membeli belah,
terutama baju baru, perhiasan rumah, dan hidangan wajib Tahun Baru seperti kuih bulan dan
limau mandarin.Menjelang semakin hampir hari Tahun Baru, rumah-rumah akan dihias indah,
bertemakan merah dengan tulisan kaligrafi Cina yang mendoakan kemakmuran dan kekayaan
ditahun hadapan.

Di malam Tahun Baru , kaum keluarga samada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu
bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang
mesyarakat harmoni.Hidangan makan malam Tahun Baru ini biasanya adalah tradisi turun
temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan
bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang
dipercayaai akan memanjangkan umur seseorang.Bagi yang tua, kemudian malam tahun baru
akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan
antara ahli keluarga.Tepat detik tengah malam,mercun dan bunga api akan dibakar,
menandakan sambutan Tahun Baru bermula.
Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan
memeriahkan suasana, disamping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama
penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’.Tetamu mula
berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi
‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin. Ia bersamaan
dengan memberi duit raya di kalangan umat Islam di masa hari Raya.

Terdapat juga tradisi larangan di masa Tahun Baru Cina ini.Adalah dipercayaai sepanjang 15
hari sambutan perayaan tidak dibenarkan sesiapa pun membuka perniagaan, atau ia akan
ditimpa kerugian.Tidak dibenarkan juga menyapu sampah di rumah kerana ia akan menghalau
keluar tuah dari ahli rumah.Tarian singa juga dipersembahkan, sebagai tanda memuliakan
haiwan ini yang membantu menumpaskan rasaksa jahat.

Di hari ketujuh sambutan Tahun Baru, yang juga dipercayai hari kelahiran manusia, masyarakat
Kantonis akan menyediakan sejenis hidangan yang dinamakan ‘yee sang’. Ia kaya dengan herba
dan menjadi simbol kehidupan, murah rezeki, dan panjang umur. Masyarakat Hokkien pula
menyambut hari kelapan dengan bersembahyang kepada ‘Tian Gong’, iaitu Dewa
Syurga.Manakala hari terakhir iaitu ke-15, mereka akan mengadakan perarakan Chinggay,
terutama di Pulau Pinang.
Tari Naga ini berasal dari zaman Dinasti Han (tahun 180-230 SM) dan dimulai oleh orang-orang
Tionghoa yang memiliki kepercayaan dan rasa hormat yang besar terhadap naga. Dipercaya
bahwa pada mulanya tarian ini adalah bagian dari kebudayaan pertanian dan masa panen,
disamping juga sebagai salah satu metode untuk menyembuhkan dan menghindari penyakit.
Tarian ini sudah menjadi acara populer di zaman Dinasti Sung (960-1279 M) dimana acara ini
telah menjadi sebuah kebudayaan rakyat dan, seperti barongsai, sering tampil di perayaan-
perayaan yang meriah.

Sejak semula naga-nagaan dalam Tari Naga ini dibuat dengan menggabungkan gambaran-
gambaran dari berbagai hewan yang lumrah ditemui. Kemudian naga kaum Tionghoa ini
berkembang menjadi sebuah makhluk dunia dongeng yang dipuja dalam kebudayaan Tionghoa.
Bentuk fisiknya merupakan gabungan dari bagian fisik berbagai hewan, diantaranya tanduk dari
rusa jantan, telinga dari banteng, mata dari kelinci, cakar dari harimau dan sisik dari ikan ---
semuanya melengkapi tubuhnya yang mirip dengan tubuh ular raksasa. Dengan ciri-ciri ini, naga
dipercaya sebagai makhluk amfibi dengan kemampuan untuk bergerak di tanah, terbang di udara
dan berenang di laut --- memberikan mereka peranan sebagai penguasa langit dan hujan.

Para kaisar di Cina kuno menganggap diri mereka sendiri sebagai naga. Oleh karenanya naga
dijadikan lambang dari kekuasaan kekaisaran. Ia melambangkan kekuatan magis, kebaikan,
kesuburan, kewaspadaan dan harga diri.

Tari Naga saat ini adalah sebuah karya penting dalam kebudayaan dan tradisi Tionghoa. Tarian
ini telah tersebar di seluruh Cina dan seluruh dunia. Karya ini menjadi sebuah pertunjukan seni
khusus Tionghoa, melambangkan kedatangan keberuntungan dan kemakmuran dalam tahun yang
akan datang bagi semua manusia di bumi.

Berdasarkan catatan sejarah, berlatih seni ilmu bela diri Cina sangatlah populer dalam periode
Chun Chiu. Di waktu-waktu kosong, Tari Naga ini juga diajarkan kepada para pelajar ilmu bela
diri untuk menambah semangat. Di zaman Dinasti Ching, kelompok Tari Naga dari propinsi
Foochow pernah diundang untuk tampil di istana kaisar di Beijing. Kaisar Ching memuji dan
kagum akan keterampilan mereka, sehingga langsung memberikan ketenaran yang luar biasa
bagi kelompok Tari Naga ini.
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi
mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan,
Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian
yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan
sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian
Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini
sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning
(hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik
dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu
dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah.
Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang
lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan
kepalanya.

Anda mungkin juga menyukai